Mempercepatkan pembangunan bandar – kewujudan bandar
baru di kawasan luar bandar yang berasaskan industri –
Kemudahan perbandaran disediakan dengan lengkap.
b) Meningkatkan KDNK dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat. Ini
pendapatan negara. menyumbang kepada pendapatan negara melalui eksport produk
industri pembuatan.
Menyediakan peluang Eksport ke negara maju seperti Jepun, USA dan Eropah
pekerjaan kepada menguntungkan negara melalui tukaran mata wang asing.
penduduk Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan
secara tidak langsung dapat mengurangkan pengganguran,
Kesan meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk.
Pengganda/Rantaian Peluang pekerjaan wujud dalam bidang pengurusan industri,
ekonomi yang berkaitan teknikal dan operator pengeluaran.
Ini akan dapat menambahkan pendapatan perkapita penduduk
Menggalakkan setempat sekaligus boleh meningkatkan taraf hidup mereka.
pembangunan kawasan. Kesan Pengganda. Menggalakkan pertumbuhan atau
perkembangan ekonomi yang berkaitan seperti industri
Menggalakkan pemprosesan, pertanian, pengangkutan, telekomunikasi,
perkembangan teknologi, perkhidmatan kewangan dan lain-lain yang berkait secara
R&D dan kepakaran. langsung dengan industri pembuatan.
Ekonomi huluan dan hiliran boleh berkembang pesat sejajar
Menambahkan dengan perkembangan sektor pembuatan.
dana/pelaburan dalam Membangunkan kawasan mundur: Pembangunan infrastruktur
negara dan pembangunan sumber alam berlaku dengan lebih cepat.
Sektor pembuatan berupaya menukarkan struktur ekonomi
c) Pencemaran udara, jerebu setempat yang bersifat tradisional kepada ekonomi moden.
dan hujan asid Pembagunan bandar lebih cepat melalui perkhidmatan
pembandaran yang disediakan. Industri dan bandar bergerak
seiringan.
Menggalakkan perkembangan teknologi, penyelidikan dan
pembangunan (R&D) dalam negara khususnya yang berkaitan
dengan teknologi rekabentuk dan kawalan mutu.
Import teknologi dari luar negara.
Perkongsian pintar antara tenaga pakar dalam dan luar negara.
Menerusi pelaburan asing dalam industri pembuatan seperti –
Automotif, barangan elektrik dan elektronik, tekstil, komputer
Menerusi usahasama dengan pelabur tempatan.
Pelaburan asing dalam sektor pembuatan datangnya dari syarikat
Multinasional (MNCs) – JVC, Samsung, Nokia, IBM, ACER,
SONY dll.
Perlepasan bahan-bahan pencemar udara (air pollutions) seperti
karbon dioksida, karbon monoksida. hidrokarbon, gas sulfur dll.
Pembebasan partikel terampai – PM10. seperti asap, debu dan
habuk boleh menyebabkan jerebu.
Proses kondensasi wap air dengan bahan pencemar udara
Pemc)anasan setempat. menyebabkan hujan asid.
Kewujudan bahan pencemar di udara boleh memerangkap
Pencemaran air bahangan bumi – dikaitkan dengan kesan rumah hijau (Green
House Effect).
Kemusnahan ekosistem Haba yang dikeluarkan oleh generator kilang juga menyebabkan
akuatik pemanasan setempat.
Pencemaran bunyi dan Perlepasan sisa toksid/enfluen ke dalam sumber-sumber air
bau seperti sungai, tasik,kolam dan laut.
Kualiti air bersih terjejas – kadar BOD meningkat, keasidan air
Pencemaran sisa toksid bertambah.
yangberbahaya Pelbagai spesis hidupan air mati dan pupus seperti ikan dan
/Pencemaran tanih. udang.
Pencemaran persekitaran Rantaian makanannya terjejas, habitat dll elemen ekosistem
/sampah sarap. akuatik mengalami kerosakan akibat pencemaran air.
Bunyi bising datangnya dari generator kilang yang beroperasi
yang mengeluarkan getaran antara ( 60 – 70 dBA).
Pencemaran bau datangnya daripada hasil/sisa kilang yang
berbau busuk seperti sisa getah dan kelapa sawit.
Perlupusan sisa toksid oleh kilang-kilang haram menyebabkan
tanih berasid.
Amat merbahaya kepada sumber air tanih apabila berlaku proses
larut resap.
Pembuangan sisa pepejal dari kilang menyebabkan pencemaran
sampah sarap.
Contohnya pembuangan plastik, kotak, sisa kayu, tandan kelapa
sawit dll.
942/3
GEOGRAFI FIZIKAL
( BAHAGIAN A)
BAHAGIAN A : ALAM SEKITAR FIZIKAL
Tajuk 5 : Sistem Ekologi
Konsep/Tajuk Huraian
5 Sistem Ekologi a) Menghurai konsep ekologi dan ekosistem:
5.1 Ekologi dan i. Ekologi : Merupakan cabang sains yang mengkaji
Ekosistem hubungan timbal balik antara makhluk hidup dengan
persekitarannya.
ii. Ekosistem : Merupakan satu sistem di mana dua
komponen, iaitu benda hidup dan bukan hidup saling
bertindak balas dan bergantungan antara satu sama lain
dalam satu unit ruang untuk mencapai keseimbangan.
Ekosistem meliputi konsep habitat, populasi, komuniti,
koloni dan spesies.
Habitat: Merujuk kepada tempat tinggal bagi suatu
makhluk hidup di samping menjadi tempat membiak,
perlindungan, mencari makanan dan air.
Spesies: Merujuk kepada satu jenis organisma yang
mempunyai ciri, rupa bentuk,keturunan, cara membiak
serta pemakanan yang sama dalam sesebuah ekosistem
Populasi: Merujuk kepada kumpulan organisma hidup
daripada spesies sama yang mendiami sesebuah ekosistem
yang sama.
Komuniti: Pelbagai jenis populasi yang saling berinteraksi
dan mempengaruhi satu sama lain dalam satu unit ruang
untuk mencapai keseimbangan. Komuniti tidak melibatkan
komponen abiotik
Koloni: Merupakan organisma hidup yang tinggal secara
berkumpulan dan saling bekerjasama antara satu sama lain
dalam mencari makanan, membina kawasan perlindungan
dan sama-sama mempertahankan keselamatan bagi
kelangsungan hidup kumpulan tersebut.
b) Menjelaskan komponen asas ekosistem :
Terdapat dua komponan asas dalam ekosistem, iaitu biotik dan
abiotik)
i. Biotik : Merujuk kepada komponen benda-benda hidup dalam
sebuah ekosistem. Boleh dibahagikan kepada kumpulan
autotrof dan kumpulan heterotrof :
Kumpulan Autotrof: dapat membuat makanan sendiri.
Terdiri daripada kumpulan tumbuh-tumbuhan.
Kumpulan Heterotrof: tidak dapat membuat makanan
sendiri dan memakan hidupan lain untuk mendapatkan
tenaga.
ii. Abiotik: Merujuk kepada benda bukan hidup iaitu, cahaya
matahari, air, udara dan nutrien tanah.
Cahaya matahari: Komponen asas untuk membekalkan
tenaga kepada sesebuah ekosistem. Digunakan oleh
tumbuhan untuk menghasilkan makanan sendiri melalui
proses fotosintesis.
Air: Komponen asas dalam sesebuah ekosistem yang
menjadi sumber minuman kepada hidupan, bekalan air
untuk tumbuhan, menjadi habitat pelbagai jenis hidupan
akuatik. Juga menjadi pelarut yang berkesan untuk
menukar bahan organik yang larut dalam air menjadi
nutrien tanah.
Udara: Terdiri daripada pelbagai jenis gas dan wap air
untuk kegunaan hidupan dan tumbuhan dalam sesebuah
ekosistem.
Tanah: Terdiri daripada pemendapan sisa hakisan dan
luluhawa yang menyediakan bahan-bahan galian yang
diperlukan oleh sesuatu ekosistem. Kesuburan tanih
penting untuk tumbuhan membesar, berbunga dan
berbuah.
c) Menghuraikan fungsi ekosistem :
Fungsi sesebuah ekosistem terbahagi kepada dua fungsi
iaitu :
i. Aliran tenaga : merupakan proses pemindahan tenaga dari
satu komponen biotik kepada satu komponen biotik lain
dalam sesebuah ekosistem.
ii. Kitar Nutrien : merupakan proses kitaran bahan kimia
dalam sesebuah ekosistem yang berlaku secara berterusan
melalui tiga fasa (atmosfera, biosfera dan dalam tanah )
dalam edaran yang lengkap.
d) Menyatakan jenis dan menghurai ekosistem daratan dan akuatik :
i) Ekosistem Daratan : Merupakan interaksi yang berlaku
antara komponen biotik dan abiotik di kawasan darat seperti
hutan tanah pamah dan hutan tanah tinggi, padang pasir,
dalam tanah, dalam batuan dan gua.
ii) Ekosistem Akuatik : Merupakan interaksi yang berlaku
antara komponen biotik dan abiotik di kawasan berair
seperti hutan paya bakau, tasik, sungai, laut dan kolam
5.2 Konsep rantaian a) Menghuraikan konsep rantaian dan siratan makanan:
dan
i) Rantaian makanan :
siratan makanan Proses pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dan
beberapa jenis sebatian daripada satu organisma hidup
kepada organisma hidup yang lain di sepanjang satu aliran.
