EDISI 1
30/11/2022
eISSN 2805-5012
ISI KANDUNGAN
1. PENGHARGAAN......................................................................................1
2. FUNGSI DAN PERANAN MASJID...............................................................2
I. MASJID SEBAGAI TEMPAT IBADAH.....................................................2
II. MASJID SEBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN.........................................3
III. MASJID SEBAGAI TEMPAT BERMUSYAWARAH...................................4
3. ISU SEMASA............................................................................................5
I. ARTIKEL 1 : MASJID SUDAH TIDAK SELAMAT......................................6
II. ARTIKEL 2 : TEGAHAN BERPOLITIK DI MASJID...................................8
III. ARTIKEL 3 : BELIA KURANG TERTARIK UNTUK KE MASJID...............10
IV. ARTIKEL 4 : COVID 19 DAN MASJID..............................................11
V. ARTIKEL 5 : MASJID KEKURANGAN KEMUDAHAN...........................13
4. PENUTUP .............................................................................................14
5. GALERI ALBUM .....................................................................................15
6. RUJUKAN..............................................................................................18
PENGHARGAAN
Assalamualaikum….
Pertama sekali, kami ingin memanjatkan
kesyukuran kepada Allah SWT diatas limpah
kurniaan rahmat dan nikmat-NYA serta kurniaan
masa dan tenaga yang telah membolehkan kami
untuk menyiapkan tugasan kerja kursus
e-majalah ini.
Disamping itu, kami juga ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada penyelia tugasan
kerja kursus kami, iaitu Ustaz Fadhil diatas penat
lelah dan kesabaran beliau didalam memberikan
bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami
disepanjang perjalanan tugasan ini.
Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih
kepada setiap ahli kumpulan kami yang terlibat.
Tanpa kerjasama dan komitmen mereka, tugasan
ini mungkin tidak dapat disiapkan.
Akhir kata, kami ingin mengucapkan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian
terima kasih.
1
Fungsi dan Peranan Masjid
Masjid adalah tempat beribadah khususnya bagi umat islam. Menurut
bahasa arab iaitu sajada
yang membawa maksud tempat untuk bersujud. Manakala dari segi isti
lahnya adalah tempat permukaan bumi berdasarkan sabda Baginda
SAW bermaksud “Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid
(tempat bersujud)”. [Riwayat al-Bukhari (438)].
Sepenambahan lagi, masjid juga mempunyai beberapa peranan yang
penting terhadap masyarakat islam. Antaranya adalah:-
1. Masjid sebagai tempat ibadah
Seperti yang kita sedia maklum, masjid adalah tempat beribadah bagi
umat islam terutama sekali ibadah solat jemaah lima waktu.
Abdullah bin Umar telah menyampaikan bahawa Nabi s.a.w pernah
bersabda “Solat Jemaah adalah lebih afdal daripada solat secara
bersendirian seorang diri) sebanyak 27 darjat”.
[Riwayat Al-Bukhari (609)]
Berdasarkan hadis ini kita dapat mengetahui bahawa ganjaran bagi
umat islam yang solat berjemaah adalah besar.
2
2. Masjid sebagai institusi pendidikan.
Fungsi masjid sebagai institusi pendidikan telah lama diamalkan.
Misalnya pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat telah
menjadikan Masjid Quba’ sebagai tempat pendidikan melalui kaedah
halaqah.
Manakala pada masa kini pula, terdapat banyak sekolah atau ma-
drasah di masjid yang
khususnya mengajar dan menerapkan ilmu agama Islam.
Dari Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka
Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah
satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara
rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan
mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka
sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi
oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat
yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]
3
3. Masjid sebagai tempat bermusyawarah
Menurut penulisan Prof. Madya Dr. Hasnan Bin Kasan bertajuk
“Pengurusan Masjid”, pada zaman pemerintahan para sahabat,
masjid dijadikan tempat untuk mengatur strategi di dalam
mempertahankan negara dan agama islam dari pihak penentang
serta ia juga menjadi tempat bagi penggubalan undang-undang
negara islam di dalam menambahbaik pentadbiran negara,
perluasan kawasan dan sistem politik negara islam. Sepenambahan
lagi, menurut beliau, aktiviti-aktiviti sosial juga ada dilakukan di
masjid seperti tempat latihan perang, tempat rawatan, tempat
tawanan perang, dan sebagainya yang berkaitan dengan sosial.
