The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENJAJAHAN PORTUGIS,BELANDA,BRITISH,JEPUN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ahmad Basyir, 2020-08-09 08:08:08

PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU

PENJAJAHAN PORTUGIS,BELANDA,BRITISH,JEPUN

PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU

DIHASILKAN OLEH:
AHMAD BASYIR BIN FIKRI
(NO. MATRIK:20150072)
NAMA PENSYARAH: PUAN TUAN MADAM SITI MASTAZAMEATUN

BIL TAJUK MUKA SURAT
1 PENGENALAN 3
2 OBJEKTIF 4
3 KUASA-KUASA DI PENJAJAHAN TANAH MELAYU 5
4 PENJAJAHAN PORTUGIS DI TANAH MELAYU 6
5 PENJAJAHAN BELANDA DI TANAH MELAYU 10
6 PENJAJAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU 15
7 PENJAJAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU 34
8 KESIMPULAN 44
9 RUJUKAN 48

PENGENALAN PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU

❑ Malaysia telah mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957.

❑ Dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu atau Federation Of Malaya menurut Perjanjian
1948 antara Raja-Raja Melayu degan kerajaan Inggeris.

❑ Sebelum Inggeris bertapak di negeri-negeri Melayu ia dipanggil dengan nama Semenanjung
Tanah Melayu atau Malay Peninsular.

❑ Semenanjung Tanah Melayu diperintah dan ditadbir oleh raja-raja serta pembesar-pembesar
Melayu.

OBJEKTIF PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU

❑ Menjelaskan kewujudan dan proses-proses penjajahan dari kuasa-kuasa asing serta
kesan kepada masyarakat dan negara.

❑ menghuraikan semangat penentangan terhadap penjajah dan menilai kesan-kesan
penjajahan

KUASA-KUASA PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU

❑ Portugis , Belanda, Inggeris dan Jepun adalah antara kuasa yang
menjajah negara kita selama 446 tahun iaitu bermula dari tahun
1511 hingga 1957

• Portugis (1511-1641)
• Belanda (1641-1824)
• Inggeris (1824-1941) dan (1945-

1957)
• Jepun (1941-1945)

PENJAJAHAN PORTUGIS DI TANAH MELAYU

❑ Portugis menawan kota Melaka dan pelabuhan Melaka pada tahun 1511.
❑ Sultan Mahmud dan puteranya Raja Ahmad mengundur diri dan menyambung kesultanan Melayu ke negeri-negeri lain

seperti Johor dan Perak.
❑ Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun iaitu dari tahun 1511 hingga 1641.
❑ Wiruzai bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka iaitu Alfonso de Albuquerque
❑ Kota A Famosa bertanggungjawab melindungi Melaka daripada serangan Sultan Mahmud
❑ Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk militer atau ketenteraan.
❑ Ketuanya ialah Kapten Kota Melaka (Gabenor Selatan) yang dilantik oleh Raja Portugal yang bertugas selama tiga hingga

empat tahun.
❑ Golongan tentera pula diketuai oleh Kapten Jeneral yang berkhidmat setiap tiga tahun
dibantu oleh golongan Feitor.

❑ Selain itu, sistem keadilan diletakkan dibawah Ketua Hakim.

❑ Majlis Penasihat terdiri daripada tiga badan utama, iaitu Hal Ehwal Militer, Majlis Pentadbiran Sivil dan
Kewangan serta Pentadbiran Orang Tempatan.

❑ Akhirnya, Portugis tewas apabila diserang kuasa tempatan dari Johor yang mendapat bantuan dari
Belanda pada tahun 1641.

❑ Portugis melaksanakan beberapa sistem pentadbiran perdagangan seperti kapal-kapal pedagang
diwajibkan membayar cukai enam hingga sepuluh peratus daripada hasil dagangan mereka.

