The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1.3.1 konsep bahasa melayu klasik
1.3.2 ciri bahasa melayu klasik
1.3.3 perkembangan aksara jawi
1.3.4 bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
1.3.5 fungsi bahasa melayu klasik

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-7410693, 2023-10-16 11:41:51

1.3 Bahasa Melayu Klasik

1.3.1 konsep bahasa melayu klasik
1.3.2 ciri bahasa melayu klasik
1.3.3 perkembangan aksara jawi
1.3.4 bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
1.3.5 fungsi bahasa melayu klasik

Keywords: bahasa melayu

NAJ,IZZAN,TIFF,AIN


Selepas bahasa Melayu kuno,muncul Menurut Ismail Hussein (1984),abad ke-13 dan ke-14 merupakan zaman peralihan di seluruh Kepulauan Melayu dengan kedatangan agama Islam. Pada zaman peralihan,bahasa Melayu mula menerima pengaruh daripada bahasa Arab.Kemasukan pengaruh Arab mengakibatkan banyak kosa kata bahasa Sanskrit bercampur aduk dengan bahasa Arab. Bahasa Melayu klasik bermula pada awal pada abad ke-14. Pada masa itu,tulisan jawi, iaitu tulisan Arab dalam bahasa Melayu wujud. Bahasa Melayu klasik mula mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Farsi. Selain tulisan pada prasati,tulisan berbahasa Melayu klasik digunakan untuk menulis manuskrip Melayu lama.Surat yang dikirim oleh sultan Ternate,Maluku kepada Raja Portugis bertarikh 1521 dan 1522 merupakan manuskrip Melayu yang tertua. ~ zaman peralihan atau zaman bahasa Melayu klasik (abad ke-13 hingga abad ke-14 Masihi) ~ zaman bahasa Klasik (abad bahasa Melayu (abad ke-14 hingga abad ke-18 Masihi) 1.3.1 KONSEP BAHASA MELAYU KLASIK


1.3.2 CIRI BAHASA MELAYU KLASIK Ciri bahasa Melayu dapat dilihat daripada tiga aspek penting,iaitu tulisan dan ejaan,kosa kata,dan tatabahasa. [a] Sistem Tulisan dan Ejaan (i) Bahasa Melayu klasik mempunyai sistem tulisan yang tersendiri,iaitu tulisan Jawi menggunakan aksara Arab yang disesuaikan dengan bunyi bahasa Melayu. (ii) Tulisan Jawi menggunakan 29 aksara Jawi yang diambil daripada bahasa Arab, kecuali aksara hamzah.


(iv) Penemuan batu bersurat di Sungai Teresat,Kuala Berang,kira-kira 20 batu dari muara Sungai Terengganu pada tahun 1303 Masihi merupakan bukti penggunaan tulisan Arab dalam bahasa Melayu. tulisan pada batu bersurat tersebut menggunakan huruf Jawi sepenuhnya, [b] Kosa Kata (i) Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan kosa kata klasik,kosa kata bahasa Arab,kata pangkal ayat,dan partikel.Contohnya : (iii) Terdapat lima aksara ditambah kepada aksara Arab kerana terdapatnya bunyi bahasa Melayu yang tiada padanannya dengan bunyi dalam bahasa Arab,iaitu:


Katapangkalayat Kosakatabahasa Arab Kosakataklasik Partikel alkisah arakian hatta sebermula syahdan akal darurat fasih insan wakaf amarah berahi ceritera hilang masyghul pun -lah


Maka Raja Dewa Syamsul Alam pun terlalulah amat berahinya memandang akan kepada tuan puteri itu... Maka ada selang tiga hari mustaidlah sekaliannya. Arakian terlintaslah seekor manjangan di hadapan Tajul Muluk,maka segeralah diusirnya. Kalakian habislah sekalian tabib dan bomoh dari jauh-jauh datang mengubatkan baginda. (ii) penggunaan kata pangkal ayat (iii) Penggunaan kosa kata bahasa Arab “ Wah, tuan ini musafir gerangan batu masuk ke dalam n’egeri ini. ” Setelah sudah Syeikh Mansur memberi doa, Laksamana pun sujud pada kaki Syeikh itu lalu bermohon. (iv) Penggunaan kosa kata klasik (v) Penggunaan Partikel Partikel pun dan -lah banyak digunakan dalam teks klasik,seperti dalam contoh yang berikut. Ada seketika lamanya baginda pun hampirlah dekat pancapersada itu,... Setelah didengar oleh Rajaa Dewa terlalulah suka di dalam hatinya dan baginda pun kembalilah ke istana.


