The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Syahidah, 2023-03-19 12:32:39

PANDUAN DAN PERATURAN PERSEKOLAHAN SMK BUKIT BARU

BUKU PERATURAN SMK BUKIT BARU

Keywords: DISIPLIN

1 OBJEKTIF SEKOLAH 1. Mencapai kelulusan cemerlang dalam setiap mata pelajaran bagi pentaksiran tingkatan 3 ( PT3 ) dan SPM. 2. Pengurusan dan pentadbiran sekolah agar sentiasa di tahap gemilang. 3. Peningkatan tingkahlaku murid yang cemerlang dan berbudaya hormat - menghormati. 4. Mengekalkan pencapaian gemilang dan mempertingkat pelbagai bidang kokurikulum. LAGU SEKOLAH Bersih segar nyamannya udara SMKBB termasyur namanya Murid bersatu Ganding bahu bersama Terus maju Ke arah wawasan yang ada Terkenal sudah di mana - mana Guru tegas dan bertimbang rasa Murid dan gurunya sepakat bersama Meningkatkan pendidikan kita Berilmu, berakhlak, majukan negara Sekolah bertuah tercinta Membangun, membantu Oh ! putera , puterinya Demi bangsa , agama Capai cita, matlamat bersama Pertahankan nama sekolah Bersatu bak tali yang tersimpul mati Biar reput namun tak terlerai. Lagu - Mat Mohd Sidik Lirik - Zaiton Hj. Ahmad CETAKAN TAHUN 2023


2 PERATURAN PERATURAN SMK BUKIT BARU, MELAKA 1.0 Waktu Persekolahan 1.1 Hari Isnin hingga Khamis : 1.1.1 Sesi Pagi: 7.30pg -2.00ptg/2.40ptg 1.2 Hari Jumaat : 1.2.1 Sesi Pagi: 7.30pg - 12.00 tgh 2.0 Perhimpunan Rasmi 2.1.1 Hari Setiap hari ISNIN atau hari pertama persekolahan dalam minggu berkenaan. 2.1.2 Masa Sesi Pagi: 7.30 pg 8.10 pg( sehingga perhimpunan selesai ) 2.1.3 Kehadiran Semua murid WAJIB menghadiri perhimpunan rasmi dengan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan sepanjang masa perhimpunan rasmi dijalankan. 2.1.4 Pemakaian Tali Leher Murid lelaki serta murid perempuan yang memakai uniform dan kemeja memakai tali leher sekolah pada setiap kali perhimpunan rasmi. 2.1.5 Semasa perhimpunan di dewan / di tempat yang dikhaskan, semua murid mesti berbaris dalam satu barisan mengikut tingkatan / kelas masing-masing di tempat/ ruangan yang ditetapkan.


3 2.1.6 Semua murid mesti - bersama - sama menyanyikan lagu negaraku, lagu Melaka maju jaya dan lagu sekolah dengan penuh semangat. Pelajar dikehendaki berdiri tegak dengan kedua - dua tangan lurus di sisi badan serta meletakkan beg di atas lantai tempat perhimpunan. Beg mesti diletakkan di bawah. 2.1.7 Murid - murid mesti memberikan perhatian sepenuhnya kepada pengumuman serta ucapan - ucapan penting pentadbir serta guru - guru semasa perhimpunan dijalankan. 2.1.8 Selepas tamat perhimpunan, murid - murid mesti berbaris dalam satu barisan mengikut kelas masing - masing untuk bergerak ke kelas / bengkel/ makmal dengan senyap mengikut laluan yang telah ditetapkan.Murid - murid mesti mengutip sampah yang terdapat di lantai Dewan Perpaduan semasa hendak bergerak ke kelas / bengkel/ makmal. 2.2 Perhimpunan harian 2.2.1 Masa : Sesi pagi : 6.45 pagi - 7.35 pagi 2.2.2 Kehadiran Semua murid diwajibkan menghadiri setiap kali perhimpunan harian sekolah dengan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan sepanjang waktu perhimpunan dijalankan.


