KOMSAS
Antologi Bintang Hati
A Puisi Tradisional
Syair – Syair Burung Nuri
Rangkap 1 Penyair berpendapat bahawa hasil penulisannya kurang bermutu kerana disusun oleh orang yang
Rangkap 2 cetek ilmu pengetahuan dan hina sepertinya.
Rangkap 3
Rangkap 4 Penyair menganggap dirinya memberi malu. Pemikirannya tidak luas, malahan dia hidup dalam
Rangkap 5 kemiskinan dan penghinaan.
Rangkap 6
Rangkap 7 Penyair meminta maaf kerana karyanya diilhamkan daripada perasaannya yang dilanda kekecewaan
Rangkap 8 dan kesedihan.
Penyair menggunakan kertas dan pen untuk meluahkan perasaan dan impiannya kepada orang yang
dicintainya.
Penyair menceritakan kisah dirinya yang bernasib malang. Walaupun pelbagai cabaran telah
ditimpanya, namun nasibnya tidak berubah.
Hidup penyair terumbang-ambing. Keadaan menjadi semakin parah apabila penyair tidak makan dan
hanya minum sisa sahaja.
Fikiran penyair menjadi bercelaru dan penuh dengan kekecewaan.
Kekecewaan dan nasib malang yang diratapinya menyebabkan penyair hilang pertimbangan diri dan
berpendapat lebih baik mati daripada meneruskan kehidupan sebegini.
Tema Cabaran dalam kehidupan.
Persoalan
• Kekecewaan dalam percintaan.
Bentuk • Ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan.
• Sikap mengikut perasaan menjejaskan pertimbangan.
Gaya Bahasa • Keredaan atas ketetapan Tuhan.
• Keperitan hidup golongan serba kekurangan.
Nilai/
Pengajaran • Terdiri daripada lapan rangkap.
• Bilangan baris dalam rangkap sama, iaitu empat baris setiap rangkap.
• Tiga hingga enam patah perkataan sebaris.
• Sepuluh hingga tiga belas suku kata sebaris.
• Rima akhir setiap rangkap sama: a, a, a, a. Bentuk terikat.
• Diksi atau pemilihan kata yang begitu indah: warkah (R1; B1); santap (R6; B4); remuk (R7; B4)
• Simile: Laksana cermin jatuh ke batu (R7; B3)
• Kata ganda: gelap-gelita (R2; B2); terfikir-fikir (R4; B3)
• Asonansi: Bangun terjunun badan suatu (Perulangan bunyi vokal u) (R7; B1)
• Aliterasi: Bermula warkah surat rencana (Perulangan bunyi konsonan r) (R1; B1)
• Tabah
Kita harus tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan.
• Kebijaksanaan
Kita hendaklah bijak dalam membuat keputusan.
• Rasional
Kita mestilah berfikiran rasional dan tidak bertindak mengikut perasaan.
• Sayang kepada nyawa
Kita hendaklah menyayangi dan menghargai diri serta nyawa sendiri.
1
BM Tingkatan 3 KOMSAS
Seloka – Santap Istiadat karya Za 'ba
Rangkap 1 Makan secara beradab merupakan tatacara atau peraturan yang diutamakan dalam sesuatu majlis dan
bukan semata-mata untuk mengenyangkan diri.
Rangkap 2
Nasi harus disuap dengan tangan kanan dan lauk harus diangkat dengan penuh sopan. Makanan
Rangkap 3 haruslah dikunyah dengan perlahan dan tidak gelojoh. Selesai makan nasi, barulah kita minum seteguk
Rangkap 4 air sebagai tanda menghormati tetamu yang hadir.
Rangkap 5
Setelah makan tiga suap nasi, kita harus berhenti makan dan membasuh tangan untuk menikmati
kuih-muih dan buah-buahan.
Seterusnya, kita harus berkumur untuk membersihkan mulut dan memakan sirih untuk menaikkan
seri di muka.
Tatacara makan ini telah diamalkan sejak dahulu lagi dalam majlis makan kerabat diraja.
Tema Adab makan dalam sesuatu majlis.
Persoalan
• Kepentingan adab dan sopan sewaktu makan.
Bentuk • Kesederhanaan sewaktu makan.
• Sikap menghormati tetamu.
Gaya Bahasa • Amalan tradisi warisan zaman-berzaman.
Nilai/ • Terdiri daripada lima rangkap.