Organisma hidup boleh disusun sebagai pengeluar,
pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier
supaya membentuk rantai makanan.
ii) Siratan makanan :
Proses pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dan
beberapa jenis sebatian daripada satu organisma hidup
kepada organisma hidup yang lain dalam pelbagai aliran
Gabungan beberapa rantaian makanan kerana sesuatu
sumber makanan lazimnya dimakan oleh pelbagai jenis
hidupan dalam sesebuah ekosistem
b) Menjelaskan proses rantaian dan siratan makanan :
i) Proses Rantaian Makanan
Terdapat lima peringkat utama:
Peringkat 1
Tenaga matahari dipindahkan secara terus daripada matahari
kepada pengeluar ( tumbuhan ) melalui proses fotosintesis.
Peringkat 2
Tenaga kimia dan sebatian-sebatian lain dipindahkan
kepada pengguna primer (contoh : ulat) apabila memakan
pengeluar (daun pokok).
Peringkat 3
Tenaga kimia dan sebatian-sebatian lain dipindahkan
kepada pengguna sekunder (contoh : burung pipit) apabila
memakan pengguna primer (ulat).
Peringkat 4
Tenaga kimia dan sebatian-sebatian lain dipindahkan
kepada pengguna tertier (contoh : Ular) apabila memakan
pengguna sekunder (burung pipit).
Peringkat 5
Akhirnya apabila pengeluar dan pengguna di atas mati akan
direput dan diurai oleh organisma pengurai dan pereput.
Pereputan ini akan menghasilkan nutrien-nutrien tanah yang
akan digunakan kembali oleh pengeluar.
ii) Proses Siratan Makanan :
Peringkat dalam rantaian makanan juga terdapat dalam
siratan makanan.
c) Menghuraikan konsep aras trofik dan piramid tenaga:
i) Konsep Aras Trofik:
Merupakan aras makanan dalam rantaian makanan yang
terdapat dalam ekosistem secara berturutan (pengeluar
pengguna primer pengguna sekunder pengguna tertier ).
ii) Piramid Tenaga:
Piramid tenaga merujuk kepada aras-aras makanan dan
pemakanan di dalam sesebuah ekosistem yang disusun
secara hierarki dari bawah ke atas dalam bentuk piramid.
Aras pertama – tumbuhan yang merupakan pengeluar
Aras kedua – Pengguna primer yang makan tumbuhan
Aras ketiga – Pengguna sekunder yang makan
pengguna primer
Aras keempat(puncak) – Pengguna tertier yang makan
tumbuhan dan pengguna lain.
d) Menjelaskan proses pemindahan tenaga dan kehilangan
tenaga dalam aras trofik.
i) Proses pemindahan tenaga dalam aras trofik:
Merupakan satu proses pemindahan tenaga dari satu
organisma kepada organisma yang lain. Melibatkan proses
makan dan dimakan antara pengeluar kepada pengguna
primer, sekunder dan tertier.
ii) Proses kehilangan tenaga dalam aras trofik:
Kehilangan tenaga merujuk kepada penurunan sejumlah
tenaga secara berturut-turut di setiap aras trofik disebabkan
terdapat pembebasan tenaga dalam bentuk tenaga haba
dalam setiap trofik.
Punca berlakunya kehilangan tenaga:
1) Proses perpeluhan
2) Perkumuhan
3) Pembesaran
4) Pergerakan
5) Pembiakan organisma
e) Menjelaskan persaingan antara spesies dan sesama spesies
mengikut peringkat penggunaan tenaga.
i) Persaingan Antara Spesies (inter-spesies) :
5.3 Kitar Nutrien Merujuk kepada persaingan antara spesies yang berlainan
Dalam Ekosistem jenis untuk mendapatkan makanan, air, cahaya dan tempat
tinggal.
ii) Persaingan Sesama Spesies (intra-spesies) :
Merujuk kepada persaingan antara individu yang sama
spesies untuk mendapatkan makanan, air, cahaya, tempat
tinggal, pasangan hidup atau kuasa memimpin.
a) Menerangkan Jenis Kitar Nutrien:
Kitar Nutrien merujuk kepada kitaran bahan-bahan kimia
yang terdiri daripada kitaran zat makanan dan gas serta
kitaran makanan enapan.
Kitaran ini berlaku dalam organisma hidup dan unsur
abiotik dalam sesebuah ekosistem.
Terdapat tiga jenis kitaran nutrien iaitu kitar oksigen,
kitar karbon dan kitar nitrogen.
i) Kitar Oksigen:
Satu proses kitaran oksigen dalam sesebuah ekosistem secara
berterusan sehingga mengimbangi kembali kandungan gas
oksigen dalam atmosfera.
Melibatkan proses pengambilan dan pengembalian oksigen
dalam sesebuah ekosistem.
ii) Kitar Karbon:
Satu proses kitaran karbon dalam bentuk gas dan bahan
dalam tumbuhan dan haiwan secara berterusan.
Melibatkan proses pengambilan dan pengembalian karbon
dalam sesebuah ekosistem.
iii) Kitar Nitrogen:
Merujuk kepada proses pengambilan dan pengembalian
semula nitrogen dalam atmosfera dan tanah untuk mencapai
keseimbangan. Kitar Nitrogen melibatkan tiga fasa :
1) Fasa Atmosfera:
Nitrogen di atmosfera terhasil daripada pancaran kilat
serta pembakaran hutan menghasilkan gas nitrogen
2) Fasa Biosfera (manusia / tumbuhan / haiwan)
Tumbuhan mendapat nitrogen melalui akar dalam
bentuk ammonia atau nitrat dan ditukar kepada
molekul organik (asid amino, protein dan sebagainya).
Tumbuhan kekacang melalui aktiviti bakteria pengikat
nitrogen.
Bahan kumuhan haiwan/manusia mengandungi
ammonia.
3) Fasa dalam tanih:
5.4 Kaitan sistem Organisma reput menyebabkan pemecahan protein dan
ekologi sel mati dalam sisa organisma bertukar kepada bentuk
ammonia dan nitrat.Baja nitrat yang digunakan dalam
Dengan manusia sektor pertanian diserap oleh tumbuhan.
b) Menghurai kepentingan kitar nutrien dalam ekosistem
daratan dan akuatik:
Menghasilkan keseimbangan ekosistem : rantaian
makanan tidak terjejas dan semua aras trofik berfungsi
dalam rantaian makanan.
Mengekalkan kesuburan tanah : penting untuk tumbuhan
(pengeluar ) membesar dan membiak serta
mengeluarkan hasil untuk faedah semua pengguna.
Memastikan tumbesaran pengeluar (tumbuhan) tidak
terbantut dan aliran tenaga dalam siratan makanan stabil.
a) Menghurai kepentingan sistem ekologi kepada manusia:
i) Kepentingan Ekosistem Daratan
Pembalakan.
Hutan hujan tropika yang padat dengan pokok berkayu
keras menggalakkan aktiviti pembalakan.
Hasil hutan.
Kepelbagaian spesies flora dan fauna ekosistem
menyediakan pelbagai hasil hutan seperti rotan, buluh,
madu lebah dan sarang burung layang-layang.
Perubatan.
Kepelbagaian spesies flora ekosistem juga mempunyai
pelbagai tumbuhan herba untuk tujuan perubatan seperti
mas cotek, tongkat ali dan kacip fatimah.
Kepelbagaian biologi.
Kepelbagaian biologi ekosistem menggalakkan pelbagai
bentuk penyelidikan, dokumentari dan perfileman.
Perburuan.
Kepelbagaian spesies hidupan liar juga menggalakkan
aktiviti memburu rusa, babi hutan dan ayam hutan untuk
tujuan makanan.
Pelancongan dan rekreasi.
Keunikan kepelbagaian flora dan fauna menjadi tarikan
pelancong ke kawasan taman negara, gua-gua batu kapur
serta aktiviti melihat burung dan safari.
Pertanian pindah.
Tanah yang subur yang disediakan oleh ekosistem tanah
tinggi melaui kitar nitrogen dimanfaatkan oleh
masyarakat orang asli untuk menjalankan aktiviti
pertanian pindah.
ii) Kepentingan Ekosistem Akuatik
Perikanan
Kekayaan dan kepelbagaian spesies akuatik
menggalakkan aktiviti perikanan di sungai, tasik, paya
bakau dan laut.
Hasil marin.
Kepelbagaian biotik dan abiotik ekosistem marin
menyediakan pelbagai hasil marin seperti rumpair laut,
garam laut dan pelbagai krustasia yang boleh dimakan.
Perubatan.
Kepelbagaian biotik dan abiotik ekosistem akuatik juga
mempunyai sumber untuk tujuan perubatan seperti
gamat, kuda laut, ikan haruan, belut, lintah dan pelbagai
mineral laut yang penting dalam perubatan.
Kepelbagaian biologi.
