The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2022-02-17 21:45:32

MPU 2172 Suhailah

MPU 2172 Suhailah

PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN
MPU 2172

PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK
DI MALAYSIA

FOLIO DISEDIAKAN OLEH :
Suhailah Binti Awang @ Mahmod

030216-12-0632

NAMA PENSYARAH:
Ustaz Mohd Azuan Bin Mohamad Alias

ISI KANDUNGAN

BIL KETERANGAN MUKA SURAT
1 Pengenalan 1
2
2 Pembentukan peradaban majmuk di Malaysia 2
3
3 Peradaban pribumi alam melayu 3
4
4 Peradaban asia ( india , cina , timur tengah ) 5
6
5 Peradaban barat 6
6
6 Peradaban globalisasi 7
8
7 Peradaban beridentitikan Malaysia 9
10
8 Konsep pembentukan negara dan bangsa di Malaysia 11
12
9 Konsep negara

10 Konsep bangsa

11 Konsep negara dan bangsa

12 Idea bangsa Malaysia

13 Teras kepda pembinaan bangsa Malaysia
14 Rumusan

15 Rujukan

16 Lampiran

1.0 PENGENALAN

Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia adalah hasil gabungan daripada
beberapa peradaban besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di alam melayu.
Peradaban ini terus berkembang dengan pengaruh oleh ‘peradaban globalisasi’ yang
merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital
yang kompleks.

Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia didahului oleh pembinaan negara
bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Pembangunan
ekonomi mendahului pembinaan negara. Oleh itu, pembinaan bangsa menyusul antaranya
melalui instistusi sistem politikkepartian dan pilihan raya. Usaha membina peradaban
beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.

Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan
kerohanian dan moral yang dituntut oleh islam dan agama-agama lain berterusan tanpa
banyak terjejas, penilaian baik dan buruk pembinaan peradaban majmuk di Malaysia perlu
dilakukan dengan lebih teliti. Rakyat negara ini perlu memakmurkan dan memanfaatkan
kebaikan ini dan memanfaatkan kebaikan ini dan menghindari dan mengatasu
keburukannya. Akhirmya , kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada
pada kita, terutamanya kekayaan dalaman yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik
yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau keilmuan.

1

2.0 ISI DAN HURAIAN

2.1 PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

Sebelum kita mencapai kemerdekaan dan era moden kini, adalah perlu kita
memahami sejarah peradaban alam melayu terlebih dahulu. Ia telah wujud hasil
keterlibatan masyarakat di pelbagai rantau, antaranya ialah nusantara yang melibatkan
zaman prasejarah bermula empat dekad sebelum masihi. Di zaman prasejarah ini belum
wujud sebuah entiti politik atau sempadan negara bangsa yang dikenali sebagai tanah
melayu mahupun Malaysia.

2.1.1 . Namun ia telah pun mempunyai sebuah unit geografi yang dikenali sebagai
alam nusantara (Syed Hussein Ali, 2017). Sehubungan itu, dalam konteks binaan bangsa
Malaysia, adalah perlu untuk dalami perkembangan sejarah peradaban yang lalu bagi
memahi etos budaya rantau Melayu sebagai teras penting dalam pembinaan bangsa
Malaysia. Rantau alam Nusantara dalam catatan India disebut dalam bahasa Sanskrit
sebagai Suvarnabhumi atau Tanah Emas (Sailendra & Nath Sen, 1988).

2.1.2 PERADABAN PRIBUMI ALAM MELAYU

Dunia melayu atau alam melayu adalah sebuah rantau politik dan ekonomi yang
sangat strategik sejak zaman pra-sejarah. Kedudukan geografi alam melayu dikenali
sebagai nusantara yang berada di tengah tdengah kawasan tamadun awal manusia telah
menjadikan rantau ini sangat penting. Di timur, terbinanya tamadun Hwang Ho yang kini
dikenali sebagai negara china yang mencipta pelbagai kemajuan, sedangkan di sebelah
barat muncul Mohenjadoro dan Harappa (India), Mesopotamia dan Babylon (Iraq), Nil (Mesir)
dan Athens (Greek), sehingga menjadikan alam melayu penghubung utama kedua dua
belah tamadun.

