AMgeusnyguPaIrBaGt
SEKOLAH KEBANGSAAN PALOH, 20050 KUALA TERENGGANU
Dirasmikan Oleh
Tuan Mohd Rizaini bin Ghazali
Pengarah Konsortium Perumahan Terengganu (KOPERAT)
25 SABTU, DEWAN TOKKU PALOH 36KALI KE :
JUN
2022 SK PALOH
25 Zulkaedah 1443H Masa :
2:30 – 4:30 Petang
Sekapur Sireh
GURU BESAR SK PALOH
Hj. Maslan bin Mohamad
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita
dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi
serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga
ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak
memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah.
Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita
mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang.
SK Paloh sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun
demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada
warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam
bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan in adalah hasil kesepaduan
muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak
pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua
pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang
sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi
material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan
dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi
dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang.
Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada
Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat
bermakna kepada sekolah.
Sekian, terima kasih.
1
Seulas Pinang
YDP PIBG
Syed Abdul Rahman bin Engku Sulong
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita
dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi
serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga
ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak
memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah.
Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita
mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang.
SMK Bukit Rangin sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada
setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa
kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah
baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan in adalah hasil
kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-
anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen
daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang
perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu,
sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam
semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan
dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang.
Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada
Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat
bermakna kepada sekolah.
Sekian, terima kasih.
2
Tentatif Program
25.06.2022 (SABTU)
2:30pm : Pendaftaran Ibu Bapa/Penjaga & Guru
3:00pm : Majlis Perasmian Bermula
• Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
• Bacaan Doa oleh Ust. Zakaria Bin Salleh
• Ucapan Tn. Hj. Maslan Bin Mohamad (Guru Besar SK Paloh)
• Ucapan YM Syed Abdul Rahman Bin Engku Sulong
(Yang Dipertua PIBG SK Paloh)
• Ucapan Tuan Hj. Jelani Bin Sulong
(Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu)
• Ucaptama & Perasmian oleh Tuan Mohd Rizaini b. Ghazali
(Pengarah KOPERAT)
Mesyuarat Agung Bermula
• Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG
• Ucapan Aluan Guru Besar SK Paloh
• Membentang & Mengesahkan Peringatan
Minit Mesyuarat Agung ke-35 (2021)
• Membentang & Mengesahkan Penyata Kewangan Berakhir pada
31.12.2021
• Pemilihan Pimpinan & AJK PIBG 2022/2023
• Membahas & Menerima Usul
• Ucapan Penangguhan
4:30: Bersurai
3
Jawatankuasa Kerja
Jawatankuasa Induk:
Penasihat : Tn. Hj. Maslan bin Mohamad (Guru Besar)
YM Syed Abd. Rahman bin Engku Sulong (YDP PIBG)
Pengerusi : En. Rostam bin Salimi (GPK HEM)
Naib Pengerusi I : En. Ramli bin Said (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : Pn. Hjh. Saleha bt. Mohamad Sah (GPK Ko-kurikulum)
