The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shazreena.azeril, 2021-05-27 11:48:25

BAHANA PROGRAM REALITI TV

BAHANA PROGRAM REALITI TV

SESI DISEMBER 2020

DIB5B

KOMUNIKASI & PENYIARAN ISLAM
(DUA 6022)

E-FOLIO (20%)

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZAH RAHIMAH BT HALIM

DISEDIAKAN OLEH:

AININ SOFIYA BT SYARIFUL AZHAR 17DIB18F2013
NURUL SHAZREENA BT AZERIL 17DIB18F2040

NUR ATIKA BT MD DAUD 17DIB18F2054
NURUL LIYANA AFIQAH BT AHMAD 17DIB18F2022

NURUL NADIAH BT AZMI 17DIB18F2055
NUR HAFIZAH BT ABD RAHIM 17DIB18F2034

E-MAJALAH

.

PROGRAM
REALITI
TELEVISYEN

Edisi 2021

SIDANG EDITOR

Ketua Editor
Nur Atika Bt Md Daud

Penolong Editor
Nurul Shazreena bt Azeril

Pengumpul Maklumat 1 Pengumpul Maklumat 2
Nur Hafizah bt Abd Rahim Nurul Nadiah bt Azmi

Pengumpul Maklumat 3
Nurul Liyana Afiqah bt Ahmad

Editor Penulisan
Ainin Sofiya bt Syariful Azhar

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 1-2

PENGARUH HEDONISME DALAM 3-9
KALANGAN MASYARAKAT

PEMBAZIRAN WANG 10-14
MELALAIKAN 15-21

PENGGUNAAN BAHASA SEMAKIN LENYAP 22-25

PERGAULAN BEBAS ANTARA LELAKI DAN 26-30
PEREMPUAN

LANGKAH-LANGKAH UNTUK 31-34
MENGELAKKAN KESAN NEGATIF

KESIMPULAN 35-36

PENGENALAN

Melalui televisyen, pelbagai bentuk maklumat
berbentuk rancangan sama ada berita, dokumentari,
drama filem, temubual dan sebagainya dapat dinikmati.
Dan bermula dari sinilah pengaruh dan kesan hiburan itu
berakar umbi pada hati masyarakat Malaysia secara amnya.

Ini termasuklah rancangan
hiburan berbentuk realiti
televisyen yang telah
menjadi kegilaan ramai
terutamanya golongan
remaja. Walaupun
rancangan hiburan seperti
ini diterbitkan secara
bermusim namun ianya
tetap memberikan kesan
dan pengaruh yang kuat
terhadap gaya hidup
masyarakat Malaysia.

Begitu juga terhadap pembentukan ahklak dan nilai moral
yang bertentangan dengan agama dan budaya masyarakat
Malaysia. Salah satu program berbentuk realiti televisyen
kian popular di kalangan rakyat Malaysia masa kini seperti
“Vokal Mania (2020)” yang bertujuan untuk mencungkil
bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian dan
mengetengahkan bakat sebagai seorang penyanyi yang
diasuh dengan menyertai pertandingan.

1

Akibat pendedahan terhadap dunia hiburan yang
keterlaluan, generasi muda sekarang tidak memikirkan
masa depan mereka dengan baik, malahan mereka sering
terpedaya, mudah terikut-ikut dengan apa yang ditonton

dan meluangkan begitu banyak masa sekali di depan
televisyen. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya

pergaulan bebas tanpa batasan diantara lelaki dan
perempuan, sentuh bersentuhan, peluk berpelukan dan

berpegangan tangan diatas pentas, perkara ini seolah-
olah menjadi kebiasaan dan tidak salah bagi mereka
seperti tiada hukum tentangnya.

Menurut Datuk Hassan Din al-Hafiz,
rancangan hiburan sebegini lebih
menjurus kepada kerosakan akhlak.
Berpelukan dan bercampur gaul
sesama lelaki dan perempuan tanpa
batas, itu sudah diketahui oleh umat
Islam bahawa ia satu perbuatan
yang tidak dibenarkan oleh Islam.

Tetapi yang menjadi satu kemusykilan, mengapakah tidak
banyak kesedaran yang dibuat di negara kita untuk
menunjukkan dan menyedarkan masyarakat bahawa
program realiti televisyen ini lebih banyak mendatangkan
kemudaratan berbanding kebaikan? Program rancangan
realiti TV seperti ini telah mendapat sambutan dan
berjaya menambat hati para penonton dengan begitu
meluas sekali. Dan nampaknya masyarakat kita masih
tidak nampak kesannya terhadap kehidupan.

2

BAHANA
PROGRAM
REALITI
TELEVISYEN

PENGARUH HEDONISME

PEMBAZIRAN WANG

MELALAIKAN
PENGGUNAAN BAHASA SEMAKIN

LENYAP
PERGAULAN BEBAS

PENGARUH HEDONISME
DALAM KALANGAN
MASYARAKAT

Hedonisme menurut pengertian Kamus Dewan edisi ketiga
ialah pegangan atau pandangan yang mementingkan
keseronokan atau kesenangan hidup. Pandangan Meor Hisham
Zulkifli dalam satu artikel berkaitan hedonisme adalah ianya
satu fahaman yang hanya mementingkan kesukaan dan
kemewahan dalam hidup tanpa menghiraukan ianya
bertentangan dengan agama dan bercanggah dengan tatasusila
kehidupan.

Hedonisme merupakan cara
hidup yang mengagendakan
keseronokan sebagai tujuan
utama hidup. Dari akar pemikiran
tersebut menyebabkan penganut
hedonisme akan menilai hakikat
kebenaran berdasarkan
keseronokan. Apa-apa ajaran dan
nasihat yang tidak mendatangkan
keseronokan, maka ia dianggap
salah.