Kepelbagaian biologi ekosistem akuatik menggalakkan
pelbagai bentuk penyelidikan, dokumentari dan
perfileman.
Pelancongan dan rekreasi.
Keunikan biotik dan abiotik ekosistem akuatik menjadi
tarikan pelancong ke kawasan terumbu karang, hutan
paya bakau, tasik serta aktiviti rekreasi seperti melihat
kelip-kelip dan sukan air.
Akuakultur.
Ekosistem akuatik menyediakan sumber air, plankton
dan mineral yang penting untuk aktiviti menternak ikan
dalam sangkar di sungai, tasik, paya bakau dan laut.
b) Mengenalpasti gangguan ekosistem (fizikal dan manusia) :
Gangguan ekosistem bermaksud sesebuah ekosistem
itu gagal mencapai keseimbangan dalam hubungan
saling bergantung antara komponan biotik dan
abiotiknya
Gangguan biasanya berlaku terhadap :
1) habitat
2) rantaian makanan
3) kepelbagaian spesies (kepupusan spesies)
Gangguan ini boleh berlaku dalam ekosistem daratan
dan ekosistem akuatik.
Gangguan berlaku akibat fenomena fizikal atau aktiviti
manusia.
Gangguan fizikal berlaku akibat fenomena semulajadi
merosakkan ekosiatem. .
Gangguan manusia berlaku akibat aktiviti manusia yang
merosakkan ekosistem.
c) Menghurai gangguan ekosistem (fizikal dan manusia) :
i) Gangguan fizikal (semulajadi)
Letusan gunung berapi / gempa bumi
Kenaikan aras laut
Tsunami
Jerebu berpanjangan
Ribut tropika
Kebakaran hutan
Hujan lebat dan kilat petir
Hakisan dan Tanah runtuh
Peningkatan suhu
Banjir
Pencairan ais di kutub
Kemarau
ii) Gangguan akibat aktiviti manusia
Pertanian
Perindustrian dan IKS
Penternakan
Pembinaan
Perikanan
Pelancongan
Perhutanan
Aktiviti domestik
Perlombongan
Pemburuan
d) Menghuraikan ekosistem buatan manusia:
Ekosistem Buatan Manusia merujuk kepada ekosistem
semulajadi yang telah diubahsuai oleh manusia untuk
kepentingan yang tertentu. Ekosistem ini antaranya:
i. ekosistem tasik buatan
empangan
taman tasik
bekas lombong
ii. kawasan pertanian
sawah padi
ladang getah dan kelapa sawit
iii. kawasan penghutanan semula
ladang hutan
penanaman semula
e) Mencadangkan langkah pemeliharaan dan pemuliharan
ekosistem:
i. Ekosistem daratan (hutan)
Pemeliharaan
1) Perundangan-akta perhutanan,mengekalkan
hutan
2) Penguatkuasaan dan pemantauan
3) Penebangan terpilih
4) R&D sebelum penebangan
5) Penebangan berpusing/polikitar
6) Pendidikan formal dan tidak formal
7) Kempen kesedaran melalui media massa
Pemuliharaan
1) Penanaman semula
2) Rawatan silvikultur
3) Ladang Hutan
4) R&D – mencari baka/spesies baru
ii. Ekosistem Akuatik (Paya/tasik)
Pemeliharaan
1) Kuatkuasa undang-undang/pemantauan JPS
2) Wartakan kawasan tasik/paya
3) Pengurusan strategik- sediakan loji rawatan sisa
kilang Kempen-media massa
4) Pendidikan formal/tidak formal
Pemuliharaan
1) Tanam semula pokok/spesies dalam tasik/paya
2) Rawatan air yang tercemar
3) Membiak semula ikan/hidupan air
Contoh soalan dan jawapan:
(a) Terangkan perbezaan antara pengeluar dengan pengguna?
[4M]
(b) Bagaimanakah peningkatan suhu mempengaruhi ekosistem hutan.
[6M]
Jawapan Soalan 1a
ISI HURAIAN
a1 Pengeluar Menghasilkan makanan sendiri
a2 Pengguna Mendapatkan makanan daripada pengguna lain
Jawapan Soalan 1b HURAIAN
ISI Sejatan meningkat –kelembapan/air kurang
Tiada tempat untuk mencari makanan/membiak
b1 Bahangan melampau Hilang atau pupus
b2 Kemusnahan habitat Terganggu atau musnah jejas ekosistem
b3 Spesies flora dan fauna
b4 Rantaian makanan
Soalan 2
a) Nyatakan dua bioderversiti utama dalam hutan.
[2M]
b) Jelaskan dua kesan tumbuh-tumbuhan dalam ekosistem hutan.
[4M]
c) Huraikan kesan penyahutanan terhadap kitaran hidrologi.
[4M]
Jawapan soalan 2a
ISI HURAIAN
a1 Flora Kumpulan tumbuh-tumbuhan
a2 Fauna Kumpulan hidupan/haiwan
Jawapan Soalan 2b HURAIAN
ISI Tempat tinggal haiwan/hidupan dalam hutan
Menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen
b1 Habitat Untuk semua pengguna
b2 Fotosintesis Membebaskan wap air semasa proses respirasi
b3 Sumber makanan
b4 Menyerderhanakan suhu
Jawapan Soalan 2c HURAIAN
ISI Sumber air dari proses perpeluhan tidak berlaku
Resapan tidak berlaku-rongga-rongga tanah tertutup
c1 Kerpasan kurang Hujan tidak melalui kanopi pokok
c2 Larian air permukaan meningkat Haba matahari terus sampai ke permukaan tanah
c3 Kurang proses pintasan
c4 Peningkatan kadar sejatan
Soalan 3
a) Huraikan dua komponen asas dalam ekosistem paya air tawar.
[4M]
b) Huraikan bagaimana aktiviti manusia menyebabkan keseimbangan ekosistem paya air tawar
terganggu.
[6M]
Jawapan soalan 3a
ISI HURAIAN
a1 Biotik Benda-benda hidup seperti ikan, berudu, tumbuhan
a2 Abiotik Benda bukan hidup seperti air, udara, tanih, tenaga suria
Jawapan soalan 3b
ISI HURAIAN
b1 Pembalakan Habitat musnah
b2 Perikanan Ancam spesies- kurang atau pupus
b3 Pertanian Racun dan baja –larutan mengalir masuk ke paya
b4 Perumahan Buangan sisa domestik
b5 Perindustrian Sisa-sisa toksid dibuang ke dalam paya
Tajuk 6 : Saling Kebergantungan Sistem Huraian
Konsep/Tajuk
6 6.1 Interaksi antara sistem a) Menjelaskan saling kebergantungan antara sistem fizikal :
Saling kebergantungan antara sistem fizikal merujuk
kepada interaksi antara keempat-empat sistem fizikal iaitu
geomorfologi (litosfera), atmosfera, hidrologi (hidrosfera)
dan ekologi (biosfera) untuk mencapai keseimbangan atau
untuk membolehkan keseluruhan sistem itu berfungsi.
i. Sistem Geomorfologi (Litosfera):
Sistem Atmosfera
o Proses-proses geomorfologi yang berinteraksi
dengan atmosfera.
Sistem Hidrologi (Hidrosfera)
o Proses-proses geomorfologi yang berinteraksi
dengan hidrosfera.
Sistem Ekologi (Biosfera)
o Proses-proses geomorfologi yang berinteraksi
dengan biosfera.
ii. Sistem atmosfera :
Sistem Geomorfologi (Litosfera)
o unsur-unsur cuaca dan iklim yang berinteraksi
dengan litosfera.
Sistem Hidrologi (Hidrosfera)
o unsur-unsur cuaca dan iklim yang berinteraksi
dengan hidrosfera.
Sistem Ekologi (Biosfera)
o unsur-unsur cuaca dan iklim yang berinteraksi
dengan biosfera.
iii. Sistem hidrologi (hidrosfera): Sistem hidrologi
Sistem Atmosfera
o Proses-proses hidrologi yang berinteraksi
dengan atmosfera.
Sistem Geomorfologi (Litosfera)
o Proses-proses hidrologi yang berinteraksi
dengan litosfera.
Sistem Ekologi (Biosfera)
o Proses-proses hidrologi yang berinteraksi
dengan biosfera.
iv. Sistem ekologi (biosfera):
Sistem Atmosfera
o Proses-proses ekologi yang berinteraksi
dengan atmosfera.
Sistem Geomorfologi (Litosfera)
o Proses-proses ekologi yang berinteraksi
dengan litosfera.
Sistem Hidrologi (Hidrosfera)
o Proses-proses ekologi yang berinteraksi
dengan hidrosfera.
b) Menjelaskan bagaimana gangguan dan perubahan pada
sesuatu sistem mempengaruhi sistem alam sekitar fizikal
yang lain;
i. Kesan Gangguan Sistem Geomorfologi (Litosfera)
Letusan gunung berapi (geomorfologi/litosfera)
yang mengeluarkan gas pencemar, asap, habuk
dan debu yang banyak menyebabkan pencemaran
udara (atmosfera) yang teruk.