2.1.3 Kedudukan alam melayu yang berada di laluan ekonomi yang utama iaitu selat
melaka, Sunda dan laut China Selatan telah memboleh komunikasi perdagang
antarabangsa yang lebih cekap berlaku, berbanding laluan sutera yang merentasi Siberia
yang sangat mencabar. Disebabkan kedudukan yang strategik ini, muncul bandar-bandar
pelabuhan sepanjang persisirannya, yang kemudian membentuk kerajaan-kerajaan kota,
sebelum menjadi empayar-empayar yang besar.

2.1.4 Kemunculan kerajaan melayu funan (68-628M), sriwijaya (600-110M),
Majapahit (1293-1498M) dan Melaka (1400-1511M), adalah gambaran bagaimana bangsa
melayu menjadi sebuah bangsa dan tamadun yang mempunya empayar besar dan tamadun
yang mempunyai empayar besar yang menguasai laluan ekonomi timur barat sehingga
abad ke-16M.

2.1.5 Walaubagaimanapun interaksi yang berlaku adalah sesuatu yang positif
apabila hasil daripada pertembungan memperlihatkan kecenderungan dalam
memperkayakan bahasa dan kebudayaan. Maka bertakulah penyerapan kosa kata pinjaman

2

daripada pelbagai bahasa dan budaya. Antaranya bahasa inggeris, arab, india, cina,
portugis, belanda dan lain-lain.

2.1.6 PERADABAN ASIA (INDIA, CINA, TIMUR TENGAH)
Perkembangan peradaban Asia turut mempengaruhi pembinaan bangsa dan

negara di Malaysia. Hubungan antara pedagang India, Cina dan Timur Tengah sejak sekian
lama telah membawa kepelbagaian adat dan budaya serta pegangan agama. Kepelbagaian
ini merupakan satu keistimewaan yang ada pada negara ini namun perlu diuruskan dengan
baik agar keharmonian bangsa dapat diperkukuhkan setiap masa.

2.1.7 Masyarakat India dan Cina datang ke Tanah Melayu secara pesatnya pada
kurun ke-18. Kedatangan mereka adalah hasil usaha pihak penjajah yang membawa masuk
pekerja asing bagi memenuhi keperluan ekonomi. Peradaban mereka merupakan waris
peradaban asal mereka di negara asal. Apabiia tiba di Malaysia, mereka bertembung
dengan peradaban tempatan termasuk peradaban Barat dan Melayu

2.1.8 Peradaban Timur Tengah seperti peradaban India dan Cina yang ada di
Malaysia masih tidak banyak berubah secara keseluruhannya menurut acuan tempatan.
Sebagai contoh adat resam, tabiat pemakaian dan bahasa ibunda masih dikekalkan dari
generasi ke genarasi. Dalam aspek keagamaan juga demikian, walaupun terdapat dalam
kalangan bangsa India dan Cina yang memeluk agama Islam, namun bahasa dan
kebudayaan masih diamalkan dalam sebahagian kehldupan mereka

2.1.9 PERADABAN BARAT
Peradaban Barat hasil penjajahan kolonial Barat yang dilalui oleh negara ini

tidaklah ketara berlaku memandangkan tempo kependudukan British dalam negara
khususnya dalam rangka sejarah kebudayaan di Nusantara ini tidak lama, namun pengaruh
corak masyarakat kolonial itu meninggalkan satu kesan yang las walaupun mungkin tidak
mendalam. Kedatangan orang Eropah kealam Melayu ini telah bermula selepas tumbuhnya
peradaban Islam di rantau ini, tetapi masyarakat colonial tidak tumbuh serentak di alam
Melayu ini.