3

PENGARUH HEDONISME
MELALUI PROGRAM
HIBURAN REALITI

Ledakan hedonisme melalui hiburan yang paling besar di
negara ini ialah apabila bermulanya program hiburan
berbentuk realiti seperti Akademi Fantasia. Hafiz Hamzah
mengatakan program realiti TV, Akademi Fantasia (AF)
benar-benar meledakkan pangaruh yang luar biasa di
kalangan penonton rancangan televisyen tanah air.
Kemunculan Akademi Fantasia buat pertama kalinya di
siaran Astro pantas menjadi tajuk perbualan orang ramai
tidak kira tua atau muda. Jelasnya hiburan memang cukup
sinonim dengan sanubari yang menginginkan keseronokan
dan kegembiraan lebih-lebih lagi hiburan itu adalah hiburan
yang serasi dengan jiwa kebiasaanya remaja yang sedang
mencari identiti mereka. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi
bahawa hiburan dan hedonisme memang berkait rapat.

AKIBAT PENGARUH HEDONISME

Hedonisme merupakan satu ancaman
yang bahaya yang menyerang umat
Islam dari segi gaya hidup. Hedonisme
meninggalkan kesan ke atas umat Islam
di dalam dua perkara yang dianggap
teras agama Islam yang sepatutnya
boleh bertindak sebagai pelindung
umat Islam iaitu:

4

❖ AKIDAH :

Ia boleh di ibaratkan sebagai akar tunjang yang
menjunam jaum ke dalam tanah bagi mengekalkan
sebatang pokok sentiasa tegak berdiri. Tanpa akidah,
akan rosaklah nilai iman seseorang. Dalam hal ini,
apabila seseorang mengamalkan ideologi ini ia di
ibaratkan sebagai menolak ketauhidan dan sudah
pastilah akidah sebagai galang gantinya.

❖ AKHLAK :

Akhlak ibarat pakaian seseorang dan tanpa akhlak
seseorang diibaratkan tanpa pakaian. Akhlak merujuk
kepada sikap seseorang tentang perhubungannya
dengan Tuhan, sesama manusia, alam sekitar dan
haiwan. Akhlak dalam Islam meliputi keseluruhan
aspek kehidupan seseorang muslim yang telah
ditentukan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Hedonisme
ialah salah satu sistem moral dalam masyarakat barat
yang meletakkan pengukuran keseronokan sebagai
ukuran bagi semua pekerjaan yang dilakukan dan
sudah pastilah seronok itu dalam perkara-perkara yang
berkait dengan nafsu. Apabila nafsu tanpa kawalan
akal, maka hancurlah akhlak.

5

DALIL AL-QURAN : SURAH LUQMAN 6 - 7

‫ِليُ ِض َّل َع ْن َس ِب ْي ِل‬ ‫لَُه ْهُزَوو ۗاا ْلاُ َحو ِٰٰۤلد ِٕىْي َكِث‬ ‫َو ِم َن النَّا ِس َم ْن يَّ ْشتَ ِر ْي‬
‫لَ ُه ْم َع َذاٍ هم ِه ْين‬ ‫ّٰلّٰلاِ ِب َغ ْي ِر ِع ْل ٍۖم َّويَتَّ ِخ َذ َها‬

6. Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan
percakapan kosong untuk menyesatkan (manusia) dari jalan
Allah tanpa ilmu dan menjadikannya olok-olokan. Mereka itu
akan memperoleh azab yang menghinakan.

‫لَّ ْم‬ ‫ُم ْستَ ْكبِرا َكاَ ْن‬ ‫ََوو ْلّٰقرىۚا‬ ‫َع َل ْي ِه ٰا ٰيتُ َنا‬ ‫َواِ َذا تُتْٰلى‬
‫اَ ِل ْيم‬ ٍ‫فَ َب ِش ْرهُ ِب َع َذا‬ ‫فِ ْٓي اُذُ َن ْي ِه‬ ‫يَ ْس َم ْع َها َكاَ َّن‬

7. Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia
berpaling dengan menyombongkan diri seolah-olah dia
belum mendengarnya, seakan-akan ada sumbatan di kedua
telinganya, maka gembirakanlah dia dengan azab yang pedih.

Firman Allah SWT dalam surah Luqman ini menjelaskan
tentang tabiat budaya hidup hedonisme. Sesuai dengan
mesej surah tersebut yang mengemukakan topik
pendidikan. Surah Luqman sekaligus mendedahkan bahawa
hedonisme merupakan ancaman yang sentiasa mengganggu
proses pendidikan generasi pelapis yang diidamkan

6

Jeremy Bentham Antara tokoh hedonism
barat moden ialah
Pendapat Orang Ramai berpandangan bahawa
prinsip hedonisme
mempunyai hubungan
dengan fitrah yang
menghubungkaitkan
manusia dengan faktor
kesakitan dan kegembiraan.
Hanya faktor ini akan
mempengaruhi manusia
dalam sesuatu tindakan
iaitu menunjukkan apa yang
mesti dilakukan di samping
menentukan sesuatu
tindakan yang patut
dilakukan.

Budaya hedonisme melahirkan manusia yang keras hati,
menolak kebenaran dan sentiasa berada dalam kesesatan.
Kemewahan menjadikan hati manusia menjadi kasar, hilang
kepekaan dan merosakkan fitrah manusia. Malah ia turut
menyebabkan manusia bersikap sombong terhadap hidayah
dan berdegil di atas kepalsuan.Golongan yang hidup mewah
itu tertipu dengan nilai-nilai yang palsu dan nikmat-nikmat
yang fana. Mereka terperdaya dengan kekayaan dan
kekuatan yang ada pada diri mereka.