❑ Portugis memonopoli barang-barang dagangan utama, tetapi membeli barangan tersebut dengan harga
yang rendah dan menjualnya pada harga yang tinggi.

❑ Portugis, Aceh dan Johor masing-masing bersaing menguasai perdagangan di kepuluan Melayu.

❑ Faktor utamanya ialah untuk menyebarkan agama Kristian. Tetapi usahanya gagal akibat daripada
pengukuhan agama Islam.

❑ Contoh kesan Portugis ialah pengenalan tulisan Rumi dan penyerapan perkataan daripada bahasa bugis.

❑ Gambar di atas menunjukkan carta pentadbiran Portugis di Melaka

❑ Gambar di atas menunjukkan kesan penjajahan Portugis di Tanah Melayu

❑ Gambar di atas menunjukkan serangan askar Portugis ke atas Kota Kesultanan Melayu

PENJAJAHAN BELANDA DI TANAH MELAYU

❑ Belanda bersekutu dengan Johor untuk memerangi Portugal.
❑ Pada tahun 1641, Belanda dan Johor Berjaya menewaskan Portugal.
❑ Melaka menjadi milik Belanda sehinggalah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

ditandatangani.
❑ Sir Stamford Raffles dilantik sebagai Gabenor Bengkulu di Sumatera Barat pada tahun

1818.
❑ Ekspedisi Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819.
❑ Pada saat itu, Sultan Abdul Rahman berada di bawah pengaruh Belanda dan Bugis.
❑ Sultan Abdul Rahman tidak akan bersetuju untuk menubuhkan pangkalan British di

Singapura.

❑ Tengku Hussein atau Tengku Long, telah pergi di Pahang berkahwin ketika bapa mereka
meninggal dunia pada tahun 1812.

❑ Tengku Hussein dilantik oleh Yam Tuan Muda Riau, Raja Jaafar kerana menuruti dia.

❑ Setelah Inggeris mengetahui hal itu Dia mengutuskan armada dan mengepung angkatan
Bendahara Ali untuk menghalangnya pergi ke Riau.

❑ Tengku Hussain berangkat ke Singapura kerana bimbang tentang keselamatan anaknya.
Tetapi dia telah ditangkap dan dipaksa oleh Raffles untuk membuat Perjanjian

❑ Sebagai ganjaran, membolehkan Raffles mendirikan pos perdagangan di Singapura.
Perjanjian ini telah disahkan pada 6 Januari 1819.

❑ Ketegangan antara Belanda dan Inggeris di Singapura berterusan sehingga tahun 1824.

❑ Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dilantik sebagai Sultan Johor dan bersemayam di Pulau
Lingga pada bulan November 1822.

❑ Gambar di atas menunjukkan Kota tinggalan Belanda

❑ Kota Belanda di Pulau Pangkor

PENJAJAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU

Pengenalan:
❑ Pada 11 Ogos 1786, Francis Light menduduki Pulau Pinang.

❑ Pada 16 Februari 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura melalui perjanjian antara Tengku Long
dan Temenggung Abd Rahman.

❑ Inggeris berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun
1826.

❑ Wujud 3unit pentadbiran British di Tanah Melayu iaitu Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

FAKTOR-FAKTOR CAMPURTANGAN INGGERIS:

1. Faktor Ekonomi:
❑ Berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-19 di Eropah (industri mengetin

makanan)
❑ Tanah Melayu sebagai tempat pengeluar yang utama bijih timah.

2. Faktor Keadaan Anarki:
❑ Masalah perang saudara (1867-1873) antara Tengku Kudin dan Raja Mahadi di Selangor.
❑ Berlaku pergaduhan kongsi gelap di Perak antara Hai San dan Ghee Hin dalam kegiatan

pelanunan.

3. Faktor Kebimbangan Campurtangan Kuasa-Kuasa Asing:
❑ Kebimbangan British terhadap kuasa Barat seperti Russia, Perancis, Itali dan Jerman.
❑ Mereka bersaing untuk meluaskan tanah jajahan takluk masing-masing.

