FoLIo
NOVEL FORMULA
TERMODINAMIK
NAMA :
MUHAMMAD DANIAL WAFIQ BIN SHAMSIRI
KELAS :
1 AL FARABI
NAMA GURU :
CIKGU NORFAEZAH ESA
1
ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka surat
1 SINOPSIS 3-17
2 TEMA 18-19
3 PERSOALAN 18-19
4 WATAK DAN 20-22
PERWATAKAN
5 LATAR (TEMPAT, MASA, 23-26
MASYARAKAT)
6 NILAI 27-29
7 PENGAJARAN 27-29
2
SINOPSIS
SEMUA BAB
3
Sinopsis Bab 1
Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman
kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah
bersama-sama Usamah, Adnin dan Zaid. Asma
adalah dua pupu Amir dan Usamah. Asma anak
kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan
pelajaran di maktab perguruan manakala Amir dan
Usamah ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di
Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan
Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek
mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah
Asma. Amir mula berasa ada perasaan indah yang
terbit di hatinya terhadap Asma tetapi Asma pula
seperti menyimpan cerita yang sukar diungkapkan.
Dalam masa yang sama Amir dan Usamah telah
merancang satu projek pengubahsuaian mesin
rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput
dan mencangkul tanah. Amir menggunakan formula
Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput
yang terpakai dan dibantu oleh Profesor Othman
dengan Formula Dua Hukum Popular bagi
memastikan kejayaan projek tersebut.
4
Sinopsis Bab 2
Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya
mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang
senang dan ingin menyaingi mereka. Dia juga mahu
menebus kekecewaannya ketika di Politeknik dulu
walaupun dia tahu dia tidak sehebat Amir dan
Usamah. Dia mahu membuktikan yang dia tidak
lemah, dia bijak dan handal serta mampu menyaingi
Amir dan Usamah. Aswan bertekad akan menentang
Amir dan Usamah. Dia tidak akan membiarkan
kedua-dua sepupu itu menempa nama di Kampung
Warisan. Aswan menyuarakan hasrat tersebut
kepada kawan-kawan baiknya, Fikri dan Majibon.
Aswan bercadang untuk mencipta model yang
sama, menggunakan mesin rumput yang panjang
dan stor minyak petrolnya digantung di belakang dan
di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan
robot. Fikri dan Majibon agak kurang senang dengan
hasrat dan tujuan Aswan yang ingin menyaingi Amir
dan Usamah sehingga berlaku sedikit percanggahan
prinsip di antara mereka dengan Aswan. Bagi Fikri
dan Majibon persaingan biarlah sihat dan tidak
bermusuhan.
Namun begitu, Fikri dan Majibon tidak sampai hati
untuk menghampakan Aswan. Projek tersebut akan
dijalankan dengan bantuan Fikri dan Majibon namun
5
yang menjadi masalah ialah mereka tidak
mempunyai formula. Fikri dan Majibon tidak pernah
belajar bidang kejuruteraan, hanya Aswan seorang
pernah belajar teori kejuruteraan waktu di Politeknik.
Namun begitu, semua nota-notanya telah hilang dan
banyak perkara tentang Formula Dua Hukum Popular
Termodinamik tidak diketahuinya. Walaupun dengan
sedikit pengetahuan,Aswan tetap yakin mampu
menyaingi Amir dan Usamah kerana dia tidak mahu
meminta bantu daripada Amir, Usamah dan Profesor
Othman seperti yang disarankan oleh Fikri dan
Majibon.
6
Sinopsis Bab 3
Amir dan Usamah bertungkus lumus membuat
pengubahsuaian bagi memastikan projek mesin 2
dalam 1 mereka berjalan lancar. Mesin tersebut
menggunakan kuasa 6 kw, kincir angin model SAMA,
iaitu singkatan Sabah, Malaysia. Mana-mana
komponen yang tidak boleh dibuat sendiri kerana
kekurangan kelengkapan seperti membentuk mata
pisau cangkul dihantar ke kedai besi untuk dibentuk.
Aswan, Fikri dan Majibon telah datang melihat projek
mesin 2 dalam 1 yang diusahakan oleh pasangan
sepupu itu. Fikri dan Majibon sangat berminat
dengan projek tersebut. Mereka telah diberi
penerangan terperinci tentang proses
pengubahsuaian dan pengendalian mesin 2 dalam 1
oleh Amir, penuntut tahun akhir Diploma Kejuruteraan
Am. Aswan lebih berminat melihat bilik operasi.
