The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AKU TERIMA NIKAHNYA
#PutusSudahKasihSayang

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norazainal82, 2020-11-27 10:37:41

PERCERAIAN DI USIA MUDA

AKU TERIMA NIKAHNYA
#PutusSudahKasihSayang

PERCERAIAN DI USIA MUDA
Aku Terima Nikahnya

#Putus Sudah Kasih Sayang

Dengan Kerjasama :

Kata-kata Aluan

YB Puan Dr Siti Mariah binti Mahmud
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam,
Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga
Negeri Selangor

Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Bismillahirrahmanirahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Tujuan Akademi Kepimpinan Wanita diadakan berdasarkan maklumat ke-4 Dasar Wanita Selangor
2017-2020. Kita sasarkan pencapaian 30% dalam masa 5 tahun. Peranan wanita tidak seharusnya
dipandang sepi terutamanya kebolehan generasi muda untuk memimpin. Perkara yang lebih
mustahak adalah kita terus memberdaya wanita muda untuk bergerak lebih jauh ke hadapan.

Untuk itu, pihak Akademi Kepimpinan Wanita telah menggariskan suatu kerja lapangan sebagai
platform berorganisasi untuk menghadapi cabaran berhadapan dengan realiti berada di sisi
masyarakat.

Saya ingin merakamkan ucapan Syabas dan Tahniah kepada Kumpuan Diamond di atas inisiatif
yang amat komited untuk mengupas topik Perceraian Di Usia Muda dengan pemilihan Tajuk ‘Aku
Terima Nikahnya, #PutusSudahKasihSayang’.

Seperti yang kita semua sedia maklum, kes penceraian di Selangor, terutamanya kepada pasangan
muda, apatah lagi di musim pandemic Covid19 ini sudah mula meningkat dan membimbangkan
semua pihak.Di dalam konteks isu penceraian sebegini, khasnya di kalangan pasangan muda,
tanggungjawab bagi menangani isu yang boleh meruntuhkan institusi keluarga tidak kira umur,
agama dan bangsa ini, seharusnya dipandang serius oleh semua pihak.

Inisiatif Kumpulan Diamond yang mengorak langkah berani dan positif menganjurkan program
berinformasi, kondusif dan berilmiah secara dalam talian ini pastinya akan membangkitkan
kesedaran secara keseluruhan dan semoga ianya dimanfaatkan di pelbagai medium kelak.

Tahniah sekali lagi diucapkan. Sokongan moral dan kerjasama daripada semua pihak pasti akan
memberikan impak yang besar di dalam merealisasikan Program Kerja Lapangan oleh para pelajar
Akademi Kepimpinan Wanita mengexplorasi setiap topik yang dipilih.

Sekian. Terima kasih.

Dr Siti Mariah Mahmud

Pn Noorzaimah Zainal Abidin
Pengarah Program

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh
Selamat Sejahtera,

Bersyukur kita kepada Allah kerana berhasil sudah kerja lapangan yang telah ditetapkam untuk pelajar
Akedemi Kepimpinan Wanita (AKW) yang hari ini telah terukir dalam lipatan sejarah peribadi bagi semua
ahli-ahli Kumpulan Diamond . semestinya kursus yang dihadiri oleh semua keseluruhan pimpinan akar
umbi wanita-wanita terpilih dari seluruh pelusuk Negeri dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor
pimpinan YAB Menteri Besar dan YB. Dr. Mariah selaku EXCO Kerajaan Negeri. Akademi Pimpinan Wanita
(AKW) sesi 2018/2020, yakni pelajar pengambilan sulong ini, sedang dalam proses akhir bagi menamatkan
kursus kepimpinan dan kini tiba masanya bagi memperlengkapkan kursus ini kami semua mengembeling
tenaga mempersiapkan projek yang dipertanggungjawabkan. Pada kesempatan ini, terlebih dahulu saya
ingin merakamkan ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat
kerana ketika ini projek yang dimaksudkan dilaksanakan. Projek ini semestinya tidak akan dapat
direalisasikan jika tiada sokongan daripada semua pihak yang sudi memberikan kerjasama serta komitmen
yang tidak berbelah terhadap projek ini.Di Panjangkan juga penghargaan Terima kasih kepada pengurusan
dan sekretariat AKW .

