Khamis •22 Jun 2023 • 2.00 pm •Dewan Ibnu Sina Dirasmikan Oleh: Tuan Haji Ahmad Zamberi bin Ahmad Timbalan PPD Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Pendang 2023 SEKOLAH KEBANGSAAN AYER PUTEH, 06700 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN. Kali ke-45,
Isi Kandungan Muka hadapan Isi kandungan Aturcara majlis Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-44 Ucapan Guru Besar Sk Ayer Puteh Ucapan YDP PIBG Sk Ayer Puteh Jawatankuasa Induk PIBG Kali Ke-44 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44/2022 Senarai Guru dan Staf Sk Ayer Puteh Aktiviti PIBG Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke44 Minit Mesyuarat Agung PIBG tahun 2021 Penyata Kewangan Usul/Cadangan Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2025 Penghargaan Catatan Muka Belakang 02 5
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45/2023 ATURCARA MAJLIS 2.00 petang Pendaftaran ibu bapa/ waris 2.30 petang Ketibaan tetamu VIP Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa Montaj Ucapan En. Shafie bin Othman Yang Dipertua PIBG SK Ayer Puteh Ucapan En. Mohamad Zamri bin Che Harun Guru Besar SK Ayer Puteh Ucapan Perasmian oleh Perasmi: Tuan Haji Ahmad Zamberi bin Ahmad Timbalan PPD Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Pendang Gimik perasmian Cabutan bertuah 1 Penyampaian Sijil dan cenderamata kepada AJK PIBG sesi 2021/ 2023 Penyampaian cenderamata kepada perasmi dan tetamu VIP 3.30 PETANG - MESYUARAT DIMULAKAN Agenda 1. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-44/2022 2. Perkara-perkara berbangkit 3. Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Tahun 2022/ 2023 4. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Berakhir pada 31 Mei 2023 5. Membahas dan Menerima Usul 6. Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2023 dan Pelantikan AJK PIBG sesi 2023/2025 7. Hal-hal Lain 8. Ucapan Penangguhan - - Cabutan bertuah 2 5.30 petang Majlis bersurai 03 5
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN AYER PUTEH 06700 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN Tel/ faks: 04- 7590337 Emel:[email protected] Ruj. Kami : SKAP100/8/1/7(41) Tarikh : 19 Jun 2023 Kepada: SEMUA IBU BAPA/ PENJAGA/ WARIS/ GURU & STAF SK Ayer Puteh 06700 Pendang, Kedah. Tuan/ Puan, MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SKAP KALI KE- 45/ 2023 Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke- 45 SK Ayer Puteh akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 22 Jun 2023 (Khamis) Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan Ibnu Sina, SK Ayer Puteh Agenda Mesyuarat: 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG 2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44/ 2022 3. Perkara-perkara berbangkit 4. Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Tahun 2022/2023 5. Membentang dan menerima Penyata Kewangan Berakhir pada 31 Mei 2023 6. Membahas dan menerima usul 7. Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/ 2023 dan pelantikan AJK PIBG sesi 2023/ 2025 8. Hal-hal lain 9. Ucapan penangguhan 3. Sehubungan dengan itu, kehadiran tuan/puan adalah dialu-alukan bagi memastikan perjalanan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 dapat dilaksanakan dengan jayanya. 4. Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG” 04 5
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ke-45 bagi tahun 2023 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di kesempatan ini saya sebagai Penasihat PIBG SKAP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam merancang dan menyusun atur Mesyuarat Agung PIBG kali ini.Acara ini merupakan momen penting dalam menjalin komunikasi, kolaborasi dan kerjasama antara guru, para waris dan seluruh pemegang taruh untuk meningkatkan kemajuan sekolah kita. Tahniah kepada para ibu bapa dan waris yang telah sama-sama mendukung dan turut aktif dalam pembangunan dan pengembangan sekolah kita. Tanpa kehadiran dan peranan aktif kalian, pencapaian-pencapaian luar biasa yang telah kita raih dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid tidak mungkin akan menjadi. Terima kasih atas kerjasama yang erat dan dedikasi tuan puan untuk kemenjadian anak-anak kita. Selanjutnya, saya ingin mengapresiasikan seluruh guru dan staf sekolah yang sangat gigih bekerja demi memberikan pengajaran terbaik kepada murid-murid SKAP. Terima kasih atas komitmen dan sikap dedikasi kalian dalam menciptakan lingkungan belajar yang positif, kreatif dan kondusif dalam mendidik ke arah kecemerlangan mereka pada masa hadapan. Tak lupa, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Anak-anak yang Baik lagi Cerdik kita yang merupakan inti dari segala kejayaan SKAP. Anda