MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2021
SEKOLAH KEBANGSAAN LABU BESAR,
09010 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN.
Tarikh MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM
Hari BIL 1/2021
Masa
Tempat : 14.01.2021
Pengerusi : Khamis
: 11:00 pagi
: Secara atas talian (Google Meet)
: Pn. Fauziah binti Yusof - Guru Besar SK Labu Besar.
Kehadiran :
1. Pn. Fauziah binti Yusof (Guru Besar)
2. En. Yamin bin Nawi (PK Pentadbiran)
3. En. Zanari bin Zainon (PK Hem)
4. Cik Wan Nurhaslinda binti Wan Mazuki (PK Kokurikulum)
5. En. Marzuki bin Abu Bakar
6. En. Mohd Suyuty bin Ismail
7. Pn. Fadzilah binti Jahaya
8. Pn. Sukinah binti Hashim
9. Pn. Mazura binti Abdul Aziz
10. Cik Faizamastura binti Hamzah
11. En. Mohd Asri bin Isma’ail
12. Pn. Zarina binti Mohamad
13. Pn. Normasita binti Elias
14. Pn. Hamidah binti Zainol
15. En. Azizul Rahim bin Ismail
16. Pn. Zuraini binti Hassan
17. En. Mohd Izwan bin Abd Rahim
18. En. Abdul Ghani bin Abdul Karim
19. Pn. Norul Fazlin binti Zainal Karib
20. Pn. Basirah binti Bacharudin
21. En. Mohd Khairul Nizam bin Hazari
22. En. Faizal bin Hashim
23. En. Aziz bin Hasan
24. En. Mohd Noor Safwan bin Md Noor
25. En. Shamsul Azrul bin Saari
26. Pn. Masita binti Ismail
27. En. Muhammad Niza bin Abdullah
28. Pn. Chithrra a/p Damodharan
29. Pn. Faridah binti Muda
30. En. Mohamad Zaidi bin Abu Hasan
31. En. Roslan bin Mohd Yusoff
32. En. Abu Bakar bin Sahari
33. Pn. Noor Azlin binti Teh
34. En. Mohamad Affandi bin Abdul Aziz Kalimuthu
35. Pn. Husnita binti Hassan @ Yahya
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2021
36. Pn. Siti Zaleha binti Ahmad
37. Pn. Noor Hasliza binti Gazali
TIDAK HADIR BERSEBAB
1. Pn. Suria binti Ismail (Cuti Bersalin)
I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada guru yang dapat hadir ke
Mesyuarat Kokurikulum kali pertama 2021 secara atas talian menggunakan
aplikasi Google Meet.
2. Pengerusi mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi walaupun dalam suasana PKPB
semua guru dapat menyertai mesyuarat di kediaman masing-masing. Beliau
berharap agar mesyuarat ini berjalan dengan lancar.
3. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua guru atas kerja buat guru
sepanjang tahun 2020. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu
diberi penambahbaikan dan berharap semua guru dapat sama-sama berbincang
dan memberi cadangan bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah kita.
4. Bimbingan akan terus diberikan oleh ketua unit masing-masing bagi
memastikan segala gerak kerja untuk tahun ini dapat berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan.
5. Makluman dan Tindakan :Semua Guru
II. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG
LALU.
1. En Mohd Khairul Nizam bin Hazari mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu
disahkan.
2. Cadangan disokong oleh En Marzuki bin Abu Bakar.
Makluman dan tindakan: Semua Guru
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2021
III. PERKARA BERBANGKIT
7. Perkara 12: En Azizul Rahim bin Ismail. Ralat bagi pemenang Pingat Emas Kejohanan
Olahraga PKG. Yang sebetulnya ialah Kejohanan Olahraga MSSD – Pingat Emas
100m bawah 10 tahun.
IV. HALA TUJU PENGURUSAN BIDANG KOKURIKULUM 2021.
8. Berikut adalah hala tuju pengurusan bidang kokurikulum bagi sekolah kita.
i. Pengurusan berkualiti SKPMg2 dalam bidang kokurikulum iaitu dalam
pengurusan Kelab/persatuan, pengurusan badan beruniform dan pengurusan
sukan/permainan. Pengurusan dibuat berpandukan Standard 3.2. Semua
Pasukan Pelaksana Standard hendaklah menguasai TUMS dan mengetahui
Tahap Tindakan dan Kualiti Tindakan yang dilaksanakan.