Kumpulan Diamond memilih tajuk `Aku Terima Nikahnya – Putus Sudah Kasih Sayang’. Pemilihan tajuk ini
bukanlah dibuat secara sambarono sahaja malah tajuk ini merupakan suatu scenario nyata yang dihadapi
oleh masyarakat Islam dalam Negeri Selangor. Indeks bagi angka penceraian ini menunjukkkan bagaikan
tiada suatu tindakan bagi menangani isu yang begitu membimbangkan. Runtuhnya Institusi Keluargaan ini
khususnya didalam Negeri Selangor perlu diperbincangkan malah ditangani bersama. Besarlah harapan
saya malah impian semua anggota-anggota Kumpulan Diamond agar program yang dirancang ini akan
mampu memberi manfaat kepada semua pihak dan meningkatkan kesedaran terhadap peri pentingnya
isu-isu keruntuhan nilai-nilai murni dalam rumahtangga seterusnya membawa kepada keruntuhan institusi
keluarga Islam memberi impak negative kepada masyarakat lain diluar sana, malah ianya akan
membantutkan dari aspek pembangunan ekonomi keluarga Islam yang dirangka oleh semua pihak dalam
Kerajaan.

“Sedangkan lidah lagi tergigit” memetik sebaris lagu yang di popularkan Oleh Allahyarham Seniman Agung
ini mengakhiri kata kata saya selaku pengarah program, bait bait kata dari rangkap lagu ini sememangnya
bukan sahaja terkait dialam rumahtangga malah terkait juga dalam organisasi. Saya ingin juga mengambil
kesempatan memohon ribuan ampun dan maaf diatas kekhilafan sepanjang megemudi program ini.

norazainal

AKADEMI KEPIMPINAN WANITA

Program intensif Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan,
Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Selangor untuk memantapkan
kemahiran dan bertindak sebgai ‘talent pipeline’ bagi melahirkan lebih ramai
pemimpin wanita dalam lapangan politik dan kerja social

Misi

1. Peserta yang bergraduasi daripada Akademi kepimpinan wanita bakal
mempunyai kemahiran dan kecekapan untuk menerajui mana-mana
organisasi/parti politik

2. 30% daripada peserta lepasan akademi kepimpinan wanita memegang
jawatan kepimpinan dalam tempoh 5-10 tahun akan dating

3. 10% daripada peserta lepasan akademi kepimpinan wanita mampu
tercalon untuk mengisi jawatan kepimpinan parti/organisasi penting di
Selangor

MATLAMAT KUMPULAN

MISI
Membina dan memperkasa wanita berteraskan
penyelidikan dan akademik untuk meningkatkan

tahap kepimpinan wanita
di peringkat pengurusan tertinggi

VISI
Ke arah memartabatkan wanita
sebagai pemangkin pembangunan negara dan bangsa
di peringkat kepimpinan komuniti

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

SESI MASA ATURCARA fb LIVE
1
2 1.55 petang PERKARA
3 2.00 petang Video Teaser (Lagu Aizat – Sampai Ke Hari Tua)
2.05 petang Ucapan Aluan dan Pengenalan Panelis
4 2.10 petang Ucapan Alu-aluan YB Dr Siti Mariah Mahmud
2.15 petang Video Mangsa & Statistics
5 Fenomena Penceraian o Transformasi Pemikiran

Panelis 1 Dr Robiah K.Hamzah
Panelis 2 Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

2.30 petang Punca-Punca Masalah Penceraian
o Ego Lelaki vs Feminin Wanita

Panelis 1 Dr Robiah K.Hamzah
Panelis 2 Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

2.45 petang Bagaimana Menangani Masalah Penceraian
o Akad `Aku Terima Nikahnya'

o `Best Friend Forever'
o Kembali Bercinta - Cipta `Masa Bersama’

Panelis 1 Dr Robiah K.Hamzah
Panelis 2 Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

3.15 petang Soalan Sesi Soal Jawab (Q&A)
Facebook Live

3.45 petang Soalan 1
3.50 petang Soalan 2
Soalan 3

Penggulungan Panelis 1
Dr Robiah K.Hamzah
Penggulungan Penalis 2
Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

3.55 petang Penutup Moderator Raja Norhasniza Raja Ibrahim

Tempat : Tingkat 3, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
Jam : 2.00 – 4.00 petang
Platform : https://www.facebook.com/AKWDiamondGroup/
https://www.facebook.com/groups/1056926648087053/?ref=share
Platform Panelis:
https://www.facebook.com/pages/category/Writer/Dr-Robiah-K-Hamzah-
252234744812479/

https://www.facebook.com/ustazahisfadiah/

BIODATA PANELIS 1

DR.ROBIAH K.HAMZAH

JAWATAN

Pengarah Urusan dan Perunding
Utama RKH Motivation & Services
Pakar Motivasi dan Kaunselor
Keluarga

PENDIDIKAN

Kampung Senin, Layang - Layang
Kanan, Perak

Sekolah Rendah & Menengah

Perguruan di MPIK Cheras , Kuala
Lumpur

Latihan dan Sijil Perguruan

Universiti Malaya Ijazah Pertama
(B.A. Hons) Sarjana (M.Ed.)