Pengajaran • Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu Rangkap 1: lima baris, Rangkap 2: tujuh baris,
Rangkap 3: enam baris, Rangkap 4: empat baris, Rangkap 5: dua baris.
• Tiga hingga lima patah perkataan sebaris.
• Tujuh hingga dua belas suku kata sebaris.
• Rima akhir setiap rangkap tidak sama. Bentuk bebas. Rangkap 1: a, b, a, c, b; Rangkap 2: a, a, a, a,
b, a, a; Rangkap 3: a, a, b, c, b, c; Rangkap 4: a, b, c, c; Rangkap 5: a, b
• Diksi atau pemilihan kata yang begitu indah: seteguk minuman (R2; B6); halwa juadah (R3; B5)
• Pengulangan: santap (Rangkap 1); suap (Rangkap 3)
• Kata ganda: hormat-menghormati (R1; B3); mulia-memuliakan (R2; B7); buah-buahan (R3; B6)
• Asonansi: Santap nasi suap pertama (Perulangan bunyi vokal a) (R3; B1)
• Aliterasi: Selesai santap nasi (Perulangan bunyi konsonan s) (R2; B5)
• Kesopanan
Kita harus beradab semasa makan.
• Kesederhanaan
Kita hendaklah bersikap sederhana dan tidak gelojoh.
• Hormat-menghormati
Kita mestilah menghormati tetamu yang hadir semasa majlis keramaian.
• Jati diri
Kita hendaklah mengekalkan amalan tradisi dan kebudayaan.
2
BM Tingkatan 3 KOMSAS
B Puisi Moden
Kijang yang Lelah karya Wan Marzuki Wan Ramli
Rangkap 1 Penyajak menggambarkan keadaan seekor kijang tua di tengah hutan yang lemah suaranya dan tidak
Rangkap 2 bertenaga seperti sebelumnya.
Rangkap 3
Hal ini menyebabkan kijang tersebut berasa sedih, bimbang, hilang semangat dan tidak bermaya.
Rangkap 4
Kijang tersebut cuba untuk bangun dengan menggunakan kesemua tenaga dalam dirinya meskipun
badan dan semangatnya terlalu lemah.
Kijang tua berhati-hati dalam tindakannya agar tidak tersadung akar dan jerat yang terdapat dalam
hutan tersebut. Walaupun sudah tua, kijang tersebut meredah hutan dengan penuh tekad dan tabah.
Dengan ketekadan dan ketabahan pada dirinya, kijang tidak lagi waswas sebaliknya melangkah dengan
penuh keyakinan.
Tema Keperitan hidup seekor kijang tua.
Persoalan
• Penderitaan hidup pada usia tua.
Bentuk • Kepentingan keyakinan diri.
• Ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup.
Gaya Bahasa • Pengalaman menjadi pengajaran hidup.
Nada
Nilai/ • Terdiri daripada empat rangkap.
• Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu Rangkap 1: empat baris, Rangkap 2: lima
Pengajaran
baris, Rangkap 3: lima baris, Rangkap 4: sepuluh baris.
• Dua hingga tujuh patah perkataan sebaris.
• Empat hingga tujuh belas suku kata sebaris.
• Rima akhir setiap rangkap tidak sama. Bentuk bebas. Rangkap 1: a, a, a, b; Rangkap 2: a, a, b, c, d;
Rangkap 3: a, a, b, c, b; Rangkap 4: a, b, c, c, d, c, c, e, c, c
• Diksi atau pemilihan kata yang begitu indah: gah bergema (R1; B1); waktu yang bersisa (R3; B3)
• Hiperbola: seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga (R3; B5)
• Metafora: dahan kalbu (R2; B2); dedaun resah (R2; B3); pepohon batin (R2; B4)
• Unsur alam: rimba (R1; B2); dedaun (R2; B3); pepohon (R2; B4); belantara (R4; B4)
• Asonansi: Sebak menyentap dahan kalbu (Perulangan bunyi vokal a) (R2; B2)
• Aliterasi: Pepohon batin akhirnya tumbang (Perulangan bunyi konsonan n) (R2; B4)
Sajak “Kijang yang Lelah” bernada melankolik.
• Keyakinan diri
Kita harus yakin akan kemampuan diri sendiri.
• Tabah
Kita hendaklah tabah dalam menghadapi cabaran.
• Kesedaran
Kita hendaklah sedar bahawa sesuatu yang kita miliki tidak akan berkekalan selamanya.