ii. Kemenjadian murid dalam kokurikulum iaitu:
a. PENCAPAIAN MARKAH KOKURIKULUM MURID (PAJSK)
Sasaran:
10% pelajar mencapai gred A (TOV 7%)
80% pelajar mencapai gred B (TOV 72%)
10% pelajar mencapai gred C (TOV 20%)
0%pelajar mencapai gred D
80% pelajar mencapai purata gred kumulatif sekurang-kurangnya
6.0
b. ASPEK PENTAKSIRAN SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)
Sasaran:
100% pelajar memperolehi skor 8 (daripada 20) dan ke atas dalam
penglibatan aktiviti sukan dan kokurikulum
100% pelajar memprolehi skor 4 (daripada 20) dan ke atas dalam
tahap aktiviti sukan dan kokurikulum
100% pelajar memperolehi 8 (daripada 10) dan ke atas dalam
komitmen aktiviti sukan dan kokurikulum
100% pelajar mendapat skor 3 (daripada 10) dan ke atas dalam
khidmat sumbangan aktiviti sukan dan
Kokurikulum
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2021
100% pelajar mendapat kehadiran 36 (daripada 40) dan ke atas
dalam kehadiran aktiviti sukan dan kokurikulum
c. ASPEK PENTAKSIRAN AKTIVITI EKSTRA KURIKULUM (PAJSK)
Sasaran:
100% pelajar memperoleh SKOR 2 (daripada 10) dan ke atas dalam
penyertaan aktiviti ekstra kurikulum
d. PENCAPAN SUKAN DAN PERMAINAN
Sasaran:
Enam pencapaian sekurang-kurangnya tempat ketiga pada peringkat
daerah dalam sukan dan permainan
Johan Kriket, Memanah peringkat Daerah, Negeri
Mewakili negeri ke peringkat kebangsaan bagi pertandingan Kriket
(Adiwira Kriket)
e. PENCAPAIAN KOAKADEMIK
Sasaran:
Tujuh pencapaian sekurang-kurangnya tempat ketiga di peringkat
daerah dalam koakademik.
Tiga pencapaian sekurang-kurangnya tempat ketiga di peringkat
negeri dalam koakademik
f. PENCAPAIAN UNIT BERUNIFORM
Sasaran:
Empat pencapaian sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam
pertandingan unit uniform peringkat daerah
Dua pencapaian sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam
pertandingan unit uniform peringkat negeri.
Makluman dan tindakan: Semua Guru
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2021
V. JAWATAKUASA UNIT KOKURIKULUM 2021
9. Pelantikan setiausaha kokurikulum yang baharu bagi tahun 2021 iaitu Pn. Masita binti
Ismail dan En Shamsul Azrul bin Saari sebagai penolong setiausaha. Semua guru boleh
merujuk buku pengurusan SKLB 2021 untuk menyemak senarai tugas kokurikulum 2021.
10. Pada tahun ini, hanya 9 unit persatuan/kelab, 2 unit persatuan/kelab digugurkan iaitu
SPBT dan PRS. Untuk sukan permainan, hanya 5 sahaja, sepak takraw digugurkan dan
digantikan dengan memanah. Bagi pasukan badan beruniform kekal tiada penguguran dan
penambahan. Begitu juga dengan rumah sukan, 4 rumah sukan kekal tiada penguguran dan
penambahan/penukaran nama rumah dan guru penasihat bagi tahun ini. Akan diubah pada
tahun 2022.
11. Bagi pembahagian tugas yang adil, setiap guru akan mempunyai sekurang-kurangnya satu
dan maksimum dua jawatan utama antara ketiga-tiga unit Kokurikulum dan termasuk rumah
sukan.
12. Unit kokurikulum mewujudkan satu tugas khas untuk penyelaras papan kokurikulum
yang diamanahkan kepada En Mohd Izwan bin Abd Rahim.
13. Skop tugas jawatankuasa bidang kokurikulum adalah berdasarkan:
- TUMS 3.2.1.1 Pelaksanaan kokurikulum diurus secara sistematik dan terancang.
- TUMS 3.2.2.1 Kelab/Persatuan diurus secara sistematik dan terancang
- TUMS 3.2.3.1 Badan Beruniform diurus secaara sistematik dan terancang
- TUMS 3.2.4.1 Sukan/Permainan diurus secara sistematik dan terancang
- TUMS 3.2.5.1 Program kecemerlangan kokurikulumdiurus secara profesional dan
terancang.
- TUMS 3.2.6.1 Aktiviti sukan untuk semua diurus secara profesional dan terancang
- TUMS 3.2.7.1 Pentaksiran kokurikulum dilaksanakan secara sistematik dan terancang.
