MRSM TUN ABDUL RAZAK
KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 4
BAB 6: ANCAMAN KOMUNIS DAN
PENGISYTIHARAN DARURAT
NAMA: CHEMPAKA KAMALIN MASTURA BINTI MOHAMED FAIZAL
KELAS: CHEMPAKA KAMALIN MASTURA BINTI MOHAMED FAIZAL
NO MAKTAB: CP180075
1
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1. JADUAL KERJA 3
4
2. OBJEKTIF KAJIAN DAN KAEDAH KAJIAN 5
6-7
3. PENDAHULUAN
8
4. CARA KEMASUKAN KOMUNIS KE TANAH MELAYU
9-15
5. PERKARA YANG DILAKUKAN OLEH KOMUNIS UNTUK
MENGGUGAT KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN 16
NEGARA
17
6. CARA DAN KAEDAH NEGARA MENGATASI 18
ANCAMAN KOMUNIS 18
7. KBAT: CARA MENGEKALKAN KEDAMAIAN DAN
KEMAKMURAN NEGARA
8. KBAT: KEPENTINGAN MENGHAYATI DAN
MENGAMBIL IKTIBAR PERJUANGAN PEMIMPIN
MENUJU KEMERDEKAAN
9. RUMUSAN
10. SUMBER RUJUKAN
2
JADUAL KERJA
BIL TARIKH PERKARA
1. 10 JULAI MENERIMA TAKLIMAT DARIPADA PENYELARAS SEJARAH
TINGKATAN 4 MENGENAI KAJIAN KES
2. 19 JULAI MELAKUKAN RUJUKAN DI INTERNET MENGENAI TAJUK
3. 29 JULAI
MEMBUAT RUJUKAN LANJUT MENGGUNAKAN BUKU DAN
BAHAN-BAHAN LAIN
4. 3 OGOS MEMULAKAN PENULISAN KAJIAN KES (ISI KANDUNGAN 1
HINGGA 4)
5. 15 OGOS MENYAMBUNG PENULISAN KAJIAN KES (ISI KANDUNGAN
5 HINGGA 8)
6. 26 OGOS MELAKUKAN RUMUSAN, RUJUKAN DAN LAMPIRAN
7. 30 OGOS MENYEMAK KAJIAN KES
8. 31 OGOS MENGHANTAR KAJIAN KES KEPADA GURU KELAS
3
OBJEKTIF KAJIAN
1. MENGKAJI LATAR BELAKANG PENGARUH KOMUNIS
2. MENGKAJI KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS
3. MENERANGKAN AKTIVITI KOMUNIS YANG MENGGUGAT KEAMANAN DAN
KESELAMATAN RAKYAT
4. MENERANGKAN USAHA KERAJAAN MENGATASI ANCAMAN KOMUNIS
5. MENERANGKAN CARA MENGEKALKAN KEDAMAIAN DAN KEMAKMURAN
NEGARA
6. MENERANGKAN KEPENTINGAN MENGHAYATI PERJUANGAN PEMIMPIN
KAEDAH KAJIAN
• Buku Teks Sejarah Tingkatan 4
- Membaca dan memahami rentetan kejadian ancaman komunis
• Internet
- Mengkaji dan menganalisis dengan lebih lanjut berkaitan dengan usaha
kerajaan mengatasi ancamam komunis melalui laman web dan video di
youtube
4
PENDAHULUAN
Ideologi komunisme yang diasaskan oleh Karl Marx dan Freidrich Engels membawa
maksud orang yang menganut fahaman komunis. Ia juga bermaksud suatu fahaman
politik yang menjadikan ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara. Sejak
tahun 1920-an ideologi ini telah dicuba untuk dibawa masuk oleh China dan Indonesia
serta beberapa pihak lain. Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu
cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi
oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka
pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi
satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan
penjajahan dan nasionalisme. Komunis telah cuba mewujudkan sebuah kerajaan
republic komunis di Tanah Melayu. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, mereka
telah melakukan pelbagai tindakan yang bertujuan untuk mengancam keselamatan
serta keamanan negara. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan bekerjasama dengan
beberapa pihak lain tekad berusaha membanteras ancaman komunis yang melanda
negara melalui pelbagai kaedah. Antaranya termasuklah melalui ketenteraan dan tidak
lupa juga kerjasama rakyat melalui perang saraf. Kejayaan yang dikecapi bersama
telah mencerminkan kerjasama antara rakyat dengan kerajaan adalah penting bagi
mempertahankan tanah air tercinta.
