PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN
MPU 2172
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
TIANG SERI ETIKA DAN
PERADABAN DI MALAYSIA
FOLIO DISEDIAKAN OLEH :
Cyril Dixson Chai Buk Chu
031030-12-0583
NAMA PENSYARAH:
Ustaz Mohd Azuan Bin Mohamad Alias
1
ISI KANDUNGAN
BIL KETERANGAN MUKA SURAT
2
1 Isi kandungan 3
4-7
2 Pengenalan 8
3 Isi-isi: Sejarah penggubalan perlembagaan persekutuan 9-10
11
4 Peranan dan kepentingan unsur-unsur tradisi dalam 12-13
perlembagaan persekutuan 14
15-16
5 a)Kesultanan Atau Pemerintahan Beraja
17
6 b)Agama Islam 18
19
7 c)Bahasa Malayu
8 d)Kedudukan Istimewah orang Melayu
9 Peranan Perlembagaan Sebagai Tiang Seri Etika Dan
Peradaban Di Malaysia
10 Rumusan
11 Rujukan
12 Lampiran
2
1.0 PENGENALAN
Perlembagaan atau undang-undang merupakan salah satu daripada lima
syarat sesebuah negara dipanggil “negara” selain daripada perlu adanya penduduk,
kerajaan, wilayah dan kedaulatan. Semua negara merdeka di dunia mempunyai
perlembagaan sama ada perlembagaan bertulis atau perlembagaan tidak bertulis.
Perlembagaan negara Malaysia dibentuk berdasarkan sejarah yang sangat panjang
berteraskan perjuangan rakyat serta kerjasama pelbagai etnik dalam menghadapi
ujian getir penjajahan British. Perlembagaan Malaya dan Malaysia telah cuba
sedaya upaya untuk memberi peluang kepada setiap rakyat supaya mendapat hak
dalam kerukunan hidup bernegara dengan menjiwai perjanjian yang mengambilkira
hak dan peranan semua golongan yang bergelar pemerintah dan yang diperintah.
3
2.0 ISI DAN HURAIAN
2.1 Sejarah penggubalan perlembagaan persekutuan
British telah membentuk Perlembagaan Malayan Union setelah
mengisytiharkan Malayan Union pada 1 April 1946. Dalam perlembagaan tersebut,
Malayan Union diperintah oleh Gabenor bagi memastikan penyelarasan dasar dan
pentadbiran antara Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. Sultan-
sultan cuma menjadi raja kehormat sahaja. Manakala majlis yang membincangkan
hal ehwal agama Islam akan dianggotai oleh sultan-sultan tetapi Gabenor yang
menjadi pengerusinya.
2.1.1 Perlembagaan Malayan Union
juga memberikan hak kerakyatan kepada golongan bukan Melayu menerusi
prinsip jus soli yang bermaksud jika seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu
selepas Malayan Union, seseorang itu berhak menerima kerakyatan dengan mudah.
Dari segi pentadbiran, Gabenor memerintah bersama-sama dengan Majlis
Penasihat sehingga dua badan tetap, iaitu Majlis Perundangan dan Majlis
Mesyuarat Kerajaan dapat ditubuhkan (Zainal Abidin 1979).
Bagaimanapun, hanya sebahagian daripada perlembagaan Malayan Union
yang dikuatkuasakan. Malayan Union tidak dapat bertahan lama dan menjelang
Februari 1948 ia dibubarkan kerana mendapat tentangan daripada orang Melayu
kerana sebab-sebab berikut:
(a) Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan
hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai
Majlis Penasihat Melayu.
(b) Pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain melalui prinsip jus
soli.
(c) Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu
penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.
(d) Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu yang
menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua,
iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan daripada takhta
pemerintahan.
2.1.2 Persekutuan Tanah Melayu 1948
Menerusi konsep persekutuan ini, kerajaan pusat berkuasa dalam semua
perkara yang penting secara menyeluruh tetapi pada masa yang sama ia
mengekalkan autonomi negeri-negeri serta menghormati kebesaran, martabat dan
bidang kuasa Raja-raja dalam hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu.
