The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RINA MARSITAH YUSOF, 2020-10-21 02:25:57

puasa benteng diri 2020 (2)

puasa benteng diri 2020 (2)

SMK JALAN APAS
MODUL PdPR

PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 2

BAHAGIAN FEQAH
PUASA BENTENG DIRI

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pdpc ini pelajar akan dapat;
Ø Menyatakan dalil naqli keistimewaan bulan Ramadhan
ØMenyatakan pengertian dan hukum berpuasa
ØMenyebut lima syarat wajib berpuasa
ØMenyebut tiga syarat sah puasa
ØMenyenaraikan lima perkara yang membatalkan puasa

SASARAN MURID:
- Semua murid tingkatan 2

PELAKSANAAN:
1 -2 JAM
CADANGAN NILAI:
- Bertanggugwab sebagai muslim
- istiqomah

PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 2

PUASA BENTENG DIRI

NOTA

PENGERTIAN PUASA DAN HUKUM

BAHASA:
Menahan diri
ISTILAH:
Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa,
bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari
mengikut syarat tertentu dan disertai dengan niat puasa.
HUKUM:
Hukum berpuasa pada bulan Ramadhan adalah wajib bagi
setiapindividu muslim.

SYARAT WAJIB PUASA

1. Islam bukan kafir
2. Baligh bukan kanak-kanak
3. Berakal tidak gila
4. Tidak uzur syari yang menghalangnya berpuasa
(haid/nifas,gila walaupun sekejap,pitam sepanjang hari)
5. Tidak uzur syar'i yang mengharuskannya berbuka puasa
( Musafir,Sakit yang memudaratkan,orang tua atau pesakit
yang tiada harapan untuk sembuh)

SYARAT SAH PUASA

1. Islam bukan kafir
2. Mumayyiz
3. Tidak uzur syar'i yang meghalangnya berpuasa
( Haid atau nifas, gila walaupun sekejap, pitam sepanjang

hari )

RUKUN PUASA

1. Niat puasa dalam hati
2. Tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
1. Makan dan minum
2. Muntah dengan sengaja
3. Haid aau nifas
4. Mengeluarkan air mani dengan sengaja

5. Pitam sepanjang hari
6. Hilang akal
7. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan melalui

rongga terbuka.
8. Bersetubuh di siang hari bulan Ramadhan
9. Murtad

PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA

1. Tidur berlebihan pada siang hari
2. Merasa makanan di lidah tanpa menelannya
3. Berkumur atau memasukkan air ke hidung secara

berlebihan
4. Mandi wajib selepas fajar
5. Berbekam
6. Mandi secara berlebihan untuk menyegarkan badan
7. Melewatkan berbuka
8. Melakukan permulaan persetubuhan bagi suami isteri

AKTIVITI

Buat nota ringkas dalam bentuk peta i-think berkaitan
pelajaran hari ini.

PENTAKSIRAN /
LATIHAN

Hospital mesra ibadat adalah usaha murni untuk
menggalakkan orang yang sakit melaksanakan
ibadat.

1-Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan hujah anda
untuk menyokong usaha tersebut?

Masih terdapat segelintir umat Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan tetapi tetap
melakukan laranngan Allah seperti tidak menutup aurat

2-Pada pendapat anda, mengapakah mereka melakukan
kemungkaran sedemikian walaupun mereka mengetahui
kesalahan tersebut?

SEKIAN

DISEDIAKAN OLEH
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMK JALAN APAS


Click to View FlipBook Version