semua adalah harapan dan masa depan bangsa. Jadilah murid yang bersemangat, rajin belajar dan bergiat aktif dalam kegiatan sekolah. Teruslah berjuang untuk meraih prestasi dan membawa kebanggan bagi sekolah kita. Mesyuarat Agung PIBG ini menjadi momentum yang berharga untuk berdiskusi, berkongsi idea, dan merencanakan langkah-langkah ke depan dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini.Mari kita saling menerima, berkomunikasi dengan baik, dan bekerja bersama untuk mencipta persekitaran pendidikan yang lebih baik dan berkualiti tinggi. Saya berharap agar Mesyuarat Agung PIBG ini dapat menghasilkan keputusan-keputusan yang bijaksana dan solusi-solusi yang inovatif bagi mengatasi semua persoalan yang kita hadapi. Mari kita jadikan kepentingan anakanak kita sebagai pilihan utama dalam segala tindakan kita. Akhir kata, semoga kehadiran tuan puan dalam Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini menjadi langkah awal yang baik untuk perubahan yang positif dalam pendidikan di sekolah kita. Mari kita bersama-sama membentuk masa depan yang lebih cerah bagi generasi mendatang. Sekian, terima kasih En. Mohamad Zamri b Che Harun Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh SEKOLAH KEBANGSAAN AYER PUTEH, 06700 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN. 05 5
KATA-KATA ALUAN Yang Dipertua PIBG SK Ayer Puteh Sesi 2021/2023 Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera, Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bertemu kembali dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke- 45/ 2023 ini. Terlebih dahulu, saya ingin rakamkan ucapan syabas dan jutaan terima kasih atas kehadiran tuan/puan dalam Mesyuarat Agung kali ini. Walaupun setahun sekali, namun diharapkan perjumpaan ini memberi manfaat dan kebaikan kepada sekolah kita. Sepanjang tahun 2022 dan 2023, barisan jawatankuasa telah bersama-sama pihak sekolah telah melaksanakan tanggungjawab atas kepercayaan yang diberi dalam pelbagai bentuk. Perbincangan melalui mesyuarat dan sering dilakukan bagi memastikan anak-anak di sekolah ini mendapat manfaat yang sewajarnya. Perkara yang dilakukan ini sebagai tanda sokongan bagi membantu usaha pihak sekolah mendidik anak-anak menjadi insan yang cemerlang dalam aspek akademik, sahsiah diri dan kokurikulum. Semua murid juga mendapat layanan yang sama rata dan adil, yang susah sama-sama kita usahakan bagi meringankan bebanan, yang sedikit sama sedikit, banyak kita sama-sama kongsikan. Apa yang penting, anak-anak dapat belajar dalam keadaan selesa dan tidak rasa terpinggir. Sungguhpun begitu, kita juga tidak terlepas daripada menghadapi cabaran dan dugaan. Sering diingatkan sama ada dalam mesyuarat agung atau perjumpaan- perjumpaan anjuran pihak sekolah, PIBG antara medium yang sesuai untuk kita berbincang hal-hal yang berkaitan dengan kemajuan dan pendidikan anak-anak. Isu dan permasalahan yang timbul adalah lebih elok dibincang dan diselesaikan secara anak beranak bagi menunjukkan kesepakatan ibu bapa dengan pihak sekolah. Jaga hubungan sebaiknya supaya motivasi guru berada pada tahap paling optimum kerana mereka yang mendidik anak-anak kita. Sebolehnya, jika terdapat permasalahan perlu diselesaikan secara baik dan tidak diketahui oleh pihak luar. Hal ini merupakan tanda hubungan baik yang terjalin untuk membentuk kejayaan dan kecemerlangan anak-anak kita semua. Pada kesempatan ini, suka saya menyeru kepada semua supaya dapat menonjolkan diri dengan niat berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing untuk membina kejayaan dan kecemerlangan anak-anak kita semua. Akhir kata, saya merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke- 45 SK Ayer Puteh. Selamat bermesyuarat. Semoga berlangsung dengan lancar dan muafakat. Sekian, wassalam. 06 5
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN AYER PUTEH 06700 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN Tel/ faks: 04- 7590337 Emel:[email protected] SENARAI AJK PIBG SESI 2021/ 2023 SK AYER PUTEH BIL JAWATAN NAMA 1. Penasihat PIBG En. Mohamad Zamri bin Che Harun Guru Besar SK Ayer Puteh 2. Pengerusi En. Shafie bin Othman YDP 3. Naib Pengerusi En. Amirudin bin Zainol NYDP 4. Naib Pengerusi I En. Fazrul Hayat bin Sofaruddin PK Kokurikulum 5. Naib Pengerusi II Pn. Rosma binti Abdullah PK Pentadbiran 6. Naib Pengerusi III En. Mohd Azuwan bin Ahmad PK HEM 7. Setiausaha Pn. Noor Hidayah binti Mohammed 8. Bendahari En. Muhammad Afiat bin Abdullah 9. AJK (GURU) Pn. Jamilah binti Yaacob 10. AJK (GURU) En. Ismail bin Jamaluddin 11. AJK (GURU) Pn. Zaitina binti Ramli 12. AJK (GURU) En. Kossim bin Hassan 13. AJK (GURU KAFA) Pn. Siti Rohana binti Khalid 14. AJK (WARIS) En. Mad Nizam bin Ishak 15. AJK (WARIS) En. Abu Bakar bin Hussain 16. AJK (WARIS) En. Mohd Anuad bin Asli 17. AJK (WARIS) En. Muzrim Hamzi bin Mohd Zain 18. AJK (WARIS) En. Mohd Nor Zamri bin Azmi 19. AJK (WARIS) En. Shofiyuddin bin Said 20. PEMERIKSA KIRA-KIRA I En. Ahmad Aseri bin Abdul 21. PEMERIKSA KIRA-KIRA II Pn. Siti Salwa binti Omar 07 5
