The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MANUAL PENGURUSAN SKLB SESI 2023 2024 UNTUK PANDUAN DAN RUJUKAN SEMUA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wan Nurhaslinda, 2023-04-06 01:30:29

MANUAL PENGURUSAN SKLB SESI 2023 2024

MANUAL PENGURUSAN SKLB SESI 2023 2024 UNTUK PANDUAN DAN RUJUKAN SEMUA

0


ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Aluan Guru Besar 1 7 Teras Utama KPM 3 Visi KPM 4 PPPM 2013 – 2025 5 Elemen KBAT 6 Program TS25 7 Surat Pelantikan Jawatan dan Tugas Guru 8 Pelantikan Pentaksir (PBS) 9 Ikrar Perkhidmatan Awam 10 Falsafah Pendidikan Negara 11 11 Anjakan PPPM 12 Sejarah Sekolah 13 Logo dan Lagu Sekolah 14 Misi ,Visi dan Moto Sekolah 15 Piagam Pelanggan Sekolah 16 Waktu Persekolahan 17 Etika Profesionalisme Perkhidmatan 18 Modul Pengurusan Murid 23 Dasar- Dasar KPM 24 Senarai Nama Guru dan AKP 27 Takwim Sesi 2023/2024 28 Pengurusan Sekolah 43 Pengurusan Kurikulum 56 Pengurusan Hal Ehwal Murid 70 Pengurusan Kokurikulum 95


1 SEMANIS BICARA SEUNGKAP HARAPAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah kita kembali bertemu dalam naskah Manual Pengurusan Sekolah SK Labu Besar bagi tahun 2023/2024. Selaras dengan dasar dan hala tuju yang digariskan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM 2013-2025, kami warga SK Labu Besar terus komited dengan hasrat merealisasikan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia dan bertindak sebagai pemacu dan peneraju pendidikan berterusan. Kami akan bersama-sama mengorak langklah dengan penuh semangat bagi menghadapi tahun 2023/2024 yang pasti penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Sistem Pengurusan Sekolah Berkualiti berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SK@S) akan terus diamalkan dan dijadikan panduan dan rujukan untuk memenuhi matlamat dan objektif di sekolah ini sebagai showcase, selaras dengan kehendak Pejabat Pendidikan Daerah Kulim, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Transformasi Pendidikan pula akan dilaksanakan secara berterusan di sekolah ini. Yang pasti ia hanya akan berjaya dilaksanakan dengan komitmen berterusan semua pihak. Guru akan melibatkan diri dengan penuh aktif dalam melaksanakan tugas sebagai pemudahcara kepada anak didik, justeru pembangunan diri secara professional perlu menjadi fokus pada tahun ini. Manakala para pentadbir akan berperanan sebagai pemimpin instruksional dan sentiasa perlu meluangkan masa melatih dan membimbing rakan guru dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan disamping ALUAN GURU BESAR


2 menjadi agen perubahan bukan hanya di sekolah malah dalam persekitaran komuniti. Lanjutan dari pendekatan ini adalah diharapkan setiap guru dapat bersedia dan menilai pencapaian kendiri masing-masing terhadap tugas yang diamanahkan. Adalah menjadi harapan kami agar sokongan berterusan daripada semua peringkat iaitu Guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), pekerja swasta, PIBG, Komuniti, Agensi Kerajaan dan Swasta akan terus menyumbang kepada pencapaian aspirasi bagi melonjakkan kualiti sekolah dan kemenjadian murid seiring dengan fokus dan gerak kerja professional KPM 2023/2024. Semangat dan sikap kebersamaan amat perlu untuk membawa SK Labu Besar ke mercu kegemilangan dalam semua bidang. Semua warga perlu mengamalkan sikap positif, sanggup menerima perubahan dan menyediakan diri dan tindakan untuk menjuarai semua aspek ke arah kegemilangan Wawasan Mengoptimumkan Potensi Dan Memaksimumkan Keberhasilan Bagi Membina Generasi Pemimpin Masa Hadapan Perlu Sentiasa Mendepani Segala Tindakan Kita. Beberapa komponen penting Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Iaitu 5 Aspirasi Sistem, 6 Aspirasi Murid, Dan 11 Anjakan amat perlu terus difahami dalam merealisasikan dan melahirkan ciri-ciri murid abad ke-21. Akhir kata, saya amat bangga, komited dan berkeyakinan bahawa Manual Pengurusan Sekolah 2023/2024 SK Labu Besar mampu mentransformasi, menjana dan melonjak kegemilangan sekolah ini ke tahap yang terbilang menjelang 2025. Sekian, Salam Lestari Bersama. “MALAYSIA MADANI” “PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG” ……………………………………… (NUR AZIMA BINTI YA’ACOB) GURU BESAR SK LABU BESAR 09010 KULIM, KEDAH Azima


3 7 TERAS UTAMA KPM


4


5


6


7


8 Ruj. Kami : SKLB600-3/2/1( ) Tarikh : 19 MAC 2023 Kepada, ……………………………………… Sk Labu Besar 09010 Kulim, Kedah Darul Aman Tuan, PELANTIKAN JAWATAN DAN TUGAS GURU SK LABU BESAR SESI 2023/2024 Dengan segala hormat dan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan sekolah telah melantik tuan sebagai jawatankuasa yang tercatat di dalam Manual Pengurusan SK Labu Besar mengikut bidang seperti di lampiran: I. Bidang Kurikulum II. Bidang Hal Ehwal Murid III. Bidang Kokurikulum IV. Tugasan Khas 3. Pelantikan ini berkuatkuasa dari 19 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024. 4. Pihak pengurusan sekolah berharap agar tuan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan ini dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab selaras kehendak visi dan misi sekolah serta Dasar Pendidikan Kebangsaan. 5. Perhatian dan komitmen daripada tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (NUR AZIMA BINTI YA’ACOB) Guru Besar SK Labu Besar 09010 Kulim, Kedah KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN LABU BESAR 09010 KULIM KEDAH DARUL AMAN KOD SEKOLAH : KBA5009 Tel/Fax : 04 – 4037688 Azima