7

RUANGAN SOAL JAWAB

Q : Siapakah yang

bertanggungjawab dalam
membendung hedonisme ini?

A : Ahli keluarga terutamanya ibu

bapa boleh mula mempraktikkan
perilaku yang betul dan
menunjukkan model peranan yang
baik kepada anak-anak untuk
mengikuti.

Penyelidikan telah menunjukkan
bahawa tingkah laku kanak-kanak
berkait rapat dengan penjaga
mereka. Oleh itu hal ini demikian
adalah penting untuk anak-anak
mengikut contoh yang baik. Dengan
ini ibu bapa boleh mendidik anak-
anak mereka tentang keburukan
budaya hedonisme seperti terlalu
taksub menonton dan mengikuti
perkembangan artis dalam program
reality tv.

8

PUISI

Baikkah hedonisme? Ya baik untuk orang tertentu saja.
Benarkah hedonisme? Ya benar untuk orang tertentu saja.
Silakan jalani itu faham sempurna menurut anda,
tapi tak usah ajak diriku menapaki.

Kerana bagiku, hedonisme itu faham yang cacat,
bagai memisahkan kepala dengan kaki,
hanya tentang satu sisi saja dari manusia.
Mengganggap kesenangan dan kenikmatan peribadi sebagai
tempat berlabuh,
tujuan akhir perjalanan.

Jadinya, menghindari hal yang tidak menyenangkan,
menghindari tanggungjawab sosial.
Hanya mengejar materi, faham orang-orang yang
berlumba mengejar kekayaan peribadi, individualisme.
Tapi mengabaikan derita sosial.

Kusingkatkan saja
Hedosnisme itu membuat seseorang selalu haus kesenangan.
Berpacu dalam waktu ingin ‘kebahagiaan tinggi’ tetapi tak akan
pernah,
kerana pijaknya rapuh, tak utuh.

9

PEMBAZIRAN WANG

Banyak rancangan hiburan
realiti di televisyen yang
menggunakan kuasa
penonton untuk
menentukan pemenangnya.
Pihak penganjur sengaja
mengambil kesempatan dan
peluang yang ada asalkan
mereka peroleh keuntungan.

Pada kelazimannya,
penonton diberikan kuasa
mengundi pemenang
menerusi sistem khidmat
Remaja pada masa kini suka pesanan ringkas (SMS).
membazirkan duit kearah hiburan Mereka yang taksub dengan
program realiti televisyen. Diusia peserta yang paling diminati
mereka sepatutnya sudah pandai sanggup melalukan apa-apa
menguruskan kewangan sendiri sahaja demi kejayaan
dan menabung untuk masa depan peserta itu.
mereka. Malah yang sebaliknya
pula yang berlaku.

10

Contoh yang lain adalah:
Setiap pertandingan atau apa
sahaja program hiburan reality tv
ini pasti ada penaja. Penaja-
penaja ini mengambil kesempatan
untuk mempromosi dan menjual
produk mereka sahaja.

Kerana mereka tahu masyarakat di Malaysia ini pasti akan mudah
terpengaruh dan akhirnya mereka beli. Seperti rancangan
Mentor Milennia yang ditaja oleh KFC dan Oppo. Ini akan
menyebabkan orang ramai akan turut membelinya walaupun
mereka sudah makan ataupun sudah pun mempunyai gajet
mereka sendiri.

DALIL AL-QURAN :
SURAH AL ISRA’’ 27

‫اِ ْخ َوا َن‬ ‫ال َّش ٰي ِِاط ْي َّن ِناْۗل َوُمبََك ِاذ َِرن ْيا َلن َّش َْكيا ٰنُط ْٓوُان‬
‫ِل َربِه َكُفُ ْورا‬

“Dan janganlah engkau membelanjakan
hartamu dengan boros yang melampau.
Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu

adalah saudara-saudara Syaitan.”

11

Rasulullah SAW melarang amalan pembaziran dan tidak
pernah melakukan sesuatu yang melampaui batas. Perkara ini
ada dijelaskan dalam hadis: “Ketika Mu’awiyah berkunjung ke
Kufah, maka Abdullah bin Amr bercerita mengenai Rasulullah,
katanya Rasulullah SAW tidak pernah melampaui batas dan
tidak pernah melakukan perkara keji. Beliau juga berkata:
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling
baik antara kamu adalah orang yang paling baik budi
pekertinya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

PENDAPAT PAKAR

Ibnu Mas’ud menjelaskan bahawa pembaziran adalah
perbuatan menafkahkan (mengeluarkan) atau menggunakan
harta pada jalan maksiat.

Begitu juga takrif yang diberi oleh
Ibnu Kathir. Pembaziran sebagai
perbuatan mensia-siakan nikmat
Allah kepada perkara-perkara
maksiat yang melanggar perintah
Allah S.W.T. Contoh, mengeluarkan
sejumlah duit yang bukan sedikit
untuk berhibur di tempat-tempat
hiburan yang melalaian seperti
menonton secara langsung AJL
dengan bercampur antara lelaki
dan perempuan yang bukan
muhrim dan seumpamanya.

12

PENDAPAT ORANG RAMAI

Orang ramai beranggapan bahawa rancangan hiburan
pada masa kini banyak yang memang mementingkan
keuntungan dan pentingkan diri kerana mereka suka
menggunakan konsep seperti undi peserta kegemaran dan
memperoleh keuntungan dari situ.
Wang yang digunakan pada
jalan sia-sia dilarang oleh
Allah SWT.

