The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FAIL PERSATUAN ALAM SEKITAR
Disediakan Oleh :
NUR AFIQAH BINTI ZULKIFLI
2021152380007
PDPM PAKK JUN 2021

Tugasan untuk melengkapka kerja kurses MPU2091D.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afiqahz1290, 2022-03-26 08:01:43

FAIL PERSATUAN ALAM SEKITAR

FAIL PERSATUAN ALAM SEKITAR
Disediakan Oleh :
NUR AFIQAH BINTI ZULKIFLI
2021152380007
PDPM PAKK JUN 2021

Tugasan untuk melengkapka kerja kurses MPU2091D.

tindakan yang sewajarnya bagi memastikan

aktiviti yang dirancang berjalan lancar.

9. Perkara berbangkit Bendahari

9.1 Saudari Mohd Zamri bin Sidek menyusulkan

kenaikan pembayaran yuran persatuan

sebanyak RM10 berbanding tahun lepas.

Menurutnya agar aktiviti yang dirancangkan

dapat dilaksanakan dengan berkesan.

9.2 Perkara ini mendapat persetujuan semua ahli.

10. Ucapan penanguhan

10.1 Pengerusi baru dilantik mengucapkan terima
asih kerana beliau telah dipilh menjadi sebagai
pengerusi baru persatuan.

10.2 Beliau menangguhkan mesyuarat ke satu tarikh
yang ditetapkan kemudian.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Dicatatkan oleh,

(Nur Afiqah Binti Zulkifli) Tarikh: 10 Januari 2022
Setiusaha
Persatuan Alam Sekitar
Tadika Cilik Permata Hati.

LAMPIRAN
KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN ALAM SEKITAR

TADIKA CILIK PERMATA HATI TAHUN 2022

Tarikh : 10 Januari 2022
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Tadika Cilik Permata Hati

BIL. NAMA JAWATAN
1. Maizatul Basirah binti Muhamad Pengerusi
2. Fazreen binti Abdul Razak N. Pengerusi
3. Mardiyah Najihah binti Md Nor Guru Penasihat
4. Nur Afiqah binti Zulkifli Setiausaha
5. Nurul Najihah binti Nasir Bendahari
6. Siti Hairiah binti Ahmad
7. Hambali bin Kamarul AJK
8. Nik Aziah binti Nik Zafrul AJK
9. Mahsuri binti Abdul Aziz AJK
10. Ahmad Fadhil bin Musa AJK
11. Mohd Zamri bin Sidek AJK
12. Adam Naufal bin Mohd Amerul Fazlee AJK
13. Siti Khodeeja binti Ruzlan AJK Kecil
14. Nur Naaila Khadijah binti Mohd Khairi AJK Kecil
15. Ahmad Fateh Hafiz bin Ahmad Fadhil AJK Kecil
16. Nur Akif Darwisy bin Yusuf AJK Kecil
17. Hannah El Zahra binti Indra Fairus AJK Kecil
18. Aufa Zinnirah binti Mohd Adnan AJK Kecil
19. Eiyad Ahmed bin Nasrul Faizin AJK Kecil
20. Daniel Nazeem binti Nazaruddin AJK Kecil
AJK Kecil

GAMBAR AKTIVITI
MESYUARAT PERSATUAN
TARIKH: 10 JANUARI 2022





Persatuan Alam Sekitar

Tadika Cilik Permata Hati

No 14, Taman Serting Perdana,

72120 Bandar Seri Jempol,

Negeri Sembilan. Tel: 017-9559587

___________________________________________________________________

Yang Dipertua, Ruj. Tuan :
Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Ruj. Kami : TCPH/32/17/NAZ
Tingkat 3,Blok D,Wisma Negeri, Tarikh : 5 Februari 2022
Jalan Dato’ Abdul Malek,
70503 Seremban,
Negeri Sembilan.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN BAJA SEMPENA PROJEK ALAM BESTARI TAHUN
2022

Dengan hormatinya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Persatuan Alam Sekitar akan mengadakan Projek Alam
Bestari tahun 2022 mengikut ketepatan berikut :

Tarikh : 5 Mac 2022
Masa : 7.30 pagi
Tempat: Tadika Cilik Permata Hati

3. Sehubungan itu pihak Persatuan Alam Sekitar amat berbesar hati ingin memohon
baja daripada pihak tuan.

4. Ini adalah kegunaan pokok hiasan dan herba yang ditanam di sekeliling kawasan
tadika supaya keadaan lebih ceria,indah dan bersih.