4 3.0 Kehadiran ke sekolah 3.1 Murid dikehendaki hadir ke sekolah sebelum pukul 7.40 pagi. 3.2 Murid yang tidak hadir disebabkan sakit atau sebagainya mestilah datang ke sekolah dengan surat akuan doktor atau surat akuan ibu bapa / penjaga dengan tandatangan yang sah. 3.3 Murid wajib hadir dan mengikuti semua kelas yang ditetapkan. 3.4 Ponteng dari kelas atau meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran bertulis adalah satu kesalahan. 4.0 Pakaian murid lelaki 4.1.1 Baju 4.1.1.1 Baju warna putih lengan pendek / lengan panjang. Sekiranya memakai lengan panjang, lengan baju dipergelangan tangan hendaklah dikancing. 4.1.1.2 Satu siku dibenarkan di sebelah kiri baju. 4.1.1.3 Baju hendaklah dibutangkan dengan lengkap. 4.1.1.4 Ekor baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar. 4.1.1.5 Memakai baju pjk mengikut ketetapan iaitu :- Isnin : Tingkatan 5 Selasa : Tingkatan 4 Rabu : Tingkatan 3 Khamis : Tingkatan 2 Jumaat : Tingkatan 1 Ekor baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar. 4.1.1.6 Tidak dibenarkan memakai baju sejuk atau sebarang jaket.


5 4.1.1.7 Memakai baju Identiti sekolah / baju uniform kokurikulum lengkap pada setiap kali perjumpaan waktu kokurikulum iaitu pada hari rabu ( tertakluk kepada perubahan semasa ).Ekor baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar. 4.1.2 Seluar 4.1.2.1 Seluar panjang hijau tua daripada fesyen biasa dengan ukuran pergelangan kaki 14 hingga 17 inci. 4.1.2.2Seluar jenis jeans, kocek bertampal serta kocek dibahagian sisi seluar adalah dilarang. 4.1.2.3 Kaki seluar mestilah labuh, tidak dilipat dan tidak bersaiz besar. 4.1.3 Kasut dan stokin 4.1.3.1 Murid dikehendaki memakai kasut kanvas yang bertali atau jenis ‘zap on’@ bahan sintetik dari nylon / polister. 4.1.3.2 Murid tidak dibenarkan memakai kasut sukan atau kasut kulit kecuali semasa aktiviti sukan. 4.1.3.3 Murid perlu memakai stokin mengikut warna kasut sekolah iaitu stokin putih untuk kasut putih, stokin hitam untuk kasut hitam. 4.1.4 Tali pinggang 4.1.4.1 Tali pinggang hendaklah berwarna hijau dan tidak berkepala besar.


6 4.1.5 Songkok, ketayap, serban 4.1.5.1 Murid dibenarkan memakai songkok yang berwarna hitam sahaja. 4.1.5.2 Pemakaian serban, kopiah, ketayap, topi adalah dilarang. 4.1.6 Rambut 4.1.6.1 Rambut hendaklah pendek dan kemas ( Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1976 ) 4.1.6.2 Rambut berfesyen, ‘fesyen punk’ atau berwarna, menginaikan rambut, rambut berekor dan menggunakan gel adalah tidak dibenarkan. 5.0 Pakaian Murid Perempuan 5.1.1 Baju 5.1.1.1 Semua murid perempuan Islam wajib memakai baju kurung potongan tradisional berleher telur belanga yang berpesak dan mempunyai poket di sisi. 5.1.1.2 Baju kurung yang dipakai oleh murid beragama lain hendaklah dikancing dengan butang / pin kecil. 5.1.1.3 Lengan baju kurung tidak boleh dilipat, digulung atau dikancing. 5.1.1.4 Kain baju kurung berwarna biru muda hendaklah dipakai tidak terlalu labuh atau terlalu singkat hingga nampak buku lali. 5.1.1.5 Murid perempuan bukan Islam hendaklah memakai uniform berwarna biru muda serta kemeja putih berlengan pendek. Kemeja berlengan panjang tidak dibenarkan. Baju uniform hendaklah longgar dan tidak terlalu ketat.


7 5.1.1.6 Pelajar perempuan hendaklah memakai anak baju dan kain dalam. Sebarang jenis t-shirt tidak dibenarkan dipakai. 5.1.1.7 Murid perempuan dilarang memakai baju sejuk dan sebarang jenis jaket 5.1.2 Tudung 5.1.2.1 Semua murid perempuan Islam wajib memakai tudung tanpa bersulam dan labuh melepasi bahu. 5.1.2.2 Tudung hendaklah berwarna putih sekiranya memakai baju uniform sekolah kecuali pengawas sekolah. 6.0 Lencana dan tanda nama 6.1.1 Murid diwajibkan memakai lencana sekolah serta tanda nama. 6.1.2 Lencana sekolah hendaklah dipakai di bahagian dada sebelah kiri. Lencana hendaklah ditampal atau dijahit pada baju. 6.1.3 Lencana murid perempuan hendaklah dijahit pada tudung atau pada uniform. 6.1.4 Murid hendaklah sentiasa memakai baju uniform yang mempunyai tanda nama beserta lencana. 6.1.5 Murid yang tidak berlencana diminta untuk membeli lencana manakala murid yang tiada tanda nama hendaklah menempah tanda nama dengan segera 7.0 Tali leher 7.1.1 Semua murid hendaklah bertali leher kecuali yang berbaju kurung.


