The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Thivyasri, 2023-10-19 18:24:36

BMMB3163 PENULISAN REFLEKTIF

THIVYASRI A/P THARMARATAN
V3

1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN BMMB3163 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Nama : THIVYASRI A/P THARMARATAN No. K/P : 010411020356 Angka Giliran : 2020242340063 Program : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN Ambilan : JUN 2020 Unit : V3 Nama Pensyarah : PN. FADZILAH BINTI ABDUL RAHIM Tarikh Hantar : 17 OKTOBER 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : ___15.10.2023_________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


2


3


4


5


6 PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang membantu saya dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini bagi memenuhi sebahagian daripada Program PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) di IPG Kampus Ipoh, Perak. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Fadzilah Binti Abdul Rahim, pensyarah kursus BMMB3163 iaitu Kebudayaan Kebangsaan yang telah banyak memberikan bimbingan dan nasihat sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Seterusnya, penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi membantu saya dalam berkongsi maklumat dan idea mengenai tugasan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian, tidak dapat saya menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan tugasan projek ini. Semoga tuhan memberikan balasan yang lebih baik jua.


7 ISI KANDUNGAN Bil. Tajuk Muka surat 1 Muka Depan Tugasan Kerja Kursus BMMB3163 (Kebudayaan Kebangsaan) 1 2 Kertas Soalan Tugasan Kerja Kursus BMMB3163 (Kebudayaan Kebangsaan) 2-5 3 Penghargaan 6 4 Isi Kandungan 7 5 1.0 PENGENALAN 2.0 PENGARUH-PENGARUH YANG MENCABAR KEHARMONIAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA PADA MASA HADAPAN 3.0 PENUTUP 8 8-17 17 6 Rujukan 18


8 1.0 PENGENALAN Siti Hajar (2008) menjelaskan bahawa kebudayaan merupakan tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang berikutnya. Kebudayaan ini bersifat dinamik dan mempunyai ciri menerima dan menolak. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pula mendefinisikan kebudayaan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, serta segala hasil kegiatan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, dan peradaban. Kebudayaan yang dimaksudkan terkandung unsur sosial, kepercayaan, sistem simbol, unsur teknologi, ekonomi dan organisasi yang menjadi milik bersama masyarakat di Malaysia. Dasar Kebudayaan Kebangsaan didefinisikan sebagai kebudayaan keseluruhan cara hidup manusia. Kebudayaan penting dalam proses pembangunan negara kerana keperibadian Malaysia mesti dipupuk melalui usaha meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ianya memerlukan kerjasama dan penglibatan semua lapisan masyarakat. Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi negara membangun dan mempunyai penduduk multietnik seperti Malaysia. Dasar tersebut dapat membentuk dan mengekalkan identiti negara dalam konteks global. Husin Fateh Din dan Nazariyah Sani (2014) menyatakan bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan merupakan dasar baharu yang diwujudkan untuk memperkukuh budaya kaum di Malaysia. 2.0 PENGARUH-PENGARUH YANG MENCABAR KEHARMONIAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA PADA MASA HADAPAN Menurut Ibrahim Zawawi (1998), tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan kebudayaan yang diwarisi sejak turun-temurun oleh kalangan masyarakat. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identitinya yang tersendiri. Namun, warisan budaya tradisional di Malaysia pada masa kini semakin lenyap ditelan arus pemodenan dan menghadapi beberapa cabaran akibat pengaruh-pengaruh yang dikenal pasti dapat mencabar keharmonian kebudayaan kebangsaan pada masa hadapan. Antara pengaruh yang mendorong penghakisan kebudayaan di Malaysia adalah seperti isu bahasa kebangsaan, sistem pendidikan vernakular, sistem politik, pengaruh media sosial dan budaya hedonisme.


