SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU INDAH 2
TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA
( HANG TUAH LAKSAMANA TERBILANG)
NAMA : NIK MUHAMAD AZIB BIN NIK MUHAMAD AZAMAN
KELAS : 4 BESTARI
NAMA GURU : AMRI BIN MD. HASHIM
ISI KANDUNGAN:
NO. HALAMAN
1. PENDAHULUAN 1
2. PENGHARGAAN 2
3. OBJEKTIF 3
4. LAPORAN KAJIAN 4
4.1 RIWAYAT HIDUP HANG TUAH
4.2 KUALITI HANG TUAH SEBAGAI LAKSAMANA
MELAKA
4.3 PERANAN HANG TUAH SEBAGAI LAKSAMANA
MELAKA
5. KESIMPULAN 13
6. RUJUKAN
7. LAMPIRAN 14
1.0 PENDAHULUAN
Hang Tuah (Jawi: )هڠ تواهialah seorang pahlawan
legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan
Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu
Melaka) bermula pada 1400-1511.[1] Menurut rekod
sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyung, Melaka,
kira-kira dalam tahun 1444. Bapanya bernama Hang
Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati.
Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang
handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang
merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah
Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada
Sultan dan merupakan petarung silat yang amat handal
dan tiada tolok bandingnya.
2.0 PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana saya berjaya menyiapkan
kajian kes Tahun 4 : HANG TUAH SEBAGAI LAKSAMANA
MELAKA.
Setinggi-tinggi diucapkan kepada Cikgu Amri selaku guru mata
pelajaran Sejarah yang sentiasa membimbing kami dan memberikan
panduan dalam penghasilan folio kajian Tahun 4.
Jutaan terima kasih juga kepada ibu bapa yang banyak memberi tunjuk
ajar dan dorongan. Jasa kalian tidak dapat saya balas.
Saya juga bersyukur kerana mempunyai bahan yang mencukupi dalam
melaksanakan kajian ini. Saya menggunakan buku teks dan internet
sebagai bahan atau sumber rujukan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
1. Menyatakan riwayat hidup Hang Tuah
2. Menjelaskan kualiti Hang Tuah sebagai Laksamana
Melaka.
3. Dapat menganalisis peranan Hang Tuah sebagai
Laksamana Melaka.
4.0 LAPORAN KAJIAN
4.1 RIWAYAT HIDUP HANG TUAH
Hangt Tuag berasal dari Kampung Sungai Duyung. Bapanya
bernama Hang Mahmud dan ibunya bernama Dang Merdu Wati
Beliau mempunyai empat orang sahabat karib, iaitu Hang
Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir
Hang Tuah merupakan seorang yang berani dan tangkas.
Beliau pernah menyelamatkan bendahara dalam peristiwa
amuk. Bendahara telah mencadangkan Hang Tuah dilantik
sebagai Laksamana Melaka. Empat orang sahabatnya pula
dilantik sebagai hulubalang melaka.
Hang Tuah telah menjalankan tugas sebagai laksamana
dengan penuh dedikasi.
Hang Tuah telah berjaya melihat wajah Maharaja China yang
tidak boleh ditatap oleh sesiapa pun semasa mengetuai
rombongan utusan Melaka ke China.
Hang Tuah menggunakan kebijaksanaanya memujuk Tun Teja
untuk berkahwin dengan Sultan Melaka. Hang Tuah berjaya
membawa Tun Teja ke Melaka.
Hang Tuah telah difitnah dan dijatuhi hukuman bunuh oleh
Sultan Melaka. Bendahara bertindak menyelamatkan Hang
Tuah dengan menyembunyikannnya.
Hang Jebat telah mengamuk kerana ingin menuntut bela atas
kematian sahabatnya, Hang Tuah.
Sultan menyedari dan menyesali kesilapannya. Bendahara telah
memberitahu sultan bahawa Hang Tuah masih hidup. Sultan
menitahkan Hang Tuah untuk mengembalikan keamanan di
Melaka.
Hang Tuah berjaya menumpaskan Hang Tuah. Hang Tuah
dilantik semula sebagai Laksamana Melaka. Sumbangan beliau
telah membawa kepada kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka.
4.2 KUALITI DIRI HANG TUAH
BIJAKSANA
• Menggunakan kebijaksanaannya ketika bertarung dengan
Taming Sari sehingga memperoleh kemenangan.
