The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rhafsah, 2020-03-30 09:29:21

Asas jahitan

asas jahitan

Keywords: jahitan

ALATAN JAHITAN ASAS

Terdiri daripada :

❖ alat mengukur dan menanda seperti pita ukur, kayu
ukur, tolok ukur, roda surih dan kertas karbon

❖ alat memotong seperti gunting fabrik, gunting
benang, gunting sulam, gunting bergerigi dan
gunting lubang butang.

❖ Alat menjahit seperti jarum dan benang.

❖ Alat menekan seperti seterika, bod seterika dan kain
lembap

ALAT MENGUKUR DAN MENANDA

Pita ukur
• Panjang pita ukur yang biasa ialah 150cm
• Gunakan pita ukur yang berkualiti, iaitu tidak mudah

memeri dan berbulu.
• Pilih pita ukur yang bertada dengan terang dan berlogam

pada kedua-dua hujungnya.

GUNTING FABRIK

• Gunakan gunting yang diperbuat daripada kekuli berkilat
• Panjang gunting hendaklah tidak kurang daripada 20 cm dan

bermata tajam.
• Gunakannya untuk mengunting fabrik sahaja.
• Kesat mata gunting supaya bersih dan kering sebelum

simpan.

RODA SURIH

Roda surih digunakan bersama-sama kertas
karbon untuk menanda garisan-garisan pola
pada selapisan fabrik atau lebih.

PEMBARIS

• Kayu ukur diperbuat daripada kayu atau plastik.
• Kayu ukur didapati dalam ukuran panjang 100cm.
• Ada beberapa jenis kayu ukur iaitu kayu Siku-Siku, kayu

pembentuk

KAPUR TANDA

• Kapur tanda digunakan untuk menandakan tanda-tanda
pola pada fabrik buat sementara.

• Tanda-tanda ini akan tertanggal apabila fabrik dicuci.
• Kapur tanda boleh didapati dalam pelbagai warna seperti

putih, hitam, merah, biru dan kuning. Ia berukuran 6cm
serta berbentuk tiga atau empat segi.

JARUM JAHITAN TANGAN

• Saiz jarum ditentukan mengikut nombornya. Jarum yang
kasar bernombor besar.

• Jarum bernombor 7 – 9 digunakan untuk jahitan tangan
biasa.

• Simpan jarum di dalam kertas pembungkusnya atau
didalam kotak jarum.

PENETAS JAHITAN

• Digunakan untuk menanggalkan benang jelujur atau
menetaskan jahitan.

• Selepas digunakan mata penetas harus disarungkan
dengan penutup semula untuk mengelakkan sebarang
kemalangan.

JIDAL

• Jidal digunakan untuk menutup atau melindungi jari
hantu semasa menjahit dengan tangan

• Jidal diperbuat daripada keluli atau plastik

BENANG JAHIT

• Pilih benang yang sesuai dengan fabrik yang hendak dijahit.
• Gunakan benang nombor 40 atau 50 untuk jahitan biasa dan

nombor 70 untuk fabrik halus.

JARUM PEN ITI

•• Jarum peniti yang baik adalah jarum yang :
- halus
- tajam
- dibuat daripada keluli berkilat

• Jarum peniti digunakan untuk menyemat pola kertas dan
• lapisan fabrik untuk menetapkan kedudukannya.


Click to View FlipBook Version