The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas Percubaan Peperiksaan Percubaan STPM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ulex81, 2023-07-24 07:56:21

Peperiksaan Percubaan STPM

Kertas Percubaan Peperiksaan Percubaan STPM

. . JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU STPM 2021 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 1 BAHASA MELAYU 910/1 Nama :. Kelas ............


DISEDIAKAN OLEH PANEL AKRAM NEGERI TERENGGANU Tidak dibenarkan menyunting atau mencetak mana-mana bahagian dalam modul ini tanpa kebenaran Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Nama: ........ Tingkatan: .... 910/1 STPM 2021 BAHASA MELAYU KERTAS 1 (Dua jam) PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM SEMESTER 1 2021 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) IVI IL Arahan kepada calon; JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Untuk kegunaan pemeriksa Bahagian B Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. 21


Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B dan satu soalan Bahagian C. Ada dua puluh soalan dalam Bahagian A. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang betul dan tandakan jawapan itu pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan. Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti. 25 Bahagian C 26 Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian B dan Bahagian C pada helaian jawapan. Mulakan setiap jawapan anda pada helaian kertas yang baharu dan susun jawapan mengikut tertib berangka, Koyakkan muka hadapan kertas soalan ini dan ikatkan bersama-sama dengan helaian jawapan bagi Bahagian B dan Bahagian C. 27 28 Markah untuk tiap-tiap soalan dan bahagian soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]. Jumlah Kertas soalan ini terdiri daripada 8 halaman bercetak. @Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu 2020/21 Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan. Tandakan jawapan yang betul pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang dibekalkan. LU 1 Terdapat teori daripada pengkaji bahasa yang menyatakan bahawa asal usul perkataan Melayu merujuk kepada sesebuah tempat, kawasan, atau kerajaan. Yang manakah bukti yang benar berkaitan dengan teori tersebut?


A B C Perkataan maleu-kolon merujuk kepada sebuah tempat di Palembang, Perkataan K'unlun merujuk kepada sebuah kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu. Perkataan Malaya dvipa merujuk kepada beberapa buah gunung di Padang Rocore, Batang Hari. Perkataan Mo-lo-yeu merujuk kepada dua buah kerajaan Melayu di Sungai Batang dan kerajaan Sriwijaya di Palembang. D 2 Yang manakah pernyataan yang benar tentang bahasa Melayu kuno? I Strata penuturnya sebagaimana penutur bahasa Jawa. II Bahasa ini dikatakan berasal dari selatan negara China, III Bahasa ini menerima banyak pengaruh bahasa Sanskrit. IV Bahasa ini berasal daripada filum yang sama dengan bahasabahasa di Kepulauan Papua. AI dan II B I dan IVC II dan III D III dan IV Contoh bahasa Manggarai Ngad'a-Lio Hawu Pernyataan yang berikut benar tentang contoh bahasa di atas, kecuali A berasal daripada keluarga bahasa di Nusantara tergolong dalam subkeluarga Sulawesi Selatan tergolong dalam rumpun Austronesia Barat berasal dalam subkeluarga Bima-Sumba DO


Bahasa Melayu kuno dangan mawawa Bahasa Melayu moden dengan membawa Yang manakah pernyataan yang menunjukkan ciri bahasa Melayu kuno berdasarkan pada contoh perkataan di atas? I II III IV Ada penggunaan imbuhan, Tiada penggunaan vokal tengah. Ada penggunaan konsonan aspirasi. Tiada penggunaan vokal depan luas. AI dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 5 Yang manakah karya O.T. Dusssek? I Kitab Ilmu Geografi II A Malay-English Dictionary III Buku Ketetapan Hejaan Melayu IV Kitab Pedoman Guru Penggal 1 dan 2 AI dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV


