PANDUAN
PELAKSANAAN
SOLAT SUNAT
HAJAT 2021
‘MUNAJATKU
PADAMU’
Panitia Pendidikan Islam: BLAST_JOHAN 2021
‘MUNAJATKU PADAMU’
2021
SMK BATU LAUT
1. PENDAHULUAN:
Panduan Pelaksanaan Solat Hajat ini disediakan sebagai salah satu usaha pihak
sekolah dalam membantu pelajar khususnya calon-calon peperiksaan SPM pada tahun
2021. Calon-calon SPM pada tahun ini sangat istimewa kerana terpaksa menghadapi
cabaran pandemik Covid19 yang menyebabkan peperiksaan SPM 2020 ditangguhkan
ke bulan Februari 2021. Kesan pandemik Covid19 ini juga menyebabkan sekolah
terpaksa ditutup dan pelajar perlu mengubah kaedah pembelajaran dengan norma
baharu secara dalam talian dan lebih banyak belajar secara kendiri di rumah.
Justeru Panitia Pendidikan Islam telah menyediakan Panduan Pelaksanaan Solat
Sunat Hajat sebagai salah satu ikhtiar dan munajat para pelajar untuk menghadapi
peperiksaan SPM. Hanya kepada Allah SWT tempat kita memohon hajat. Semoga
semua guru dan pelajar dapat mengharungi cabaran dengan sabar dan redha dalam
menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini.
2. OBJEKTIF PENYEDIAAN PANDUAN SOLAT SUNAT HAJAT:
a. Pelajar dapat memahami dengan lebih jelas kepentingan solat sunat hajat.
b. Pelajar dapat memahami konsep kebergantungan kepada Allah SWT.
c. Pelajar dapat memupuk nilai tawakkal dan penyerahan kepada Allah dalam
diri.
Panitia Pendidikan Islam: BLAST_JOHAN 2021
PANDUAN SOLAT SUNAT HAJAT
Pengertian Solat Sunat Hajat
Pengertian Solat Sunat Hajat ialah solat sunat yang dilakukan untuk memohon
sesuatu hajat kepada AllahTaala. Solat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa
kecuali waktu yang diharamkan solat. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu
pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar selepas solat sunat
tahajjud. Ia boleh dilakukan sekurang- kurangnya dua rakaat secara bersendirian
atau berjemaah.
Fadhilat dan Kelebihan Solat Sunat Hajat
Terdapat banyak kelebihan dan fadhilat sekiranya anda mengamalkan solat
sunat hajat sebagai rutin ibadah harian anda. Di samping ganjaran pahala
yang banyak, berikut beberapa kelebihan sekiranya anda kerap melakukan
solat sunat hajat.
1. Hati anda akan berasa lebih tenang kerana beban hajat anda telah pun
disampaikan kepada Allah S.W.T.
2. Anda akan menjadi lebih ikhlas dalam menerima segala ketentuan Allah S.W.T
3. Segala hajat dan permohonan anda akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T
Panitia Pendidikan Islam: BLAST_JOHAN 2021
Cara Menunaikan Solat Sunat Hajat
1. Niat Solat Sunat Hajat
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Taala”.
2. Bacaan Dalam Solat
Rakaat Pertama:
Pada rakaat pertama anda hendaklah membaca surah al-Fatihah dan diikuti
surah Al-Kafiruun.
Rakaat Kedua:
Pada rakaat kedua anda hendaklah membaca surah al-Fatihah dan diikuti
dengan surah Al-Ikhlas
3. Pada sujud terakhir, setelah membaca tasbih sujud, bacalah ayat berikut :(boleh
dibaca dengan bilangan ganjil seperti 11 kali atau 21 kali)
َال إِلهاَ إ َال أَن َتا ُس ْب َحانَ َكا ِإ ِنّي ُكن ُتا ِم َان ال َظا ِل ِمي َان
Maksudnya:“Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku
daripada golongan orang-orang yang zalim.”
Panitia Pendidikan Islam: BLAST_JOHAN 2021
Doa Selepas Solat Sunat Hajat
Maksudnya: “ Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat
menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan,
menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui
lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada
pengetahuanMu. Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang
memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan
menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu. Ya Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana
memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa yang
amat hina. Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya
orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepadaMu..
DOA boleh dibaca dalam Bahasa Melayu mengikut hajat masing-masing dengan
syarat doa dibaca selepas memberi salam.
Perbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan selawat kepada Rasulullah SAW
Panitia Pendidikan Islam: BLAST_JOHAN 2021
ZIKIR MUNAJAT
SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI USAHA KITA
Panitia Pendidikan Islam: BLAST_JOHAN 2021