Volume 17 (Okt -Disember 2022) Penasihat: Encik Yusri Bin Yasin (Pengetua) Penulis: : Hamdan Bin Hj Muhd Idris BERITA UTAMA SELAMAT DATANG TUAN PENGETUA (25 Okt 2022 ) Warga SMK Kalumpang mengucapkan selamat datang kepada Tuan Pengetua yang baharu Encik Yusri Bin Yasin. Beliau sebelum ini merupakan Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Gedangsa. Seorang yang sarat dengan pengalaman dan pengetahuan sama ada di peringkat daerah mahupun negeri. Beliau adalah anak jati Kalumpang dan ini merupakan satu kelebihan di mana pastinya beliau tahu segalanya tentang Kalumpang seterusnya akan berusaha bagi meningkatkan lagi pencapaian SMK Kalumpang ke tahap tertinggi. TERIMA KASIH DAUN KELADI 22 Okt 2022 Tidak sampai setahun menjawat jawatan sebagai Pengetua SMK Kalumpang, Puan Norma Bt Mohd Saleh kini kembali ke Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor. Beliau kini menjawat jawatan sebagai SIP+. SIP+ adalah jawatan sebagai seorang pembimbing kepada pihak pengurusan untuk meningkatkan kualiti pentadbiran di sekolah yang ingin ditingkatkan prestasinya. Mula menjawat jawatan sebagai Pengetua SMK Kalumpang pada 8 Disember 2021. Terima kasih atas sumbangan yang telah beliau curahkan di SMK Kalumpang walaupun tidak sampai setahun namun banyak perubahan yang telah beliau lakukan di SMK Kalumpang. Selamat maju jaya kepada beliau. SELAMAT DATANG PENOLONG KANAN KOKU 05 Dis 2022 Warga SMK Kalumpang mengucapkan selamat datang kepada Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu Encik Jamsari Bin Mohd Daud. Encik Jamsari sebelum ini adalah GKMP Teknik Vokasional SMK Gedangsa. TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT & SELAMAT BERHIJRAH 09 Dis 2022 Puan Hajah Roslina Che Ros berhijrah ke SMK Soeharto dan menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Terima kasih atas semua jasa beliau semasa di SEMEKA. Warga SMK Kalumpang mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.
KEJOHANAN PETANQUE REMAJA NEGERI SELANGOR 03-06 Okt 2022 SMK Kalumpang telah menghantar wakil pasukan lelaki dan perempuan ke kejohanan Petanque Remaja Negeri Selangor bertempat di Sekolah Menengah Agama Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam. Dalam pertandingan itu pasukan perempuan telah berjaya merangkul JOHAN keseluruhan daripada 80 pasukan yang bertanding. Pencapaian yang sangat membanggakan. Pasukan lelaki pula telah berjaya menjadi Naib Johan Divisyen 2. Tahniah keapda semua murid yang mewakili SMK Kalumpang dan setinggi tahniah juga kepada Jurulatih hebat Puan Noor Jannah Bt Abd Malik. CIKGU BATAMALAR A/L KONDIAH DALAM KENANGAN O3 Okt 2022 Petang 3 Okt 2022 warga SMK Kalumpang dikejutkan dengan berita sedih di mana Cikgu Batamalar telah meninggal dunia. Beliau mendapat sesak nafas ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu. Seorang guru yang sangat mesra dan disenangi oleh semua warga sekolah serta sangat berdedikasi terhadap tugas beliau sebagai guru. Takziah dari warga sekolah kepada keluarga mendiang. SUMBANGAN PENAMBAHBAIKAN SURAU 06 Okt 2022 Sumbangan sebanyak 34 ribu telah diperoleh daripada Majlis Agama Islam Negeri Selangor kepada pihak sekolah bagi tujuan penambahbaikan surau. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam yang telah berjaya dalam permohonannya. Sehingga kini proses penambahbaikan sedang giat dijalankan. Keseluruhan proses dijangka selesai pada akhir Disember 2022. MAJLIS PELANCARAN MINGGU BAHASA 03 Okt 2022 Dirasmikan oleh Tuan Pengetua di tapak perhimpunan. Pada minggu bahasa ini seperti kebiasaannya banyak sekali aktiviti dijalankan khusus untuk semua murid.