2.1.10 Semasa pemerintahan koionial Barat khususnya pemerintahan British,
penyebaran agama Kristian di Tanah Melayu pada zaman tersebut tidaklah begitu ketara.
Beberapa kawasan penempatan awal British dapat dilihat melalui peninggalan bangunan
bersejarah seperti di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Peradaban Barat mulai memberi
pengaruh kepada penduduk tempatan selepas mencapai kedudukan yang mempunyai
prestij di Alam Melayu ini.

2.1.11
Di Tanah Melayu khususnya, pengaruh peradaban Barat Iebih kepada pengaruh
bidang material dan kesannya hanya pada peringkat luaran sahaja. la banyak
mempengaruhi kebudayaan dan institusi-institusi sosial sahaja. Namun begitu, ajaran Islam
tetap menjadi pegangan masyarakat tempatan. Antara pengaruh peradaban Barat di Tanah
Melayu dapat dilihat melalui sistem pendidikan, kewujudan masyarakat majmuk, perubahan
dari segi budaya, kemunculan bandar-bandar moden dan keperluan-keperluan asas
infrastruktur bandar seperti jalanraya, keretapi, telefon, telegraf, bekalan eletrik dan bekalan

3

air bersih. Ini semua dinikmati oleh masyarakat bukan Melayu yang tinggal di bandar-bandar
terutamanya para pegawai British dan peniaga Cina.

2.1.12 PERADABAN GLOBALISASI
Globalisali menurut Kamus Dewan ialah fenomena yang menjadikan dunia

keiihatan kecil dari segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan
teknologi maklumat. la juga merupakan era dunia tanpa sempadan yang berlaku hasil
interaksi dan jaringan peradaban yang merentasi benua dan sempadan negara. Globalisasi
berlaku melalui pemodenan dalam peibagai bidang kehidupan, perkembangan teknologi
maklumat dan informasi seperti komputer dan telefon pintar yang mempunyai talian internet
serta penggunaan media sosial yang berleluasa seperti Facebook, WhatsApp dan lain-lain.

2.1.13 Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar dalam pelbagai aspek
kehidupan merentasi bidang politik, ekonomi, sosio-budaya termasukiah perkembangan
bidang ilmu dan pemikiran. Perkembangan peradaban giobal ini turut menjadi penyumbang
kepada pembentukan peradaban majrnuk di Malaysia.

2.1.14 Aspek positif Globalisasi :
 Peluang pekerjaan yang meluas
 Peningkatan mobiliti sosial
 Penyebaran ilmu dan maklumat
 Jaringan komunikasi yang luas
 Kemudahan berinteraksi
 Kepelbagaian idea dapat diketengahkan
 Hak asasi kaum wanita dapat ditonjolkan

2.1.15 Aspek negatif Globalisasi :
 Kualiti alam sekitar yang semakin merosot akibat terlalu mementingkan faktor

keuntungan.
 Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin

melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor
ekonomi.
 Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara.
 Pembajiran maklumat yang tidak berguna
 Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan sesuatu jenayah dibendung.

4

2.1.16 PERADABAN BERIDENTITIKAN MALAYSIA
Kemerdekaan Malaysia tanggal 31 Ogos 1957 merupakan asas kepada

kemunculan peradaban bangsa-negara. Usia kemerdekaan yang telah melebihi 60 tahun
merupakan satu jangka masa yang panjang namun di sebaiik tempoh tersebut, negara
didakwa masih gagal dalam menjayakan proses pembentukan negara bangsa. Namun
usaha ini perlu diteruskan sebagai meneruskan perjuangan tokoh kemerdekaan negara
untuk melihat bangsa Malaysia wujud dan bersatu dalam suasana yang harmoni dan damai
sampai bila-bila. Jika usaha ini gagal, anak cucu kita tidak dapat mengecapi Iagi kehidupan
yang aman damai malah tidak mustahil mereka akan menjadi pelarían di negara orang.