9 Rajah 1.0 Pengaruh yang mencabar Kebudayaan Kebangsaan 2.1 ISU BAHASA KEBANGSAAN Cabaran yang dihadapi dalam usaha untuk merealisasikan kebudayaan kebangsaan yang difokuskan oleh Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah isu bahasa kebangsaan. Menurut Goay Teck Chong et al. (2013), bahasa kebangsaan dapat ditakrifkan sebagai suatu bahasa yang menjadi lambang identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik yang kebiasaannya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang. Dalam konteks negara Malaysia, bahasa Melayu yang mengikuti piawaian ditetapkan Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan bahasa kebangsaan seperti mana yang dinyatakan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Berlandaskan pernyataan tersebut, bahasa Melayu dijadikan medium utama sebagai alat komunikasi dan merupakan identiti nasional yang dikongsi oleh semua rakyat. Namun demikian, terdapat sesetengah rakyat di negara ini yang memperjuangkan bahasa ibunda mereka kerana mereka beranggapan bahawa bahasa ibunda tersebut juga perlu dimartabatkan. Hal ini sudah tentu menyebabkan usaha untuk mewujudkan bahasa Pengaruh yang mencabar Kebudayaan Kebangsaan Isu bahasa kebangsaan Sistem pendidikan vernakular Sistem politik Pengaruh media sosial Budaya hedonisme


10 kebangsaan sebagai identiti nasional mengalami halangan. Deduksinya, sikap memperjuangkan bahasa ibunda kaum masing-masing menyebabkan usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai identiti nasional terjejas. Rajah 2.0 menunjukkan keratan akhbar berkaitan bahasa Melayu yang wajib digunakan dalam urusan rasmi penjawat awam Rajah 3.0 menunjukkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bertanggungjawab dalam mengawal dan menyelesaikan isu bahasa Melayu 2.2 SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR Dalam merealisasikan hasrat mewujudkan kebudayaan kebangsaan yang difokuskan dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan, cabaran yang berikutnya ialah pempraktikkan sistem


11 pendidikan vernakular yang diperkenalkan semasa era imprealisme British. Menurut Sufean Hussin (2004), sistem pendidikan tersebut masih dipraktikkan sehingga pada masa ini dalam sistem pendidikan negara menerusi kewujudan beberapa buah sekolah vernakular. Sebagai contoh, sistem pendidikan dalam negara mempunyai beberapa aliran sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil pada peringkat rendah. Dalam hal ini, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil menggunakan bahasa ibunda masing-masing iaitu bahasa Cina dan bahasa Tamil dalam pelaksanaan aktiviti formal di sekolah tersebut. Disebabkan perkara tersebut, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan murid multietnik. Menurut Noriati A. Rashid et al. (2013), Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan pembelajaran secara bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Berdasarkan konsep tersebut, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Walau bagaimanapun, hasrat murni pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tersebut tidak begitu efektif kerana mentaliti masyarakat yang risau akan kehilangan identiti dan jati diri kaum masing-masing. Buktinya, terdapat penentangan berkenaan dengan pelaksanaan konsep Sekolah Wawasan oleh Gabungan Persatuan Guru-guru dan Lembaga Pengelola Sekolah Cina. Penentangan tersebut jelas menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia tidak bersedia untuk menjayakan konsep kebudayaan kebangsaan. Intihanya, kewujudan sistem pendidikan vernakular yang dipraktikkan dalam sistem pendidikan negara menyukarkan lagi usaha untuk merealisasikan intipati Dasar Kebudayaan Kebangsaan.


12 Rajah 4.0 menunjukkan pihak yang membantah sekolah vernakular Rajah 5.0 pula menunjukkan pihak yang menyokong sekolah vernakular 2.3 SISTEM POLITIK Sistem politik berasaskan perkauman yang wujud di Malaysia juga merupakan antara cabaran dalam merealisasikan konsep kebudayaan kebangsaan seperti mana yang dihasratkan dalam Transformasi Nasional 2050. Politik berasaskan kaum merujuk kepada keadaan sistem politik yang memperjuangkan hak dan ideologi kaum masing-masing (Abdul Karim Abdullah dan Ghazali Basri, 1979). Struktur sistem politik yang mewakili kaum masingmasing telah menyukarkan usaha untuk menimbulkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat di negara ini. Hal ini demikian kerana, kebanyakan politik yang wujud dilihat lebih cenderung untuk memperjuangkan hak dan keistimewaan kaum masing-masing seolaholah menidakkan kepentingan identiti nasional sebagai medium yang mewujudkan semangat perpaduan dalam konteks masyarakat majmuk. Perkara tersebut dapat dilihat apabila wujudnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mewakili kaum Melayu, Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Parti Tindakan


