PANDUAN ASAS
MENULIS
LAPORAN PROJEK
FAIZAL MOHAMAD TWON TAWI
MOHD HAFIZ ISMAIL
AMIR ABU BAKAR
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
ISBN: 978-967-0783
-967-0783-31-4st Print 2017
Copyright 2019 © Politeknik Seberang Perai
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa
cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Politeknik Seberang Perai
Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data
Faizal Mohamad Twon Tawi
PANDUAN ASAS MENULIS LAPORAN PROJEK / FAIZAL MOHAMAD TWON TAWI,
MOHD HAFIZ ISMAIL, AMIR ABU BAKAR.
ISBN 978-967-0783-53-6
1. Report writing.
2. Academic writing.
3. Government publications--Malaysia.
I. Mohd. Hafiz Ismail.
II. Amir Abu Bakar.
III. Judul.
808.066378
Review and edited by:
Unit Penyelidikan & Penerbitan Perpustakaan
Politeknik Seberang Perai.
Publisher:
Perpustakaan,
Politeknik Seberang Perai,
Jalan Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh,
Pulau Pinang.
Tel: 04-5383322 Fax: 04-5389266
Email: [email protected].
Muka Taip Teks: Century Gothic
Saiz Taip Teks: 11
Editor:
Nurul Huda Ishak
Penyemak Bahasa:
Nurhusna Amad Tarmizi
Susun Atur:
Faizal Mohamad Twon Tawi
04 Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir
Penghargaan
Dengan nama Allah SWT yang maha pemurah lagi
maha penyayang. Jika tidak kerana Allah SWT, mana mungkin
kami dapat menyiapkan buku kecil ini. Selawat dan salam ke
atas junjungan besar Rasulullah SAW yang datang kepada kita
membawa rahmat Allah SWT ke seluruh alam.
Setinggi-tinggi terima kasih kepada penyelidik-
penyelidik serta penulis-penulis buku yang meninggalkan
banyak bahan rujukan untuk kami jadikan panduan sepanjang
menulis buku ini. Kepada rakan-rakan yang turut membantu
serta menyumbang idea kepada kami juga tidak dilupakan.
Memang tidak mampu kami membalas segala jasa
anda semua melainkan memohon doa kepada Allah SWT agar
dibalas jasa, dilimpahkan rahmatNya dan diberikan keberkatan
hidup kepada kalian.
Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir 05
Prakata
Apabila diminta menulis laporan projek, kami
mendapati ramai pelajar merasa sukar untuk menyiapkannya.
Sedangkan aktiviti penulisan ini tidaklah sesukar seperti yang
mereka fikirkan.
Mungkin kerana tiada panduan yang khusus untuk
dijadikan rujukan kepada pelajar-pelajar ini menyebabkan
mereka merasa sukar untuk menulis laporan projek.
Lantaran itu, sebuah buku Panduan Menulis Laporan
Projek dihasilkan sebagai panduan kepada pelajar Diploma
Kejuruteraan Elektrik yang terlibat dalam penyediaan Projek 1
dan Projek 2. Biarpun, contoh-contoh yang ditunjukkan dalam
buku ini berkait dengan bidang kejuruteraan elektrik tetapi buku
ini boleh sahaja dijadikan rujukan oleh pelajar-pelajar mahupun
pensyarah-pensyarah daripada bidang yang lain.
06 Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir
Pengenalan
Buku panduan asas menulis laporan projek ini ditulis
berdasarkan pengalaman dan kajian pensyarah yang pernah
menjadi penyelia projek pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik.
Persembahan buku ini menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa perantara. Langkah-langkah yang ditunjukkan
di dalamnya disokong dengan ilustrasi dan tangkapan skrin
untuk menunjukkan cara yang lebih jelas penggunaan perisian
Microsoft Word.
Pada bahagian awal buku ini, penulis
membincangkan perkara penting yang perlu diambil kira
sebelum memulakan penulisan seperti teknik menulis serta
perisian yang sesuai digunakan dalam penulisan. Seterusnya,
penulis berkongsi panduan berguna sepanjang penulisan
laporan projek.
Diharap, buku ini sedikit sebanyak dapat memberi
panduan kepada pelajar cara menulis laporan projek dengan
lebih sistematik, berkualiti dan mudah.
Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir 07
Kandungan
Penghargaan ...................................................................................... 4
Prakata ................................................................................................. 5
Pengenalan ......................................................................................... 6
Pengenalan Buku Laporan Projek.................................................. 10
Guna Teknik DREW Dalam Proses Menulis Laporan .................... 10
Perisian Microsoft Word.................................................................... 12
Perisian Mendeley............................................................................. 13
Turutan Menulis.................................................................................. 14
Mulakan Dengan Senarai Isi Laporan Projek................................ 15
Contoh Senarai Isi Kandungan Laporan Projek ....................... 16
Panduan Umum Menulis Abstrak ................................................... 17
Contoh Penulisan Abstrak............................................................ 17
Panduan Umum Menulis Kandungan ........................................... 19
Cara Menulis Isi Kandungan Secara Automatik ...................... 20
Panduan Umum Menulis Pengenalan........................................... 22
Contoh Menulis Latar Belakang Kajian...................................... 22
Contoh Menulis Pernyataan Masalah ....................................... 24
Contoh Menulis Objektif............................................................... 25
Contoh Menulis Skop Kajian ........................................................ 25
Panduan Umum Menulis Kajian Literatur ...................................... 26
Contoh Ringkas Menulis Kajian Literatur.................................... 26
Panduan Umum Menulis Metodologi ............................................ 28
Contoh Menulis Metodologi........................................................ 29
Panduan Umum Menulis Hasil Dapatan dan Perbincangan .... 30
Contoh Menulis Perbincangan Berdasarkan Graf .................. 31
Contoh Menulis Perbincangan Berdasarkan Jadual .............. 32
Contoh Menulis Perbincangan Berdasarkan Imej ................... 33
Panduan Umum Menulis Kesimpulan ............................................ 34
Contoh Menulis Kesimpulan ........................................................ 34
Panduan Umum Menulis Rujukan Secara Automatik ................. 36
Cara Menulis Bibliografi Dalam Microsoft Word....................... 37
Penutup .............................................................................................. 42
Bibliografi ............................................................................................ 43
10 Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir
Pengenalan Buku Laporan Projek
Buku Laporan Projek adalah bukti akademik bahawa
seorang pelajar itu menjalankan projek yang telah ditetapkan
oleh pihak institusi pengajian. Pada kebiasaannya, laporan yang
telah siap akan dinilai oleh pensyarah atau dibaca oleh orang
lain untuk mendapatkan pengetahuan.
Oleh yang demikian, para pelajar perlu menulis
laporan projek dengan baik dan teratur serta pengikut piawaian
yang telah ditetapkan oleh pihak akademik.
Guna Teknik DREW Dalam Proses Menulis
Laporan
Segala maklumat dan data yang ingin dimasukkan
dalam laporan projek memerlukan bacaan, perbincangan,
penyelidikan dan rujukan daripada buku, perpustakaan atau
internet. Pelajar boleh menggunakan pelbagai cara untuk
Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir 11
menulis laporan projek. Salah satu cara menulis laporan projek
adalah dengan menggunakan teknik DREW.
DREW adalah akronim hasil daripada gabungan
empat perkataan yang mempunyai maksud tersendiri.
D adalah Decision atau keputusan. Sebelum menulis
laporan, anda perlu membuat keputusan tentang tajuk
penulisan yang mahu dibuat.
R adalah Research atau kajian. Setelah tajuk dipilih,
anda boleh mulakan kajian yang mendalam dan mencari
sebanyak mungkin bahan-bahan serta maklumat berkaitan
untuk menyelesaikan projek anda itu.
E adalah Edit atau edit. Edit bermaksud anda
menyusun semua bahan, maklumat serta data yang dikaji
dengan teratur dan sistematik supaya mudah untuk mula
menulis laporan.
W adalah Write atau tulis. Ini merupakan peringkat
yang ke empat, di mana anda sudah bersedia untuk
memulakan penulisan laporan anda sehingga siap.
12 Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir
Perisian Microsoft Word
Penggunaan perisian Microsoft Word digunakan
secara meluas kerana ia memudahkan pelbagai urusan dalam
kehidupan seharian. Begitu juga dengan penyediaan laporan
projek pelajar, perisian ini sangat membantu.
Dalam buku ini, penulis menggunakan perisian
Microsoft Word versi 2013 di mana ikonnya seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1. Perisian ini sentiasa dikemaskini dan
ketika buku ini ditulis, sudah ada perisian Microsoft Word versi
2016 dengan fungsi-fungsi yang lebih canggih dan hebat.
