Etika dan peradaban di zaman dan negara mana sekalipun adalah dinamik, mengukuh,
berubah-ubah dan tidak kekal. Kelestarian Etika dan Peradaban sejagat sentiasa tercabar dan
terkesan oleh proses hakisan sosial. Hal ini disebabkan perubahan masyarakat berlaku dengan
pantas dan sukar dikawal.
Pada dekad awal kemerdekaan berlakunya share poverty (kemiskinan bersama),
namun stelah perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Malaysia telah menjadi pertumbuhan
ekonomi yang baik dan menjadi pengmangkin kepada share prosperity (kesejateraan
bersama) yang terangkum di dalam kesepaduan nasional. Perubahan yang berlaku dalam
masyarakat dan pembangunan ekonomi telah membawa cabaran dalam penghayatan etika d
peradaban Malaysia.
Kesehatan dan perpaduan rakyat penting dalam membangunkan sebuah negara yang
harmoni dan menuju ke arah negara yang maju. Malaysia akan menjadi sebuah negara yang
bersatu dan tegih apabila kesihatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat yang bersatu padu.
Istilah kelestarian lebih merujuk kepada pengabadian, pengekalan, persambungan,
penerusan, penyinambungan. kelestarian bermaksud usaha pengekalan sesuatu perkara atau
keadaan terutamanya untuk tujuan mengekalkan serta memelihara keaslian.
Di Malaysia, konsep kelestarian etika dan peradaban dapat ditelusuri berasakan inti pati
sejarah dan budaya masyarakat tempatan. tapak peradaban peribumi ini telah bergaul dengan
ketamadunan majmuk melalui gelanggang Selat Melaka sebagai pertemuan sedunia dari China,
India, Timur Tengah dan Barat.
Oleh kerana pembinaan tamadun sesebuah bangsa itu bukan perkara mudah, dan ia
tidak dijamin berkekalan, maka masyarakat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada sejarah.
Kejatuhan sebuah ketamadunan adalah disebabkan oleh keruntuhan nilai yang terangkum
dalam perlbagai konsep seperti etika, moral, adab dan seumpamanya.
Setiap peradaban memiliki ciri-ciri terbuka kepada kemajmukan dan penerimaan
pengaruh luar. Terdapat kumpulan etnik daripada pelbagai peradaban majmuk ini memilih untuk
tinggal dan dengan kemerdekaan menjadi rakyat di PersekutuanTanah Melayu.
Sejarah sosial dari zaman pra kolonial hingga ke awal pasca kolonial menunjukkan
bahawa masyarakat plural iaitu masyarakat majmuk yang bergaul dan berasimilasi tetapi tidak
bergabung di Tanah Melayu adalah bentuk masyarakat utama di negara ini. Rusuhan etnik 13
Mei 1969 dan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada dekat 1970an telah menyumbang
dalam usaha membasmi kemiskinan dan menyususn semula masyarakat hingga pembangunan.
Budaya moden ini telah mengurang salah faham, ketegangan sosial dan pergaduhan di
antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia. Maka etika peradaban dimiliki rakyat Malaysia,
aslnya majmuk, telah membina perkongsian nilai hidup bersama hingga awam bersepakat
bersama dan hubungan antara rakyat Malaysia diperhatikan lebih merentas etnik dan
membinaan sosial di antara mereka.
Hakisan sosial ke atas kelestarian etika dan peradaban Malaysia dari tahun 2000
semakin berlaku dan memuncal di tahun 2018, di mana budaya keadilan, intergriti, tolak ansur,
kesepaduan dan demokrasi semakin terhakis. Hakisan sosial ini dipacukan lagi dengan tsunami
maklumat palsu yang berniat membakar sentimen etnik dan agamak di dunia digital tanpa etika.
Kesannya, keharmonian dan kestabilan negara menjadi tidak terjamin. Hakisan sosial ke atas
kelestarian etika dan perdaban negara dan ditinjau dari aspek-aspek di bawah;
§ Defisit Sosial
Defisit sosial bermakna kekurangan dalam konteks sosial yang memerlukan usaha
penyatupaduan berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan. Defisit sosial dibahagi
kepada dua iaitu defisit sosial dalam pembagunan negara ialah golongan miskin tanpa mengira
etnik bandar dan sektor pertanian serta negeri-negeri yang masih terperangkap dengan
kemiskinan, dan defisit sosial dalam pembinaan bangsa ialah isu-isu berkaitan etnik, bahasa,
budaya, agama, kekeluargaan, raja, Perlembangaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh
Negeri.
§ Tadbir Urus dan Pembangunan
Dalam konteks pembangunan negara secara umum, wujud golongan miskin tanpa mengira
etnik di bandar dan di luar bandar, dalam sektor pertanian sara diri dan aset. Perihal ini juga
termasuklah kegagalan mengurus golongan B40 secara efektif. Maka, tadbir urus yang baik
mempunyai prinsip-prinsip seperti penyertaan, proses membuat keputusan yang telus,
kedaulatan undang-undang, responsif, akauntabiliti dan keberkesanan.