6 Yang manakah pernyataan penting yang terkandung dalam Rancangan Lima Tahun Institut Bahasa (1988 – 1992)? I Mendalami usaha-usaha penyelidikan II Menjaga kesucian dan kedaulatan bahasa kebangsaan III Mempergiat pelbagai kegiatan bahasa, sastera dan budaya IV Memperjuangkan bahasa kebangsaan dengan lebih berkesan AI dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV Yang manakah ayat yang mengandungi kosa kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit? I II III Masyarakat perlu menjaga penjarakan sosial. Gusti merupakan salah satu sukan lasak yang digemari ramai. Orang yang sering bercakap dusta lama-lama akan berbuat jahat. Selesema dan demam merupakan salah satu tanda penyakit Covid-19. 21 II AI dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 8 Pernyataan yang manakah yang tidak berkaitan dengan tujuan peminjaman unsur asing dilakukan?


A B C D Untuk memperkaya korpus bahasa Melayu Untuk menamakan sesuatu benda atau fenomena baharu Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa moden Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa Yang manakah benar tentang fonetik? A Membincangkan fungsi bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa B Kelainan sesuatu morfem yang wujud dalam lingkungan tertentu C Mengkaji cara menghasilkan bunyi bahasa dan memberikan lambang D Kajian bahasa yang menumpukan aspek bunyi bahasa secara umum 10 Pernyataan yang manakah yang betul mengenai bunyi vokal? A B C D Udara mengalami gangguan pada titik artikulasi tertentu. Semua bunyi yang terhasil merupakan bunyi bersuara. Semasa penghasilannya, pita suara tidak bergetar, Lelangit lembut tidak menutup rongga hidung. 11 Yang manakah perkataan yang mengandungi vokal yang sebutannya mengalami pelelangitkerasan dan pembibiran? Pelelangitkerasan A Perangkaan B Keriangan C Memperluas D Bertempiaran Pembibiran Suara Merpati Kemudian Perempuan


• Rongga mulut dan rongga hidung terbuka • Bukaan antara rahang luas • Pita suara bergetar Perkataan yang manakah yang mengandungi vokal yang penyebutannya terjadi dengan cara di atas? I Malap II Kerang III Mengapa IV Pangkalan A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV 13


Ayat yang manakah yang mengandungi bunyi diftong yang melibatkan penggeluncuran lidah dari ke P? A B C D Laut bergelora semasa musim tengkujuh, Benih bunga itu disemainya di dalam pasu. Pemuda yang bersuara garau itu abang saya. Dia menggunakan jengkaut untuk menggali parit. 14 Cara udara dilepaskan Keadaan pita suara Bergetar Serta-merta Perlahanlahan | Tidak bergetar Yang manakah bunyi konsonan bagi P dan Q? A B c D р [k] | [p] [t] [h] [d] [] [b] | 11 Untuk menyempitkan ruang


udara, lidah dirapatkan pada gusi. . Udara keluar melalui sempitan itu, • Lelangit lembut dinaikkan. Pita suara tidak bergetar. • Hujung lidah diletakkan pada gusi. • Rongga mulut ditutup . Udara keluar melalui rongga hidung • Pita suara bergetar Apakah padanan bunyi yang sesuai bagi I dan II? | A| [l] | [t] B [s] | [n] C [] [n] | D | [h] | [m] | 16 Yang manakah kumpulan bunyi yang terhasil apabila depan lidah diletakkan pada lelangit keras? A [9], [1], [r] B [č], [], [y] C [y], [č], [d] D [n], [t], [w] 17 Yang manakah perkataan yang bermula dengan bunyi letupan dua bibir dan berakhir dengan bunyi geseran?