9 Ruj. Kami : SKLB600-4/2/4( ) Tarikh : 19 MAC 2023 Kepada, ……………………………………… Tuan, PELANTIKAN SEBAGAI PENTAKSIR PBS MATA PELAJARAN SESI 2023/2024 Dengan segala hormat dan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tuan telah dilantik sebagai Pentaksir Sekolah bagi mata pelajaran ……………………………………….. 3. Pelantikan ini berkuatkuasa dari 19 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024. 4. Pihak sekolah berkeyakinan penuh bahawa tuan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan ini dengan baik. 5. Perhatian dan komitmen daripada tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah (NUR AZIMA BINTI YA’ACOB) Guru Besar SK Labu Besar 09010 Kulim, Kedah KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN LABU BESAR 09010 KULIM KEDAH DARUL AMAN KOD SEKOLAH : KBA5009 Tel/Fax : 04 – 4037688 Azima


10 Saya …………………………………………………………………………………………. yang telah dilantik berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, membuat ikrar di sini, bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, kami patuh dan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas-tugas ke arah ini, kami: Berazam meninggikan mutu perkhidmatan Bekerja dengan penuh tanggungjawab Berusaha mengikis sikap mementingkan diri Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh Negara Berpegang teguh kepada ajaran agama Tandatangan Pegawai / Kakitangan Nama : ……………………………………………….. Tarikh : ……………………………………………….. IKRAR PERKHIDMATAN AWAM


11 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


12 ANJAKAN1 : Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa ANJAKAN 2 : Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris ANJAKAN 3 : Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai ANJAKAN 4 : Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan ANJAKAN 5 : Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di tempatkan setiap sekolah. ANJAKAN 6 : Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. ANJAKAN 7 : Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia ANJAKAN 8 : Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian. ANJAKAN 9 : Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. ANJAKAN 10 : Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. ANJAKAN 11 : Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung. PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


13 SEJARAH SEKOLAH Sejarah asal sekolah ini dimulai dengan bangunan kayu beratapkan bertam dianyam corak “Siku Keluang” yang berlantaikan tanah, telah dibina oleh 10 orang penduduk kampung. Siap pada tahun 1938 dan Guru Besar yang pertama ialah Tn. Hj Ismail bin Abdullah. Jumlah murid ketika itu 40 orang murid lelaki dan bertambah pada tahun berikutnya sehinggalah menjadi 240 orang murid. Pada tahun 1949, kerajaan telah mengambil alih pengurusan sekolah ini dan seramai 4 orang guru dihantar sebagai tenaga pengajar. Pada tahun 1952, kerajaan telah membina bangunan batu dan Tn. Hj Sham bin Kadim dilantik menjadi guru besar kerajaan yang pertama. Pada tahun 1956 DYMM Tengku Abdul Halim Muazam Shah Raja Muda Kedah telah merasmikan bangunan Sekolah Kebangsaan Labu Besar.


14 LOGO DAN LAGU SEKOLAH LAGU SEKOLAH SKLB..Sekolah Kebangsaan Labu Besar Tekun dan sabar tangga kejayaan Menjadi tonggak amalan pelajar Kuat azam terus belajar Agar mencapai kejayaan Semoga tercapai apa yang dituju Untuk sekolah juga tanah air ku Teruskan..teruskan.. Teruskan dan berjaya Teruskan wawasan kita Bersatu..bersatu.. Bersatu dan berjaya Bersatu..bersatu.. Bersatu dan berjaya BERJAYA!


15 SLOGAN MENJANA KECEMERLANGAN MOTO SEKOLAH TEKUN DAN SABAR TANGGA KEJAYAAN VISI PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MISI MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA SKLB KOKURIKULUM CEMERLANG, AKADEMIK GEMILANG, SAHSIAH TERBILANG PPDKBB SMART 2020 SEDERAP MEMACU ASPIRASI ROH TRANSFORMASI JPN ASPIRASI KEDAH UNGGUL 2020 BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI KPM SIRE STRONG IMPLEMENTATIONS, RAPID EXECUTIONS PELAKSANAAN YANG MANTAP, TINDAKAN YANG PANTAS VISI, MISI DAN MOTO SEKOLAH MOTO, VISI DAN MISI SEKOLAH ASPIRASI PENDIDIKAN


16 PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH Kami, warga Sekolah Kebangsaan Labu Besar dengan penuh tekad dan iltizam akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk: Bersikap adil terhadap semua murid tanpa mengira latar belakang sosial, ekonomi, politik, keturunan, kepercayaan serta paras rupa Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara warga sekolah dan penduduk setempat Sentiasa menumpukan perhatian yang seimbang dalam kurikulum dan kokurikulum Memastikan pengurusan dan pentadbiran sekolah berjalan lancar, cekap, harmonis dan sempurna Bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran daripada semua pihak untuk kebaikan bersama


17 WAKTU MASA TAHUN 1, 2 DAN 3 TAHUN 4 ,5 DAN 6 LOCENG PERTAMA 0730 0730 1 0745-0815 0745-0815 2 0815-0845 0815-0845 3 0845-0915 0845-0915 4 0915- 0945 0915- 0945 5 0945-1015 0945-1015 6 1015-1045 1015-1045 7 1045-1115 1045-1115 8 1115-1145 1115-1145 9 1145-1215 1145-1215 10 1215-1245 12.5-1245 11 1245- 1315 1245- 1315 Catatan Ahad-Isnin 0745-1315 Selasa-Khamis 0745-1245 Ahad-Selasa 0745-1315 Rabu-Khamis 0745-1315 WAKTU PERSEKOLAHAN