RUANG SOAL JAWAB

Q : Mengapa pembaziran wang ini sering berlaku?
A : Kerana pengaruh daripada

rancangan realiti tv contohnya cara
pemakaian artis yang ada didalam
rancangan. Mereka memakai
pakaian yang berjenama dan
mahal. Masyarakat zaman
sekarang lebih suka mengikuti
trend apatah lagi sekiranya mereka
yang obses dengan artis tersebut.
Bagaimanakah hendak mengelak.

13

SAJAK

Ketidakpedulianku memakan diri, Takkan kulupa juga hal yang perlu

Sedangkan nasihat tiada bernoktah, diutama,

Nasihat untuk kebaikan diri, Hidupkan amalan menabung,

Kini merana bak ikan di darat Pabila susah tiada yang menolong,

Hanya diri tempat bergantung.

Ibu pernah berpesan kepadaku,

Hidup tak selalu warna-warni, Wahai rakan penyambung warisan,

Saat belanja, kehendak diketepi Berakallah ketika berurusan dengan

keperluan diutama, tunai,

Jika diikuti, sejahteralah hidup Berjimatlah sebelum habis,

selamanya. Keborosan memakan diri.

Teringatku akan bait kata ayahku, Kekayaan tidaklah abadi,

Padamkan keborosan dalam dirimu, Ingatlah kepada Yang Maha Tinggi,

Sesallah dulu pendapatan, Yang Kuasalah Maha Memberi,

Kemudian sesal tiada guna. Buat hambanya yang bersyukur

merendah diri.

Dahulu nenda pernah berwasiat,

Berjimat itu tuntutan agama,

Penyuluh dikala kesusahan,

Penyelamat pada hari tua.

Guruku juga pernah berpesan,
Tuntutlah ilmu dengan kesungguhan,
Bantulah hidup keluarga,
Agar keluar dari kepompong kepayahan.

14

MELALAIKAN

▪ Remaja yang terlalu taksub
dengan rancangan hiburan realiti
akan membazirkan masa tanpa
berfaedah. Setiap detik yang
berlalu hanya membawa minda
mereka ke alam hiburan realiti.
Mereka sentiasa memikirkan
perkara-perkara yang berkaitan
dengan rancangan hiburan itu
sambil terus meminggirkan
perkara-perkara yang lebih
penting, terutamanya agama,
pelajaran dan pekerjaan.

Sebagai contoh, apabila rancangan “I Can See Your Voice”
hampir ke udara, maka perasaan teruja akan menyebabkan
remaja yang fanatik dengan rancangan itu akan melupakan hal-
hal yang lain. Dalam konteks ini, sudah terang lagi bersuluh
bahawa rancangan realiti di televisyen mengakibatkan tumpuan
pemikiran remaja beralih dari bidang akademik ke bidang yang
remeh-temeh.

15

▪ Kemunculan rancangan
hiburan yang berbentuk realiti
tv telah menjadi virus yang
menyebabkan barah dalam
masyarakat semakin parah.
Fanatisme terhadap hiburan
telah menjadikan golongan
remaja semakin alpa dan lalai
terhadap peranan dan
tanggungjawab mereka yang
sebenar. Keseronokan
menghayati dunia hiburan
telah mengatasi segala-
galanya.

Antara contohnya ialah membuat koleksi album gambar,
koleksi video, dan lambakan majalah hiburan memenuhi
ruang kamar remaja mahupun orang dari kalangan dewasa.
Demikian juga halnya dengan gambar dan poster bintang
pujaan mereka yang memenuhi dinding, fail dan kulit buku
remaja pelajar.

▪ Rancangan realiti TV jugak banyak mengakibatkan masa
seseorang Muslim terbuang, terutamanya dalam
menunaikan kewajipan Muslim seperti solat, membaca Al-
quran dan lain lain. Situasi ini menjejaskan kelancaran
aktiviti harian seorang Muslim yang berkenaan.

16

Bagi sesetengah Muslim pula, mereka sanggup menangguh
solat wajib semata-mata untuk berada di hadapan
televisyen bagi mengikuti perkembangan rancangan hiburan
yang bersifat realiti yang menjadi kegemaran mereka.

Segelintir muslim pulak sanggup
menghiraukan perintah allah
swt dalam keadaan sedar atau
tidak sedar hanya kerana
terbawa bawa dengan dunia
realiti tv tersebut. Sekiranya
amalan ini berterusan, ini adalah
haram dan berdosa kerana
bertentangan dengan agama,
hanya disebabkan terpengaruh
dengan perkara lagha dan sia
sia.

Kehidupan manusia adalah bergantung kepada penggunaan
masanya. Oleh itu, Islam amat mengambil berat tentang
masa dan memberitahu manusia bahawa setiap detik
masanya adalah amat berharga. Sudah cukup untuk
menggambarkan betapa besarnya nilai masa dalam Islam
dengan Allah sendiri bersumpah dengan masa dalam
firmanNya yang selalu didengar ,

17

DALIL AL-QURAN
SURAH Al- ‘ASR 1 - 3

Firman Allah SWT,

“Demi masa..Sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman

dan mengerjakan amal soleh dan nasihat mengnasihati
supaya mentaati kebenaran dan nasihat mengnasihati

supaya menetapi kesabaran.”

Dalam ayat di atas Allah bersumpah dengan masa
bagi menunjukkan kepada manusia sekeliannya
bahawa masa menjadi saksi terhadap berjaya atau
gagalnya manusia, untung atau ruginya mereka.
Manusia yang berjaya dan beruntung ialah manusia
yang memanfaatkannya masanya di dunia (untuk
beriman, beramal soleh, melaksanakan perintah
Allah dan sebagainya bagi bekalan ke akhirat) dan
manusia yang gagal dan rugi ialah manusia yang
mensia-siakan masanya.