• Kecekalan
Kita hendaklah cekal dalam melakukan sesuatu perkara.
Aktiviti Mendeklamasikan Sajak
PAK-21
Beberapa orang pelajar dipilih untuk mendeklamasikan sajak.
3
BM Tingkatan 3 KOMSAS
Pesan Ibu Beribu-ribu karya Rahman Shaari
Rangkap 1 Penyajak menyatakan semua orang mempunyai seorang ibu yang banyak memberikan nasihat dan
Rangkap 2 pesanan.
Rangkap 3
Rangkap 4 Penyajak memerihalkan bahawa kita didampingi oleh nasihat ibu setiap masa seperti rajin membaca
Rangkap 5 buku, kepentingan ilmu, pemilihan rakan yang baik, dan tidak bergaul dengan rakan yang buruk
sikapnya. Selain itu, ibu juga sentiasa menasihati anak-anaknya agar sentiasa menjaga keselamatan
diri dan mengambil tahu tempat yang dituju oleh anak-anak. Walaupun anak-anak sudah jemu dan
tidak mengendahkan semua pesanan itu, namun ibu tetap memberikan pesanannya.
Pada suatu senja, teman penyajak menangis dalam kesedihan kerana tersalah memilih kekasih yang
dianggap baik tetapi penuh dengan muslihat. Rakan penyajak amat menyesali kesilapannya.
Rakan penyajak menyesali perbuatannya kerana dia terlupa akan pesanan ibunya untuk memilih rakan
yang baik dan menghindari kawan yang buruk akhlaknya. Hal ini menyebabkan penyajak merindui
nasihat ibunya.
Penyajak menyatakan kini dia dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk ekoran
daripada nasihat ibunya. Penyajak meminta ibunya memberikan lebih banyak nasihat kepadanya dan
dia berjanji tidak akan berasa jemu semasa mendengar nasihat ibunya kerana semua pesanan ibu
memberikan kebaikan kepada anak-anak.
Tema Kepentingan pesanan dan nasihat ibu.
Persoalan
• Kealpaan anak-anak dalam mendengar nasihat ibu bapa.
Bentuk • Kepentingan memilih rakan yang baik akhlak.
• Kepentingan ilmu pengajaran.
Gaya Bahasa • Kasih sayang ibu terhadap anak.
Nada
• Terdiri daripada lima rangkap.
• Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu Rangkap 1: tiga baris, Rangkap 2: lapan belas
baris, Rangkap 3: sembilan baris, Rangkap 4: lapan baris, Rangkap 5: sepuluh baris.
• Satu hingga enam patah perkataan sebaris.
• Dua hingga tiga belas suku kata sebaris.
• Rima akhir setiap rangkap tidak sama. Bentuk bebas. Rangkap 1: a, a, a;
Rangkap 2: a, a, a, a, b, b, c, c, a, a, a, a, a, a, a, a, a, a; Rangkap 3: a, b, b, a, c, d, d, d, d; Rangkap
4: a, a, b, b, b, b, b, b; Rangkap 5: a, b, c, c, a, a, a, a, a, a
• Diksi atau pemilihan kata yang begitu indah: temanku merintih (R3; B2)
• Peribahasa: musang berbulu arnab (R3; B5), yang mana permata, yang mana kaca (R5; B3)
• Metafora: jerawat batu (R2; B18), kawan berhantu (R4; B5)
• Unsur alam: musang, arnab (R3; B5); buaya (R5; B4)
• Asonansi: Kita ada ibu (Perulangan bunyi vokal a) (R1; B1)
• Aliterasi: Kuyakini kau mengenali (Perulangan bunyi konsonan k) (R5; B2)
• Sinkope: Kuyakini kau mengenali (R5; B2)
• Repetisi: yang mana permata, yang mana kaca (R5; B3)
Sajak “Pesan Ibu Beribu-ribu” bernada romantik.
Aktiviti
PAK-21 Sumbang Saran (Brainstorming)
1 Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Seorang ketua dilantik dalam setiap kumpulan.
2 Guru mengagihkan sehelai kertas mahjung kepada setiap kumpulan.
3 Guru mengarahkan setiap kumpulan membincangkan ‘Tanggungjawab ibu bapa dalam pembentukan
sahsiah anak-anak’.