Setiausaha : En. Syed Abdul Hafidz bin Syed Mohammad
Pen. Setiausaha : Pn. Aldrin@Aldrini bt. Aling
Bendahari : Cik Wan Zuhailah bt. Wan Mohd Kamil
Jawatankuasa Induk: Pendaftaran:
En. Md Soffairizal bin Md Yusof (K)
Jemputan & Sambutan: Pn. Asmaiza bt. t. Mamat
Tn. Hj. Maslan bin Mohamad Pn. Nor Sholehah bt. Sulong
YM Syed Abd. Rahman bin Engku Sulong Pn. Yin Sheau Hui
En. Rostam bin Salimi
En. Ramli bin Said
Pn. Hjh. Saleha bt. Mohamad Sah
Buku Program: Pencatat Minit:
Pn. Mariana bt. Nawi (K) Pn. Wan Nuruljannah bt. Wan Ismail Sahaimi (K)
Pn. Norfariza bt. Mustafa Pn. Tin Hung Lian
Pn. Hamisah bt.. Ismail Pn. Nik Mazlina bt. Nik Abd Rahman
Pn. Azian bt. Ismail Pn. Najihah bt. Jabaruddin
Pn. Maimun Bt. Chik
Persiapan Dewan, Backdrop & Siaraya: Jamuan:
En. Mohd Kamal Azman bin Salleh (K) Pn. Zanariah bt. Mansor (K)
En. Mohd Shahril Amizi bin Abd. Rahman Pn. Aminah@Arni bt. Mohamad
YM. Sharifah Hamizah bt. Syed Ahmad Pn. Suhaida bt. Mohamad
Pekerja Swasta
Bacaan Doa: Pengacara Majlis:
En. Zakaria bin Salleh Pn. Nur Laela bt. Khaliah@Khalias (K)
Pn. Nur Shalizawati bt. Mohd Rashid
Dokumentasi & Jurugambar:
Pn. Wan Aslah bt. Wan Abd. Ghani
Pn. Rubaieyah bt. Mokhtar
4
Senarai AJK 2021/2022
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Paloh
20050, Kuala Terengganu
No. Pendaftaran: PT2166/SK/0161
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG 2021/2022
Penasihat : Hj. Maslan Bin Mohamad Guru Besar
Yang Dipertua
Tim. Yang Dipertua : YM Syed Abd. Rahman Bin Engku Sulong
Setiausaha
Pen. Setiausaha : En. Muhammad Idham Bin Mazlan
Bendahari
: En. Syed Abdul Hafidz Bin Syed Mohammad
: Pn. Aldrin@Aldrini Bt. Aling
: Cik Wan Zuhailah Bt. Wan Mohd Kamil
Ahli Jawatankuasa :
1. En. Mohd Kamal Azman Bin Salleh
2. En. Zakaria Bin Salleh
3. YM Syed Ahmad Zailani Engku Sulong
4. En. Wan Mohd Raffi Bin Wan Omar
5. Pn. Norliza Bt. Mohd Nor
6. Pn. Norfariza Bt. Mustafa
7. Pn. Nor Sholehah Bt. Sulong
8. Pn. Noor Hadiati Bt. Wahab
9. Pn. Ily Amalina Bt. Ahmad Sabri
Wakil Guru Besar : - Penolong Kanan Pentadbiran
En. Ramli Bin Said - Penolong Kanan HEM
En. Rustam Bin Salini - Penolong Kanan Ko-kurikulum
Pn. Hjh. Saleha Bt. Mohamad Sah
Pemeriksa Kira-kira :
1. Pn. Hamisah Bt. Ismail
2. Pn. Aminah@Arni Bt. Mohamad
5
Minit Mesyuarat
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN PALOH
20050, KUALA TERENGGANU
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 (2021)
Tarikh : 30hb Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Secara Atas Talian (Google Meet)
Perasmi : Puan Yusniza Binti Yusof
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Kuala Terengganu
Kehadiran : 75 orang
Agenda 1: Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis (Pn. Wan Aslah Bt. Wan Ab. Ghani)
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zakaria Bin Salleh. Pengerusi
mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan dan ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG
kali ke 35 tahun ini. Beliau berharap agar majlis akan berjalan lancar walaupun kali pertama
mesyuarat diadakan secara maya dan semoga para hadirin dapat memberikan idea-idea dan
saranan yang bernas untuk kemajuan PIBG.
Agenda 2: Ucapan Yang Dipertua PIBG (YM Syed Abdul Rahman Bin Engku Sulong)
YDP PIBG memulakan ucapan dengan berterima kasih di atas kehadiran semua
ibu bapa dan penjaga serta tetamu jemputan ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35. Antara isi
kandungan ucapan beliau:
Sekalung tahniah kepada pentadbir sekolah yang berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung
PIBG kali
Ke-35 dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Puan Yusniza Bt. Yusof sebagai Wakil
Pegawai pendidikan Daerah Kuala Terengganu kerana sudi hadir bagi perasmian Mesyuarat
Agung kali ini.
Beliau berharap agar ibu bapa dan penjaga akan sentiasa memberikan komitmen kepada
PIBG ke arah kecemerlangan, tambah beliau jika ada masalah ibu bapa atau penjaga dialu-
alukan datang berbincang dengan pihak sekolah.