Tanah runtuh/ gerakan jisim
Hakisan tanah
ii. Kesan Gangguan Sistem Hidrologi (hidrosfera) :
Lebihan air (hidrosfera) menyebabkan banjir,
seterusnya banjir memusnahkan hidupan di
kawasan tanah rendah (biosfera)
Kemarau
iii. Kesan Gangguan Sistem Atmosfera:
Peningkatan suhu dan El Nino (atmosfera) boleh
menyebabkan berlaku kebakaran hutan secara
semulajadi menyebabkan kemusnahan flora dan
fauna (biosfera).
iv. Kesan Gangguan Sistem Ekologi (Biosfera):
Penyahutanan akan menyebabkan kejadian
pemanasan setempat dan seterusnya
menyebabkan pemanasan global (atmosfera).
Kekurangan tumbuh – tumbuhan telah
mengurangkan kelembapan udara persekitaran.
Kebakaran semulajadi hutan
c) Menjelaskan bagaimana perubahan pada sesuatu sistem
mempengaruhi sistem yang lain dan impaknya terhadap
manusia.
i. Kejadian banjir besar menyebabkan kerosakan dan
kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa
kepada manusia.
ii. Kejadian gempa bumi di dasar laut menghasilkan
ombak laut yang besar/tsunami yang menyebabkan
kerosakan dan kemusnahan harta benda, kecederaan
dan kehilangan nyawa manusia.
iii. Letusan gunung berapi menyebabkan pencemaran
udara/jerebu yang akan menjejaskan kesihatan
manusia terutama sistem pernafasan dan
mengurangkan jarak penglihatan sehingga
menyebabkan risiko kemalangan.
iv. Kemarau menyebabkan manusia menghadapi masalah
kebuluran dan masalah sumber air bersih.
v. Fenomena El Nino menyebabkan suhu persekitaran
akan bertambah panas menjadikan manusia kurang
selesa kerana kerap berpeluh dan masalah
kekurangan air di dalam badan dan risiko strok haba
vi. Fenomena pemanasan global, kesan rumah hijau dan
penipisan lapisan ozon meningkatkan suhu dunia,
menyebabkan berlaku pencairan ais di kutub serta
kawasan pergunungan. Ini kan meningkatkan aras
laut dan peningkatan kadar hakisan di pinggir pantai.
Kenaikan aras laut menyebabkan banyak kawasan
ditenggelami air dan seterusnya akan memusnahkan
harta benda dan mengganggu aktiviti ekonomi
penduduk.
6.2 Interaksi sistem fizikal a) Menjelaskan saling kebergantungan antara sistem
dengan sistem gunaan fizikal dengan sistem gunaan manusia yang
manusia menyebabkan kesan positif dan negatif.
Sistem gunaan manusia merujuk kepada penggunaan sistem
fizikal untuk keperluan kehidupan manusia.
(i) Kesan Positif:
Sistem atmosfera
1) Hujan lebat dan suhu yang panas
menggalakkan aktiviti penanaman tanaman
tropika.
2) Suhu sejuk di tanah tinggi, suhu panas dan
bersalji menggalakkan pelancongan.
Sistem Geomorfologi:
1) Proses luluhawa - membentuk bahan
regolith yang tebal dan menggalakkan
aktiviti pertanian
2) Proses hakisan - hakisan sungai
membentuk air terjun dan jeram
menggalakkan pelancongan dan penjanaan
kuasa hidro elektrik
Sistem ekologi:
1) Ekosistem hutan hujan tropika menyediakan
bekalan kayu untuk pembalakan dan industri
perabot.
2) Tumbuhan herba untuk industri perubatan
tradisional.
3) Biodiversiti menggalakkan pelancongan
Sistem hidrologi:
1) Lebihan air dan air bawah tanah
mempengaruhi bekalan air, dan
menggalakkan aktiviti pertanian, perikanan,
penternakan, pelancongan, dan perindustrian
(ii) Kesan negatif
Kitaran hidrologi
1) Banjir dan kemarau menjejaskan aktiviti
pertanian, perikanan, penternakan,
pelancongan, dan perindustrian
Proses Geomorfologi
1) Gelongsoran tanah merosakkan kawasan
pertanian dan pelancongan
2) Aliran lumpur merosakkan kawasan
petempatan dan pertanian
Unsur Cuaca dan Iklim
1) Ribut tropika, angin kencang dan hujan lebat
6.3 Pemeliharaan dan mengganggu aktiviti pertanian, perikanan
pemuliharaan alam sekitar. dan pelancongan.
2) Jerebu mengganggu aktiviti pertanian dan
pelancongan.
a) Menjelaskan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar fizikal;
i. Pemeliharaan merujuk kepada langkah/ usaha
menjaga dan menyelamatkan alam semula jadi
sebelum rosak/tercemar/pupus.
ii. Pemuliharaan merujuk kepada langkah/ usaha
membaikpulih/ memperbaiki/ mengembalikan alam
semula jadi yang telah rosak/tercemar.
b) menilai langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar fizikal (kaedah perundangan dan kaedah bukan
perundangan)
i. Langkah perundangan :
Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974, Akta Parit dan Saliran, Akta Sumber dan
Galian serta akta-akta yang yang berkaitan dengan
alam sekitar.
Pemantauan dan laporan agensi penguatkuasa
seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), pihak berkuasa
tempatan (PBT) dan lain – lain agensi yang terlibat
.
Penguatkuasaan denda, kompaun, penjara, tarik
balik lesen dan penyitaan terhadap individu atau
pengusaha yang mencemarkan alam sekitar.
Mengekalkan kawasan hutan/warta hutan sebagai
hutan simpan dan kawasan tadahan air.
Laporan EIA bagi menilai sejauh mana perlaksaan
sesuatu projek akan memberi impak kepada lama
sekitar.
ii. Langkah bukan perundangan :
Membina benteng, gabion, tembok dan
penyimenan.
Menggunakan sungkupan plastik.
Membina sistem parit dan longkang di cerun.
Membina teres.
Menanam tanaman tutup bumi.
Penanaman semula hutan.
Rawatan sisa industri.
Penggunaan teknologi mesra alam
Kempen kesedaran melalui slogan dan aktiviti
kemasyarakatan oleh pihak berkuasa tempatan,
NGO dan individu yang prihatin.
Pendidikan dilaksanakan di peringkat sekolah
rendah, seolah menengah dan IPT menerusi
kurikulum khusus.
Peranan orang awam iaitu memantau dan
melaporkan aktiviti yang merosakkan alam
kepada JAS atau PBT.
Contoh soalan dan jawapan:
Soalan 1
Berdasarkan gambar di atas,
(a) Apakah kesimpulan anda berkaitan dengan fenomena yang berlaku dalam gambar tersebut?
[2M]
(b) Jelaskan dua kesan fenomena (a) terhadap sistem geomorfologi.
[4M]
(c) Huraikan dua amalan pemeliharaan hutan di Malaysia.
[4M]
Jawapan soalan 1a
ISI HURAIAN
a1 Fenomena penyahutanan/ Menyebabkan gangguan/ kerosakan ekosistem/
kemusnahan hutan secara besar- kemusnahan habitat/ siratan makanan/ peningkatan
besaran/ pembalakan besar – besaran suhu/merosakkan kepalbagaian biologi.
Jawapan soalan 1b HURAIAN
ISI
Pendedahan tanah kepada unsur cuaca
b1 Peningkatan kadar luluhawa Kesan larian air pemukaan dan percikan air hujan
b2 Peningkatan kadar hakisan tanah menyebabkan peningkatan sedimentasi dan kehilangan
kesuburan tanah.
b3 Peningkatan kadar pergerakan jisim
Kurang cengkaman akar menyebabkan kegagalan cerun.
Jawapan soalan 1c
ISI HURAIAN
c1 Kaedah perundangan/akta perhutanan Mengekalkan hutan/warta hutan sebagai hutan simpan/
denda/ kompaun.
c2 Penebangan terpilih Pokok yang sudah matang sahaja.
c3 Penebangan pusingan/polikitar
c4 R&D Tempoh tertentu contohnya 30 tahun atau ikut lot.
c5 Kempen kesedaran Teknologi, inovasi atau teknik baru untuk tujuan
pencegahan/ pemeliharaan sumber hutan.
Melalui media massa – pengekalan hutan.
Soalan 2
(a) Apakah perbezaan antara biosfera dengan hidrosfera?
[2M]
(b) Huraikan dua impak kemusnahan hutan terhadap sistem hidrologi.
[4M]
(c) Bagaimanakah peningkatan suhu mempengaruhi ekosistem hutan?
[4M]
Jawapan soalan 2a
ISI HURAIAN
a1 Definsi Biosfera merujuk kepada hidupan iaitu tumbuhan,
haiwan, manusia dan mikroorganisma di bumi.
Manakala, hidrosfera merujuk kepada sumber air yang
terdapat di bumi seperti air di bawah tanah, di
permukaan bumi (tasik, sungai, laut) dan atmosfera.
Jawapan soalan 2b HURAIAN
Kelembapan udara rendah.
ISI Mengurangkan simpanan air tanih.
b1 Proses transpirasi kurang berlaku Air larian permukaan meningkat.
b2 Sejatan tinggi Udara kering dan mengurangkan hujan.
b3 Kadar pintasan tumbuhan rendah
b4 Sejat peluhan kurang HURAIAN
Kemusnahan habitat dan sumber makanan.