4
Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948 di
bawah Perintah Majlis Persekutuan Tanah Melayu 1948 meliputi sembilan negeri
Melayu dan dua daripada tiga Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka.
Singapura terpisah sebagai sebuah Tanah Jajahan Mahkota di luar
Persekutuan. Perlembagaan baharu ini telah memenuhi kehendak pihak yang
terbabit dalam pertikaian tentang idea penubuhan Malayan Union. Kedaulatan
Raja-raja Melayu telah dikembalikan, begitu juga dengan kedudukan istimewa
orang Melayu serta prinsip jus soli telah digugurkan.
2.1.3 Pembentukan persekutuan
merupakan satu kejayaan kepada orang Melayu kerana mengiktiraf
kedaulatan dan hak negeri-negeri yang dahulunya telah dihapuskan dalam Malayan
Union. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menjadi asas bagi
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (Mohd Aris 1983).
Dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, kerjasama antara etnik
Melayu dan bukan Melayu mula terjalin. Sebagai contoh, penubuhan Jawatankuasa
Perhubungan Kaum 1949 yang terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha
menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang
wujud akibat permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik.
2.1.4 Pada 1 Januari 1956, satu rombongan telah berangkat ke London bagi
membincangkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan pihak British.
Wakil Raja Melayu terdiri daripada Dato’ Panglima Bukit Gantang, Abdul Aziz
Othman, Dato’ Mohd Seth dan Dato’ Nik Ahmed Kamil. Manakala wakil Parti
Perikatan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Dr. Ismail, Tun H.S.
Lee dan Tun Abdul Razak Hussein.
Di dalam rundingan tersebut, satu suruhanjaya bebas yang bernama
Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan bagi Tanah
Melayu yang bakal merdeka. Keahliannya terdiri daripada Lord Reid dari Britain
(Lord of Appeal in the Ordinary), Sir Ivor Jennings juga dari Britain (Master of Trinity
Hall, Cambridge), Sir William Mckell dari Australia (bekas Gabenor Jeneral
Australia), B. Malik dari India (bekas Hakim Besar Mahkamah Tinggi Allahabad)
dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan (Hakim Mahkamah Tinggi Pakistan Barat).
Menyentuh mengenai keahlian Suruhanjaya ini, Perikatan bersetuju dengan
anggota-anggota Suruhanjaya yang akan dipilih oleh British sendiri tanpa
melibatkan rakyat Tanah Melayu bagi menentukan dan bertanggungjawab
merangka perlembagaan.
2.1.5 Hal ini disebabkan perundingan yang dijalankan di London dianggotai oleh
pegawai-pegawai British yang ramai, iaitu 35 orang berbanding dengan wakil
Perikatan dan Raja-raja Melayu seramai lapan orang.
Perjanjian London juga telah menetapkan agar perlembagaan yang hendak
digubal perlu mengambil kira perkara-perkara pembentukan sebuah persekutuan
5
dengan kerajaan pusat yang kuat, pemeliharaan kedudukan, keistimewaan,
kehormatan dan hak raja-raja Melayu, pengwujudan jawatan ketua negara yang
bergelar Yang di-Pertuan Agong, pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu
serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain dan pembentukan sebuah sistem
kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
Suruhanjaya ini juga mempunyai dua objektif dalam menyediakan rangka
perlembagaan yang baharu, iaitu sestilah ada peluang sepenuhnya untuk
pertumbuhan sebuah negara yang bersatu padu, bebas dan demokratik dan
mestilah ada kemudahan lengkap untuk membangunkan sumber negara dan
mengekalkan serta meningkatkan taraf hidup rakyat.
2.1.6 Berdasarkan perkara tersebut, suruhanjaya ini juga meneliti kedudukan
perlembagaan unit-unit dalam Persekutuan, melawat negeri-negeri Melayu dan
Negeri Selat, berjumpa Raja-raja, Menteri-menteri Besar, Penasihat-penasihat
British, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Residen serta pegawai-pegawai negeri dan
Negeri Selat. Suruhanjaya ini juga telah membuat pertemuan secara terbuka dan
sering mengadakan mesyuarat tidak rasmi.