Sebelum ini AJK hanya sempat mengadakan 2 sesi mesyuarat disebabakan pandemic Covid
19 yang memerlukan kepada pematuhan s.o.p tertentu melibatkan perjumpaan dan
mesyuarat.
Pandemik covid 19 sememngnya memberi kesan sedikit sebanyak kepada pembelajaran
anak-anak, beliau amat memahami perasaan ibu bapa dan guru bagi menghadapi Pdpr yang
berkesan. Kesukaran guru menjalankan Pdpr juga amat dirasai oleh semua pihak.
Ibu bapa dan penjaga hendaklah mengambil berat tentang kemajuan pembelajaran anak-
anak dan sentiasa fokus kepada pembelajaran di rumah dan berharap agar ibu bapa dapat
berbincang dengan guru-guru mengenai prestasi anak-anak melalui medium yang betul.
Beliau berharap AJK PIBG (2021-2022) yang bakal dilantik dapat memberikan idea-idea baru
bagi kecemerlangan SK Paloh.
8
Minit Mesyuarat
Agenda 3: Ucapan Guru Besar (Tn. Hj. Maslan Bin Mohamad)
Beliau memulakan ucapan dengan penghargaan dan terima kasih kepada semua hadirin
yang hadir terutamanya Puan Yusniza Bt. Yusof (Pegawai Perhubungan Sekolah) yang hadir
sebagai perasmi mesyuarat mewakili tuan PPD tuan Hj Jelani Bin Sulong selaku perasmi
majlis hari ini. Beliau juga berharap semoga majlis akan dapat berjalan dengan lancar. Antara
kandungan ucapan beliau adalah:
1. Tn. Guru Besar berharap semua ibu bapa dan penjaga murid SK Paloh, memberikan
kerjasama ke arah kejayaan dan kecemerlangan SK Paloh pada tahun ini dan tahun
mendatang.
2. Setelah belajar secara Pdpr hampir setahun,anak-anak telah mula sekolah secara
bersemuka iaitu bermula 3 Oktober 2021 murid Prasekolah akan memulakan persekolahan
dan diikuti oleh murid tahap 1 pada 8hb November 2021 secara penggiliran. Manakala
pembelajaran bersemuka tahap 2 akan bermula 14hb November 2021.
3. Ucapan jutaan terima kasih kepada ibubapa dan guru yang banyak membantu dalam
pdpr selama ini. Sekolah juga menyediakan hadiah sebagai tanda penghargaan kepada murid
semasa sesi pdpr dijalankan. Pihak sekolah juga telah memberi penghargaan kepada seorang
ibu yang telah memastikan kehadiran dan penglibatan 4 anaknya sepenuhnya selama sesi
pdpr.
4. Sebagai persediaan menyambut sesi persekolahan bersemuka, sebuah kanopi akan dibeli
untuk kemudahan ibu bapa semasa mengambil anak dan akan diletakkan diluar pagar
sekolah hasil sumbangan PIBG dan YB ADUN Wakaf Mempelam juga bersetuju untuk
menyumbangkan sebuah lagi kanopi untuk kemudahan pengurusan datang dan pulang
murid.
5. Sekolah telah dilawati oleh Jemaah Nazir dari Putrajaya untuk pemantauan awal
sebelum sesi persekolahan bermula. Pemantauan berjalan dengan lancer tanpa sebarang
masalah.
6. Pihak sekolah sentiasa memberi galakan kepada murid-murid untuk menyertai aktiviti
dan pertandingan sepanjang pdpr. Antara kejayaan anak –anak pada tahun ini adalah dalam
acara syair, sajak, golf,pertandingan mewarna,1M1S dan banyak lagi kejayaan yang kita
kecapi samada peringkat daerah,negeri mahupun kebangsaan
7. Kejayaan Ini adalah kerana komitmen dari gabungan kerjasama antara guru-guru dan
ibubapa yang turut menjayakan segala aktiviti ini. Tanpa sokongan daripada ibubapa,kita
tidak akan mencapai semua kejayaan ini
8. Tahniah juga kepada anak-anak yang sentiasa bersemangat dan memberi komitmen
semasa pdpr. Syabas kepada anak-anak yang dapat menghadiri pdpr walaupun tanpa
pengawasan ibubapa,juga kerjasama yang mantap dari ibubapa dan guru semua
9. Beliau mengakhiri ucapan dengan berharap agar ibu bapa dan penjaga dapat
memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dalam semua aktiviti dan program yang
dijalankan. Kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa kepada pihak sekolah amat ditagih
demi melihat anak didik bangsa di SK Paloh akan sentiasa maju ke hadapan.
