Resensi buku sempena Kempen Galakan Membaca PSS
Lestari SK Simpang Rawai.
DAHSYATNYA
DOA IBU
Norhani Hazlina Bt Shuib
Dahsyatnya Doa Ibu
Tajuk : Dahsyatnya Doa Ibu
Pengarang : Syamsuddin Nor
Penerbit : PTS Publishing House
Tahun PenerbiAtadnd a s:u2b0h1e7ading
Bilangan muka surat :228
Harga : RM13.50
Dahsyatnya Doa Ibu
Buku ini menceritakan bagaimana doa seorang ibu mampu
memberi kebahagiaan ataupun kebinasaan kepada anak-anak
dalam sekelip mata.
Di dalam buku ini, penulis menekankan perkara yang perlu
dilakukan sama ada oleh ibu bapa ataupun anak-anak.
1) Semua ibu bapa perlu berhati-hati sewaktu memanjatkan doa
kepada Allah s.w.t agar tidak mengeluarkan kata-kata keburukan
untuk anak.
Dahsyatnya Doa Ibu
2. Setiap anak perlulah berusaha sebaik mungkin dalam memenuhi
keperluan orang tuanya.
3. Setiap anak juga perlu sentiasa memohon kemaafan daripada
kedua ibu bapanya untuk mendapat keredhaan hidup di dunia dan
di akhirat.
4. Selalu bermusyawarah dalam menyelesaikan masalah.
5. Mengeratkan silaturrahim antara keluarga ibu dan bapa.
Dahsyatnya Doa Ibu
Kesimpulannya, setiap anak wajib mentaati, menghormati dan
berbuat baik kepada kedua ibu bapa; tanpa mengeluarkan kata-kata
kasar yang mampu mengundang rasa marah insan mulia yang tinggi
martabatnya di sisi Allah.
Nabi Muhammad s.a.w menyatakan :
"Keredhaan Allah itu bergantung pada keredhaan kedua orang tua dan
kemurkaan Allah juga bergantung pada kemurkaan kepada orang tua"