18 1. MASA BERTUGAS GURU KETETAPAN SESI PAGI 1.1 Waktu masuk : Sebelum 7.30 pagi pada setiap hari persekolahan 1.2 Waktu balik : Selepas 2.00 petang 1.3 Hari Sabtu : Bergantung kepada aktiviti yang dijalankan, guru – guru perlu hadir pada 8.00 pagi hingga sekurang – kurangnya jam 12.30 tengah hari. 1.4 Masa bertugas Penolong – Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran: 1.4.1 Penolong Kanan Pentadbiran 7.30 pagi hingga 2.30 petang 1.4.2 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pada hari – hari ditetapkan 1.4.3 Penolong Kanan Kokurikulum (mengikut Jadual Bertugas Pentadbir) 1.5 Jadual aktiviti sukan/aktiviti kokurikulum/ tugas khas – wajib hadir mengikut ketetapan yang akan diberitahu. 1.6 Guru yang melaksanakan tuisyen perlu membuat surat permohonan kepada pentadbir sekolah. Guru hanya dibenarkan membuat tuisyen 4 jam sahaja sekiranya lebih dari 4 jam, guru boleh dikenakan kompaun RM3000 dan pentadbir dikenakan surcharge. 2. KEHADIRAN 2.1 Rekod Kehadiran 2.1.1 Semua guru wajib merekodkan kehadiran (waktu hadir dan waktu pulang) dalam sistem Kad Perakam Waktu kerja. Guru perlu memaklumkan pergerakan keluar contoh: mesyuarat / bengkel / kursus dan merekod dalam Buku Pergerakan Keluar Guru. 2.1.2 Jika tidak dapat hadir sekolah kerana sakit guru dan staf perlu: 2.1.2.1 Telefon, mesej ke sekolah kepada Guru Besar/Pen. Kanan dengan kadar segera memaklumkan sakit dan memohon cuti sakit dan perlu memaklumkan dengan kadar segera kepada Guru Penolong Kanan supaya jadual ganti kelas dapat segera disediakan. 2.1.2.2 Serahkan Sijil Sakit untuk pengesahan Guru Besar dan seterusnya kepada Pembantu Operasi untuk rekod. 2.1.2.3 Cuti Bersalin: sebaik sahaja mendapat sijil Cuti Bersalin, perlu serahkan dengan kadar segera untuk urusan pengambilan Guru Ganti 2.1.3 Semasa bertugas, semua staf perlu berada di dalam kawasan sekolah. Jika perlu meninggalkan kawasan sekolah untuk tujuan urusan rasmi / kecemasan, semua staf perlu : 2.1.3.1 Memaklumkan kepada Guru Besar atau Penolong Kanan Pentadbiran (jika Guru Besar bertugas di luar sekolah), untuk tujuan kebenaran. 2.1.3.2 Semua staf yang perlu keluar kawasan sekolah mesti melengkapkan Buku Permohonan Keluar Sekolah dan memasukkan dalam Sistem Kehadiran semasa hendak keluar. 2.1.4 Guru/Staf yang mendapat Cuti Istimewa kerana isteri bersalin (7 hari) atau ahli keluarga terdekat meninggal dunia (3 hari kerana kematian suami /isteri / ibu kandung/bapa kandung / anak/ ibu dan bapa mertua) perlu memaklumkan kepada Pembantu Tadbir untuk dimasukkan dalam sistem kehadiran (Hrmis). 2.1.5 “Time – Off slip” yang diperolehi daripada doktor tidak boleh digunakan untuk mendapatkan cuti. Slip ini hanya dokumen yang mengesahkan bahawa guru keluar daripada kawasan sekolah dan diperakukan oleh doktor berkenaan bahawa seseorang guru itu telah menerima rawatan pada masa berkenaan. Kehadiran hari tersebut dikira selepas 4 jam berada di sekolah. 3 CUTI REHAT 3.1 Guru layak memperoleh 10 hari atau 15 hari (berkhidmat melebihi 10 tahun) hari Cuti Rehat Khas (CRK) dalam 1 tahun. Cuti rehat bukan hak, ertinya ia hanya dibenarkan diambil setelah permohonan dibuat terlebih dahulu, disokong oleh Penolong Kanan (bagi guru) / Ketua Pembantu Tadbir (bagi staf sokongan) sebelum diluluskan oleh Guru Besar. Peraturan Dalaman Jabatan Pendidikan Negeri telah menetapkan bahawa cuti hendaklah ditaburkan sepanjang tahun, dengan separuh untuk 6 bulan pertama dan separuh lagi untuk 6 bulan kedua. ETIKA PROFESIONALISME PERKHIDMATAN SK LABU BESAR


