SOLAT
SITI NURFARHANA BINTI ZAKARIA
NOR IZZATI BINTI MAHD NOR
NURUL SHAHIDA BINTI AZMI
JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
SOLAT
SITI NURFARHANA BINTI ZAKARIA
NOR IZZATI BINTI MAHD NOR
NURUL SHAHIDA BINTI AZMI
2021
[JABATAN PENGAJIAN AM]
©All rights reserved. No part of this publication may be translated or reproduced in
any retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electronic,
mechanical, recording, or otherwise, without prior permission in writing from
Politeknik Seberang Perai.
All rights reserved
No part of this publication may be translated or reproduced in any retrieval system,
or transmitted in any form or by any means, electronic, mechanical, recording, or
otherwise, without prior permission in writing from Politeknik Seberang Perai.
e ISBN 978-967-0783-85-7
Published by
Politeknik Seberang Perai
Jalan Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang
Tel : 04-538 3322 Fax : 04-538 9266
Email : [email protected] Website : www.psp.edu.my
FB : politeknikseberangperai Ig : politeknikseberangperai
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Siti Nurfarhana Zakaria, 1982-
SOLAT / SITI NURFARHANA BINTI ZAKARIA, NOR IZZATI BINTI MAHD NOR,
NURUL SHAHIDA BINTI AZMI.
Mode of access: Internet
eISBN 978-967-0783-85-7
1. Salat.
2. Prayer--Islam.
3. Islam--Prayers and devotions.
4. Government publications--Malaysia.
5. Electronic books.
I. Nor Izzati Mahd Nor. II. Nurul Shahida Azmi.
III. Judul.
297.3822
Sekapur Sireh
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. dan salam serta selawat ke atas baginda Nabi
Muhammad S.A.W. kerana dengan keizinanNya kami telah berjaya menghasilkan
sebuah ebook yang bertajuk “Solat” untuk kegunaan semua pelajar. Kami
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Mohd. Fahmi Bin Md. Yusop,
Ketua Kursus Unit Pendidikan Islam dan Moral, Politeknik Seberang Perai kerana
sama-sama memberikan galakan dan menyumbangkan idea bagi meningkatkan mutu
kandungan buku ini.
Tidak lupa juga sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diberikan
kepada Puan Yeap Lay Hwa, Ketua Jabatan Pengajian Am, Politeknik Seberang Perai
yang turut memberikan dorongan dan menyediakan platform bimbingan dalam
menghasilkan ebook ini. Seterusnya jutaan terima kasih diucapkan kepada semua
rakan-rakan pensyarah Unit Pendidikan Islam dan Moral yang telah memberikan
sumbangan idea dan motivasi kepada kumpulan penulis dalam menyiapkan
penulisan.
Akhirnya kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penerbitan buku ini
khususnya kepada seluruh pensyarah di Jabatan Pengajian Am. Semoga Allah S.W.T.
memberkati usaha ini dan memberikan pahala dan ganjaran yang setimpal
dengannya.
Sekian, terima kasih.
Siti Nurfarhana Binti Zakaria
Nor Izzati Binti Mahd Nor
Nurul Shahida Binti Azmi
Pendahuluan
Seiring pembangunan teknologi digital masa kini, penghasilan ebook telah menjadi
norma baharu dalam sistem pendidikan. Ini kerana ebook memudahkan proses
penyebaran maklumat, menjimatkan kos dan lebih bersifat interaktif. Ebook “Solat” ini
merupakan satu sumbangan bagi memudahkan kefahaman dalam pengamalan
ibadah solat bagi umat Islam amnya dan para pelajar khususnya.
Buku ini disusun khas bagi tujuan memudahkan pelajar yang mengikuti kursus
MPU23012 Pengajian Islam serta pensyarah yang terlibat sebagai rujukan dan
panduan. Buku ini mengandungi enam bab yang membincangkan tentang
pengenalan solat, kewajipan solat, rukun solat, perkara yang membatalkan solat,
keistimewaan dan keberkesanan solat dan rahsia khusyuk dalam solat selain
memuatkan koleksi soalan latihan bagi menguji kefahaman pelajar.
Diharapkan usaha kecil yang dilakukan ini dapat menambahkan lagi bilangan
penerbitan bahan bacaan dalam bidang Pendidikan Islam khususnya ibadah fardu
ain. Diharapkan ebook ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar dan
pensyarah. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha ini dan menerimanya sebagai
amalan kebajikan di akhirat nanti.
