The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku skrap tentang tokoh sukan yang saya suka.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nithasu8, 2021-10-19 10:13:56

Tokoh sukan, Idola saya

Buku skrap tentang tokoh sukan yang saya suka.

Keywords: idola sukan

Tokoh sukan,Idola saya

:

Datuk lee chong wei ialah seorang pemain badminton profesional

Malaysia.

Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan

2012 dan 2016, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang

layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus

menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996.

Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta

I

sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk

Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.

Nicol Ann David lahir 26 Ogos 1983) ialah seorang pemain skuasy
profesional warga Malaysia yang juga wanita Asia pertama yang
menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah
memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan
2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006,

2008, 2009 dan 2010.
Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan
Skuasy Junior Sedunia dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di

bawah bimbingan Richard Glanfield. Beliau kekal satu-satunya
pemain skuasy wanita yang mempunyai pencapaian demikian
sehingga Raneem El Weleily menyamai pencapaian beliau ini dengan
memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007.

Dato Pandelela Rinong anak Pamg (lahir 2
Mac 1993) ialah seorang atlet Malaysia
bagi acara terjun.
Beliau menjadi wanita pertama Malaysia

pembawa bendera di Upacara Pembukaan
Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London

dan mencatat sejarah sebagai atlet
wanita Malaysia pertama memenangi
pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam
acara terjunan 10 meter platform wanita,
dan atlet Malaysia kedua memenangi
pingat Olimpik 2012 di London selepas

Datuk Lee Chong Wei dalam acara



Biodata
Messi

WISHING YOU A

Lionel Andrés "Leo" Messi lahir 24 Jun 1987) adalah seorang pemain bola sepak
profesional Argentina yang bermain di posisi penyerang untuk kelab FC Barcelona yang

berpangkalan di Sepanyol dan pasukan bola sepak kebangsaan Argentina. Dianggap
sebagai pemain terbaik di dunia dan dikenal sebagai pemain terbaik sepanjang zaman,
Messi merupakan satu-satunya pemain bola sepak yang memenangi lima anugerah
FIFA Ballon d'Or, di mana empat daripadanya dimenangi berturut-turut, dan pemain
pertama yang memenangi anugerah bola emas Eropah. Bersama kelab FC Barcelona,
beliau memenangi empat kejuaraan La Liga, empat kejuaraan UEFA Champions League
dan empat kejuaraan Copa del Rey, serta beberapa buah trofi yang lain. Peranannya
sebagai penjaring gol prolifik dan perancang yang kreatif membolehkan Messi memegang
rekod penjaring gol terbanyak dalam La Liga (349 gol), penjaring gol terbanyak La Liga
dalam satu musim (50 gol) dan penjaring gol terbanyak dalam kejuaraan di peringkat
benua (73 gol) serta rekod pengumpan (assist) paling banyak dalam La Liga (137) dan

dalam Copa América . Setakat ini beliau telah menjaring lebih 500 gol di peringkat
senior sepanjang kariernya bersama kelab dan negara.


Click to View FlipBook Version