Jawapan soalan 2c Kepupusan spesies flora dan fauna.
Kemusnahan/gangguan rantaian makanan.
ISI
c1 Bahangan melampau
c2 Kelembapan kurang
c3 Sejatan meningkat
Soalan 3
a) Bagaimanakah kitaran hidrologi mempengaruhi proses pengukiran bentuk muka bumi?
[3M]
b) Terangkan bagaimana angin monsun timur laut mempengaruhi kejadian banjir di Malaysia.
[3M]
c) Jelaskan dua kesan banjir terhadap persekitaran fizikal.
[4M]
Jawapan soalan 3a
ISI HURAIAN
a1 Air hujan dan air larian permukaan Akan menjalankan proses hakisan percikan/hakisan
hakisan. permukaan tanah seperti hakisan beralur dan tidak
beralur yang menyebabkan berlakunya proses
pengukiran dan penggondolan tanah di permukaan
bumi.
Jawapan soalan 3b HURAIAN
ISI Angin Monsun Timur laut yang bertiup dari Laut
a2 Angin dari laut-kelembapan tinggi. China Selatan membawa tiupan angin yang kuat dan
kadar kelembapan yang tinggi menghasilkan hujan
lebat berterusan dan menyebabkan banjir berlaku.
Jawapan soalan 3c HURAIAN
ISI Kekurangan air bersih
Kemusnahan tempat tinggal haiwan.
c1 Pencemaran air Rantaian makanan terganggu.
c2 Gangguan/kemusnahan habitat Ketidakstabilan cerun.
c3 Kemusnahan flora dan fauna Berlaku di kawasan pertanian.
c4 Permukaan yang terhakis
c5 Pemendapan tanah
Soalan 4
a) Huraikan tiga kesan letusan gunung berapi terhadap sistem fizikal.
[6M]
b) Jelaskan dua kesan positif letusan gunung berapi terhadap kehidupan manusia.
[4M]
Jawapan soalan 4a
ISI HURAIAN
a1 Atmosfera Debu gunung berapi menyebabkan udara akan
a2 Biosfera tercemar.
a3 Litosfera Aliran lava memusnahkan flora dan fauna dan
a4 Hidrosfera menyuburkan tanah.
Aliran lava dan debu gunung berapi akan mengubah
landskap permukaan bumi.
Sumber air akan tercemar oleh aliran lava dan debu
gunung berapi.
Jawapan soalan 4b
ISI HURAIAN
b1 Pertanian Tanah yang subur untuk aktiviti pertanian seperti lava
bes
b2 Pelancongan Kawasan pelancongan yang unik dengan pelbagai
bentuk muka bumi seperti kawah gunung berapi.
b3 Perindustrian Membekalkan sulfur
b4 Tenaga Penjanaan tenaga geoterma di kawasan gunung berapi.
Soalan 5
a) Jelaskan peranan sistem hidrologi dalam membangunkan keperluan kehidupan manusia.
[4M]
b) Bagaimanakah aktiviti manusia menyebabkan kegagalan cerun berlaku?
[6M]
Jawapan soalan 5a HURAIAN
ISI Bekalan air domestik dan
a1 Sumber bekalan air industri/pertanian/perlombongan.
Penjanaan kuasa elektrik hidro.
a2 Sumber tenaga Hasil ikan dan hidupan akuatik yang lain.
a3 Sumber protein Aktiviti sukan air/berkelah/pelancongan.
a4 Riadah Mengangkut barangan dan penumpang.
a5 Pengangkutan
Jawapan soalan 5b
ISI HURAIAN
b1 Pembinaan Penarahan dan pemotongan lereng bukit menyebabkan
struktur tanah longgar dan tidak stabil.
b2 Pertanian Pertanian di tanah tinggi menyebabkan lereng bukit
akan diratakan dan digondolkan untuk pertanian dan
b3 Perlombongan kuari boleh menyebabkan hakisan tanah dan tanah runtuh.
Proses letupan akan menyebabkan gegaran yang
b4 Pembalakan menyebabkan struktur cerun bukit longgar dan lemah.
Akhirnya berlaku tanah runtuh.
Penebangan hutan di lereng bukit menyebabkan tanah
gondol. Struktur tanah menjadi longgar menyebabkan
tanah runtuh.
942/3
GEOGRAFI ALAM
SEKITAR MANUSIA
( BAHAGIAN B)
BAHAGIAN B : ALAM SEKITAR MANUSIA
Tajuk : 5.0 : Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya.
Konsep/Tajuk Huraian
5.0 5.1 Impak aktiviti a) Mengenal pasti impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar
manusia terhadap alam iaitu:
sekitar
i. Kemerosotan kualiti alam sekitar
Kemerosotan kualiti alam sekitar merujuk kepada unsur air,
udara, tanih yang telah dicemari oleh unsur-unsur
pencemaran dan tidak selamat untuk digunakan oleh
manusia mengikut piawaian antarabangsa.
Contoh air sungai atau tasik atau laut yang telah
dicemari oleh sisa kumbahan, minyak, bangkai
binatang, virus, racun, pH air yang berasid (1-6),
kandungan BOD yang tinggi, berwarna atau keruh dan
berbau busuk.
Contoh udara yang tercemar ialah kandungan PM10 dan
PM2.5 yang tinggi, meningkatnya gas-gas rumah hijau
dalam udara, kandungan asap dan jarak penglihatan
yang rendah.
ii. Kemerosotan dan kepupusan sumber
Kemerosotan dan kepupusan sumber merujuk kepada
sumber-sumber alam semulajadi yang semakin berkurangan
dan mengalami kepupusan atau kemusnahan akibat aktiviti
manusia atau bencana alam.
Contohnya kepupusan hutan - kehabisan sumber kayu
berkualiti seperti cengal, meranti, keruing .
Kehabisan sumber galian/ mineral seperti bijih timah,
petroleum dan gas asli, bijih besi .
Kemerosotan kualiti tanih dan kawasan tanih yang
sesuai untuk pertanian.
Kemerosotan bilangan haiwan seperti tapir, harimau dan
gajah.
b) Menghuraikan impak aktiviti manusia terhadap persekitaran
fizikal
i. Kemerosotan kualiti alam sekitar:
Hakisan tanah / tanah runtuh dan kegagalan cerun
meningkat disebabkan aktiviti manusia seperti potongan
bukit untuk pembinaan jalan raya dan kawasan pembinaan
perumahan dan komersil.
Banjir berlaku apabila hutan ditebang secara berleluasa
untuk mendapatkan bekalan kayu dan untuk membuka
ladang pertanian baru . Ini menyebabkan proses resapan air
ke dalam tanih semakin rendah dan larian air permukaan
tinggi dan kelodak memenuhi sungai dan menjadikan sungai
semakin cetek. Apabila hujan turun dengan lebat, sungai
yang cetek tidak mampu untuk menampung isipadu air
sungai dan akan melimpah serta membanjiri tebing sungai
di peringkat hilir.
Kemarau berlaku banyak disumbangkan oleh pemusnahan
hutan oleh aktiviti perhutanan dan pertanian. Kehilangan
hutan menyebabkan kandungan wap air dalam udara
menjadi rendah, udara semakin kering dan seterusnya
menjejaskan proses pemeluwapan dan pembentukan awan.
Kekurangan awan menyebabkan hujan tidak turun dan
meningkatan kejadian kemarau.
Ketandusan tanih merujuk kepada tanih yang telah
kehilangan kesuburan, sangat poros, kering dan tidak sesuai
untuk aktiviti pertanian. Ini berpunca daripada aktiviti
pennggondolan kawasan hutan dan mendedahkan tanih
kepada larian air permukaan yang menghakis dan
memindahkan tanah subur ke dalam sungai atau ke kaki
bukit.
Pemanasan setempat dan global disebabkan oleh
penggondolan kawasan hutan dan binaan konkrit yang
banyak. Kadar sejat peluhan yang rendah menyebabkan
udara setempat menjadi lebih panas dan kering.
Pencemaran air berpunca daripada pelbagai aktiviti
manusia seperti amalan pertanian yang menggunakan baja
kimia menyebabkan tanah menjadi berasid dan apabila air
yang larut dengan baja kimia akan masuk ke dalam sungai
dan menyebabkan PH air sungai menjadi rendah/ berasid.
Pencemaran udara berpunca daripada pelbagai aktiviti
manusia seperti pembakaran terbuka di tapak-tapak
pelupusan sampah, pembakaran kawasan hutan untuk
pembukaan kawasan pertanian, pembakaran jerami padi
secara terbuka, peningkatan penggunaan bahan api fosil
oleh kenderaan persendirian akan meningkatkan pelepasan
asap, habuk dan gas karbon dioksida dan karbon monoksida
ke udara menyebabkan udara menjadi tercemar.
Pencemaran bunyi berpunca daripada penggunaan jentera
dan mesin berat dalam aktiviti perindustrian, pembinaan,
perlombongan dan pembalakan serta penggunaan kenderaan
berat dalam perkhidmatan pengangkutan.