§ Ekonomi Gelap (Balck Economy) dan Rasuah
Cabaran moden dalam ekonomi terlalu parah. Isu-isu stategik nasional dan antarabangsa
seperti pemerdangangan manusia, pekerja asing tanpa dokumen, pelacuran , judi, dadal dan
lain-lain, dan rasual dalam kalangan agensi-agensi keselamatan dan pembangunan negara
terus berlaku.
Kelangsungan kelestarian etika dan peradaban Malaysia tertakluk kepada pembinaan
negara bangsa yang tersimpul dalam membina bangsa Malaysia berasaskan kerangka
Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta tadbir urus dan pembangunan negara dengan adil
dan terangkum.
Usaha ini bertujuan untuk mengurangkan defisit sosial dan sekali gus mengukuhkan
keterikatan kolektif merentas etnik dan negeri sehingga terbina kesepaduan nasional.
Kegagalan mengurus kedua-dua aspek ini akan meminggir dan mengabaikan kehidupan rakyat.
Dalam konteks masyarakat majmuk, dimensi etnik dan agama akan digemblengkan
untuk mempertahankan kepentingan masing-masing. Hubungan etnik yang harmoni barangkali
boleh berubah sekelip mata menjadi tegang dan berkesudahan dengan konflik. Perkara ini akan
dihuraikan berdasarkan aspek berikut:
§ Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah dilancarkan pada 5 Oktober 2019
merupakan hala tuju baharu pembangunan negara. Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
adalah suatu wawasan yang dibangunkan mengambil kira ketidakseimbangan sosioekonomi
negara berdasarkan keperluan pelbagai peringkat masyarakat termasuk rakyat Melayu dan
bumiputera yang tinggal di luar bandar semenanjung, Sabah dan Sarawak. Penggubalan RMK-
12 seharusnya mengutamakan pembangunan dan pengagihan demi memastikan rakyat
diutamakan sehingga peningkatan kualiti hidup yang baik akan membina budaya moden dan
disulami dengan nilai norma sejagat.
§ Kesepaduan Nasional dan Perpaduan Negara
Tadbir urus dan pembangunan yang baik akan membina kesepaduan nasional sehingga
wujudnya elemen-elemen pengukuhan kepada perpaduan negara. Kegagalan melaksanakan
pembangunan dan tadbir urus dengan adil sehingga melebarnya jurang kaya-miskin, bandar-
desa dan kumpulan etnik-agama akan mewujudkan impak berganda dengan bertambahnya
peratus golongan miskin dan terpinggir. Dalam suasana sosial sedemikian, kepimpinan politik
dan badan bukan kerajaan (NGO) akan merebut peluang memanipulasi dimensi etnik dan
agama demi meluaskan pengaruh serta mendapat sokongan dan undi rakyat.
§ Perkongsian Pengalaman Etika dan Peradaban Malaysia demi Kehamonian, Kestabilan dan
Kemajuan Ketamadunan Sejagat
Malaysia adalah sebuah negara tamu pascakolonial dan menerima pelbagai peradaban
majmuk dan anggotanya menjadi warganegara. Pertemuan dan pergaulan peradaban majmuk
ini telah memperkayakan peradaban kewatanan Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak
melalui proses difusi dengan meminjam budaya, pemakanan, bahasa dan budaya kerja di
antara mereka. Malaysia sentiasa berpegang bahawa tadbir urus, pembangunan mapan dan
kemajuan negara bangsa bukan matlamat akhir negara tetapi perpaduan merupakan matlamat
akhir yang dihasratkan dan ingin dicapai bersama. Oleh itu, hasil kesepaduan nasional antara
rakyat Malaysia akan melahirkan perpaduan yang diidamkan oleh bangsa. Dalam dunia digital
kini, bukan sahaja tadbir urus dan pembangunan mesti baik tetapi kenyataan berbaur sensitif,
cauvinis dan diskriminasi terhadap etnik dan agama lain perlu diuruskan dengan baik.
Pengalaman Malaysia perlu dikongsi secara meluas di peringkat negara-negara jiran, serantau
dan sedunia dalam membina keharmonian, kestabilan dan kemajuan ketamadunan sejagat.
Impak kedatangan penjajah telah mewujudkan dimensi baharu dalam etika dan peradaban
Malaysia yang merangkumi daripada pelbagai aspek. Etika dan peradaban Malaysia yang
dinamik menunjukkan sesuatu cabaran dalam mengekalkan kelestarian etika dan peradaban.
Oleh kerana itu, kita haruslah bersatu padu dalam memantapkan kelastarian etika dan
peradaban Malaysia. Selain itu, kita seharusnya tidak mudah percaya dengan ucapan mereka
yng ingin memecah belahkan rakyat di negara ini kerana kita seharusnya merujuk kepada
perlembagaan negara ini. Perubahan yang berlaku dalam masyarakat pembangunan ekonomi
telah membawa cabaran dalam penghayatan etika dan peradaban di Malaysia.
§ https://issuu.com/abraham.co/docs/book.pptx
§ https://www.google.com/search?q=kedinamikan+etika+peradaban+malaysia
§ https://anyflip.com
§ www.mindmeister.com
§ Modul Penghayatan Etika dan Peradaban