Perlembagaan ini menjadi kukuh dan praktikal serta dihormati kerana
Suruhanjaya telah meminta cadangan dan pandangan daripada bukan sahaja parti
politik tetapi juga orang ramai, individu dan Raja-raja Melayu.
Hal ini menunjukkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah
mendapat persetujuan dan pandangan majoriti rakyat Malaysia. Inilah yang
dikatakan permuafakatan sosial (kontrak sosial), iaitu orang Melayu dan bukan
Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan
negara.
2.1.7 Dalam hal ini, Ahmad (1992) menjelaskan bahawa Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu digubal hasil daripada persetujuan bersama yang telah
dicapai antara penduduk di Tanah Melayu daripada kalangan etnik Melayu, Cina
dan India.
2.1.8 Perlembagaan Tanah Melayu
bukan sahaja merupakan dokumen perundangan bahkan merupakan
kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Melalui permuafakatan sosial ini, orang
bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus
soli. Kedudukan orang Melayu dikekalkan dalam perlembagaan dan begitu juga
tentang kedudukan agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang
Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.
Satu jawatankuasa telah ditubuhkan oleh Perikatan, Raja-raja Melayu dan
kolonial British untuk mengkaji semula cadangan Suruhanjaya Reid tersebut bagi
menyediakan Kertas Putih. Laporan tersebut mengumpulkan hasil semakan dan
penelitian yang dibuat berkenaan dengan laporan yang disediakan oleh
Suruhanjaya Reid yang diserahkan kepada Baginda Ratu dan Raja-raja Melayu
pada Februari 1957.
6
Kertas Putih yang mengandungi pindaan ke atas Penyata Reid dan rangka
perlembagaan yang disusun oleh jawatankuasa itu telah diterbitkan pada 3 Julai
1957. Jawatankuasa kerja dipengerusikan oleh MacGillivray dan termasuk empat
wakil dari Perikatan dan empat wakil dari Raja-raja Melayu.
Wakil Perikatan ialah Tunku Abdul Rahman (UMNO), Datuk Abdul Razak
(UMNO), Ong Yoke lin (MCA) dan V.T Sambathan (MIC), manakala wakil Raja-raja
Melayu ialah Mustapha Albakri (Penyimpan Mohor Besar Raja-raja), Shamsudin
Nain, Tunku Ismail Tunku Yahya dan Neil Lawson. Ahli lain ialah Ketua Setiausaha
Kerajaan, Sir David Watherston,
Peguam Negara, T.V.A Brodie dan E.O laird yang bertindak sebagai
Setiausaha. Draf Perlembagaan Persekutuan diterima dan diisytiharkan sebagai
Perlembagaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan Persekutuan
sekali lagi diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan
Tanah Melayu, lalu membentuk Malaysia pada 16 September 1963.
7
2.2 PERANAN DAN KEPENTINGAN UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perkataan tradisi mempunyai pelbagai makna. Namun pada amnya, tradisi
bermakna pemindahan dan kesinambungan daripada satu generasi kepada
generasi yang lain.
Perkara ini menggambarkan bahawa tradisi mencerminkan sejarah, budaya
dan fahaman sesuatu bangsa dan masyarakat (Abdul Aziz 2002). Dalam konteks
politik dan perlembagaan, yang dimaksudkan dengan sistem tradisi merujuk
kepada sistem yang wujud sebelum kedatangan zaman moden, iaitu sebuah sistem
yang keesahannya bergantung kepada agama dan nilai-nilai asal lainnya.
Terdapat beberapa negara luar yang masih menekankan kepentingan
institusi tradisi sehingga kini. Selain menjadi faktor sejarah dan kesinambungan
sesuatu bangsa, institusi tradisi dapat menampung kekurangan yang sukar diatasi
oleh sistem demokrasi.
2.2.1 Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana telah wujud ratusan tahun sebelum
Perlembagaan Persekutuan 1957. Unsur-unsur berkenaan berperanan
menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid
menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah,
tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957 (Mohd Salleh 1984).