5. Oleh yang demikian, pihak Persatuan Alam Sekitar memohon jasa baik pihak tuan
agar dapat memberikan sumbangan kepada pihak persatuan alam sekitar ini bagi
menjayakan usaha untuk Projek Alam Bestari.

Kerjasama dan keprihatin tuan amat kami hargai.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

………………………………..
(MAIZATUL BASIRAH BINTI MUHAMAD)
Pengerusi
Persatuan Alam Sekitar
Tadika Cilik Permata Hati

Persatuan Alam Sekitar

Tadika Cilik Permata Hati

No 14, Taman Serting Perdana,

72120 Bandar Seri Jempol,

Negeri Sembilan. Tel: 017-9559587

___________________________________________________________________

Ibu bapa / Penjaga Rujukan Kami: TCPH/32/17/NAZ
Tadika Cilik Permata Hati
No 14, Taman Serting Perdana, Tarikh : 28 Februari 2022
72120 Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN POKOK BUNGA SEMPENA PROJEK ALAM BESTARI
TAHUN 2022

Dengan hormatinya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Persatuan Alam Sekitar akan mengadakan Projek Alam
Bestari tahun 2022 mengikut ketepatan berikut :

Tarikh : 5 Mac 2022

Masa : 7.30 pagi

Tempat : Tadika Cilik Permata Hati

3. Sehubungan itu pihak Persatuan Alam Sekitar memohon sumbangan pokok bunga

di dalam pasu atau polybag untuk ditanam di persekitaran Tadika.

4. Untuk pengetahuan, tuan/puan pihak persatuan sedang berusaha mewujudkan
persekitaran yang bersih,indah dan ceria.

Kerjasama dan keprihatin tuan amat kami hargai.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

………………………………..
(MAIZATUL BASIRAH BINTI MUHAMAD)
Pengerusi
Persatuan Alam Sekitar
Tadika Cilik Permata Hati

GAMBAR AKTIVITI
PROJEK ALAM BESTARI
TARIKH: 9 MAC 2022





GAMBAR AKTIVITI
GOTONG ROYONG
TARIKH: 22 JANUARI 2022



GAMBAR AKTIVITI
GOTONG ROYONG
TARIKH: 19 FEBRUARI 2022



GAMBAR AKTIVITI
GOTONG ROYONG
TARIKH: 19 MAC 2022



GOTONG ROYONG
TARIKH: 23 APRIL 2022

Aktiviti gotong royong bulan April dibatalkan bagi menghormati bulan puasa.



TADIKA CILIK PERMATA HATI

CADANGAN KERTAS KERJA
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

TEMPAT:
PANTAI TELUK KEMANG

TARIKH:
9 JULAI 2022 (SABTU)

DENGAN KERJASAMA
PERSATUAN ALAM SEKITAR
TADIKA MINDA CERDAS BESTARI DAN TADIKA MELATI CEMERLANG

1.0 PENGENALAN
Program Khidmat Masyarakat merupakan program tahunan Persatuan

Alam Sekitar yang dilaksanakan pada setiap tahun. Tujuan utama program ini
adalah untuk memberi peluang kepada ahli persatuan menabur bakti kepada
masyarakat secara tidal lansung membuka mata ahli untuk mendalami
kepentingan menjaga alam sekitar dan sekelilingnya.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Membersihkan kawasan Pantai Teluk Kemang dalam anggaran 200
meter.
2.2 Memberi kesedaran kepada ahli tentang kepentingan menjaga alam
sekitar dan sekeliling.
2.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli persatuan kerana
melibatkan persatuan yang sama dari tadika lain.
2.4 Membina rasa pentingnya menjaga alam sekitar terutama kawasan
pantai.

