E-PORTFOLIO: PENILAIAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN ALTERNATIF YANG DIGUNAKAN OLEH GURU SEKOLAH SEMASA MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 3 2.0 PENILAIAN INSTRUMEN BILIK DARJAH 3 2.1 KUIZ 3 2.2 SENARAI SEMAK 5 2.3 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 6 4.0 PENUTUP 7 RUJUKAN 8 LAMPIRAN 9
1.0 Pengenalan Pentaksiran alternatif adalah pendekatan baharu dalam sistem pentaksiran di Malaysia yang menjalankan pentaksiran secara holistik semasa pengajaran dan pembelajaran (Yusof et. al, 2019). Pentaksiran alternatif menumpukan kepada pertumbuhan murid dari masa ke masa juga proses akhir (Nur Akmar, 2020). Jelaslah bahawa pentaksiran alternatif merupakan sebuah pembaharuan daripada cara pentaksiran lama yang hanya memberikan tumpuan kepada peperiksaan akhir dan ujian bertulis sahaja. Pentaksiran alternatif ini membolehkan guru mentaksir kefahaman, kemahiran, dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran dengan lebih menyeluruh dan reflektif. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan sistem pentaksiran alternatif ini dengan memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk menilai pencapaian murid di sekolah dan dijalankan secara berterusan, adil dan mengikut standard yang ditetapkan. Menurut Ling Tong (2019), pentaksiran alternatif boleh meningkatkan kebolehan murid dalam pengurusan kendiri, refleksi kendiri, dan pembelajaran kendiri. Selain itu, pentaksiran alternatif juga dapat mentaksir keupayaan dan kecekapan murid, mengesahkan dan memastikan kebolehpercayaan, dan menghalang penipuan dalam pentaksiran (Rohana et. al, 2021). Secara umumnya, pelaksanaan pentaksiran alternatif ini merupakan pembaharuan yang lebih kompleks yang amat menekankan kepada perkembangan murid. 2.0 Penilaian Instrumen Bilik Darjah E-portfolio ini akan menilai pentaksiran alternatif yang telah dijalankan bedasarkan maklumat yang telah dikumpul. Beberapa instrumen akan dijadikan sampel untuk dinilai melalui kritikan dan cadangan penambahbaikan yang dijalankan ke atas instrumen sampel tersebut. Penilaian yang dijalanakan ini bertujuan untuk dijadikan sebagai refleksi dalam pentaksiran.
2.1 Kuiz Rajah 1 Bedasarkan rajah 1, instrumen kuiz dipilih sebagai instrumen pentaksiran palam pelaksanaan PBD dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp) ini,. Berdasarkan ciri kuiz ini, ujian yang diberikan adalah ujian subjektif berbentuk item respons terhad. Item soalan ini menguji kefahaman murid dalam pengaplikasian pengetahuan yang ada. Pentaksiran yang dijalankan ini adalah pentaksiran formatif menggunakan kaedah pentaksiran secara bertulis. Soalan kuiz yang diajukan adalah untuk menyatakan teknik menggelecek dengan betul Bersama dengan gambar rajah seorang lelaki sedang menggelecek bola sepak. Tajuk PdP yang telah dipilih oleh guru tersebut ialah “Kemahiran menggelecek bola menggunakan kaki”. Standard Pembelajaran yang dipilih pula ialah 2.6.3 Memberi justifikasi laluan dan arah yang
sesuai digunakan untuk mengelecek dan mengawal bola. Standard Prestasi pula dinilai berdasarkan jumlah jawapan yang betul. Bedasarkan kuiz di rajah 1, didapati bahawa kuiz tersebut agak tidak menepati beberapa kriteria. Antara kritikan yang patut diberikan terhadap kuiz tersebut adalah kuiz tersebut tidak meletakkan apa-apa label terhadap gambar rajah yang diletakkan. Gambar yang diberikan dalam soalan juga tidak jelas tentang apa yang mahu disampaikan. Tanpa adanya label serta gambar rajah yang tidak jelas tersebut, murid berkemungkinan tidak dapat memahami gambar yang ditunjukkan Walaupun gambar rajah tersebut hanyalah berperanan sebagai stimulus terhadap soalan yang diajukan, akan tetapi, gambar rajah tersebut dirisaukan akan menjadi gangguan kepada murid. Selain itu, kuiz tersebut juga boleh dikritik melalui