Isi Kandungan Muka Surat
Perkara 1
Bab 1 Pengenalan 3
4
1.1 Definisi Solat 5
Bab 2 Kewajipan Solat 8
8
2.1 Dalil Kewajipan Menunaikan Solat 9
2.2 Syarat Wajib Solat
2.3 Syarat Sah Solat 18
18
Bab 3 Rukun Solat
21
3.1 Pengertian 21
3.2 Pembahagian Rukun Solat
3.3 Pelaksanaan Rukun Solat 23
26
Bab 4 Perkara Yang Membatalkan Solat 28
4.1 Definisi Batal 30
4.2 Perkara Yang Membatalkan Solat 36
Bab 5 Keistimewaan dan Keberkesanan Solat 38
5.1 Keistimewaan Solat 39
5.2 Keberkesanan Solat
Bab 6 Khusyuk Dalam Solat
6.1 Jenis-Jenis Kusyuk
6.2 Kaedah Mendapat Khusyuk
6.3 Faktor Kegagalan Mendapat Khusyuk
Latih Tubi
a. Pilih jawapan yang betul
b. Tandakan () pada pernyataan yang betul dan (X)
pada pernyataan yang salah
Skema Jawapan Latih Tubi
Skema Jawapan Bahagian a dan b
Rujukan
Senarai Rujukan
eBook PSP | [SOLAT] 1
Nota
1.0 Pengenalan
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama-sama orang yang
rukuk”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 43)
Perintah Rukun Islam yang kedua iaitu solat disyariatkan pada malam 27 Rejab dalam
peristiwa Israk dan Mikraj. Solat adalah satu perintah ibadah yang pertama diwajibkan oleh
Allah Taala. Perintah ini disampaikan oleh Allah Taala secara langsung dengan Nabi
Muhammad SAW tanpa perantaraan malaikat.
1.1 Definisi Solat
SOLAT menurut bahasa ialah DOA. Menurut syarak pula solat ialah suatu ibadah yang terdiri
daripada perkataan dan perbuatan, dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam
mengikut rukun dan syarat tertentu. Nabi SAW bersabda:
- حدثنا َز َكر َّيا ْب ُن، أَ ْخ َب َرنا أَ ُبو َحامد أَ ْح َم ُد ْب ُن ُم َح َّمد ْبن أَ ْح َم َد ْبن ُش َع ْيب ْبن َها ُرو َن ْبن ُمو َسى ا ْل َفقي ُه،أَ ْخ َب َر َنا أَ ُبو َع ْبد الل ا ْل َحاف ُظ
،ٌ َجا َء َر ُجل:َ َقال، َع ْن ُع َم َر، َع ْن ع ْكر َم َة، َع ْن َق َتا َد َة، حدثنا ُش ْع َب ُة، أَ ْخ َب َرنا َو ْه ُب ْب ُن َجرير،َي ْح َيى ْبن ُمو َسى ْبن إ ْب َراهي َم ال َّن ْي َسا ُبور ُّي
" َوال َّص ََلةُ ع َما ُد ال ِّدين، َو َم ْن َت َر َك ال َّص ََل َة َف ََل دي َن َل ُه، " ال َّص ََلةُ ل َو ْقت َها:َ َيا َر ُسولَ الل أَ ُّي َش ْيء أَ َح ُّب ع ْن َد الل في ا ْْل ْس ََلم؟ َقال:ََف َقال
َعن ا ْبن ُع َم َر، " ع ْكر َم ُة َل ْم َي ْس َم ْع م ْن ُع َم َر َوأَ ُظ ُّن ُه أَ َرا َد:" َقالَ أَ ُبو َع ْبد الل
2 eBook PSP | [SOLAT]
Maksudnya:
Telah datang seorang lelaki yang bertanya Rasulullah SAW: “Apakah
yang disukai oleh Allah dalam Islam?” Rasulullah bersabda: “solat pada
waktunya, barangsiapa yang meninggalkan solat maka tiadalah agama
baginya dan solat itu merupakan tiang agama”.