Universiti Kebangsaan Malaysia
Doktor Falsafah (Ph.D)

PENGALAMAN BEKERJA

Pernah mengajar di 4 buah sekolah
dan Pensyarah di 4 buah Maktab
Perguruan

Pensyarah Sambilan di 4 buah
Universiti

Universiti Malaya (UM), Universiti
Putra Malaysia (UPM), Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Open
University Malaysia (OUM)

PENGLIBATAN DAN SUMBANGAN DR.ROBIAH

Terlatih dan diiktiraf sebagai Jurulatih Belia Negara di peringkat kebangsaan & antarabangsa
(International Training of Trainer in Youth Work).

Pembimbing Rakan Sekerja Kementerian Pendidikan.

Terlibat aktif dalam NGO:

• Antarabangsa: Bekas Presiden Persatuan Wanita Islam Antarabangsa (IMWU)
• Kebangsaan: Exco Kebangsaan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Exco Kebangsaan
Majlis Belia Malaysia (MBM) dan NYDP Kesatuan Pelajar Melayu Selangor (KPPMS).

Wakil Malaysia sebagai Pemimpin Belia ke Jepun, India, Singapura& Thailand

Pensyarah Jemputan Pakar Bahasa di Regional Language Centre(RELC) Singapura

Speaker jemputan di Jakarta dan Brunei Darul Salam, di Michigan State University di East Lansing
Michigan & di Malaysian Student Department (MSD) di Chicago USA.

PENGALAMAN PROFESSIONAL

Berpengalaman mengendalikan ratusan kursus, bengkel dan penceramah seminar dan kursus:

• Melatih Jurulatih (Training for Trainers)

• Keterampilan Pekerja Berkualiti, Team Building, Kursus Pra- Persaraan,

• Membimbing Remaja bertaqwa,

• Dalam bidang Komunikasi Berkesan, Pengurusan Masa, Keterampilan Diri Berkualiti,

• Motivasi Pelajar, Pekerja dan Organisasi,

• Kepimpinan, Keibubapaan, Pendidikan Remaja,

• Kemahiran Belajar, Kemahiran Mengurus IQ, EQ dan SQ, Kemahiran Berbahasa Melayu,
Pendidikan Nilai dan Etika Profesional serta Kursus Bahasa Melayu Untuk Orang Asing.

Bengkel dan kursus pernah dikendalikan kepada:
• Pensyarah Maktab dan Universiti, Guru Sekolah, Pegawai Jabatan Pendidikan Pengetua-pengetua
sekolah

• Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Perdana Menteri (ICU, MAMPU), Kementerian Sumber
Manusia, Kementerian Pertanian&

Industri Asas Tani, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

(FAMA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Kementerian Pertahanan, Kementerian
Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan, Bahagian Pendidikan Guru, Jabatan Perangakaan Negara,
Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Peguam Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pelancongan, Kementerian Belia dan Sukan, LembagaIkan Malaysia, Arkib Negara, KWSP

• Jabatan Peringkat Negeri & Badan berkanun seperti Akademi Pencegah Rasuah, INTAN, IKIM,
ILDAS, JAIS, JAKIM, MAIS-PPZ, MAIWP, MAIPP, Majlis Bandaraya (DBKL, MBSA, MBPJ)

• Tentera & Polis seperti Institusi Kejuruteraan Tentera Darat, Pengkalan TLDM Tanggung Pengelih
& TLDM Lumut, IPD Kajang, IPD Petaling Jaya, Pusat Kor Ordinan Diraja Jalan Ipoh,

• Badan-badan Swasta seperti PETRONAS Gas & Carigali, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional
Berhad (TNB), iCIMB Malaysia Sdn. Bhd., Tabung Haji Berhad, Malaysian Palm Oil Berhad (MPOB),
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), EON, AVON Malaysia, NUTRIMETICS
Malaysia, Proton, Public Bank, Bank Pertanian, MAS, Motorola Freescale, NICOM STEEL, AXA AFFIM Life
Insurance,

• Badan sukarela seperti PERKIM (Cawangan Selangor, Kuala Lumpur & Johor), IMWU, Majlis Belia
Malaysia (MBM), IKRAM, Pertubuhan Wanita seperti Pejabat Pembangunan Wanita Selangor, Perak,
Pulau Pinang & Sarawak, Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah dan PUSPANITA.

• Universiti Tempatan IPTA dan IPTS, UiTM, Kolej-kolej Matrikulasi, MRSM, Politeknik, dan Sekolah
Berasrama Penuh, Yayasan Pahang, Yayasan Guru Berhad (PTK),

• Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Sungai Buloh, Pejabat Kesihatan Daerah
Hulu Langat, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan lain-lain agensi tempatan di bawah naungan
Syarikat RKH Motivation & Services selaku Perunding Utama.