5
CARA KEMASUKAN KOMUNIS KE TANAH MELAYU
Penyebaran fahaman dan ideologi komunis telah dibawa masuk ke negara kita melalui
dua negara utama iaitu China dan Indonesia.
1. Kemasukkan komunis dari China
Ideologi komunis mula dibawa masuk melalui Parti Kuomintang (KMT) yang beribu
pejabat di China. Pada tahun 1924, cawangan KMT telah ditubuhkan pada hamper
setiap bandar di negeri Melayu bagi menyebarkan pengaruh komunis dengan lebih
berkesan. Antara bandar tersebut termasuklah Muar, Melaka, Seremban, Klang, Kuala
Lumpur dan Sungai Petani. Selain daripada KMT, terdapat sebuah lagi pertubuhan iaitu
Main School yang bergerak dalam kalangan orang Hailam di bawah arahan Parti
Komunis China (PKC). Namun begitu, menjelang tahun 1927 perpecahan telah berlaku
antara part KMT dan PKC. Terdapat juga The Communist International (Comintern)
yang berpusat di Moscow yang mengarahkan pertubuhan Parti Komunis Nanyang
(PKN) pada tahun 1928. Malangnya, PKN tidak berjaya mencapai matlamatnya. Hal ini
telah menyebabkan Comintern mengarahkan penubuhan parti baharu iaitu Parti
Komunis Malaya (PKM)
2. Kemasukkan komunis dari Indonesia
Pada tahun 1920, beberapa orang pemimpin komunis daripada Indonesia seperti tan
Malaka, Alimin, Moeso, Boedisoejitro, Winanta dan Sutan Parpateh telah berusaha
menyebarkan fahaman komunis di Seberang Perai, Pulau Pinang, Perak Utara dan
Kedah. Kejadian Partai Komunis Indonesia (PKI) gagal menguasai Pulau Jawa telah
menyebabkan PKI berusaha untuk membuka cawangan di Tanah Melayu. Apabila
keganasan digunakan untuk meyebar fahaman komunisme, PKI tidak mendapat
sambutan daripada orang Melayu.
6
3. Penubuhan Parti Komunis Malaya
Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 30
April 1930 dan telah bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan, penebitan akhbar
serta sekolah-sekolah Cina. PKM juga telah menyusup masuk ke dalam Kesatuan
Sekerja untuk mengukuhkan pengaruh komunis. Semasa zaman pendudukan Jepun
pada 1941 hingga 1945, PKM telah bertindak menjalinkan kerjasama dengan British
dalam usaha memerangi Jepun. Selain itu, mereka juga telah membentuk Malayan
People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga pada
tahun 1942. Mereka juga telah mendapat bantuan senjata, latihan, kewangan serta
bekalan logistik dan perubatan daripada pihak British. Selepas Jepun menyerah kalah,
PKM telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dan
melalui beberapa pertubuhan seperti Min Yuen, MRL dan sebagainya. Beberapa siri
keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu,
terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai
bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan
yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan
pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis
Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan
komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah
membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api
disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.
7
PERKARA YANG DILAKUKAN OLEH KOMUNIS UNTUK MENGGUGAT
KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA
Komunis telah mencetuskan huru-hara di seluruh negara agar penduduk hilang
keyakinan terhadap British. Mereka juga telah melakukan aktiviti menggugat keamanan
dan kestabilan negara.
1. Komunis melumpuhkan ekonomi
Sasaran utama komunis ialah lombong bijih timah serta lading getah agar mereka dapat
melemahkan ekonomi British. Mula daripada tahun 1948 hingga tahun 1956, komunis
bertindak menyerang 80 lombong bijih timah antaranya di Selangor, Perak dan Negeri
Sembilan. Selain itu, mereka juga telah merosakkan pokok-pokok getah, kilang estet,
rumah asap, rumah kongsi, kedai serta sekolah dan tidak lupa juga aktiviti pembunuhan
pekerja. Tindakan yang berlebihan ini telah menyebabkan pekerja lombong dan lading
getah menderita.