• Menguasai 12 bahasa untuk memudahkannya menjalankan
tugas rasmi.
• JUJUR DAN AMANAH
• Menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jujur demi
kesejahteraan Melaka.
BERTANGGUNGJAWAB
• Menjaga keselamatan perairan Melaka supaya menjadi
pusat perdagangan yang terkenal di dunia.
• Menjaga nama baik Melaka semasa menjadi utusan ke
China, India dan Turkey.
TAAT SETIA
• Mentaati perintah sultan.
BERANI
• Menyelamatkan Bendahara Tun Perak daripada orang
mengamuk.
• Hang Tuah mengalahkan orang upahan Majapahit yang
dihantar oleh Patih Gajah Mada.
BERKEMAHIRAN DALAM ILMU PENSILATAN
• Mahir dalam ilmu pensilatan
• Mempelajari ilmu pensilatan dengan gurunya, Aria Putera.
Hang Tuah dilantik sebagai Laksamana Melaka pada zaman
pemerintahan Sultan Mansur Shah. Kualiti diri yang dimiliki oleh Hang
Tuah menyebabkan beliau dapat memberikan sumbangan yang
bermakna pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
4.3 PERANAN HANG TUAH
Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka telah diberikan peranan
penting pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ketokohan dan
kualiti yang ada pada dirinya membantu Hang Tuah mengatasi
sebarang halangan ketika melaksanakan tanggungjawabnya.
SETIA KEPADA SULTAN
Waktu siang terbang sang helang,
Meredah lembah, merentas hutan;
Laksamana Hang Tuah pahlawan terbilang,
Taat setia kepada sultan.
KETUA ANGKATAN LAUT
Burung pipit terbang berkawan,
Terbang berkawan dalam taman;
Musuh durjana habis dilawan,
Amanlah negeri sepanjang zaman.
PENGAWAL SULTAN
Cantiknya cincin berbelah rotan,
Buat meminang dara jelita;
Setia menjaga paduka sultan,
Tanah jajahan luas merata.
MELAKSANAKAN PERINTAH SULTAN
Tiung hinggap didahan patah,
Melihat kerbau di dalam bendang;
Apa dititah tidak dibantah,
Meminang Si Puteri di Gunung Ledang.
MENJAMIN KESELAMATAN PEDAGANG
Cili padi digiling lumat,
Buat memasak ikan haruan;
Pedagang asing dijamin selamat,
Lanun yang ganas sudah ditawan.
MENJAGA KEAMANAN PERAIRAN
Indah berseri bunga di taman,
Petik sekuntum semat di baju;
Laut yang luas sudahlah aman,
Melaka sejahtera berkembang maju.
TUN TEJA
Tu Teja sudah percaya,
Disangka Tuah yang jatuh cinta;
Teja dibawa ke dalam bahtera,
Rupanya Teja untuk Si Raja.
HANG TUAH SEDANG BERLAWAN DENGAN TAMING
SARI
Dua pendekar beradu tenaga,
Pahlawan Melaka, Pahlawan Betara;
Akhirnya tewas pendekar Jawa,
Hang Tuah berjaya mendapat kerisnya.
MENGETUAI ROMBONGAN KE CHINA
Hang tuah bijak orangnya,
Dalam diam berfikirlah dia;
Akhirnya melihat wajah Maharaja,
Kangkung dimasak dipotong tiada.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulan daripada kes kajian yang telah saya laksanakan ini ialah
hang tuah merupakan pahlawan yang terunggul. Kita dapat menambah
ilmu pengetahuan tentang tokoh sejarah iaitu hang tuah. Berdasarkan
kes kajian yang telah saya lakukan ini, saya dapat mengambil beberapa
ikitibar dan pengajaran. Antaranya ialah menggunakan kebijaksanaan
kita dalam melaksanakan sesuatu tugasan, bertanggungjawab dalam
melaksanakan sesuatu perkara dan sebagainya. Sifat-sifat keperibadian
harus dijadikan contoh kepada diri kita dalam kehidupan seharian.
6.0 SUMBER RUJUKAN
1) Buku Teks Sejarah Tahun 4 ( m/s 154-m/s 162)
2) https://anyflip.com/xsjox/zffr/
3) Hang Tuah - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
7.0 LAMPIRAN
GAMBARAN WAJAH HANG TUAH
KERIS TAMING SARI
MAKAM HANG TUAH
HANG TUAH DAN EMPAT ORANG SAHABATNYA