The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sains Sukan (Penggal 1) - Sukan dan Integrasi Kaum

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohdnorfitri Mohdnorfitri, 2020-08-14 23:09:34

Sains Sukan (Penggal 1) - Sukan dan Integrasi Kaum

Sains Sukan (Penggal 1) - Sukan dan Integrasi Kaum

Keywords: putra ramadhan

SOSIOLOGI SUKAN

SUKAN DAN INTEGRASI KAUM

KONSEP INTERGRASI KAUM

 Menyatupadukan individu daripada pelbagai latar belakang agama,
budaya dan ekonomi menjadi satu pasukan pada pelbagai peringkat
penyertaan seperti sekolah, daerah, negeri dan negara.

 Bekerjasama dan melupakan segala perbezaan demi merealisasikan
hasrat dan matlamat bersama iaitu kejayaan untuk pasukan.

 Mewujudkan hubungan yang harmoni, persefahaman, kesepaduan
dan tolak ansur yang baik dalam pasukan.

 Perhubungan berterusan di luar waktu sukan dan mempengaruhi
masyarakat umum.

 Sukan yang diwakili pelbagai kaum juga mengundang kehadiran
lebih ramai penyokong tanpa mengira bangsa yang akan bersatu
menyokong satu pasukan yang sama.

PUNCA DAN KESAN POLARISASI
KAUM
Punca :

a) Sosial
• Masalah komunikasi dan interaksi.
• Perbezaan agama dan kepercayaan.
• Latar belakang kehidupan dan pendidikan.

b) Ekonomi
• Taraf ekonomi.
• Status pekerjaan.

c) Politik
• Perbezaan ideologi politik.
• Semangat perkauman.

PUNCA DAN KESAN POLARISASI
KAUM
Kesan :

- Kemajuan sukan terhalang.

- Kegagalan mewujudkan pasukan terbaik.

- Penyisihan atlet-atlet berbakat.

- Sukan didominasi kaum tertentu sahaja.

- Sokongan penonton berkurangan

Hak Milik Blog Sains Sukan
www.sainsukanblog.wordpress.com

Bagaimana sukan menbantu proses integrasi kaum ?

Dalam semua jenis acara, sama ada dalam sukan mahupun
aktiviti kokurikulum, usaha yang praktikal harus diambil bagi
menyatupadukan belia negara supaya mereka dapat
berinteraksi di antara satu sama lain.

Sekolah adalah tempat terbaik untuk mempromosikan
integrasi kaum. Guru dan ibu bapa harus memainkan
peranan masing-masing dalam membantu proses itu. Ibu
bapa harus menggalakkan anak mereka untuk bergaul
dengan mereka yang berlainan kaum bagi mewujudkan lebih
persefahaman di antara agama, budaya dan cara hidup.

SUKAN DOMINAN
BERDASARKAN KAUM

Sukan yang dimonopoli atau dikuasai
oleh sesuatu kaum sahaja.

PUNCA DAN KESAN SUKAN DOMINAN
Punca :

a) Budaya
• Sukan menjadi permainan dan budaya warisan sesuatu
kaum.
• Penglibatan kaum lain dikhuatiri akan menjejaskan
keaslian sukan tersebut.

a) Agama
• Agama melarang penyertaan dalam sukan tertentu
terutama sukan yang melibatkan pendedahan aurat
seperti renang dan lain-lain.

c) Semangat Perkauman
• Masalah komunikasi turut menghalang penglibatan kaum
lain.

d) Masalah Komunikasi

PUNCA DAN KESAN SUKAN DOMINAN

Kesan :

- Sukan dimonopoli oleh kaum tertentu dan tidak

berkembang secara keseluruhannya.
- Kaum lain tidak berpeluang mengambil bahagian.
- Menghalang kemajuan sukan tersebut ke peringkat

yang lebih baik.
- Pemain berkebolehan dari kaum lain tidak berpeluang

mewakili pasukan.
- Perbezaan ketara dari segi mutu permainan antara

kaum.
- Menguatkan lagi jurang perbezaan dan sifat perkauman.

Langkah – Langkah Mengatasi:

Membuka peluang kepada kaum lain untuk menceburi sukan tersebut.
Memperkenalkan sukan tersebut kepada kaum lain demi kemajuan

sukan.
Mengadakan kempen secara berterusan bagi menarik minat kaum lain

menyertainya.
Bekerjasama dengan persatuan sukan berkenaan bagi

perkembangkannya kepada semua kaum.
Mendedahkan sukan tersebut kepada semua kaum bermula seawal

peringkat sekolah rendah lagi.
Memperbanyakkan kemudahan sukan tersebut untuk menarik minat

penglibatan seluruh masyarakat.

Contoh Sukan Dominan

Silat dan Sepak Takraw - Melayu.
Bola Keranjang, Ping Pong dan Renang - Cina.
Silambam dan Kabbadi - India.

TAMAT


Click to View FlipBook Version