soalan yang diajukan kepada murid. Soalan yang diajukan kepada murid bersifat tidak teliti dan terlalu terbuka. Perkara ini boleh membuatkan murid berasa keliru dan berkemungkinan menjawab soalan tersebut dengan salah. Selain itu, kuiz ini hanya mentaksir murid melalui satu soalan sahaja. Kaedah berkemungkinan dalam membuatkan murid menghadapi kesulitan dalam menunjukkan kefahaman mereka secara optimum. Hal ini kerana, sifat murid yang berbeza dalam memahami konteks pembelajaran. Bedasarakan soalan dan gambar rajah yang terdapat dalam kuiz dalam rajah 1, perkara ini menunjukkan kuiz ini tidak dapat mentaksir murid dengan berkesan. Perkara ini akan mempengaruhi dalam pelaksanaan pentaksiran terhadap murid. Bedasarkan kritikan yang telah diberikan terhadap lampiran 1, penambahbaikan yang dicadangkan untuk meningkatkan lagi keberkesanan dalam mentaksir murid menggunakan kuiz adalah melalui menyediakan gambar rajah yang dapat difahami murid. Penyediaan gambar yang lebih sesuai dapat membantu murid untuk memahami kehendak soalan dan dapat dijadikan stimulus soalan yang. Peletakkan label pada gambar rajah juga dapat membantu murid untuk memahami stimulus dengan lebih baik. Bukan itu sahaja, penambahbaikan yang dapat dilaksanakan terhadap kuiz tersebut adalah dengan menyediakan soalan yang lebih kompleks. Sebagai contoh, soalan yang lebih sesuai diajukan dalam kuiz ini adalah “nyatakan teknik menggelecek bola sepak menggunakan kaki dengan betul.” Hal ini perlu ditekankan kerana, sekiranya soalan yang ditanyakan terlalu ringkas dan murid terlepas pandang perangsang yang diberikan, murid tidak dapat memahami kehendak soalan dan berkemungkinan untuk menjawab soalan dengan salah. Selain itu, soalan yang diajukan dalam kuiz juga seharusnya dipelbagaikan. Pentaksiran terhadap murid untuk menguji kefahaman terhadap suatu topik tidak sepatutnya hanya dijalankan menggunakan satu soalan sahaja. Perkara ini akan membataskan murid untuk menunjukkan kefahaman mereka terhadap topik yang dipelajarari. Hal ini perlu dititikberatkan kerana kuiz di dalam kelas
meningkatkan prestasi murid pada kandungan peperiksaan yang dikaitkan dengan pembelajaran (Nevid & Jeffrey, 2023) 2.2 Pemerhatian Menggunakan Senarai semak Rajah 2 Bedasarkan rajah 2, instrumen senarai semak dijadikan sebagai instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBD dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp). Pentaksiran yang dijalankan ini adalah pentaksiran formatif menggunakan kaedah pentaksiran pemerhatian. Guru dapat memantau dan merekod pencapaian murid secara langsung dan sistematik dengan menggunakan senarai yang diwujudkan bedasarkan objektif pembelajaran (Daman,2022). Berdasarkan ciri senarai semak ini, guru menilai penguasaan murid dalam mengaplikasikan kemahiran yang telah diajarkan dengan betul. Tugasan yang diberikan adalah murid diminta untuk melakukan beberapa lakuan gimnastik asas secara individu. Standard Prestasi murid dinilai melalui jumlah lakuan yang dikuasai murid. Terdapat beberapa penilaian yang dapat dilakukan terhadap instrumen senarai semak yang telah dinyatakan. Antara penilaian yang dapat dilaksanakan adalah pentaksiran yang terdapat dalam senarai semak tersebut bersifat terlalu objektif. Murid hanya dinilai sama ada sudah menguasai ataupun belum menguasai kemahiran sahaja. Perkara ini akan menjejaskan pentaksiran terhadap murid dari segi kebolehpercayaan. Hal ini kerana, terdapat kemungkinan bahawa terdapat murid yang melakukan lakuan lebih kurang sama tetapi diberikan keputusan yang berbeza. Perkara seperti ini akan cenderung membawa kepada
