Volume 18 (Jan—Mac 2023) Penasihat: Encik Yusri Bin Yasin (Pengetua) Penulis: : Hamdan Bin Hj Muhd Idris BERITA UTAMA SALAM RAMADAN AL MUBARAK (24 Mac 2023 ) Ramadan tiba lagi. Kepada semua warga SMK Kalumpang beragama Islam, semoga kehadiran bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini dapat dihayati dengan amalan yang ikhlas keranaNYA. Bersamalah kita berdoa agar kita diberikan kekuatan untuk meningkatkan segala amalan kita dan semoga ianya diterima Allah SWT. SELAMAT BERSARA CIKGU AHMAD ROSLI B. ABD.RAHIM 17 Feb 2023 Setelah lebih 30 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, Cikgu Ahmad Rosli diraikan pada tarikh ini sempena majlis persaraan beliau. Berkhidmat lebih 20 tahun di SMK Kalumpang sebagai guru pendidikan seni, pasti terlalu banyak pengalaman dan kenangan yang tidak boleh dilupakan. Warga SMK Kalumpang merakamkan setinggi penghargaan atas jasa dan khidmat bakti beliau selama ini. Semoga menjalani kehidupan sebagai pesara dalam kesihatan yang baik. TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT 01 Mac 2023 Tahniah kepada Puan Hasnidar Bt Abdul Latif yang telah dinaikkan pangkat ke jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal murid ke SMK Kuala Kubu Bahru. Puan Hasnidar sebelum ini merupakan Guru Kanan Bahasa yang telah berkhidmat di SMK Kalumpang sejak Februari 2020. Selamat maju jaya kepada beliau dari seluruh warga SMK Kalumpang.
TAHNIAH PASUKAN OLIMPIK MUDA BOLA KERANJANG 4-5 Jan 2023 Pasukan olimpik muda bola keranjang SMK Kalumpang telah menghantar wakil pasukan lelaki dan perempuan ke kejohanan dan telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan Daerah Hulu Selangor. Tahniah kepada pasukan lelaki dan perempuan di bawah kendalian jurulatih Cikgu Chai Kau Choon dan pengurus pasukan cikgu Ng Shiaw Teng. Keputusan adalah seperti berikut : Pasukan Lelaki :Johan Dribble : Wong Ka Heng (1 RBT 2) , tempat Ketiga Lay Up : Wong Mun Fai (1 RBT 1) , tempat Ketiga Shooting : Ng Wei Yang (2 ASK) dan Lee Xing Chi (1 RBT 1) , naib Johan 3 on 3 : Pasukan lelaki SMK KALUMPANG ( Wong Ka Heng, Wong Mun Fai, Ng Wei Yang, Lee Xing Chi) Pasukan Perempuan : Johan Dribble : Lok Zhi Yu (2 ASK) , Johan Lay Up : Low Qiao Yao (2 ASK) , Johan Shooting : Liew Kay Xuen (2 RBT 1) dan Wong Pei Shi (1 RBT 2) , Johan 3 on 3 : Pasukan perempuan SMK KALUMPANG ( Low Qiao Yao, Lok Zhi Yu, Liew Kay Xuen, Wong Pei Shi) Pen. Kanan Kokurikulum Encik Jamshari Daud telah menerima Piala Pusingan bagi pihak sekolah. Tahniah sekali lagi. TAKLIMAT 2Q (QUALITY & QUANTITY) O6 Jan 2023 LAWATAN TAPAK KELAS HIBRID 1O Jan 2023 Sekolah pada hari ini telah dikunjungi oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pelajaran Hulu Selangor. Turut menyertai lawatan adalah wakil pihak syarikat yang akan memasang peralatan di kelas-kelas hibrid terpilih.
PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU 13 Jan 2023 Program khas ini khusus untuk murid-murid tingkatan 5 yang akan menghadapi SPM. Program diadakan di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang selama 2 hari 1 malam. Antara tentatif yang dijalankan adalah teknik menjawab soalan mata pelajaran teras dan motivasi diri. Semoga usaha pihak sekolah ini akan memberikan semangat dan persediaan mendalam kepada murid-murid menghadapi SPM. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Amran bin Sakir Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam. HAPPY CHINESE NEW YEAR 2023 22 Jan 2023 PEMBERIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 2023 26 Jan 2023 PEMASANGAN PERALATAN KELAS HIBRID 26-27 Jan 2023 BENGKEL PERANAN GURU KELAS DALAM MODUL INSTITUSI MOIES 30 Jan 2023
TAHNIAH ADIK JIVITHA 02 Feb 2023 Padca majlis penghargaan Murid Berkeperluan Khas (MBPK) di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor, adik Jivitha A/P Kolanthaval telah berjaya mendapat tempat ke-3 Deklamasi Sajak E-Mahabbah 2022. Tahniah kepada Jivitha dan guru pembimbing Cikgu Zaihasrah Anis. MESYUARAT KURIKULUM BIL 4 2022/23 02 Feb 2023 MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 5 10 Feb 2023 Dirasmikan oleh Datuk Hajah Rosni Bt Sohar ADUN Hulu Bernam MAJLIS RESTU ILMU SPM 09 Feb 2023
PROGRAM BACK TO BASIC MATEMATIK 13 Feb 2023 Anjuran UPSI dengan sasaran murid-murid tingkatan 2 SANTAI BERSAMA CIKGU ROSLI 14 Feb 2023 Bertempat di restoran D’Floyd Kelab Guru dan Kakitangan mengadakan jamuan perpisahan sempena persaraan Cikgu Rosli. Majlis berkonsepkan santai ini berjalan dalam suasana ceria. MESYUARAT HEM & KOKURIKULUM BIL 4 2022/23 15 Feb 2023 BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT SPM 17 Feb 2023 SPM BERTULIS BERMULA 20 Feb—15 Mac 2023 Semoga segala yang diusahakan akan membuahkan keputusan yang terbaik bagi semua calon SPM 2022 SMK Kalumpang.