7
Sinopsis Bab 4
Setelah kerja-kerja pengubahsuaian mesin 2 dalam 1
siap, Zaid dan Adnin mengajak Amir dan Usamah
pergi memancing di sawah untuk menenangkan
fikiran. Semasa memancing itulah Zaid dan Adnin
telah bercerita tentang kecurian baja subsidi orang
Kampung Warisan dari stor dewan. Zaid yakin
bahawa Aswan dan rakan- rakannya yang telah
mencuri baja tersebut.
Sinopsis Bab 5
Aswan sangat gembira kerana telah berjaya
memperoleh formula yang diperlukan untuk
melaksanakan projek impiannya, mencipta mesin
menanam padi. Mesin ini amat relevan untuk masa
depan yang dapat mengurangkan risiko generasi
menjadi bongkok. Lakaran grafik yang telah
disediakan oleh Aswan diperlihatkan kepada Fikri dan
Majibon. Aswan secara terperinci menerangkan cara
projek itu akan dimulakan sehinggalah ke peringkat
operasi.
8
Sinopsis Bab 6
Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua
Hukum Popular Termodinamik. Tiba-tiba sahaja storan
data formulanya hilang. Dia berasa kesal kerana cuai
dan tidak menyimpan storan dengan baik. Bertahun-
tahun dia mengumpul data untuk menyiapkan
formula tersebut dan dibantu oleh Profesor Othman.
Dia tidak tahu orang yang telah menceroboh masuk
ke bilik operasi mereka. Bukan mudah untuk dia
mengingati formula tersebut. Amir risau tidak dapat
menunaikan janjinya kepada nenek untuk membajak
tapak semaian dengan mesin 2 dalam 1 tersebut.
Sinopsis Bab 7
Amir dan Usamah pulang ke Putatan. Sampai sahaja
di rumahnya, Amir terus ke pejabat persendirian
ayahnya untuk mencari Formula Termodinamik dan
melayari data Syarikat Bahagia. Amir amat terkejut
mendapati ada pencerobohan sedang berlaku
pada data syarikat ayahnya. Amir dan Usamah
berusaha untuk menyekat pencerobohan tersebut
dengan menerbit kod baru Adang Keselamatan
Rahsia.
9
Sinopsis Bab 8
Intan, ibu Amir amat terkejut apabila diberitahu oleh
Amir tentang pencerobohan data menceritakan
peristiwa itu kepada ayahnya kerana dia berada di
Manila atas urusan perniagaan. Amir dan Usamah
pulang semula ke Kampung Warisan. Mereka sangat
gembira melihat Asma, Zaid dan Adnin sedang
menolong neneknya di tapak semaian. Adnin sedang
menolak mesin 2 dalam 1 untuk menyediakan tapak
semaian. Neneknya tersenyum bangga. Amir
mewarisi kepintaran anaknya, Damit. Syarikat
Bahagia.tetapi tidak berpeluang untuk Amir.
Sinopsis Bab 9
Amir bangga melihat semangat bergotong royong
masih menjadi amalan penduduk Kampung Warisan.
Ramai penduduk kampung datang menolong
menanam padi di sawah neneknya. Usamah
bersungut tentang mesin ciptaan Aswan yang belum
disiapkan lagi, jika tidak bolehlah digunakan oleh
orang kampung pada musim menanam kali ini. Tiba-
tiba mereka dikejutkan dengan suasana hingar
bingar. Amir dan Usamah terperanjat melihat nenek
jatuh ke dalam air paya. Pak Cik Suib, ayah Asma
10
mengangkat nenek ke batas sawah. Nenek tidak
bersuara. Amir dan Usamah berusaha memberi
pertolongan kepada nenek. Setelah sedar nenek
dibawa pulang ke rumah. Atas desakan Asma nenek
kemudiannya dihantar ke hospital untuk
mendapatkan rawatan lanjut.
Sinopsis Bab 10.
Nenek menjalani pembedahan kecil pada buku
lalinya untuk memastikan tidak ada pendarahan dan
bagi mengelakkan jangkitan kuman ke anggota lain.
