TTBOT: INOVASI
PROJECT
MENGGUNAKAN
ARDUINO
AMIR ABU BAKAR
MUHAMMAD NAZREY RAMLI
FAIZAL MOHAMAD TWON TAWI
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
TTBOT: INOVASI
PROJECT
MENGGUNAKAN
ARDUINO
AMIR ABU BAKAR MUHAMMAD NAZREY
RAMLI
FAIZAL MOHAMAD TWON TAWI
All rights reserved
No part of this publication may be translated or reproduced in any retrieval system, or
transmitted in any form or by any means, electronic, mechanical, recording, or
otherwise, without prior permission in writing from Politeknik Seberang Perai.
Published by
Politeknik Seberang Perai
Jalan Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang
Tel : 04-538 3322 Fax : 04-538 9266
Email : [email protected] Website : www.psp.edu.my
FB : politeknikseberangperai Ig : politeknikseberangperai
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Amir Abu Bakar
TTBOT : INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO / AMIR ABU BAKAR,
MUHAMMAD NAZREY RAMLI, FAIZAL MOHAMAD TWON TAWI ; Editor Nurul Huda
Ishak ; Disusun semak oleh: Unit Penyelidikan & Penerbitan Perpustakaan
Politeknik Seberang Perai.
Mode of access: Internet
eISBN 978-967-2774-03-7
1. Arduino (Programmable controller).
2. Programmable controllers.
3. Robots.
4. Robots--Programming.
5. Robots--Control systems.
6. Government publications--Malaysia.
7. Electronic books.
I. Politeknik Seberang Perai. Perpustakaan. Unit Penyelidikan dan Penerbitan.
II. Judul.
006.22
Penghargaan
Alhamdulillah, terima kasih kepada Yang Maha Kuasa kerana mengizinkan penulis
menyelesaikannya buku bertajuk TTBOT: INOVASI
PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO ini.
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW yang tidak
pernah jemu dalam menyebarkan kasih dan bimbingannya untuk kita semua agar
terus berada di atas landasan kebenaran.
Di samping itu, penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
penulis dalam Kejuruteraan Elektrik Jabatan dari Politeknik Seberang Perai yang
membantu penulis menyelesaikannya buku ini.
Akhir kata, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Unit
Penyelidikan & Penerbitan Perpustakaan Politeknik Seberang Perai (UPPen) atas usaha
membantu mereka semasa projek ini. Profesionalisme pekerja yang ceria adalah
dihargai.
Prakata
Pengendali mikro bernama Arduino sangat banyak digunakan pada masa kini.
Pelbagai projek yang dapat direka bentuk menggunakan Arduino. Dalam buku 10
Projek Menggunakan Arduino diterangkan dengan terperinci bagaimana
menghasilkan projek menggunakan Arduino.
Selain projek-projek ringkas yang boleh dihasilkan, terdapat juga projek yang lebih
komplek seperti Sumo Robot, Line Following Robot, Dron dan sebagainya.
Kepelbagaian projek yang berjaya dihasilkan dengan begitu banyak menunjukkan
kreativiti para pengguna Arduino yang semakin meningkat.
Maka itu, suatu pengalaman yang ingin dikongsikan dalam buku ini adalah tentang
sebuah robot yang diberi nama TTBOT. Ia ada cetusan idea pensyarah yang
berpengalaman mengajar pelajar tentang robot di Politeknik Seberang Perai.