I II III IV Beras Punah Waras Mewah AI dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 18 Keserasian dua vokal yang membentuk dua suku kata pada sesuatu kata dasar. Yang manakah pasangan kata yang menepati pernyataan di atas? I II III IV Belon, pilot Seliuh, pusing Tulen, bengkok Kerang, goreng AI dan II B I dan III


C II dan IV D III dan IV 19 Padanan yang manakah yang betul antara perkataan dengan transkripsi fonetiknya? Perkataan Berakhlak II Keinggerisan Transkripsi fonetik [bəraxla?] [kəinggerisan] [bərleņgay] [børŋani] III IV Berlenggang Bernyanyi A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV


• Persefahaman • Fotograf Konsonan pinjaman dalam perkataan di atas ialah A B Geseran bibir-gigi tak bersuara Geseran bibir-gigi bersuara Geseran gusi tak bersuara Geseran gusi bersuara D BAHAGIAN B [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan. 10 Is 20 Mak Kiah berdiri di halaman rumah sambil mendongak ke langit. Hatinya sayu apabila melihat awan mendung masih menebal menabiri angkasa jagat raya. Sudah seminggu hujan turun dan selama itulah matahari berwajah suran. Cahayanya


tidak mampu menembusi awan mendung di dada langit. Pada pagi hari Jumaat itu, hujan turun lagi bermula dengan renyai-renyai kemudian semakin lama semakin lebat. Dia berasa kecewa tetapi tidak sampai berputus asa. Rezeki ada di manamana. Begitu bisik hati kecilnya. Ulat di dalam batu lagikan boleh hidup, inikan pula manusia yang melata di muka bumi. Dia sedar, yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Dia pun bertekad, "Aku petani desa, Selagi nadiku masih berdenyut, aku akan berusaha. Ini masalah bermusim." Mak Kiah yakin kedatangan musim hujan bukan bermakna pintu rezekinya tertutup. Walaupun dia tidak boleh menoreh kerana pokok getah basah, dia masih boleh mencari rezeki dengan cara yang lain. Dia boleh memancing ikan di sungai atau mencari pucuk paku. Dia yakin anak-anaknya tidak akan kebuluran dan persekolahan anak-anaknya tidak akan terbantut. "Mak tidak dapat menoreh hari ini?" Suara Nisa anak sulungnya yang cerdas tetapi mudah gelabah apabila berhadapan dengan sesuatu masalah itu menyapa telinganya. Kini anaknya itu sedang belajar dalam tingkatan enam. "Tidak," jawabnya sepatah.. "Pokok getah basah. Macam mana mak nak menoreh," Atirah anaknya yang nombor dua pula menyampuk. Atirah seorang anak yang aktif dan suka berinteraksi dengan orang lain. "Hujan itu membawa rahmat," balasnya. "Kalau hujan tidak turun, bumi akan kering kontang, Tumbuh-tumbuhan akan mati. Kita juga akan mati kerana kehausan." "Kasihan mak. Kalaulah ayah ada...," kata Mariam pula. Hatinya sayu mendengar kata-kata Mariam. Dia mendekati Mariam lalu memeluknya. Anaknya ini pemalu, pendiam dan lebih suka mendengar orang lain bercerita. "Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selagi nadi mak masih berdenyut, mak akan berusaha," dia cuba meyakinkan anak-anak kesayangannya. Dia mampu menelan masalah itu, Nisa duduk termenung di muka tangga. Sebagai seorang ibu yang akrab dengan anak-anak, dia tahu perkara yang sedang melanda fikiran anaknya. Tambahan pula anak-anaknya tidak segan silu untuk menceritakan apa-apa sahaja masalah mereka. Sejak suaminya meninggal dunia kira-kira setahun yang lalu, hubungan dia dengan anak-anak semakin akrab. Dialah ayah dan dialah ibu kepada anak-anaknya. "Mak, macam mana dengan duit peperiksaan Nisa? Tempoh bayarannya cuma satu minggu sahaja lagi. Jika tidak dapat membayarnya, Nisa tidak boleh menduduki peperiksaan," Nisa meluahkan isi yang tersirat di lubuk hatinya. "Jangan bimbang, nak, Mak akan ikhtiarkan," Jawapan itu mungkin dapat melegakan perasaan Nisa. Namun begitu, perasaannya kabur. Dia masih memikirkan cara untuk mendapatkan duit untuk bayaran yuran peperiksaan anaknya. Masalah ini perlu dirungkai secepat mungkin. Sepatutnya yuran peperiksaan itu sudah pun dibayar. Sepatutnya Nisa tidak perlu lagi risau memikirkannya. Dia boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap peperiksaan STPM yang bakal dihadapinya. Apabila Hasrol, anaknya yang bongsu diserang demam panas dan ditahan di dalam wad, dia terpaksa menggunakan duit itu untuk tambang bas berulang alik