Semua ahli keluarga Amir, ayah, ibu dan adik-adiknya
serta Usamah turut berada di hospital menemani
nenek. Nenek sangat terharu dengan layanan dan
kasih sayang daripada anak cucunya.
11
Sinopsis Bab 11
Aswan tidak lagi memberi fokus kepada projek mesin
menanam padinya tetapi banyak masanya
dihabiskan di hadapan komputer. Dia tidak berpuas
hati selagi pencariannya belum berhasil. Aswan
mencuba meramal beberapa nombor digital
sehinggalah dapat ditembusi. Maklumat yang
ditemui beberapa hari lalu muncul semula. Pengaliran
data itu tidak dapat disekat lagi. Aswan terpukau
melihat jumlah aset syarikat tersebut. Dia sangat
teruja dan memperlihatkan data tersebut kepada Fikri
dan Majibon. Aswan bercadang memindahkan
wang sejumlah RM1.3 juta itu ke dalam akaunnya.
Majibon membantah keras hasrat Aswan itu atas
prinsip agama melarang mengambil hak orang lain.
Aswan kemudiannya bercadang untuk mengambil
RM10,000.00 sahaja sebagai modal menjalankan
projek mereka. Fikri pula menentang hasrat Aswan
dan mengingatkan mereka perlu berpegang teguh
pada etika kerja serta bersaing secara sihat. Dalam
masa yang sama, Amir dapat mengesan
pencerobohan dan data syarikat ayahnya dibocori
lagi. Usamah berusaha keras mengesan kebocoran
data tersebut dan cuba menyekatnya. Akhirnya
mereka bersepakat untuk menyiasat perkara tersebut
12
Sinopsis Bab 12
Amir cuba menerangkan peristiwa yang berlaku
kepada Syarikat Bahagia kepada ayahnya tetapi
gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Intan, ibu Amir
telah menceritakan pencerobohan dan kebocoran
maklumat syarikat mereka. Pada masa yang sama
Amir dan Usamah telah kembali semula ke Kampung
Warisan. Nenek mereka telah beransur sihat dan akan
keluar dari hospital. Amir berasa bangga melihat
mesin 2 dalam 1 ciptaan mereka digunakan oleh
bapa Zaid dan orang-orang kampung untuk
membajak tanah. Hasil ciptaan mereka telah dapat
berbakti kepada orang kampung. Zaid dan Adnin
pula telah melaporkan peristiwa yang telah dapat
menjejak penjenayah Kampung Warisan yang
menyimpan barang-barang curi di sebuah pondok
tidak jauh dari pangkalan. Amir telah mengatur
strategi untuk memerangkap penjenayah itu.
13
Sinopsis Bab 13
Dua hari membuat persiapan dan mengatur strategi,
Amir dan rakan-rakannya bergerak selepas Isyak
menuju ke pondok yang dinyatakan oleh Zaid.
Setengah jam perjalanan mereka sampai di
pangkalan. Dari situ mereka bergerak ke sebuah
pondok dan bersembunyi di tempat yang sukar
dikesan oleh penjenayah. Dari situ mereka mengatur
strategi untuk memerangkap penjenanyah tersebut.
Akhirnya Lahop dan Oyong pemuda Kampung
Warisan yang diupah menjaga pondok tersebut
dapat diberkas dan dihantar ke balai polis. Amir
menemui CD yang menyimpan seribu rahsia yang
sukar ditafsir.
14
Sinopsis Bab 14
Semalaman Amir tidak dapat tidur memikirkan CD
yang ditemukan semasa operasi penangkapan dua
orang pemuda di pondok berhampiran dengan
pangkalan. Amir dan Usamah berasa kehilangan
Formula Termodinamik ada kaitan dengan CD
tersebut. Tiba-tiba ada e-mel masuk. Orang yang
tidak dikenali menghantar mesej meminta
maaf.Mereka kehairanan dan mengesyaki itulah
orang yang telah mencuri formula mereka. Mereka
cuba bertanya tentang penghantar e-mel itu tetapi
tiada jawapan. Kemudian Zaid datang membawa
berita bahawa Asma akan berkahwin. Adnin pula
menyusul dalam keadaan basah kuyup dan
mengajak mereka membantu memindahkan orang
kampung kerana air telah naik melepasi satu meter.