sikap guru yang berat sebelah serta ianya membuatkan pentaksiran ini dilakukan untuk menggagalkan murid. Menurut Wan Omar (2019), banyak cabaran yang akan terjadi dalam diri guru apabila melakukan PBD semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan ketidakadilan guru dalam menilai murid, keputusan kaedah pentaksiran akan mendapat respon yang tidak baik oleh pihak ibu bapa murid kerana mereka mempersoalkan keadilan guru mentaksir pencapaian anak-anak mereka (Muhammad Roslan, 2023). Bukan itu sahaja, instrumen ini juga hanya memfokuskan kepada penilaian terhadap domain psikomotor sahaja. Oleh itu, pencapaian murid melalui domain kognitif dan afektif terhadap topik ini tidak dapat dinilai. Hal ini menyebabkan murid yang menguasai topik ini melalui domain kognitif da afektif tidak dapat diberikan sebarang pentaksiran. Oleh itu, bedasarkan penilaian yang telah dinyatakan, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang dapat dilakukan dalam meningkatkan lagi keberkesanan pentaksiran alternatif ini antaranya, senarai semak yang dibuat seharusnya bersifat mentaksir murid dengan lebih terbuka. Senarai semak tersebut boleh diubah semula dengan menilai tahap penguasaan menggunakan tahap ataupun skala. Selain itu, senarai semak tersebut juga seharusnya disertakan dengan rubrik pemarkahan terhadap setiap perlakuan yang dijalankan. Rubrik tersebut dapat membantu guru dalam meletakkan lakuan murid di dalam skala yang bersesuaian. Perubahan ini dapat membantu guru meningkatkan lagi keberkesanan dalam pentaksiran serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid terhadap topik tersebut. Maklumat tersebut boleh digunakan sebagai refleksi terhadap guru dan murid dalam meningkatkan lagi kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pentaksiran yang dijalankan ini boleh bersifat lebih kepada pentaksiran sebagai pembelajaran. Selain itu, penambahbaikan lain yang dapat dicadangkan pula adalah seperti mentaksir domain kognitif dan afektif murid. Hal ini membolehkan guru bukan sahaja mentaksir domain psikomotor malah turut mentaksir domain kognitif dan afektif murid dengan satu pentaksiran sahaja. Domain tersebut dapat ditaksir dengan memberikan situasi tertentu untuk murid berfikir tentang keputusan yang sesuai dilakukan. Keputusan murid akan dinilai mengikut rubrik pemarkahan yang disediakan pada tahap-tahap tertentu.
2.3 Ujian Akhir Sesi Akademik Rajah 3 Rajah 4
Rajah 5 Instrumen terakhir yang akan dinilai adalah instrumen ujian akhir sesi akademik (UASA) seprtimana yang disertakan dalam lampiran 3. Instrumen ini merupakan sebuah pentaksiran sumatif yang merangkumi pelbagai item objektif seperti item aneka pilihan, item padanan dan item betul salah. Pentaksiran sumatif merupakan pentaksiran yang dijalankan untuk mentaksir perkembangan murid pada setiap kali akhir sesi akademik (Mustaqim, 2024). Ujian ini dilaksanakan untuk mentaksir pengetahuan murid berkenaan beberapa topik yang dipilih. Terdapat beberapa penilaian yang dapat dilaksanakan terhadap UASA yang dipilih antaranya dari segi susunan dalam item aneka gabungan. Sepertimana yang terdapat dalam rajah 3, susunan item aneka gabungan ini tidak menepati aspek antaranya susunan pendek ke panjang. Sepertimana yang dapat dilihat, penggubal soalan hanya menyusun pilihan jawapan secara rawak dan panjang dan pendek pilihan jawapan tidak diambil kira dalam susunan pilihan jawapan tersebut. Selain itu, terdapat kesilapan pada kertas ujian ini iaitu dari segi melabelkan jenis ujian. Sepertimana yang ditunjukkan pada soalan pertama bahagian B, jenis soalan yang dinyatakan pada label adalah soalan subjektif manakala soalan yang diajukan tersebut adalah soalan objektif. Perkara seperti ini akan cenderung untuk memberikan gangguan kepada murid dalam menjawab peperiksaan. Selain itu, kertas ujian juga turut mengemukakan soalan yang memberikan pilihan jawapan yang sepatutnya dielakkan seperti “semua di atas” sepertimana yang terdapat dalam rajah 5. Pilihan jawapan seperti ini sepatutnya dielakkan untuk diletakkan dalam soalan kerana pilihan jawapan seperti ini menampakkan pentaksiran yang dijalankan ini adalah seperti mahu memerangkap murid dan mahu menggagalkan murid. Cadangan penambahbaikan yang dapat dilakukan terhadap ujian ini adalah, penggubal soalan seharusnya lebih mengambil berat ketika pelaksanaan prosedur memurnikan ujian. Penggubal seharusnya melihat kepada kesemua aspek dalam sesebuah instrumen untuk menghasilkan pentaksiran yang berkualiti dan mencapai objektif pelaksanaan. Sebagai contoh, susunan pilihan seharusnya di susun dari pendek ke Panjang