Kandungan
PENGHARGAAN .......................................................................................... 3
PRAKATA ...................................................................................................... 4
PENGENALAN .............................................................................................. 7
PENGENDALI MIKRO ................................................................................... 9
Arduino Nano ........................................................................................ 10
Spesikifasi Arduino Nano ...................................................................... 11
Skematik ................................................................................................. 12
Sistem Ingatan (Memory) ..................................................................... 13
Memprogram Arduino Nano ............................................................... 13
MOTOR DRIVER (L293D / L298N) .............................................................. 15
Dual H-Bridge L293D.............................................................................. 16
Dual H-Bridge L298N.............................................................................. 17
MODUL BLUETOOTH HM-06 ...................................................................... 18
ARDUINO BLUETOOTH RC CAR ................................................................ 20
CARA MEMBUAT TTBOT ............................................................................. 23
Bahan-Bahan (Hardware).................................................................... 24
Perisian (Software)................................................................................. 24
PCB Layout............................................................................................. 24
Litar TTBOT............................................................................................... 26
Kod Pengaturcaraan TTBOT ................................................................. 27
Penerangan Litar................................................................................... 33
PERTANDINGAN TTBOT.............................................................................. 35
Spesifikasi Robot .................................................................................... 36
Komponen Asas Pertandingan............................................................ 36
Gelanggang Pertandingan ................................................................. 37
Pengelaman Menyertai Pertandingan............................................... 38
PENUTUP ..................................................................................................... 40
BIBLIOGRAFI ............................................................................................... 42
PENGENALAN
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
PENGENALAN
Idea TTBOT tercetus setelah melihat seorang pelajar yang sedang mengikuti kursus
memandu motosikal. Satu bahagian yang perlu dilalui oleh pelajar memandu ialah
menunggang motosial di atas titi tidak kurang daripada 7 saat bermula dari tayar
hadapan menyentuhpermulaan titi sehinga tayar belakang melepasi hujung titi.
TTBOT adalah sebuah robot yang boleh meniti titi seperti seorang penunggang
motosikal yang menunggang di atas titi. Robot ini dikawal oleh seseorang
menggunakan aplikasi yang dipasang dalamtelefon pintarnya tanpa wayar.
Menerusi TTBOT, pelajar Diploma Kejuruteraan ELektrik mampu mempelajari
pelbagai perkara tentang reka bentuk sesebuah robot.
Bermula daripada merancang kerja yang akan dilakukan, melaksanakan
perancangan, membaik pulih jika terdapat sebarang kesilapan dan menyiapkan
model. Semua ini dapat dipelajari dengan hanya mereka bentuk sebuah projek
yang diberi nama TTBOT.
08
PENGENDALI MIKRO
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
PENGENDALI MIKRO
Pada hari ini sudah banyak projek elektronik yang menggunakan pengendali mikro.
Ia ibarat ibu yang mengawal segala operasi masukan dan keluaran bagi sesuatu
projek.
TTBOT yang dihasilkan juga menggunakan pengendali mikro iaitu Arduino Nano.
Mari kita berkenalan secara ringkas dengan pengendali mikro Arduino Nano.
Arduino Nano
Arduino Nano adalah papan kecil, lengkap, dan mesra pengguna. Iamenggunakan
ATmega328 (Arduino Nano 3.x) dan hanya mempunyai soket kuasa Direct Current
(DC) serta penyambungan kabel USB Mini-B.
10
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
Spesikifasi Arduino Nano
Berikut merupakan spesifikasi Arduino Nano. Versi lama menggunakanmikrokontroler
Atmel ATmega168 dan yang terbaru menggunakan ATmega328. Jadual 1
menunjukkan spesifikasi Arduino Nano.
Jadual 1 Spesifikasi Arduino Nano
Mikrokontroler Atmel ATmega168 atau ATmega328
Tegangan Operasi 5V
Input Voltage 7-12V
(disarankan)
Input Voltage (limit) 6-20V
Pin Digital I/O 14 (6 pin digunakan sebagai output PWM)
Pins Input Analog 8
Arus DC per pin I/O 40 mA
Flash Memory 16kB (ATmega168) atau 32kB (ATmega328)
2kB digunakan oleh Bootloader
11
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
SRAM 1 kB (ATmega168) atau 2 kB (ATmega328)
EEPROM
512 byte (ATmega168) atau 1kB
Clock Speed (ATmega328)
Ukuran
16 MHz
1.85cm x 4.3cm
Skematik
Rajah 1 Skematik Arduino Nano
12
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
Rajah 1 menunjukkan skematik Arduino Nano yang disediakan oleh pihak Arduino
sendiri. Pengguna boleh layari laman web Arduino.CC.