Sering menjadi tetamu di TV1, TV3, TV Al-Hijrah dan ASTRO Oasis, dalam rancangan seperti Wanita
Hari Ini, Tanyalah Ustazah, Assalamualaikum, Himpunan Murabbi, Semanis Kurma, Primadona, Selamat
Pagi Malaysia, Nasi Lemak Kopi O, Wanita Hari Ini, Femina, Bersama Anita, MotivasiPagi, Forum
Perdana Pusat Islam, Jendela Pagi, Remaja Anak Malaysia, Prisma, Bincang- bincang, Sketsa, Minda
Wanita, Siri Fikir-fikir JAKIM, Forum Perdana Hal Ehwal Islam JAKIM dan banyak lagi.

Jawatan terpanas realiti show di TV Astro Oasis ialah Mudirah Ustazah Pilihan 2011. Menjadi juri
jemputanuntuk program Mimbar Pencetus Ummah 1 & 2, juga merupakan salah seorang calon untuk
“Anugerah Pendakwah Wanita Negara” anjuran YADIM 2015. Terbaru menjadi Murabbi untuk rancangan

“Da’i: Pendakwah Milenia” musim ketiga dan “Da’i Pendakwah Nusantara” musim keempat terbitan TV3.

Giat menulis buku Motivasi dan Pembangunan Diri Remaja, keibubapaan, buku akademik, juga motivasi
keagamaan. Lebih dari 20 buah sudah diterbitkan serta Kolumnis akhbar dan majalah tempatan. Antara
buku-buku “Best Seller” ialah “Rawatlah Hati” & “Pujuklah Rasa” terbitan Alaf 21 KarangKraf. Buku
“Padanya Ada Bahagia”, “Padanya Ada Rindu”,

“Padanya Ada Kasih: Cinta itu Memberi Bukan Memiliki” terbitan PTS Publication. Buku terbaru terbitan
Karya Bestari bertajuk “SentuhanCinta 10 minit”

Disediakan Oleh:
Dr. Robiah Kulop Hamzah
Pengarah Urusan dan Perunding Utama RKH Motivation & Services
RKH Motivation & Services, No. 15 Jalan Joran Satu 19/24A,
Seksyen 19, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tel/Fax: 03-55452005
HP: 017-872-4285 / 019-669-2372
Emel: [email protected]

BIODATA PANELIS 2 USTAZAH ISFADIAH
BINTI MOHD DASUKI
.
Puteri kepada seorang
pendakwah dan penceramah
agama terkenal, Ustaz Mohd
Dasuki Abd Rani.

Wanita kecil molek yang tidak
pernah lokek dengan senyuman
ini, sering bersiaran di kaca
televisyen dan dikenali sebagai
pendakwah selebriti. Ustazah
Isfadiah Mohd Dasuki juga
sering menjadi tetamu jemputan
di radio dan televisyen di dalam
topik keibubapaan dan fiqh
wanita.

Anak kelahiran Klang, Selangor
ini mendirikan rumahtangga
bersama Ustaz Mohidin Mokter
dan dikurniakan 6 orang
cahayamata.

BIODATA MODERATOR

YM RAjA NoRHASnIZA bt
RAjA IbRAHIM

Lahir pada 8 Feb 1983 di Kota
Bharu,Kelantan.

Aktif di dalam bidang
pengacaraan, nasyid, tilawah Al
Quran, forum dan pidato sejak
kecil lagi. Aktif melibatkan diri
dalam pengacaraan di UITM
semenjak Diploma. ekerja sambil
belajar menjadi Deejay Radio
UFM di bawah seliaan UITM.
Tersenarai Top 5 di dalam
pertandingan Pencarian Teman
Muhasabah anjuran Al Hidayah,
TV3. Wartawandi Media Prima
dan terlibat di dalam rancangan
Al Kuliyyah, Al Hidayah,
Motivasi Pagi, Beauty Secret From
The East. Assistant Producer di
Drama Islamic, Layar Consult Sdn
Bhd.

Pada musim haji, beliau
bekerjasama secara langsung
dengan Tabung Haji untuk
program TV dan model video
rukun haji yang disiarkan di
dalam penerbangan bakal haji
serta di maktab-maktab Mekah
dan Madinah. Juga menjadi cover
majalah Anis untuk musim haji.

Seorang freelancer, Emcee dan
Moderator yang pernah
menyumbang suara untuk projek
video korporat di bawah JPN,
suara latar Kapsul 25 masjid di
Radio Salam.fm dan di pelbagai
majlis kenduri dan keramaian.

SeceBIs TINTA

Setiap detik
Aku menitipkan santai doa untukmu

Agar engkau berpaling
Pada indahnya cahaya kalbu

Agar engkau bisa
Merasakan manisnya sajadah di sepertiga malammu

Agar semua butiran bahagia
Mengelilingi seluruh nafas kehidupanmu

Agar kita tetap bersahabat
Walau mungkin

Kita takkan pernah bertemu

~ ManikMaya ~


Click to View FlipBook Version