Kemampuan meneroka perisian ini memang memberi
kelebihan kepada anda dalam menyiapkan tugasan penulisan.
Rajah 1 Ikon perisian Microsoft Word 2013
Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir 13
Perisian Mendeley
Selain menggunakan perisian Microsoft Word, anda
juga boleh menggunakan perisian Mendeley sebagai
pembantu dalam mengurus penulisan laporan. Sila rujuk Rajah
2. Penulis sendiri menggunakan perisian ini semasa menjalankan
kajian di peringkat sarjana suatu ketika dahulu kerana ia amat
membantu.
Antara kelebihannya, anda boleh menghimpun
artikel-artikel yang mempunyai kaitan antara satu sama lain
dalam satu kumpulan, mendapat notifikasi jika ada artikel
baharu terbit dan sebagainya. Tidak hairanlah ia digemari oleh
para pengkaji akademik di peringkat sarjana mahupun PHD.
Rajah 2 Contoh perisian Mendeley
14 Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir
Turutan Menulis
Secara asasnya, tiada peraturan yang mewajibkan
pelajar untuk menulis laporan mengikut turutan senarai isi
kandungan yang telah ditetapkan. Anda bebas memilih mana-
mana tajuk yang mahu ditulis terlebih dahulu ataupun
kemudian. Gunakan kreativiti anda ketika menulis.
Namun demikian, penulis mencadangkan anda
menulis pada bahagian utama dahulu iaitu Bab 1 hingga Bab 5
dan Rujukan. Kemudian, barulah disusuli pada bahagian
Perakuan Keaslian Dan Hak Milik, Penghargaan, Abstrak, Senarai
Kandungan, Senarai Jadual, Senarai Rajah, Senarai Simbol,
Senarai Singkatan dan seterusnya Lampiran.
Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir 15
Mulakan Dengan Senarai Isi Laporan Projek
Setelah pelajar melakukan proses pengumpulan data
dan maklumat yang mencukupi, pelajar sudah boleh
memulakan penulisan laporan projek.
Perkara yang perlu dilakukan ketika memulakan
penulisan adalah dengan menulis semua tajuk isi kandungan
seperti dalam contoh isi kandungan laporan projek
menggunakan perisian Microsoft Word.
Tujuan menulis senarai tajuk isi laporan projek ini
supaya pelajar nampak secara keseluruhan apa yang perlu
dibuat untuk melengkapkan laporan projek. Rajah 3
menunjukkan contoh tajuk-tajuk isi laporan yang telah ditaip.
Senarai tajuk isi laporan projek yang telah ditulis
tidaklah tetap, tetapi ia boleh diedit dari semasa ke semasa.
Maksudnya, anda boleh membuang mana-mana tajuk jika
tidak mahu digunakan serta boleh menambah tajuk lain jika ada
idea baharu sepanjang proses menulis laporan projek.
16 Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir
Contoh Senarai Isi Kandungan Laporan Projek
Rajah 3 Contoh tajuk isi laporan projek
Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir 17
Panduan Umum Menulis Abstrak
Abstrak ialah satu ringkasan pendek dan menyeluruh
berkaitan dengan projek yang telah dilaksanakan. Ia hendaklah
ditulis mengikut struktur penulisan laporan merangkumi tujuan
projek, pernyataan masalah, skop kajian, keputusan atau
penemuan kajian dan kesimpulan penting yang diperolehi
daripada projek berkenaan.
Abstrak hendaklah tidak melebihi 150 patah
perkataan dan disediakan dalam dua bahasa iaitu Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris dalam halaman muka surat yang
berasingan. Antara poin-poin penting yang boleh dimasukkan
dalam abstrak adalah pengenalan projek, objektif projek,
metodologi kajian, hasil dapatan dan kesimpulan.