8 8.0 Rambut, kuku, misai dan janggut 8.1.1 Murid lelaki dilarang berambut panjang. Bahagian belakang rambut mestilah tidak melebihi cuping telinga dan tidak boleh menutupi kolar baju. Bahagian depan hendaklah tidak melebihi separuh dahi. Di sebelah tepinya tidak menutupi telinga dan panjang ‘side burn’ tidak melebihi garisan tengah hidung. Panjang rambut dibahagian atas mestilah tidak melebihi 15cm (6 inci). 8.1.2 Bentuk guntingan rambut di bahagian belakang dan tepi hendaklah berketam. 8.1.3 Rambut yang berfesyen serta pemakaian gel tidak dibenarkan. 8.1.4 Murid tidak dibenarkan membotakkan kepala ( tanpa rambut ) 8.1.5 Murid perempuan yang berambut ke bawah dari bahu hendaklah mengikatnya dengan reben atau penyepit rambut hitam. 8.1.6 Murid lelaki dilarang sama sekali menyimpan misai dan janggut. ( Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1976 ) 8.1.7 Murid dilarang menyimpan kuku panjang, mewarnakan / inai atau mengilatkan kuku. 9.0 Perhiasan 9.1.1 Murid dilarang memakai sebarang perhiasan ke sekolah kecuali sepasang subang kecil serta jam tangan. Subang berfesyen tidak dibenarkan. 9.1.2 Murid dilarang memakai sebarang jenis gelang tangan, gelang kaki, rantai atau cincin / jam yang besar, anting - anting.


9 9.1.3 Murid dilarang menggunakan gincu, liptint atau sebarang alat meckup. Hanya pelembap bibir yang tidak berwarna sahaja dibenarkan. 10.1 Peraturan Am 10.1.1 Murid tidak dibenarkan membuat bising walaupun guru tiada di dalam kelas. Murid tidak dibenarkan merayau - rayau dan berlegar - legar di koridor semasa ketiadaan guru. 10.1.2 Murid tidak dibenarkan keluar kelas atau ke tandas pada masa belajar atau semasa pertukaran mata pelajaran kecuali keadaan terdesak dan dengan kebenaran guru sahaja. Murid perlu memakai vest keluar kelas setiap kali hendak keluar dari kelas. 10.1.3 Vest keluar kelas berwarna oren digunakan oleh pelajar lelaki, manakala warna kuning pula digunakan oleh pelajar perempuan. Hanya seorang pelajar sahaja dibenarkan keluar pada satu - satu masa. 10.1.4 Murid dilarang keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran bertulis daripada pengetua sebelum tamat waktu persekolahan dan jika melakukannya dianggap ponteng sekolah. 10.1.5 Murid dilarang menggunakan telefon awam semasa sesi pembelajaran sedang berjalan. Telefon digunakan jika kecemasan sahaja dengan menggunakan masa yang paling minimum. 10.1.6 Murid tidak dibenarkan memakai pakaian biasa di dalam kawasan sekolah pada hari persekolahan. 10.1.7 Murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap semasa menghadiri kelas tambahan / kelas bahasa cina / kelas bahasa Tamil termasuk pada hari sabtu.


10 10.1.8 Murid yang datang ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum / sukan dikehendaki memakai pakaian sukan atau uniform persatuan / kelab yang berkenaan. 10.1.9 Murid dilarang membawa makanan / minuman yang tidak halal ke dalam kawasan sekolah. 10.1.10 Murid dilarang membawa ‘liquid paper’ ke sekolah. 10.1.11 Murid tidak dibenarkan makan atau mengunyah gula-gula getah di dalam kawasan sekolah. 10.1.12 Murid dilarang menggunakan telefon bimbit / gajet muzik atau mana-mana gajet elektronik di dalam kawasan sekolah. 10.1.13 Murid dikehendaki berjalan berbaris dalam satu barisan di bawah pengawasan ketua tingkatan semasa pergi dan balik dari bilik khas. 10.1.14 Murid tidak dibenarkan memasuki mana - mana bilik khas tanpa pengawasan guru. 10.1.15 Murid tidak dibenarkan memasuki bilik - bilik pentadbir , bilik guru atau pejabat tanpa sebarang urusan.