(Riwayat al-Baihaqi (2550) di dalam al-Syu’ab)
eBook PSP | [SOLAT] 3
2.0 Kewajipan Solat
2.1 Dalil Kewajipan Menunaikan Solat
Terdapat banyak dalil di dalam Al-Quran, Hadith dan Ijmak Ulama’ mengenai kewajipan
menunaikan solat.
a. Dalil al-Quran:
Firman Allah SWT Taala di dalam Surah Al-Ankabut, ayat 45:
Maksudnya:
“Bacalah Kitab (al-quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan
laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan) keji
dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingati Allah (solat) itu lebih besar
(keutamaannya daripada ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu
lakukan.”
b. Dalil hadis, sabda Rasulullah dengan maksudnya:
“Islam dibina atas lima rukun: Menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang berhak
disembah selain Allah dan Muhammad ialah pesuruh Allah, mendirikan solat,
mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji di
Baitullah bagi mereka yang mempunyai kemampuan untuk menunaikannya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
4 eBook PSP | [SOLAT]
c. Dalil ijmak ulama’:
Bahawa seluruh umat Islam sejak zaman Nabi Muhammad SAW sehingga hari ini telah
bersepakat atas adanya kewajipan solat dalam agama Islam. Solat wajib ditunaikan lima
waktu sehari semalam.
2.2 Syarat Wajib Solat
eBook PSP | [SOLAT] 5
Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya:
“Yang terlepas daripada hukuman ada tiga iaitu kanak-kanak sehingga dia dewasa,
orang yang tidur sehingga dia sedar dan orang gila sehingga dia sembuh.”
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
2.3 Syarat Sah Solat
Solat yang dilaksanakan oleh individu itu dikira sah sekiranya menepati syarat-syarat ini.
Tetapi sekiranya individu tersebut tidak melakukan salah satu daripada syarat ini maka
solatnya adalah batal.
a. Yakin masuk waktu solat
Solat seseorang tidak sah sekiranya dia solat tanpa menyakini masuknya waktu solat
walaupun dia solat tepat pada waktunya.
b. Menghadap kiblat
Wajib bagi seseorang yang menunaikan solat untuk menghadap ke arah kiblat. Walau
bagaimanapun, bagi seseorang yang sakit atau uzur dan tidak mampu untuk
menghadap kiblat, maka terdapat kelonggaran baginya untuk menghadap ke mana-
mana arah mengikut kemampuannya dirinya.
6 eBook PSP | [SOLAT]
c. Menutup aurat
Aurat bagi lelaki adalah dari paras pusat hingga lutut, manakala aurat bagi perempuan
pula iaitu seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Maka adalah
wajib bagi individu lelaki dan perempuan untuk menutup aurat sama ada ketika
menunaikan solat di tempat sunyi (bersendirian) atau di tempat awam.
d. Suci daripada najis
Terdapat tiga perkara yang perlu suci daripada najis iaitu pada pakaian, anggota badan
dan juga tempat untuk mendirikan solat. Tempat adalah merujuk kepada tempat
berdiri kedua kaki, tempat sujud, tempat meletakkan tangan dan tempat
meletekakkan kedua-dua belah lutut.
e. Suci daripada hadas
Seseorang yang mendirikan solat hendaklah suci daripada sebarang hadas kecil dan
hadas besar, iaitu dia berada di dalam keadaan mempunyai wudhuk atau telah pun
mandi hadas.
eBook PSP | [SOLAT] 7
a. Dalil al-Quran:
َََٰٓيوأَأَُّي ْ َهرا ُجالَلَّ ُكِذ ْمي َإِنلَ ءىآ َام ْلُن َكو ْاع َب ْإِي َذ ِان قُ ْم ُت ْم إِ َلى ال َّصلَو ِة َفا ْغ ِسلُوا ُو ُجو َه ُك ْم َوأَ ْي ِد َي ُك ْم إِ َلى ا ْل َم َرا ِف ِق َوا ْم َس ُحوا ِب ُر ُءو ِس ُك ْم
MaksudNya:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka
basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku dan sapulah kepalamu dan
basuhlah kakimu sampai ke kedua buku lali.”
(Surah Al-Maidah: Ayat 6)
b. Dalil hadis:
Maksudnya :
“Allah Taala tidak akan menerima solat tanpa bersuci”
(Riwayat Muslim)
8 eBook PSP | [SOLAT]
3.0 Rukun Solat
3.1 Pengertian
Rukun adalah perkara yang wajib dilakukan dengan sempurna. Seandainya seseorang yang
menunaikan solat tertinggal mana-mana daripada rukun solat atau tidak melakukannya
dengan sempurna, maka solatnya tidak sah.