Pencemaran bau berpunca daripada pelepasan sisa dan
najis dari ladang ternakan, industri memproses hasil
pertanian dan perikanan dan kilang kejuruteraan kimia,
tapak pelupusan sampah yang tidak terurus, kolam oksidasi
dan pembuangan sampah yang tidak terurus di kawasan
perumahan dan setinggan
Pencemaran sampah sarap berpunca daripada
pembuangan sampah yang tidak terurus dari industri
pemprosesan dan pembuatan, sektor pembinaan, sisa
pertanian, pembalakan dan perikanan, aktiviti perniagaan
serta kawasan perumahan.
Pencemaran sisa toksik berpunca daripada pembuangan
sisa toksid industri pembuatan, perlombongan dan aktiviti
meracun dan penggunaan baja kimia dalam pertanian.
ii. Impak kemerosotan dan kepupusan sumber
Kepupusan sumber kepelbagaian biologi: Eksploitasi
sumber biologi seperti sumber hutan dan sumber marin
telah menyebabkan ada di antara spesies mengalami
kepupusan dan lenyap. Ini menyebabkan kepelbagaian
spesies semakin kurang.
Kehabisan sumber: Penggunaan dan eksploitasi yang
berterusan sumber semula jadi secara berterusan akan
menyebabkan stok sumber semakin berkurangan, habis
dan kepupusan. Kepupusan itu bergantung kepada
sebanyak mana sumber itu dieksploitasi dan berapa
banyak stok sumber yang dimiliki. Jika sumber
diekspoitasi secara skala besar dan amaun stok yang
terhad maka jangka masa kehabisan sumber akan
menjadi lebih cepat.
c) Menjelaskan aktiviti manusia yang menjejaskan alam sekitar:
i. Aktiviti perhutanan:
Penebangan hutan menyebabkan kemusnahan habitat flora
dan fauna. Banyak speises orkid dan herba musnah akibat
penggondolan hutan untuk sumber kayu kayan. Haiwan
kehilangan habitatnya dan terpaksa berhijrah ke kawasan
baru dan kadang-kadang memasuki wilayah yang didiami
manusia. Perhutanan juga menyebabkan lantai hutan
didedahkan kepada unsur cuaca seperti hujan. Ini
meningkatkan larian air permukaan dan menyebabkan
hakisan tanah berlaku dengan giat dan di kawasan bercerun
memungkinkan kejadian tanah runtuh. Kejadian ini mampu
menjejaskan alam sekitar.
ii. Aktiviti perindustrian:
aktiviti perindustrian seperti industri menapis petroleum
yang melibat proses yang membebaskan banyak gas karbon
dioksida akan mencemarkan udara dan meningkatkan suhu
setempat. Industri pemprosesan kelapa sawit juga
membebaskan asap dan karbon dioksida yang banyak turut
meningkatkan kadar pencemaran. Industri tekstil yang
membuang sisa bahan pewarna dan peluntur ke longkang dan
sungai akan menjejaskan air dan meningkatkan kandungan
bahan kimia berbahaya di dalam air sungai. Ini
peningkatkan pencemaran air dan menjejaskan alam sekitar.
iii. Aktiviti pengangkutan dan perhubungan: pertambahan
kenderaan yang menggunakan jalan raya akan meningkatkan
penggunaan bahan api fosil yang akan meningkatkan
pelepasan gas karbon monoksida ke udara. Kandungan
karbon monoksida dan karbon dioksida yang dilepaskan oleh
kereta, bas dan lori akan menyebabkan udara di kawasan
yang banyak penggunaan kenderaan tercemar. Pencemaran
udara yang tinggi terutamanya di kawasan pusat bandar akan
menyebabkan suhu di kawasan bandaraya meningkat. Ini
akan menjejaskan alam sekitar.
iv. Aktiviti pertanian dan penternakan: pembukaan kawasan
pertanian baru dengan penggondolan kawasan hutan dan di
kawasan bercerun berisiko untuk meningkatkan kejadian
hakisan dan tanah runtuh terutamnya ketika musim hujan.
Pembakaran jerami padi dan amalan tebang bakar dalam
amalan tanam semula kelapa sawit dan getah akan
meningkatkan jumlah bahan terampai dan PM10 di udara
dan akan mencemarkan udara. Amalan tanaman sejenis akan
menyebabkan tanah hilang kesuburan dan akan
meningkatkan penggunaan baja kimia . Penternakan haiwan
secara skala kecil atau besar turut meningkatkan pencemaran
bau terutama bau daripada najis ternakan seperti ayam, itik,
kinzir dan lembu. Pembuangan sisa najis haiwan terutamnya
kinzir ke sungai akan menyebabkan kadar BOD tinggi dan
sukar untuk dipulihkan. Ini akan menjejaskan alam sekitar.
v. Aktiviti perikanan dan akuakultur: Berlaku kepupusan
sumber perikanan dan marin termasuk pemusnahan kawasan
pembiakan ikan akibat penggunaan bot-bot besar dan pukat
harimau, pukat tunda atau pukat apollo yang boleh
memusnahkan terumbu karang dan kawasan pembiakan ikan.
Pukat ini juga mampu menangkap anak-anak ikan yang
belum cukup besar dan matang yang akhirnya menyebabkan
bekalan sumber perikanan pada masa hadapan berkurangan.
Berlaku juga peningkatan kadar pencemaran air laut akibat
tumpahan minyak dan pembuangan enap cemar dari bot-bot
ikan menyebabkan minyak kotor menutupi permukaan laut,
mematikan plankton dan zooplankton. Ini akan
mengurangkan sumber makanan kepada ikan.
vi. Aktiviti pembinaan: Berlaku pencemaran udara dan
jerebu. Berlaku apabila debu tanah yang berterbangan
semasa proses meratakan tanah dijalankan untuk aktiviti
pembinaan. Debu yang berterbangan ini akan
memburukkan lagi keadaan jerebu khususnya di
bandar-bandar besar.
vii. Aktiviti perlombongan dan kuari: Berlaku pencemaran
sumber laut dan kerosakan ekosistem akuatik khususnya di
kawasan pelantar cari gali petroleum. Berlaku kemusnahan
kepada kepelbagaian spesies tumbuhan dan hidupan laut,
karang laut dan lain-lain serta menjadi gangguan kepada
keseimbangan ekologi lautan. Aktiviti kuari akan
mencemarkan udara oleh debu batu hasil proses meletupkan
batuan granit.
viii. Aktiviti pelancongan dan rekreasi: Kesan pencemaran
terhadap sumber air berlaku disebabkan oleh penyaliran sisa-
sisa kumbahan daripada hotel dan resort ke laut. Air akan
tercemar dengan bakteria e-coli dan menyebabkan
peningkatan terhadap kadar BOD yang akhirnya boleh
memusnahkan hidupan akuatik seperti ikan, udang dan
tumbuhan air serta menganggu kesihatan manusia yang
menggunakan air tersebut. Pelancong juga akan membawa
makanan bersama-sama mereka sewaktu berhibur di tepi
pantai, hutan lipur, kawasan air terjun dan sebagainya.
Biasanya pelancong akan membuang sisa makanan dan
sampah sarap merata-rata dan ini akan mencemarkan
persekitaran pantai, hutan lipur dan tempat perkhelahan dan
sisa makanan yang busuk akan menyebabkan pencemaran
bau.
5.2 Impak Sosial a) menilai impak alam sekitar terhadap kehidupan manusia,
Impak sosial merujuk kepada kesan negatif yang
dialami oleh manusia akibat perubahan yang berlaku ke
atas alam sekitar fizikal.
Apa yang dialami oleh alam sekitar fizikal akibat tindak
tanduk manusia akan mengimpak manusia kembali.
Antara impak sosial ialah :
i. Kesihatan
Kesihatan manusia terjejas akibat penyakit bawaan
air tercemar dan penyakit yang berkaitan dengan
udara yang tercemar.
ii. Keselamatan
Keselamatan manusia terjejas akibat bencana seperti
tanah runtuh, banjir dan jerebu.
iii. Kerosakan Dan Kemusnahan Harta Benda
Kerosakan harta benda seperti bangunan rumah,
perabot, peralatan elektrik dan kenderaan berlaku
akibat fenomena seperti tanah runtuh dan banjir.
iv. Aktiviti Ekonomi
Gangguan aktiviti ekonomi seperti tanaman musnah
ditenggelami air banjir dan pelancongan terganggu
akibat jerebu.
v. Aktiviti Sosial.
Gangguan aktiviti sosial seperti persekolahan akibat
banjir, aktiviti riadah akibat jerebu dan aktiviti
membasuh terganggu akibat pencemaran air.
5.3 Pengurusan Alam Sekitar
5.3.1 Pemeliharaan dan a) Membezakan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan alam
pemuliharaan sekitar.
Pemeliharaan sumber alam bermakna usaha-usaha untuk
menjaga, memelihara dan melindungi sumber-sumber alam yang
belum diteroka dan dirosak.