11 11.0 Kesalahan Berat ( Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975 ) 11.1.1 Murid tidak dibenarkan membawa senjata yang merbahaya dan bahan letupan ke sekolah dalam apa bentuk dan rupa sekalipun. 11.1.2 Dilarang keras mengancam, mengugut, memeras dan membuli murid- murid lain ataupun menjalankan dasar diskriminasi dalam apa bentuk sekalipun. 11.1.3 Murid dilarang keras dari menghisap rokok, vape, ganja atau bahan yang mengkhayalkan. Dilarang dari memakan, membawa, mengedar dan menggunakan dadah dan minuman keras dalam apa bentuk sekalipun. 11.1.4 Dilarang memasuki, membentuk atau menjadi ahli pertubuhan haram atau mengadakan pakatan haram untuk menentang undang - undang yang telah ditetapkan. 11.1.5 Dilarang mencuri dalam apa bentuk dan benda sekalipun serta menyimpan dan menyorok alat - alat sekolah atau hak rakan - rakan. 11.1.6 Tidak boleh melawan secara lisan dan perbuatan lebih - lebih lagi menggunakan kekerasan kepada pihak berkuasa sekolah , guru atau pengawas sekolah. 11.1.7 Dilarang berjudi dalam apa cara sekalipun yang menggunakan pertaruhan wang atau benda - benda yang berharga. Begitu juga bertaruh di dalam sesuatu permainan atau perlawanan. 11.1.8 Tidak hadir ke sekolah lebih dari tiga hari berturut - turut dengan tidak memberi surat bertulis kepada Pengetua, Guru penolong kanan atau guru tingkatan. 11.1.9 Dilarang mengejek , menghina atau menjatuhkan air muka guru di khalayak ramai.


12 11.1.10 Murid - murid dilarang membawa buku -buku lucah dan alat bercorak hiburan ( gitar, tape, VCD, majalah dsb ) 11.1.11 Murid dilarang melibatkan diri dalam parti politik atau menjadi agen kepada parti - parti politik. 12.0 Bilik darjah dan pertukaran waktu belajar 12.1.1 Murid- murid bertanggungjawab di atas kebersihan bilik darjah masing - masing dan menjaga keselamatan harta benda di dalamnya. 12.1.2 Segala peralatan seperti kerusi , meja , kipas dan lain - lain mestilah dijaga kebersihannya. 12.1.3 Murid tidak dibenarkan memindahkan peralatan darjah dari satu bilik ke bilik yang lain tanpa kebenaran guru. 12.1.4 Ketua tingkatan atau pengawas bertanggungjawab pada murid dalam kelas dan murid -murid mestilah mematuhi arahann mereka. 12.1.5 Ketua tingkatan mestilah mencari dan menjemput guru yang lambat hadir waktu mengajar. Jika guru tidak hadir hendakah dirujuk Guru Penolong Kanan di pejabat bagi guru yang menggantikan guru tersebut. 12.1.6 Bagi kelas - kelas yang terlibat dengan pertukaran bilik darjah, pastikan lampu dan kipas dipadamkan terutama waktu terakhir persekolahan. 12.1.7 Setiap kelas wajib mempunyai buku kawalan kelas. Ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan bertanggungjawab mengambil dan meletakkan semula buku kawalan kelas di rak buku kawalan.


13 13.0 Kantin dan waktu rehat 13.1.1 Murid - murid dilarang berada dalam kelas pada waktu rehat. 13.1.2 Barang makanan hanya boleh dibeli dari kantin sekolah dan koperasi sahaja. Murid dilarang membeli makanan dari penjaja atau memesan makanan sendiri di luar kawasan sekolah. 13.1.3 Murid - murid hanya dibenarkan makan di kantin dan di Dewan Perpaduan sahaja. 13.1.4 Murid - murid dilarang membawa bungkusan makanan yang dibeli dari kantin atau koperasi ke bilik darjah atau ke kawasan bangunan sekolah. 13.1.5 Ketika membeli makanan, murid hendaklah beratur dengan tertib dan tidak bertolak - tolak dan membuat bising. 13.1.6 Murid hendaklah memastikan sisa makanan dan pembalut makanan dimasukkan ke dalam tong sampah. 13.1.7 Murid dilarang meludah di merata - rata di kawasan kantin. 13.1.8 Murid - murid dilarang membawa makanan untuk tujuan berniaga. 13.1.9 Murid - murid dilarang berada di kantin di luar waktu rehat. 14.0 Basikal 14.1.1 Murid dilarang menunggang basikal di dalam kawasan sekolah. 14.1.2 Basikal hendaklah ditolak dari pintu masuk utama ke tempat letak basikal waktu datang ke sekolah dan sebaliknya semasa pulang. 14.1.3 Basikal hendaklah disimpan dengan tersusun di tempat basikal dengan keadaan berkunci.