19 3.2 Prosedur Permohonan Cuti Rehat: 3.2.2 Rancang cuti / bincang dengan Penolong Kanan untuk disokong 3.2.3 Isi Borang (hrmis) Permohonan Cuti dan memohon kelulusan daripada Guru Besar 3.2.4 Permohonan mendadak /segera melalui telefon adalah sangat tidak digalakkan. 3.3 Guru yang memohon CRK di WAJIBKAN mendapat penggantian (oleh guru lain) sebelum menghantar borang untuk permohonan dan kelulusan. Sekiranya tiada penggantian, guru diminta menggantikan waktu tersebut pada waktu lain atau menyediakan bahan PdP yang lengkap serta serahkan kepada PK Pentabdiran. 4 SEKOLAH ADALAH KAWASAN TEMPAT KERJA 4.1 Semua guru mesti sentiasa berada di dalam kawasan sekolah/ di dalam kelas (jika ada kelas) 4.2 Guru dilarang berniaga / menerima kedatangan jurujual yang tidak dibenarkan oleh pihak pentadbir sekolah 4.3 Guru tidak dibenarkan membawa orang asing ke kawasan sekolah tanpa mendapat kebenaran Guru Besar 5 PAKAIAN & KASUT 5.1 Semua guru dan semua staf sokongan adalah Penjawat Awam dan dengan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Berpakaian Penjawat Awam semasa menjalankan tugas rasmi dan semasa berada di dalam kawasan bertugas.(Ruj:SPP Bil. 2 Tahun1985, Pekara 6 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993, SPP Bil 1/2006, SPP Bil1/2008, SPP Bil 9/2013). 5.2 Penampilan diri, khususnya pemilihan pakaian ke pejabat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan. Penampilan tidak semestinya perlu berlumba-lumba mengikut perubahan fesyen seumpamanya pakaian ke pejabat merupakan satu bentuk peragaan. Yang penting, ia perlu sopan, bersesuaian dan tidak menjolok mata, tidak ketat agar ianya tidak menyalahi tuntuan agama dan budaya masing-masing serta peraturan yang ditetapkan 5.3 Semua guru dan semua staf sokongan adalah mestilah memakai kasut bertutup, berwarna gelap, stoking berwarna gelap (lelaki), kasut hendaklah bertumit tidak lebih dari 2.0” (perempuan). 6 SEMUA GURU ADALAH PENGUATKUASA DISIPLIN MURID (Rujuk SPI dilampirkan) 6.1 Guru hendaklah bertindak dengan menegur / mengambil tindakan kepada masalah disiplin murid, khasnya dalam aspek – aspek berikut: 6.1.2 Adab dengan guru dan adab sesama murid 6.1.3 Peraturan di kantin 6.1.4 Merayau di luar kelas/bilik darjah 6.1.5 Ketrampilan sebagai murid sekolah (pakaian sekolah/rambut) 6.1.6 Vandalisma, khususnya perabot di dalam kelas dan harta benda sekolah amnya 7 FAIL REKOD MENGAJAR 7.1 Setiap guru akan diberikan sebuah fail rekod mengajar dan buku rekod pemantauan PdPc, guru bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut 7.2 Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan dilengkapkan dengan maklumat – maklumat berikut: (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999 dan P.U.(A)) 531 – Peraturan – peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1977, iaitu: 7.2.2 Butir Peribadi Guru 7.2.3 Jadual Waktu Peribadi dan Kelas 7.2.4 Sukatan Pelajaran / DSKP 7.2.5 Rancangan Pelajaran 7.2.6 Senarai Buku Teks dan Buku Rujukan 7.2.7 Rancangan Tahunan dan Rancangan Harian 7.2.8 Markah Ujian / Peperiksaan yang dikemaskini 7.2.9 Catatan Kehadiran Mesyuarat / Bengkel / Kursus 7.3 Fail Rekod Mengajar mesti dibawa ke kelas semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas dalam 5.2) 7.4 Fail ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Khamis atau hari terakhir persekolahan untuk disemak dan ditanda tangani oleh pentadbir sekolah


20 7.5 Jika seseorang guru bercuti atau berkursus, Fail Rekod Mengajar perlu diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran 8 MESYUARAT / TAKLIMAT / PERJUMPAAN GURU 8.1 Semua guru diwajibkan menghadiri mesyuarat / taklimat yang diberikan oleh Guru Besar/ Penolong Kanan seperti yang telah ditetapkan. 8.2 Sekiranya seseorang guru tidak dapat hadir kerana sesuatu sebab, guru berkenaan hendaklah memaklumkan kepada Guru Besar sekurang – kurangnya sehari sebelum mesyuarat dengan menyerahkan Surat Makluman Sebab Ketidakhadiran. 8.3 Guru – guru juga wajib hadir dalam mesyuarat yang dikendalikan oleh Ketua Panitia / Setiausaha Sukan / Ketua – ketua Penasihat Persatuan/Kelab/Unit dan mana – mana jawatan yang seumpamanya. 8.4 Semua ketidakhadiran guru perlu disusuli dengan Surat Tunjuk Sebab Ketidakhadiran kepada Guru Besar 9 MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI) 9.1 Jadual ganti akan dibuat oleh Penolong Kanan Kurikulum setiap hari persekolahan. 9.2 Guru – guru yang perlu bertugas di luar seperti perlu menghadiri mesyuarat/ kursus dan sebagainya perlu merancang kerja untuk murid dan serahkan bahan-bahan kepada Penolong Kanan Pentadbiran untuk kegunaan Guru Ganti 9.3 Semua guru perlu tahu jadual ganti yang akan ditentukan oleh Penolong kanan Pentadbiran, semua guru yang telah mengetahui tarikh kursus, perlu menyediakan bahan dan agar dapat digunakan oleh guru ganti. 9.4 Semua Ketua Panitia perlu memastikan bahawa semua panitia di bawahnya menyediakan bahan untuk digunakan sewaktu relief (guru relief apabila ada guru yang sakit) 10 JADUAL WAKTU / JADUAL GANTI 10.1 Guru Kelas hendaklah memastikan satu salinan Jadual Waktu Kelas dipamerkan di dalam kelas sendiri. 10.2 Semua guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar sepenuhnya. 10.3 Guru – guru yang mengajar mesti berada di dalam kelas / tempat mengajar mengikut jadual yang ditetapkan. Guru – guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas kecuali dipanggil oleh Guru Besar/Penolong Kanan atas tugas rasmi. 10.4 Semua guru mesti mematuhi Jadual Waktu Ganti yang ditetapkan kerana Jadual Waktu Ganti dianggap sebagai waktu mengajar. Oleh itu, guru mesti berada dalam kelas sewaktu Jadual Waktu Ganti. 10.5 Jadual guru ganti harian akan ditampal disetiap aras oleh Pembantu Operasi. 11 MELAKSANAKAN ARAHAN / TUGAS 11.1 Apabila diarahkan melaksanakan sesuatu tugas, contohnya mewakili sekolah membawa murid/menghadiri mesyuarat/mengarahkan murid melakukan sesuatu tugas, maka tugas itu hendaklah dilakukan oleh guru berkenaan dan staf yang ditugaskan tidak dibenarkan mengarahkan orang lain tanpa kebenaran Guru Besar. 11.2 Sekiranya sesuatu tugas itu terpaksa diserahkan kepada staf lain walaupun dipersetujui oleh staf yang menggantikan, mestilah mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu. 11.3 Tugas pengurusan yang sepatutnya dilakukan oleh guru tidak boleh diserahkan kepada murid, contohnya memegang / menyimpan kunci bilik – bilik khas di sekolah menanda Buku Jadual Kedatangan, dan seumpamanya. 12 PENGGUNAAN ALAT / PERALATAN MILIK SEKOLAH 12.1 Guru – guru mesti bertanggungjawab menjaga alat / peralatan milik sekolah yang digunakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 12.2 Barang – barang/peralatan yang dipinjamkan hendaklah dipulangkan setelah menggunakannya. Barang – barang/peralatan milik sekolah tidak boleh dibawa balik ke rumah tanpa kebenaran pentadbir sekolah. 12.3 Sebarang kerosakan / kehilangan perlu dilaporkan dengan segera.