Sistem Ingatan (Memory)
Jika ATmega168 memiliki 16 kB flash memory untuk menyimpan kod (2kB digunakan
untuk bootloader); Sedangkan ATmega328 memiliki flash memory sebesar 32 kB,
(juga dengan 2 kB digunakan untuk bootloader). ATmega168 memiliki 1 kB memory
pada SRAM dan 512 byte pada EEPROM (yang dapat dibaca dan ditulis dengan
perpustakaan EEPROM); Sedangkan ATmega328 memiliki 2 kB memory pada SRAM
dan 1 kB pada EEPROM.
Memprogram Arduino Nano
Setelah litar Arduino sudah siap dipasang, kita perlu memuat naik program (dikenali
sebagai sketch) ke Arduino. Sketch adalah sekumpulan arahan yang memberitahu
papan fungsi apa yang perludilakukannya.
Papan Arduino hanya dapat melakukan satu lakaran pada satu masa. Perisian
yang digunakan untuk membuat sketch Arduino disebut sebagai IDE yang
merupakan singkatan dari Integrated Development Environment. Perisian ini adalah
percuma untuk dimuat
13
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
turun dan boleh didapati di
https://www.arduino.cc/en/Main/Software.
Rajah 2 Paparan sketch
Rajah 2 menunjukkan paparan sketch untuk menulis kod
pengaturcaraan bagi sebarang jenis Arduino.
14
MOTOR DRIVER (L293D / L298N)
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
MOTOR DRIVER (L293D / L298N)
Bahagian penting untuk menggerakkan TTBOT ini ialah Pemacu Motor atau Motor
Driver. Model yang boleh digunakan ialah L293D / L298N.
Dual H-Bridge L293D
Motor Driver ialah menggunakan Integraged Circuit (IC) khusus untuk mengawal
motor DC/Stepper. Di dalamnya terdapat 4 buah driver motor yang berdiri sendiri.
Ia dipanggil sebagai Dual H-Bridge kerana IC ini mampu mengawal 2 buah motor
DC dengan kawalan arah ke hadapan- ke belakang (setiap motor dapat
mempunyai arah CW atau CCW). Rajah 3 menunjukkan IC L293D.
Rajah 3 IC L293D
16
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
Dual H-Bridge L298N
Driver motor L298N pada asasnya sama cara pengawalannya dengan L293D.
Cuma yang membezakanya adalah karakteristik elektronikanya, iaitu kemampuan
L298N membenarkan arus mengalir kepada motor DC lebih besar iaitu sebesar 3A.
Arus sebesar ini boleh merosakkan papan litar elektronik.
Namun begitu, anda tidak perlu bimbang kerana terdapat banyak pembekal
alatan elektronik yang menjual module driver motor L298N. Modul ini dilengkapi
dengan regulator DC 5V yang mampu mengawal pengaliran arus supaya tidak
terlalu besar. Modul ini lebih selamat dan mudah untuk digunakan. Rajah 4
menunjukkan papan litar Motor Driver.
Rajah 4 Papan Litar Motor Driver
17
MODUL BLUETOOTH HM-06
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
MODUL BLUETOOTH HM-06
HM-06 adalah modul Bluetooth yang direka untuk mewujudkan komunikasi data
tanpa wayar dalam jarak dekat antara dua mikrokontroler atau sistem. Modul ini
berfungsi pada protokol komunikasi Bluetooth 2.0 dan hanya boleh berfungsi
sebagai peranti hamba. Ia dapat menghantar fail pada kelajuan hingga 2.1Mb / s.
HC-06 menggunakan teknik spektrum penyebaran frekuensi melompat (FHSS) untuk
mengelakkan gangguan pada peranti lain dan mempunyai transmisi dupleks
penuh. Peranti berfungsi pada julatfrekuensi dari 2.402 GHz hingga 2.480GHz. Rajah
5 menunjukkan papan litar Modul Bluetooth HM-06.
Rajah 5 papan litar Modul Bluetooth HM-06.
19
ARDUINO BLUETOOTH RC CAR
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
ARDUINO BLUETOOTH RCCAR.