ke hospital Terengganu. Keadaan kesihatan anak bongsunya juga perlu ditangani segera. Dia yakin boleh mendapatkan semula duit itu sebelum tamat tempoh bayarannya. Dia cuma boleh merancang, namun Tuhan yang menentukan. Tanpa diduga musim hujan pun tiba. Akibatnya dia tidak dapat menoreh. “Sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah nasib petani. Tiada pembelaan," getus hatinya. 25 30 35 40 45 (Disesuaikan daripada cerpen, "Selagi Nadi Masih Berdenyut,'' oleh Abdul Latip Talib) 21 Berdasarkan petikan tersebut, jelaskan maksud peribahasa berikut: (a)... yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang ... (baris 7-8) (b) Sudah jatuh ditimpa tangga. (baris 43)


22 Apakah masalah yang perlu diatasi segera oleh Mak Kiah? 23 Nyatakan personaliti anak sulung dan anak ketiga Mak Kiah seperti yang digambarkan oleh penulis. 24 Apakah mesej penulis dalam petikan cerpen tersebut? “...Inilah nasib petani. Tiada pembelaan," getus hatinya. (baris 43-44) Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membantu golongan petani di luar bandar. Panjang jawapan anda hendaklah tidak melebihi 150 patah perkataan. [20] Bahagian C [50 markah] Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah. 26 "Keganasan dalam rumah tangga berpunca daripada kegagalan untuk mengawal kemarahan atau sikap panas baran sesetengah pasangan." Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat ini? 27 Kebelakangan ini, kejadian buli siber semakin kerap dilaporkan. Jelaskan kesan negatif gejala ini dan kemukakan langkah-langkah untuk mengatasinya. 28 Pencemaran alam sekitar di negara ini semakin membimbangkan dan


pihak kerajaan telah berusaha untuk membendung masalah tersebut melalui amalan kitar semula. Jelaskan kepentingan amalan kitar semula tersebut. STPM 2021 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 1 SKEMA BAHASA MELAYU 910/1 SKEMA JAWAPAN & SKEMA PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM BAHASA MELAYU SEMESTER 1 2021 Bahagian A (20 markah) No. Jawapan 1 D 2 C 3 B


twitt 4 A 5 No. Jawapan | 11 D | 12 A | 13c 14C 15 B 16 B | 17 A 18 C 19 B 1 20 JA COVO1 B Bahagian B (30 markah) 21 Berdasarkan petikan tersebut, jelaskan maksud peribahasa berikut (a)... yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang... (baris 7-8) . . . Rezeki perlu diusahakan kerana ia tidak datang dengan sendiri./ Keuntungan tidak akan diperoleh jika tiada kerja keras./ Kejayaan tidak mungkin datang dengan sendiri tanpa sebarang usaha yang gigih, (b) Sudah jatuh ditimpa tangga. (baris 43) • Mendapat malang secara berturut-turut./ Menerima kecelakaan secara bertimpatimpa./ Berturut-turut mendapat kesusahan. • 22 Apakah masalah yang perlu segera diatasi oleh Mak Kiah? • Membayar yuran peperiksaan STPM anaknya, Nisa. • Merawat demam panas anak bongsunya, Hasrol