9
Minit Mesyuarat
Agenda 4: Ucapan perasmian oleh Puan Yusniza Bt Yusof (Penolong Pegawai
Pendidikan Rendah, PPD Kuala Terengganu) - Pegawai perhubungan sekolah mewakili Tuan
PPD Tuan Haji Jelani Bin Sulong.
Beliau memulakan ucapan dengan berterima kasih kepada pihak sekolah yang sudi
menjemput beliau ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 SK Paloh. Beliau juga amat berbangga
dengan kehadiran ramai ibu bapa dan penjaga pada mesyuarat hari ini walaupun diadakna
secara atas talian. Antara kandungan ucapan beliau adalah:
1. Mesyuarat Agung PIBG merupakan wadah dan platform pengukuhan hubungan pihak
sekolah dan ibu bapa.
2. Ucapan terima kasih dan syabas kepada warga SK Paloh kerana penglibatan komuniti dan
pihak swasta yang padu dalam setiap program yang dijalankan bertepatan dengan surat
pekeliling 5,bil 1.
3. PIBG adalah platform untamauntuk berkongsi idea untuk melonjakkan kejayaan anak-
anak dalam bidang akademik mahupun kokurikulum
4. PIBG perlu untuk bekerjasama dengan guru,ibubapa dalam membangunkan murid-murid
5. Pdpr berjalan dengan baik. Anak-anak telah pun belajar dalam norma baharu dan telah
mahir dalam penggunaan gajet seperti computer, tablet dan sebagainya. Namun ibu bapa
perku sentiasa membuta pemantauan sepanjang masa supaya anak-anak tidak allai dengan
kemajuan teknologi zaman sekarang.
6. Pihak Nazir telah juga hadir ke sekolah baru ini untuk melihat keadaan sekolah dalam
persediaan untuk pembukaan sekolah secara bersemuka
7. Terima kasih kepada ibubapa yang telah menghantar anak-anak ke sekolah Pra. Mohon
ibubapa pastikan keselamatan dan kesihatan murid serta mematuhi SOP yang sepatutnya
sebelum dan semasa berada di sekolah.
8. Kecemerlangan anak-anak bermula dari rumah. Menjadi tanggungjawab ibubapa kepada
anak-anak dalam kejayaan dan kebajikan anak-anak kita
Beliau mengakhiri ucapan dengan merasmikan mesyuarat dan berharap agar PIBG dapat
bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk memajukan sekolah sepanjang masa.
10
Minit Mesyuarat
PEMBENTANGAN AGENDA MESYUARAT AGUNG
Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:
Agenda 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Paloh (YM Syed Abdul Rahman Bin Engku
Sulong)
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin. Beliau berharap agar kerjasama
yang padu dan berterusan dapat diberikan oleh semua ibu bapa untuk kecemerlangan SK
Paloh. Beliau juga berharap mesyuarat dapat berjalan dengan lancar dan berharap ibu bapa
dapat mengeluarkan pendapat dan cadangan yang bernas.
Agenda 2 : Pembentangan & Pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke-34 (2020)
Penolong Setiausaha PIBG, Pn. Aldrin Aling telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung
PIBG SK Paloh kali ke-34.
Cadangan : En. Ahmad Idham Bin Mazlan
Sokongan : Pn. Nurul Huda
Agenda 3 : Pembentangan & Pengesahan Aktiviti Tahunan PIBG 2020/2021
Penolong Setiausaha PIBG, Pn. Aldrin Aling telah membentangkan laporan aktiviti yang
dianjurkan PIBG sepanjang 2020/2021.
Cadangan : Pn. Noraini Bt Abdullah
Sokongan : Pn. Hjh. Saleha Bt Mohamad Sah
Agenda 4 : Pembentangan & Pengesahan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31
Disember 2019
Bendahari PIBG, Cik Wan Zuhailah Bt Wan Mohd Kamil telah melaporkan Penyata Kewangan
tersebut.