Rajah 6 Paparan Aplikasi Arduino Bluetooth RC Car
Rajah 6 menunjukkan paparan aplikasi Arduino Bluetooth RC Car yang dipasang
dalam telefon pintar dengan sistem operasi Android. Aplikasi membolehkan
pengguna mengawal sebuah kereta kawalan jauh berasaskan Arduino melalui
Bluetooth. Ia dilakukan menggunakan telefon Android berkemampuan Bluetooth.
21
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
Untuk muat turun apllikasi ini, boleh layari laman web ini
https://sites.google.com/site/bluetoothrccar/ untuk rangkaian kod dan kawalan
Arduino. Aplikasi ini adalah percuma.
22
CARA MEMBUAT TTBOT
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
CARA MEMBUAT TTBOT
Bahan-Bahan (Hardware)
1. Arduino Nano
2. Bluetooth HC-06
3. Motor Driver L298N
4. Suis (jika perlu)
5. Jumper wire
6. DC Motor
7. Tayar besar
8. Tayar kecil
9. Tupperware/ Clear Acrylic Plexiglass untuk badan TTBOT
10. Bateri 9V (bateri berkuasa tinggi - 700mAh/ 1000mAh lebihbaik)
Perisian (Software)
1. Arduino IDE
2. RC Bluetooth controller
PCB Layout
Rajah 7 menunjukkan paparan Printed Circuit Board (PCB) untukBluetooth.
24
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
Rajah 7 Paparan PCB Layout
25
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
Litar TTBOT
2
1
3
4
Rajah 8 Penyambungan litar TTBOT
Rajah 8 menunjukkan penyambungan litar TTBOT dan 4 bahagianutama iaitu:
1. Arduino Nano
2. Bluetooth HC-06
3. DC Motor
4. Motor Driver L298N
26
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
Kod Pengaturcaraan TTBOT
(EN1 dan EN2 boleh diabaikan kerana menggunakan kabeljumper dekat
motor driver)
//#include <Soft wareSerial.h>
//SoftwareSerial myBluetooth(2, 3); // RX, TXint IN1 = 13; //
Control pin 1 for motor right int IN2 = 12; // Control pin 2
for motor right int EN1 = 11; // Enable Pin for motor right
int EN2 = 10 ; // Enable Pin for motor left int IN3 = 9; //
Control pin 1 for motor leftint IN4 = 8; // Control pin 2
for motor left int BUZ = 7;
char state;
void setup() {
Serial.begin(9600); // initialize serial communication:
//myBluetooth.begin(9600);pinMode(IN1, OUTPUT);
pinMode(IN2, OUTPUT);
27
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
pinMode(EN1, OUTPUT);
pinMode(EN2, OUTPUT);pinMode(IN3,
OUTPUT); pinMode(IN4, OUTPUT);
pinMode(BUZ, OUTPUT);
}
void loop(){
while (Serial.available() > 0) {char inByte =
Serial.read(); Serial.println(inByte);
state=inByte;
}
if(state=='F')forward();
if(state=='B')
reverse(); if(state=='L')
turnLeft();
28
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
if(state=='R')turnRight();
if(state=='S')stopRobot();
if(state=='H')spinCW();
if(state=='J')spinCCW();
}
void forward() { Serial.println("Forward");
analogWrite(EN1, 255); // Run in full speed analogWrite(EN2,
255); // Run in full speed digitalWrite(IN1, HIGH); // right motor
forwarddigitalWrite(IN2, LOW); //
digitalWrite(IN3, HIGH); // left motor forward
digitalWrite(IN4, LOW); //
}
29
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
void reverse(){ Serial.println("Reverse");
analogWrite(EN1, 255); // Run in full speed
analogWrite(EN2, 255); // Run in full speed digitalWrite(IN1,
LOW); // right motor reversedigitalWrite(IN2, HIGH); //
digitalWrite(IN3, LOW); // left motor reverse
digitalWrite(IN4, HIGH); //
}
void turnLeft(){ Serial.println("Turn
Left");
analogWrite(EN1, 255); // Run in full speed
analogWrite(EN2, 255); // Run in full speed
digitalWrite(IN1, LOW); // right motor stop
digitalWrite(IN2, LOW); //
digitalWrite(IN3, HIGH); // left motor forwarddigitalWrite(IN4, LOW); //