SEKOLAH KEBANGSAAN AYER PUTEH 06700 PENDANG KEDAH DARUL AMAN. JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 45 TAHUN 2023 Tarikh : 22 Jun 2023 Hari : Khamis Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan Ibnu Sina, SK Ayer Puteh Penasihat : En. Mohamad Zamri bin Che Harun (GB) Pengerusi : En. Shafie bin Othman Naib Pengerusi : En. Amirudin bin Zainol Naib Pengerusi I : En. Fazrul Hayat bin Sofaruddin (PK Koku) Naib Pengerusi II : Pn. Rosma binti Abdullah (PKP) Naib Pengerusi III : En. Mohd Azuwan bin Ahmad (PK HEM) Setiausaha : Pn. Noor Hidayah binti Mohammed Bendahari : En. Muhammad Afiat bin Abdullah Sambutan VIP En. Mohamad Zamri bin Che Harun (Penasihat PIBG) En. Shafie bin Othman (Pengerusi PIBG) En. Amirudin bin Zainol (Naib Pengerusi PIBG) En. Fazrul Hayat bin Sofaruddin (Naib Pengerusi I) Pn. Rosma binti Abdullah (Naib Pengerusi II) En. Mohd Azuwan bin Ahmad (Naib Pengerusi III) Backdrop/Kain Rentang En. Ahmad Aseri bin Abdul (K) En. Kossim bin Hassan Buku Program Pn. Hanisah binti Abd Razak (K) Pn. Siti Aminah binti Abdul Rahman En. Halim bin Yazad Dokumentasi Pn. Qairul Nisak binti Kamarudin (K) Pn. Fatimah binti Mat Ali Bacaan Doa En. Muhamad Asri bin Bakar (K) Sambutan Waris/ Bunga Manggar Pn. Saliza Azlin binti Mohd Salleh (K) Pn. Noor Aziah binti Abdullah Pn. Basiroh binti Hanafiah Juruacara Pn. Nurul Izzati binti Mahamud (K) En. Ismail bin Jamaluddin Siaraya En. Mohd Zamri bin Dziauddin (K) Persiapan Tempat En. Abdullah bin Hassan (K) En. Mohd Ariff bin Ali En. Azaruddin bin Isa En. Mohd Khairi bin Mustafa Pekerja-pekerja sekolah Hiasan Pentas Pn. Nor Hidayah binti Jamaluddin (K) Cik Faridah binti Mostapar Pn. Musliha binti Jalin @ Jalil Pendaftaran Pn. Siti Rohana binti Khalid (AJK PIBG) Guru-guru KAFA Jamuan VIP/ Staf Pn. Jamilah binti Yaacob (K) Pn. Suhaila binti Yaakob Pn. Zaitina binti Ramli Pencatat Minit Cik Amirah Batrisyia binti Muhammad Kamarizal(K) Pn. Siti Hajar binti Othman Pn. Nurul Lizawati binti Abdul Rahman Gimik Perasmian En. Mohd Afif bin Mohd Yusof (K) Pn. Low Lee Lee Montaj Cik Amirah Batrisyia binti Muhammad Kamarizal (K) Pn. Noor Hidayah binti Mohammed Pn. Musliha binti Jalin @ Jalil En. Mohd Afif bin Mohd Yusof Pn. Hanisah binti Abd Razak Pn. Zairunnizam binti Zainuddin Pn. Siti Aminah binti Abdul Rahman Pn. Noor Aziah binti Abdullah Pn. Cik Juliana binti Bahari Jamuan Waris Pn. Noriyah A’fifah binti Bahari (K) Pn. Maznah binti Mansor Pn. Asmaul Husna binti Ramli Guru-guru KAFA Cenderamata Perasmi & AJK PIBG Pn. Zairunnizam binti Zainuddin (K) Pn. Syakiroh binti Mustaffa Cabutan Bertuah Pn. Suriani binti Ahmad(K) Pn. Cik Juliana binti Bahari 08 5
SENARAI GURU DAN STAFF SKAP 2023 BIL NAMA 1. MOHAMAD ZAMRI BIN CHE HARUN GURU BESAR 2. ROSMA BINTI ABDULLAH PK PENTADBIRAN 3. MOHD AZUWAN BIN AHMAD PK HEM 4. FAZRUL HAYAT BIN SOFARUDDIN PK KOKURIKULUM 5. ABDULLAH BIN HASSAN 6. AHMAD ASERI BIN ABDUL 7. AZARUDIN BIN ISA 8. AMIRAH BATRISYIA BINTI MUHAMMAD KAMARIZAL 9. CIK JULIANA BINTI BAHARI 10. FARIDAH BINTI MOSTAPAR 11. FATIMAH BINTI MAT ALI 12. HANISAH BINTI ABD RAZAK 13. ISMAIL BIN JAMALUDDIN 14. JAMILAH BINTI YAACOB 15. KOSSIM BIN HASSAN 16. LOW LEE LEE 17. MOHD AFIF BIN MOHD YUSOF 18. MOHD ARIFF BIN ALI 19. MOHD ZAMRI BIN DZIAUDDIN 20. MUHAMAD ASRI BIN BAKAR @ JAMALUDIN 21. MUHAMMAD AFIAT BIN ABDULLAH 22. MOHD KHAIRI BIN MUSTAFA 23. MUSLIHA BINTI JALIL @ JALIN 24. NOOR AZIAH BINTI ABDULLAH 25. NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMMED 26. NOR HIDAYAH BINTI JAMALUDDIN 27. NORIYAH A’FIFAH BINTI BAHARI 28. NURUL IZZATI BINTI MAHAMUD 29. NURUL LIZAWATI BINTI ABDUL RAHMAN 30. QAIRUL NISAK BINTI KAMARUDIN 31. SALIZA AZLIN BINTI MOHD SALLEH 32. SITI AMINAH BINTI ABDUL RAHMAN 33. SITI HAJAR BINTI OTHMAN 34. SUHAILA BINTI YAAKOB 35. SURIANI BINTI AHMAD 36. SYAKIROH BINTI MUSTAFFA 37. ZAIRUNNIZAM BINTI ZAINUDDIN 38. ZAITINA BINTI RAMLI 39. BASIROH BINTI HANAFIAH PEMBANTU TADBIR 40. HALIM BIN YAZAD PEMBANTU OPERASI 41. ASMAULHUSNA BINTI RAMLI PEMBANTU PENGURUSAN MURID 42. MAZNAH BINTI MANSOR PEMBANTU PENGURUSAN MURID 43. SITI ROHANA BINTI KHALID GURU KAFA 44. SHAHRIDAH BINTI ABDULLAH GURU KAFA 45. HAMIDAH BINTI ABDUL RAHMAN GURU KAFA 46. ROKIYAH BINTI AHMAD GURU KAFA 47. SITI AISHAH BINTI MEHAT GURU KAFA 48. MAHYOM BINTI MARZUKI GURU KAFA 49. WAN NAFIZAH BINTI AHMAD GURU KAFA 50. NOR AFIDA BINTI OMAR GURU KAFA 51. BUNGA BINTI MD DESA GURU KAFA 52. NOOR AKASHAH BINTI HAMZAH GURU KAFA 09 5