TERIMA KASIH ATAS JASA YANG DICURAHKAN DAN SELAMAT MAJU JAYA Bermulanya sesi persekolahan 2023/24, SMK Kalumpang kehilangan 3 orang guru yang berpindah ke sekolah baru. Guru-guru tersebut adalah Encik Rozi B. Mahmood, Puan Khaliesah Bt Kamarulzaman dan Encik Norselin B Abd Wahab. Encik Rozi bertugas di SMK Bandar Baru Batang Kali, Puan Khaliesah ke SMK Bukit Rahman Putra Rawang dan Encik Norselin pula ke SMK Kampung Soehato. Selamat maju jaya kepada mereka bertiga, PENDAFTARAN MURID TINGKATAN SATU 2023/24 17 Feb 2023 Selamat datang kepada murid-murid tingkatan satu yang mendaftar ke SMK Kalumpang. Selamat datang ke sekolah menengah. 21 Mac 2023 Sesi persekolahan 2023/24 telah bermula. Pada minggu pertama di seluruh negara setiap sekolah akan mengadakan Program Sekolahku Seronok. Isnin hingga Jumaat akan dihiasi dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bagi membangkitkan semangat murid-murid belajar yang akan bermula pada minggu berikutnya.
SELAMAT DATANG KE SMK KALUMPANG 27 Mac 2023 Awal persekolahan sesi 2023/24 ini SMK Kalumpang menerima dua orang guru baharu. Pertama adalah Encik Shahrin Bin Samsul Bhari yang sebelum ini berkhidmat di SMK Bandar Baru Batang Kali. Pengkhususan beliau adalah Pendidikan Seni. Encik Mutlain Bin Mohd Fakhrul pula datang sebagai kaunselor dari SMK Soeharto menggantikan Encik Norelin B Abd Wahab yang berpindah. Selamat datang kepada keduanya dari seluruh warga SMK Kalumpang. HADIAH KELAHIRAN CAHAYA MATA 14 Jan 2022 Tahniah kepada Cikgu Halimah Bt Anuar dan Puan Noraziah Bt Mokhtar atas kelahiran cahaya mata masing-masing. Semoga membesar menjadi anak solehah dan membahagiakan ibu bapanya. Tuan Pengetua telah menyampaikan hadiah bagi pihak kelab guru dan kakitangan SMK kalumpang. SUMBANGAN KEMATIAN 27 Mac 2022 Kutipan derma yang telah dilancarkan oleh Kelab Guru dan kakitangan bagi Cikgu Ng Shiaw Teng yang kematian ayah tercinta pada 13 Mac yng lalu.. Semoga beliau tabah dan takziah dari kami warga SMK Kalumpang. LAWATAN KE MYSKILL 29 Mac 2023 Satu lawatan oleh semua guru ke Myskill pada petang Rabu 29 Mc 2023. MySkill Foundation adalah badan organisati non profit yang memberi bantuan dari segi pendidikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Bantuan yang diberikan adalah dari segi kelas-kelas kemahiran SKM tahap 1 hingga 3. Atas usaha Tuan Pengetua ini jalinan antara sekolah dan Myskill Foundation ini diharap dapat membuka ruang kerjasama yang lebih luas melalui bidang-bidang yang difikirkan sesuai kelak.
GURU-GURU PRAKTIKAL UPSI MUHAMMAD SYAZWAN BIN JOHAN PEND. JASMANI SITI SHARMIZAH BT RIPA @ABDUL HARIE PEND. JASMANI NUR ZULFAH SYAFIEQAH BT ZAWAHID PEND. JASMANI ALISTAIR ENGKILAN ANAK ANTHONY MORAL/SIVIK ATHIRAH NAZIFA BINTI NAWI TEK. MAKLUMAT (27/03/23 - 27/05/23) AWANG SYAFIQ BIN AWANG RAMLIE MULTIMEDIA/SEJ MUHD AZIZUDDIN B MUHD AKBAR SAINS PERTANIAN JAMILAH ANAK ABDUL TEK. MAKLUMAT LEE KHA PHANG BAHASA INGGERIS MUHD HAMIZAN B MUHD ZABRI SEJARAH/ BM KONG SU FONG BAHASA CINA MUHD MUSTAQIM BIN A. AZIZ B.MELAYU/JAWI RUZAINI IZZATI BT ROZAIMI PEND.KHAS SITI NUR SUHADA BT AZMI PEND.KHAS MUHD SYARIFUDDIN BIN ABD RAZAK FIZIK/MATEMATIK NURULHIDAYAH BAHIYAH RAHMAT SENI SITI FAIRUZ BT RUSLAN PEND. JASMANI NUR FARAH KARTINI BT ABDULLAH MULTIMEDIA/SEJ NELVANIUS BIN JINUS MATEMATIK KLORINAH SANTI HENRY SASTERA/BM
(27/03/23 - 27/05/23) GURU-GURU PRAKTIKAL UPSI MUHAMMAD FARIS B. KHAIRUDDIN KAUNSELING ANIS ATHIRAH BINTI OSMAN KAUNSELING SITI SOLEHAH BINTI ZAINAL KAUINNSELING (29/03/23 - 16/07/23) LIS SHOLIHAH BINTI BAHARUDDIN EKONOMI RUMAH TANGGA (27/03/23 - 14/04/23) MONICA SURA ANAK BARANG BIOLOGI/MATE NOR SHAKIRAH BINTI SAFARI KAUNSELING COLWIN ANAK COLLIN MORAL/SIVIK CORNELIA ANTING BAHASA INGGERIS