Keadaan ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga
ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 dan dianggap sebagai isu-isu sensitif
yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. Bagi rakyat Malaysia,
khususnya etnik Melayu, unsur-unsur ini penting kerana perkara ini menjadi identiti
dan kestabilan negara.
Unsur-unsur tradisi juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang
diterima oleh etnik Melayu dan bukan Melayu. Maknanya, hak istimewa orang
Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu diterima sebagai
bahasa kebangsaan sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh
etnik bukan Melayu dikekal dan diperkukuhkan.
2.2.2 Prasyarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu
formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konlik antara
etnik di Tanah Melayu pada ketika itu. Disebabkan kepentingan unsur-unsur tradisi
yang mendasari perlembagaan tersebut, maka unsur-unsur ini boleh dianggap
sebagai tiang seri hubungan etnik di Malaysia.
8
2.2.3 Kesultanan Atau Pemerintahan Beraja
Pemerintahan beraja telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri
Melayu sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja, raja mempunyai
kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu
oleh pembesar-pembesar yang dilantik khususnya sebelum penjajahan British.
Sebelum Perang Dunia Kedua (1939-1945), sultan merupakan pemerintah yang
berdaulat dan memiliki kuasa penuh dalam negeri masing-masing walaupun berada
dalam penjajahan British.
Pada masa yang sama, dalam beberapa perjanjian dengan British, sultan
perlu menerima nasihat daripada pegawai British yang dilantik sebagai Residen
atau Penasihat British kecuali yang menyentuh tentang agama Islam.
2.2.4 Persekutuan Tanah Melayu
Apa mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, institusi pemerintahan beraja
diteruskan dengan beberapa pindaan supaya disesuaikan dengan konsep
Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
Menurut konsep Raja Berperlembagaan, mereka dikehendaki menerima
nasihat daripada menteri dan bertindak menurut nasihat itu. Sebagai contoh, di
peringkat pusat, Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugasnya menurut nasihat
Kabinet. Manakala di peringkat negeri pula, raja hendaklah bertindak atas nasihat
Majlis Mesyuarat Kerajaan.
Di peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mestilah dilantik, iaitu
seorang sultan yang dipilih daripada raja-raja dari sembilan buah negeri Melayu.
Berdasarkan konsep Raja Berperlembagaan, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa
memerintah persekutuan dan baginda dikehendaki bertindak atas nasihat Kabinet.
2.2.5 Yang di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
Perse kutuan dan mempunyai kuasa untuk mengampun dan menangguhkan
hukuman orang yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera dan bagi
kesalahankesalahan yang dilakukan di dalam wilayah persekutuan Kuala Lumpur.
Institusi beraja yang wujud di Malaysia hari ini dilindungi oleh perlembagaan
melalui Perkara 38(4) iaitu tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan
berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka
untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-
Raja.
Seterusnya, tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan
tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Hal ini menunjukkan bahawa amat sukar
memperoleh persetujuan seperti itu dan terlindung menurut perlembagaan.
9
2.2.6 Selain daripada melaksanakan kuasa yang diperuntukkan oleh
perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong juga menjadi lambang perpaduan
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik. Etnik Melayu, Cina, India,
bumiputra Sabah dan Sarawak dan bangsa-bangsa lain menganggap baginda
sebagai pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik di Malaysia.
Hal ini kerana di bawah perlembagaan telah memperuntukkan bahawa
adalah menjadi tanggungjawab dan amanah Yang di-Pertuan Agong untuk
memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak serta kepentingan sah kaum lain. Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa
dalam soal pindaan terhadap peruntukan berkaitan dengan kewarganegaraan.
Institusi beraja juga bertanggungjawab menjaga agama Islam serta
sebarang pindaan yang ingin dibuat terhadap agama Islam perlu mendapat
perkenan raja-raja terlebih dahulu.
Yang di-Pertuan Agong juga merupakan lambang keadilan dan
kesaksamaan kerana baginda yang melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan
dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan
Majlis Raja-Raja.
