The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Eilhan Fahim, 2023-10-03 11:16:39

BM Tema 3 Kerjaya Meniti Jaya

Kerjaya Meniti Jaya

KERJAYA MENITI JAYA Disediakan oleh Eilhan Fahim 5 Izzudin


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kerjaya merujuk kepada profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah hidup. Kerjaya merupakan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Pemilihan kerjaya yang tepat akan mempengaruhi corak kehidupan seseorang itu. Oleh hal yang demikian, memilih kerjaya bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Pada zaman modernisasi ini, skop pekerjaan semakin meluas dan menjadi lebih mencabar kerana terdapat banyak saingan yang pakar dalam pelbagai bidang. Oleh itu, kita haruslah bersiap sedia sebelum menghadapinya bagai sediakan payung sebelum hujan. Persoalannya, apakah persediaan-persediaan memenuhi kerjaya impian? APAKAH ITU KERJAYA?


Merenung sejenak memikirkan rasionalnya, persediaan-persediaan memenuhi kerjaya impian adalah dengan mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam. Sebagai analoginya, jika kita mempunyai minat dalam jurusolek kesan khas, sudah tentu kita akan membuat kajian atau pembelajaran bagi meluaskan horizon minda kita dalam bidang tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana tugas menyolek seseorang itu memerlukan jurusolek membuat kajian tentang kesesuaian wajah, personaliti, warna dan konsep atau tema sesuatu majlis. Kita juga haruslah memenuhi diri dengan ilmu pengetahuan berkaitan dengan kerjaya yang ingin diceburi kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Sudah terang lagi bersuluh bahawa ilmu pengetahuan yang mendalam dapat membantu kita dalam persediaan-persediaan memenuhi kerjaya. PADA PANDANGAN ANDA APAKAH PERSEDIAAN MENCEBURI BIDANG KERJAYA?


Jika dilihat dari perspektif yang lain pula, kita perlu mempunyai minda yang kreatif dan inovatif. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang yang dapat berfikir di luar kotak dan berani untuk melakukan perkara yang luar biasa mampu untuk meniti arus dan mendepani cabaran semasa. Sebagai seorang pelajar, kejayaan akademik memang merupakan satu kepentingan untuk berjaya dalam kehidupan tetapi tidak dapat disangkalkan juga bahawa mempunyai nilai tambah diri seperti nilai kepimpinan dan berfikir secara kreatif serta kritis juga penting untuk berjaya dalam kerjaya yang mencabar dan berisiko. Oleh itu, pemikiran yang kreatif dan inovatif dapat menangani cabaran-cabaran yang bakal kita tempuhi. Tuntasnya, kemampuan untuk berfikir secara kreatif dan inovatif dapat membantu kita ketika melibatkan diri dalam kerjaya yang diidamkan PADA PANDANGAN ANDA APAKAH PERSEDIAAN MENCEBURI BIDANG KERJAYA?


Memetik wasitah nirmala seterusnya, kita wajarlah melihat dan mengkaji faktor prospek kerjaya yang akan dipilih. Faktor ini penting bagi menjamin kelangsungan hidup setiap individu kerana kerjaya yang baik memberikan gaji yang lumayan. Misalnya, bidang kerjaya seperti kolar baharu mencetuskan impak dalam pasaran pekerjaan sekarang . Pertumbuhan pesat dan kemajuan dalam teknologi digital menyebabkan landskap kerjaya mengalami perubahan. Namun, majikan mencari pekerja yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran khusus untuk memenuhi keperluan industri dan pasaran malah prospek kerjaya terjamin . Jelaslah bahawa faktor prospek kerjaya penting dalam memilih kerjaya pilihan mereka. PADA PANDANGAN ANDA APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN PEMILIHAN SESUATU KERJAYA?


Selain daripada itu, pengaruh dan sokongan daripada ibu, bapa dan ahli keluarga juga menjadi faktor dalam pemilihan kerjaya. Ironinya, keredaan ibu dan bapa adalah penentu kehidupan setiap individu kerana dengan halangan atau dorongan akan memberikan impak kepada keputusan yang diambil. Pada pandangan saya, ibu dan bapa seharusnya memberikan sokongan terhadap minat anak-anak mereka kerana jika kita memaksa mereka melakukan kerja yang tidak diminati, pasti mereka akan mudah kecundang dan gagal dalam kerjaya tersebut. Sebaliknya ibu dan bapa boleh membantu anak-anak mencapai cita-cita mereka dengan memberikan kata-kata semangat atau menghantar mereka ke kelas yang berkaitan dengan minat mereka. Natijahnya, sokongan ibu dan bapa adalah faktor yang mustahak dalam pemilihan kerjaya. PADA PANDANGAN ANDA APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN PEMILIHAN SESUATU KERJAYA?


Click to View FlipBook Version