3.2 Pembahagian Rukun Solat
Ulama’ telah bersepakat membahagikan rukun solat kepada tiga bahagian iaitu rukun qauli,
rukun fi’li dan rukun qalbi.
RUKUN QAULI bermaksud perkataan atau ucapan dengan lidah (bacaan) iaitu:
i. Lafaz takbiratul ihram
ii. Bacaan surah Al-Fatihah
iii. Bacaan tahiyat akhir
iv. Selawat dalam bacaan tahiyat akhir
v. Lafaz salam yang pertama
eBook PSP | [SOLAT] 9
RUKUN FI’LI bermaksud perbuatan yang dilakukan semasa menunaikan solat iaitu:
i. Berdiri tegak
ii. Rukuk
iii. Iktidal
iv. Sujud
v. Duduk di antara dua sujud
vi. Duduk ketika bacaan tahiyat akhir
RUKUN QALBI bermaksud lintasan dalam hati yang melibatkan dua perkara iaitu:
i. Niat
ii. Tertib
3.3 Pelaksanaan Rukun Solat
Terdapat keseluruhan 13 rukun solat yang wajib dilakukan dengan sempurna bagi
memastikan solat yang dilakukan sah. Perincian dalam melaksanakan setiap rukun solat akan
dihuraikan dengan lengkap mengikut turutannya. Secara umumnya, 13 rukun solat adalah
seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah berikut:
10 eBook PSP | [SOLAT]
12
34
56
78
9
10
11 12
13
1. NIAT
Niat bermaksud kehendak untuk melakukan sesuatu yang disertai dengan perbuatan. Niat
ialah lintasan hati tentang apa-apa yang diniatkan. Niat solat berlaku ketika sedang
mengangkat takbiratulihram dan melafazkan “Allahu Akbar”. Maka, ketika itulah berlaku
lintasan hati (berniat untuk solat). Niat merupakan rukun qalbi (wajib dalam hati). Lafaz
dan niat solat adalah seperti berikut:
eBook PSP | [SOLAT] 11
12 eBook PSP | [SOLAT]
2. BERDIRI TEGAK BAGI YANG BERKUASA/BERDAYA
Berdiri tegak dengan menghadapkan dada ke arah kiblat bagi yang berkemampuan.
Sekiranya mengalami kesukaran akibat sakit atau uzur maka dibenarkan duduk, baring
atau mengiring.
3. TAKBIRATUL IHRAM
Mengangkat kedua-dua belah tangan sejajar dengan bahu atau telinga serta melihat ke
tempat sujud sambil mengucapkan kalimah “Allahu Akbar” yang disertakan dengan niat
dalam hati.
eBook PSP | [SOLAT] 13
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
Surah Al-Fatihah dibaca setelah mengangkat Takbiratul ihram. Surah ini dibaca selepas
membaca doa iftitah.
5. RUKUK SERTA TAMAKNINAH
Rukuk bermaksud membongkokkan badan dan tangan memegang lutut. Kedudukan paras
punggung dan kepala hendaklah rata. Manakala mata memandang ke arah tempat sujud.
Lafaz tasbih ketika rukuk:
KEDUDUKAN RUKUK 90
DARJAH
Umpama melakukan aktiviti
senaman ringan serta
memperkuatkan sistem otot
dan fizikal tubuh
14 eBook PSP | [SOLAT]
6. IKTIDAL SERTA TAMAKNINAH
Iktidal bermaksud bangun daripada rukuk dengan mengangkat kedua-dua belah tangan
seperti takbiraktul ihram dan berdiri tegak seketika (tamakninah). Lafaz bacaan ketika
iktidal:
7. SUJUD SERTA TAMAKNINAH
Sujud bermaksud meletakkan tujuh anggota sujud ke tempat sujud. Terdapat tujuh
anggota sujud iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua hujung jari kaki yang
diletakkan ditempat sujud. Lafaz tasbih ketika sujud:
SUJUD itu INDAH
Kau berBISIK di
BUMI
Tetapi diDENGARkan
di LANGIT
eBook PSP | [SOLAT] 15
8. DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD SERTA TAMAKNINAH
Duduk antara dua sujud bermaksud duduk seketika sebelum sujud yang kedua. Kedudukan
iftirasy (tapak kaki kiri dijadikan alas duduk dan tapak kaki kanan ditegakkan di atas lantai,
manakala jari kaki dihadapkan ke arah kiblat), ia adalah kedudukan duduk yang terbaik dan
sempurna. Lafaz bacaan duduk antara dua sujud:
9. DUDUK TAHIYAT AKHIR
Duduk tahiyat akhir dilakukan pada rakaat yang terakhir dalam solat. Duduk secara
tawaruk (punggung diletakkan di atas lantai, kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan dan
kaki kanan ditegakkan, manakala jari kaki dihadapkan ke arah kiblat). Tangan pula
diletakkan di atas paha (tangan kanan di atas paha kanan, dan tangan kiri di atas paha kiri).