}
30
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
void turnRight(){ Serial.println("Turn Right");
analogWrite(EN1, 255); // Run in full speed
analogWrite(EN2, 255); // Run in full speed digitalWrite(IN1,
HIGH); // right motor forwarddigitalWrite(IN2, LOW); //
digitalWrite(IN3, LOW); // left motor stopdigitalWrite(IN4, LOW); //
}
void stopRobot(){ Serial.println("Stop");
analogWrite(EN1, 0); // Run in full speed
analogWrite(EN2, 0); // Run in full speed
digitalWrite(IN1, LOW); // right motor stop
digitalWrite(IN2, LOW); // digitalWrite(IN3, LOW); // left
motor stop digitalWrite(IN4, LOW); //
}
31
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
void spinCW(){ Serial.println("Spin
CW");
analogWrite(EN1, 255); // Run in full speed
analogWrite(EN2, 255); // Run in full speed digitalWrite(IN1,
HIGH); // right motor forwarddigitalWrite(IN2, LOW); //
digitalWrite(IN3, LOW); // left motor reversedigitalWrite(IN4,
HIGH); //
}
void spinCCW(){ Serial.println("Spin CCW");
analogWrite(EN1, 255); // Run in full speed
analogWrite(EN2, 255); // Run in full speed
digitalWrite(IN1, LOW); // right motor reverse
digitalWrite(IN2, HIGH); //
digitalWrite(IN3, HIGH); // left motor forward
digitalWrite(IN4, LOW); //
}
32
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
Penerangan Litar
1. Penyambungan daripada Motor Driver kepada Arduino Ada 3 jumper
warna hitam dan jangan tanggalkan jumperpada driver motor
IN1 --- 13
IN2 --- 12
IN3 --- 9
IN4 --- 8
12V --- VIN (+) untuk menyambung kepada bateri gunakanVin dan Gnd
GND --- GND (-)5V --- 5V
2. Penyambungan daripada Bluetooth ke Arduino
Ketika memasukkan kod pengaturcaraan, TX dan RX mestitidak disambung.
RX --- TX
TX --- RX
GND --- GND
5V --- 5V
33
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
3. Gunakan App Arduino IDE untuk memasukkan kodpengaturcaraan.
Syarat-syarat untuk memasukkan kod pengaturcaraan.Pada
bahagian Tools, semak:
1. Board menggunakan arduino NANO
2. Processor menggunakan ATMEGA328P ( oldbootloader )
3. Pilih port apa yg boleh digunakan, cth port COM 5
34
PERTANDINGAN TTBOT
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
PERTANDINGAN TTBOT
TTBOT mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar Diploma
Kejuruteraan Elektrik semasa pertandingan TTBOT diadakan. Meskipun peserta-
peserta yang ingin menyertai pertandingan TTBOT perlu mereka bentuk robotnya
sendiri pengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh penganjur, tetapi ia tidak
menjadi penghalang. Ramai pelajar yang turut serta dalam pertandingan TTBOT.
Spesifikasi Robot
1. Saiz robot adalah 15cmX15cm
2. Tiada had tinggi
3. Dikendalikan secara tanpa wayar menggunakan IR, Bluetoothatau RF.
4. Menggunakan pengawal Arduino Nano sahaja
Komponen Asas Pertandingan
1. Arduino Nano
2. Motor Driver (L293D / L298N)
3. ON/OFF Switch
4. Bluetooth Module (Preferred)/ IR Module /RF Module
5. 5V DC Motor + Wheel
6. 0~12V battery
36
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
Gelanggang Pertandingan
Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan dalam pertandingan tersebut
mengikut jenis gelanggang TTBOT. Rajah 9 menunjukkan salahsatu gelanggang yang
digunakan semasa pertandingan.
Peserta perlu mengawal TTBOT supaya dapat menaiki titi seperti seorang pemandu
motosikal yang menunggang motosikalnya di atas titi ketika Ujian Meniti Motosikal
yang dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. Pemenang pertandingan ini
dikira berdasarkanmasa yang paling pantas berjaya dicapai tanpa jatuh.