15
Sinopsis Bab 15
Aswan, Fikri dan Majibon dibawa arus deras. Mereka
hanya berpaut pada sebatang kayu untuk
menyelamatkan diri. Aswan rasa menyesal tidak
mendengar nasihat ibunya supaya tidak menghadiri
majlis sambutan Krismas di rumah Majibon kerana
cuaca buruk. Dia juga mulai sedar mungkin itu adalah
balasan Allah terhadap dosa-dosa yang telah
dilakukannya. Dalam suasana gelap malam mereka
bertiga terus berpaut pada sebatang kayu
sehinggalah diselamatkan oleh Amir dan rakan-
rakannya. Aswan telah meminta maaf kepada Amir
dan Usamah serta mengaku dialah yang mencuri
Formula Termodinamik dan penghantar e-mel.
16
Sinopsis Bab 16
Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usamah
telah membolehkan mereka memenangi Anugerah
Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa
kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara.
Pada hari keberangkatan, semua ahli keluarga
berada di lapangan terbang. Aswan, Fikri dan
Majibon turut sama. Asma datang mengucapkan
tahniah kepada mereka berdua dengan
menghulurkan sejambak mawar putih buat Usamah
dan mawar merah buat Amir.
17
18
Kegigihan dalam mencipta inovasi dalam bidang
pertanian oleh dua orang remaja. Amir dan Usamah
gigih berusaha mencipta inovasi dalam bidang
pertanian dengan mengubah suai mesin rumput
dengan dua kegunaan iaitu memotong rumput dan
membajak sawah dengan menggunakan Formula
Dua Hukum Termodinamik.
1.Sikap iri hati dalam diri
– Aswan begitu iri hati terhadap Amir dan Usamah. Dia
juga mahu mengubah suai mesin seperti yang
dilakukan oleh Amir dan Usamah agar mendapat
nama di hati orang kampung.
2.Kegigihan melakukan inovasi
– Amir dan Usamah begitu gigih menyiapkan mesin 2
dalam 1. Mereka mengubah suai mesin rumput agar
boleh melakukan dua fungsi iaitu memotong rumput
dan membajak sawah.
3.Kesibukan dalam mencari rezeki
– Kesibukan Damit dalam urusan perniagaan amat
dikesali oleh Amir kerana Damit tiada masa untuk
bersama-sama keluarga
19
WATAK
DAN
PERWATAKAN
20
1. Amir (Watak Utama)
Seorang yang pemaaf dan tidak berdendam.
Sebagai contoh, Amir memaafkan Aswan walaupun
banyak kesalahan yang dilakukan oleh Aswan
terhadap dirinya.Seorang yang kreatif dan inovatif.
Sebagai contoh, Amir mencipta mesin 2 dalam 1
berpandukan Formula Dua Hukum Popular
Termodinamik dan menggunakan kreativiti dan
inovasi. Seorang yang bijaksana. Sebagai contoh,
Amir membuat rancangan untuk memberkas
penjenayah yang mencuri baja subsidi penduduk
kampung dengan bijaksana. Seorang yang
penyayang. Sebagai contoh, Amir menyayangi
neneknya.
Seorang yang bersungguh-sungguh. Sebagai contoh,
Amir mencipta mesin 2 dalam 1 dengan bersungguh-
sungguh dan hasilnya, mesin tersebut mendapat
sambutan penduduk kampung.
21
2. Usamah (Watak Sampingan)
Seorang perempuan yang kreatif dan inovatif.
Sebagai contoh, Usamah mencipta mesin 2 dalam 1
berpandukan Formula Dua Hukum Popular
Termodinamik dan menggunakan kreativiti dan
inovasi. Seorang yang penyayang.Sebagai contoh,
Usamah menyayangi neneknya.
Seorang yang bersungguh-sungguh. Sebagai contoh,
Usamah mencipta mesin 2 dalam 1 dengan
bersungguh-sungguh dan hasilnya, mesin tersebut
mendapat sambutan penduduk kampung. Seorang
yang kurang sabar. Sebagai contoh, Usamah berasa
sangat marah apabila seorang pengguna Internet
yang menghantar e-mel kepada Amir untuk meminta
maaf tidak menjawab pertanyaan mereka.
3.Aswan (Watak Sampingan)
Seorang anak kepada ahli perniagaan yang berjaya.