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN AYER PUTEH 06700 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN Tel/ faks: 04- 7590337 Emel:[email protected] AKTIVITI- AKTIVITI KERJASAMA PIBG DAN PIHAK SEKOLAH TAHUN 2022/2023 BIL AKTIVITI TARIKH 1. Penyelenggaraan infrastruktur sekolah (Gotong royong Perdana) Ogos 2022 2. Sekolahku Sejahtera, Sepakat dan Selamat Ogos 2022 3. Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah (Ppda) & Bulan Kelab Pencegahan Jenayah Peringkat Sekolah Ogos 2022 4. Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Ogos- September 2022 5. Program Ziarah Cakna/ Sarana Waris September 2022 6. Program Kerohanian i) Sambutan/ Ceramah Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Oktober 2022 ii) Program Khatam Al-Quran & Graduasi Tahun 6 2022/2023 Februari 2023 iii) Kem Bestari Solat Oktober 2022 iv) Program Ihya’ Ramadhan Mac 2023 7. Program Senamrobik Mingguan Oktober 2022 8. Program Perkhemahan Perdana Badan Beruniform Peringkat Sekolah November 2022 9. Program Akademik i) Hari Dialog Prestasi dan Mesra Waris September 2022 ii) Projek Bersama Pusat Sumber Sekolah Ogos 2022 iii) Program Mega Intervensi BM/BI – Permata Hatiku/ Oh My Sunshine September 2022 10. Program Keceriaan Sekolah (cat, kelas) Januari- Jun 2023 11. Mesyuarat AJK PIBG- 6 kali Disember 2022- Jun 2023 12. Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Februari 2023 13. Majlis Apresiasi Cemerlang dan Graduasi Prasekolah Februari 2023 14. Pembukaan sesi persekolahan Mac 2023 15. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Mei 2023 16. Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Mei 2023 17. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 45/ 2023 Jun 2023 10 95
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN AYER PUTEH 06700 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN Tel/ faks: 04- 7590337 Emel:[email protected] AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-45/ 2023 AGENDA AKTIVITI Agenda 1 Ucapan Yang Dipertua PIBG Agenda 2 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44/ 2022 Agenda 3 Perkara-perkara berbangkit Agenda 4 Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Tahun 2022/2023 Agenda 5 Membentang dan menerima Penyata Kewangan Berakhir pada 31 Mei 2023 Agenda 6 Membahas dan menerima usul Agenda 7 Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/ 2023 dan pelantikan AJK PIBG sesi 2023/ 2025 Agenda 8 Hal-hal lain Agenda 9 Ucapan penangguhan 11 95
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN AYER PUTEH 06700 PENDANG, KEDAH. Tel/ faks: 04-7590337/ Emel: [email protected] MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 44/ 2022 TARIKH : 29 Mei 2022 HARI : Ahad MASA : 09.00 pagi TEMPAT : Masjid As-Solihin, Kampung Batu Menunggul 1.0UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 1.1 YDP memulakan majlis dengan lafaz Bismillah. Beliau bersyukur kerana dengan keizinan-Nya mesyuarat kali dapat dijalankan secara bersemuka dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran para tetamu. Beliau yakin dengan kehadiran tetamu VIP iaitu YB Datuk Haji Awang bin Hashim dapat memberikan semangat kepada semua waris yang hadir. 1.2 Beliau menegaskan bahawa PIBG merupakan wadah yang bertanggungjawab memikul amanah membantu menggilap kecemerlangan anak-anak dan memperkasakan SK Ayer Puteh. Komitmen yang padu antara anggota PIBG mampu memberikan kejayaan kepada sekolah dan melahirkan insan yang cemerlang. 1.3 Beliau mengucapkan tahniah kepada pelajar dan waris atas kejayaan yang telah dikecapi. 1.4 Semua pihak perlu memainkan peranan yang lebih efektif untuk kecemerlangan murid SK Ayer Puteh. Kita perlu merancang bagi memajukan PIBG selari dengan perubahan arus perdana. 1.5 Kesepaduan dalam pemuafakatan yang tinggi daripada warga PIBG SK Ayer Puteh amat diperlukan bagi menjayakan setiap program yang akan dilaksanakan nanti. 1.6 YDP PIBG juga berharap agar ibu bapa dapat memberi sepenuh jiwa dan raga bagi membantu meningkatkan kemajuan sekolah dari semasa ke semasa dan dapat menempa nama sebagai salah sebuah sekolah terbaik di daerah ini khususnya. 1.7 Kejayaan memerlukan pengorbanan dari segi tenaga, kewangan serta idea serta komitmen agar kejayaan dapat direalisasikan. 2.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG 2.1 Tuan Guru Besar, En. Mohamad Zamri bin Che Harun selaku penasihat PIBG SK Ayer Puteh mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua tetamu ke mesyuarat kali ini terutamanya kepada tetamu VIP. 2.2 Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat kali ini dilaksanakan di Masjid As-Solihin adalah kerana dewan sekolah masih di dalam penyelenggaraan. Dewan sekolah masih belum dapat digunakan memandangkan keadaan sekolah masih dalam proses naik taraf. 12 95
