The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yuzaini2012, 2021-05-19 04:12:41

dadah PPDa

dadah PPDa

ANDA SEDANG MEMASUKI SUDUT

Sayangi nyawa anda, kasihani keluarga anda, jauhi dadah

Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang
bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari ini
istilah yang lebih sesuai digunakan ialah
penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol,
tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah
perangsang, LSD dan inhalan ( bahan yang disedut).
Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan
penggunaan perkataan dadah kerana dadah
merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala
kebanyakan bahan yang disalahgunakan
itu dihasilkan secara semulajadi
(seperti candu) yang tidak boleh
digunakan oleh manusia
(seperti menghidu gam).

 Seksyen 39 B dan Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 telah
digunakan terhadap pesalah yang melakukan kesalahan tersebut di
mana ia membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit
melakukan kesalahan tersebut.

 Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dinyatakan bahawa: 39B.
Pengedaran dadah berbahaya.

 (1) Tiada seorang pun boleh, bagi pihak dirinya atau bagi pihak mana-
mana orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu berada di Malaysia
(a) mengedarkan dadah berbahaya; atau (b) menawar untuk
mengedarkan dadah berbahaya; atau (c) melakukan atau menawar atau
melakukan sesuatu perbuatan sebagai persediaan untuk atau bagi
maksud pengedaran dadah berbahaya. (2) Mana-mana orang yang
melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan
suatu kesalahan terhadap Akta ini dan jika disabitkan hendaklah dijatuhi
hukuman mati.

 Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada
beberapa jenis seperti berikut :

 Opiat dan opiat sintetik
 Stimulan
 Ganja
 Halusinogen
 Depresen
 Inhalan
 Ketum

MENGAPA IA BERBAHAYA?
Penyalahgunaan bahan ini terutamanya
melalui cara suntikan mengakibatkan
kesan buruk kepada anggota badan
seperti kegagalan jantung, jangkitan
penyakit seperti HIV/AIDS, radang hati
(hepatitis B/C) , kemurungan/ kecelaruan
mental, kebergantungan dan sindrom
penarikan yang teruk seperti kekejangan
otot dan sendi, sakit perut, muntah-
muntah dan cirit birit yang serius. Kesan
penyalahgunaan Opiat menyebabkan
retensi urin, halusinasi, delirium,
hyportermia, pernafasan berhenti dan
sawan.

MENGAPA IA BERBAHAYA?
Penyalahgunaan bahan ini
mengakibatkan kesan buruk seperti
tiada selera makan, kehilangan berat
badan yang serius, tekanan darah
tinggi dan serangan jantung. Ia juga
menjadikan keadaan mental tidak
stabil dengan manifestasi tingkah-
laku yang ganas, kawalan emosi yang
terjejas serta berkecenderungan
untuk membunuh diri. Tanda-tanda
overdose pula adalah – badan
menggigil, hiperaktif, kesukaran
bernafas, panik, halusinasi, ganas,
muntah, cirit-birit, loya, serangan
jantung dan sawan.

MENGAPA IA BERBAHAYA?
Penyalahgunaan bahan ini yang
kronik mengakibatkan kesan
buruk jangka panjang seperti
sindrom malas (amotivational
snydrome). Ia juga
mempercepatkan onset penyakit
mental seperti penyakit
skizofrenia dan dwikutub(bipolar
disorder) yang mana prognosisnya
lebih buruk jika tidak dirawat lebih
awal.

MENGAPA IA BERBAHAYA?
Penyalahgunaan bahan ini
mengakibatkan kesan buruk
seperti kurang pertimbangan
dan koordinasi yang boleh
menyebabkan risiko
kecederaan yang tinggi,
tingkah laku yang ganas,
paranoia, tertekan dan juga
kebimbangan

MENGAPA IA BERBAHAYA?
Penyalahgunaan bahan ini
mengakibatkan kesan buruk
seperti kecelakaan jalanraya dan
kemalangan , gejala penyakit
mental seperti keresahan
melampau, kemurungan, dan
psikosis, I juga memyebabkan
keletihan yang kronik, tidak dapat
tidur, perubahan penglihatan,
cenderung untuk membunuh diri,
dan juga ketagihan yang
melampau

MENGAPA IA BERBAHAYA?
Penyalahgunaan bahan ini
mengakibatkan kesan buruk yang
serta merta dan juga jangka panjang.
Kesan yang serta merta adalah
seperti berhalusinasi, rasa mual dan
pening, nafas tidak sekata,
terhoyong-hayang, emosi kurang
stabil dan kehilangan deria sakit.
Kesan jangka panjang pula adalah
seperti kerosakan sel otak dan organ
utama, gangguan penglihatan, sakit
jantung dan kematian mengejut.

MENGAPA IA BERBAHAYA?
Penyalahgunaan bahan ini
mengakibatkan kesan buruk
seperti hilang kawalan diri,
rasa bosan dan malas, kurang
sensitif terhadap kesakitan
fizikal dan emosi, anak mata
menjadi sempit, merasa loya,
mulut menjadi kering, kerap
kencing, hilang selera makan
dan berat badan, sembelit dan
juga insomnia.


Click to View FlipBook Version