3.0 TEMPAT DAN TARIKH CADANGAN

Tempat : Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Tarikh : 9 Julai 2022 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 2.00 petang

4.0 SASARAN PENYERTAAN
Sasaran utama adalah ahli Persatuan Alam Sekitar termasuk:
d. Ibu dan bapa ahli
e. Guru-guru dari ketiga-tiga tadika
f. Kakitangan tadika

5.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi : Ketibaan ahli bersama ibu bapa dan guru
8.30 pagi : Pendaftaran dan agihan kumpulan
9.00 pagi : Taklimat ringkas dan pengambilan alatan
9.15 pagi : Sesi mengutip sampah dimulakan
11.45 pagi : Sesi ditamatkan
12.00 tengahari : Pemulangan alatan
12.15 tengahari : Makan tengahari
2.00 petang : Majlis bersurai

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA HARGA/UNIT JUMLAH
RM 80.00
1. Khemah RM 80 RM 120.00

2. Banner RM 120 RM 40.00
RM 560.00
Jamuan Makan RM 40
3. Air Mineral RM 8 X 70 RM 30.00
RM 830.00
Makan Tengahari RM 30

Peralatan
4.

Plastik Sampah dll.

JUMLAH KESELURUHAN

7.0 AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PERSATUAN ALAM SEKITAR TAHUN 2022

Penasihat : Maizatul Basirah binti Muhamad
Pengerusi : Sharifah Anisa binti Zainudin
Naib Pengerusi : Ahmad Zakri bin Mazlan
Setiausaha : Nur Afiqah binti Zulkifli

JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK Makanan : Doreen Joseph (Tadika Melati Cemerlang)

AJK Peralatan & Tempat : Renuga A/P Ramachandran (Tadika Minda Cerdas
Bestari)

AJK Banner : Amalina binti Zamil (Tadika Minda Cerdas Bestari)

AJK Pendaftaran : Mardiyah Najiha binti Md Nor (Tadika Cilik Permata Hati)

AJK Keselamatan : Ng Bee Lian (Tadika Melati Cemerlang)

8.0 PENUTUP
Adalah diharapkan segala persiapan dan persediaan untuk melaksanakan
program ini akan berjalan dengan lancar serta penuh jayanya. Segala
kerjasama dan komitmen serta sumbangan daripada semua pihak sama ada
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung amat bermakna. Semoga
perancangan ini dapat mencapai objektifnya.

Disediakan oleh,

…………………………………….
NUR AFIQAH BINTI ZULKIFLI
Setiausaha Program

Disahkan oleh,

…………………………………….
MAIZATUL BASIRAH BINTI MUHAMAD
Guru Besar
Tadika Cilik Permata Hati
Bandar Seri Jempol

BUKU PROGRAM

GAMBAR AKTIVITI
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
TARIKH: 9 JULAI 2022





Ruj. Tuan:
Ruj. Kami:TCPH/32/17/NAZ

Persatuan Alam Sekitar
Tadika Cilik Permata Hati
No 14, Taman Serting Perdana,
72120 Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan

Ibu bapa / Penjaga, 6 OGOS 2022
Tadika Cilik Permata Hati
No 14, Taman Serting Perdana,
72120 Bandar Seri Jempol,
NEGERI SEMBILAN.

Tuan / Puan,
PAMERAN HASIL KRAFTANGAN DARIPADA BAHAN KITAR SEMULA ANAK-
ANAK.
Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Alam Sekitar akan mengadakan
Pameran Hasil Kraftangan anak-anak daripada bahan kitar semula mengikut
ketepatan yang telah dipersetujui.