2.3 Untuk makluman, SKAP mendapat peruntukan RM 1 juta di bawah Projek Sekolah Daif dan projek dijangka berlangsung dalam masa 2 hingga 3 bulan lagi. 2.4 Dengan mengadakan mesyuarat di masjid, ia dapat mendekatkan lagi hubungan pihak sekolah dengan masyarakat kampung, AJK, JKK masjid dan waris serta dapat bertemu untuk membincangkan tentang pelbagai isu. Sebelum ini juga, taklimat Tahun 1 kepada waris turut diadakan di Masjid Tempoyak pada bulan Mac 2022. 2.5 Beliau melaporkan tentang perkembangan sekolah: - Bilangan guru adalah seramai 38 orang, dan 2 orang guru kontrak MyStep. - Bilangan murid adalah seramai 480 orang termasuk pra sekolah. - Sebanyak 16 kelas aliran perdana telah digunakan sepenuhnya termasuk bilik-bilik khas. - Permohonan telah diajukan, dan Insya-Allah pembinaan bangunan baru akan dilaksanakan menjelang tahun 2023. - SK Ayer Puteh merupakan sekolah TS25 (kohort ke-5), sekolah ini juga melaksanakan DLP bagi tahun 5 dan 6 tahun 2022. Terdapat juga subjek Bahasa Cina sebagai Bahasa kedua. Semua murid turut belajar Bahasa Arab. 2.6 Pihak sekolah akan berusaha bersama AJK PIBG dalam memberikan komitmen yang sangat baik. 2.7 SKAP turut menjadi pilihan para waris di mana sehingga hari ini, pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi 2023 telah mencapai 80 orang. Jika pendaftaran lebih, kelas tidak mencukupi. 2.8 Dari segi akademik, SK Ayer Puteh telah mendapat anugerah PBD terbaik Tahap 1 dan Tahap 2. 2.9 8 orang murid telah mendapat tempat di sekolah berasrama penuh dan SMKA. 2.10 Dari segi Hal Ehwal Murid (HEM), pihak sekolah telah menyampaikan bantuan daripada jabatan dan orang perseorangan melalui Program Ziarah Cakna. 2.11 Tuan Guru Besar turut mencadangkan untuk melancarkan Program Tabung Subuh di mana guru-guru boleh bersedekah serta Tabung Dhuha di mana murid-murid boleh menyumbangkan baki wang saku harian mereka sebelum balik. Hasil kutipan ini akan disalurkan kepada murid-murid yang memerlukan. 2.12 Dari segi bidang Kokurikulum, SK Ayer Puteh merupakan juara bertahan olahraga peringkat daerah, hoki peringkat kebangsaan (Jinking Johan Peringkat Negeri Kedah), softball peringkat daerah, catur peringkat kebangsaan, dan khat juga pada peringkat kebangsaan. 2.13 Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi masjid serta AJK masjid kerana memberi kebenaran untuk mengadakan majlis. Seterusnya ucapan terima kasih kepada tetamu VIP majlis, YB Datuk Awang kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan majlis pada hari ini. 3.0UCAPAN PERASMIAN OLEH YB DATUK HJ AWANG BIN HASHIM 3.1 YB Datuk Haji Awang bin Hashim mengucapkan terima kasih kepada pengacara majlis, pegawai PPD En. Zaid bin Md Zain, Yang Dipertua PIBG, Guru Besar, AJK masjid, AJK PIBG, guru-guru yang dimuliakan serta waris yang dihormati. 3.2 Bersyukur atas kesempatan yang diberikan dan berterima kasih kerana menjemput beliau untuk merasmikan mesyuarat pada hari ini. 3.3 Beliau memetik Ayat 4 dari Surah As Soff yang bermaksud secara ringkasnya tentang pentingnya melakukan sesuatu pekerjaan secara berjemaah. 13 95
3.4 Ayat 4 Surah As Soff “Seketul bata tidak ada erti, tetapi jika disusun akan menjadi bangunan yang kukuh, dan menjadi tempat berlindung serta tempat bersujud kepada Pencipta”. Surah ini menerangkan bahawasanya Allah menyukai orang yang berjuang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti batu-bata yang tersusun menjadi sebuah bangunan. 3.5 Begitu juga situasinya seperti PIBG yang dipimpin oleh seorang pemimpin. PIBG sebagai suatu kesatuan akan mengadakan mesyuarat secara rasmi untuk mencapai keputusan bersama. 3.6 SK Ayer Puteh merupakan sekolah kedua dalam daerah Pendang selepas SK Pendang. 3.7 Beliau merupakan Pengerusi TVET (Technical and Vocational Education Training) atau lebih dikenali sebagai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. Beliau menyatakan bahawa Sistem pembelajaran “TVET” menyediakan latihan kemahiran kepada anak anda. Kini, institusi “TVET” menawarkan pelbagai program “TVET” khususnya dalam kemahiran untuk semua peringkat pendidikan. 3.8 Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kurang cemerlang dalam bidang pendidikan boleh mencari peluang untuk menghantar anak-anak mereka untuk mencuba program “TVET” yang disediakan oleh kerajaan. 3.9 Beliau berharap agar semua waris tidak perlu bimbang sekiranya anak-anak tidak cemerlang dalam pelajaran. Banyak kemudahan disediakan oleh kerajaan kepada kita. Ibu bapa perlu melihat kebolehan anak-anak. Bidang kemahiran terutamanya sudah pasti dapat menjamin masa depan. 