Cadangan : Pn. Norliza Bt. Mohd Noor
Sokongan : Pn. Rubaieyah Bt. Mokhtar
Agenda 5 : Perletakan Jawatan AJK PIBG SK Paloh sesi 2019/2020
YDP PIBG, YM Syed Abdul Rahman Bin Engku Sulong telah mengetuai perletakan jawatan
semua AJK PIBG sesi 2020/2021.
11
Minit Mesyuarat
Agenda 6 : Pemilihan Jawatankuasa Baru PIBG SK Paloh sesi 2021/2022
Berikut adalah senarai AJK yang telah dilantik:
Penasihat : Tn. Hj. Maslan Bin Mohamad (Guru Besar)
Yang Dipertua : En. Syed Abd. Rahman Bin Engku Sulong
Timbalan YDP : En. Muhammad Idham Bin Mazlan
Setiausaha : En. Syed Abdul Hafidz Bin Syed Mohammad
Bendahari : Cik Wan Zuhailah Bt. Wan MOhd Kamil
Ahli Jawatankuasa : (Ibu Bapa)
En. Syed Zailani Bin Engku Sulong
En. Wan Mohd Raffi Bin Wan Omar
Pn. Ili Amalina Bt. Ahmad Sabri
Pn. Norliza Bt. Mohd Nor
Pn. Norhadiati Bt. Wahab
Pemeriksa Kira-kira :
1. Pn. Aminah@Arni Bt. Mohamad
2. Pn. Hamisah Bt. Ismail
Agenda 7 : Pembahasan Usul
1. En. Syed Abdul Hafidz Bin Syed Mohammad (Setiausaha)
- Cadangan Kutipan Sumbangan Tabung PIBG – RM30 untuk untuk setiap keluarga. Pihak
majlis sebulat suara bersetuju dengan cadangan usul tersebut.
- Cadangan sumbangan sebanyak RM5 daripada setiap keluarga untuk disalurkan ke program
keagamaan dan baikpulih surau sekolah. Pihak majlis sebulat suara bersetuju dengan
cadangan usul tersebut.
2. YM Syed Mohd Zailani Engku Sulong
- Cadangan agar kekalkan Gerobok Rezeki
- Guru Besar selaku Penasihat memaklumkan Gerobok rezeki akan ditangguhkan dahulu
memandangkan ibubapa telah pun dapat bekerja dan keluar dan akan diadakan jika terdapat
keperluan kelak, program akan diadakan semula.
12
Minit Mesyuarat
3. En. Wan Mohd Anafiah
- Cadangan agar menyediakan tempat menunggu untuk diluar pagar sekolah ibubapa
Tuan YDP – perkara ini telah dimaklumkan oleh Tuan Guru Besar dalam ucapan beliau
sebentar tadi dan PIBG akan menyediakan sekurang-kurangnya 2 buah kanopi bersaiz 20’ x
20’ untuk diletak di dalam dan luar sekolah.
4. En. Mohd Nor Azlan Bin Nawi
Cadangan agar ibu bapa bergiat aktif agar anak-anak sentiasa mengikuti aktiviti sekolah.
Tuan YDP memaklumkan sebelum wabak Covid 19 memang pihak sekolah telah banyak
melibatkan ibubapa dalam aktiviti sekolah seperti sukan dan sebagainya. Buat masa ini
belum ada aktiviti kokurikulum luar bilik darjah,kita tunggu sehingga keadaan Covid reda
semula.
5. Tuan YDP
Cadangan agar Sumbangan Tabung PIBG bagi tahun 2020 dimansuhkan. Hanya perlu
membayar yuran bagi tahun 2021 sahaja. Namun jika ada ibu bapa yang ingin membuat
sumbangan juga, boleh teruskan niat tersebut.
Majlis sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut.
Agenda 8 : Hal-hal lain
Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah sentiasa cakna terhadap
keselamatan anak-anak dengan bantuan Pengawal keselamatan yang bertugas. Harapan
agar ibu bapa tidak mementingkan diri sendiri dan memberi keutamaan kepada murid-
murid yang melintas.