4 Setiap ahli kumpulan dikehendaki memberikan idea mereka.
5 Setelah tamat masa perbincangan, setiap kumpulan mempersembahkan idea mereka.
4
BM Tingkatan 3 KOMSAS
Nilai/ • Keinsafan
Pengajaran Kita harus insaf akan dosa dan kesalahan yang lalu dan tidak mengulanginya.
• Ketaatan
Kita hendaklah taat kepada ibu bapa.
• Kerajinan
Kita mestilah rajin menuntut ilmu.
• Kebijaksanaan
Kita hendaklah bijak dalam memilih rakan.
• Prihatin
Kita hendaklah prihatin terhadap ahli keluarga.
• Kasih sayang
Kita hendaklah menyayangi anggota keluarga.
Senja di Palang Besi karya Pena Alam
Rangkap 1 Penyajak memerihalkan banduan di dalam sel penjara yang berasa sedih dan sepi pada waktu senja
Rangkap 2 apabila mengimbas kembali kesalahan-kesalahan lampaunya.
Rangkap 3
Penyajak memerihalkan kehidupan banduan yang hidup bahagia sebelum dipenjarakan, tetapi kini dia
Tema dipandang hina dan disisihkan oleh masyarakat.
Persoalan
Banduan tersebut tidak dapat menikmati keindahan alam kecuali susun atur palang besi yang terdapat
Bentuk di dalam selnya. Dirinya berasa resah kerana terkongkong kebebasan dan tidak dapat merasai
kemeriahan serta keseronokan bersama ahli keluarga. Dalam suasana yang sunyi, dia mulai sedar
Gaya Bahasa bahawa kesunyian merupakan hukuman yang amat berat dalam kehidupannya.
Nada
Penderitaan hidup seorang banduan.
Nilai/
Pengajaran • Kesunyian hidup di penjara.
• Setiap kesalahan ada balasannya.
• Penyesalan atas segala dosa lalu.
• Pandangan sinis masyarakat terhadap banduan.
• Terdiri daripada tiga rangkap.
• Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu Rangkap 1: enam baris, Rangkap 2: enam
baris, Rangkap 3: lapan baris.
• Tiga hingga sembilan patah perkataan sebaris.
• Tujuh hingga lapan belas suku kata sebaris.
• Rima akhir setiap rangkap tidak sama. Bentuk bebas. Rangkap 1: a, b, c, d, e, d; Rangkap 2: a, a, b,
b, b, b; Rangkap 3: a, b, c, a, a, d, a, a
• Diksi atau pemilihan kata yang begitu indah: silir angin (R3; B1); hikayat kemanusiaan (R3; B8)
• Personifikasi: senja mula menangis (R1; B1); pilu wajahmu sang senja (R2; B1)
• Metafora: ramah kekosongan (R1; B5); kotak tidur (R1; B6); riak samudera (R3; B7)
• Unsur alam: cahaya (R1; B3); pasir pantai, angin (R3; B1); samudera (R3; B7)
• Asonansi: Senja mula menangis (Perulangan bunyi vokal a) (R1; B1)
• Aliterasi: Remang membongkar sendu (Perulangan bunyi konsonan m) (R1; B2)
• Anafora: dalam keterbuangan (R2; B4) dalam keterasingan (R2; B5)
Sajak “Senja di Palang Besi” bernada melankolik.
• Keinsafan
Kita harus insaf akan dosa dan kesalahan yang lalu.
• Ketabahan
Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan Tuhan.
• Keikhlasan
Kita mestilah memohon keampunan dengan keikhlasan.
• Kebijaksanaan
Kita hendaklah bijak dalam memilih rakan.
• Rasional
Kita hendaklah berfikiran rasional dan tidak melakukan kesalahan.
5
BM Tingkatan 3 KOMSAS
Bintang karya Siti Zaleha M. Hashim
Rangkap 1 Penyajak duduk di halaman rumah sambil melihat bintang-bintang di langit. Penyajak berhasrat untuk
Rangkap 2 membawa pulang bintang-bintang di langit untuk menyinari rumahnya agar ibu dan ayah berasa
gembira.
Namun begitu, ibu dan ayah penyajak menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan bintang-bintang
tersebut kerana mereka sudah memiliki penyajak yang merupakan bintang dalam kehidupan mereka.
Penyajak diibaratkan cahaya yang membawa kebahagiaan dan kegembiraan dalam hati ibu dan
ayahnya.
Tema Kepentingan anak dalam kebahagiaan ibu bapa.
Persoalan
• Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.