13 Demokratik (DAP) yang mewakili kaum Cina, Kongres India Malaysia (MIC) dan beberapa parti yang mewakili masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak. Rajah 6.0 menunjukkan ahli-ahli dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang mewakili kaum Melayu, Persatuan Cina Malaysia (MCA) mewakili kaum Cina, dan Kongres India Malaysia (MIC) yang mewakili kaum India Politik yang bersifat perkauman amat bahaya dalam usaha memupuk perpaduan, kerana parti yang berasaskan kaum memperjuangkan untuk kepentingan sesuatu kaum sahaja (Azman Abdul Manaf, 2001). Perasaan prejudis antara kaum masih menjadi masalah serta hubungan antara kaum di Malaysia hanya retorik. Keadaan ini berlaku kerana parti yang berasaskan kaum yang jelas memperjuangkan kaum mereka sahaja dan ini akan menimbulkan sensitiviti perkauman. Konklusinya, politik perkauman yang memperjuangkan hak kaum masing-masing merupakan cabaran utama dalam usaha untuk mewujudkan kebudayaan kebangsaan yang diinspirasikan berdasarkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.


14 Rajah 7.0 merupakan keratan akhbar yang menyatakan sistem politik menjadi punca rasisme berlaku di Malaysia 2.4 PENGARUH MEDIA SOSIAL Pengaruh media sosial turut menjadi ancaman baharu perpaduan dan kebudayaan masyarakat berbilang kaum di negara ini berikutan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakannya untuk menyebarkan cerita tidak benar yang boleh menjejaskan keharmonian. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (2016) berpendapat bahawa pengguna media sosial perlu berhenti berkongsi cerita yang tidak disahkan kebenarannya kerana ianya membuatkan masyarakat berpecah-belah. Hal ini demikian kerana, masyarkat akan mudah tunduk dan terpengaruh dengan ideologi yang bertujuan menyemai kebencian dan syak wasangka antara kaum dan budaya di negara ini dan keadaan itu hanya mensia-siakan pengorbanan orang yang berjuang untuk kemerdekaan dan kedaulatan negara (Francis Lok Kok Wah & Khoo Boo Teik, 2002). Rentetan dunia di hujung jari telah melahirkan segelintir pengguna yang mudah menyebarkan dan menyentuh isu sensitif sesebuah etnik tanpa melakukan pembacaan telah menyebabkan wujudnya provokasi terhadap seseuatu kaum sehinggakan melemahkan kesepaduan etnik di Malaysia.


15 Rajah 8.0 menunjukkan langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk membanteras isu menyebar berita palsu dengan mengenakan denda sebanyak RM500 000 dan penjara 10 tahun kepada individu yang terbabit Penyalahgunaan media sosial kerana kurang sensitif kepada isu-isu kesepaduan banyak menimbulkan salah faham antara etnik. Media sosial seperti web dan blog serta Facebook menyebabkan timbulnya kerenggangan etnik kerana banyak menyentuh isu sensitif. Beberapa kenyataan bersifat rasis dan berunsur peretnikan begitu berleluasa pada masa sekarang. Generasi baharu Malaysia yang berhubungan dengan media sosial akan terdedah kepada perkara yang tidak sahih, tidak sihat dan mengancam. Jika tidak diselidik dan diterima ia boleh mengubah pandangan dan tindakan masyarakat mengenai sesuatu perkara.