14 14.1.4 Dilarang menunggang basikal bersaingan atau menunggang basikal lebih dari seorang semasa ke sekolah atau pulang dari sekolah. 14.1.5 Kehilangan atau kecurian basikal murid adalah tanggungjawab sendiri. 15.0 Motosikal 15.1.1 Setiap motosikal yang digunakan oleh murid sebagai kenderaan ke sekolah WAJIB didaftarkan melalui borang pendaftaran dengan menyertakan salinan lesen memandu yang sah. 15.1.2 Motosikal yang dibawa masuk ke dalam kawasan sekolah WAJIB mempunyai pelekat kenderaan sekolah yang sah dan dipasangkan / dilekatkan di bahagian hadapan motosikal. 15.1.3 Murid dilarang menunggang motosikal di dalam kawasan sekolah pada bila - bila masa. 15.1.4 Motosikal hendaklah ditolak dari pintu pagar utama ke tempat letak motosikal semasa datang sekolah dan sebaliknya semasa pulang. 15.1.5 Motosikal murid hendaklah diletakkan di tempat yang ditetapkan dalam teratur / tersusun. 15.1.6 Semua murid tidak dibenarkan berada di kawasan tempat letak motosikal pada waktu rehat atau semasa proses pembelajaran dijalankan. 15.1.7 Topi keledar tidak dibenarkan dibawa naik ke kelas. Topi keledar hendaklah diletakkan atau dikunci pada motosikal masing - masing. 15.1.8 Murid - murid dilarang meletakkan kereta di dalam kawasan sekolah. 15.1.10 Kehilangan atau kecurian motosikal / topi keledar murid adalah tanggungjawab sendiri.


15 16.0 Tempat meletak kereta / motosikal guru 16.1.1 Tempat meletak kereta/ motosikal guru adalah kawasan larangan 16.1.2 Semua murid tidak dibenarkan berada di tempat meletak kenderaan guru pada bila - bila masa. 17.0 Tandas 17.1.1 Murid - murid mestilah menggunakan tandas mengikut jantina masing - masing seperti yang ditetapkan. 17.1.2 Kebersihan tandas mestilah sentiasa dijaga. Murid dilarang menconteng dinding serta merosakkan segala kemudahan yang disediakan. 17.1.3 Murid dilarang membuang kertas, pembalut makanan dan sampah di dalam tandas lebih -lebih lagi di tempat pembuangan najis. Sampah perlu dibuang dalam tong sampah yang disediakan. 17.1.4 Murid dilarang masuk dan menggunakan tandas guru. 17.1.5 Murid wajib menggunakan vest keluar kelas setiap kali untuk ke tandas. Vest berwarna oren untuk pelajar lelaki. Vest berwarna kuning pula untuk pelajar perempuan. Hanya seorang pelajar sahaja dibenarkan untuk setiap kali ke tandas.


16 18.0 Perpustakaan 18.1.1 Semasa berada di dalam perpustakaan murid hendaklah berpakaian seragam sekolah dengan lengkap dan membuka kasut sebelum masuk. 18.1.2 Murid tidak dibenarkan membawa keluar buku, majalah dan alat perpustakaan tanpa melaporkan kepada pengawas perpustakaan. 18.1.3 Murid dilarang menconteng pada buku -buku milik perpustakaan. 18.1.4 Murid tidak dibenarkan membawa masuk beg ke dalam perpustakaan. Buku milik persendirian yang dibawa hendaklah dilaporkan kepada pengawas perpustakaan. Hanya buku tulis dan alat tulis sahaja dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam perpustakaan. 18.1.5 Buku pinjaman mestilah dijaga dengan baik. 18.1.6 Sekiranya buku yang dipinjam koyak dan hilang, buku tersebut hendaklah diganti. 18.1.7 Murid dilarang membuat bising usik-mengusik kawan, makan atau minum serta membuang sampah semasa berada di dalam perpustakaan. 19.0 Pinjaman buku teks kerajaan 19.1.1 Buku yang dipinjam mestilah dijaga dengan baik dan dibalut serta memulangkan mengikut tarikh yang ditetapkan. 19.1.2 Buku yang dipinjam tidak boleh diconteng dan dirosakkan. Sekiranya rosak atau hilang, buku tersebut hendaklah diganti. 19.1.3 Murid - murid tidak dibenarkan menyimpan buku - buku pinjaman di dalam meja.