Aswan seorang yang berbadan gempal dan berkulit
cerah. berdarah Dusun dan Bajau. Sikapnya pantang
dicabar dan suka berfoya-foya tetapi pemurah
.Aswan mempunyai seorang abang, iaitu Asman
yang menuntut di United Kingdom.Aswan seorang
lepasan politeknik.
22
LATAR
23
LATAR TEMPAT:
1. Sebuah rumah dua tingkat terletak di Putatan dan
pejabat itu kepunyaan Damit.
2.Kampung Warisan, Papar iaitu tempat kelahiran
Amir dan Usaniah dan di kampung itulah proses
mengubah suai mesin dilakukan berdasarkan Formula
Dua Hukum Popular Termodinamik, sehingga
terhasilnya mesin 2 dalanm 1 untuk dimanfaatkan
oleh para petani.
3. Tapak semaian, di Kampung Warisan,iaitu tempat
mesin 2 dalam 1 digunakan untuk menggantikan
cangkul.
4. Lapangan terbang iaitu tempat Amir dan Usamah
dihantar oleh ahli keluarga mereka sebelum berlepas
ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.
24
LATAR MASA:
Malam sambutan Hari Krismas, iaitu semasa
berlakunya kejadian air bah yang sangat dasyat
sehingga hampir meragut nyawa Aswan, Majibon,
dan Fikri.
Selepas waktu isyak, iaitu Amir dan rakan- rakannya
bersiap- siap untuk memulakan misi memerangkap
dan menangkap pejenayah siber.
Pada pukul 12.00 tengah malam, iaitu Amir dan
Usamah tiba di rumah dan terus ke pejabat
persendirian Damit. Mereka meneliti komputer ayah
Amir dan mendapati ada orang yang berusaha untuk
memindahkan storan data Syarikat Bahagia. Pada
suatu pagi, iaitu hujan lebat mencurah - curah, air naik
sehingga satu meter, dan semua penduduk kampung
dipindahkan ke balai raya.
25
LATAR MASYARAKAT:
Masyarakat yang berpendidikan tinggi. Contohnya,
Asma menuntut maktab perguruan, manakala Amir
dan Usamah pula merupakan penuntut politeknik
serta bakal melanjutkan pelajaran ke luar
negara.Masyarakat yang masih mengamalkan sikap
bergotong-royong.Contohnya, orang kampung
bergotong-royong untuk menyiapkan sawah milik
nenek Amir.Masyarakat yang masih mempunyai sifat
iri hati dan hasad dengki apabila melihat kejayaan
Amir dan Usamah mengubah suai mesin
rumput.Masyarakat golongan muda yang
mengamalkan semangat kerjasama. Contohnya,
Adin yang sedang menunggu keputusan SPM
mengajak Amir dan Usamah untuk membantu
mangsa banjir yang telah pindah di kampung
mereka.Masyarakat yang suka mengambil
kesempatan dan mementingkan diri sendiri.
Contohnya, Aswan telah mencuri pemacu pena [pen
drive] milik Amiryang mengandungi Formula
Termodinamik demi kepentingan.
26
Nilai
Dan
pengajaran
27
1. Kerjasama
contohnya penduduk Kampung Warisan, Papar
bergotong-royong mengusahakan padi untuk
memastikan kerja-kerja pertanian dapat dilakukan
dengan lebih cepat.
2. Kasih sayang
contoh Intan berasa risau dan amat bimbang akan
keselamatan Amir apabila anaknya itu meninggalkan
rumah tanpa memberi sebarang pesan.
3. Kejujuran
contohnya Fikri menentang hasrat Aswan
memindahkan wang Syarikat Bahagia sebayak RM1.3
juta keranamenganggap perbuatan itu tidak
bermoral.
28
1. Kita hendaklah mengamalkan sikap bekerjasama
- contohnya penduduk Kampung Warisan, Papar
bergotong-royong mengusahakan padi untuk
memastikan kerja-kerja pertanian dapat dilakukan
dengan lebih cepat.
2. Kita semestinya memiliki sikap kasih sayang
- Contoh Intan berasa risau dan amat bimbang akan
keselamatan Amir apabila anaknya itu meninggalkan
rumah tanpa memberi sebarang pesan.
3. Kita sewajarnya memiliki sikap jujur
- contohnya Fikri menentang hasrat Aswan
memindahkan wang Syarikat Bahagia sebayak RM1.3
juta kerana menganggap perbuatan itu tidak
bermoral.
29