3.10 Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk memastikan anak-anak mendapat ilmu pendidikan yang sempurna. Ibu bapa disaran supaya tidak menyerah tanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka 100% kepada pihak sekolah. Jangan saman guruguru jika mendenda murid-murid untuk tujuan mendidik. Oleh itu, ibu bapa perlu memberi kerjasama kepada sekolah untuk kebaikan anak-anak. 4.0MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 43/ 2021 4.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu 4.2 Pengesahan: Pn. Najwa binti Abdullah meminta minit Mesyuarat Agung kali ke 43 untuk disahkan. Disokong: Pn. Sabariah binti Ahmad menyokong minit Mesyuarat Agung kali ke 43 untuk disahkan. 5.0PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 5.1 Tiada perkara berbangkit. 6.0MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG TAHUN 2021/ 2022 6.1 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG tahun 2021/ 2022 6.2 Pengesahan: Pn. Safirah binti Mohammad Safar Disokong: Pn. Nurul Hafizah binti Abd Ghani 7.0MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN BERAKHIR PADA 30 APRIL 2022 7.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 30 April 2022. 7.2 Pengesahan: En Fairuz bin Nordin Disokong: Pn. Norhafizah binti Ahmad 14 95
8.0MEMBAHAS DAN MENERIMA USUL USUL 1 8.1Membina bumbung di tempat pelajar menunggu waris untuk keselamatan murid. (Pn. Suzana Binti Baharom, waris kepada Nur Farisha Izzati Bt Jamsari, 3 Mesra) 8.2Usul ini diterima oleh PIBG sekolah dan disokong oleh oleh Pn. Normala binti Khalid. 8.3Pihak PIBG akan berusaha untuk membina bumbung di tempat murid menunggu waris serta tempat makan sebagai alternatif memandangkan kantin belum siap sepenuhnya. USUL 2 8.4Menyediakan rak simpanan buku teks/latihan. Beg sekolah menjadi berat dan mendatangkan mudarat kepada tulang belakang setiap murid (En. Mohd Khairi Bin Tajuddin, waris kepada Muhammad Zaim Ajmal, 5 Harapan) 8.5Usul ini diterima dan pihak sekolah telah menyusun semula jadual waktu murid setiap hari bagi meringankan beban beg berat. 8.6Kos untuk menyediakan rak simpanan buku (locker) untuk setiap murid adalah agak tinggi dan sekiranya pihak waris bersetuju untuk membina locker di dalam kelas, YDP mencadangkan supaya diadakan kutipan sumbangan untuk pembinaan locker tersebut. 8.7Rak dan laci meja sedia ada telah disediakan untuk setiap murid di dalam bilik darjah. 8.8En. Mohd Haris bin Harun menyokong usul yang telah diutarakan. USUL 3 8.9Kutipan sumbangan PIBG bagi tahun 2022 dikekalkan kepada RM50 bagi setiap waris (En. Abu Bakar Bin Hussain, AJK Waris PIBG) 8.10 Pn. Normala Bt. Khalid meminta supaya diadakan undian daripada ahli mesyuarat. 8.11 Usul ini diterima dan En. Mohd Abdullah bin Mohd Noh menyokong usul ini. 8.12 Pn. Junidah binti Abd Syukur turut menyokong usul ini tanpa bantahan. USUL 4 8.13 Berharap agar pihak sekolah dapat memastikan keselamatan anak-anak waktu pulang sekolah iaitu kenderaan laju di hadapan sekolah. (Pn. Nuridayu binti Ramli, waris kepada Muhammad Raziq Iqbal, 4K). 8.14 Usul diterima dan disokong oleh Pn. Suraya binti Abu Bakar. 8.15 YDP menyatakan bahawa, surat permohonan telah dihantar ke JKR untuk menaiktaraf garisan kuning. 8.16 Pihak PIBG telah menyerahkan surat kepada pihak JKR untuk menaiktaraf jalur jalan (garisan kuning) di hadapan sekolah. Tapi masih belum dilaksanakan lagi. 8.17 Pihak JKR tidak bersetuju untuk membina bonggol jalan di hadapan sekolah kerana boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain. 8.18 Keselamatan Pengawal Keselamatan sekolah tidak ditanggung oleh pihak sekolah. Sekiranya pihak PIBG bersetuju untuk membeli insurans kepada mereka, akan dibincangkan dalam mesyuarat ahli nanti. 8.19 Guru Besar turut menyatakan bahawa, menjaga lalu lintas untuk murid melintas jalan adalah di luar bidang kuasa pengawal keselamatan sekolah. Berharap agar waris tidak memberhentikan kereta di atas double line untuk mengelakkan kesesakan. 15 95