23 Nyatakan personaliti anak sulung dan anak ketiga Mak Kiah seperti yang digambarkan oleh penulis . [4] Nisa anak sulung Mak Kiah mempunyai personaliti seorang yang cerdas (1) tetapi mudah gelabah apabila berhadapan dengan sesuatu masalah (1) • Mariam anak ketiga ialah seorang yang pemalu, (1) pendiam, (1) dan lebih suka mendengar orang lain bercerita.(1) 2 4 Apakah mesej penulis dalam petikan tersebut? [2] berkorban untuk menyara keluarga walaupun pelbagai masalah perlu i) Ibu bapa perlulah ditempuh i. Atau ii) Anak-anak hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka serta tidak menimbulkan masalah yang akan memburukkan keadaan. Atau iii) Kemiskinan petani di luar bandar wajarlah diberikan perhatian dan pembelaan oleh pihak kerajaa n. 2


5 Inilah nasib petani. Tiada pembelaan," getus hatinya. (baris 43- 44) Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membantu golongan petani di luar bandar. Panjang jawapan anda hendaklah tidak melebihi 150 patah perkataan. [20] Skema jawapan Catatan: Jawapan perlu ada siapa? (pihak mana) dan apa? (peranannya) ISI Isi utama: Pihak kerajaan (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) perlu menyediakan bantuan modal dan kepakaran melalui agensi yang dilantik seperti Lembaga Pertubuhan Peladang, MOSTI, Felcra, dan lain-lain [2] Huraian isi : Menyediakan modal untuk membeli peralatan pertanian, bantuan penanaman semula dan meningkat kemahiran dalam pertanian moden [1] Contoh : Kursus pertanian, latihan pemasaran, penanaman semula, dan sebagainya [1] Huraian contoh: Bukan sahaja mengurangkan bebanan petani malah meningkatkan kemahiran petani untuk mengusahakan pertanian moden [1]


IS2 Isi Utama : Pihak kerjaaan boleh bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) [2] Huraian : Membeli hasil pertanian dan membantu petani luar bandar untuk memasarkan hasil tani masing-masing [1] Contoh ; Sayur-sayuran, buah-buahan, dan sebagainya [1] Huraian contoh : Mengurangkan kerugian petani [1] IS3 Isi Utama : Pertubuhan Peladang perlu menubuhkan Koperasi Tani / Peladang [2] Huraian isi : Dapat membantu golongan petani dalam kesempitan semasa musim tenkujuh / musim pertanian tidak menjadi [1] Contoh : Menyediakan kemudahan kredit, bantuan benih, baja, peralatan pertanian dan sebagainya [1] Huraian contoh : Meringankan masalah petani untuk memulakan aktiviti pertanian dan penanaman semula [1] IS4 Isi Utama : Kerajaan perlu memperkenalkan pertanian moden dan mengaplikasi inovasi baharu [2] Huraian isi : Hasil pertanian dapat diusahakan sepanjang tahun dan tidak memerlukan kawasan yang luas serta tenaga buruh yang ramai [1] Contoh : Tanaman hiroponik, tanaman akuakultur, kawalan penggunaan baja dan pengairan


menggunakan telefon pintar [1] Huraian contoh : Hasil bukan sahaja bertambah, malah bebas bahan kimia IS5 Isi Utama : Pihak kerajaan negeri perlu mewujudkan pasar tani di seluruh daerah dan pekan [2] Huraian isi: Memasarkan produk pertanian dari luar bandar yang segar [1] Contoh : Buah-buah, sayur-sayuran, kerepek, jeruk, dan sebagainya [1] Huraian contoh : Bukan sahaja mendidik petani dalam dunia perniagaan, malah membantu petani menghasilkan produk hiliran [1] IS6 Isi Utama : Kerajaan negeri perlu mengaktifkan pertubuhan peladang daerah [2] Huraian isi : Turun padang dengan mendekati golongan petani dan belia [1] Contoh : Tanaman berkelompok, ternakan ikan, dan mengusahakan tanah terbiar [1] Huraian contoh : Hasil pertanian akan meningkat dan pengangguran dalam kalangan belia dapat dikurangkan [1] IS7 Isi Utama : Kerajaan perlu mengubah imej luar bandar menjadi destinasi pelancongan [2] CON Huraian isi :