18

SAJAK

Laksana pantas pedang mencencang
laksana deras air terjun tiada putus.
Laksana emas berbungkal
kerugian jika kehilangan.

Segerakan waktu wajibnya berdiri dan sujud
mengadap Ilahi Rabbi
usah dilewati walau sedetik cuma.
Usah hanyut dengan pesona dunia sementara
meleka memperdaya mengalpa.

mudahnya terlalai walau seketika kerugian terasa.
Demi waktu yang membawa takdir-Nya
memuliakan hamba hamba yang beriman
lagi bertakwa.

Diangkat darjat setingginya
amalan soleh setulus jiwa
Setepat masa perentah-Nya
agar kita tidak menanggung penyesalan
merugikan berat timbangan amal
di hari pembalasan.

Demi Waktu....
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian
kecuali orang yang beriman dan beramal soleh.

19

PENDAPAT PAKAR

Menurut Peter F. Drucker, dalam Ambosworkz (2005)

“Masa merupakan sumber yang
paling sukar didapati dan tidak ada
sesuatu pun yang dapat diurus
kecuali masa diurus”. Perkara ini
jelas kepada kita bahawa
pengurusan masa bukan sesuatu
yang mudah tetapi ianya boleh
dicapai jika kita disiplin dan tidak
meletakkan hiburan sebagai
keutamaan dalam hidup seharian.

PENDAPAT ORANG RAMAI

“Buka peti televisyen. Lihat, siaran televisyen pada masa sekarang
jika ingin dibandingkan pada masa dahulu memang ternyata ketara
bezanya. Rancangan-rancangan yang ditontonkan sudah pasti ada
yang berfaedah kerana bukankah fungsi televisyen itu untuk
menyampaikan maklumat selain daripada ianya sendiri satu
hiburan? Hiburan? Tidak semua hiburan itu berunsur negatif dan
tidak semuanya positif. Imbas kembali, pada suatu ketika dahulu,
negara kita dilanda dengan program realiti TV iaitu demam
Akademi Fantasia. Ramai yang berpendapat bahawa rancangan
realiti tv ini memberikan kesan negatif terutamanya kepada
remaja kerana rata-rata penontonnya adalah golongan remaja.

20

Ianya menjadi satu kesan negatif apabila pengacara rancangan
itu sendiri memaperkan lawak lawak menyindir dan peserta yang
berpakaian yang seksi bahkan ada segelintir dari mereka
menggunakan kata kata kasar. Setelah musim demi musim berlalu,
rancangan ini semakin jadi pudar dan hambar kerana terdapat
stesen televisyen yang lain juga menerbitkan rancangan realiti tv
yang seakan-akan sama konsepnya dengan Akademi Fantasia.

Adakah kita sudah ketandusan
idea baru yang ke arah rancangan
realiti tv yang lebih baik dan
berunsur positif? Kenapa
kebanyakan rancangan realiti TV di
negara kita terlalu banyak
berunsurkan nyanyian hiburan dan
lawak bodoh semata-mata? Saya
berharap pada masa hadapan kita
juga dapat membuat satu
rancangan realiti tv yang berunsur
positif dan memberi manfaat
kepada orang ramai.

RUANGAN SOAL JAWAB

Q : Apakah yang akan terjadi kepada manusia yang suka

akan perkara melalaikan seperti ini?

A : Orang tersebut tidak akan ada masa depan yang cerah

dan baik untuknya kerana tiada kepentingan dalam
kehidupan dan jiwa mereka juga akan berasa kosong.

21

SEMAKIN LENYAP

Konteks Melayu dari segi pentakrifan sosiobudaya cukup luas,
namun dari segi undang-undang agak sempit, iaitu meliputi
penduduk Malaysia sahaja seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia, Fasal 160. Melayu didefinisikan sebagai
seseorang yang menganut agama Islam,
bertutur dalam bahasa Melayu, dan
mengamalkan adat istiadat Melayu. Dalam
hal ini, kedua-dua faktor iaitu bahasa dan
budaya penting dalam menentukan status
bangsa Melayu. Namun, yang menjadi
persoalan kini adakah hanya lambang Melayu yang tidak akan
hilang? Justeru, perbincangan ini diteliti berdasarkan beberapa
fenomena yang seolah-olah cuba 'melenyapkan' konsep Melayu.
Perbincangan difokuskan kepada satu aspek yang meninggalkan
pengaruh besar ke arah pembentukan budaya kebangsaan, iaitu
pengaruh media elektronik yang dikhususkan kepada televisyen.

Dilihat bahawa satu fenomena yang semakin mengancam
kedudukan bahasa Melayu dewasa ini, iaitu melalui kemunculan
rancangan bercorak reality. Program Adaptasi antara fenomena
yang tidak dapat dinafikan dewasa ini ialah kebanjiran program
yang bercorak realiti di kaca televisyen (TV) tempatan.