8.20 En. Amerudin bin Zainol mencadangkan untuk membeli insurans kepada pengawal keselamatan akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK. USUL 5 8.21 Papan tanda peringatan (Amaran) kepada pemandu kenderaan yang melalui jalan depan sekolah. (En. Daud bin Abdullah, waris kepada Muhammad Iman Uzair, 3M) 8.22 Usul ini disokong oleh En. Mohd Abdullah bin Mohd Noh. 8.23 Usul ini telah terjawab di usul ke 4. 9.0HAL-HAL LAIN 9.1 Pn. Junidah binti Abdul Shukor mencadangkan supaya pihak sekolah dapat mengemaskini maklumat program atau aktiviti tahunan sekolah kepada pihak waris. Aktiviti sekolah perlu disusun dan dikategorikan seperti pencapaian pelajar, aktiviti kebajikan dan sosial, aktiviti akedemik sekolah dan lain-lain. Cadangan ini diterima. 9.2 Pn. Siti Rohana bt. Khalid, guru KAFA memaklumkan kepada waris-waris tentang pendaftaran UPKK bagi murid-murid tahun 5. Dateline atau tarikh akhir adalah pada 31.5.2022. Waris perlu mengisi borang setuju/ tidak setuju untuk mengambil UPKK. Murid yang tidak hadir ke kelas KAFA, tidak boleh mengambil UPKK. Sekiranya terdapat murid yang ingin berpindah sekolah, waris diminta untuk berjumpa dengan guru kelas KAFA untuk mengisi borang pindah sekolah. 9.3 En. Mad Nizam bin Ishak mengalu-alukan pelaksanaan sebarang aktiviti seperti program motivasi di Masjid As-Solihin serta masjid-masjid lain di sekitarnya. AJK masjid sedia memberi bantuan dan kerjasama kepada pihak sekolah. 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN 10.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada AJK masjid kerana telah memberikan kesempatan kepada pihak sekolah untuk mengadakan mesyuarat pada hari ini. 10.2 Ucapan terima kasih kepada semua waris atas kehadiran pada hari ini. 10.3 Mengakhiri majlis dengan ucapan bismillah. Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44/ 2022 ditangguhkan pada jam 11:45 pagi pada satu tempoh yang lain. 16 5
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK Ayer Puteh, 06700 Pendang, Kedah Darul Aman. PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 1 MEI 2022 HINGGA 31 MEI 2023 BIL BUTIRAN PENDAPATAN PERBELANJAAN BAKI PADA 30.04.2022 RM 17,472.75 1. KUTIPAN SUMBANGAN PIBG SESI 2022/2023. RM 11,350.00 2. SUMBANGAN TABUNG MESYUARAT AGUNG PIBG PADA 29.05.2022 RM 360.00 3. HIBAH / PROFIT TERKUMPUL (APRIL 2022 – APRIL 2023). RM 194.91 4. SUMBANGAN DIN PIALA UNTUK SURAU. RM 70.00 5. SUMBANGAN PARLIMEN PENDANG UNTUK PRASARANA SEKOLAH. RM 2000.00 6. SUMBANGAN AIEFY BEAUTY UTK PUSAT SUMBER SEKOLAH RM 300.00 7. SUMBANGAN TEOH WENG HONG. RM 300.00 8. SUMBANGAN SYARIKAT INFINITY UTK PROGRAM PERMATA PINTAR. RM 500.00 9. SUMBANGAN YAYASAN PELAJARAN MARA UNTUK PEMBELIAN LCD. RM 1500.00 10. SUMBANGAN SYARIKAT SIMFONI (HARI SUKAN). RM 150.00 11. SUMBANGAN DARIPADA TUAN HAJI AHMAD FATAHI (HARI ANUGERAH CEMERLANG). RM 500.00 12. SUMBANGAN DARIPADA DATO KAMIL (HARI SUKAN SEKOLAH). RM 5000.00 JUMLAH RM 39,697.66 1. JAMUAN AIDILFITRI & SAMBUTAN HARI GURU 09/05/2022. RM 1500.00 2. PERBELANJAAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2022 PADA 29/05/22. RM 1664.00 3. SUMBANGAN MAJLIS APRESIASI TERIMA KASIH CIKGU PERINGKAT NEGERI KEDAH(PIBKS) 23/05/2022. RM 100.00 4. PRASARANA (UPAH CAT BLOK A) SEKOLAH, SUMBANGAN PARLIMEN PENDANG 09/06/2022 RM 2000.00 5. GOTONG-ROYONG PERDANA (MAKAN MINUM, CAT DLL) 09/08/2022. RM 2000.00 6. BANNER GOTONG-ROYONG PERDANA RM 37.00 7. JAMUAN MESYUARAT AJK PIBG KALI 3 PADA 18/08/2022. RM 96.00 17 5
8. SUMBANGAN MAJLIS TERBUKA PPD PENDANG 24/08/2022 RM 50.00 9. SUMBANGAN MURID WAKIL DAERAH KOKO (22 ORG x RM20) 25/08/2022. RM 440.00 10. SUMBANGAN MURID WAKIL NEGERI KOKO (3 ORG x RM200) 25/08/2022. RM 600.00 11. AGIHAN KEPADA GURU KELAS UNTUK KECERIAAN KELAS 20/09/2022. RM 1590.00 12. PERBELANJAAN SUMBANGAN SYARIKAT AIEFY BEAUTY UTK PUSAT SUMBER SEKOLAH 21/09/2022. RM 300.00 13. JAMUAN HARI MESRA WARIS & DIALOG PRESTASI 26/09/2022. RM 500.00 14. TEMPAHAN BUKU RESIT PIBG (34 X RM11.00) 30/09/2022 RM 374.00 15. PERBELANJAAN PROGRAM MAULID RASUL PERINGKAT SEKOLAH 02/10/2022. RM 650.00 16. CENDERAMATA KULIAH SUBUH PERKHEMAHAN PERDANA SKAP 25/11/2022. RM 80.00 17. HADIAH PERSARAAN PN. NAZIRAH & HADIAH PERTUKARAN U.NASRUL PK KOKURIKULUM 05/12/2022. RM 200.00 18. PERBELANJAAN SUMBANGAN SYARIKAT INFINITY UTK PROGRAM PERMATA PINTAR 07/12/2022. RM 500.00 19. HADIAH PERTUKARAN U.FAZILAH & U.RODZOH 10/01/2023. RM 100.00 20. SUMBANGAN 2 ORG MURID KEJOHANAN RAGBI ANTARABANGSA DI PHUKET 19/01/2023. RM 400.00 21. PERBELANJAAN KEJOHANAN OLAHRAGA SKAP KALI KE 34 PADA 02.02.2023 RM 1600.00 22. PERBELANJAAN HARI ANUGERAH CEMERLANG SKAP PADA 14.02.2023 RM 3500.00 23. JAMUAN MESYUARAT AJK PIBG PADA 16.01.2023 RM 75.00 24. PERBELANJAAN SUMBANGAN SYRKT SIMFONI (PK KO) 16/02/2023 RM 150.00 25. MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA TAHUN 6 SESI 2022/2023. RM 300.00 26. MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 2022/2023 RM 300.00 27. PROGRAM IHYA' RAMADAN (CERAMAH & PELANCARAN) 22/03/2023. RM 400.00 28. MAJLIS HARI RAYA AIDIL FITRI PERINGKAT SEKOLAH 17/04/2023. RM 2500.00 29. MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 17/04/2023. RM 1500.00 30. JAMUAN MESYUARAT KHAS PIBG PADA 22.05.2023 RM 90.00 JUMLAH RM 23,596.00 18 95
PENYATA PENYESUAIAN PENDAPATAN RM 39,697.66 PERBELANJAAN RM 23,596.00 BAKI DI BANK RM 15,601.66 BAKI TUNAI RM 500.00 JUMLAH BAKI PADA 31 MEI 2023 RM 16,101.66 19 95