2. Komunis meroskkan infrastruktur
Banyak kegiatan sabotaj telah dilakukan terhadap kemudahan asas seperti system
pengangkutan dan perhubungan. Komunis bertindak mengebom, merosakkan dan
mengalih landasan kereta api. Disamping itu, kenderaan yang melalui jalan raya pula
ditembak dan dibakar. Seterusnya, mereka bertindak menyerang pekerja awam yang
ditugaskan untuk membaiki jalan raya, memasang paip air, membina system pengairan
dan pekerja yang menjalankan penyelidikan di tapak skim hidroeletrik.
3. Komunis mengancam keselamatan rakyat
Aktiviti mengugut, mensabotaj, menyerang, melakukan kekejaman, menganiaya,
menculik, merampas, membakar harta benda dan membunuh penduduk yang enggan
bekerjasam telah dilakukan oleh komunis untuk menggugat keselamatan rakyat,
membuat rakyat sengsara serta menderita. Antara contoh yang berkaitan ialah
pengeboman Sheum Circus di Kampar, Perak pada 5 Julai 1949. Seramai 46 orang
tercedera parah dan 4 orang telah mati akibat pengeboman tersebut.
4. Komunis mengancam pasukan keselamatan
PKM telah menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang balai polis. Tujuan
mereka adalah untuk mencetuskan keadaan hura-hara dan untuk menunjukkan
ketikupayaan kerajaan untuk melindungi keselamatan penduduk. Akibatnya, seramai
4400 anggota pasukan keselamatan tercedera dan mati.
8
CARA DAN KAEDAH NEGARA MENGATASI ANCAMAN KOMUNIS
Semasa Persidangan Kongres Belia Asia dan Persidangan Parti Komunis India,
pengikut komunis yang dijajah digesa agar memperhebatkan perjuanga menentang
kuasa imperialis di setiap negara Asia. Tindakan komunis yang melancarkan
perjuangan bersenjata menyebabkan British mengisytiharkan darurat oleh Sir Edward
Gent, Pesuruhjaya Tinggi British. Pada 18 Jun 1948, Undang-undang Darurat telah
diperluaskan meliputi keseluruhan Tanah Melayu. Perkara tersebut telah menandakan
usaha membanteras ancaman komunis di Persekutuan Tanah Melayu bermula dengan
rasminya.
1. Penguatkuasaan undang-undang darurat
• British bertindak menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam pergerakan
komunis tanpa sebarang perbicaraan. Seterusnya, mengenakan hukuman berat
kepada sesiapa yang membantu komunis
• British juga telah mengetatkan undang-undang senjata api dengan mengenakan
hukuman mati terhadap mereka yang membawa senjata api dan bahan letupan.
• Seterusnya, menggeledah rumah kediaman, memagar kampung, mengadakan
perintah berkurung, mewujudkan Kampung Baru serta memindahkan dan
menempatkan penduduk
• Akhir sekali, British telah mengharamkan PKM dan parti politik berfahaman
radikal serta menangkap pemimpin gerakan radikal seperti Ahmad Boestamam,
Ishak haji Muhammad dan Khatijah Sidek.
9
2. Pemerkasaan pasukan keselamatan
British telah memperkasakan pasukan keselamatan tempatan mengikut tiga kategori
iaitu polis, tentera dan sukarelawan.