Namun begitu, pada masa kini ruangan masjid lebih dijadikan
sebagai tempat untuk berbincang serta mencari jalan penyelesaian
bagi permasalahan umat Di samping itu, ia juga adalah tempat untuk
masyarakat mendapatkan kebajikan seperti bantuan zakat,
sedekah pakaian dan makanan dan lain-lain bantuan.
4. Masjid sebagai tempat mendapatkan perlindungan
Fungsi lain masjid adalah tempat mendapatkan perlindungan
terutamanya ketika berlakunya bencana, musibah dan peperangan.
Selain itu, masjid juga adalah tempat untuk mendapatkan bantuan
seperti bantuan zakat, pakaian, makanan, nasihat dan lain-lain
bantuan.
4
ISU SEMASA
5
Artikel 1: MASJID SUDAH TIDAK SELAMAT
Menurut laman sesawang utusan.com, di New Delhi, India, sebuah
masjid dikawasan Sarafa Bazar telah dibakar di dalam rusuhan
antara agama. Situasi ini difahami berlaku ketika sambutan
perayaan agama hindu. Situasi bermula dengan tindakan provokasi
yang telah dilakukan oleh sekumpulan perarakan agama hindu
terhadap penduduk islam di kawasan persekitaran. Situasi ini menjadi
lebih buruk apabila penduduk islam membalas semula provokasi
berkenaan lalu menyebabkan tercetusnya rusuhan antara agama.
Menurut penulisan di laman sesawang mykhilaf.com, SN Keluaran 6
Mei 2016, bertajuk “Merosakkan Berhala Di Kuil – Apakah
Dibenarkan Oleh Islam?” dinyatakan bahawa satu ketika baginda
Rasullullah SAW diutuskan di Mekah, dan pada waktu itu Mekah
dipenuhi dengan berhala penyembahan. Namun begitu, baginda Ra-
sulullah SAW melarang para sahabat daripada memusnahkan berha-
la-berhala tersebut, ini kerana islam adalah agama yang lemah
lembut serta
tidak memaksa. Sepenambahan lagi, islam juga mementingkan
keadilan didalam semua aspek termasuk perihal yang tidak berkaitan
agama islam iaitu seperti hak-hak orang bukan islam dan
lain-lain.
Akhir kata, perkara sedemikian, penyerangan dan kemusnahan
terhadap masjid adalah amat membimbangkan. Perkara ini
menunjukkan seakan-akan sudah tiada nilai-nilai murni, hormat
menghormati dan nilai moral diantara berlainan agama. Disamping
itu, perkara ini dikhuatiri memberi kesan yang buruk terhadap
masyarakat yang tidak bersalah.
6
“Lalu, siapakah yang tepat dianggap lebih zalim daripada
orang-orang yang berusaha melarang dan meghalang-halangi
disebutnya nama Tuhan di tempat-tempat peribadatan serta berusaha
menghancurkan tempat-tempat tersebut. Padahal mereka tidak berhak
memasukinya kecuali dalam keadaan takut kepada Tuhan. Kelak
mereka (yang menghancurkan tempat-tempat peribadatan) akan
mendapatkan kesengsaraan di dunia dan siksaan yang berat di akhi-
rat”. [Al-Baqarah, Ayat 114)
7
Artikel 2: TEGAHAN BERPOLITIK DI MASJID
Apakah itu politik ?. Menurut kamus dewan bahasa, definisi politik
dibahagikan kepada tiga iaitu:
1. lmu (pengetahuan) berkenaan cara pemerintahan (dasar-dasar
pemerintahan dan lain-lain), ilmu siasah, ilmu kenegaraan.
2. segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau
hubungannya dengan negara lain.
3. kelicikan, muslihat, tipu muslihat;
Namun begitu, berpolitik di masjid adalah ditegah dan dilarang.
Menurut artikel daripada laman sesawang freemalaysiatoday.com
yang bertajuk “Aktivis politik dilarang mengajar di masjid, surau
Selangor“, aktiviti politik adalah dilarang daripada diadakan di
masjid, surau dan lain-lain tempat suci didalam islam.