17 20.0 Bilik Pengetua / Bilik Guru / Pejabat 20.1.1 Semua murid dilarang masuk ke dalam bilik pengetua, bilik guru- guru penolong kanan, bilik guru atau pejabat tanpa urusan dan tanpa kebenaran. 20.1.2 Murid yang ada urusan dilarang berada di bilik guru / pejabat terlalu lama dan segera beredar setelah selesai. 20.1.3 Semua murid dilarang berkeliaran atau membuat bising di sekitar bilik Tuan pengetua, bilik guru-guru penolong kanan , guru dan pejabat. 21.0 Aktiviti kokurikulum 21.1.1 Semua murid adalah diwajibkan mengambil bahagian di dalam gerak kerja kokurikulum iaitu bahagian kelab, persatuan, sukan dan permainan dan pasukan beruniform. 21.1.2 Semua murid diwajibkan mempunyai buku PAJSK. Buku ini hendaklah dibawa pada setiap kali perjumpaan kokurikulum / aktiviti dijalankan. 21.1.3 Murid - murid dikehendaki mendapatkan tandatangan guru - guru penasihat persatuan / kelab / sukan dan permainan pada hari yang sama. 21.14 Semua murid hendaklah memakai pakaian yang telah ditetapkan pada setiap kali perjumpaan kokurikulum.


18 22.0 Surau 22.1.1 Semua murid yang beragama Islam hendaklah menggunakan surau hanya untuk tujuan beriabadat atau bersembahyang dan mendapat kebenaran. 22.1.2 Murid dilarang berbual - bual, bersembang, makan dan minum, membuat kerja - kerja sekolah atau tidur di dalam surau. 22.1.3 Semua murid hendaklah menggunakan surau dengan baik, menjaga kebersihan dan kekemasannya sesuai sebagai tempat beribadat. 22.1.4 Penggunaan alat elektrik adalah tanggungjawab bersama seperti kipas dan lampu. 22.1.5 Segala alatan seperti kelengkapan khazanah yang dimiliki oleh surau tidak dibenarkan untuk membawa keluar kecuali dengan kebenaran guru. 22.1.6 Penggunaan surau adalah mengikut jantina yang telah ditetapkan. 22.1.7 Semua murid dilarang berada di surau semasa waktu pembelajaran kecuali untuk amali solat dan pafa. 23.0 Koperasi 23.1.1 Pembelian alat atau kelengkapan di kedai koperasi hanya dibenarkan pada waktu rehat sahaja atau pada waktu - waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah / koperasi. 23.1.2 Semua murid dilarang membeli pada waktu pembelajaran. 23.1.3 Pelajar ajk koperasi tidak dibenarkan berada di bilik koperasi pada waktu pembelajaran kecuali disebabkan perkara - perkara tertentu dan mendapat kebenaran.


19 23.1.4 Ajk koperasi haruslah menjaga keselamatan barang - barang di koperasi dengan baik daripada mudah dicerobohi atau dicuri. 23.1.5 Semua murid hendaklah beratur mengikut peraturan ketika membeli dan ajk koperasi hendaklah mengawasi keadaan ini. 23.1.6 Semua murid dilarang berebut - rebut dan membuat bising ketika membeli. 23.1.7 Murid yang telah selesai membeli hendaklah segera beredar segera bagi mengelakkan kesesakan. 23.1.8 Murid dilarang untuk makan di kawasan koperasi.Murid hanya dibenarkan makan di kantin dan Dewan Perpaduan sahaja. 23.1.9 Semua murid diwajibkan menjadi ahli koperasi. 24.0 Pergerakan di luar sekolah 24.1.1 Sekiranya berlaku perubahan alamat sila laporkan kepada guru tingkatan dengan segera. 24.1.2 Semua murid tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah tanpa kebenaran. 24.1.3 Semua murid mestilah menjaga nama baik sekolah dan berpakaian sesuai di khalayak ramai.


20 25.0 Peraturan Makmal bagi murid 24.1.1 Makmal dalam bilik persediaan adalah kawasan larangan. Murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru. 24.1.2 Semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang terdapat dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru. 24.1.3 Semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan. 24.1.4 Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan. 24.1.5 Setiap kerosakan radas yang pecah atau hal kemalangan perlu dilaporkan dengan segera kepada guru atau kakitangan makmal. 24.1.6 Dilarang bermain - main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam makmal. Murid tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa kebenaran guru. 24.1.7 Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal hendaklah bersih dan kemas selepas tiap - tiap waktu pembelajaran di makmal. 24.1.8 Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan penunu Bunsen. Kayu mancis dan benda - benda lain yang masih berbara mesti dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.


21 24.1.9 Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh dibuang ataupun ke bawah sinki tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah. 24.1.10 Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal dan bilik persediaan. 24.1.11 Beg murid tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal sains. 24.1.12 Air pili dalam makmal tidak boleh diminum. 24.1.13 Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru. Langkah - langkah keselamatan mesti dipatuhi setiap masa. 24.1.14 Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk memastikan bahawa bahan kimia yang digunakan adalah betul. 24.1.15 Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia adalah mencukupi untuk memberikan pemerhatian yang jelas. Pelajar dilarang bermain - main dan membazirkan bahan kimia. 24.1.16 Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan menggunakan tangan. 24.1.17 Botol yang mengandungi bahan kimia mestilah ditutup semula dengan segera setelah diambil bahannya. 24.1.18 Bahan kimia biasanya adalah beracun dan menghakis. Pelajar dilarang mencuba untuk merasa sebarangan bahan kimia .