10. MEMBACA TAHIYAT AKHIR
Tahiyat akhir perlu dibaca dengan sempurna. Lafaz bacaan tahiyat akhir:
16 eBook PSP | [SOLAT]
11. SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW DALAM TAHIYAT AKHIR
Lafaz selawat ke atas Nabi Muhammad SAW:
12. MEMBERI SALAM YANG PERTAMA
Melafazkan salam sambil memalingkan kepala ke kanan sehingga pipi kanan nampak
seluruhnya dari arah belakang. Lafaz bacaan salam:
eBook PSP | [SOLAT] 17
13. TERTIB
Tertib bermaksud melaksanakan solat secara tertib iaitu mengikut aturan dan turutan
berdasarkan rukun yang telah ditetapkan iaitu dengan mendahulukan yang dahulu
didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.
18 eBook PSP | [SOLAT]
4.0 Perkara Yang Membatalkan Solat
4.1 Definisi Batal
Syeikh Mustafa Ahmad Zarqa‟ mengatakan bahawa batal dalam
ibadah solat dan puasa bererti tidak sah kedua-duanya, tidak terlepas
zimmah (seseorang mukallaf, dan dituntut mengulang semula ibadah
berkenaan. Manakala batal dalam urusan muamalat ialah tidak
menghasilkan kesan-kesannya, sebagaimana yang ditetapkan syarak,
seperti pemilikan, hak memanfaatkan sesuatu dan segala bentuk hak
yang terhasil daripada akad muamalat (al-Zarqa’, 2004, jil.2: 702).
4.2 Perkara Yang Membatalkan Solat
Berikut merupakan perkara-perkara yang membatalkan solat:
1. Bercakap ketika solat
2. Membuat pergerakan anggota yang
banyak lebih daripada tiga kali berturut-
turut.
eBook PSP | [SOLAT] 19
3. Berhadas kecil ketika solat. Seperti:
kentut, air kencing, tahi, mazi, keputihan,
wadi, menyentuh kemaluan dengan
tapak tangan. Hilang akal.
4. terkena najis badan ataupun tempat solat.
5. Terbuka aurat. Tetapi sekiranya dapat ditutup
dengan cepat tanpa menggunakan pergerakan
yang banyak, solatnya masih tidak terbatal.
6. Berubah niat. Sekiranya seseorang yang
sedang bersolat asar tiba-tiba di pertengahan
solat beliau berubah niat solat asar atau solat
sunat yang lain.
7. Berpaling daripada menghadap ke arah kiblat.
Tetapi sekiranya dadanya tidak ikut berpaling
tidak mengapa. Solatnya tidak terbatal.
20 eBook PSP | [SOLAT]
8. Makan, sebagai contoh menelan sisa makanan
yang terlekat di celah gigi ketika solat.
9. Tertawa, tidak mengapa sekiranya tersenyum
dengan syarat tidak mengeluarkan bunyi.
10. Murtad. Orang Islam yang sudah keluar
daripada Islam samada dengan niat ataupun
dengan perbuatan yang menyebabkan dia
terkeluar daripada Islam.
eBook PSP | [SOLAT] 21
5.0 Keistimewaan dan Keberkesanan Solat
5.1 Keistimewaan Solat
Kejayaan individu secara khususnya dan masyarakat secara umumnya adalah bergantung
kepada amalan solat yang dilaksanakan. Segala tindak tanduk manusia adalah melibatkan
perkara tunjang dalam kehidupan iaitu solat. Bagi orang yang mendirikan solat, mereka akan
merasai keistimewaan dalam solat.
Antara keistimewaan itu ialah :-
Allah SWT sering memudahkan urusan manusia dengan segala pertolongan khususnya
dalam urusan menyelesaikan apa jua masalah yang dilalui oleh hambaNya.