Sedikit ulasan daripada freemalaysia.com,
“Perkara itu diputuskan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang
menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar
Islam tidak dipolitikkan dan menjadi bahan politik oleh mana-mana
pihak, terutama di masjid dan surau.”
“Katanya, baginda bimbang ia boleh disalahgunakan untuk
kepentingan parti politik yang akan membawa kepada fitnah, perse-
lisihan dan perpecahan umat Islam.”
Perbezaan fahaman politik dikhuatiri menyebabkan perpecahan
dan perselisihan sesama umat islam yang mempunyai berlainan
fahaman politik. Selain itu, tempat-tempat suci keagamaan adalah
satu tempat yang dianggap neutral serta ia mestilah dihormati oleh
semua pihak tidak megira agama dan bangsa.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah
dengan tali Allah (ajaran dan panduan daripada Allah) dan janganlah
kamu berpecah- belah.” (Surah Ali Imran, ayat 103
8
9
Artikel 3: BELIA KURANG TERTARIK UNTUK KE MASJID
Menurut hadis daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad bersab-
da: “Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan
daripada Allah pada hari kiamat apabila tidak ada naungan
melainkan naungan Allah. Mereka adalah:
• Pemimpin yang adil.
• Pemuda yang sejak kecil sudah beribadat kepada Allah yang Maha
Besar lagi Maha Perkasa.
• Orang yang hatinya terpaut pada masjid.
• Dua individu yang saling mengasihi kerana Allah, kedua-duanya
berkumpul kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah.
• Lelaki yang dipikat wanita yang mempunyai status dan kecantikan
tetapi dia berkata: “Percayalah, saya takut kepada Allah.”
• Orang yang bersedekah dan merahsiakan sedekahnya sehingga
tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan
kanannya.
• Orang yang ingat kepada Allah dalam keadaan sunyi lalu menitis
air matanya.”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Ternyata bahawa golongan belia yang suka beribadat dan ke masjid
adalah golongan yang akan
mendapat naungan daripada Allah STW. Namun begitu, pada masa
kini golongan belia sudah
tidak tertarik untuk ke masjid oleh kerana beberapa factor yang
mempengaruhi.
10
Berikut adalah diantara faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi:-
1. kurang mendapat galakkan daripada ibubapa untuk memeriahkan
masjid
2. budaya hiburan yang keterlaluan mengakibat belia terleka
daripada meluangkan masa di masjid.
3. Kurangnya pengetahuan ilmu fardhu ain yang mengakibatkan
golongan belia berasa malu untuk ke masjid
4. Pengurusan pentadbiran masjid yang tidak menitikberatkan
kepentingan golongan belia terhadap masjid.
Oleh hal demikian, minat golongan belia untuk ke masjid hendaklah
diambil berat. Ini kerana, mereka adalah lapisan masyarakat yang
akan menerajui negara dan agama pada masa hadapan
11
Artikel 4: COVID 19 DAN MASJID
Baru-baru ini fenomena penyakit berjangkit iaitu Covid 19 telah
melanda serata dunia. Hal ini telah menyebabkan kawalan ketat
terhadap pergerakan diadakan oleh pihak kerajaan bukan sahaja
memberi kesan terhadap negara malahan institusi masjid terutama
sekali para Jemaah dan kariyah masjid turut terkesan.
Selain itu, antara kesan – kesan covid 19 yang dapat kita lihat adalah
seperti pengurangan aktiviti-aktiviti masjid, mengehad kapasiti para
Jemaah ke masjid serta penjarakkan sosial sesama para Jemaah
yang menyebabkan masjid menjadi semakin suram dan tidak aktif
Namun begitu, setelah masuknya fasa akhir pandemik, kelonggaran
SOP terhadap masjid telah menjadikan masjid seperti dibenarkan
merapatkan saf, penambahan kapasiti Jemaah dan aktiviti-aktiviti
masjid sudah mula boleh dijalankan seperti biasa telah menjadikan
masjid kembali meriah.
12
Artikel 5: MASJID KEKURANGAN KEMUDAHAN
Masjid adalah tempat untuk mendekatkan diri kepada Allah, agama
dan juga menjadi ruang untuk mengeratkan silaturrahim serta
menjadi tempat menghulurkan bantuan dan lain-lain kebajikan. Oleh
itu, kemudahan prasarana dan keselesaan terutama sekali bagi para
Jemaah yang hadir hendaklah diutamakan. Namun begitu, masih
lagi terdapat masjid yang tidak mempunyai kemudahan yang
mencukupi terutamanya masjid-masjid diluar bandar dan perkara ini
boleh mendatangkan perseptif negative dan ketidak selesaan
terhadap umat islam serta penduduk setempat.