Ratna mutu manikan bermaksud pelbagai intan permata Ningsun bermaksud kasih Masygul bermaksud dukacita (vi) Terdapat perkataan dalam bahasa Melayu klasik yang jarang atau tidak lagi digunakan dalam bahasa Melayu moden. Contohnya : (c) Tatabahasa (i) Menurut Ismail Hussein (1984),bentuk kata dalam bahasa Melayu klasik agak berbeza jika dibandingkan denagn bahasa Melayu kuno.Contohnya,kata tida dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi tyada. (ii)Awalan mar- telah berubah menjadi ber- ,manakala awalan ni-berubah menjadi di-. Contohnya : Marbuat berubah menjadi berbuat Niparbuat berubah menjadi diperbuat (iii) Awalan kata kerja aktif maN- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi meN- dalam bahasa Melayu klasik.Contohnya : Mawawa menjadi membawa Manglari menjadi melarikan Manghidupi menjadi menghidupkan Mangujuri menjadi mengujari


Hatta tujuh hari tujuh malam,siang sama malam serupa,tiada berhenti lagi sehingga kelam-kabut kabur kuala,siang pun seperti malam,tiada bertemu lagi,dan segala gunung-gunung dan di daratan pun habislah tinggal belaka,sehingga berlayar juga penjejap emas lapis suasa seperti burung terbang lajunya. (Dipetik daripada Warisan Prosa Klasik (1983), hal, 61) (iv) Bahasa Melayu klasik banyak menggunaakan ayat majmuk.Oleh sebuah itu, kenyakan ayatnya panjang sehingga kadangkala maksudnya agak sukar difahami. Contohnya : (v) Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan ragam ayat pasif.Contohnya : “Akulah Hang Tuah dititahkan Duli Yang Dipertuan membunuh engkau, kerana aku tiada mati; aku ditaruh oleh Bendahara di hulu Melaka. ”


(vii) Dari segi susunannya,bahasa Melayu klasik banyak emnggunakan ayat songsang.Contohnya: Di sanalah ia (Hang Jebat) menantikan Laksamana... (susunan songsang) Maka adalah tempatnya di tepi laut, teluk Tanjung Manik itu. Ia (Hang Jebat) Menantikan Laksamana di sana... (susunan biasa) (susunan songsang) Teluk tanjung Manik itu tempatnya (terletak) di tepi laut.(susunan biasa) 1.3.3 PERKEMBANGAN AKSARA JAWI 1.Tulisan Jawi merupakan sejenis tulisan yang menggunakan aksara atau huruf Arab. Tulisan Jawi ini menjadi tulisan bahasa Melayu klasik. 2.Terdapat beberapa pendapat tentang istilah “Jawi” daripada beberapa pengkaji : (a)Ada pengkaji yang beranggapan bahawa perkataan “Jawi” berasal daripada perkataan “Jawa” ,iaitu Pulau Jawa. (b)Omar Awang berpendapat bahawa istilah “Jawi” berasal daripada perkataan Arab al-Jawah,yang merujuk kepada Pulau Sumatera.Orang Arab menamaakan tulisan Jawi bagu merujuk kepada tulisan yang digunakan oleh orang Sumatera,yang beragama Islam dan menggunakan bahasa Melayu.


(c)William Marsden mengambil pendapat W.G. Werndly yang menganggap bahawa perkataan “Jawi” dikaitkan dengan perkataan “Jawa” seperti yang dinyatakan oleh Marco Polo sebagai nama lama Pulau Sumatera. (d)Stamford Raffles menyatakan bahawa perkataan “Jawi” dikaitkan dengan orang Melayu yang bersifat kacukan,seperti dalam ungkapan “anak Jawi” yang bermaksud “anak kacukan daripada bapa India dengan ibu Melayu” .Oleh itu,tulisan Jawi ialah tulisan campuran daripada Arab dan Melayu. 3. Terdapat dua pengaruh dalam perkembangan tulisan Jawi,iaitu pengaruh Arab dan pengaruh Melayu. 4. Dari segi pengaruh Arab,tulisan Jawi mengalami dua tahap perkembangan.