Kawasan pertanian dan suasana desa mempunyai tarikan pelancong [1] Contoh : Sawah padi, perusahaan madu kelulut, ternakan ikan air tawar, dan sebagainya [1] Huraian contoh : Menambahkan pendapatan petani melalui jualan produk pertanian dan inap desa [1] IS8 Isi Utama : Pihak kerajaan mesti menghapuskan kegiatan orang tengah [2] Huraian işi ; Orang tengah membeli hasil pertanian dengan harga yang rendah [1] Contoh : Kerajaan perlu bertindak sebagai pemborong dan peminjam peralatan pertanian kepada petani [1] Huraian contoh : Mengurangkan kerugian yang ditanggung oleh para petani di samping membebaskan petani daripada terikat dengan hutang yang dipinjam daripada orang tengah Skema pemarkahan: (a) Pembahagian markah adalah seperti yang berikut Aspek Markah Isi 15 (3 isi x 5 markah) Bahasa Jumlah 20 (b) Pembahagian markah bagi işi dan bahasa adalah seperti yang berikut: (1) Isi (3 isi x 5 markah = 15 markah) Markah Aspek Isi utama (IU)


Huraian isi utama Contoh/huraian lanjut Jumlah Kriteria Isi tepat, lengkap, dan jelas Isi kurang tepat/ kurang lengkap/ kurang jelas Relevan dengan IU Relevan dengan IU Isi tepat, lengkap dengan huraian dan contoh. I 1 5 (ii) Bahasa (5 markah) Bahagian C (50 markah] Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah. 26 “Keganasan dalam rumah tangga berpunca daripada kegagalan untuk mengawal kemarahan atau sikap panas baran sesetengah pasangan." Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat ini? Skema jawapan Pendahuluan • Keganasan dalam rumah tangga yang melibatkan penderaan fizikal dan mental, pencabulan, penganiayaan, dan pembunuhan semakin membimbangkan. Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, keganasan rumah tangga bermaksud tindakan yang menyebabkan kecederaan, penderaan seksual, kerosakan harta, dan meletakkan mangsa dalam kedaan ketakutan. Perbuatan ini meninggalkan trauma yang mendalam terhadap mangsa. Sesetengah mangsa mengalami kecacatan yang kekal. Lebih buruk lagi, ada mangsa yang meninggal dunia kerana kecederaan yang parah. Kebanyakan keganasan rumah tangga ini dilakukan oleh sesetengah pasangan yang


gagal mengawal kemarahan. Namun begitu, terdapat punca lain yang menyebabkan hal itu berlaku. Punca ( Gagal mengawal kemarahan atau panas baran sesetengah pasangan) IS 1 Pasangan gagal mengawal kemarahan atau panas baran. Suami cepat naik tangan apabila berlaku pertelingkahan kecil. Isteri cepat memukul anak-anak apabila tertekan. Punca lain IS 2. Kurangnya rasa tanggungjawab ibu bapa dan tiada ilmu keibubapaan. Pasangan berkahwin pada usia yang muda. Mereka masih ingin berseronok dan tidak sabar dengan karenah serta sikap pasangan masing-masing IS 3. Pegangan agama yang longgar dan salah fahaman mengenai bentuk didikan yang dianjurkan oleh agama. IS 4. Masalah kewangan yang dihadapi oleh ketua isi rumah. IS 5. Pendera mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Suami suka berjudi, pemabuk, penagih dadah, melanggan pelacur, mempunyai kekasih gelap dan sebagainya IS 6. Masalah kenakalan anak-anak. Ada anak-anak yang degil dan hiperaktif IS 7. Kepincangan keluarga. Konflik rumah tangga yang berpanjangan. Pasangan dalam proses penceraian. urusan rumah tangga pasangan IS 8. Sikap mertua yang suka campur tangan dalam berkenaan