22

PENDAPAT PAKAR & ORANG RAMAI

Isu ini juga turut mendapat perhatian
serius daripada bekas Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang
pernah menegur stesen TV supaya tidak
terlalu ghairah dengan kepentingan
komersial semata-mata. Menurut beliau
lagi, soal etika dan nilai moral rakyat juga
perlu dititikberatkan. Hal ini kerana TV
dianggap sebagai medium informasi yang

begitu hampir dengan masyarakat dan boleh memberi pengaruh
yang besar terhadap masyarakat setempat. Pendapat orang
ramai berkaitan isu ini, masyarakat terlalu mengangungkan
budaya barat yang kononnya dianggap mengikuti peredaran
zaman pada masa kini. Hal ini, sehinggalah mereka melupakan

bahasa melayu iaitu bahasa mereka
sendiri. Selain itu, pentingnya penonjolan
bahasa yang mencerminkan masyarakat
penuturnya sebagai masyarakat
Malaysia. Dalam konteks ini, Malaysia
hanya mempunyai satu sahaja bahasa
rasmi yang seharusnya bertindak sebagai
bahasa komunikasi dan juga bahasa
perantaraan. Namun, apa yang berlaku
tidak seperti yang diharapkan. Pihak penganjur nampaknya
lebih cenderung memilih bahasa Inggeris sebagai bahasa
perantaraan. Apa pula sebabnya tidak dinyatakan secara
jelas. Namun, apa yang pasti, penyertaan ini hanya
dikhususkan kepada warganegara Malaysia.

23

DALIL AL-QURAN &
HR AL BUKHARI

‫ََاأ ََْولعََِّحينذََُّْندهارَاثل ًََّوَننعِعَاداَي َّ ََِطبنواِساِذِلءََ َّعنرْاصيبهٍََُ ِعّدصنلاْبَََياحرَََُّنهّسىلَُأناِل ٍَيَقرلبَاْع ََوَلَعلْميَْْ َِنرَسهفيَلَََأَِمُميوك َبنَوساحهلَ َّ َسُدمَِجثعَنَْيقاحٍاََأد ُرَب َلرََولِ َضت ََّغيت َِبَّض ُبسعااََلَّهَّنَلنُلس َََلقسَْاَعك َُْنتَل ُنُهم ََموح َُّْهدن َثُِقَْقيل َْبننَلا ََُكيْزيْا ُم َدرُِْبشسُْنًوباَأَلِْبساَِلَشهَّْلِمٍلب‬

“Sesungguhnya kalian akan mengikuti perilaku umat sebelum
kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta,

sehingga kalau mereka masuk kedalam lubang biawak pun,
kalian ikuti.” Kami (Abu Sa’id al-Khudri) bertanya, “Ya Rasulullah

(apakah yang diikuti itu) adalah Yahudi dan Nasrani?”
Rasulullah menjawab, “Siapa lagi (kalau bukan mereka).”

Hal ini menunjukkan bahawa, TREND ikut- mengikut ini sudah
pernah disebut dalam hadith oleh Rasulullah SAW. Pada masa
kini, manusia lebih terpesong ke arah barat yang menyebabkan
mereka terlalu taksub terhadap budaya dan bahasa barat
sehinggakan bahasa Melayu semakin dilenyapkan.

24

RUANGAN SOAL JAWAB

Q : Apakah lambang kepada bangsa Melayu ?
A : Sebagai lambang bangsa Melayu, seseorang itu
mestilah berbudaya dan berbahasa Melayu. Dalam
hal ini, menjadi peranan masyarakat Melayu
khususnya dan masyarakat Malaysia umumnya
memikul tanggungjawab mengekalkan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan,
dan juga bahasa perantaraan negara. Jika negara
terus membangun, tidak bermakna kita tidak boleh
menoleh ke belakang untuk meninjau atau
mengimbas kembali peranan yang pernah
dimainkan oleh individu-individu tertentu dalam
memartabatkan bahasa Melayu.

25

PERGAULAN BEBAS
ANTARA LELAKI DAN
PEREMPUAN

Seperti yang kita semua
sedia maklum, tipulah jika
dunia ini tidak ada interaksi di
antara lelaki dan wanita.
Tidak berkembanglah sesuatu
umat jika lelaki hanya
berinteraksi dengan kaum
lelakinya sahaja dan wanita
berinteraksi dengan kaum
wanitanya sahaja. Jikalau hal
ini berlaku, tidak akan adalah
generasi cucu cicit Nabi Adam
di dunia ini. Dalam Islam,

pergaulan di antara lelaki dan wanita diharuskan. Keadaan
dan situasi yang dimaksudkan ialah darurat, hajat (keperluan),
mashalat Syar’ ie dan kebiasaan adat setempat. Namun, pada
masa kini masyarakat tidak lagi menitik beratkan mengenai isu
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Tambahan pula
dalam isu program rancangan reality TV.

26

Kemungkinan rancangan reality TV mempunyai daya tarikan
tersendiri, tetapi daya tarikan yang melalaikan dan
menghayalkan, seperti yang disebutkan oleh Pegawai Agama
Istana Negara, Datuk Hassan Din al-Hafiz, rancangan tersebut
lebih membawa kepada kerosakan akhlak. Berpelukan dan
bercampur gaul sesama lelaki dan perempuan tanpa batas,
namun mereka (peserta) itu berselindung di sebalik nama
sebagai seorang artis, tanpa disedari mereka didedahkan
dengan dunia khayalan dalam bentuk reality yang menjadikan
glamor dan terkenal sebagai motif utama.

Program realiti tv yang banyak memaparkan
adegan yang menjerumus kearah budaya
kuning dari barat mampu menghapuskan
budaya ketimuran masyarakat islam di
Malaysia. Contohnya, kita boleh lihat apabila
seseorang peserta program nyayian tidak
kiralah daripada Akademi Fantasia
sehinggalah ke Mentor pasti ada adegan
menangis dan berpelukan antara lelaki dan
perempuan padahal mereka bukannya
muhrim. Adegan-adegan seperti inilah yang
akan dipertontonkan ke seantero Malaysia
danmampu merosakkan masyarakat
terutamanya golongan remaja yang masih
belum cukupdewasa dan matang untuk
meintrepetasikan adegan yang mereka lihat.
Ini sekaligus akan meningkatkan kadar
maksiat dalam kalangan remaja dan akan
menghampiri zina.