Melalui solat juga menjadikan hati dan perasaan kita tenang serta sihat tubuh badan
Solat juga dapat mengeratkan dan menyatukan manusia dalam mencapai kejayaan
dalam segala urusan yang dilaksanakan.
Solat bukan sahaja membantu manusia di dunia malah segala urusan di akhirat juga.
5.2 Keberkesanan Solat
Beberapa perkara asas perlu diambil kira bagi menentukan keberkesanan di dalam
pelaksanaan solat. Antara keberkesanan berikut adalah:
Semua perkara asas dan kaedah pelaksanaan mesti dipenuhi dalam pelaksanaan solat.
Sekiranya solat tidak dapat dilaksanakan mengikut spesifikasi asas pelaksanaanya,
maka tiada keberkesanan yang akan diperolehi.
Bermula dengan seluruh anggota badan, hati dan perasaan, minda manusia perlu
diberikan tumpuan sepenuhnya di dalam pelaksanaan solat. Ini merupakan kekuatan
utama manusia dalam mendirikan solat.
Solat secara berjemaah dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan penyatuan bagi umat
Islam baik lelaki mahupun perempuan.
22 eBook PSP | [SOLAT]
Setiap perbuatan sunat yang dilaksanakan dalam solat seperti berzikir, mengangkat
tangan dengan sempurna dan sebagainya perlu dilakukan bagi mencapai tahap yang
sempurna.
Terdapat pelbagai perbuatan yang perlu dielakkan dan tidak digalakkan dilakukan
ketika solat seperti berlaku pergerakan anggota yang tidak perlu, melakukan solat
secara tergesa-gesa, keadaan tubuh badan yang tidak selesa boleh mengganggu
tumpuan ketika solat. Perkara seperti ini boleh menjejaskan kualiti solat yang
dilaksanakan.
eBook PSP | [SOLAT] 23
6.0 Khusyuk Dalam Solat
6.1 Jenis-Jenis Khusyuk
Khusyuk merupakan jiwa dan roh kepada solat. Solat yang tidak dijiwai dengan khusyuk
hanyalah solat yang sia-sia, tidak memberi apa-apa melainkan hanya mendapat kepenatan.
Keperluan khusyuk dalam solat adalah sangat-sangat dituntut seperti firman Allah SWT:
Sungguh, Aku ini Allah, tidak ada tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan
laksanakanlah salat untuk mengingat Aku.”.
(Surah Taha: 14)
24 eBook PSP | [SOLAT]
eBook PSP | [SOLAT] 25
26 eBook PSP | [SOLAT]
6.2 Kaedah Mendapat Khusyuk
Imam Al-Ghazali telah menggariskan 6 cara untuk kita dapat merasai khusyuk dalam
solat. Antaranya:
1. HUDHUR AL-QALB (HADIRKAN HATI)
Hendaklah berusaha membuang semua perkara duniawi yang tidak berkaitan dengan
solat dan tidak ada hubungan dengan Allah.
2. TAFAHHUM (MEMAHAMI)
Memahami segala makna yang dilafazkan dalam solat seperti makna bacaan surah
Al-Fatihah, bacaan ketika rukuk, dan lain-lain.
3. AT-TA’DZIM (MENGAGUNGKAN ALLAH)
Berasa diri kita sangat kerdil dan hina di depan Allah yang Maha Agung.
4. AL-HAIBAH (MERASA GERUN TERHADAP ALLAH)
Hadirkan rasa takut dan gerun kita kepada Allah.
5. AR-RAJAA’ (BERHARAP KEPADA ALLAH)
Sentiasa menaruh harapan agar amalan solat kita akan diterima oleh Allah.
6. AL-HAYA’ (MALU)
Hadirkan rasa malu kepada Allah atas kekurangan dan kelemahan diri kita.
(Terjemahan Ihya Ulumuddin:520-525 jilid 1)
eBook PSP | [SOLAT] 27
28 eBook PSP | [SOLAT]
6.3 Faktor Kegagalan Mendapat Khusyuk
1. Kerosakan Aqidah Dan Kepercayaan
Sabda Rasulullah:
“Sesiapa yang menemui tukang tilik atau tukang tenung, lalu bertanya kepadanya
sesuatu perkara maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”
(Riwayat Muslim)
2. Makan, Minum Dan Pakai Dari Harta Yang Haram.
Sabda Rasulullah:
Seorang pemuda bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut
masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit: Wahai
Tuhanku… Wahai Tuhanku...’ sedangkan makanannya haram, minumannya haram
eBook PSP | [SOLAT] 29
dan pakaiannya haram. Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram
maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya.
