Volume 13 Sept - Dis 2021 Penasihat: Norma Bt Mohd Saleh (Pengetua) Penulis: Hamdan Bin Hj Muhammed Idris BERITA UTAMA SELAMAT DATANG TUAN PENGETUA (08 Dis 2021 ) Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh. Terima kasih diucapkan kepada Buletin SMK Kalumpang kerana memberi peluang untuk menitipkan kata-kata aluan dalam BULETIN SMK Kalumpang Volume 13 2021. Sebagai pengetua baharu, saya amat mengharapkan kerjasama warga SMK Kalumpang agar dapat menggembleng tenaga dan usaha menempa nama SMK Kalumpang di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Saya yakin dan percaya seluruh warga SMK Kalumpang telah berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan amanah dan penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang kuat bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah untuk kecemerlangan sekolah kita. Mencapai kecemerlangan bukanlah satu tugas yang mudah kerana memerlukan komitmen yang tinggi serta perancangan yang disusun rapi. Keperluan murid selaku pelanggan hendaklah dipenuhi dan dicapai dengan jayanya. Justeru, guru-guru perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menghasilkan pendidikan berkualiti supaya dapat melaksanakan tugas dengan berkesan demi meningkatkan kecemerlangan akademik melalui pengurusan sekolah yang cekap dan efisien. Dalam mencapai matlamat ini maka usaha yang gigih, budaya kerja cemerlang dan pengorbanan yang tinggi merupakan faktor utama penentu kejayaan yang perlu dimiliki oleh setiap warga sekolah. Saya amat berharap semua warga SMK Kalumpang dapat bekerjasama dan bersatu hati dalam memastikan kecemerlangan sekolah dapat kita capai. Sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan dan mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian hari. Insya-Allah. “ Success is not how much MONEY or how much POWER you have, success is how WELL YOU DO WHAT YOU DO, when no one else is LOOKING and KEEP ON DOING IT” TERIMA KASIH TUAN MOHAMAD ISA BIN MAT JALI (07 Dis 2021) Hadir pertama kali sebagai Pengetua di SMK Kalumpang pada 7 Januari 2019. Warga SMK Kalumpang merelakan pemergian beliau yang berpindah ke SMK Rawang Bt 16 Gombak. Seorang ketua yang sangat bertimbang rasa dalam segala tindakan dan keputusannya. Warga SMK Kalumpang mendoakan kesejahteraan beliau selepas ini dan terus cemerlang dalam tugasannya di sekolah baharu. SELAMAT BERSARA CIKGU ZAIDA BINTI ABD KHALID Genap 25 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, 02 Januari 2022 Cikgu Zaida Bt Abdul Khalid menamatkan khidmatnya di SMK Kalumpang. Berkhidmat di 4 buah sekolah termasuk SMK Kalumpang. Sebagai guru Pusat Sumber sememangnya beliau sangat komited dalam tugasnya. Kami warga SMK Kalumpang mendoakan beliau sentiasa dalam kesihatan yang baik dan meniti hari-hari sebagai pesara dengan gembira.
SUMBANGAN KHAIRAT 03 Sept 2021 Tabung sumbangan khairat kematian yang dilancarkan oleh Kelab Guru dan kakitangan atas pemergian Allahyarham Cikgu Zaire Zahariman berjaya mengumpulkan sebanyak RM750. Sumbangan disampaikan oleh Tuan Pengetua kepada balu Allahyarham iaitu Puan Azura. Terima kasih kepada warga SMK Kalumpang yang menyumbang. PAKEJ PEMBELAJARAN SPDPR 09 Sept 2021 Seramai 4 orang daripada 5 yang terpilih hadir ke sekolah menerima telefon pintar masing-masing pada tarikh ini. Pemberian telefon pintar adalah salah satu inisiatif kerajaan dalam memastikan tiada murid-murid sekolah yang keciciran dalam gaya pembelajaran dari rumah pada masa kini, Diharap dengan pemberian ini, murid-murid yang menerimanya akan bertambah semangat dalam meneruskan pembelajaran harian mereka. BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN MORAL SPM 2021 18 Sept 2021 Satu bengkel teknik mejawab telah diadakan walaupun masih dalam cuti sekolah. Bengkel ini adalah anjuran 2 panitia iaitu Panitia Pendidikan Moral SMK Kalumpang dan Panitia Pendidikan Moral SMK Serendah. Diadakan secara atas talian menggunakan medium Meet. Bengkel telah disampaikan dengan jayanya oleh Cikgu Ng Shiaw Theng dari SMK Kalumpang 23 Sept 2021 SMK Kalumpang selaku tuan rumah telah menjalankan Majlis Penutupan Pertandingan Kemahiran Bola Keranjang peringkat Daerah Hulu Selangor. Majlis dijalankan secara atas talian menggunakan medium Meet. Majlis telah disempurnakan penutupannya oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Puan Rozlina Binti Abdul Ghani.