Bentuk • Peranan anak-anak dalam membahagiakan ibu bapa.
• Kekayaan dan kemewahan tidak menjanjikan kebahagiaan.
Gaya
Bahasa • Terdiri daripada dua rangkap.
Nada • Bilangan baris dalam rangkap tidak sama, iaitu Rangkap 1 : sepuluh baris, Rangkap 2: lapan baris.
Nilai/ • Tiga hingga lima patah perkataan sebaris.
Pengajaran • Enam hingga sepuluh suku kata sebaris.
• Rima akhir setiap rangkap tidak sama. Bentuk bebas. Rangkap 1: a, b, c, c, d, c, d, d, e, d, d; Rangkap
2: a, a, b, a, c, c, a, a
• Diksi atau pemilihan kata yang begitu indah: bintang hati ayah dan ibu (R2; B8)
• Hiperbola: aku ingin terbang ke sana (R1; B5)
• Metafora: bintang hati (R2; B8)
• Unsur alam: bintang-bintang (R1, B3), langit (R1; B4), cahaya (R1; B10)
• Asonansi: Suatu malam aku duduk (Perulangan bunyi vokal a) (R1; B1)
• Aliterasi: Penuh dengan cahaya (Perulangan bunyi konsonan n) (R1; B10)
Sajak “Bintang” bernada romantik.
• Kasih sayang
Kita harus menyayangi ahli keluarga.
• Mengenang jasa
Kita hendaklah mengenang jasa dan pengorbanan ibu bapa.
• Bertanggungjawab
Kita mestilah bertanggungjawab untuk membahagiakan ibu bapa.
6
BM Tingkatan 3 KOMSAS
C Prosa Tradisional
Bahagia Sesudah Derita
Sinopsis Sepasang suami isteri yang miskin sampai di negeri Anta Bentara dengan pakaian compang-
camping. Pada suatu hari, Si Miskin dan isterinya ingin menghadap raja tetapi dicemuh oleh orang
ramai dan dibaling dengan kayu dan batu sehingga tubuh mereka bengkak dan berdarah. Setelah
diusir, mereka kembali ke tepi hutan dan tinggal di bawah sebatang pohon kayu.
Pada waktu siang, pasangan itu masuk ke dalam kampung untuk mencari makanan tetapi diusir
dengan kayu. Mereka melarikan diri ke pasar. Di pasar, mereka dilemparkan dengan batu dan kayu
pula. Si Miskin dan isterinya menangis kerana sangat sakit dan lapar. Oleh sebab terlalu lapar, mereka
makan ketupat basi dan sebuku tebu yang terdapat dalam timbunan sampah. Si Miskin berasa amat
sedih mengenangkan nasib dirinya yang miskin dan dipandang hina oleh masyarakat akibat terkena
sumpah Betara Guru lantaran membawa turun isterinya ke bumi tanpa kebenaran daripada Betara
Guru. Si Miskin sebenarnya merupakan maharaja di kayangan.
Tiga bulan kemudian, isteri Si Miskin mengandung. Ketupat basi dan tebu yang dimakan oleh
mereka merupakan jelmaan dua orang anak Betara Karma Jaya. Kedua-dua orang anaknya meminta
kebenaran untuk turun ke bumi. Lelaki menjadi ketupat dan perempuan menjadi buku tebu.
Dalam tempoh mengandung, isteri Si Miskin mengidam buah mempelam dari taman Maharaja
Indera Dewa. Demi memenuhi hasrat isterinya, Si Miskin ke kedai buah. Setelah mendengar kisah
Si Miskin, banyak peniaga memberikan pelbagai jenis barang seperti buah, juadah, nasi, kain dan
sebagainya kepada Si Miskin. Namun begitu, barangan tersebut tidak diterima oleh isteri Si Miskin. Si
Miskin terpaksa pergi menghadap Maharaja Indera Dewa. Baginda menunaikan permintaan Si Miskin
dan memberikannya setangkai buah mempelam. Selang tiga hari, isteri Si Miskin mengidam buah
nangka dari taman raja tersebut. Sekali lagi, Si Miskin menghadap Maharaja Indera Dewa. Baginda
memperkenankan hajat Si Miskin.