21 13 KESELAMATAN PELAJAR 13.1 Semua guru yang mengajar dalam bilik darjah, bilik sains, bilik – bilik khas, surau, bengkel – bengkel, padang adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan murid di bawah jagaannya. Oleh itu, guru hendaklah berhati – hati dan mengawal rapi gerak – geri murid supaya tidak berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan. 13.2 Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani sentiasa dibawah kawalan guru dan tidak boleh dijalankan di padang semasa hujan, waktu guruh dan kilat. 13.3 Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, guru yang bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan segera dan melaporkan kepada guru bertugas dan Guru Besar/Penolong Kanan. 13.4 Ketua Panitia Mata Pelajaran adalah bertanggungjawab menyediakan prosedur langkah – langkah keselamatan bagi bidang mata pelajaran masing – masing. 13.5 Guru Kelas / Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab melaporkan kepada Guru Besar/ Penolong Kanan sebarang kerosakan peralatan atau apa sahaja unsur - unsur bahaya. 14 BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SEBAGAI AHLI (BKGKT) 14.1 Semua guru yang mengajar di sekolah ini dan AKP secara automatik adalah ahli. 15 ORANG LUAR BERJUMPA GURU / MURID 15.1 Orang luar termasuk jurujual tidak boleh berjumpa guru dan kakitangan tanpa kebenaran Guru Besar/ Penolong Kanan. 15.2 Orang luar (dengan kebenaran masuk ke kawasan sekolah) dilarang berjumpa guru atau murid di bilik darjah semasa guru mengajar. 16 MENULIS SURAT RASMI 16.1 Semua surat berkaitan hal sekolah atau perjawatan hendaklah ditulis melalui Guru Besar supaya disalurkan kepada pihak tertentu dengan tatacara yang ditetapkan. 16.2 “Letterhead” sekolah hanya boleh digunakan dengan kebenaran Guru Besar dan surat “Letterhead” sekolah wajib ditandatangani oleh Guru Besar. 17 KUNJUNGAN GURU KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI / PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 17.1 Guru tidak dibenarkan ke Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi pada waktu sekolah. 17.2 Guru perlu memakai pakaian bekerja dengan tanda nama semasa membuat kunjungan ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan rasmi. 18 BILIK GURU 18.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan segala peralatan di dalam bilik guru. 18.2 BKGKTadalah bertanggungjawab menguruskan bilik guru dan membentuk Jawatankuasa Bilik Guru. 19 BUKU STOK / INVENTORI / KUNCI SEKOLAH 19.1 Ketua Panitia / Guru Penyelaras Unit bertanggungjawab menguruskan Buku Stok atau inventori dan memastikan maklumat dalam stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa olen Guru Besar / Penolong Kanan. 19.2 Semua kunci mesti disimpan di pejabat sekolah. Guru yang menyimpan kunci bilik – bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Guru Besar.


22 20 AKTIVITI HARI SABTU / JUMAAT / CUTI UMUM Kawasan sekolah adalah kawasan larangan pada hari – hari bukan persekolahan. Mana – mana aktiviti tidak dibenarkan dijalankan di kawasan sekolah pada hari cuti, kecuali: 20.1 Aktiviti kokurikulum yang rutin; contohnya aktiviti sepanjang tahun seperti: 20.1.2 Pasukan Unit Beruniform / Kelab Seni Mempertahankan Diri 20.1.3 Aktiviti bermusim seperti Permainan / Olahraga 20.2 Aktiviti One Off; contohnya pertandingan / aktiviti pentas yang telah ditetapkan 20.3 Syarat: 20.3.2 Disertai oleh Guru Penasihat 20.3.3 Ada senarai murid yang terlibat dalam rekod Guru Penasihat 20.3.4 Guru Penasihat membuatkan jadual, edarkan kepada Guru Besar / PKP / PKH / PKK dan Pengawal Keselamatan Sekolah 20.3.5 Murid tidak boleh merayau di kawasan lain selain daripada tempat aktiviti. 21 PERHIMPUNAN SEKOLAH 21.1.1 Perhimpunan Rasmi – Setiap Hari Ahad 21.1.2 Semua murid berada di tapak perhimpunan. 21.1.3 Dikendalikan oleh Guru Bertugas. 21.1.4 Keberadaan guru semasa perhimpunan rasmi adalah diwajibkan 21.1.5 Perhimpunan bulanan kokurikulum setiap Ahad minggu ketiga. 22 SURAT KEBENARAN WARIS 22.1 Semua aktiviti sekolah yang dilaksanakan di luar kawasan sekolah atau di luar waktu persekolahan: 22.1.2 Guru Penasihat / Penyelaras bertanggungjawab mengeluarkan Surat Kebenaran Waris untuk ditandatangan oleh Guru Besar (tiga hari sebelum program). 22.1.3 Setelah menulis nama murid pada surat tersebut guru besar akan tandatangan secara hidup atau dicop Sekolah (bulat) pada di bahagian bawah sebelah kanan surat. 22.1.4 Ini adalah untuk mengelakkan sebarang unsur penyelewengan penggunaan surat kebenaran waris oleh murid lain.