27

DALIL AL-QURAN :
SURAH ANNUR 30 - 31

Di zaman yang sangat terbuka seperti saat ini dimana
berbagai contoh baik dan buruk mudah sekali didapati di media
baik television mahu pun internet, sebagai umat islam wajib
menghindari segala sesuatu yang tidak sesuai syariat islam,
iman menjadi asas nya, dengan memiliki iman yang kuat,
seseorang akan mampu membedakan yang boleh dan tidak
boleh dilakukan. Hendaknya dalam pergaulan tetap disertai
dengan rasa istiqomah untuk menjaga diri agar tidak terjerumus
dalam perbuatan maksiat.

‫ُق ْل ِّل ْل ُم ْذٰؤِِلم َِن ْك َ َان ْ َزيىُٰغك َُّل ُضهْ ْوْۗام ِِام َّ ْنناَاَْ هبّلََلصاَ ِخرِِب ْه ْرْبم ِبَ َوَميا ْ َيح َ ْف ُص َظن ُْعواْو ُفَ ُنرْو َج ُه ْْۗم‬

30. “Katakanlah kepada laki laki yang beriman, hendaklah
mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya,
yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya
Allah maha mengetahui apa yang mereka perbuat.

‫َو ُق ْلُي ِّْبل ِْلدُْمي ْ َؤنِم ِٰن ْزي َِن َتتُهَي َّْنغ ِاََُّضل ْ َمضا َنَُجِظُيمَ ْه َْونِبر َِاِ ْهبم ْن ََنهصااّ َِ َروِّْله َي َّّنْ َ ِوَْضيب َْنح َ ِفب ْ ُظخ َُمن ِرُِفهُرَّْنو َ َجعُ ىَهّ َّلن َوََل‬
31. “Katakanlah kepada wanita wanita yang beriman, hendaklah
mereka menundukkan pandangannya dan kemaluannya dan
janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang
(biasa) terlihat”

28

Penjelasan dari firman Allah tersebut ialah perintah untuk
laki laki dan perempuan mukmin agar senantiasa menjaga
diri dan memelihara kehormatannya dengan jalan
pergaulan yang sesuai dengan syariat islam.

PENDAPAT PAKAR & MASYARAKAT SEKITAR

Pandangan yang diberikan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di
dalam Fatawa Muasyirah, Jilid 2 menyebutkan :
”Pada prinsipnya, perhubungan di
antara lelaki dan wanita tidaklah
ditolak secara keseluruhan,
malahan dibolehkan selagi mana
ia bermatlamatkan kebaikan dan
atas perkara-perkara yang
dibenarkan syarak.. Dan wajib
patuhi kehendak dan ajaran Islam
serta prihatin tentang akhlak dan
adab”.

Di samping itu, menurut Penolong Pengarah yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia (YADIM), Mohd Shauki Abdul Majid, generasi
kita tidak fikir soal impak program hiburan reality yang boleh
membawa kepada gejala negatif seperti pergaulan lelaki dan
perempuan tanpa batasan. Pergaulan bebas lelaki dan
perempuan, percakapan keterlaluan dan cara penampilan diri
yang bertentangan dengan adat dan budaya Malaysia sudah
banyak menjadi asam garam program realiti ini.

29

Hiburan menjadi agenda utama media massa apabila

kebanyakan promosi yang diberikan media kepada para artis

melebihi para ilmuan dan tokoh sarjana. Tokoh-tokoh akademik,

para ulamak, negarawan kurang ditonjolkan pencapaian dan

su. ummabt,anaggaanmay,anbgantgeslaahdamnenreekgaarala.kSuekbanalikunnytau,k pembangunan
artis-artis lebih

diberi pelbagai anugerah dan dijulang nama. Pencapaian para

artis lebih mendapat liputan pihak media, berbanding

kecemerlangan para cerdik pandai Negara.

RUANGAN SOAL JAWAB

Q : Apakah keburukan pergaulan
bebas antara lelaki dan perempuan ?

A : Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
merupakan perkara negative. Oleh itu, sudah tentu ia
mempunyai pelbagai keburukan yang dapat dikaitkan
dengan perbuatan tersebut. Antaranya ialah menjejaskan
imej remaja, tindakan remaja ini turut menjejaskan imej
masyarakat dan negara. Selain itu, penyimpangan seks, iaitu
zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap
Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "dan
janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu
perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat
buruk." Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar
sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan
akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan
diri daripada zina.

30

LANGKAH-LANGKAH
MENANGANI BAHANA PROGRAM

TELIVISYEN

1) MENGHADKAN RANCANGAN :

Bagi menangani kesan negatif rancangan
hiburan yang berkonsepkan realiti, bilangan
rancangan tersebut mestilah dikurangkan.
Di samping itu, tempoh siarannya perlulah
dihadkan atau dipendekkan. Kebanyakan
stesen televisyen tempatan menyiarkan
rancangan hiburan bersifat realiti tanpa had
untuk mengaut keuntungan.

Stesen televisyen harus memikul tanggungjawab sosial untuk
menyiarkan rancangan-rancangan yang lebih bersifat
mendidik masyarakat. Sebagai contoh, untuk golongan
kanak-kanak atau remaja yang bersekolah, kini sudah
terdapat rancangan yang berkonsepkan mendidiik seperti
rancangann didik tv yang disiarkan di NTV7, di astro tutor tv
juga terdfapat rancangan yang khusus untuk matapelajaran
tahun 1 hingga 6 dan tingkatan 1 hingga 5.