PERJANJIAN INGGERIS - BELANDA

❑ Perjanjian Inggeris-Belanda termeterai pada 17 Mac 1824 di London.

❑ Antara faktor yang mendorong kepada perjanjian tersebut ialah persaingan perdagangan di Timur
dan dasar persahabatan Inggeris-Belanda di Eropah.

❑ Inggeris berjaya meluaskan pengaruh Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia.

❑ Kesan penting kepada Perjanjian Inggeris-Belanda ialah :

1. Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua pengaruh Inggeris dan Belanda.
2. Perpecahan empayar Johor-Riau.
3. Persaingan sengit antara British dan Belanda.

CAMPUR TANGAN DI PERAK

❑ Perak adalah negeri yang terawal yang menerima kemasukan pengaruh politik British.
❑ British mengambil kesempatan daripada perebutan takhta kerajaan antara Raja Yusof, Raja

Ismail dan Raja Abdullah.
❑ Pergaduhan kongsi gelap antara Ghee Hin dan Hai San.
❑ Sistem residen yang pertama wujud di Perak pada 1875.
❑ J.W.W Birch dilantik sebagai Residen pertama di Perak.

CAMPUR TANGAN DI SELANGOR

❑ Pada Jun 1871, kapal saudagar Cina di rompak oleh pengikut Raja Mahadi.
❑ British telah menghantar dua kapal Pluto dan Rinaldo untuk menyerang kubu Raja Mahadi.
❑ British telah mengambil alih Selangor dan melantik J.G Davidson sebagai residen yang pertama di

Selangor.

CAMPUR TANGAN DI SUNGAI UJONG DAN NEGERI SEMBILAN

❑ Perbalahan antara Datuk Kelana dan Datuk Bandar berkaitan dengan kuasa kutipan cukai dan
biji timah di Sungai Ujong.

❑ Semua daerah di Negeri Sembilan jatuh ke tanga British dan menerima residen pada tahun 1889
iaitu Martin Lister.

CAMPUR TANGAN DI PAHANG

❑ Frank Swettenham di hantar ke Pahang untuk menyelesaikan masalah.
❑ Sultan Ahmad menerima residen pertama Pahang J.P. Rodger pada 8 Oktober 1887.

Gambar di sebelah
menunjukkan Pegawai Inggeris

di Tanah Melayu

SISTEM RESIDEN

❑ Bermula di Perak kemudian di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
❑ British berkuasa di NNMB dalam aspek politik dan pentadbiran, ekonomi serta sosial.
❑ Matlamat Sistem Residen :
1. Keamanan melalui undang-undang
2. Sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai teratur
3. Ekonomi - eksploitasi sumber semulajadi - bijih timah

KESAN SISTEM RESIDEN:

1. PEMBANGUNAN EKONOMI NEGERI
❑ Perusahaan bijih timah, getah, kopi
❑ Kemasukan buruh Cina dan India
❑ Sumber ekonomi dimonopoli oleh British

2. PERUBAHAN POLITIK
❑ Sultan berkuasa pada Agama Islam dan adat-istiadat
❑ Perubahan sistem pentadbiran - Residen berkuasa

3. PERKEMBANGAN SOSIAL
❑ Infrastruktur jalan keretapi, jalan raya, pusat kesihatan, pos dan sebagainya

NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)

❑ NNS ditubuhkan pada tahun 1826.
❑ Pulau Pinang, Melaka dan Singapura diketuai oleh Gabenor iaitu Robert Fullerton.
❑ Pada 1 April 1867 - Unit NNS di bawah pejabat tanah jajahan di London.

NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB)
❑ British menubuhkan NNMB iaitu empat negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
❑ Pada 1 Julai 1896, penubuhan NNMB telah berkuatkuasa secara rasmi.
❑ Diketuai oleh Residen yang pertama iaitu Frank Swettenham.

NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU (NNMTB)

❑ Ditubuhkan pada 1909 melalui Perjanjian Bangkok.
❑ Negeri terbabit ialah Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.
❑ Pada tahun 1914, Johor menerima seorang Penasihat British.

Gambar di atas menunjukkan sebuah peta Gambar di atas menunjukkan Sistem Pentadbiran
negeri mana yang terlibat dalam di Zaman Penjajahan Inggeris
NNS,NNMB,NNMTB

REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH

PENENTANGAN DI NANING (1831-1832):
❑ Naning perlu bayar 1/10 daripada hasil ekonomi kepada British.
❑ Cadangan british ditentang oleh Dol Said iaitu penghulu Naning.
❑ Perang Naning tercetus pada bulan Julai 1831.
❑ Pada Februari 1834, Dol Said menyerah diri.
PENENTANGAN DI SELANGOR:
❑ Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.
❑ Pada 1868, Sultan Selangor melantik Tengku Kudin dan membantu Raja Ismail untuk merampas Klang.
❑ British campurtangan dan beri sokongan untuk menetang Raja Mahadi.

PENENTANGAN DI PERAK:

A) Sebab Penentangan British di Perak:
❑ British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh Sultan dan pembesar Melayu.
❑ Sultan di paksa untuk menandatangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan British 1875.

Pembaharuan oleh J.W.W Birch:
❑ i) menghapuskan sistem perhambaan
❑ ii) beri perlindungan kepada hamba
❑ iii) campur tangan dalam adat resam orang Melayu

Sikap peribadi Birch:
❑ i) membuat pembaharuan secara tergesa-gesa
❑ ii) tidak boleh berbahasa Melayu

B) ❑ Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pak Endut dan Seputum menentang British dan membunuh
Brich pada November 1875 di Pasir Salak.

❑ Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

PENENTANGAN DI PAHANG:

❑ Penentangan ini bermula apabila British melantik J.P. Rodger sebagai Residen Pahang 1888.

❑ J.P. Rodger telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret serta memperkenalkan sistem lesen dan permit
(pungut hasil hutan), cukai tanah dan sistem kerah.

❑ Pembesar Melayu Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melancarkan pemberontakan pada Disember 1891 dan
menyerang balai Polis Lubuk Trua dan Kuala Tembeling.

❑ Pemberontakan berakhir apabila Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam.

PENENTANGAN DI KELANTAN:

❑ Kelantan diserahkan kepada British dan James Scott Mason iaitu penasihat British Julai 1909
melalui Perjanjian Bangkok 1909.

❑ Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut).

Punca penentangan:
1. Ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram.
2. Sistem Tanah Baru 1915.
3. Pengenalan cukai hasil pertanian.
4. Sikap pegawai British.

❑ Tercetus pemberontakan diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh pada 29 April 1915.
❑ Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915.

PENENTANGAN DI TERENGGANU:
❑ Diketuai oleh Haji Abd Rahman Haji Abdul Hamid (Hj. Abdul Rahman Limbong) dikenali sebagai

Pemberontakan Tani pada 1928.

❑ Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 dengan menyerang balai Polis dan pejabat Daerah di
Kuala Berang.

❑ Abd Rahman Limbong di buang ke Makkah.

Faktor pemberontakan Tani:
1. Pungutan cukai tanah, hasil tanah dan cukai kepala.
2. Perkenalkan sistem pendidikan Barat.
3. Perkenalkan pas kebenaran untuk membuka tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan.

PENENTANGAN DI SARAWAK:
❑ Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh Dinansti Brooke.