Makluman dan tindakan: Semua Guru
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2021
VI. PENGURUSAN DAN PERANCANGAN KOKURIKULUM 2021
14. Semua guru boleh merujuk takwim kokurikulum dalam buku pengurusan muka surat 19-
30.
15. Bagi takwim Kejohanan Majlis SukanSekolah Malaysia (MSSM), Majlis SukanSekolah
Kedah (MSSK) dan Majlis Sukan Sekolah Daerah Kulim Bandar Baharu (MSSDKBB) tahun
2021, guru-guru boleh merujuk takwim penuh dalam telegram sekolah.
16. Bagi pengetahuan semua guru, sekolah kita telah terpilih sebagai pengelola Kriket bersama
dengan SK Jalan Paya Besar yang akan diadakan pada 1 Februari 2021.
17. Perhimpunan bulan kokurikulum pada tahun ini akan dijalankan pada hari pertama minggu
ketiga setiap bulan mengikut norma baharu yang akan dijalankan dalam kelas masing-masing.
18. Perjumpaan kokurikulum tidak boleh dijalankan secara bersemuka. Perancangan untuk
memulakan perjumpaan atas talian bergantung kepada arahan terkini.Sekiranya dibenarkan
bersemuka , waktu pengoperasian adalah pada hari Rabu pada pukul 1.15-3.15 petang.
19. Laporan perjumpaan dicatatkan dalam Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum(BLAK).
20. Setiap unit kokurikulum haruslah bersedia dengan perancangan tahunan secara bersemuka
dan atas talian. Setiap unit juga wajib merancang minimum satu pertandingan , maksimum 5
pertandingan dalam unit masing-masing. Ketua unit haruslah berbincang dengan penyelaras
untuk selaraskan aktiviti unit masing-masing untuk persediaan kertas kerja dan peruntukan
hadiah.
21. Rekod pemenang dalam setiap aktiviti peringkat sekolah tempat pertama hingga tempat
kelima bagi tujuan markah PAJSK. Walaupun hadiah mungkin disediakan sampai tempat
ketiga sahaja.
22. Sistem merit untuk pemilihan tokoh kokurikulum - Jumlah merit penyertaan dan merit
pencapaian tertinggi akan dinobatkan sebagai tokoh kokurikulum.
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2021
Makluman dan tindakan: Semua Guru
VII. PENGURUSAN PAJSK
23. Data PAJSK 2020, rujuk telegram unit kokurikulum dan Google Drive kokurikulum untuk
rujukan .
24. Pemantauan PAJSK sebanyak 3 kali setahun iaitu pada bulan Mac, Ogos, Oktober.
25. LDP untuk PAJSK akan dijalankan untuk semua guru berfokuskan kepada cara pengisian
PAJSK.
26. Buku PAJSK, pastikan semua murid ada dan diuruskan dengan baik.
27. Penyelaras setiap unit bertanggungjawab memantau pengisian PAJSK unit masing-masing.
Makluman dan tindakan: Semua Guru
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2021
VIII. HAL-HAL LAIN
28. MeAT6: Murid tahun 6 yang menerima anugerah telah mengambil hadiah dan sijil.
Terdapat murid Tahun 6C yang belum mengambil fail murid yang berada di pejabat.
29. Hadiah untuk pertandingan STEM Ledakan Warna Susu telah diberikan bersama-sama
dengan hadiah MeAT6.
30. Buku Pengurusan Sekolah: Pn Noor Hasliza akan menggantikan Pn XYZ yang tercatat
dalam buku pengurusan.
Makluman dan tindakan: Semua Guru
IX. PENUTUP
17. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru yang diberi jawatan bagi tahun 2021.
Semua guru mempunyai keistimewaan dan potensi masing-masing. Gunakan peluang yang
diberikan. Kita bekerja dalam satu unit dan bersama-sama menggerakkan unit masing-
masing. Perlu ada PDCA, iaitu Plan, Do, Check dan Action bagi menghasilkan impak kepada
kemenjadian murid. Teruskan dengan kerja buat semua guru, buatkan yang terbaik untuk
anak-anak murid SKLB.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.
Disediakan oleh:
…………….............
Urusetia Mesyuarat
Unit Kokurikulum SK Labu Besar
Tarikh: 18hb Januari 2021
Disemak oleh:
..........................
(WAN NURHASLINDA BINTI WAN MAZUKI)
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Labu Besar
Disahkan oleh:
................................
(FAUZIAH BINTI YUSOF)
Guru Besar
SK Labu Besar