23 1.0 Pengenalan MPM merupakan pelantar rasmi yang penting dan sah dari segi perundangan dan kewangan. Ia juga digunakan bagi merekod kedatangan murid setiap hari persekolahan dan sebagai rujukan maklumat murid. 1.1 Guru kelas wajib mengisi kehadiran secara online dalam sistem APDM selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari setiap hari persekolahan. PERATURAN PONTENG SEKOLAH ORDINAN PELAJARAN 1957, PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959 BILANGAN HARI PELAJAR TIDAK HADIR BERTERUSAN : AMARAN PERTAMA 3 HARI AMARAN KEDUA 3 + 7 HARI = 10 HARI AMARAN KETIGA 10 + 7 HARI = 17 HARI BUANG SEKOLAH 17 + 14 HARI = 31 HARI BILANGAN HARI PELAJAR TIDAK HADIR BUKAN BERTURUT-TURUT : AMARAN PERTAMA 10 HARI AMARAN KEDUA 10 + 10 HARI = 20 HARI AMARAN KETIGA 20 + 20 HARI = 40 HARI BUANG SEKOLAH 40 + 20 HARI = 60 HARI MODUL PENGURUSAN MURID (MPM)


24 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 Sistem pendidikan Negara perlu ditransformasikan secara menyeluruh untuk memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia yangbersedia untuk menghadapi cabaran abad ke-21.Transformasi ini merupakan tanggungjawab yang sukar dicipta tanpa kerjasama dan sokongan padu semua pihak yang berkepentingan.Kementerian perlu merancang dengan teliti supaya langkah yang diambil tidak terlalu membebankan dan supaya penambahbaikan dilaksanakan secara berterusan.Transformasi ini dirancang untuk jangka masa 13 tahun. Fokus awal ialah menangani kelemahan dalam sistem sedia ada dan menyediakan asas sistem pendidikan baharu secara radikal. Gelombang transformasi seterusnya akan memacu penambahbaikan ke arah mendorong inovasi berterusan untuk melahirkan generasi muda yang cemerlang pada peringkat antarabangsa dan berupaya menghadapi cabaran. OBJEKTIF UTAMA 1. Memahami prestasi dan cabaran semasa Sistem Pendidikan Malaysia dengan tumpuankepada akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. 2. Mewujudkan Visi dan Aspirasi yang jelas untuk system pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun akan datang. 3. Menggariskan program transformasi bagi sistem pendidikan, termasuk perubahan penting dalam Kementerian Pelajaran Malaysia. 3 GELOMBANG 1. Gelombang 1 (2012-2015 = RMK10) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas. 2. Gelombang 2 (2016-2020 = RMK 11) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem. 3. Gelombang 3 (2021-2025 = RMK 12) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel. 5 ASPIRASI SISTEM 1. AKSES - 100% enrolmen merentas semua tahap (dari Prasekolah hingga menengah atas menjelang 2020) 2. KUALITI dalam kalangan Negara - Kelompok 1/3 ke atas berdasar pentaksiran PISA, TIMSS 3. EKUITI - 50% mengurangkan jurang pencepaian antara bandar-luar bandar, jantina dan merapatkan jurang sosio-ekonomi menjelang 2020. 4. PERPADUAN - Sistem yang memberi murid nilai dan pengalaman bersama dalam kepelbagaian. 5. KECEKAPAN - Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid dalam bajet tahun semasa. 6 ASPIRASI MURID 1. Pengetahuan 2. Kemahiran Berfikir 3. Kemahiran Memimpin 4. Kemahiran Dwibahasa 5. Etika dan Kerohanian DASAR-DASAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


25 6. Identiti Nasional. 1. 100% literasi murid dalam Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) dan menguasai kemahiran numerasi selepas 3 tahunpersekolahan; sasaran untuk BI akan ditentukan selepas garis asas diperoleh. 2. 92% Prasekolahan; 98% Sekolah Rendah ;95% enrolmen Menengah Rendah. 3. Pengurangan 25% jurang antara bandar dengan luar bandar. 4. Mempertingkatkan prestasi kualiti pendidikan Malaysia berdasar pentaksiran PISA dn TIMSS. 5. Pada akhir Gelombang 1- Enrolmen murid prasekolah dan rendah mencapai 100%, manakala enrolmen menengah atas mencapai 90%. 6. Pada akhir Gelombang 2- Mengurangkan 50% jurang antara bandar dan luar bandar, dan mengurangkan 25% jurang jantina dan sosio-ekonomi. 7. Pada akhir Gelombang 1- Memperbaiki kedudukan(ranking) Negara dalam kelompok 1/3 teratas berdasar pentaksiran PISA dan TIMSS. 8. Pada akhir Gelombang 1- Mengekalkan atau meningkatkan enrolmen murid. 9. Pada akhir Gelombang 1- Mengekalkan atau mengurangkan jurang bandar dengan luar bandar; dan mengurangkan 50% jurang sosio-ekonomi dan jantina murid. 11 ANJAKAN PENDIDIKAN 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai. 4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. 5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. 6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. 7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. 8. Mentranformasi kebolehanupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian. 9. Berkerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. 11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung. 1. Melaksanakan inovasi ICT untuk sekolah pendalaman, sekolah kurang guru dan sekolah murid untuk menangani isu kapasiti. 2. Menyediakan kemajuan berdasarkan kompetensi dan prestasi serta menambahbaik latihan pra perkhidmatan untuk memugarkan profesion perguruan 3. Memperluaskan bimbingan dan sokongan untuk membantu guru bagi menambah pengetahuan dalam semua mata pelajaran, pemikiran, kepemimpinan, etika/kerohanian dan identiti nasional. 4. Memperluaskan tawaran pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan dengan pembekal pendidikan vokasional swasta. 5. Menambah baik kurikulum peringkat rendah dan melaksanakan kurikulum baharu peringkat menengah bagi meningkatkan standard kandungan dan pembelajaran setanding dengan standard antarabangsa. 6. Mengukuhkan bahagian utama KPM, menyusun semula peranan Kementerian, JPN, PPD untuk meningkatkan kebolehan dan keupayaan pelaksanaan. 7. Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti Orang Asli dan kumpulan minoritI lain, pintar cergas dan berkeperluan khas. GELOMBANG PERTAMA 2013-2015 (9 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA) GELOMBANG KEDUA 2016-2020


