JENIS-JENIS HALANGAN KOMUNIKASI NUR ILLYA HUSNA BINTI NGADIMON
ANTARA JENIS HALANGAN KOMUNIKASI MAKLUM BALAS KOMUNIKASI SEHALA GANGGUAN SARAF PENERIMA PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA GANGGUAN LUARAN GANGGUAN EMOSI
maklum balas Komunikasi akan bergantung pada maklum balas penerima untuk menunjukkan keberkesanan sesebuah komunikasi dua hala berjaya disampaikan. Sebagai contoh, selepas sesi pengajaran selesai guru akan mengajukan soalan kepada murid-murid untuk memastikan kefahaman mereka. Seterusnya , sekiranya murid-murid tidak dapat menjawab soalan tersebut , maka situasi tersebut menunjukkan bahawa komunikasi yang dilakukan tidak berkesan. Oleh itu, maklum balas daripada para pendengar amat signifikan untuk memastikan tahap kejayaan komunikasi yang disampaikan.
komunikasi sehala Komunikasi sehala berlaku apabila pengirim berkomunikasi tanpa memerlukan maklum balas daripda penerima contoh dalam bentuk pidato, ceramah , syarahan dan sebagainya. Dalam konteks ini, pendengar hendaklah mendengar dengan lebih aktif kerana tidak berpeluang untuk mengajukan soalan-soalan atau maklumat yang ingin ditahu dengan lebih terperinci. Oleh itu , sudah terang lagi bersuluh bahawa komunikasi sehala juga merupakan salah satu jenis halangan dalam komunikasi.
gangguan saraf penerima Setiap insan yang normal sudah semestinya memiliki sistem saraf yang berfungsi sebagai sistem penghubung yang amat kompleks iaitu dalam mengirim dan menerima sesuatu info atau maklumat. Gangguan saraf ini ialah gangguan , kelainan atau kerosakkan yang berlaku dalam sistem saraf manusia sehingga menjejaskan fungsi sebenarnya. Pendengar atau penerima yang mengalami gangguan saraf sudah pasti akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat iaitu seperti lambat menafsir atau tidak dapat menafsir maklumat yang disampaikan . Oleh itu gangguan saraf penerima ini juga mempengaruhi halangan sesuatu komunikasi.
penyampaian menerusi saluran kedua Penyampaian menerusi saluran kedua akan melibatkan dua atau lebih dalam proses komunikasi atau juga boleh difahamisebagi ' orang tengah' . Metode sebegini dikatakan mampu menjadi halangan dalam komunikasi kerana penyampaian maklumat daripada pemberi mesej kepada penerima berkemungkinan tidak berkesan. Hal ini demikian kerana, proses komunikasi dari pemberi kepada ajen berkemungkinan tidak tepat sepenuhnya apabila sampai kepada penerima disebabkan tahap kefahaman , ingatan atau ketidaksediaan agen untuk menyampaikan maklumat kepada penerima mesej sebenar.
Gangguan emosi Emosi setiap manusia mempengaruhi perwatakan mereka, sebagai tamsilnya daripada segi pertuturan , mimik muka,reaksi muka dan lainlain ketika berlakunya proses komunikasi. Oleh hal yang demikian , setiap manusia perlu mengawal emosi dengan betul dan amat penting dititikberatkan agartidak sesuatu proses komunikasi itu berjalan dengan lancartanpa gangguan. Penyampai yang mengalami gangguan emosi sepatutnya memiliki nilai professional yang tinggi agar gangguan emosi tersebut tidak mengganggu proses penyampaian komunikasi. Hal ini kerana, kesulitan dalam mengendali emosi sendiri akan menyebabkan sesuatu maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan.
Gangguan luaran Gangguan luaran mempunyai maksud sinonim dengan gangguan yang datang dari persekitaran. Antara gangguan yang terlibat ialah bunyi bising dari dalam mahupun luar kawasan. Sebagai contoh, bunyi bising dari dalam kawasan ialah apabila sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp) sedang berlangsung, banyak murid yang berbuat bising sehingga menyebabkan sesi (pdp) terganggu dan penyampaian ilmu tidak terlaksana dengan baik. Bunyi bising pula boleh berlaku apabila murid lain sedang berlari-lari di luar kelas atau sorakan semasa kelas lain melakukan aktiviti sukan. Selain itu, gangguan yang boleh berlaku juga apabila pembinaan bangunan atau penyelenggaraan yang berdekatan dengan bilik darjah.
SEKIAN.