Dalam tempoh isteri Si Miskin mengandung, banyak penduduk kampung telah menyedekahkan
kain, baju, beras, perkakas dan lain-lain lagi. Setelah sembilan bulan mengandung, iaitu pada
malam empat belas hari bulan, isteri Si Miskin melahirkan seorang anak lelaki dan diberikan nama
Marakarma. Si Miskin mendirikan pondok untuk kediaman mereka. Ketika menggali lubang untuk
membina pondok, Si Miskin menemui tajau yang berisi emas. Kehidupan Si Miskin menjadi senang.
Pada suatu hari selepas mandi berlimau, Si Miskin yang sedang memangku anaknya meminta anaknya
menjadikan hutan tersebut sebagai sebuah negeri sekiranya anaknya itu ialah anak dewa. Dengan
izin Allah, terbentuklah sebuah negeri yang dilengkapi dengan menteri, hulubalang, rakyat serta
pembesar.
Si Miskin menjadi pemerintah negeri Puspa Sari dan namanya bertukar kepada Maharaja Indera
Angkasa dan isterinya diberi nama Tuan Puteri Ratna Dewi. Setelah anaknya, Marakarma membesar,
Tuan Puteri Ratna Dewi mengandung lagi dan melahirkan seorang puteri yang diberi nama Puteri Nila
Kesuma. Kelahiran Puteri Nila Kesuma disambut dengan meriah dan gilang-gemilang.
Tema Kecekalan dan ketabahan hati sepasang suami isteri miskin yang berasal dari kayangan menempuh
Persoalan dugaan dan sengsara hidup di bumi.
Watak dan • Kemurahan hati seorang pemerintah dalam memenuhi permintaan rakyatnya yang hidup miskin.
Perwatakan • Kasih sayang seorang suami kepada isterinya.
• Kesengsaraan hidup golongan miskin.
• Perasaan belas kasihan terhadap orang yang hidup serba kekurangan.
Si Miskin/ Maharaja Indera Angkasa
• Seorang maharaja di kayangan yang disumpah oleh Betara Guru.
• Turun ke bumi menjadi Si Miskin.
• Menjadi raja dengan gelaran Maharaja Indera Angkasa setelah dianugerahkan sebuah negeri
bernama Puspa Sari.
• Sangat menyayangi isterinya.
• Seorang raja yang adil dan saksama.
7
BM Tingkatan 3 KOMSAS
Latar Tuan Puteri Ratna Dewi/Dewi Kecana
Plot • Isteri Si Miskin.
• Mengikut suaminya turun ke bumi.
• Mengidam buah mempelam dan buah nangka di dalam taman maharaja semasa mengandung.
• Sangat menyayangi anaknya.
• Seorang yang taat kepada suaminya.
• Diberi nama Tuan Puteri Ratna Dewi setelah suaminya membina sebuah negeri.
Maharaja Indera Dewa
• Raja negeri Anta Bentara.
• Seorang raja yang baik hati.
• Menerima ufti daripada tanah takluknya.
• Memberikan buah mempelam dan buah nangka kepada Si Miskin.
Latar Masa
• Waktu malam – Si Miskin bermalam di bawah sebatang pohon kayu.
• Sembilan bulan – Isteri Si Miskin mengandung selama sembilan bulan.
• Malam purnama – Marakarma dilahirkan pada malam purnama.
• Empat puluh hari – Majlis sambutan diadakan selama empat puluh hari dan malam ekoran
kelahiran Tuan Puteri Nilam Kesuma.
• Selepas tiga bulan – Isteri Si Miskin hamil selepas makan ketupat dan buku tebu.
• Hampir genap bulan hendak beranak – Isteri Si Miskin menangis hendak makan buah mempelam
di dalam taman Maharaja Indera Dewa.
• Selang tiga hari – Isteri Si Miskin menangis kerana hendak makan nangka di dalam taman Maharaja
Indera Dewa.
Latar Tempat
• Tepi hutan – Si Miskin dan isterinya kembali ke tepi hutan setelah diusir oleh penduduk kampung.
• Tengah jalan raya – Si Miskin dan isterinya makan ketupat basi dan tebu yang dibuang di tengah
jalan raya.
• Taman Maharaja Indera Dewa – Isteri Si Miskin mengidam mempelam dan nangka dari taman
Maharaja Indera Dewa.
• Di luar istana – Si Miskin dan isterinya dilemparkan batu semasa ingin menghadap Maharaja Indera
Dewa.
• Pasar – Si Miskin dan isterinya dilemparkan kayu dan batu.
Latar Masyarakat
• Masyarakat suami yang sayang akan isteri.