16 Rajah 9.0 menunjukkan tanggungjawab syarikat dan penyedia media sosial dalam memastikan platform media sosial tidak disalahgunakan oleh generasi muda 2.5 BUDAYA HEDONISME Budaya hedonisme merupakan salah satu pengaruh yang semakin meluas dalam masyarakat Malaysia pada masa kini. Hedonisme ialah satu cara hidup yang menekankan keseronokan sebagai satu-satunya matlamat kewujudan, menurut definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan. Menurut Cheah Boon Keng (2002), kemajuan teknologi media massa mengakibatkan pembocoran budaya dan fahaman hedonisme secara meluas dan menepati kehendak golongan muda terutamanya bagi mereka yang sentiasa ingin tahu. Umumnya, tindakan ini akan menyebabkan keruntuhan moral bagi mereka yang kurang didikan agama, malahan menjadikan media massa sebagai tunjuk arah dalam menentukan kehidupan mereka bagi menggantikan ibu bapa. Muzik, nyanyian, filem, kartun dan komik daripada Barat berjaya menembusi pasaran dunia pada hari ini. Aspek-aspek dan unsurunsur budaya Barat disebarkan menerusi saluran-saluran hiburan ini. Irama muzik seperti ‘rock n roll’ dan ‘heavy metal’, cara dan gaya hidup penghibur Barat yang negatif seperti penglibatan dengan dadah, vandalisme, hubungan seks rambang dan seumpamanya menjadi ikutan generasi muda (Halipah Hamzah, 2010). Disebabkan oleh kurangnya kawalan terhadap hiburan kepada masyarakat terutamanya remaja, budaya hedonisme dapat disebarkan melalui medium ini. Oleh sebagai ibu bapa atau penjaga, kita perlulah mengawal atau memerhatikan apa-apa hiburan yang dilihat oleh anak-anak.


17 Rajah 10.0 menunjukkan budaya hedonisme yang semakin diikuti oleh generasi muda pada masa kini Rajah 11.0 merupakan konsert yang dijalankan bertemakan irama muzik seperti ‘rock n roll’ dan ‘heavy metal’ yang menjadi kesukaan remaja 3.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa setiap individu memainkan tugas dan tanggungjawab yang amat penting dalam mengekalkan kebudayaan serta melahirkan perpaduan antara etnik dalam kalangan masyarakat di Malaysia (Ahmad Tarmizi Talib et. al., 2006). Oleh hal yang demikian, setiap pihak haruslah berganding bahu dan bekerjasama seperti ‘aur dengan tebing’ dalam mengekalkan identiti serta kebudayaan yang diwarisi secara turun temurun bagi mewujudkan perpaduan dan toleransi antara kaum kerana tanpa kerjasama yang diberikan, tidak mungkin Malaysia digelar sebagai negara yang aman dan harmoni. Terbuktilah bahawa keunikan yang dimiliki oleh Malaysia tentang kepelbagaian kebudayaan, adat, tradisi dan perkauman bukanlah suatu penghalang untuk negara terus berkembang maju. Malah, ia membantu ke arah kemajuan dan keharmonian negara yang tidak dimiliki oleh kebanyakan negara luar. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia tanpa mengira bahasa, budaya, agama, adat resam dan upacara haruslah berperanan dalam mengekalkan kebudayaan serta mengelakkan pengaruh-pengaruh luar mencabar keharmonian kebudayaan kebangsaan di Malaysia pada masa hadapan.


18 RUJUKAN Abdul Karim Abdullah & Ghazali Basri. (1979). Kebudayaan Kebangsaan: kelangsungan pembinaan negara bangsa. Penerbit Multimedia. Ahmad Tarmizi Talib et. al. (2006). Perkembangan kebudayaan di Malaysia. Penerbit Fajar Bakti. Azman Abdul Manaf. (2001). Perubahan dalam kebudayaan Malaysia. Penerbitan Universiti Utara Malaysia. Cheah Boon Keng (2002). Malaysia: The making of nation. ISAS. Francis Lok Kok Wah & Khoo Boo Teik. (2002). Democracy in Malaysia: Discourses and practices. NIAS-Curzon Press. Goay Teck Chong et al. (2013). Perkembangan perlembagaan Malaysia. Fajar Bakti. Halipah Hamzah. (2010). Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia. Penerbit Fajar Bakti. Husin Fateh Din & Nazariyah Sani. (2014). Kebudayaan Mayarakat di Malaysia. Penerbit Multimedia. Ibrahim Zawawi (ed). (1998). Cultural contestations: Mediating identities in a changing Malaysia society. ASEAN Academic Press. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriati A. Rashid et al. (2013). Modul hubungan etnik, edisi kedua. Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Sufean Hussin. (2004). Penyelarasan dalam federalisme Malaysia: Kewangan, pendidikan, tanah dan hal-ehwal Islam. USM.


Click to View FlipBook Version