Antara bantuan kemudahan yang diperlukan adalah seperti:
1. Tempat ibadat atau dewan solat yang nyaman, bersih dan selesa.
2. Kemudahan tempat letak kenderaan yang mencukupi.
3. Kemudahan untuk bersuci yang terbaik.
4. Program majlis ilmu dilaksanakan berdasarkan keperluan jemaah.
5. Program untuk generasi belia dilaksanakan sebagai penyediaan
pelapis jemaah yang setia untuk masa akan datang.
Justeru itu, kemudahan prasarana masjid perlulah diberi keutamaan
agar Jemaah serta ahli kariyah masjid berada didalam keadaan yang
selesa serta dapat menaikkan lagi semangat para Jemaah
untuk beribadah.
13
PENUTUP
Akhir sekali,kami bersyukur kepada Allah dengan
limpah kurniNya saya berjaya menyiapkan kerja
kursus ini pada masa yang ditetapkan.Kami telah
mendapat banyak ilmu dan manfaat yang
dipelajari dalam kursus MPU23032.
Pada peringkat permulaan kami menyiapkan
tugasan ini,kami telah berbincang dengan
rakan-rakan untuk membahagikan tugas
masing-masing.Hasilnya,kami mudah untuk
mendapatkan maklumat kerana bekerjasama
dalam mencari maklumat dan menyelesaikan
masalah-masalah yang timbul.
Terdapat banyak manfaat yang kami dapat
semasa proses menyiapkan tugasan ini,antaranya
ialah kami mempelajari Pengajian Islam
berstruktur mengikut format yang betul.Kerja
kursus ini juga telah mengajar kami tentang
nilai-nilai murni seperti nilai kerjasama dan
kesungguhan.Dua nilai ini sangat penting
sebagai persediaan untuk diri kami sebagai
seorang yang saling tolong menolong kelak.
Akhir sekali,terima kasih sekali lagi kepada
semua yang terlibat atau tidak terlibat secara
langsung dalam penghasilan kerja kursus ini.
Kami berharap kerja kursus ini dapat memberi
manfaat kepada semua.
14
GALERI ALBUM
15
16
17
RUJUKAN
Sumber Rujukan
Rujukan - artikel 1
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/04/penduduk-is-
lam-diserang-masjid-dibakar-ketika-sambutan-perayaan-di-india/
https://islam.nu.or.id/syariah/larangan-merusak-rumah-iba-
dah-non-muslim-dalam-islam-dCNQ1
https://mykhilafah.com/sn465-merosakkan-berhala-di-kuil-apa-
kah-dibenarkan-oleh-islam/
Rujukan:- artikel 2
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempa-
tan/2021/12/28/32-aktivis-politik-dilarang-mengajar-di-masjid-surau-selangor/
https://www.hmetro.com.my/addin/2018/05/338381/tiada-man-
faat-kita-berpecah-belah
https://kamusbm.com/politik/
Rujukan:- artikel 3
http://addeen.my/index.php/rohani/ibadah/item/374-remajaku-dan-masjid
https://www.hmetro.com.my/addin/2019/03/432680/7-golon-
gan-di-bawah-naungan-ilahi
Rujukan - artikel 4
https://www.bharian.com.my/berita/nasion-
al/2022/03/939093/kedah-benarkan-solat-berjemaah-rapat-saf-mulai-1-april
Rujukan - artikel 5
https://www.utusanborneo.com.my/2018/06/03/buka-mata-isu-keku-
rangan-kelengkapan-masjid
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/04/551547/pengu-
rusan-masjid-surau-perlu-berasaskan-jemaah
18
DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD ARIF KHUSAIRI BIN JASIMI 18DDT21F2014
AIMAN AZHARI BIN SHAHROM 18DDT21F2018
AHMAD HAFIZUDDIN BIN BAHARNUDDIN 18DDT21F2004
RAFI RUSYAIDI BIN RAHMAT RAFFIEE 18DDT21F2016
18