Begitu juga perlu dirundingi mengenai pelantikan juruaudit negara,
pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Perkhidmatan
Pelajaran. Jawatan-jawatan ini penting dalam menjaga hak rakyat dengan sikap
berkecuali iaitu tidak memihak kepada individu mahupun kerajaan sendiri.
Baginda juga boleh dianggap sebagai tonggak kehormatan kerana baginda
diberi kuasa untuk mengurniakan penghormatan, pingat dan bintang kepada pihak
berkenaan yang telah memberikan khidmat cemerlang kepada negara tanpa
mengira batasan etnik.
2.2.7 Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja adalah unsur tradisi yang amat
penting di Malaysia. Mereka adalah harapan dan sebagai lambang perpaduan
dalam kalangan rakyat berbilang etnik kerana mereka bukan dipilih secara politik
dan terkecuali daripada sebarang pengaruh politik. Keadaan ini membolehkan
institusi beraja mempunyai potensi untuk memainkan peranan tanpa mengenakan
syarat seperti yang ditetapkan oleh parti politik.
Setiap keputusan parti politik akan terikat dengan sentimen dan
pertimbangan kepartian. Yang di-Pertuan Agong ialah satu-satunya institusi
perlembagaan yang bersifat Melayu dan Islam serta amat penting kerana Perdana
Menteri, Kabinet dan Parlimen tidak semestinya dikuasai oleh etnik Melayu. Secara
simboliknya, Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai pemegang autoriti dan
kuasa yang diserahkan oleh negeri-negeri Melayu kepada pihak berkuasa pusat.
10
2.2.8 Agama Islam
Perkara 3 dałam perlembagaan menyentuh secara khusus mengenai
agama Islam. Pada masa yang sama, Perkara 3 ini harus dibaca bersama dengan
Perkara 8,12,121,150 dan kedudukan serta peranan Yang di-Pertuan Agong dalam
hal ehwal agama Islam. Walaupun agama Islam diberikan peruntukan khusus
dałam perlembagaan, agama-agama lain tetap diberi perlindungan sewajarnya.
Antara perkara yang dapat dirumuskan berkenaan agama Islam mengikut
peruntukan Perlembagaan Persekutuan ialah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah
negara Islam, agama Islam berada di bawah bidang kerajaan negeri, kebebasan
beragama yang diamalkan di Malaysia dan pada masa yang sama menghalang
penyebaran agama lain kepada orang Islam.
Menurut Perkara 60, orang Melayu didefinisikan sebagai seorang yang beragama Islam,
bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat budaya Melayu.
Oleh iłu, terdapat hubungan yang jelas di antara Melayu dan Islam. Yang di-Pertuan Agong
pula perlu dilantik daripada kalangan raja di negeri-negeri Melayu. Malah, setiap
Perlembagaan Negeri pula mensyaratkan seorang raja iłu mestilah berbangsa Melayu,
beragama Islam dan berketurunan raja.
Perkara 3 (3) meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam bagi negeri
Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai
raja. Sementara iłu, Raja atau Sultan pula berperanan sebagai ketua agama Islam bagi
negeri masing-masing.
11
2.2.9 Bahasa Melayu
Bahasa kebangsaan disentuh dalam perlembagaan melalui Perkara
152, iaitu memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Namun,
perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan
bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau
mengajar atau belajar bahasa lain kecuali bagi maksud rasmi.
Bahasa kebangsaan diwujudkan sebagai medium komunikasi atau bahasa
pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang
terdiri daripada pelbagai etnik. Hasil permuafakatan perlembagaan, bahasa Melayu
diterima sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan.
Peruntukan Perkara 150(6A) dengan terang menyatakan bahawa hal-hal
yang berhubung dengan bahasa Melayu, walaupun dalam keadaan darurat adalah
dilindungi oleh perlembagaan.
2.2.10 Perkara 150(6A) ini penting kerana secara umumnya perisytiharan darurat
mempunyai kesan menggantung sebahagian besar peruntukan perlembagaan.
Dengan kata lain, perkara berkenaan menyebut pengecualian terhadap bahasa
Melayu kepada kuasa darurat yang luas itu (Abdul Aziz 2005).