[a] Pada tahap pertama, tanda baris atau diakritik digunakan dlm tulisan jawi. Ejaannya pula tidak menggunakan huruf vokal. Pada tahap ini, baris yg digunakan banyak & masa yg lama diambil utk menulis sesuatu perkataan/ayat. Contohnya: [b] Pada tahap kedua, tanda baris pd tulisan Jawi digugurkan. Ejaanynya masih tidak menggunakan huruf vokal. Tulisan Jawi jenis ini dikenali juga sebagai tulisan Arab gondol. Contohnya:


Penggurguran baris pd tulisan Jawi tap kedua menimbulkan masalah bagi perkataan berhomograf kerana ejaan yg sama boleh disebut dgn cara yg berbeza sehingga menimbulkan perbezaan makna. Contohnya: متبق boleh disebut sebagai tambak, tembok, tembak, tombak dan tumbuk. متبڠ boleh disebut sebagai tambang, tumbang, tembung, tembang atau timbang 5. Oleh sebab pengguguran baris boleh mengelirukan pembaca, maka sistem ejaan Jawi dgn pengaruh Melayu diperkenalkan. Sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu mengalami dua tahap perkembangan.


6. Pada tahap pertama, huruf vokal/saksi, iaitu ا) alif), و) wau) dan ي) ya) telah diwujudkan. Huruf-huruf saksi ii diletakkan pada suku kata pertama sahaja. Contohnya: 7. Penggunaan huruf vokal pd suku kata pertama juga menimbulkan masalah bagi perkataan berhomograf kerana terdapat perkataan yg berlainan ditulis dgn ejaan yg sama. Contohnya: بوت boleh disebut sebagai buta atau bot بوم boleh disebut sebagai bumi atau bom الڬ boleh disebut sebagai laga, lagi atau lagu


8. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, sistem ejaan Jawi tahap kedua diperkenalkan. Pada tahap ini, beberapa aspek telah diperkenalkan, iaitu: [a] huruf vokal/saksi diletakkan pd keduadua suku kata. Contohnya:


[b] penambahan huruf vokal bagi melambangkan fonem vokal dlm Bahasa Melayu. Oleh sebab hufur Jawi mempunyai tiga vokal shj ( ي , و , ا ( sedangkan dlm Bahasa Melayu terdpt enam vokal (a, e, i, o, u) maka satu huruf Jawi digunakan utk dua vokal bahasa Melayu, iaitu: ا melambangkan bunyi vokal a dan e pepet. و melambangkan bunyi o dan u. ي melambangkan bunyi i dan e taling.


[f] 1988: Daftar Ejaan Rumi-Jawi diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 9. Antara sistem ejaan Jawi yang pernah digunakan di negara kita ialah: [a] 1931: Rahsia Tulisan Jawi oleh Za’ba. [b] 1937: Panduan Bagi Hejaan PBmPB DiRaja Johor yg disusun Mejar Dato’ Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman dan digunkan oleh kerajaan Johor. [c] 1949: Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi disempurnakan oleh Za’ba. [d] 1970-1973: Ejaan Jawi Dian ini digunakan oleh Majalah Dian dan telah diterbitkan di Kelantan. [e] 1986: Pedomen Ejaan Jawi Yang Disempurnakan merupakan keputusan “Konvensyen Tulisan Jawi” di Terengganu pd thn 1984 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).


1.3.4 BAHAN BUKTI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KLASIK Zaman bahasa Melayu klasik bermula dari awal abad ke-14 hingga akhir abad ke-18 Masihi. Bukti penggunaan bahasa Melayu klasik dpt dilihat pd batu bersurat, batu nisan, hukum kanun, surat awaldan naskah sastera klasik. 1. 2. [a] Batu Bersurat bertarikh 1356 Masihi dan ditemukan di Pagar Ruyung, Minangkabau. batu bersurat ini ditulis dgn huruf India. kata-kata zaman ini yg digunakan agak berbeza dgn zaman Srivijaya. cthnya, tida berubah menjadi tyada. awalan mar- dan ni- berubah menjadi berdan di- sperti marbuat dan niparbuat berubah menjadi berbuat dan diparbuat. tulisannya mengandungi sedikit prosa bahasa Melayu kuno dan beberapa sajak Sanskrit. ia berkaitan tentang pemerintahan raja pada ketika itu. Terdapat 3 batu barsurat yg dpt dijdikan bukti penggunaan bahsa Melayu klasik. [i] Batu Bersurat di Pagar Ruyung


bukti ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi seperti yg terdapat pd zaman kerajaan Srivijaya. bertarikh 1380 Masihi dan ditemukan di Acheh, iaitu di bahagian Sumatera Utara. tulisan pada batu bersurat ini masih menggunakan tulisan dari India tetapi bahasanya banyak mengandungi kata daripada bahasa Arab. batu bersurat ini mengandungi lapan baris sajak Sanskrit. berdasarkan tulisan pd batu bersurat ini, keupayaan bahasa Melayu nyata semakin meningkat apabila mampu menjadi bahasa pernyataan puisi yg halus. [ii] Batu Bersurat di Minye Tujuh