Contoh Penulisan Abstrak
Abstrak— Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk menaik
taraf sistem lampu isyarat sedia ada dengan sistem
pemprosesan imej menggunakan “webcam” bertujuan untuk
18 Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir
menghasilkan sistem lampu isyarat yang lebih pintar
terutamanya untuk kes-kes kecemasan. Bahagian-bahagian
komponen elektronik yang digunakan adalah Raspberry Pi 3 B+,
Demultiplxer, pengatur voltan 5V. Sumber bekalan untuk lampu
isyarat di papan PCB adalah 12V. “Webcam” akan mengesan
lampu berkedip daripada ambulans. Selepas mengesahkan
kenderaan tersebut adalah ambulans, lampu isyarat akan
menukar urutan lampunya supaya dapat memberi laluan
kepada ambulanss tersebut . Selepas ambulans tersebut
melepasi lampu isyarat, urutan lampu isyarat akan kembali
kepada keadaan yang asal. Di perhatikan bahawa 254 adalah
nilai maksimum Threshold untuk mengesan kerdipan lampu LED
pada ambulans dan apabila webcam mengesan ambulanss
pada lorong tertentu, lampu isyarat lorong tersebut akan
bertukar ke warna hijau manakala lampu isyarat akan bertukar
ke warna merah pada lorong yang lain bagi memberi laluan
kepada ambulanss tersebut. Keseluruhan proses ini dikawal oleh
Raspberry Pi 3 B+ sebagai otak dan “Webcam” sebagai mata
kepada Raspberry Pi 3 B+.
Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir 19
Panduan Umum Menulis Kandungan
Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada
muka surat baharu dan mengandungi senarai bahan yang
terdapat dalam laporan. Antara isi kandungan yang boleh
dimasukkan dalam laporan adalah Bab 1 hingga Bab 5,
bahagian dan pecahan-pecahan utama daripada bab-bab
berkenaan seperti dalam Rajah 3.
Tajuk-tajuk berkenaan hendaklah ditulis dengan
menggunakan perkataan yang sama seperti yang terdapat
dalam laporan. Anda tidak perlu bimbang untuk menentukan
muka surat bagi setiap tajuk yang telah anda tulis kerana
perisian Microsoft Word sedia membantu.
Anda hanya perlu gunakan fungsi Table of Contents
pada menu References yang terdapat pada bahagian atas
menu. Namun begitu, anda perlu menetapkan style tulisan
laporan terlebih dahulu sebelum boleh menulis isi kandungan
secara automatik.
20 Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir
Cara Menulis Isi Kandungan Secara Automatik
A. Tetapkan jenis tulisan bagi setiap bahagian seperti tajuk
subtopik (Heading 1), sub subtopik (Heading 2) dan isi di
bawah sub topik (Normal). Ikuti langkah-langkah di
bawah dan rujuk Rajah 4 untuk membuat ketetapan.
1
2
subtopik
Heading 1
isi
Normal
sub subtopik
Heading 2
Rajah 4 Cara menetapkan style tulisan
1. Klik Home
2. Pilih Style (Heading1, Heading 2 atau normal)
Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir 21
3. Tetapkan jenis tulisan bagi
I. Heading 1 – Tajuk subtopik.
II. Heading 2 – Tajuk sub subtopik.
III. Normal – Isi.
Cara untuk menetapkan jenis tulisan tersebut adalah
dengan cara highlight pada bahagian subtopik dan klik
Heading 1 pada bahagian style. Ulang langkah ini untuk sub
subtopik dan juga bahagian isi.
B. Setelah laporan siap dan telah ditetapkan jenis tulisan
untuk semua bahagian, barulah anda boleh
menyenaraikan isi kandungan secara automatik. Sila ikuti
cara yang ditunjukkan dalam Rajah 5.
1. Pilih Reference.
2. Klik Table of Contents
1
2
Rajah 5 Cara menyenaraikan isi kandungan secara automatik
22 Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir
Panduan Umum Menulis Pengenalan
Pengenalan atau pendahuluan biasanya ditulis dalam
Bab 1 dan terdapat pecahan subtajuk yang lebih khusus.
Sebagai contoh pelajar perlu membincangkan tentang latar
belakang kajian yang hendak dijalankan, pernyataan masalah,
objektif kajian, skop kajian, kepentingan dan sumbangan kajian
pada masa hadapan.
PENDAHULUAN
1.1 Latar belakang kajian
Pelajar perlu menerangkan secara ringkas tentang
perkembangan semasa berkait dengan kajian yang
hendak dijalankan. Seterusnya mengenalpasti
penambahbaikan yang boleh dibuat bagi mendapatkan
objektif kajian yang lebih jelas.