• Polis
➔ Cawangan Khas
- Ditbuhkan pada Ogos 1950 oleh Guy C, Madoc
- Tugasan risikan yang dilakukan membolehkan pihak berkuasa mengetahui
operasi PKM
- Terdapat beberapa anggota yang menyamar menjadi komunis untuk
mendapatkan malumat
- Ramai ahli Cawangan Khas dalam kalangan orang Cina untuk menjejak
anggota komunis hingga kubu persembunyian mereka
➔ Special Constables
- Ditubuhkan pada 1948 ketika Rancangan Briggs sedang dilaksanakan
- Seramai 24 ribu orang dilatih dan dihantar untuk mengawal ladand dan
Kawasan lombong
- Menjadi barisan hadapan dalam menghadapi ancaman komunis
➔ Polis Hutan
- Dikenali sebagai Flying Squad tetapi dinamakan Jungle Squad pada tahu
1951 dan kemudiannya Jungle Companies
- Pada tahun 1953, disusun semula dan dinamakn Police Field Force (PFF)
- Pada 18 Oktober 1958, PFF dikenali sebagai Polis Hutan
- Tugas mereka termasuklah memburu komunis, membuat rondaan di pinggir
hutan , membawa bekalan makanan kepada pasukan yang bertugas di dalam
hutan dan menjaga kubu
➔ Polis wanita
- Ditbuhkan pada ogos 1955
- Barbara D.R. Wentworth merupakan pegawai polis wanita pertama dan telah
ditugaskan untuk melatih anggota baharu serta menyusun pasukan polis
wanita
➔ Senoi Praaq (Urang Perang)
- Ditubuhkan pada 1956
- Ditugaskan mengesan tempat persembunyian komunis di dalam hutan
- Anggota terdiri daripada orang asli suku Senoi, Semai dan temuan
- Juga dikenali sebagai “The Silent Killers”
10
➔ Auxiliary Police
- Seramai 17 ribuorang anggota pada bulan Disember 1948
- Ditugaskan mempertahankan bandar dan kampung daripada serangan
komunis
- Nama ditukar kepada Police Volunteer Reserve pada tahun 1956
• Tentera
➔ Pasukan Askar Melayu
- Ditubuhkan pada tahun 1933
- Ditugaskan untuk membanteras gerila komunis di dalam hutan dan pada
masa yang sama melengkapkan tentera darat dengan pasukan Meriam dan
pasukan bantuan yang lain
- Rejimen Askar Melayu diperbesar daripada tiga rejimen ke tujuh rejimen
- Bukan sahaja berjaya menumpaskan anggota komunis, malah memusnhakan
kubu operasi komunis
➔ Pasukan Askar komanwel
- Kerajaan membawa masuk askar Komanwel daripada Britain, Australia, new
Zealan, India, Fiji dan Uganda
- Seramai 25 ribu askar Britain, !0 ribu askar Ghurka, satu battalion askar
Afrika dan satu battalion askar Fiji ditempatkan di Tanah Melayu pada tahun
1954
➔ Sarawak Rangers
- Terdiri daripada orang Iban
- Ditugaskan untuk menjejak persembunyian komunis di dalam hutan
- Mahir dalam selok-belok hutan dan mempunyai cogan kata “Agi hidup Agi
ngelaban”
- Banyak kem dan markas komunis berjaya dimusnhakan
• Sukarelawan
➔ Home Guard
- Merupakan satu pasukan pengawal kampung
- Ditugaskan membantu menyekat pergerakan bekalan makanan dan ubatan
daripada jatuh ke tangan komunis
- Diberikan latihan ketenteraan untuk mengawal kampung dan pekan
- Seramai 79 ribu anggota pada Julai 1951
- Berjaya membantu dalam usaha mengamankan kampung dan melindungi
pekerja lombong bijih timah daripada komunis
11
3. Pendaftaran kebangsaan dan kad pengenalan
Pada 23 Julai 1948 kerajaan memperkenalkan system pendaftaran kebangsaan
dan penggunaan kad pengenalan. Langkah ini bertujuan untuk memudahkan
pihak keselamatan membezakan orang awam dengan komunis. Setiap lelaki,
wanita dan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas dikehendaki mendaftar
diri dengan pihak berkuasa. Kad pengenalan wajib dibawa kemana-mana
sahaja.
4. Rancangan Briggs
Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu
pada tahun 1950. Bertujuan untuk memutuskan hubungan PKM dengan Min
Yuen yang membekalkan makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan kepada
PKM. Ia merupakan langkah berkesan untuk melemahkan pergerakan komunis.