Terdapat Beberapa Pemberontakan:

a) Rentap
❑ Brooke menghapuskan amalan memburu kepala manusia yang menjadi amalan tradisi orang peribumi
Sarawak pada 1853.
❑ Rentap menyerang kubu Brooke di Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke iaitu Alan Lee.
❑ Brooke melancar serangan besar-besaran kubu rentap di Bukit Sadok pada 1861.

b) Banting
❑ Punca tentangan akibat daripada tindakan Brooke untuk menguasai kawasan Banting dan menghapus adat dan
amalan tradisi tempatan.
❑ Brooke berjaya tewaskan Banting pada 1908.

c) Sharif Masahor
❑ James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kawasan Sungai Rejang.
❑ Sharif Masahor merupakan gabenor Sarikei di Sungai Rejang yang dilantik oleh Sultan Brunei.
❑ Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura dan Patinggi Abdul Gapur ke Betawi.

d) Asun
❑ Orang Dayak menetang pembayaran cukai dan memberontakan di Sungai Kanowit semasa
pemerintahan Vyner Brooke 1920.
❑ Asun menyerah diri dan dibuang negeri ke Lundu pada 1932.

PENENTANGAN DI SABAH
❑ Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British.

Tercetus dua pemberontakan:

a) Pemberontakan Mat Saleh
❑ Berpunca akibat pengenaan cukai, pembangunan secara besar-besaran dan sekatan terhadap
pembesar tempatan.
❑ Penentangan tercetus di Sungai Sugut (1894), serang pelabuhan Syarikat di pulau Gaya (1897).
❑ Pada 1900, Mat Saleh terbunuh.

b) Kebangkitan Rundum
❑ Diketuai oleh Antanum pada 1915.
❑ Faktor pemberontakan adalah kerana dikenakan cukai ke atas beras dan ubi kayu, ordinan hutan dan kerah
rakyat membina jalan-jalan kecil di hutan.
❑ Gagal dan Antanum ditawan dan dihukum bunuh.

Gambar di sebelah menunjukkan Gambar
Tokoh Pejuang

Gambar di sebelah menunjukkan
Dato Maharajalela, Dato Sagor dan

Rentap

Gambar di sebelah
menunjukkan Tokoh Pejuang
Kemerdekaan Peringkat Awal

PENJAJAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Gambar di sebelah menunjukkan
Pemerintahan dan Kesan Tentera Jepun

❑ Jepun menduduki negara kita selama 3 ½ tahun (15 Feb 1942- 15 Ogos 1945) kesannya amat
mendalam kepada penduduk Tanah Melayu.

❑ Tanah Melayu dan Singapura ditawan dengan mengambil masa 70 hari sahaja.
❑ Rancangan utama Jepun adalah untuk menubuhkan Pemerintahan Baru Asia Timur Raya. Di mana pihak

Jepun telah berjanji akan memberikan kemerdekaan kepada sesetengah negara di Asia Tenggara.

SEBAB KEMENANGAN TENTERA JEPUN

❑ British menyangka Jepun akan memulakan serangan dari arah selatan (dari Singapura) kerana
pusat pentadbiran British di situ, Tetapi Jepun memulakan serangan dari arah utara (di Kelantan).

KELEMAHAN PERTAHANAN LAUT BRITISH

❑ Jepun telah menyerang Tanah Melayu melalui jalan laut dan tidak melalui udara.
❑ Pertahanan laut British sebenarnya terlalu lemah terutama apabila dua kapal perang

mereka iaitu Prince of Wales dan Repulse ditenggelamkan oleh Jepun pada 10 Dis 1941
di perairan sebelah timur Semenanjung (Pahang).

PERSEDIAAN PEPERANGAN OLEH JEPUN
❑ Jepun mempunyai rangkaian pengintipan yang baik di Tanah Melayu.

❑ Mereka begitu bersedia melancarkan serangan dengan membuat pengintipan seperti
menunggang basikal meskipun di kampung-kampung dan hutan, maklumat-maklumat tentang kubu
British, landasan kapal terbang dan lokasi kem tentera.

KELEBIHAN TENTERA JEPUN
❑ Cukup terlatih, berpengalaman serta bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan

yang cukup baik.