Rajah 9 Gelanggang TTBOT
37
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
Pengalaman Menyertai Pertandingan
Semasa pertandingan, penulis menggunakan TTBOT yang direkabentuk sendiri
bersama ahli kumpulan seperti dalam Rajah 10.
Rajah 10 TTBOT sebenar yang digunakan semasa pertandingan
TTBOT ini telah diuji beberapa kali untuk melihat pencapaiannya.Antara rekod yang
berjaya dicapai oleh TTBOT ini ialah:
• 6 saat untuk gelanggang lurus
• 14 saat untuk gelanggang yang ada selekoh – percubaanpertama
• 11 saat untuk gelanggang yang ada selekoh - percubaankedua
38
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
Alhamdulillah, penulis berjaya menjuarai 2 kategori TTBOT yang dipertandingkan.
Dalam pertandingan tersebut juga, ada kategori model tercantik sempena
sambutan Hari Kebangsaan. TTBOT yang sama penulis guna dengan sedikit hiasan
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.
Rajah 11 TTBOT versi Hari Kemerdekaan
Pengalaman mereka bentuk TTBOT dan menyertai pertandingan TTBOT ini amat
bermakna buat penulis kerana banyak ilmu yangdiperolehi.
39
PENUTUP
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
PENUTUP
Projek elektronik kini boleh dipelbagaikan dalam banyak bentuk mengikut kreativiti
masing-masing. Penggunaan pengendali mikro seperti Arduino membuka minda
para pelajar dan pensyarah untuk menguji berbagai-bagai jenis projek elektronik
mengikut peredaran masa serta keperluan industri.
Para pelajar diharap dapat mengambil peluang ini dengan belajar bersungguh-
sungguh agar potensi diri mereka dapat digilap melalui reka bentuk projek
elektronik yang mereka lakukan secara individu mahupun secara berkumpulan.
TTBOT adalah salah satu idea untuk mengasah bakat dan menjana kreativiti pelajar
supaya lebih berdikari dan berdaya saing. Hal ini penting kepada mereka yang
sedang berada dalam dunia berteknologi tinggi.
41
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
BIBLIOGRAFI
101, T. C. (20 July, 2020). Components 101. Retrieved from Components
101: https://components101.com/wireless/hc-06-bluetooth- module-pinout-
datasheet
Ada, L. (7 Jun, 2020). Adafruit. Retrieved from Adafruit: https://www.adafruit.com/
Andi.Co. (23 July, 2020). Google Play. Retrieved from Google Play:
https://play.google.com/store/apps/details?id=braulio.calle.bl
uetoothRCcontroller&hl=en
Arduino4u, T. P. (3 May, 2020). Projek Elektronik Arduino4u.com. Retrieved from Projek
Elektronik Arduino4u.com: http://www.arduino4u.com/
Support Team, F. (May 4, 2020). Funduino. Retrieved from Funduino:
http://www.funduino.de/Arduino-tutorials-08092014.pdf
Team, A. (2 May, 2020). Arduino. Retrieved from Arduino: https://www.arduino.cc/
Team, C. (6 Jun, 2020). Cytron Market Place. Retrieved from Cytron Web Site:
https://my.cytron.io/
42
TTBOT: INOVASI PROJEK MENGGUNAKAN ARDUINO
Team, E. (2 Jun, 2020). Electronicshub. Retrieved from Electronicshub:
https://www.electronicshub.org/simple-arduino-projects/
Team, N. E. (3 May, 2020). Nadi Eleczone Solution. Retrieved from NadiEleczone
Solution: https://www.nadieleczone.com/
Tutorialspoint, T. (9 Jun, 2020). Tutorialspoint. Retrieved fromTutorialspoint:
https://www.tutorialspoint.com/arduino/arduino_ultrasonic_se nsor.htm
43
POLITEKNIK SEBERANG PERAI e ISBN 978-967-2774-03-7
JALAN PERMATANG PAUH
13500 PERMATANG PAUH
PULAU PINANG
http://www.psp.edu.my