iii.Batu Bersurat Terengganu Ditemukan di Sungai Teresat, dekat bandar Kuala Berang Tarikhnya tidak jelas tetapi dipercayai sekitar Tahunn 1303 - 1397 Masihi (Ismail Hussein, 1984) Bertulisan Jawi (kombinasi sistem ejaan B.Arab dan B.Melayu) Kandungannya berkaitan undang-undang dan hukuman yang berasaskan hukuman Islam 3.Berdasarkan maklumat daripada ketiga-tiga batu bersurat, kesimpulannya: Bukti tulisan batu yang terakhir kerana selepas abad ke-14 muncul hasil kesusateraan Melayu bercetak. Abad ke-14 merupakan zaman peralihan kerana masyarakat yang berudayakan India dalam segala aspek dipengaruhi oleh kebudayaan Islam. Mengenai perkembangan B.Melayu, ia mengalami evolusi dari segi perbendaharaan kata dan huruf tulisannya. Batu bersurat di Pagar Ruyung, menggunakan huruf India dan bahasa Sanskrit manakala batu nisan di Acheh mengalami perubahan perbendaharaan kata Melayu disebabkan oleh B.Arab. Batu bersurat Terengganu menggunakan huruf Arab. Ketiga-tiga batu bersurat ini mengandungi undang-undang negeri dan segala yang berkaitan dengan pemerintahan raja. Ini merupakan bukti bahawa B.Melayu merupakan bahasa rasmi negara, bahasa perantaraan dan bahasa kebudayaan.


[b] Batu Nisan Malik al-Salleh Malik al-Salleh merupakan Sultan Pasai dan Semudra yang mula-mula memeluk Islamdan meniggal pada 1297. Batu nisan ini menjadi bukti bahawa pada abad ke-13 sudah wujud kerajaan Islam di Kepulauan Melayu iaitu kerajaan Semudra-Pasai. Menuggynakan B.Arab dengan kosa kata khas yang berkaitan dengan agama Islam. [c] Hukum Kanun Undang-undang Melaka(nama lainnya) ialah peraturan bertulis utk melindungi rakyat , kerajaan dan negeri Melaka. Walaupun sudah diganti pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456 M), hukum kanun ini hanya ditulis dan disusun pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1489-1511 M). Itu sebabnya hukum kanun ini dianggap wujud selepas 1498M. Hukum kanun Melaka merupakan undang-undang tradisional tertua di negara ini. Kandungannya seperti undangundang jenayah, muamalat, keluargaan. Berikut ialah pengunaan bahasa Melayu Klasik didalam Hukum Kanun Melaka. (i) Hukum Kanun Melaka


Lima perkara yang tiada boroleh kita menurut kata itu, melainkan raja yang kerjaan juga. Pertama-tama ‘titah’ , kedua ‘berparik’ , ketiga ‘murka’ , keempat ‘karunia’ , kelima ‘anugerah’ . Maka segala kata ini tiada dapat kita mengatakan dia. Dan jikalau orang keluaran berkata demikian itu, digocoh hukumnya. Digubal semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah (1592-1614 M). Hukum ini merupakan hukum tertua selepas Undang-undang Melaka dan katanya diggubal berdasarkan Hukum Kanun Melaka. Kandungannya menampakkan perubahan dan penambahan, terutamanya dalam hal Islam. Kedudukan raja ialah khalifah. Peranan raja sebagai pentadbir negeri dianggap seperti nabi mentadbir umat, menjalankan amar makruf nahi mungkar dan bertangunggjawab terhadap rakyat. Kedudukan ini diperkukuh dengan nas Quran dan Hadis. (ii) Hukum Kanun Pahang


[d] Surat Awal Berdasarkan catatan Shellabear (1898), terdapat bebrape pucuk surat yang disimpan di British Muzeum, The Bodlein Librabry Oxford, dan di University Library di Leiden yang dipercayai ditulis pada abad ke-17. Surat-surat ini ditulis dalam B.Melayu dan menggunakan tulisan jawi. surat yang paling awal ditemukan ialah surat kiriman Raja Tidore, iaitu Sultan Ternate yang bernama Sultan Abdul Hayat kepada Raja Portugal di Lisbon pada 1521-1522 Masihi. surat ini penting kerana ia bukti pengunaan B.Melayu dalam hubungan antara dua buah kerajaan pada masa itu. Selain itu, ade juga surat lain seperti: >Surat kebenaran berniaga kepada kapitan Inggeris, Sir James Lancester (1601) >Surat kebenaran berdagang kepada Kapitan Inggeris Harry Midelton (1603) >Surat daripada Raja Bendahara Paduka Seri Maharaja Birni depada kapitan Inggeris di Jambi (1852) >Surat daripada Sultan Acheh kepada King James I, England (1612)