Ibu bapa juga perlu sentiasa mengingatkan anak-anak agar menunggu di dalam kawasan
sekolah sahaja.
Agenda 9 :
Ucapan Penangguhan YDP YM Syed Abdul Rahman Bin Engku Sulong (Yang Dipertua PIBG
SK Paloh)
Ucapan tahniah kepada AJK yang beru dilantik dan ucapan penghargaan di atas kepercayaan
yang diberikan dan berjanji akan menjalankan amanah yang diberi sebaik mungkin. Beliau
berharap agar semua AJK yang baru dilantik dapat hadir je semua mesyuarat dan
perjumpaan yang bakal diadakan.
Harapan agar ibu bapa dan penjaga yang hadir dapat memberikan sokongan sepenuhnya
kepada sekolah dan PIBG demi memartabatkan kecemerlagan SK Paloh pada masa akan
datang. Sebarang cadangan dan saranan untuk kebaikan bersama amat dialu-alukan.
13
Minit Mesyuarat
Disediakan oleh:
...........................................................................
SYED ABDUL HAFIDZ BIN SYED MOHAMMAD
Setiausaha
PIBG SK PALOH
Disemak oleh:
...............................................................................
YM SYED ABDUL RAHMAN BIN ENGKU SULONG
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
SK Paloh, Kuala Terengganu
Tarikh: 05.11.2021
s.k: 1. Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Paloh
2. Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu
3. Fail sekolah
14
Laporan Kewangan
PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR PADA 31.12.2021
PENERIMAAN RM PERBELANJAAN RM
Baki di bawa kehadapan 35269.98 Bayaran pendingin hawa 2500.00
Sumbangan Aircond-Planet Mahir 2500.00
Sdn.Bhd 500.00 Perpindahan wang surau 30000.00
Pusat Khidmat Dun Wakaf 2000.00
Mempelam 2500.00 Pembelian kanopi 2000.00
Pendahuluan pembukaan akaun 1000.00
Sumbangan Koperat (kanopi) bank rakyat
Sumbangan Kerajaan Negeri
Terengganu Hadiah persaraan ustazah Norhayati 100.00
Hadiah penjaga prihatin pdpr 150.00
Pembelian kanopi 2000.00
Bayaran proses cek 2.00
Debit advice 3.00
Bank servis charge
20.00
Perbelanjaan 37775.00
Baki di bank 4725.84
Baki di tangan 269.14
JUMLAH 42769.98 JUMLAH 42769.98
Disediakan oleh: Disemak oleh:
(WAN ZUHAILAH BT WAN MOHD KAMIL) (AMINAH@ARNI BT MOHAMAD) (HAMISAH BT ISMAIL)
Bendahari PIBG SK PALOH Pemeriksa Kira-kira 1 Pemeriksa Kira-kira 2
15
Senarai AJK 2022/2023
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Paloh
20050, Kuala Terengganu
No. Pendaftaran: PT2166/SK/0161
PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG 2022/2023
Penasihat : Hj. Maslan Bin Mohamad Guru Besar
Yang Dipertua :
Tim. Yang Dipertua :
Setiausaha :
Pen. Setiausaha :
Bendahari :
Ahli Jawatankuasa :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Wakil Guru Besar : - Penolong Kanan Pentadbiran
En. Ramli Bin Said - Penolong Kanan HEM
En. Rustam Bin Salini - Penolong Kanan Ko-kurikulum
Pn. Hjh. Saleha Bt. Mohamad Sah
Pemeriksa Kira-kira :
1. Pn. Hamisah Bt. Ismail
2. Pn. Aminah@Arni Bt. Mohamad
16
Cucur badak di kedai nenek,
Murahnya harga dapat berjimat;
Ajar budak akhlak yang baik,
Dunia dibangga, akhirat selamat
Pulang pemburu dengan riangnya,
Dapat menghambat si anak rusa;
Berjuang guru dengan ilmunya,
Menobat martabat si anak bangsa.
Ayu semarak di sisi bonda,
Kekal berseri jambangan gelora;
Guru pencorak generasi muda,
Bakal mengisi kepimpinan negara.