22 24.1.19 AMARAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa - apa kejadian yang tidak diingini sekiranya seseorang murid itu tidak mematuhi peraturan - peraturan tersebut di atas.


23 PAKAIAN SERAGAM PEREMPUAN BERBAJU KURUNG DAN BERKAIN SARUNG SERTA BERMINI TELEKUNG


24 CONTOH PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN MEMAKAI ‘PINAFORE’ DAN ‘BLOUSE


25 CONTOH POTONGAN RAMBUT MURID LELAKI


26 POTONGAN RAMBUT MURID PEREMPUAN


27 CONTOH PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI BERSELUAR PANJANG DAN BERBAJU LENGAN PENDEK


28 LAMPIRAN 1 BARANG - BARANG YANG DILARANG DI BAWA SEKOLAH BIL SENARAI BARANGAN TINDAKAN 1. Seluar jeans Amaran ibu bapa diberitahu 2. Seluar pendek bermuda Amaran ibu bapa diberitahu 3. Pakaian seragam sekolah yang geloboh atau terlalu sempit Amaran ibu bapa diberitahu 4. Seluar panjang ‘ beli bottom’ atau terlalu sempit Amaran dan digantung sementara 5. Tali pinggang Rampas dan dikembalikan pada hujung tahun / ibu bapa yang menuntut. 6. Barang- barang kemas dan perhiasan Rampas dan dikembalikan pada hujung tahun / ibu bapa yang menuntut. 7. Radio / Walkman/ telefon bimbit dan apa - apa gajet elektronik Rampas dan dikembalikan pada hujung tahun / ibu bapa yang menuntut. 8. Sapu tangan pembalut kepala ( bandana ) Rampas dan dikembalikan pada hujung tahun / ibu bapa yang menuntut.


29 9. Gitar atau apa - apa peralatan muzik ( kecuali mendapat keizinan guru muzik) Rampas dan dikembalikan pada hujung tahun / ibu bapa yang menuntut. 10. Tshirt yang mempunyai gambar - gambar atau catatan yang tidak wajar atau tidak sesuai sebagai murid. Amaran dan disuruh tukar. 11. Gambar - gambar kumpulan rock. Rampas dan tidak dikembalikan. 12. Gelang / rantai plastik /cincin besi /aluminium / getah Rampas dan tidak dikembalikan. 13. Majalah hiburan / buku komik / CD / VCD/ apa - apa bahan permainan spt Uno, kad permainan dan lain - lain Rampas dan tidak dikembalikan. 14. Barang - barang kecantikan seperti maskara / minyak wangi / gincu / lipbalm yang berwarna / pewarna rambut / gel rambut /minyak wangi Rampas dan tidak dikembalikan. 15. Liquid paper Rampas dan tidak dikembalikan. 16. Pisau cukur / pisau lipat / pemetik api / mancis Rampas dan tidak dikembalikan.


30 JENIS SALAH LAKU S - DADAH KOD KESALAHAN S01 URIN S02 TANGKAPAN S03 PENGAKUAN A - TINGKAH LAKU JENAYAH KOD KESALAHAN A01 BERJUDI A02 MENCURI A03 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN GURU A04 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN KAKITANGAN A05 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN MURID A06 PERAS UGUT A07 GENGSTERISME A08 PENGLIBATAN DALAM POLITIK A09 BERGADUH C - BULI KOD KESALAHAN C01 BULI BAHASA C02 BULI FIZIKAL C03 BULI ISYARAT C04 BULI PERHUBUNGAN D - ROKOK


31 KOD KESALAHAN D01 MEMILIKI DAN MENYIMPAN D02 MEMBEKAL DAN MENAWARKAN D03 MENJUAL DAN MENGEDAR D04 MENGHISAP D05 VAPE E - PONTENG KOD KESALAHAN E01 PONTENG SEKOLAH E02 PONTENG KELAS E03 PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM E04 PONTENG UJIAN / PEPERIKSAAN E05 PONTENG PREP E06 PONTENG ASRAMA E07 PONTENG ACARA RASMI SEKOLAH E08 PONTENG PERHIMPUNAN F - TINGKAH LAKU LUCAH KOD KESALAHAN F01 BERCUMBUAN F02 BERKHALWAT F03 BAWA BAHAN LUCAH F04 MENGEDAR BAHAN LUCAH F05 MENGINTAI F06 MENGGUNAKAN KATA / PERBUATAN LUCAH F07 MELUKIS DAN MENULIS KATA-KATA DAN GAMBAR LUCAH F08 MENONTON VCD / FILEM LUCAH F09 MEMELUK MURID LAIN JANTINA F10 BERDUA-DUAAN YANG MENIMBULKAN SYAK