2.1.17 Pihak berwajib perlu memainkan peranan mereka agar ruang-ruang
memecahbelahkan keamanan negara bangsa dapat dikawal dan akhirnya tidak merebak
hingga bertaku rusuhan seperti yang telah berlaku ada 13 Mei 1969. Pembinaan identiti
negara bangsa sudah banyak diperkatakan dan telah dirungkai oleh para pengkaji negara
kerana ia merupakan sudut sisi yang penting dalam memahami negara bangsa yang
beridentitikan Malaysia. Dalam merangka, merancang dan memahami pembentukan identiti
ini, wajar bagi setiap warganegara untuk memahami dan mengenali negara bangsa yang
beridentitilkan Malaysia melalui kajian-kajian mereka yang pakar dalam perkara ini.

2.1.18 Kajian ini adalah penting dalam usaha untuk mengkaji pembentukan identiti
pada masa kini sekaligus dapat membina satu identiti yang kukuh dan unggul pada masa
hadapan. Peradaban beridentitikan Malaysia mestilah suatu peradaban yang mempunyai
identiti kukuh sebagai seorang anggota masyarakat Malaysia yang bertunjangkan budaya,
imej, bahasa dan agama sebagai landasan utama dalam menjalani kehidupan mereka.

5

2.2 KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DI MALAYSIA
Konsep negara dan bangsa menjadi perhatian terutama setelah Perdana Menteri ke-4, Tun
Dr. Mahathir Mohamad mengemukakannya pada tahun 1991. Takrif negara dan bangsa
menurut Kamus Dewan ialah frasa ‘negara’ merujuk kepada suatu kumpulan masyarakat
yang mendiami sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera
pemerintahan manakala frasa 'bangsa' merujuk kepada suatu kumpulan manusia dalam
satu ikatan ketatanegaraan yang mempunyai identiti budaya, fahaman,agama dan bahasa
tersendiri.

2.2.1 Oleh itu, konsep negara bangsa dilihat sebagai satu bangsa yang ideal yang
diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa dengan satu identiti tersendiri.
Konsep negara dan bangsa juga menjurus kepada sebuah negara yang mempunyai tanah
air, rakyat, kemerdekaan, kedaulatan, sempadan, perlembagaan dan perundangan yang
luhur dengan rakyatnya hidup besatu-padu tanpa wujud sentimen perkauman, keturunan,
agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang boleh membawa kepada
perpecahan dan permusuhan antara kaum.

2.2.2 . Elemen yang saling lengkap melengkapi ini akan mengesahkan Iagi sistem
kuasa dan autoriti sesebuah negara.

2.2.3 KONSEP NEGARA
Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan
adanya kerajaan yang memerintah. Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka
dan mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh negara-negara lain.
Manakala rakyat pula memiiíki taraf kewarganegaraan yang sah menurut undang-undang.

2.2.4 . Rakyat merupakan elemen terpenting bagi negara kerana rakyatlah yang
mengatur urus tadbtr negara. Kewujudan rakyat juga yang akan membentuk satu bangsa
kepada sesebuah negara. Antara ciri-ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah
adanya penduduk, sempadan, kerajaan dan kedaulatan. Sesebuah negara juga memiliki
sistem politik yang ditegakkan oleh sekumpulan manusia serta membentuk satu kerajaan
yang sah dan diiktiraf oleh pihak luar. Secara ringkasnya, untuk membentuk sebuah negara
perlu rnempunyat elemen penduduk, wilayah, kerajaan dan kedaulatan.

2.2.5 KONSEP BANGSA
Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahlrnya seseorang individu seterusnya
membentuk satu kumpulan besar manusia. Penggunaan istilah bangsa biasanya digunakan
untuk menjelaskan tentang sesebuah etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti sesebuah
masyarakat.

2.2.6 Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya mempunyai
hubungan darah dan keturunan, bahasa yang sama, perkongsian tradisi dan sejarah.
Waiaupun pelbagai teori berkenaan bangsa ini, selain faktor-faktor tersebut, elemen
perasaan kebersamaan turut menjadi sentimen dalam membentuk sesebuah bangsa. Maka
dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah hubungan erat yang wujud melalui perasaan
kekitaan terhadap sekumpulan besar manusia yang ada dalam sesebuah negara.