USUL YANG DICADANGKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 45/ 2023 BIL NAMA WARIS NAMA ANAK KELAS USUL 1. En. Ramli bin M. Saleh Ahmad Firash Salahuddin bin Ramli 4 Cambridge Meletakkan kon penanda atas jalan di hadapan sekolah. 2. Pn. Farah Dina binti Abu Nasir Nur Farisha Arissa binti Syamsyul 3 Cambridge Mohon wujudkan garisan kuning dan bonggol di hadapan sekolah bagi memperlahankan kenderaan yang lalu lalang demi keselamatan anak-anak. 3. Pn. Norashikin binti Abdullah Nurhannan Aisyah binti Mohd Fahmi 1 Oxford Tiada kawalan traffic (security guard) semasa pulang dari sekolah boleh melibatkan nyawa anak. 4. Pn. Adilah binti Mayab Mohd. Adam Rosdi bin Abdul Rasyid 3 C Adakan petak kuning @ bonggol supaya kenderaan perlahan sedikit supaya tidak membahayakan murid @ waris mengambil anak nak murid di sekolah. 5. Pn. Zamzarina binti Sobri Putri Balqis binti Hasrol 4 Cambridge Menyediakan pengawal lalu lintas di jalan raya untuk membantu murid-murid melintas jalan dengan selamat (di jalan raya luar sekolah) 6. Pn. Ku Noor Faizah binti Ku Mustafa Muhammad Danish Hamzi bin Hafiz 6 Cambridge Pihak PIBG disaran mengadakan kelas tusyen @ kem motivasi pada hari cuti kepada pelajar2 yang berminat. Kaedah pelaksanaan perlu dibincangkan sama ada secara bayaran @ menggunakan dana dari PIBG. Pada pandangan saya ini penting bagi mengisi masa, aktiviti, menambah ilmu kepada pelajar terutamanya pelajar yg lemah dalam mata pelajaran tertentu. 7. En. Mohd Faizuan bin Hassan Muhammad Adam Akif bin Mohd Faizuan 3 Cambridge Security harus menjaga lalulintas semasa pergi dan balik para pelajar bagi mengelak dari kejadian yang tidak diingini berlaku. 8. Pn. Zamrina binti Mansor Nurfadhiana binti Iswadi 3 Cambridge Buat kelas tuisyen hari minggu 9. En. Mohd Anuad bin Asli (AJK PIBG) Nadhirah Husna binti Mohd Anuad 5 Oxford 1. Menyediakan water cooler di sekolah 2. Menyediakan tong sampah di tepi atau di kawasan padang sekolah. 10. Pn. Rosma binti Abdullah (PK Pentadbiran) Mencadangkan supaya PIBG menyediakan Smart TV secara berkala demi kepentingan murid-murid SKAP. 11. En. Fazrul Hayat bin Sofaruddin (PK Kokurikulum) Abdul Razique bin Fazrul Hayat 2 Oxford 1. Mencadangkan supaya PIBG dapat menyumbang jersi untuk pasukan sekolah. 2. Mencadangkan supaya PIBG menanggung bayaran penyertaan sekiranya pasukan sekolah menyertai kejohanan anjuran pihak luar. 12. En. Abu Bakar bin Hussain (AJK PIBG) Muhammad Thaqifyudin Iman bin Abu Bakar 3 Harvard Mencadangkan supaya sumbangan PIBG bagi sesi persekolahan 2023/ 2024 boleh dikutip dengan kadar RM50 bagi setiap waris. 20 95
PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG (WARIS) PADA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 45/ 2023 SK AYER PUTEH BAGI SESI 2023/ 2025 JAWATAN NAMA AHLI PENASIHAT En. Mohamad Zamri bin Che Harun (GB SK AYER PUTEH) PENGERUSI (YDP) NAIB PENGERUSI (NYDP) SETIAUSAHA BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA WAKIL WARIS: 1. __________________________________________________ 2. __________________________________________________ 3. __________________________________________________ 4. __________________________________________________ 5. __________________________________________________ 6. __________________________________________________ WAKIL GURU: 1. __________________________________________________ 2. __________________________________________________ 3. __________________________________________________ 4. __________________________________________________ 5. __________________________________________________ PEMERIKSA KIRA-KIRA 1. __________________________________________________ 2. __________________________________________________ 21 95
22 95
Pihak Pengurusan Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh, Yang DiPertua PIBG, AJK serta seluruh warga PIBG merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada: TUAN HAJI AHMAD ZAMBERI BIN AHMAD Timbalan PPD Pengurusan Sekolah yang sudi merasmikan Mesyuarat Agung PIBGkali ke-45, 2023 Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada: JRS Sdn. Bhd. Mr. Tang dari I.Hashim & Associates Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Cawangan Pendang Proriders (M) Sdn. Bhd. Syed Sports Sdn. Bhd. Semua Guru serta AKP dan pekerja Serta semua pihak sama ada individu mahupun organisasi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberi sumbangan dan kerjasama dari segi masa, tenaga,kewangandanbuah fikiranbagimenjayakanmajlisinidengan jaya dan sempurna. Semoga segala usaha yang murni dapat diteruskan di masa hadapan. Segala kesyukurandipanjatkan, mohon keberkatan dan keredhaan Allah SWT..... 23 95
S K A P