PITIF IS 9. Pengalaman masa lampau. Pernah didera oleh ahli keluarga semasa kecil atau melihat ibu bapa mereka bergaduh dan melakukan penderaan IS 10. Sikap masyarakat yang mementingkan diri sindiri dan tidak mahu mencampuri urusan orang lain. Ada yang bimbang sekiranya dipanggil untuk menjadi saksi apabila kes keganasan rumah tangga itu menjadi kes di mahkamah IS 11. Akta yang sedia ada tidak menakutkan pelaku yang melakukan keganasan rumah tangga. Sesetengah kes mengambil masa yang lama untuk diselesaikan IS 12. Tekanan di tempat kerja Ora IS 13. Kehadiran orang ketiga. Isteri curang. Suami berkahwin lain IS14. Suami yang terlalu cemburu. Bimbang isteri beralih arah atau cemburu dengan kejayaan isteri WIN IS15. Mangsa enggan membuat laporan polis. Mereka takut rumah tangga menjadi hancur dan anak-anak menjadi terbiar Kesimpulan • Gejala keganasan rumah tangga perlu dihentikan dengan segera. • Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan menjejaskan nama baik semua pihak. Langkah yang konkrit perlu diambil untuk membendung hal ini.


27 Kebelakangan ini, kejadian buli siber semakin kerap dilaporkan. Jelaskan kesan negatif gejala ini dan kemukakan langkah-langkah untuk mengatasinya. Skema jawapan Pendahulua n • Buli siber adalah perbuatan yang mengancam , memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks, chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit, permainan internet, dan sebagainya. Pembuli siber sukar untuk dikenal pasti kerana mereka boleh merahsiakan identiti sebenar. Aktiviti ini berlaku dalam dunia siber yang tiada sempadan. Hal ini menyukarkan mangsa untuk melindungi diri mereka. Kejadian buli siber menimbulkan banyak keburukan. Oleh itu, langkah yang berkesan perlu dicari untuk mengatasinya. Isi (Kesan negatif buli siber) IS 1: Menjatuhkan maruah seseorang dan anggota keluarga mangsa IS 2: Menyebabkan kemurungan. Mangsa mengasingkan diri. Lebih buruk lagi, mangsa cenderung untuk membunuh diri IS3: Mewujudkan permusuhan dan menimbulkan unsur kebencian serta merenggankan silaturahim IS4: Menyebabkan seseorang hilang punca pendapatan dan menjatuhkan karier seseorang. Sekiranya mangsa buli siber terdiri daripada ikon dan orang terkenal, siber buli yang keterlaluan akan menyebabkan kerugian dalam perniagaan.


Isi (Langkah menangani buli siber) IS 5: Individu bersikap proaktif. Tidak mendedahkan maklumat peribadi. Berfikir dua kali sebelum menghantar komen. IS 6: Ibu bapa mendampingi anak-anak dan memantau aktiviti mereka. Jelaskan kepada anak tentang risiko berkomunikasi melalui media sosial. Ingatkan anak-anak supaya tidak meninggalkan komen yang boleh mengguris perasaan orang lain IS 7: Ibu bapa perlu menguasai bidang teknologi maklumat. Sentiasa mengambil tahu tentang platform atau rangkaian sosial yang kerap dilayari oleh anakanak. Kongsikan panduan penggunaan internet dan tetapkan peraturan asas untuk melindungi mereka daripada sebarang risiko. IS8: Keluarga dan rakan perlu memainkan peranan penting. Beri sokongan kepada mangsa buli supaya mereka terus positif. Bercakaplah dengan mereka dan tanya keadaan diri mangsa. IS9 : Melaporkan hal itu kepada pihak pengendali agar disekat daripada terus menular atau dikemas kini supaya akaun internet tidak diceroboh pada masa depan. I$10: Pihak berkuasa SKMM perlu bertindak menyekat penyalahgunaan media sosial oleh orang awam. Mendakwa pembuli siber di mahkamah I$11: Pihak PDRM menubuhkan Pasukan Jenayah Siber untuk menangani buli siber 1912: Kempen Antibuli Siber. Menjemput ikon remaja untuk menjelaskan keburukan buli siber. Mengadakan pameran bergerak. Mengadakan ceramah.