(Riwayat Muslim, no1015, 2/703)
30 eBook PSP | [SOLAT]
Latih Tubi
a. Pilih jawapan yang betul.
Soalan 1
Maksud solat daripada segi bahasa adalah __________
A. Doa
B. Islam
C. Tuntutan
D. Amalan wajib
Soalan 2
Solat dapat mencegah kita daripada melakukan perkara yang ___________
A. Baik
B. Diperintah
C. Dilarang
D. Disuruh
Soalan 3
Bilakah solat mula difardukan ke atas umat Islam?
A. Lailatulqadar
B. Nuzul al-Quran
C. Awal Muharam
D. Israk dan Mikraj
Soalan 4
Apakah pengertian solat menurut istilah?
A. Perbuatan yang dimulakan dengan wudhuk dan diakhiri dengan salam.
B. Perbuatan yang dimulakan dengan takbiratul-ihram dan diakhiri dengan salam.
C. Perbuatan yang dimulakan dengan wudhuk dan diakhiri dengan bacaan tahiyyat.
D. Perbuatan yang dimulakan dengan takbiratul-ihram dan diakhiri dengan bacaan
tahiyyat.
eBook PSP | [SOLAT] 31
Soalan 5
Suci daripada hadas kecil dan besar merupakan ___________
A. Rukun solat
B. Syarat sah solat
C. Syarat wajib solat
D. Perkara yang membatalkan solat
Soalan 6
Antara berikut yang manakah syarat sah solat?
A. Islam
B. Baligh
C. Berakal
D. Yakin masuk waktu
Soalan 7
Perkara yang mewajibkan seseorang itu mendirikan solat adalah pengertian bagi _________
A. Rukun solat
B. Syarat sah solat
C. Syarat wajib solat
D. Syarat tambahan solat
Soalan 8
Berapakah bilangan syarat wajib solat?
A. 2
B. 4
C. 5
D. 13
32 eBook PSP | [SOLAT]
Soalan 9
Antara berikut yang manakah syarat wajib solat?
A. Islam
B. Masuk waktu solat
C. Menutup aurat
D. Menghadap kiblat
Soalan 10
Berapakah bilangan rukun solat?
A. 12
B. 13
C. 14
D. 15
Soalan 11
Berapakah bilangan waktu bagi solat fardu?
A. 2
B. 3
C. 4
D. 5
Soalan 12
Pilih urutan rukun solat yang betul.
A. Iktidal, rukuk, sujud, salam
B. Selawat ke atas nabi, membaca tahiyyat akhir, salam
C. Berdiri betul, niat, takbiratul-ihram, membaca surah al-Fatihah
D. Niat, berdiri betul, takbiratul-ihram, membaca surah al-Fatihah
eBook PSP | [SOLAT] 33
Soalan 13
Berikut adalah rukun-rukun solat kecuali ___________
A. Berwudhuk
B. Duduk tahiyyat akhir
C. Rukuk serta tomakninah
D. Duduk antara dua sujud serta tomakninah
Soalan 14
Antara berikut yang manakah menerangkan Rukun Qalbi?
A. Berdiri tegak
B. Berniat dalam hati
C. Duduk antara dua sujud
D. Memberikan salam pertama
Soalan 15
Apakah hukum solat bagi orang yang sedang sakit?
A. Harus
B. Wajib
C. Sunat
D. Tidak perlu solat
Soalan 16
Apakah kebaikan melakukan solat?