Contoh Menulis Latar Belakang Kajian
Kesesakan lalu lintas adalah satu masalah yang telah memberi
Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir 23
sumbangan besar kepada sistem pengangkutan jalan raya
yang menyebabkan ambulans tiba lewat ke hospital sehingga
kadar kematian ini juga meningkat. Kawalan lampu isyarat lalu
lintas untuk kenderaan kecemasan telah dibangunkan dengan
menggunakan beberapa teknik. Ia boleh dikesan
menggunakan Raspberry Pi 3+ dan Webcam. Sensor suara
automatik dipasang pada isyarat isyarat untuk mengawal
lampu isyarat dengan menganalisis bunyi siren. Menurut Ilmudin,
MHA, et al [1] telah merancang sebuah sistem yang akan
dikendalikan apabila ia menerima isyarat daripada kenderaan
kecemasan berdasarkan penghantaran frekuensi radio (RF) dan
menggunakan mikrokontroler Litar Bersepadu Programmable
(PIC) 16F877A untuk menukar urutan ke urutan biasa sebelum
mod kecemasan dicetuskan. Reka bentuk mengesan
kecemasan untuk memberi keutamaan kepada ambulans
untuk mencapai tujuannya dalam masa yang diperlukan.
Penggunaan mikropemproses jenis Raspberry Pi 3 B +,
pengaturcaraan Java dan komponen elektronik untuk
menjadikan sistem lampu lalu lintas dapat membantu
mewujudkan pengurusan yang sesuai untuk pengguna jalan
raya.
1.2 Pernyataan masalah
Pelajar perlu mengenalpasti masalah yang dihadapi
terhadap bidang kajian yang bakal dijalankan. Dalam
24 Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir
subtopik ini pelajar perlu kemukakan cadangan kajian
yang bakal dilaksanakan bagi meyelesaikan atau
menambah baik masalah tersebut.
Contoh Menulis Pernyataan Masalah
Semua pemandu tidak menyedari bila kecemasan akan
berlaku. Jika kecemasan berlaku secara tida-tiba mereka tidak
mampu untuk bertindak dan kebanyakkannya akan berasa
panik. Keadaan panik pemandu ini boleh membawa kepada
kemalangan dan kesesakan lalu lintas. Pada kebiasaannya,
walaupun keadaan kecemasan berlaku, kenderaan lain hanya
boleh bergerak apabila mendapat lampu lalu lintas bertukar
menjadi hijau.
1.3 Objektif kajian
Dalam subtopik ini, pelajar perlu mengenalpasti 2 atau 3
objektif dengan jelas bagi memenuhi objektif kajian yang
bakal dilaksanakan.
Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir 25
Contoh Menulis Objektif
1. Untuk memerhatikan kerdipan lampu LED pada
ambulans.
2. Untuk mengkaji penukaran warna lampu LED dalam
sistem lampu isyarat pintar yang sedia ada.
1.4 Skop kajian
Skop kajian tidak boleh terlalu luas. Ia perlu dilaksanakan
hanya bagi menjawab dan memenuhi objektif kajian
yang hendak dilakukan.
Contoh Menulis Skop Kajian
Projek ini adalah untuk menghasilkan sistem lampu lalu lintas
kecemasan yang mesra pengguna dan penjimatan masa
apabila terdapat sebarang masalah dalam laluan. Produk ini
juga direka bentuk dengan bekalan kuasa terbina dalam
dengan webcam yang dapat mengesan kenderaan
kecemasan pada jarak tertentu.
26 Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir
Panduan Umum Menulis Kajian Literatur
Dalam topik ini, pelajar perlu membincangkan secara
jelas skop kajian yang hendak dijalankan. Pelajar juga perlu
membincangkan trend kajian terkini berkait dengan kajian yang
hendak dilakukan. Selain itu, dapatan terkini dari artikel-artikel
yang telah dibaca yang berkait rapat dengan kajian yang
hendak dijalankan boleh dimasukkan.