31

2) MENYEDIAKAN GARIS PANDUAN:

Pihak kerajaan hendaklah menetapkan garis panduan,
khususnya tentang perkara ysng berkaitan dengan akhlak
dan moral artis serta juri yang juri yang terlibat. Garis
panduan yang disediakan hendaklah menitik beratkan nilai-
nilai ketimuran rakyat Malaysia.

Sebagai contoh, penggunaan
bahasa kasar tidak dibenarkan.
Selain itu, batas pergaulan antara
artis lelaki dan perempuan serta
gaya pemakaian mereka haruslah
ditetapkan. Misalnya, rancangan
yang berkonsepkan anugerah dan
penyampaian hadiah seperti
Anugerah Bintang Popular Berita
Harian (ABPBH), Anugerah Meletop
Era (AME), Anugerah Skrin dan
sebagainya.

Penganjur seharusnya menetapkan
pemakaian yang menutup aurat
kepada artis-artis untuk rancangan
tersebut. Hal ini demikian kerana
penonton mudah terpengaruh
dengan apa yang terlihat oleh
mereka. Oleh itu, kerajaan atau
penganjur hendaklah menyediakan
garis panduan yang jelas.

32

3) MENGHADKAN MASA UNTUK KANAK-KANAK

Untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berumur 12
tahun ke bawah, ibu bapa seharusnya mengehadkan atau
mengurangkan masa anak-anak untuk menonton televisyen,
lebih-lebih lagi rancangan yang berkonsepkan rancangan realiti.

Hal ini kerana, kanak-kanak mudah atau cepat terpengaruh
dengan apa yang mereka lihat atau dengar. Dengan menonton
rancangan seperti iitu, akan memberikan kesan negatif
terhadap kanak-kanak contohnya dari segi persembahan yang
berunsurkan tarian pada rancangan tersebut.
Hal ini kerana kebanyakan tarian pada masa kini ianya lebih
merujuk kepada tarian barat serta pemakaian seseorang artis
atau penari tersebut juga lebih ke arah barat dan ini
membuatkan kanak-kanak mudah tertarik dan terpengaruh.

Oleh sebab itu, ibu bapa seharusnya
menegaskan kepada anak-anak
untuk mengurangkan waktu untuk
mereka menonton sesebuah
rancangan tersebut.

33

PANTUN

Sungguh dalam di tengah lautan
Tempat betapa sang buaya
Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tiada gunanya

Pantun ini bermaksud lebih baik menyedari
kesilapan awal-awal supaya boleh diperbetulkan. Di
dalam pantun ini juga menegaskan bahawa jika kita
tahu atau menyedari tentang sesuatu kesilapan, kita
mestilah segera betulkan kesalahan tersebut sebagai
contoh, dalam rancangan realiti tv, terdapat pelbagai
kesalahan yang boleh kita lihat seperti waktu
tayangan, pemakaian dan pergaulan antara lelaki dan
perempuan.
Di samping itu, penonton juga secara tidak langsung
melakukan kesilapan seperti lalai dalam melakukan
perkara yang wajib dilakukan, tidak melakukan kerja-
kerja yang sepatutnya dan pelbagai lagi. Oleh itu,
penganjur mahupun penonton jika telah menyedari
akan sesuatu kesalahan, maka seharusnya terus
memperbetulkan kesalahan tersebut supaya ianya
tidak menjadi suatu perkara yang sia-sia.

34

Apa yang dapat disimpulkan disini adalah apabila program-
program hiburan sebegini dilambakkan, kesannya minda
masyarakat akan banyak dibentuk dengan hiburan. Generasi
muda yang diharapkan menjadi barisan pelapis untuk
menerajui dan mencorak pembangunan ummah dan negara,
disibukkan dengan hiburan yang melampau-lampau.

Program realiti sememangnya mampu mempengaruhi
pemikiran anak-anak bangsa kita. Kita telah melihat pelbagai
kelab peminat yang fanatik terhadap artis-artis didalam
program reakiti tv ini. Ribuan peminat yang sanggup
menghabiskan masa dan wang demi artis yang mereka
sayangi. Kita juga dapat lihat hampir beribu-ribu rakyat
Malaysia yang telah menjadi ahli kelab artis-artis ini di dalam
facebook.

35

Dan akhir sekali, kita dapat melihat para remaja ini berlumba-
lumba untuk menyertai program realiti tv, padahal yang
berazam untuk pergi ke masjid mahupun surau amatlah
rendah bilangannya. Mereka ini lebih rela berpeluh dan
bersusah payah ke tempat temuduga untuk menyertai sesuatu
program realiti tv berbanding untuk bersusah payah untuk
menyertai program ilmu,atau ceramah dan forum yang
diadakan di surau mahupun masjid. Ini merupakan
perkembangan yang tidak sihat akibat pengaruh rancangan
realiti tv.

Natijahnya, menonton rancangan realiti tv bukanlah sesuatu
yang salah. Walaubagaimanapun, janganlah kita terlalu obses
menonton sehinggakan kita melupakan tanggungjawab kita
sebagai seorang muslim dan muslimah yang soleh dan
solehah. Justeru masyarakat terutamanya ibu bapa dan
golongan muda dan mudi haruslah bijak dalam menonton dan
memilih rancangan yang hanya mampu memberikan kita
kebaikan di dunia dan juga memberikan kita jalan yang lurus
untuk menghadap Allah SWT di akhirat kelak. Bersama-sama
kita mampu untuk berubah.

36


Click to View FlipBook Version