5. Suasana di kampung baru
Penduduk setinggan di pinggir hutan dipaksa berpindah dari kampung halaman
ke sebuah petempatan baharu. Kawasan penempatan semula ini digelar sebagai
"Kampung Baru" dan dilengkapi dengan kemudahan tempat tinggal, bekalan
elektrik, air paip, sekolah dan kemudahan kesihatan. Kampung Baru juga
mempunyai kemudahan pusat komuniti dan rumah ibadat. Sehingga bulan Mac
1952, lebih daripada 423 ribu orang penduduk di pinggir hutan dipindahkan ke
410 buah Kampung Baru.
6. Tawaran pengampunan
Sir Henry Gurney mengisytiharkan pengampunan kepada komunis supaya
menyerah diri pada 6 September 1949. Setiap hari, Radio Malaya akan
menyiarkan syarat tawaran pengampunan, poster juga ditampal di merata-rata
tempat. Sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam
bahasa Cina, Melayu dan Tamil.
7. Kempen bulan rakyat melawan penjahat
Majlis Perundangan Persekutuan mengisytiharkan kempen "Bulan Rakyat
Melawan Penjahat" pada 22 Disember 1949. Penduduk berbilang kaum diseru
mendaftarkan diri secara sukarela dengan pihak berkuasa, Menjelang bulan Mac
1950, jumlah sukarelawan mencecah 435 905 orang. Kempen berjaya
melibatkan rakyat berbilang kaum bekerjasama menentang komunis.
12
8. Perintah bekurung
Perintah berkurung ialah tindakan melarang penduduk keluar dari rumah dalam
tempoh tertentu. Ia membolehkan pasukan keselamatan menjalankan operasi
dengan lebih berkesan menjalankan operasi memburu komunis. Perintah
berkurung dikenakan terhadap penduduk yang enggan bekerjasama dengan
pihak berkuasa untuk membanteras ancaman komunis, sebagai contoh,
penduduk Tanjung Malim dikenakan tindakan ini, apabila 40 orang komunis
menyerang sekumpulan pekerja yang dihantar untuk membaiki paip air yang
telah mengorbankan 12 nyawa. Siasatan dijalankan oleh pihak polis,tidak
memperoleh sebarang maklumat. Pada 21 Mac 1952, Sir Gerald Templer tiba di
Tanjung Malim untuk memaklumkan tentang hukuman kerana sikap penduduk
yang enggan memberikan sebarang maklumat.
9. Perang Saraf
Perang saraf ialah rancangan yang dilaksanakan oleh British untuk
menghapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat.
Apabila Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British (1952), Beliau
bertindak untuk memenangi hati dan fikiran penduduk Persekutuan Tanah
Melayu. Perang saraf berjaya memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu
dan membanteras ancaman komunis.
• Mengadakan lawatan
- Templer mendampingi rakyat untuk mengetahui masalah dan pandangan
mereka. Beliau melakukan sebanyak 122 lawatan ke sekolah, kampung,
hospital, dispensari, bilik operasi, pondok polis, unit pasukan keselamatan,
buruh, lombong, estet dan bersedia menerima pewakilan.
- Setiap lawatan mengambil masa dua hari hingga tiga hari
- Dengan diiringi oleh isteri, beliau melakukan 20 lawatan ke Kampung Baru
dan Kampung Melayu.
- Isteri beliau menubuhkan cawangan Palang Merah, Pandu Puteri dan pusat
komuniti
• Melonggarkan syarat kewarganegaraan
- Melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi menarik kaum bukan Melayu
menjadi rakyat Tanah Melayu.
- Kesannya, pada 14 September 1952, seramai lebih kurang 1.2 juta orang
Cina dan 180 ribu orang India layak menjadi warganegara.
13
• Mengadakan pilihanraya majlis perbandaran Kuala Lumpur
- Mengadakan pilihan raya tempatan pertama bertujuan menggalakkan
penyertaan orang bukan Melayu dalam politik dan mendapatkan sokongan
untuk menentang komunis
• Menawarkan wang tunai
- Hadiah wang tunai turut ditawarkan kepada penduduk yang dapat
menangkap atau memberikan maklumat tentang gerila komunis.