32 G - TINGKAH LAKU KURANG SOPAN / BIADAP KOD KESALAHAN G01 BIADAP KEPADA GURU G02 BIADAP KEPADA KAKITANGAN G03 BIADAP KEPADA TETAMU G04 BERKELAKUAN KASAR KEPADA MURID G05 BERBAHASA KESAT / KASAR KEPADA MURID G06 MEMINUM / MEMBELI / MENYIMPAN / MENGEDAR MINUMAN YANG MEMABUKKAN G07 MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA G08 INGKAR ARAHAN GURU G09 INGKAR ARAHAN PENGAWAS G10 MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA H - KESALAHAN VANDALISME KOD KESALAHAN H01 MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH H02 MEROSAKKAN HARTA BENDA ASRAMA H03 MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTIN H04 MEROSAKKAN PERALATAN BILIK-BILIK KHAS H05 MEROSAKKAN TANAMAN TUMBUHAN / TANAMAN HIASAN H06 MENCONTENG DINDING BANGUNAN SEKOLAH H07 MENCONTENG DINDING BANGUNAN ASRAMA H08 MEROSAK / MENGOYAK BUKU SPBT H09 MEROSAKKAN PERALATAN SUKAN H10 MEROSAKKAN KENDERAAN GURU BESAR / PENGETUA / GURU / KAKITANGAN H11 MEROSAKKAN HARTA / KENDERAAN MURID


33 J - TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH KOD KESALAHAN J01 PECAH AMANAH J02 BERBOHONG J03 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB J04 TIDAK JUJUR K - KENAKALAN KOD KESALAHAN K01 MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM KAWASAN SEKOLAH K02 MASUK TANDAS BERLAINAN JANTINA K03 SENGAJA MEMBUNYIKAN LOCENG KECEMASAN K04 MENGGANGGU SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN K05 TIDAK IKUT GILIRAN / BEREBUT-REBUT / BERTOLAK-TOLAK K06 MEMBAWA / BERMAIN MERCUN K07 MENGUBAHSUAI PENDAWAIAN ELEKTRIK K08 KELUAR KAWASAN SEKOLAH / ASRAMA TANPA KEBENARAN K09 BERMAIN DALAM DORM K10 MELANGGAR PERATURAN ASRAMA L - TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA KOD KESALAHAN L01 LEWAT KE SEKOLAH L02 LEWAT KE PERHIMPUNAN L03 LEWAT MASUK KELAS L04 LEWAT DATANG AKTIVITI LUAR KELAS / KOKURIKULUM L05 LEWAT MASUK / BALIK KE ASRAMA


34 M - KEKEMASAN DIRI KOD KESALAHAN M01 BERKUKU PANJANG M02 MEWARNA KUKU / BERINAI M03 BERAMBUT PANJANG M04 RAMBUT BERFESYEN M05 BERMISAI / BERJANGGUT M06 MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN M07 PAKAI BARANG KEMAS M08 BERTATOO M09 MENCUKUR BULU KENING M10 MEMAKAI ALAT SOLEK R - KES KHAS KOD KESALAHAN R06 KES KHAS - MENGHIDU BAHAN-BAHAN INHALAN R07 KES KHAS - BERTATOO R08 KES KHAS - MENCEDERAKAN DIRI SENDIRI R09 KES KHAS - CUBAAN MEMBUNUH DIRI R10 KES KHAS - TERJUN BANGUNAN R11 KES KHAS - PENYALAHGUNAAN RACUN R12 KES KHAS - HAMIL R13 KES KHAS - LUMBA HARAM R14 KES KHAS - KEMALANGAN DALAM SEKOLAH R15 KES KHAS - LARI DARI RUMAH R16 KES KHAS - AJARAN SESAT/MILITAN R17 KES KHAS - MEMBUNUH DIRI


35 CATATAN


36 CATATAN


37 CATATAN


38 Rukunegara BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA Mendukung cita-cita hendak Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan Seluruh masyarakatnya, Memelihara satu cara hidup demokratif, Mencipta satu masyarakat yang adil di mana Kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi - tradisi, Kebudayaan yang kaya dan berbagai corak, Membina satu masyarakat sains dan teknologi moden, Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan, seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita tersebut berdasarkan atas prinsip - prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG - UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Click to View FlipBook Version