SUMBANGAN KEPADA WARIS MENDIANG CIKGU BATAMALAR 13 Okt 2022 Kutipan derma yang telah dilancarkan oleh Kelab Guru dan kakitangan bagi waris Cikgu Batamalar sebelum ini telah diberikan kepada anak mendiang. Derma telah disampaikan oleh Puan Hajah Shamsidar sebagai wakil pihak sekolah. SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 1444H PERINGKAT SEKOLAH 14 Okt 2022 Sambutan pada tahun ini turut disertai oleh wakil PIBG. Dimulakan dengan bacaan doa di tapak perhimpunan. Sejurus itu warga SMK Kalumpang beragama Islam menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul 1436 Hijrah dengan acara perarakan sambal berselawat disamping memperingati pengorbanan Nabi Muhammad SAW dalam memperjuangkan Islam. Tamat perarakan ceramah Maulidur Rasul telah diadakan di dewan sekolah. ENCIK ZAINAL ABIDIN DALAM KENANGAN O6 Okt 2022 Sekali lagi dalam minggu yang sama warga SMK Kalumpang dikejutkan pula dengan berita sedih pemergian ke rahmatullah pengawal keselamatan sekolah Encik Zainal Abidin semasa dirawat di Pusat Kesihatan Kalumpang. Kesungguhan Allahyarham dalam menjalankan tugas pastinya akan sangat diingati. Takziah dari warga sekolah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dilimpahi rahmat, diterima segala amal ibadahnya, diampunkan segala dosa yang lalu dan ditempatkan bersama dengan orang² yang beriman dan beramal soleh…
MAJLIS BINGKISAN KASIH SANJUNGAN BUDI 19 Okt 2022 Satu majlis ringkas diadakan pada hari ini bagi meraikan Puan Norma Bt Mohd Saleh yang bertukar ke Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor. Puan Norma dalam ucapan ringkasnya antara lain berdoa agar SMK Kalumpang akan bertambah cemerlang di bawah kepimpinan baru. HARI SUKAN NEGARA 19 Okt 2022 Hari sukan negara peringkat SMK Kalumpang dimulakan dengan aktiviti senam robik bagi semua warganya. Banyak lagi aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangannya. Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa KoKurikulum yang terlibat SUMBANGAN KEPADA WARIS ALLAHYARHAM ENCIK ZAINAL ABIDIN 19 Okt 2022 Kutipan derma yang telah dilancarkan oleh Kelab Guru dan kakitangan (KGKT) bagi waris Allahyarham Encik Zainal Abidin sebelum ini telah diserahkan kepada balu Allahyarham. Derma telah disampaikan oleh Encik Mohd Sani Samuri selaku Pengerusi KGKT BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN 1 Nov 2022 Subjek yang terlibat adalah Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. TAHNIAH KOPERASI SMK KALUMPANG 18 Okt 2022 Koperasi SMK Kalumpang telah terpilih untuk menerima sijil Penghargaan dan Plaque kembara sempena 100 Tahun Gerakan Koperasi di Malaysia. Di daerah Hulu Selangor hanya dua buah sekolah sahaja yang terpilih untuk menerima plaque ni, iaitu SMK Kalumpang dan SMK Ampang pecah. Tahniah kepada pengurusan koperasi SEMEKA.
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SEJARAH 4 Nov 2022 Bengkel yang dikendalikan oleh SISC+ Pn Hafizah dan Tuan Mahmud Timb. PPD Akademik 07 NOV—08 DISEMBER KARNIVAL TUNAS MINI OLIMPIK (KATMO) 22 Nov 2022 Venue : Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris Keputusan : Nur Damia Najiha Bt. M.Afifi - 4 Akaun Johan Lontar Peluru dan Merejam lembing P16 M.Harith Aqil B. Hisham -2 ASK Ketiga Lontar Peluru L14 PROGRAM GREEN WHERE ARE YOU 30 Nov 2022 Jaringan dan Jalinan di antara panitia Geografi SMK Kalumpang dan Universiti Pendidikan Sultan Idris Tg Malim HARI INTERAKSI SEMEKA 28 Okt 2022 Hari interkasi diadakan dengan tujuan mengadakan perjumpaan antara guru, waris dan pelajar dalam mengenalpasti masalah pelajar dan mencapai kata sepakat serta sokongan daripada ibu bapa demi menjana kecemerlangan pelajar dan sekolah . PROGRAM JATI DIRI PELAJAR (Bimbingan dan Kaunseling & UPSI) 02 Dis 2022
PROGRAM TEKNOLOGI HIJAU 02 Dis 2022 Beberapa orang murid SEMEKA telah menyertai Program Teknologi Hijau Negeri Selangor peringkat Mukim Kalumpang. Pihak sekolah telah menerima sijil penghargaan atas penyertaan. Syabas kepda mereka yang terlibat mewakili sekolah. Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. TAHNIAH ATAS KENAIKAN GRED DG54 03 Dis 2022 Tahniah kepada Puan Hajah Shamsida Bt Mohd Noor (Penolong Kanan Pentadbirn) atas kenaikan ke gred DG 54 PROGRAM MATEMATIK CARA MUDAH 06 Dis 2022 Anjuran Yayasan Pembangunan Pendidikan Malaysia (YPPM) PROGRAM INTENSIF SEJARAH SPM 07 Dis 2022 KELAS TAMBAHAN TINGKATAN 5 12—15 dis 2022 Terima kasih kepada guru-guru yang sanggup hadir bagi membuat kelas tambahan bagi murid-murid tingkatan 5 di waktu cuti persekolahan.
GURU-GURU PRAKTIKAL UPSI NUR HAZIRAH BT SUDIN Pengajian Malaysia (11/10 -2/12/22) WAN MUHD KHAIRUL NIZAM B WAN RAPAIEE (11/10 - 10/12/22) SYAZWANI BT YAHYA Pengajian Malaysia (11/10 - 02/12/22) MUHD HAZIQ BIN ROSLAN RBT (11/10 - 02/12/22) SITI FARHANA IZZATI BT SHARI (11/10 - 02/12/22) MUHAMAD SYAMIN BIN CHE SULAIMAN (11/10 - 10/12/22) NUR AFIQAH AJMAL BT JAMALUDDIN SEKITAR PENAMBAHBAIKAN SURAU (Setakat 23 Dis 2022)