Kedudukan bahasa Melayu semakin jelas dalam perlembagaan melalui Perkara 10
(4) yang menjadikan bahasa Melayu adalah antara perkara sensitif yang dilarang
daripada dibahaskan di tempat terbuka atas tujuan keselamatan dan ketenteraman
awam. Kedudukan ini juga begitu kukuh kerana tidak dapat dipinda oleh Parlimen
jika tidak mendapat sokongan 2/3 dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja melalui
Perkara 159 (5).
Begitu juga dengan kedudukan sebagai bahasa rasmi bagi tujuan kerajaan
baik kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri dan termasuk apa-apa tujuan
untuk sesuatu kuasa awam, hendaklah menggunakan bahasa Melayu kecuali atas
beberapa perkara yang dibenarkan oleh undang-undang seperti yang termaktub
dalam Seksyen 4, Akta Bahasa Kebangsaan. Antara pengecualian tersebut adalah
bagi tujuan hubungan diplomatik dan latihan yang dijalankan oleh pakarpakar asing.
Seterusnya, perkara ini ditambah lagi dengan peruntukan di bawah Perkara
160(B) yang menjelaskan bahawa jika perlembagaan diterjemahkan ke dalam
bahasa kebangsaan dan jika terdapat percanggahan teks terjemahan dengan teks
dalam bahasa Inggeris, maka teks kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks
bahasa Inggeris.
Persefahaman menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
juga tidak menjejaskan penggunaan bahasa ibunda kaum lain malah dijamin oleh
Perlembagaan Persekutuan.
12
2.2.11 Sejarah mencatatkan, sebelum Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu
digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat,
perundangan dan kehakiman di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Jabatan
Polis dan sebagainya bagi memudahkan urusan pentadbiran kerana kakitangannya
terdiri daripada pelbagai kaum (Mohd Salleh 1984). Kedudukannya diperkuatkan
lagi oleh hakikat bahawa bahasa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi apabila
Johor menerima Penasihat Inggeris pada 1914.
Pegawai Eropah yang memegang lebih 95 peratus jawatan Kumpulan I
perlu mempelajari bahasa Melayu, mengambil ujian bahasa Melayu dan
dikehendaki lulus, barulah boleh ditempatkan di Persekutuan Tanah Melayu pada
ketika itu (Mohamed Suian 1987).
Keadaan ini menunjukkan bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa
perantaraan rasmi walaupun pada zaman penjajahan British. Perkara ini telah
diiktiraf oleh Tan Siew Sin dalam Majlis Perundangan Persekutuan, 10 Julai 1957
yang mengatakan bahawa pemimpin Melayu pada asasnya adalah adil dan
berpandangan luas bagi memastikan bahasa Melayu dijadikan alat perpaduan.
Tujuan utama di sebalik menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
adalah untuk memenuhi keperluan bagi menyatupadukan pelbagai etnik melalui
penggunaan satu bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi
bahasa pengantara negara ini sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Hal ini disebabkan semasa perlembagaan digubal, para pemimpin terdahulu telah
memutuskan bahawa sebuah negeri yang merdeka tidak dapat terus menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi jika hendak menyatupadukan penduduknya
yang bersifat pelbagai etnik.
13
2.2.12 Kedudukan Istimewa Orang Melayu
Peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan bukan sahaja setakat dalam
Perkara 153, tetapi juga terangkum dalam Perkara 8(5e), Perkara 89 dan 90 dan
Jadual 13 seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Jika merujuk takrif Melayu, maknanya sangat luas dan jika diambil dalam
pengertian sejarah dan sosiobudaya, Melayu itu meliputi mereka yang mendiami
kepulauan Melayu.
Walaupun terdapat pelbagai suku bangsa, bahasa dan loghat, namun ahli-
ahli bahasa dan budaya menganggap mereka sebagai satu kumpulan yang sama,
iaitu keturunan Melayu (Syed Husin 2008).