6

2.2.7 KONSEP NEGARA DAN BANGSA
Negara bangsa adalah satu konsep kenegaraan yang memperoleh pengesahan

politik; satu entiti bagi satu-satu bangsa dalam sebuah wilayah berdaulat; istilah negara
bangsa menyepadukan negara dan bangsa; dipertautkan melalui perkongsian wilayah
bersama, ekonomi bersama, serta mempunyai unsur-unsur subjektif bersama; ia
menandakan bahawa warganya telah bersedia berkongsi satu bahasa - satu budaya - satu
nilai - satu wawasan (Raja Nazrin shah, 2017).

Bagi mencapai konsep sebenar negara dan bangsa, ia perlu memenuhl ciri-ciri
negara dan bangsa tersebut. Antara ciri-ciri negara bangsa adalah :

a) Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu-padu tanpa
berlaku pemisahan ataupun diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang
iain.

b) Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh melalui simboi-simbol
keutuhan seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara dan
sebagainya

c) Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik.
d) Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap

sistem pernerintahan dan undang-undang negara.

2.2.8 Kerajaan Malaysia telah memilih pendekatan integrasi dalam usaha pembinaan
negara bangsa, dan bukannya pendekatan asimilasi seperti yang dilaksanakan di Indonesia.
Cara integrasi yang dikenali sebagai dasar Kesatuan dalam Kepelbagaian (Unity in Diversity)
menjadi pilihan kerana menjamin keamanan dalam masyarakat majmuk, sebaliknya cara
asimilasi lebih terdorong untuk 'memaksa' penduduk minoriti untuk menyertai kumpulan
majoriti dengan menghilangkan identiti etnik itu, dan cara ini biasanya berakhir dengan
kegagalan (Cheah, 2004).

2.2.9 Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara dan
boleh dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara, pentadbiran serta
penduduknya. Merujuk kepada Malaysia, proses awal pembinaan negara bangsa lebih
tertumpu kepada keperluan politik. Usaha-usaha secara intensif bagi mencapai matlamat
mula dilaksanakan selepas peristiwa 13 Mei 1969 khususnya menerusi rancangan Dasar
Ekonomi Baru (DEB).

2.2.10 Matlamat yang lebih jelas pula hanya muncul ekoran pengenalan Wawasan
2020 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991. Wawasan yang menekankan
terhadap keperluan wujudnya bangsa Malaysia yang mantap mula diberikan perhatian yang
lebih serius oleh pelbagai pihak. Pembinaan negara bangsa Malaysia berdasarkan acuan
sendiri harus dilaksanakan melalui pelbagai saluran (Mohd Rodzi, 2009).

7

2.2.11 IDEA BANGSA MALAYSIA
Idea bangsa Malaysia bertitik tolak dari konsep bangsa idaman, ia bukan sesuatu yang

baharu dalam konteks Malaysia. Malah Shamsul Amri telah membahagikan konsep bangsa
idaman ini dalam konteks Malaysia:

1. Sebelum merdeka, melalui pergerakan nasionalisme yang berjuang dalam
kerangka bangsa idaman yang bersesuaian dengan agenda dan kepentingan
ekonomi, politik, sosial dan budaya yang turut berpaksikan kepada ideologi politik
sama ada secara demokratik mahupun secara bersenjata.

2. Selepas merdeka, keinginan untuk mewujudkan persamaan identiti nasional.
Contohnya konsep bangsa idaman Malaysian Malaysia dan masyarakat majmuk
pimpinan Melayu.

3. Bangsa idaman selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) bangsa Malaysia, Gagasan
1 Malaysia. (Shamsul, 2019).

2.2.12 Menurut Abdul Rahman Embong (2000), "Ditinjau dari segi sejarah, bangsa
Malaysia adalah satu konsep baharu bagi rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila
Malaya diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957, yang dilahirkan ialah sebuah negara,
bukan bangsa. Begitu juga, apabila Malaysia terbentuk pada tahun 1963, yang kita miliki
hanyalah negara Malaysia, sedangkan bangsa Malaysia yang utuh dan bersatu padu masih
jauh daripada terwujud".