Contoh Ringkas Menulis Kajian Literatur
Menurut Ilmudin, MHA, et al [1] telah merancang sebuah sistem
yang akan dikendalikan apabila ia menerima isyarat daripada
kenderaan kecemasan berdasarkan penghantaran frekuensi
radio (RF) dan menggunakan mikrokontroler Litar Bersepadu
Programmable (PIC) 16F877A untuk menukar urutan ke urutan
biasa sebelum mod kecemasan dicetuskan. Apabila kenderaan
kecemasan mendekati persimpangan lampu lalu lintas,
kenderaan kecemasan akan menghantar isyarat kepada
penerima yang diletakkan di lampu isyarat. Isyarat lalu lintas
akan berubah dari lampu merah ke lampu hijau dalam tempoh
masa tertentu sebaik sahaja penerima atau pengawal
Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir 27
menerima isyarat kecemasan. Sistem ini akan mengurangkan
kemalangan yang sering berlaku disebabkan oleh kenderaan
kecemasan. Sistem kawalan lampu trafik untuk kenderaan
kecemasan menggunakan frekuensi radio (RF) ini dengan
mudah akan membuat kenderaan kecemasan untuk
menyeberangi persimpangan lampu lalu lintas. Ini berfungsi
untuk memaklumkan sistem lalu lintas mengenai kedatangan
ambulanss ke arah persimpangan ini pemancar RF menghantar
isyarat amaran kepada transceiver RF yang dilupuskan di setiap
persimpangan lampu lalu lintas. Penyelidik lain menggunakan
Sistem Penentududukan Global (GPS) untuk berkomunikasi
dengan pengawal lampu isyarat dan menghantar isyarat.
Ambulanss dilengkapi kedua-dua RF untuk berkomunikasi
dengan pengawal lampu lalu lintas dan modul GSM untuk
melaporkan kepada doktor hospital tentang status pesakit dan
menerima mesej mengenai jenis terapi yang perlu dilakukan
dengan sewajarnya.
28 Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir
Panduan Umum Menulis Metodologi
Topik ini menerangkan kaedah persediaan sampel
kajian dan penyediaan pelaksanaan makmal untuk kajian yang
hendak dijalankan. Pelajar perlu menerangkan secara jelas
kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan keputusan
terhadap parameter-parameter kajian yang bakal diuji.
Carta alir perlu disertakan dalam penulisan laporan
untuk memudahkan pemahaman aliran proses terhadap kajian
yang dijalankan. Rajah 6 menunjukkan contoh carta alir
metodologi kajian.
Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir 29
Contoh Menulis Metodologi
Rajah 6 Contoh carta alir menulis metodologi
30 Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir
Panduan Umum Menulis Hasil Dapatan dan
Perbincangan
Bab ini membincangkan hasil dapatan kajian yang
dijalankan. Setiap keputusan dan parameter perlu
dibincangkan dengan jelas dan terperinci dalam bab ini. Setiap
keputusan boleh dibincangkan sama ada dalam bentuk graf,
jadual atau imej.
(a)Perbincangan dalam bentuk graf
Pelajar perlu membincangkan dapatan kajian
dengan terperinci berdasarkan graf (Carta Bar) yang diplot.
Contohnya pelajar mahu membincangkan keadaan kerlipan
LED pada nilai Threshold yang berbeza.
Bagaimana perbincangan data dilakukan
berdasarkan graf yang diplot? Perbincangan perlulah ringkas
tepat dan padat. Sila rujuk Rajah 7 dan contoh perbincangan
Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir 31
yang boleh dibuat berdasarkan graf.
Contoh Menulis Perbincangan Berdasarkan Graf
LED Image Clarification
malap
Theshold LED
tidak
berkelip
LED
berkelip
RRaajajahh67 Graf (Carta Bar) menunjukkan hubungan antara nilai
Threshold dengan kerlipan LED
Graf bar dalam Rajah 7 menunjukkan 3 nilai “Threshold” berbeza
untuk pengesanan kerlipan lampu LED. Diperhatikan bahawa
LED berkelip dengan jelas pada nilai “Threshold” 200 tetapi pada
nilai maksimum “Threshold” 254 kelipan LED makin malap.
Walaubagaimanapun kelipan LED sudah tidak dapat
diperhatikan apabila nilai “Threshold” ditingkatkan kepada 255.
32 Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir
(b)Perbincangan dalam bentuk jadual
Pelajar juga boleh membincangkan dapatan kajian yang
diterjemahkan dalam bentuk jadual.
Jadual 1 Keadaan lampu isyarat dalam mod normal
Red Top Left Right Bottom
01 1 1
Yellow 00 0 0
Green 1 10 0 0
(straight)
10 0 0
Green 2 (turn)
Contoh Menulis Perbincangan Berdasarkan Jadual
Keadaan lampu isyarat berfungsi dalam urutan berdasarkan
keadaan di dalam Jadual 1. Apabila Lampu hijau 1 dan 2
menyala, lorong lain akan menyalakan lampu merah. Semasa
penukaran di antara lampu hijau ke lampu merah, lampu kuning
akan bernyala pada durasi masa yang tertentu. Lampu isyarat
ini hanya akan aktifkan lampu hijau satu demi satu pada satu-
satu masa.
Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir 33
(c)Perbincangan dalam bentuk imej
Data dalam bentuk imej juga sesuai dibincangkan sebagai
dapatan kajian. Anda boleh rujuk Rajah 8 dan contoh
perbincangan untuk imej atau foto.
Rajah 8 Perbezaan nilai “Threshold” Antara 255 dan 200
Contoh Menulis Perbincangan Berdasarkan Imej
Nilai “Threshold” memainkan peranan yang penting dalam
pemprosesan imej di mana ia akan membezakan warna dari
kelipan LED ambulans tersebut. Dua nilai “Threshold” yang
berbeza telah dipantau semasa pengesanan imej iaitu 200 dan
255. “Centroid” adalah bulatan yang kecil yang muncul dalan
bingkai merah dan dot putih adalah LED berkelip ambulans
34 Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir
seperti ditunjukkan dalam Rajah 8.
Panduan Umum Menulis Kesimpulan
Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam penulisan
kajian yang dilakukan. Dalam bab ini, pelajar perlu merumuskan
secara ringkas dapatan kajian dan perbincangan yang telah
dilakukan dalam bab-bab sebelumnya. Secara umumnya
kesimpulan yang dilakukan mestilah menjawab semua objektif
kajian. Akhir sekali, pelajat perlu mengemukakan beberapa
cadangan yang wajar diutarakan sebagai refleksi kepada
keseluruhan kajian ini.
Contoh Menulis Kesimpulan
Nilai maximum “Threshold” untuk webcam mengesan LED
berkelip ambulanss adalah 254. Pada nilai “Threshold” 200
kerlipan LED dapat diperhatikan dengan keadaan paling jelas.
Walau bagaimanapun meningkatkan nilai “Threshold” ke 255
akan menghitamkan pengesanan pemprosesan imej
disebabkan oleh ketidakupayaan untuk membezakan LED
Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir 35
berkelip. Webcam tidak dapat mengesan imej jika terdapat nilai
kecerahan lebih daripada 254 yang memberi kesan pada
penjelasan imej disebabkan oleh ketidakupayaan untuk
membezakan LED berkelip. Penukaran lampu isyarat berfungsi
serentak dengan tujuh paparan segmen seperti yang
diprogramkan untuk keadaan normal dan keadaan
kecemasan. Apabila webcam mengesan ambulanss pada
lorong tertentu, lampu isyarat lorong tersebut akan bertukar ke
warna hijau manakala lampu isyarat akan bertukar ke warna
merah pada lorong yang lain bagi memberi laluan kepada
ambulans tersebut. Pada ketika itu, pengiraan pada tujuh
paparan segmen akan berhenti seketika sehingga ambulanss
berlalu melepasi lampu isyarat tersebut. Selepas ambulans
berlalu melepasi lampu isyarat tersebut, kesemua lampu isyarat
kembali ke keadaan normal.
36 Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir
Panduan Umum Menulis Rujukan Secara
Automatik
Semua rujukan yang digunakan untuk menyiapkan
penulisan laporan mestilah disenaraikan di bahagian ini
mengikut format tertentu.
Antara format penulisan senarai rujukan yang sering
digunapakai adalah format (Institute of Electrical Electronic
Engineers) IEEE dan (American Psychological Association) APA
(Junaini, 2010).
Bagi setiap format pula ada kaedah tersendiri untuk menulis
rujukannya. Sebagai contoh, rujukan yang diambil daripada
buku dan jurnal adalah berbeza cara penulisannya.
Namun, kerja menulis senarai rujukan ini akan menjadi
mudah jika kita pandai menggunakan fungsi Bibliography yang
terdapat dalam perisian Microsoft Word. Ia akan membantu kita
menaip format yang kita mahukan secara automatik.
Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir 37
Cara Menulis Bibliografi Dalam Microsoft Word
Memasukkan Sumber-Sumber Bibliografi Atau Rujukan
A. Masukkan kesemua senarai bahan rujukan ke dalam fail
Mircrosoft Word laporan akhir yang sedang ditulis seperti
dalam Rajah 9.