- Sesiapa yang berjaya menangkap Chin Peng, pemimpin PKM sama ada
hidup atau mati akan diberikan hadiah sebanyak $250 ribu
• Memenangi kepercayaan orang asli
- Templer mendirikan 14 kubu untuk mendapatkan sokongan Orang Asli. Kubu
ini menyediakan kemudahan barangan keperluan harian, perubatan,
pendidikan dan perlindungan
• Memajukan perkhidmatan penerangan
- Kerajaan memajukan perkhidmatan penerangan untuk mendapat sokongan
penduduk tempatan.
- Jabatan ini bertanggungjawab menyebar risalah antikomunis kepada
penduduk dan risalah kerajaan kepada komunis di dalam hutan.
• Memperkenalkan Kawasan hitam dan Kawasan putih
- Kerajaan memperkenalkan konsep "kawasan hitam" dan "kawasan putih".
- Kawasan hitam ialah kawasan kegiatan komunis yang aktif dan dikenakan
perintah berkurung.
- Kawasan putih kawasan yang diisytiharkan bebas daripada ancaman
komunis.
14
10. Rundingan Baling
Tunku Abdul Rahman mengadakan pertemuan dengan pemimpin PKM di
Sekolah Inggeris, Baling, Kedah, pada 28 Disember 1955 bagi menamatkan
ancaman komunis dan mencapai kemerdekaan .Pertemuan tersebut melibatkan
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan PKM. Persekutuan Tanah Melayu
diwakili oleh Tunku Abdul Rahman ditemani oleh Tan Cheng Lock dan David
Marshall, sementara PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid
Maidin.Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng membubarkan PKM,
meletakkan senjata dan menyerah diri.Chin Peng pula menetapkan syarat, iaitu
peletakan senjata dan penyerahan diri akan dibuat seandainya kerajaan
bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah.Tunku Abdul
Rahman enggan menerima syarat tersebut menyebabkan rundingan tersebut
telah menemui kegagalan.
15
KBAT: CARA MENGEKALKAN KEDAMAIAN DAN KEMAKMURAN
NEGARA
Sebagai pelajar sejarah yang pintar, cara untuk mengekalkan kedamaian dan
kemakmuran yang kita bina pada hari ini ialah remaja hendaklah diberikan pendidikan
yang mencukupi agar mereka mempunyai ilmu yang cukup untuk mengambil alih
pentadbiran negara. Remaja merupakan aset penting bagi menentukan masa depan
negara kerana mereka merupakan bakal-bakal pemimpin negara. Para remaja juga
harus sedar bahawa merekalah yang akan mencorak masa depan negara. Mereka
perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni. Sejarah telah membuktikan
bahawa bersatu padu amat penting dalam mengekalkan keamanan negara. Selain itu,
kita mestilah mengamalkan konsep rukun negara sekali gus menerapkan nilai-nilai
patriotisme ke dalam diri juga merupakan aspek yang perlu dilaksana dan dipelihara
dalam usaha mengembalikan perpaduan kaum di Malaysia selain melahirkan
masyarakat yang progresif, demokratik dan bersifat terbuka. Perpaduan antara kaum
amat penting bagi mengekalkan kedaulatan negara. Hal ini kerana jika tiadanya
perpaduan antara masyarakat, negara akan menjadi huru-hara dan kacau-bilau. Akhir
sekali, pemimpin negara haruslah bertanggungjawab dan amanah dengan jawatan
yang diberikan. Pemimpin yang cemerlang ialah seorang yang amanah dalam memikul
tanggungjawab sebagai salah seorang individu yang terpenting dalam tampuk
pemerintahan negara. Contohnya, tidak menyalahgunakan kuasa yang ada untuk
kepentingan diri sendiri mahupun ahli keluarga. Sebaliknya seorang pemimpin harus
memberi keutamaan kepada rakyat. Hal ini kerana rakyat telah memberi kepercayaan
dan harapan yang tinggi kepada pemimpin bagi mentadbir negara dengan adil dan
saksama. Pentadbiran yang berjaya akan mengekalkan kedamaian dan kemakmuran
negara yang sekian lama dikecapi.