2.2.13 Dr. Mahathir telah mencetuskan kepentingan pembinaan bangsa Malaysia

melalui Wawasan 2020 pada tahun 1991. Cabaran pertama yang ditonjolkan dalam

gagasan tersebut dengan jelas meletakkan matlamat berkenaan; "Mewujudkan bangsa

Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama,

berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum berasaskan persamaan hak dan

keadilan."

2.2.14 Manakala menurut Tun Abdullah Ahmad Badawi (2007) dalam ucapannya

sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-50; "Kejayaan Malaysia telah dibina

atas usaha bersama. Negara Malaysia akan terus dibangunkan secara bersama dalam

semangat yang tidak membenarkan berlakunya tafsiran sempit dari segi identiti warga, tidak

membenarkan berlakunya amalan ekstremisme agama, tidak mengizinkan berlaku

ketidakadilan dalam kalangan warga dan tidak mengizinkan tercetusnya sebarang

kebimbangan terhadap jaminan masa hadapan mana-mana warga. Bumi dan langit

Malaysia dalah tempat bertapak, tempat berteduh setiap warga Malaysia, bumi dan langit

Malaysia menjanjikan tapak kukuh dan langit cerah untuk setiap warga dapat hidup bersatu

penuh muafakat."

2.2.15 Najib Razak (2010): Gagasan 1 Malaysia, iaitu satu gagasan bagi memupuk

perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa

nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. 1 Malaysia

adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia berbilang

kaum yang berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap

rakyat Malaysia.

8

2.2.16 TERAS KEPADA PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
Berikut adalah beberapa teras penting dalam pembinaan bangsa Malaysia:

1. Kefahaman dan penghayatan terhadap sejarah peradaban dalam pembentuk etos
nasional di Malaysia.

2. Pematuhan kepada Perlembagaan Persekutuan yang telah termaktub setiap hak
setiap warganegara Malaysia. Berasaskan kontrak sosial yang berkaitan institusi raja
berperlembagaan sebagai simbol perpaduan, Islam sebagai agama rasmi, bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dan hak Melayu bumiputera Sabah dan Sarawak.

3. Toleransi dan keikhlasan setiap individu yang mengidentifikasikan dirinya sebagai
warganegara Malaysia.

4. Pendekatan integrasi dan inklusif dalam agenda pembangunan sosioekonomi negara
yang holistik.

9

KESIMPULAN

Peradaban majmuk ialah gabungan atau campuran pelbagai bentuk peradaban yang
menyerap mask ke dalam peradaban Melayu. Dalam peradaban majmuk, pastinya ada
masyarakat yang berbilang kaum. Peradaban yang diamalkan pada suatu ketika dahulu
menjadi panduan kepada masyarakat kini dalam menjalani kehidupan. Selain itu, ia juga
merapatkan hubungan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia dengan berinteraks
antara satu sama lain. Negara Malaysia semakin maju dari segi pembangunan negara,
ekonomi, teknologi dan sebagainya. Negara adalah suatu wilayah yang kekuasaannya
diatur oleh kerajaan yang berada di wilayah negara tersebut. Politik negara mempunyai
kedaulatan dan tanggungjawab menjalankan pentadbiran. Terdapat penduduk yang
berbilang kaum dalam suatu negara. Bangsa pula merupakan satu kelompok manusia
yang mempunyai satu ikatan ketatanegaraan. Semua bangsa bekerjasama dalam
mewujudkan perpaduan negara.

10

RUJUKAN
 https://abox.pub/pembinaan-peradaban-
majmuk-di-malaysia-pdf-flipbook-k-
60bc5f93c963d.html#:~:text=PENGENALAN%
20Peradaban%20Majmuk%20di%20Malaysia%
20adalah%20gabungan%20daripada,%28India
%2C%20Cina%2C%20Timur%20Tengah%29%
2C%20dan%20seterusnya%20peradaban%20
Barat
 https://fliphtml5.com/krbac/hvjz/basic
 Modul penghayatan etika dan peradaban

11

LAMPIRAN

12


Click to View FlipBook Version