TAHNIAH NUR SYAZA EZWINA 22 Sept 2021 Tahniah daripada warga sekolah kepada adik Nur Syaza Ezwina Binti Huzaini. Syaza Ezwina yang merupakan murid PPKI telah mendapat tempat Naib Johan peringkat Daerah Hulu Selangor dalam pertandingan TEPUK SORAK MASALAH PEMBELAJARAN kategori perempuan menengah. Tahniah sekali lagi kepada adik Nur Syaza dan juga kepada guru pembimbingnya Cikgu Anis. MESYUARAT KURIKULUM BILANGAN 3/2021 24 Sept 2021 CIKGU AHMAD ADZHARI BIN IDRIS DALAM KENANGAN 27 Sept 2021 Warga SMK Kalumpang dikejutkan pada pagi Ahad 27/09/21 apabila dimaklumkan Cikgu Ahmad Adzhari Bin Idris telah pulang ke rahmatullah. Allahyarham memulakan tugas beliau di SMK Kalumpang bermula 10 Nov 2020 . Semoga roh Allahyarham Cikgu Ahmad Adzhari Bin Idris dilimpahi rahmat, diterima segala amal ibadahnya, diampunkan segala dosa yang lalu dan ditempatkan bersama dengan orang² yang beriman dan beramal soleh… Warga sekolah pada malamnya mengadakan tahlil untuk Allahyarham. ۞ َ ِجعون ا َ ِه ر ْ ي َ ل ِ ـا إ َّ ن ِ إ َ ِ و اِلِل ه َّ ن ِ إ TAKLIMAT PEMBUKAAN SEKOLAH SECARA BERPERINGKAT MENGIKUT FASA PELAN PEMULIHAN NEGARA 01 Okt 2021 Pada tarikh ini jam 3.00 petang, tuan pengetua menyampaikan taklimat pembukaan sekolah yang akan dibuka secara berperingkat bermula Isnin 04 Oktober. Taklimat secara dalam talian (gmeet) ini menyasarkan guru-guru, ibu bapa, penjaga, polis, dan pekerja swasta. SEMOGA BAHAGIA DAN TERUS BERKEKALAN 30 Sept 2021 Sempena perkahwinan Puan Noraziah Binti Mokhtar dan pasangannya pada 16 Julai yang lalu , Kelab Guru dan Kakitangan baru sahaja dapat menyampaikan hadiah. MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 04-08 Okt 2021 Bidang Sains dan Matematik menganjurkan pelbagai pertandingan sempena minggu sains dan matematik pada tahun ini. Selari dengan pembelajaran atas talian, pertandingan-pertandingan yang dijalankan juga secara atas talian. Pertandingan-pertandingan yang dibuat adalah pertandingan "Tiktok Maths Challenges" , pertandingan poster "Sudoku Challenges", pertandingan Tiktok Challenges "Sains untuk Kesihatan" dan pertandingan Poster " Tumbuhan"
PEMBUKAAN SEKOLAH 04 Okt 2021 Sekolah mula dibuka pada hari ini setelah lama murid-murid belajar secara PDPR. Namun mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bermula hari ini hanya murid-murid tingkatan 5 dan PPKI sahaja yang datang sepenuhnya untuk belajar secara bersemuka. Sementara itu tingkatan-tingkatan lain akan datang secara penggiliran. Segala SOP telah ditetapkan dan akan dipatuhi oleh warga SMK Kalumpang. SUMBANGAN KHAIRAT 08 Okt 2021 Tabung sumbangan khairat kematian yang dilancarkan atas pemergian Allahyarham Cikgu Ahmad Adzhari Bin Idris berjaya mengumpulkan sebanyak RM 1380. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan Cikgu Mohamad Sani bin Samuri kepada balu Allahyarham. Terima kasih kepada yang menyumbang. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK KALUMPANG Tarikh: 9 Oktober 2021 Hari: Sabtu Masa: 10: 00 pagi Medium: Gmeet 8 Nov 2021 TAHNIAH ATAS KENAIKAN GRED DG54 (Bermula Januari 2021) Nov 2021 En. Shukri Salleh Hjh Roslina En. Kamal Pn.Zuraida Pn. Fadzillah En. Mohd Isa
TAMAN TERAPI JIWA PPKI Nov 2021 Berhadapan kelas PPKI, satu usaha dijalankan dalam mewujudkan sebuah taman. Taman yang diberi nama sebagai Taman Terapi Jiwa PPKI bermula minggu 11 Oktober 2021. Kos pembuatannya disumbangkan orang ramai. Pembuatannya dijalankan secara gotong royong oleh guru-guru, staf dan murid-murid PPKI sendiri selain dibantu oleh pengawal dan pekerja sekolah. KUNJUNG BANTU SIC+ 11 Nov 2021 NAIK TARAF BILIK SUKAN 12 Nov 2021
SUMBANGAN KHAIRAT 06 Dis 2021 Tabung sumbangan khairat kematian yang dilancarkan oleh Kelab Guru dan kakitangan atas pemergian ayah kepada salah seorang murid sekolah SMK Kalumpang adik Nor Fatin Nabila Bibti Razali berjaya mengumpulkan sebanyak RM480. Sumbangan disampaikan sendiri Tuan Pengetua Puan Norma Bt Mohd Saleh. Terima kasih kepada warga SMK Kalumpang yang menyumbang. MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG PROGRAM ENGLISH WEEK 2021 10 Dis 2021 Program English Week 2021 telah berlangsung pada 27 September hingga 01 Oktober yang lalu. Bertempat di Pusat Sumber Sekolah, majlis penyampaian hadiah diadakan. Hadiah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Puan Hajah Shamsidar Bt Mohd Nor dan Penolong Kanan Ko Kurikulum Puan Hajah Roslina Bt Che Ros. Tahniah kepada semua pemenang.