Jika merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrikan
dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya
bercakap dalam bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu, dan:
(a) Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau
bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada Hari Merdeka itu ia
adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura atau
(b) Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
Peruntukan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan disentuh
dalam perkara berikut:
Pertama, Perkara 153. Perkara ini menjelaskan bahawa adalah menjadi
tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk menjamin kedudukan istimewa orang
Melayu dan juga melindungi hak kaum lain. Kedua, Perkara 89, yang menyentuh
tentang tanah rizab Melayu.
Ketiga, Perkara 90 pula menyentuh mengenai pengecualian undang-undang yang
ada berkenaan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka serta undang-undang
yang ada di Terengganu mengenai tanah pegangan orang Melayu. Keempat,
Perkara 8 (5)(f) pula menjelaskan bahawa kemasukan untuk perkhidmatan Rejimen
Askar Melayu di-Raja hanya diperuntukkan kepada orang Melayu.
Namun, kemasukan ke rejimen tentera yang lain adalah terbuka kepada semua
etnik di Malaysia dan tiada sekatan dikenakan. Kelima, Jadual 13 dalam
perlembagaan menjelaskan bahawa terdapat empat prinsip yang perlu dipatuhi
sebelum penentuan atau penyemakan semula sempadan pilihan raya dibuat.
14
3.0 PERANAN PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI ETIKA DAN
PERADABAN MALAYSIA
1. Mengikat masyarakat untuk merujuk pada satu undang yang sama untuk sesuatu
masalah supaya tidak bercanggah antara satu sama lain.
Fasal 152 Pelembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan
Malaysia 1963 disebutkan bahawa Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu
dan akan kekal seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen.
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa “Ugama Islam ialah
ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman
dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.
Perkara 11 mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan “Tiap-tiap orang adalah
berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasa (4),
mengembangkan ugamanya”.
2. Menjamin kestabilan politik dan sustem pentadbiran negara
Penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang
memperuntukkan penubuhan badan yang dipanggil MKN membolehkan pihak
kerajaan mengisytiharkan kawasan keselamatan, menjelaskan kuasa-kuasa khas
pasukan keselamatan di kawsan keselamatan dan perkara-perkara berkaitan. Akta
ini nampak berkesan ketika pengurusan kes penularan Covid-19 di Malaysia.
3. Menjamin Keselamatan dan Kesejahteraan Rakyat
Hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara dapat digunakan tetapi tertakluk
kepada peruntukan Akta Hasutan dan beberapa akta lain. Ini membawa maksud
walaupun setiap rakyat dibenarkan untuk meluahkan pendapat dan pandangan
masing-masing namun ia masih di bawah undang-undang di mana sekiranya
berlaku unsur hasutan yang boleh menghuru-harakan keharmonian masyarakat,
seseorang masih boleh diambil tindakan.
15
4. Melindungi kepentingan semua kaum dengan jaminan keadilan sosial antara kaum.
Contohnya Perkara 149 berkenaan perundangan menentang perbuatan subversif,
tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam. Di bawah perkara ini, disebut
bahawa mana-mana perbuatan atau perkataan yang diutarakan, yang mana boleh
menimbulkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan
atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan
maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk
memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu
tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5 (Kebebasan Diri), Perkara
9 (Larangan Buang Negeri dan Kebebasan Bergerak) Perkara 10 (Kebebasan
Bercakap, Berhimpun dan Berpersatuan) atau Perkara 13 (Hak Terhadap Harta)
16
KESIMPULAN
Kesimpulannya,kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan ynag telah
ditunjikkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban,toleransi
dan rela berkongsi kuasa.Selain itu,permuafakatan sosial atau social contract ini
perlu diterima oleh semua rakyat malaysia tanpa perlu mempersoalkannya
lagi.Akhir sekali,melalui pembudayaan sikap ini,secara langsung ia dapat
menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang
boleh merosakkan perpaduaan yang sudah sedia terjalin.
17
RUJUKAN
1. https://www.slideshare.net/akmalamethyst/bab-4-
perlembagaan-persekutuan-tiang-seri-hubungan-etnik-
46708355
2. https://www.slideshare.net/sitikhairiyahsulaiman/bab-4tiang-
seri-hubungan-etnik
3. Modul penghayatan etika dan peradaban
18
LAMPIRAN
19