(Lee et. al, 2024). Selain itu, cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan adalah mewujudkan ujian subjektif di dalam UASA ini. Ujian objektif tidak dapat memberikan peluang kepada murid untuk mengekpresikan jawapan mereka sendiri dan wujudnya kecenderungan murid untuk meneka jawapan. Perkara ini akan menjadi halangan untuk mentaksir kefahaman murid sepenuhnya. Seterusnya, cadangan penambahbaikan yang dapat dijalankan terhadap UASA ini adalah untuk mengelakkan pilihan jawapan yang berbentuk perangkap kepada murid. Pilihan jawapan seperti “semua di atas” akan menjadi gangguan kepada murid dalam menjawab soalan. 4.0 Penutup Kesimpulannya, instrumen pentaksiran amat berperanan dalam Pentaksiran Bilik Darjah yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan kini. Hal ini kerana instrumen pentaksiran bukan sahaja dapat membantu guru dalam mentaksir malah ia juga dapat menilai pengetahuan murid terhadap pembelajaran. Oleh itu, setiap guru masa kini perlu memantapkan diri dengan konsep instrumen pentaksiran PBD ini supaya mereka dapat menghasilkan satu instrumen pentaksiran yang lengkap dan berkualiti dalam menilai perkembangan dan kemajuan murid.
Rujukan Daman, B. (2022). Pelaksanaan PBD Dalam PDPR: Suatu Cabaran Buat Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 20(2), 1-21 Ling Tong. (2019). A review of alternative evaluation studies. Proceedings of the 5th International Conference on Arts, Design and Contemporary Education (ICADCE 2019). https://doi.org/10.2991/icadce-19.2019.151. Lee L. H., Boon P. Y., Lawrence A. A. & Ilhavil N. (2024). Pentaksiran dalam pendidikan. Pustaka Nadwa. Muhammad, R.(2023). Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Kesannya kepada Murid Tahap Satu di Malaysia: Analisis Subjek Pendidikan Islam. Conference: International Conference of Islamic Universities (ICIU 2023)At: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) - Brunei Darussalam Mustaqim Roslan, M. (2024). Kaedah pentaksiran bilik darjah (pbd) dan kesannya kepada murid tahap satu: analisis subjek pendidikan. UMRAN-Journal of Islamic and Civilizational Studies, 11(1), 63-78. Nevid J., Casey E. Armata (2023). Paying attention in class: using in-class quizzes to incentivize student attention. Teaching of Psychology. https://doi.org/10.1177/00986283231185136 Nur Akmar Said. (2020). Pentaksiran alternatif: pentaksiran prestasi, autentik, portfolio dan kaedah pelaksanaan pentaksiran prestasi. Sains Humanika, 12(2-2). Rohana S., Azzahrah A., Rafeah W., Nur Tahirah R., Mohd H. (2021). Alternative and online assessment in the context of outcome based education: a practical guide. Turkish Journal of Computer and Mathematics Education. https://doi.org/10.17762/TURCOMAT.V12I3.1227. Siti Huzaimah, & Wan Omar. (2019). Pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah guru dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah Bahasa Melayu di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(1), 56-67.
Yusof, Mohd Haidir, and Norasmah Othman (2019). Isu dan permasalahan pentaksiran alternatif dalam sistem penilaian di malaysia. E-prosiding Persidangan Antrabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, 24-25.
Lampiran Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3