❑ Disebabkan oleh pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berpengalaman seperti
Yamashita dan Tsuji.

KELEWATAN BANTUAN DARI LONDON DAN INDIA
❑ Berpunca akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh Kerajaan British.

PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU
❑ Jepun menyerang Tanah Melayu pada 18 Sept 1941 dan pada 15 Feb 1942 Tanah Melayu dan

Singapura telah jatuh ke tangan Jepun.

❑ Tanah Melayu dan Pulau Sumatera digabungkan kepada 1 unit pentadbiran.

❑ Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru dan Singapura sebagai Syonan.

❑ Jepun memerintah Tanah Melayu bercirikan sistem ketenteraan dengan matlamat utama iaitu untuk
memulihkan keadaan awam yang sebelum ini huru-hara dan tidak aman.

❑ Jepun mewujudkan pemerintahan “Asia Untuk Orang Asia” dan memonopoli sumber ekonomi di Tanah
Melayu untuk membantu masalah ekonomi.

❑ Secara tidak langsung bertujuan untuk menanggung perbelanjaan untuk membiayai tenteranya di Tanah
Melayu dalam bentuk senjata, makanan dan kemudahan-kemudahan tentera.

❑ Majlis Penasihat bertujuan untuk menggantikan Majlis Negeri sebelum ini.

❑ Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diserahkan semula kepada Siam pada bulan Ogos 1943.

KESAN PENDUDUKAN JEPUN:
1. Faktor Politik:
❑ Wujud kesedaran politik dalam kalangan penduduk Tanah Melayu dan keyakinan untuk memerintah

sendiri di kalangan Orang Melayu.
❑ Orang Cina juga aktif berpolitik dengan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM).

2. Kesan Ekonomi:
❑ Penduduk menderita kerana kekurangan makanan dan menggunakan pelbagai cara untuk hidup.
❑ Para petani dan nelayan dipaksa menjual hasil mereka kepada pihak Jepun.
❑ nilai mata wang negara turut terjejas kerana pengedaran mata wang yang tidak terkawal.

3. Kesan Sosial:

❑ Orang Cina ditindas, orang Melayu dan India menjadi buruh paksa.

❑ Berlaku permusuhan di antara orang Melayu dengan orang Cina dan sistem pendidikan Jepun
diperkenalkan.

❑ Pendudukan Jepun berlangsung 3 ½ tahun di Tanah Melayu.

❑ Jepun berundur pada 15 Ogos 1945.

❑ British mengambil masa 14 hari sebelum kembali semula ke Tanah Melayu

❑ PKM (Bintang Tiga) cuba menguasai Tanah Melayu dan mencetuskan huru hara.

❑ Pada Sept 1945, British telah kembali semula ke Tanah Melayu dan berusaha untuk mengawal
keadaan dan memerangi kumpulan Bintang Tiga.

❑ Beberapa rancangan diperkenalkan untuk memulihkan keadaan huru hara ini seperti pengisytiharan
Darurat, Rancangan Briggs dan Rancangan Templer.

PENGISYTIHARAN DARURAT

❑ Pada 16 Jun 1948 Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat bagi kawasan di Perak.

❑ Pada 17 Jun 1948, darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu.

❑ Pengisytiharan Darurat dibuat kerana Parti Komunis Malaya (PKM) telah membunuh 3 orang
pengurus ladang berbangsa Eropah di Perak.

❑ Undang-undang Darurat 1948 memberi kuasa kepada polis dan tentera untuk menahan atau
menangkap orang yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis tanpa perbicaraan.

❑ Pihak tentera mengadakan sekatan jalan raya dan perintah berkurung di Kawasan terdapatnya
kegiatan komunis.

❑ Sistem pendaftaran diperkenalkan penduduk berumur 12 tahun ke atas mesti mendaftar dan
mempunyai kad pengenalan diri sebagai identiti warganegara yang membezakan mereka
dengan pengganas.

