The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RINA MARSITAH YUSOF, 2020-10-19 00:46:53

SEJARAH T3 BAB 1

SEJARAH T3 BAB 1

Kestabilan dan kemakmuran

1) Kestabilan
– Malaysia telah mewarisi sistem pemerintahan beraja dan
pentadbiran mantap

a) Sistem pemerintahan dan struktur sosial
– Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan beraja
yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka. Di
Sarawak dan Sabah mempunyai sistem pemerintahan
tempatan yang lebih awal

Sistem pemerintahan beraja

i) Sultan (Negeri)

– pentadbiran pada peringkat negeri diketuai oleh raja atau sultan
– lambang kedaulatan negeri
– kaum kerabat diraja serta pembesar membantu pentadbiran dan melaksanakan perintah sultan

ii) Pembesar (Jajahan / Daerah)

– Pembesar dilantik oleh sultan
– melaksanakan menjaga keamanan, kemakmuran, kestabilan dan membantu mengekalkan kedaulatan
negeri

iii) Penghulu (Mukim)

– kampung unit paling kecil
– ketua kampung ialah penghulu atau penggawa
– menyampaikan arahan daripada raja atau pembesar kepada orang kampung

Hierarki pemerintahan di Negeri Sembilan
i) Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan Besar

ii) Undang
iii) Lembaga
iv) Buapak
v) Anak Buah dan Ibu Soko

Sistem pemerintahan di Sarawak
i) Sistem kesukuan
ii) Sistem kesultanan

Sistem pemerintahan di Sabah
i) Sistem kesukuan
ii) Sistem kesultanan

iii) Sistem ketua bebas

b) Perundangan
i) Undang-undang bertulis – Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang
dan Undang-undang 99 Perak
ii) Undang-undang tidak bertulis – adat
iii) Sarawak dan Sabah – berdasarkan hukum adat yang diamalkan secara
tradisi mengikut suku masing-masing

c) Hubungan Luar
– pemerintahan Malaysia berjaya memanfaatkan hubungan dengan pedagang
British dan Belanda untuk kepentingan negeri masing-masing
– kebijaksanaan pemerintah tempatan menjalinkan hubungan diplomatik dan
perdagangan menyebabkan mereka meluaskan pengaruh, melindungi
daripada ancaman musuh, memajukan ekonomi negeri dan menstabilkan
sistem pemerintahan





































AKTIVITI

1)MENONTON YOUTUBE
Link:https://youtube,be/8Jggb_f4Z7w.
Link:https://youtu.be/bPOUq41CTvi

2)MENJAWAB SOALAN KUIZ
Bab 1: 7.1 Kedatangan Kuasa Barat
https://quizizz.com/admin/quiz/5e7417367577ac001cedb9c3 (40 Qs)
https://quizizz.com/admin/quiz/5e72e319795a4d0020abd000 (20 Qs)

PENTAKSIRAN

SOALAN STRUKTUR
1)Kuasa Barat berminat untuk mendapatkan barangan mewah dari China.
(a)Senaraikan dua barangan mewah dari China.
i)________________________________________________________________(2M)
(b)Nyatakan dua barangan yang diperlukan oleh negara China di Kepulauan Melayu
__________________________________________________________________(2M)
(c)Mengapkah Kepulauan Melayu amat strategic menjadi pusat pengumpulan
barang._____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________(3M)
(d)Apakah kepentingan Kepulauan Melayu sebagai pusat pengumpilan barang?(KBAT)
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________(3M)





TP5:Membuat penilaian tentang kedatangan kuasa Barat ke negara
kita.

1)Berdasarkan pendapat anda jelaskan penjajahan
bentuk baru yang boleh menggugat kedaulatan negara

kita pada hari ini?(6M)
2)Apakah kemungkinan yang akan berlaku pada hari ini

jika Alam Melayu tidak dikuasai oleh Barat?(8M)

TP6:Menjana idea untuk mengekalkan kedaulatan negara dari
anacman luar.

1)Bagaimanakah usaha untuk mengekalkan kestabilan dan
kemakmuran negara kita.(8M)

2)Bagaimanakah usaha generasi muda hari ini dalam
mengekalkan kedaulatan tanah air kita daripada digugat kuasa

asing?(8M)

SEKIAN TERIMA KASIH
SELAMAT BERJAYA DUNIA DAN

AKHIRAT


Click to View FlipBook Version