16
KBAT: KEPENTINGAN MENGHAYATI DAN MENGAMBIL IKTIBAR
PERJUANGAN PEMIMPIN MENUJU KEMERDEKAAN
Generasi muda perlu menghayati dan mengambil iktibar perjuangan pemimpin dalam
usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu kerana, kita dapat memupuk
kesedaran nasionalisme dalam diri. Sebagai contoh, daripada peristiwa darurat negara.
Melalui cerita-cerita lalu digabungkan dengan rasa hormat menghormati dapat
membentuk rasa kekitaan dalam diri setiap warganegara sekali gus dapat memupuk
perpaduan. Manusia tidak dapat lari daripada hakikat bahawa setiap yang terjadi ada
permulaannya begitulah juga kita di Malaysia yang masih berusaha mengenali diri
masing-masing. Kenal mengenali di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan etnik
adalah penting kerana kebutaan dan kegagalan masyarakat negara ini dalam
mengenali sesama sendiri bermakna mereka tidak mengetahui sejarah negara dan ini
akan mendatangkan bahaya. Disamping itu, kita juga dapat belajar dari kesilapan yang
dilakukan oleh tokoh terdahulu dan tidak mengulanginya lagi. Tamsilnya, peristiwa
Tanah Melayu yang dijajah dan ditindas oleh komunis dan penjajah memberi
pengajaran kepada generasi muda supaya jangan terlalu mudah mempercayai orang
asing. Penjajah dan komunis digambarkan dengan licik dan jahat pada masa itu kerana
sanggup menggunakan keganasan dan tipu muslihat. Intihatinya, kita boleg memacu
masa hadapan negara dengan memperbaiki kesilapan masa laludan mencipta kejayaan
yang lebih gemilang. Akhir sekali, kita dapat mengetahui dan mengenali siapa dirinya
yang sebenar melalui sejarah dan ciri-ciri peribadi dan apakah yang membezakannya
dengan sejarah dan ciri-ciri yang ada pada orang lain. Setelah mengenali diri sendiri,
seseorang itu akan sentiasa berhati-hati sebelum sesuatu tindakan atau keputusan
hendak diambil berdasarkan kepada sejarah, pengalaman serta kelebihan dan
kekurangan yang ada pada dirinya. Individu itu juga boleh merujuk atau mengkaji
berpandukan apa yang telah dilakukan oleh individu lain pada 38 masa lampau.
17
RUMUSAN
Komunis dan tempoh darurat selama 12 tahun telah menyebabkan kesengsaraan
dan kesulitan kepada penduduk tempatan. Tindakan komunis memusnahkan
kemudahan asas serta menyerang penduduk dan anggota keselamatan
menyebabkan keadaan huru-hara di negara kita. Pihak kerajaan telah melakukan
pelbagai usaha untuk membanteras komunis dan mengembalikan keamanan
negara. Rakyat Malaysia mestilah bertanggungjawab untuk memelihara dan
meneruskan kesinambungan usaha-usaha yang telah dijayakan oleh generasi
terdahulu. Darurat mengajar erti perpaduan, kerjasama dan keburukan Komunisme.
Kesemua pihak yang mempunyai kepentingan di negara ini, bermula daripada
pemimpin, tenaga kerja kerajaan, swasta, mahupun golongan profesional, buruh, petani
dan belia,kesemuanya mempunyai tanggungjawab yang besar serta penting untuk
mewarnakan dan mencorakkan masa depan Malaysia hasil daripada kemerdekaan
yang telah di kecapi dalam tempoh 64 tahun ini.
SUMBER RUJUKAN
• Internet
https://pelatukparuhgading.blogspot.com/2013/09/komunis-di-tanah-melayu-satu-
sejarah.html
https://app.pandai.org/note/read/kssm-sj-10-06/KSSM-F4-SJ-06-01
https://learning-is-easy-here.blogspot.com/2021/08/nota-ringkas-dan-padat-sejarah.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malaya
https://ms.wikipedia.org/wiki/Komunisme
• Buku teks sejarah tingkatan 4
18