RANCANGAN BRIGGS
❑ Rancangan Briggs diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs.

❑ Bertujuan membanteras kegiatan komunis melalui strategi menempatkan kampung-kampung di pinggir
hutan ke kampung baru dan melancarkan gerakan kelaparan.

❑ Bertujuan menhalang penduduk Cina daripada membekalkan makanan dan perubatan dan
memberikan maklumat kepada gerila komunis yang bersembunyi dalam hutan,

❑ Rancangan ini didapati berkesan dalam menggagalkan pemberontakan komunis kerana ia dapat
melemahkan kegiatan Min Yuen dan memaksa komunis keluar daripada hutan.

PERANG SARAF

❑ Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu pada tahun 1952
menggantikan Sir Henry Gurney.

❑ Templer melancarkan perang saraf ke atas pengganas komunis dengan beberapa tindakan.
Antaranya:

1. Melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi orang bukan Melayu.
2. Memberikan pengampunan secara beramai-ramai kepada anggota PKM yang menyerah diri
3. Memberi hadiah kepada mereka yang memberi maklumat mengenai pengganas komunis
4. Menyebarkan risalah yang meminta agar anggota PKM meninggalkan perjuangan mereka
5. Memperkenalkan sistem ‘kawasan putih’ dan ‘kawasan hitam’.
6. Memperkenalkan konsep perintah berkurung di kawasan-kawasan tertentu ketika tentera memburu

anggota komunis.

RUNDINGAN BALING

❑ Rundingan ini telah diadakan di Baling, Kedah pada 28 dan 29 Dis 1955 diwakili oleh Tunku Abdul
Rahman, David Marshall dan Tan Cheng Lock sementara PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan
Rashid Maidin.

❑ Rundingan ini gagal apabila pada waktu yang sama PKM juga menolak tawaran yang diberikan
oleh kerajaan supaya PKM meletakkan senjata.

❑ Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan British telah berjaya melemahkan pengaruh
PKM.

❑ Akhirnya, darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.

KESIMPULAN

❑ Secara kesimpulannya, perluasan dasar imperialisme dan kolonialisme Barat
telah dimulakan oleh Portugis, kemudian diikuti Belanda, Inggeris dan Jepun.
Banyak perubahan telah berlaku di Tanah Melayu termasuk Sabah dan
Sarawak dari segi politik, ekonomi dan sosial. Kemasukan penjajah juga
telah menimbulkan reaksi di kalangan rakyat tempatan untuk menentang
penjajah

❑ Gambar di atas ❑ Gambar di atas
menunjukkan peta negeri- menunjukkan Penggunaan
negeri di Tanah Melayu
semasa petadbiran Jepun basikal oleh tentera
Jepun

❑ Gambar di atas menunjukkan keadaan Tanah Melayu semasa Jepun menawan
Tanah Melayu

❑ Gambar di sebelah
kanan menunjukkan
wang pokok pisang

❑ Gambar di sebelah
kanan menunjukkan
Landasan Kereta api
Maut

RUJUKAN

❑ http://imathirah97.blogspot.com/2015/08/penjajahan-di-tanah-melayu.html
❑ http://imathirah97.blogspot.com/2015/08/objektif.html
❑ http://imathirah97.blogspot.com/2015/08/kuasa-kuasa-penjajahan-di-tanah-

melayu_24.html
❑ http://imathirah97.blogspot.com/2015/08/penjajahan-portugis.html
❑ http://imathirah97.blogspot.com/2015/08/penjajahan-belanda_24.html
❑ http://imathirah97.blogspot.com/2015/08/penjajahan-british.html
❑ http://imathirah97.blogspot.com/2015/08/penjajahan-jepun.htm
❑ http://imathirah97.blogspot.com/2015/08/kesimpulan.html


Click to View FlipBook Version