Mengedar risalah keburukan buli siber. IS13: Guru mendidik mengenai keburukan perbuatan buli siber. Guru menyelitkan hal itu dalam mata pelajaran Agama Islam dan Pendidikan Moral. Guru kauseling memberi nasihat. Menubuhkan Kelab Antibuli Şiber di sekolah. n IS14: Mewujudkan kumpulan media sosial dalam komuniti untuk menyalurkan nasihat, peringatan, dan berkongsi aktiviti yang sihat melalui media sosial Kesimpulan • Kejadian buli siber semakin membimbangkan. Perbuatan ini akan menjatuhkan maruah seseorang. Kemelut ini boleh diatasi apabila setiap anggota masyarakat sedar mengenai keburukan buli siber, manakala setiap individu pula mempunyai benteng untuk mengawal diri daripada melakukan perbuatan itu. 28 Pencemaran alam sekitar di negara ini semakin membimbangkan dan pihak kerajaan telah berusaha untuk membendung masalah tersebut melalui amalan kitar semula. Jelaskan kepentingan amalan kitar semula tersebut. Skema jawapan Pendahuluan • Alam sekitar yang tidak tercemar menjadi impian semua pihak. • Kegiatan manusia yang mengeksploitasi alam sekitar dikenal pasti menjadi punca pencemaran alam sekitar, Pembuangan sisa toksik oleh pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab telah mencemarkan


sungai, • Pembuangan bekas-bekas makanan di tempat awam telah menyebabkan pencemaran bau. Keadaan ini perlu dibendung. Amalan kitar semula didapati berkesan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar Isi (Kepentingan amalan kitar semula) IS 1: Mewujudkan persekitaran yang lebih sihat IS 2: Mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak. IS 3: Mengurangkan pencemaran bau dan pencemaran air di bawah tanah, Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah dan sampah di tapak pelupusan sampah akan mengancam alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan pencemaran udara. IS 4: Menjimatkan kos. Dalam jangka panjang, amalan mengitar semula lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. IS5: Menjimatkan dan menyelamatkan sumber. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Mengitar semula barangan yang diperbuat daripada besi dan aluminium boleh menyelamatkan sumber yang tidak boleh diperbaharui IS6: Menjana sumber pendapatan. Barang-barang yang boleh dikitar semula seperti kertas, besi, tin minuman, botol plastik, dan lain-lain boleh dijual. Sesetengah barang buangan boleh dijadikan kraf tangan dan dijual untuk memperoleh pendapatan sampingan


IS7: Mengitar semula sisa buangan makanan dan tumbuhtumbuhan boleh dijadikan baja nutrien, baja kompos, makanan haiwan, dan sebagainya IS8: Menjana tenaga alternatif. Tenaga biomas terhasil daripada pembakaran sisa buangan makanan. Tenaga biojisim dihasilkan daripada sisa buangan hasil pertanian Kesimpulan • Pencemaran alam sekitar pada hari ini umpama "bom jangka" yang boleh meranapkan kehidupan manusia. • Amalan kitar semula boleh mendatangkan faedah yang banyak kepada manusia dan makhluk lain yang ada di bumi ini. Sambutan Hari Bumi setiap tahun ialah suara kebimbangan masyarakat dunia tentang pencemaran alam sekitar yang berlaku. Orang ramai perlu menyokong amalan kitar semula melalui program 5R (guna semula, kurangkan, kitar semula, fikir semula, baiki semula). • Pada masa yang sama usaha ini perlu dijadikan kebiasaan dalam kehidupan seharian.


Click to View FlipBook Version