Pemuliharaan sumber alam pula bererti usaha-usaha untuk
melestarikan bekalan sumber alam melalui usaha-usaha pulihara
atau baik pulih sumber-sumber yang telah rosak setelah diteroka
oleh manusia.
b) Mencadangkan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar
(i) Langkah perundangan
Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
Akta ini digubal sebagai perundangan yang komprehensif
yang memberikan asas undang-undang yang sama bagi
mengkordinasikan kesemua aktiviti berkaitan dengan
pengawalan alam sekitar di seluruh negara.
Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan
pihak berkuasa tempatan(PBT). JAS adalah badan yang
bertanggungjawab menilai, memantau dan mengawal
segala aspek yang berkaitan dengan alam sekitar dan
dibantu oleh PBT.
Denda, kompaun dan penjara. Penguatkusaan denda,
hukuman, kompaun, penyitaan, dan penjara perlulah
dilaksanakan terhadap mereka telah mencemarkan alam
sekitar.
Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). Penilaian impak
alam sekitar (EIA) adalah satu proses pencegahan
daripada berlakunya kemerosotan kualiti alam sekitar.
(ii) Langkah bukan perundangan
Langkah mengawal hakisan tanah
1) Penggunaan gabion (sangkar dawai yang diisi batu)
yang diletakkan di kaki cerun yang telah dipotong bagi
tujuan menstabilkan cerun berkenaan.
2) Membina benteng atau tembok penahan yang diperbuat
daripada batu
3) Menyimen keseluruhan permukaan cerun bukit bagi
mengurangkan proses susupan air dan mengelakkan
ketepuan air tanih. Permukaan cerun yang dikonkrit
diletakkan juga paip-paip untuk air tanih keluar.
4) Pembinaan longkang bertingkat mengikut teres-teres
yang dibina di permukaan dan seterusnya
Langkah mengawal pencemaran udara
1) Menempatkan industri mengikut zon.
2) Menggalakkan penggunaan kenderaan awam
3) Mengalakkan penggunaan kenderaan mesra alam
(kereta hibrid)
4) Mengelakkan pembakaran terbuka
5) Mengawal penggunaan CFC
6) Menghijaukan kawasan
Langkah mengawal kualiti air
1) Merawat semula air yang tercemar
2) Mengawal aktiviti pembangunan
3) Mengawal selia aktiviti pengangkutan air
4) Pemantauan yang lebih kerap oleh pihak yang
5.3.2 Pembangunan dipertanggungjawab.
berterusan (lestari)
Langkah mengawal sumber kepelbagaian biologi hutan
1) Menjalankan program penghutanan semula
2) Pembalakan secara penebangan terpilih
3) Amalan rawatan sivikultur
4) Meningkatkan usaha R & D perhutanan.
(iii) Kempen dan pendidikan
Pendidikan secara formal di peringkat sekolah rendah,
menengah dan IPT.
Kempen kepada masyarakat melalui media massa
c) Mendefinisikan konsep pembangunan berterusan (lestari)
Pembangunan lestari – Pembangunan berterusan yang
memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan
kepentingan generasi akan datang.
d) Menghuraikan lapan prinsip pembangunan berterusan (lestari)
Lapan prinsip pembangunan berterusan (lestari)
1) Menjana atau menggalakkan semula pertumbuhan
ekonomi – berasaskan sumber alam.
2) Mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi
menjamin kesejahteraan hidup – agihan ekonomi
yang lebih adil.
3) Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber –
memanjangkan keupayaan sumber alam.
4) Memastikan aras penduduk yang boleh ditampung
– jumlah penduduk sama dengan daya tampung sumber
alam.
5) Mengorientasikan semula teknologi dan kaedah
pengurusan risiko – penggunaan teknologi mesra
alam
6) Mengintegrasikan alam sekitar dan ekonomi dalam
membuat keputusan – tidak mementingkan
keuntungan sahaja.
7) Memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa –
negara kaya bantu negara miskin.
8) Memperkukuhkan kerjasama antarabangsa -
memastikan kelestarian secara global.
e) Menghuraikan pelbagai bentuk kerjasama antarabangsa dalam
konteks pembangunan bertereusan (lestari)
i. Persidangan stockholm
Berkenaan manusia dan alam sekitar serta menjadi asas
kepada pembangunan lestari.
ii. Persidangan Rio
Melindungi Biodiversiti melalui pemuliharaan alam
sekitar.
iii. Persidangan Johannesburg
Pembangunan lestari melalui pengagihan sumber alam
yang cekap dalam mengawal dan membasmi
kemiskinan penduduk.
iv. Protokol Montreal
Menangani masalah penipisan lapisan ozon
pengurangan pelepasan gas cfc.
v. Protokol Kyoto
Menangani masalah pemanasan global melalui
pengurangan gas-gas rumah hijau.
vi. Deklarasi Langkawi
Menjaga, melindungi dan mengurus alam sekitar secara
mapan.
f) Menjelaskan kepentingan kerjasama antarabangsa untuk
menangani isu alam sekitar.
i. Masalah kemerosotan kualiti alam sekitar: Perkongsian
teknologi, kepakaran, kewangan dalam mengatasi
ii. Penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar secara global.
iii. Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya
mengamalkan pembangunan berterusan.
iv. Merupakan platform untuk menangani isu alam sekitar
seperti pemanasan global merentas sempadan
Contoh soalan dan jawapan: [4M]
[2M]
Soalan 1 [4M]
(a) Bagaimanakah pemanasan global berlaku?
(b) Kenal pasti dua fenomena yang berlaku akibat pemanasan global.
(c) Jelaskan dua kesan pemanasan global ke atas alam sekitar manusia.
Jawapan soalan 1a HURAIAN
ISI Membebaskan gas karbon dioksida, karbon
monoksida dan sulfur dioksida.
a1 Aktiviti perindustrian Meningkatkan bahangan, pelepasan asap dan
habuk yang tebal
a2 Aktiviti pennyahutanan Membebaskan gas karbon dioksida
Proses - Gas pencemar akan memerangkap haba
a3 Aktiviti pengangkutan dan tidak membenarkan haba keluar. Gas
pencemar juga menipiskan lapisan atmosfera
membenarkan sinar ultra violet masuk ke
atmosfera dengan lebih banyak
Jawapan soalan 1b HURAIAN
Strok haba
ISI Kawasan gurun menjadi luas
b1 Kepanasan melampau
b2 Penggurunan Merangsang kejadian ribut / taufan
b3 El Nino (kemarau) atau La Nina
(banjir)
b4 Perubahan tekanan udara
Jawapan soalan 1c HURAIAN
ISI Aktiviti pertanian, perikanan dan penternakan
akan terjejas dan menjejaskan pengeluaran
c1 Kegiatan ekonomi terjejas makanan
Heat strok, asma dan demam panas meningkat
c2 Menyebabkan penyakit Bekalan air terputus/ terjejas, aktiviti riadah
c3 Aktiviti domestik terjejas tergendala dan mengehadkan pergerakan
manusia.
c4 Kegiatan ekonomi terjejas Aktiviti pertanian, perikanan dan penternakan
akan terjejas dan menjejaskan pengeluaran
makanan
Soalan 2
a) Jelaskan bagaimana tiga sektor ekonomi tertier menjadi punca kemerosotan kualiti air
laut.
[6M]
b) Huraikan dua langkah perdagangan untuk mengatasi masalah kemerosotan kualiti air.
[4M] HURAIAN
Jawapan soalan 2a Pelepasan sisa kumbahan daripada hotel, resort,
chalet dan lain-lain
ISI Pembuangan enap cemar dan pelanggaran dan
a1 Aktiviti Pelancongan tumpahan minyak oleh kapal tangki/ kewujudan
a2 Aktiviti Pengangkutan ketulan tar/ minyak mentah di permukaan.
Pembuangan sisa makanan dari kedai makanan-
a3 Aktiviti Perniagaan kemerosotan kualiti air laut-bacteria e-coli
mencemarkan air laut
a4 Aktiviti IKS Bengkel kereta / Membuang sisa minyak dan kotoran ke pantai
bot tunda
Jawapan soalan 2b HURAIAN
ISI Penguatkuasaan akta, enakmen, peraturan dan
ordinan
b1 Akta Kualiti Alam Sekeliling Dilaksanakan oleh JAS dan PBT
1974.
Denda/ kompoun/ penjara/ sita
b2 Pemantauan agensi
penguatkuasa Projek berisiko dan projek mega
b3 Penguatkuasaan dan hukuman
b4 Langkah pencegahan EIA
Soalan 3
a) Nyatakan dua aktiviti manusia yang menyumbang peningkatan sisa pepejal di dalam
sungai.
[2M]
b) Mengapakah kadar pembuangan sisa pepejal semakin meningkat di bandar?
[4M]
c) Cadangkan dua langkah bukan perundangan bagi mengurus pembuangan sisa pepejal
yang lebih berkesan di Malaysia.