26 8. Menghentikan kelas peralihan, menjalankan rintis bagi pilihan untuk Immersion Bahasa Inggeris dan mengukuhkan penyediaan pendidikan bahasa ketiga untuk meningkatkan penggunaan pelbagai bahasa. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (Intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan di sekolah oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik. DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS (MBMMBI) Dasar memartabatkan Bahasa Malaysia memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) merupakan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan setelah pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia melibatkan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar bagi matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Tujuan utama memartabatkab Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina Negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia. Matlamat utama MBMMBI adalah melahirkan warga Malaysia yang fasih dan yakin untuk menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang standard, membina modal insan yang mampu mengakses pelbagai bidang ilmu memalui pelbagai media seperti ICT serta membentuk murid yang mempunyai jati diri yang kuat, progresif, dinamik dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa ke arah mencapai Negara maju. SARANA IBU BAPA Satu Inisiatif Kebangsaan digunakan oleh ibu bapa bagi membangun, memantap dan memperkasa penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak. Objektif: Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak – anak di dalam dan di luar sekolah. SARANA SEKOLAH Inisiatif Kebangsaan yang digunakan oleh sekolah untuk meningkatkan kerjasama antara sekolah, ibu bapa dan komuniti bagi menggalakkan ibu bapa dan komuniti lebih terlibat dalam pembelajaran murid. Objektif: Meningkatkan kerjasama antara ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah dalam menyediakan 6 elemen yang menyokong pembelajaran bagi membantu murid mencapai kecemerlangan holistik. SATU MURID SATU SUKAN (1M 1S) Dasar Satu Murid 1 Sukan (1M1S) mewajibkan semua murid menyertai sekurang – kurangnya 1 aktiviti sukan di sekolah. Dasar ni menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.


27 BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN GRED NO.KP NO.TEL JPK(P)01- 1. NUR AZIMA BINTI YA‟ACOB GB DG44 (KUP) 730111-02-5396 019-5757052 43129 2. FATIMAH BINTI ABD. HAMID PK1 DG44 (KUP) 650130-07-5460 019-4097065 83532 3. NOOR HAYATI BINTI BAHARI PK HEM DG42(KUP) 741114-02-5686 019-4981411 50589 4. WAN NURHASLINDA BINTI WAN MAZUKI PK KK DG44 (KUP) 770827-11-5270 019-8776991 75448 5. ABDUL GHANI BIN ABDUL KARIM GAG DG48(KUP) 720902-02-5369 011-24373671 77661 6. ABU BAKAR BIN SAHARI GAB DG42 (KUP) 660420-02-5997 019-4355414 43215 7 AZIZUL RAHIM BIN ISMAIL GAB DG44(KUP) 830623-08-5219 019-5049597 68084 8 AZLINAWATI BINTI YAAKOB GAB DG42 751227-02-6246 019-9456869 83671 9 AZURA BINTI MOHAMAD GAB DG41 870715-02-5746 013-4851128 77298 10 BASIRAH BT BACHARUDIN GAB DG42 (KUP) 700817-07-5662 017-4521789 48000 11 CHITHRRA A/P DAMODHARAN GAB DG44 840527-07-5554 016-4653591 81005 12 FADZILAH BINTI JAHAYA GAB DG42(KUP) 771115-07-6466 019-5753548 60979 13 FAIZAL BIN HASHIM GDM DG41 880308-08-5011 011-57460242 77663 14 FARIDAH BINTI MUDA GPRA DG42 770402-11-5670 013-7060515 81259 15 GUNASELAN A/L GOVINDASAMY GAB DG34 781219-02-5427 014-9409120 16 HUSNITA BINTI HASSAN @YAHYA GAG DG44(KUP) 800331-02-5284 012-6967697 62149 17 MARZUKI BIN ABU BAKAR GAB DG48(KUP) 650518-02-5259 013-4300076 53457 18 MASITA BINTI ISMAIL GAB DG48(KUP) 780727-07-5338 019-4729376 58119 19 MAZURA BINTI ABDUL AZIZ GPRA DG44(KUP) 691122-02-5288 019-4813081 41646 20 MOHD ASRI BIN ISMA‟IL GAB DG42(KUP) 760724-02-5839 019-4504300 60974 21 MOHD IZWAN BIN ABD RAHIM GAB DG42(KUP) 830320-02-6107 019-4743548 74449 22 MOHD NOOR SAFWAN BIN MD NOOR GAB DG41 891008-02-5879 019-4182485 79286 23 MOHD SUYUTY BIN ISMAIL GAG DG48 710327-02-6007 011-21306132 51492 24 NOOR AIZAH BINTI ILIAS GAG DG44 850610-02-5346 013-6481560 81293 25 NOOR AZLIN BINTI TEH GAB DG42(KUP) 771019-02-5300 013-4488528 61009 26 NOOR AZLINDA BINTI ABDULLAH GAG DG41 870801-02-5208 019-6404818 69744 27 NORMASITA BT. ELIAS GAB DG42(KUP) 800915-02-5122 019-5262096 58545 28 NORUL FAZLIN BINTI ZAINAL KARIB GAB DG44(KUP) 841218-06-5314 016-3758563 77662 29 PUONESWARI A/P SUNDARAJOO GPM DG41 930811-02-5844 011-23647568 30 ROSLAN BIN MOHD YUSOFF GIT DG44(KUP) 770112-07-5885 012-5657770 67718 31 RUSMALIZA BINTI ABDUL RAHMAN GAG DG44 750101-02-7740 013-4880708 32 SHAMSUL AZRUL BIN SAARI GAB DG42(KUP) 810206-02-5129 010-4083112 66164 33 SITI ROHAYU BINTI ZAKARIA GAG DG41 840602-02-5404 019-4482128 34 SITI ZALEHA BINTI AHMAD GBS DG42(KUP) 640322-02-5506 019-4045473 30141 35 SUKINAH BINTI HASHIM GMA DG42 650516-02-5626 013-5907471 44678 36 SURIA BINTI ISMAIL GAB DG44(KUP) 760223-08-5622 013-4424197 46828 37 UZMA FARZANA BINTI RIDZUAN GAB DG41 991004-14-5048 013-3146696 38 ZARINA BINTI MOHAMAD GAG DG44 860630-02-5588 013-4619211 74152 39 ZURIANI BINTI HASSAN GAB DG42(KUP) 730215-02-5606 019-5708729 63184 ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA 1 HAFIZANI BINTI HAMID PT N22 750908-09-5082 012-4516194 72896 2 NURUL SYARWANI BINTI MANSOR PO N11 930528-02-5494 019-5021641 3 NOR AZIAN BINTI ISMAIL PPM N19 820628-02-5152 017-4431215 66061 4 NURUL FARAHIM BINTI GHAZALI PPM N19 920627-02-5570 019-4167043 5 MOHD SYAMSURI BIN YUSOP JTK FA29 821008-02-5121 013-4985173 66768 SENARAI NAMA GURU DAN AKP 2023/2024