1
2
Rajah 9 Cara memasukkan sumber rujukan
1. References.
2. Insert Citation > Add New Source.
B. Setelah anda klik Add New Source, anda akan melihat
satu paparan seperti dalam Rajah 10. Di sini, anda boleh
memilih jenis sumber bahan rujukan sama ada bahan itu
daripada laman web, buku, jurnal dan sebagainya.
1. Type of source.
2. Pilih mana-mana sumber rujukan yang anda guna
seperti Book, Book Section, Journal Article dan lain-lain
lagi. Kemudian, anda perlu mengisi maklumat
38 Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir
diperlukan seperti nama pengarang, tajuk buku, tahun
terbit, penerbit dan sebagainya.
12
Rajah 10 Paparan untuk memasukkan jenis sumber rujukan
C. Setalah memasukkan beberapa maklumat tentang
bahan rujukan, anda boleh melihat hasil senarai rujukan
seperti dalam Rajah 11. Caranya, anda pilih References
dan klik Insert Citation.
Rajah 11 Cara untuk melihat senarai rujukan yang telah dimasukkan
Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir 39
Membuat Citation Dalam Laporan
D. Setelah memasukkan semua bahan rujukan dalam
bahagian Insert Citation, barulah anda boleh membuat
citation. Anda boleh ikuti cara di bawa ini. Sila Rajah 12.
3. Klik pada bahagian yang ingin dimasukkan citation
4. Refferece > Incert Citation
5. Pilih Style sama ada IEEE atau APA Style
6. Klik satu rujukan yang ingin digunakan
23
4
1
Rajah 12 Cara membuat citation
40 Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir
E. Anda boleh melihat hasil citation yang telah dibuat. Sila
rujuk Rajah 13.
Hasil
Rajah 13 Hasil membuat citation menggunakan APA style.
Menyenaraikan Semua Rujukan Yang Digunakan Dalam
Laporan
F. Setelah laporan siap ditulis, anda boleh menyenaraikan
semua rujukan yang digunakan sepanjang penulisan.
Caranya seperti dalam Rajah14.
1. Klik pada bahagian bawah yang anda mahu.
2. Pilih References.
3. Pilih Style yang ada mahu seperti APA atau IEEE style.
4. Pilih jenis tajuk rujukan yang anda mahu.
Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir 41
2 3
4
1
Rajah 14 Cara menyenaraikan semua rujukan pada hujung laporan
Untuk melihat hasil senarai bibliografi dalam buku ini,
anda boleh melihat pada muka surat 43. Perlu diingat bahawa
penggunaan rujukan atau bibliografi dalam laporan projek
mempunyai berbezaan tertentu. Secara umumnya;
Jika menggunakan Rujukan mesti dibuat citation.
Jika menggunakan Bibliografi tidak perlu dibuat citation.
42 Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir
Penutup
Sebuah penulisan laporan projek yang baik adalah
hasil gabungan beberapa perkara penting seperti idea pelajar,
sumber rujukan, teknik menulis dan kesungguhan pelajar itu
sendiri.
Terdapat banyak cara dan style menulis laporan
projek yang berbeza mengikut ketetapan institusi masing-
masing berdasarkan tujuan tertentu. Barangkali cara menulis
laporan bagi sesebuah universiti tidak sama dengan kolej.
Oleh itu, anda perlu merujuk kepada pihak yang
menguruskan penulisan laporan untuk menentukan cara
penulisan yang betul.
Sebagai penulis, kami berusaha sedaya upaya
memastikan buku ini mengandungi maklumat yang tepat
daripada segi subjek yang dibincangkan. Kami tidak boleh
dianggap memberi khidmat professional kepada pembaca.
Seandainya nasihat atau bantuan diperlukan, sila dapatkan
khidmat professional daripada pakar yang berkelayakan.
Penduan Asas Menulis Laporan Projek Akhir 43
Bibliografi
Azizi Yahaya, S. H. (2007). Kaedah Penyelidikan dan Penulisan.
Utusan Publications & Distributions.
Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah Penyelidikan (Buku 1), Edisi
Ketiga. McGraw-Hill.
Frank, S. (2004). Term Paper Secret. Advantage Quest Guide.
Iman, A. H. (2016). KAEDAH PENYELIDIKAN & PENULISAN
LAPORAN. Universiti Malaysia Kelantan.
Masri, S. (2005). Kaedah Penyelidikan dan Penulisan. Utusan
Publications and Distributions.