A. Memantapkan kekayaan
B. Memantapkan kegembiraan
C. Memantapkan kebahagiaan
D. Memantapkan keimanan
34 eBook PSP | [SOLAT]
Soalan 17
Mendirikan solat dapat membentuk _____________
A. Tubuh badan
B. Ketinggian
C. Kemalasan
D. Akhlak mulia
Soalan 18
Solat yang dilakukan berterusan akan ______________
A. Menenangkan jiwa
B. Memenatkan badan
C. Merugikan masa
D. Membebankan diri
Soalan 19
Berikut merupakan najis yang perlu dibersihkan daripada tubuh badan, pakaian dan tempat
solat sebelum menunaikan solat kecuali ____________
A. Tahi
B. Darah
C. Nanah
D. Tanah
Soalan 20
Syarat sah solat adalah perkara-perkara yang menyebabkan _____________
A. Solat seseorang itu sah
B. Solat seseorang itu betul
C. Solat seseorang itu diterima
D. Solat seseorang itu diberkati
eBook PSP | [SOLAT] 35
Soalan 21
Berikut merupakan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat kecuali __________
A. Keluar air mata
B. Keluar sesuatu daripada qubul dan dubur
C. Bercakap ketika solat
D. Menggerakkan anggota badan melebihi tiga kali berturut-turut
Soalan 22
Rukun solat Perkara
1 Niat
2
3 Mengangkat takbiratul-ihram
4 Berdiri tegak bagi yang berkuasa
5
Rukuk serta tomakninah
Apakah hukum solat yang tertinggal pada petak nombor 4 seperti di atas?
A. Sujud
B. Membaca doa Qunut
C. Duduk antara dua sujud
D. Membaca surah al-Fatihah
Soalan 23
Mengapakah rukun solat dalam sembahyang wajib dilakukan mengikut urutan seperti yang
ditetapkan?
A. Supaya Allah sayang kepada kita.
B. Supaya setiap orang suka mengerjakan solat.
C. Supaya solat dapat dilakukan dengan tenang.
D. Supaya solat dapat dilakukan dengan tertib, teratur dan mengikut urutan yang betul.
36 eBook PSP | [SOLAT]
b. Tandakan ( ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang salah.
Soalan 1
Islam merupakan syarat wajib solat. ( )
Soalan 2
Rukun solat wajib dilakukan mengikut tertib. ( )
Soalan 3
Suci daripada hadas merupakan syarat wajib solat. ( )
Soalan 4
Orang gila juga wajib menunaikan solat. ( )
Soalan 5
Duduk tahiyyat awal merupakan salah satu rukun solat. ( )
Soalan 6
Tamakninah bermaksud berhenti seketika. ( )
Soalan 7
Rukun solat bermaksud perkara yang wajib dilakukan dalam solat. ( )
Soalan 8
Solat sah jika tertinggal salah satu rukun solat dengan sengaja. ( )
Soalan 9
Orang yang sakit juga perlu menutup aurat ketika menunaikan solat. ( )
Soalan 10
Solat boleh dilakukan dalam kenderaan. ( )
Soalan 11
Meninggalkan salah satu daripada rukun solat akan menyebabkan solat tersebut batal. ( )
eBook PSP | [SOLAT] 37
Soalan 12
Solat adalah sah apabila seseorang telah memastikan dirinya suci daripada hadas semasa
bersolat. ( )
38 eBook PSP | [SOLAT]
Skema Jawapan Latih Tubi
Bahagian a 9. A 17. D
10. B 18. A
1. A 11. D 19. D
2. C 12. D 20. A
3. D 13. A 21. A
4. B 14. B 22. D
5. B 15. B 23. D
6. D 16. D
7. C
8. B
Bahagian b
1.
2.
3.
4. x
5. x
6.
7.
8. x
9.
10.
11.
eBook PSP | [SOLAT] 39
Rujukan
Ishak Baharom, D., & Azrul Hakimin. (2009). Solat dan keajaibannya. Selangor: Anbakri
Publika Sdn Bhd.
Ismail Kamus, D., & Mohd Azrul Azlen Abd Hamid. (2009). Indahnya hidup bersyariat: Modul
fardu ain diri, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat. Kuala Lumpur: Telaga Biru.
Muhammad Nubli Abdul Wahab. (2012). Kecemerlangan pengurusan organisasi dalam Islam
(Siri 3). Kuantan: Penerbit Universiti Malaysia Pahang.
Zaharuddin Abd.Rahman. (2008). Formula solat sempurna. Kuala Lumpur: Telaga Biru
Sdn.Bhd.
Dr. H. A. Malik Karim Amrullah. (1963) Terjemahan Ihya Ulumuddin, jilid 1, cetakan kedua.
Keboyan Baru, Jakarta.
https://cepatquran.com/blog/6-cara-mudah-khusyuk-dalam-solat-imam-chazali/
https://carihadis.com/Syuabul_Iman_Baihaqi/2912
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
JALAN PERMATANG PAUH
13500 PERMATANG PAUH
PULAU PINANG
http://www.psp.edu.my