[4M]
Jawapan soalan 3a HURAIAN
Gerai makan di tepi sungai
ISI Pengusaha kilang di kawasan perindustrian yang
a1 Aktiviti perniagaan membuang sampah sarap
a2 Aktiviti periindustrian Mermbuang sisa makanan dan sampah sarap
Mermbuang sisa makanan dan sampah sarap
a3 Aktiviti domestik Membuang sisa bangunan
a4 Aktiviti pelancongan
a5 Aktiviti pembinaan
Jawapan soalan 3b
ISI HURAIAN
b1 Ketidakberkesanan kempen Kempen kitar semula tidak berjaya
b2 Pertambahan penduduk bandar Menyebabkan pertambahan pembuangan sisa
pepejal di kawasan petempatan .
b3 Ketidakberkesanan penguatkuasaan Pemantauan dan tindakan pihak berkuasa tidak
berkesan
b4 Sikap pengguna Pengguna kurang bertanggungjawab dan sambil lewa
dalam menjaga kebersihan alam sekitar
Jawapan soalan 3c
ISI HURAIAN
c1 Mengadakan kempen Peranan kerajaan, swasta dan NGO serta individu
c2 Pendidikan formal dan tidak formal Dilaksanakan di peringkat sekolah rendah,
menengah dan IPT.
c3 Pengasingan sampah domestik Sampah basah dan sampah kering
c4 Menyediakan perangkap sampah di Diperbanyakan dan perlu lebih berkesan
sungai
c5 Perbanyakan tong sampah Akan memudahkan orang ramai membuang sampah
Soalan 4
Berdasarkan gambar rajah di atas,
a) Jelaskan dua aktiviti manusia yang telah mempercepatkan kejadian tersebut.[4M]
b) Jelaskan tiga langkah kestrukturan yang boleh dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan
bagi mengelakkan kejadian tersebut berlaku.
[6M]
Jawapan soalan 4a
ISI HURAIAN
a1 Aktiviti pemotongan dan Proses pemotongan / penarahan cerun untuk
penarahan bukit pembinaan lebuhraya menyebabkan gangguan
kepada struktur tanah
a2 Aktiviti pembuangan tumbuhan Aktiviti pembinaan menyebabkan tiada akar
asal / penebangan tumbuhan untuk mengikat struktur tanah.
Pembuangan tanaman tutup bumi menyebabkan
infiltrasi meningkat / serapan air dalam tanah
meningkat – tanah runtuh
Jawapan soalan 4b HURAIAN
Dapat menahan struktur tanah daripada runtuh
ISI
b1 Membina benteng dan tembok Mengurangkan kadar resapan air hujan
Mengurangkan hakisan larian air permukaan
penahan (retaining wall)
b2 Membina gabion / sangkar
berdawai yang diisi dengan batu
b3 Membina cerucuk kayu/ besi/
konkrit
b4 Memasang jaring dawai
b5 Menyimen permukaan cerun
b6 Membina sistem longkang/ parit
di permukaan cerun
Soalan 5
a) Bagaimanakah aktiviti pertanian boleh menjejaskan alam sekitar fizikal setempat?
[6M]
b) Jelaskan dua langkah bukan perundangan untuk mengurangkan kesan aktiviti pertanian
terhadap alam sekitar fizikal.
[4M]
Jawapan soalan 5a HURAIAN
ISI Pembukaan kawasan pertanian baru. Hakisan tanah
meningkat kerana permukaan bumi digondolkan.
a1 Aktiviti penebangan pokok Penggunaan baja kimia untuk pertanian. Apabila
hujan bahan kimia akan mengalir masuk ke dalam
a2 Aktiviti pembajaan sistem saliran melalui larian air permukaan atau
meresap masuk ke dalam tanah
a3 Aktiviti meracun makhluk Racun perosak meresap ke dalam tanah menyebabkan
perosak pencemaran tanah
a4 Aktiviti pembakaran sisa Menghasilkan asap dan habuk menyebab udara tercemar
pertanian
ISI HURAIAN
b1 Penggunaan baja organik Menggantikan baja kimia
b2 Membina teres Teres yang dibina di kawasan cerun ladang pertanian
dapat mengurangkan hakisan
b3 Menanam tanaman tutup bumi Penananam tanaman tutup bumi di kawasan
pertanian yang baru dapat mengurangkan kejadian
hakisan tanah
Soalan 6 [4M]
a) Huraikan dua prinsip pembangunan lestari.
[4M]
b) Berikan perbezaan antara konsep pemeliharaan dengan pemuliharaan alam sekitar.
[2M]
c) Mengapakah kerjasama antarabangsa penting dalam menangani isu alam sekitar.
Jawapan Soalan 6a
ISI HURAIAN
a1 Menjana atau menggalakkan semula Berteraskan sumber alam
pertumbuhan ekonomi
a2 Mengubah kualiti pertumbuhan Mengagihkan ekonomi secara adil kepada rakyat
ekonomi bagi menjamin kesejahteraan
hidup
a3 Memulihara dan mempertingkatkan asas Memanjangkan jangka ahyat sumber alam
sumber
a4 Memastikan aras penduduk yang boleh Pengekalkan daya tampung dan mengawal kadar
ditampung kelahiran
a5 Mengorientasikan semula teknologi dan Penggunaan teknologi yang lebih mesra alam
kaedah pengurusan risiko.
a6 Mengintegrasikan alam sekitar dan Pembangunan bukan mementingkan keuntungan
ekonomi dalam membuat keputusan. semata-mata
a7 Memperbaharui hubungan ekonomi Negara kaya membantu negara yang miskin dan
antarabangsa. persaingan yang adil
a8 Memperkukuhkan kerjasama Kelestrian sumber alam secara global
antarabangsa
Soalan 6b HURAIAN
ISI Usaha-usaha untuk menjaga, memelihara dan
melindungi sumber-sumber alam yang belum
b1 Pemeliharaan diteroka dan dirosak.
Usaha-usaha untuk melestarikan bekalan
b2 Pemuliharaan sumber alam melalui usaha-usaha pulihara atau
baik pulih sumber-sumber yang telah diteroka
Soalan 6c setelah digunakan oleh manusia
ISI HURAIAN
c1 Perkongsian teknologi dan kepakaran Antara negara maju dengan negara miskin
c2 Meningkatkan kesedaran sejagat Pentingnya menjaga alam sekitar kepada semua
negara anggota
c3 Menjamin sumber global Sember alam yang ada dapat digunakan oleh
generasi akan datang
c4 Sebagai platform untuk menangani isu Mengadakan persidangan sebagai platform untuk
alam sekitar mengatasi masalah seperti pemanasan global.
Soalan 7
(a) Huraikan dua strategi pelaksanaan agenda pembangunan lestari di peringkat pihak berkuasa
tempatan (PBT). [4M]
(b) Jelaskan tiga cabaran dalam melaksanakan prinsip pembangunan lestari [6M]
Jawapan soalan 7a
ISI HURAIAN
a1 Kawalan pembangunan Pembentukan zon penampan atau tidak membangunan
kawasan yang mudah berlaku pencemaran alam sekitar
a2 Penguatkuasaan undang-undang Mengekalkan kawasan hijau atau melaksanakan konsep
PBT bangunan hijau
a3 Kempen Masyarakat dan orang awan membersihkan kawasan
sekitar
a4 Rancangan pembangunan PBT Pembangunan setempat yang mesera alam dan lebih
sistematik yang mementingkan alam sekitar
Jawapan Soalan 7b HURAIAN
Sistem ekonomi kapitalis yang lebih mementingkan
ISI keuntungan
b1 Ekonomi Tiada atau kekurangan teknologi moden
Dasar politik sesebuah negara yang tidak stabil dan
b2 Teknologi berubah-ubah/ rasuan yang berleluasa
b3 Politik Sikap masyarakat yang tidak mudah menerima
perubahan
b4 Sosial dan budaya Kekurangan modal dan tidak mampu dari segi
kewangan
b5 Modal Sesebuah negara lebih mementingkan ekonomi negara
sendiri
b6 Kerjasama antarabangsa
Soalan 8
a) Takrifkan maksud memastikan aras penduduk yang boleh ditampung dalam prinsip pembangunan
berterusan (lestari). [2M]
b) Huraikan fokus pakatan kerjasama antara bangsa yang berikut:
i. Protokol Montreal [2M]
ii. Persidangan Rio [2M]
c) Bagaimanakah konsep pembangunan berterusan (lestari) boleh diterapkan dalam konteks
pengurusan hutan di Malaysia? [4M]
Jawapan soalan 8a
ISI HURAIAN
b1 Memastikan aras penduduk yang Merujuk kepada jumlah penduduk adalah seimbang
boleh ditampung dengan daya tampung sumber alam yang ada.
Jawaban soalan 8b HURAIAN
ISI Memelihara lapisan ozon dengan menggurangkan
penggunaan CFC yang menyebabkan penipisan lapisan
b2 Protokol Montreal ozon.
Membantu negara dunia memikir kembali tentang
b3 Persidangan Rio pembangunan ekonomi dan memelihara sumber alam
dunia daripada tercemar
Jawapan soalan 8C HURAIAN
Melalui akta, pemantauan, hukuman dan EIA
ISI Penanaman semula pokok, ladang hutan dan rawatan
c1 Langkah perundangan sivilkultur
c2 Pemuliharaan hutan Melakukan penebangan secara terpilih
c3 Penggunaan sumber hutar secara Plastik, kayu getah, besi dll.
berhemah Melakukan pengurusan hutan yang lebih sistematik
c4 Penggunaan sumber alternatif
c5 R & D