[e] Naskah Sastera Klasik (i) Sejarah Melayu Dikenali juga sebagai Sulalatus Salatin. Naskah inin ditulis oleh Tun Seri Lanang di Johor pada tahun 1612 dan disiapkan di Acheh pada tahun 1613, ketika beliau dalam tawanan. Mengadungi perkara seperti keturunan raja-raja Melayu, adat istiadatnya, dan peristiwa bersejarah yang berkaitan dengan permulaan, perkembangan, dan kejatuhan kerjaan Melayu Melaka pada abad ke-15. R.O Winstedt berpendapat bahawa Sejarah Melayu mengadungi banyak cerita mitos dan lagenda yang menyimpang daripada ciri-ciri sejarah. T. Iskandar, A Teeuw dan Mohd Taib Othman berpendapat bahawa Sejarah Melayu bukan sahaja menjadi dokumen sejarah Kesultanan Melayu Melaka, tetapi juga memerihalkan kedatangan pengaruh asing seperti Hindu dan Islam. A. Teeuw menegaskan bahawa Sejarah Melayu kaya dengan kebudayaan masyarakat Melayu yang menggambarkan hubungan luar dalam kalangan masyarakat, perkembangan fikiran, dan keadaan ekonomi orang Melayu ketika itu.


[ii] Misa Melayu Misa Melayu ditulis oleh Raja Chulan ibni Raja Abdul Hamid yang lebih dikenali sebagai Raja Chulan. Beliau pernah dilantik sebagai Raja Kecil Besar, Raja Bendahara Perak dan Raja Muda Perak (1773), sebelum mangkat pada 10 Februari 1787. Misa Melayu ditulis dalam bentuk prosa dan puisi dengan menggunakan tulisan jawi. [iii] Hikayat Hang Tuah Hikayat Hang Tuah adalah antara karya Bahasa Melayu Klasik yang dikarang antara tahun 1641 hingga 1736, iaitu pada zaman Kesultanan Melaka. walaupun ditulis dalam bentuk prosa , terdapat juga pantun dan peribahasa sera dilengkapi dengan glosari, rujukan, dan peta. Gaya bahasanya lebih kontemporari dengan mengekalkan ciri-ciri kemelayuannya.


[a] Lingua Franca Bahasa Melayu Klasik berfungsi sebagai Lingua franca atau alat perhubungan dalam kalangan masyarakat rantau ini. bahasa ini juga depelajari dan dijadikan alat perhubungan oleh orang bukan Melayu, misalnya orang Cina, India, Arab, dan orang Barat, seperti Portugis, Perancis, Belanda, Itali dan Sepanyol. Digunakan untuk menjalankan perniagaan, mengembangkan agama Islam dan Kristian. [b] Bahasa Pentadbiran Bahasa Melayu [Klasik] menjadi bahasa pentadbiran kerajaan atau bahasa pemerintahan beberapa buah kerajaan di rantau ini. Pada zaman kegemilangan kerajaan Melaka, Bahasa Melayu berkembang dan digunakan untuk alat komunikasi perdagangan di pantai utara Australia dan di Barat, hingga ke Gujerat, di India.


[c] Bahasa Ilmu Bahasa Melayu ternyata menjadi alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, terutama tentang ilmu keagamaan . Kebanyakan ulama di Asia Tenggara mempelajari ilmu keagamaan di Makkah dan di Madinah menyampaikan ilmu tersebut dalam Bahasa Melayu. Golongan inilah yang menulis pelbagai kitab agama dalam Bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh tatabahasa Bahasa Arab. [d] Bahasa Undang-undang Bahasa Melayu Klasik digunakan untuk menggubal undang-undang di negeri-negeri Melayu dan sekitarnya atas arahan raja. antara undang-undang yang ditulis dalam Bahasa Melayu Klasik ialah:- 1.Hukum Kanun Melaka 2.Undang-Undang laut Melaka 3.Hukum kanun Melaka.


[e] Bahasa Persuratan Bahasa Melayu Klasik turut digunakan dalam penghasilan karya sastera MelayuKlasik. Banyak cerita rakyat yang dihasilkan, antaranya: Cerita Jenaka - Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai Cerita Binatang - Sang Kancil Cerita Teladan - Si Tanggang Cerita lipur lara - Hikayat Malim Deman Karya-karya tersebut menjadi sumber hiburan kepada rakyat pada ketika itu.


Click to View FlipBook Version