3. Untuk makluman pihak Tuan / Puan, kami akan mengadakan pameran dengan
ketetapan berikut:

Tempat : Anjung “Go Green” Tadika Cilik Permata Hati
Tarikh : 27 Ogos 2022

Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari

Penglibatan : Semua guru, semua ibu bapa / penjaga, anak-anak prasekolah

dari sekitar Jempol

4. Sekian untuk makluman pihak ibu bapa / penjaga. Terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

(Nur Afiqah binti Zulkifli)
Setiausaha.
Persatuan Alam Sekitar,
Tadika Cilik Permata Hati

GAMBAR AKTIVITI
PAMERAN HASIL KERJA KITAR SEMULA
TARIKH: 9 JULAI 2022







BANNER PERTANDINGAN

GAMBAR AKTIVITI
PERTANDINGAN KRAF KITAR SEMULA
TARIKH: 12 NOVEMBER 2022





POSTER HARI ALAM SEKITAR

GAMBAR AKTIVITI
SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR
TARIKH: 5 JUN 2022

Sambutan Hari Alam Sekitar
#GENERASIPEMULIHAN
5 Jun 2022



ANGGARAN PERUNTUKAN PERBELANJAAN BAGI AKTIVITI
PERSATUAN ALAM SEKITAR TAHUN 2022
TADIKA CILIK PERMATA HATI

BIL AKTIVITI PERKARA JUMLAH
1 Mesyuarat 3 x RM 200 RM 600
2 Projek Alam Bestari RM 800
3 Gotong Royong RM 800 RM 720
4 Program Khidmat Masyarakat 12 x RM 60 RM 500
5 Pameran Hasil Kerja Kitar Semula RM 300
6 Pertandingan Kraf Kitar Semula RM 500 RM 500
7 Sambutan Hari Alam Sekitar RM 300 RM 80
JUMLAH KESELURUHAN RM 500 RM 3500
RM 80
*Sebarang perubahan akan dimaklumkan.





SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

PERSATUAN ALAM SEKITAR.
Tadika Cilik Permata Hati

No 14, Taman Serting Perdana,
72120 Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan.

Ruj. Kami:TCPH/32/17/NAZ
Tarikh: 24 Jun 2022

Kepada,
Pengerusi,
Persatuan Alam Sekitar,

Tuan / Puan

SURAT AKUAN KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Saya…………………………………………………… ibu bapa / penjaga kepada
……………………………………………… dengan ini (*) MEMBENARKAN / TIDAK
MEMBENARKAN anak saya untuk menyertai program / aktiviti luar iaitu:

Tarikh :9 Julai 2022

Hari : Sabtu

Aktiviti : Program Khidmat Masyarakat

Tempat : Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

Saya yakin bahawa pihak tuan / puan akan menjaga kebajikan dan keselamatan anak
/ jagaan saya sepanjang program ini dijalankan. Saya juga tidak akan mengambil
sebarang tindakan undang-undang terhadap pihak persatuan sekiranya berlaku apa-
apa kejadian yang tidak diingini berlaku kepada anak / jagaan saya akibat
kecuaiannya sendiri.

Sekian, terima kasih.
Saya yang benar

………………………………………………..

Nama ibu bapa / penjaga :

No. K/P :

Tarikh :

*Potong mana yang tidak berkenaan



SURAT PEMBERITAHUAN – PAMERAN

Ruj. Tuan:
Ruj. Kami:TCPH/32/17/NAZ

Persatuan Alam Sekitar
Tadika Cilik Permata Hati
No 14, Taman Serting Perdana,
72120 Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan

Ibu bapa / Penjaga, 6 OGOS 2022
Tadika Cilik Permata Hati
No 14, Taman Serting Perdana,
72120 Bandar Seri Jempol,
NEGERI SEMBILAN.

Tuan / Puan,
PAMERAN HASIL KRAFTANGAN DARIPADA BAHAN KITAR SEMULA ANAK-
ANAK.
Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Alam Sekitar akan mengadakan
Pameran Hasil Kraftangan anak-anak daripada bahan kitar semula mengikut
ketepatan yang telah dipersetujui.

3. Untuk makluman pihak Tuan / Puan, kami akan mengadakan pameran dengan
ketetapan berikut:

Tempat : Anjung “Go Green” Tadika Cilik Permata Hati

Tarikh : 27 Ogos 2022
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari

Penglibatan : Semua guru, semua ibu bapa / penjaga, anak-anak prasekolah

dari sekitar Jempol

4. Sekian untuk makluman pihak ibu bapa / penjaga. Terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

(Nur Afiqah binti Zulkifli)
Setiausaha.
Persatuan Alam Sekitar,
Tadika Cilik Permata Hati


Click to View FlipBook Version