0


28 TAKWIM PERSEKOLAHAN 2023/2024


29 CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKANOLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) KUMPULAN A KUMPULAN B CATATAN HARI RAYA AIDIL FITRI 22.04.2023 (Sabtu) dan 23.04.2023 (Ahad) 20.04.2023 (Khamis) 20.04.2023 (Khamis) Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM 21.04.2023 (Jumaat) HARI RAYA QURBAN 29.06.2023 (Khamis) 28.06.2023 (Rabu) 28.06.2023 (Rabu) Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM 30.06.2023 (Jumaat) HARI DEEPAVALI 12.11.2023 (Ahad) 13.11.2023 (Isnin) 13.11.2023 (Isnin)* Negeri Sarawak sahaja Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM 14.11.2023 (Selasa) TAHUN BARU CINA 10.02.2024 (Sabtu) 09.02.2024(Jumaat) Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM CATATAN: Hari Deepavali * : Tambahan cuti perayaan yang diperuntukan oleh KPM bagi Negeri Sarawak. Negeri lain dalam kumpulan B memperoleh cuti berganti yang diperuntukan oleh kerajaan. Pesta Keamatan : 30 & 31 Mei 2023 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2023/2024) (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) : 01 & 02 Jun 2023 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2023/2024) Hari Krismas : 25 Disember 2023 (Dalam Cuti Penggal 3, Sesi 2023/2024) Tahun Baru Cina : 10 & 11 Februari 2024 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan) Sesi 2023/2024 CUTI PERAYAAN 2023/2024


30 BIL HARI KELEPASAN TARIKH HARI 1 Tahun Baru Cina 29 Jamadilakhir 1444 01 Rejab1444 22 Januari 2023 23 Januari 2023 AHAD ISNIN 2 Thaipusam * 14 Rejab 1444 05 Februari 2023 AHAD 3 Awal Ramadhan 01 Ramadhan 1444 23 Mac 2023 KHAMIS 4 Hari Raya Puasa 01 Syawal 1444 22 April 2023 23 April 2023 SABTU AHAD 5 Hari Pekerja 10 Syawal 1444 01 Mei 2023 ISNIN 6 Hari Wesak 13 Syawal 1444 04 Mei 2023 KHAMIS 7 Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong 16 Zulkaedah 1444 05 Jun 2023 ISNIN 8 Hari Keputeraan Sultan Kedah * 29 Zulkaedah 1444 18 Jun 2023 AHAD 9 Hari Raya Qurban 10 Zulhijjah 1444 29 Jun 2023 ISNIN 10 Awal Muharram 01 Muharram 1445 19 Julai 2023 RABU 11 Hari Kebangsaan 14 Safar1445 31 Ogos 2023 KHAMIS 12 Hari Malaysia 30 Safar 1445 16 September 2023 SABTU 13 Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1445 28 September 2023 KHAMIS 14 Hari Deepavali 28 Rabiulakhir 1445 12 November 2023 AHAD 15 Hari Krismas 12 Jamadilakhir 1445 25 Disember 2023 ISNIN 16 Tahun Baru Cina 10 Februari 2024 11 Februari 2024 SABTU AHAD * Hari Kelepasan Am Negeri Kedah # Tertakluk Kepada Perubahan i) Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari kelepasan mingguan (Jumaat) atau hari kelepasan yang lain, maka hari itu diganti dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari kemudiannya itu juga merupakan hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan. ii) Jika hari kelepasan am jatuh pada hari rehat Sabtu, ianya tidak diganti dengan hari berikut HARI KELEPASAN AM NEGERI KEDAH


31


32


33


34


35


36


37


38


Click to View FlipBook Version