PERTANDINGAN MAHRAJAN AL-QURAN PERINGKAT SMK BATU LAUT 2021
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:
e-Tarannum
Peserta perlu membaca ayat Al-Quran dengan bertarannum.
Peserta lelaki (bermula ayat 148 Surah An-Nisak)
Peserta perempuan (bermula ayat 263 Surah Al-Baqarah)
Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna.
Penggunaan mikrofon sangat digalakkan untuk kejelasan suara.
Masa penyampaian adalah selama 7 minit.
Rakaman perlu dihantar ke link google form yang diberikan.
e-Hafazan
Peserta perlu menghafaz surah ditetapkan oleh pihak urusetia.
Peserta dibenarkan memilih satu surah daripada surah-surah berikut.
1. As-Sajadah (ayat 1-10 )
2. Al-Mulk ( ayat 1-10 )
3. Ad-Dukhan ( ayat 1-15)
Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna.
Peserta hendaklah menutup mata dengan kain ataupenutup mata yang
bersesuaian.
Penggunaan mikrofon sangat digalakkan.
Rakaman perlu dihantar ke link google form yang diberikan.
e-Mimbar Daie
Peserta perlu menyampaikan tazkirah ringkas berdurasi 5 minit.
Tema tazkirah adalah berkaitan dengan ibadah puasa.
Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna.
Peserta perlu menyampaikan tazkirah dalam keadaan berdiri.
Penggunaan mikrofon sangat digalakkan.
Masa penyampaian adalah selama 5 minit.
Rakaman perlu dihantar ke link google form yang diberikan.
e-Nyayian Solo Lagu Kerohanian
Peserta perlu menyanyikan lagu secara solo dan boleh menyanyikan lagu
serta lirik lagu yang sedia ada di pasaran atau ciptaan baharu.
Lagu yang dinyayikan tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif
mana-mana pihak.
Setiap peserta hanya boleh menghantar satu video nyanyian lagu solo
kerohanian sahaja.
Pakaian peserta hendaklah menutup aurat dengan sempurna dan sopan.
Peserta lelaki boleh berbaju kebangsaan manakala perempuan berbaju
kurung dan bertudung yang sempurna.
Penggunaan mikrofon sangat digalakkan.
Masa nyanyian selama 3 hingga 5 minit sahaja.
Rakaman perlu dihantar ke link google form yang diberikan
Khat Siber
Peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
Penulisan hendaklah dibuat di atas kertas putih bersaiz A3 atau kertas
lukisan.
Peserta dibenarkan menggunakan pensil khat atau marker pen yang
bersesuaian.
Peserta boleh menambah hiasan bingkai mengikut kreativiti.
Peserta perlu menghantar gambar hasil penulisan ke link google form yang
disediakan.
Kuiz Online
Peserta hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja.
Pemenang ditetapkan berdasarkan masa terpantas dan markah tertinggi.
Pertandingan hanya dijalankan pada masa yang ditetapkan sahaja.
Link soalan kuiz akan diberikan pada tarikh 25 Mac hingga 26 Mac 2021
sahaja.