• Masyarakat miskin yang hidup menderita.
• Masyarakat kampung yang baik hati.
• Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan.
Permulaan
Betara Angkasa Indera Dewa dan isterinya turun ke bumi menjadi manusia biasa bergelar Si Miskin
dan isteri Si Miskin. Si Miskin dan isterinya diusir oleh penduduk kampung ketika ingin menghadap
Maharaja Indera Dewa.
Perkembangan
Kehidupan Si Miskin dan isterinya di bumi serba kekurangan. Mereka membawa diri ke tepi hutan
setelah dihalau oleh penduduk kampung. Si Miskin dan isterinya diusir oleh penduduk kampung dan
peniaga di pasar. Ekoran kelaparan, mereka makan ketupat basi dan buku tebu yang dijumpai mereka
dalam longgokan sampah.
Perumitan
Selepas tiga bulan, isteri Si Miskin mengandung. Dia mengidam buah mempelam dan nangka di dalam
taman maharaja. Si Miskin menghadap Maharaja Indera Dewa dan memohon diberikan buah tersebut.
Puncak
Isteri Si Miskin selamat melahirkan seorang anak lelaki bernama Marakarma pada malam purnama.
Si Miskin terjumpa tajau berisi emas semasa menggali lubang untuk membina sebuah pondok untuk
kediaman mereka sekeluarga. Kehidupan Si Miskin berubah dan mempunyai kerajaan sendiri dan
bergelar Maharaja Indera Angkasa.
Peleraian
Isterinya, Tuan Puteri Ratna Dewi mengandung lagi dan selamat melahirkan seorang puteri yang
dinamai Tuan Puteri Nila Kesuma. Maharaja Indera Angkasa mengadakan sambutan secara besar-
besaran untuk menyambut kelahiran puteri baginda.
8
BM Tingkatan 3 KOMSAS
Teknik Plot • Dialog: Maka titah baginda, “Apakah yang digemparkan di luar itu?” (m.s. 18)
Gaya Bahasa • Monolog dalaman: Si Miskin tertanya-tanya sebab penduduk kampung berubah sikap secara tiba-
Nilai tiba. (m.s. 21)
Pengajaran • Pemerian: Penulis memerihalkan suasana selepas kelahiran puteri. (m.s. 25 – 26)
• Bahasa klasik: kaus; tajau; hatta
• Repetisi: ada yang memberi juadah, ada yang memberi nasi
• Metafora: terang mambang
• Simile: Maka terlalu sebal hati suaminya melihatkan laku bininya seperti orang hendak mati
rupanya tiada berdaya lagi.
• Hiperbola: “Wahai kakanda, sangat rasa tubuhku tiada berdaya lagi, hancurlah segala anggotaku.”
• Sinkope: “Hai, Miskin, apa kehendakmu?”
• Kasih sayang
Si Miskin amat sayang akan isterinya. Dia sanggup ke istana untuk meminta buah mempelam dan
nangka daripada Maharaja Indera Angkasa untuk isterinya.
• Ketabahan
Si Miskin dan isterinya tabah menempuh pelbagai kesusahan semasa berada di bumi.
• Baik hati
Penjual buah telah memberikan pelbagai jenis barang kepada Si Miskin.
• Kita mesti bersimpati dan tolong-menolong sesama manusia
Penjual buah memberikan buah dan pelbagai jenis barang kepada Si Miskin kerana menaruh
simpati dengan nasibnya.
• Kita mesti tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan
Si Miskin tetap tabah apabila dihalau dan dibaling batu dan kayu sehingga berdarah oleh orang
ramai.
• Suami isteri perlu saling menyayangi dan setia ketika susah atau senang
Dewi Kecana sanggup meninggalkan kayangan untuk menemani suaminya ke bumi dan sanggup
hidup susah bersama suaminya.
Aktiviti
PAK-21 Rajah Idea Berkumpulan (Team Word-Web)
1 Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan.
2 Guru mengagihkan sehelai kertas mahjung kepada setiap kumpulan.
3 Guru meminta setiap kumpulan menyenaraikan perwatakan bagi watak utama dan watak sampingan yang
diperoleh mereka.
4 Ahli dalam setiap kumpulan dikehendaki menulis idea mereka dan mempersembahkan idea mereka dalam
peta pemikiran yang sesuai.
Cadangan peta pemikiran:
Berani
Bijak Watak Baik
utama Hati
Penyayang
9
BM Tingkatan 3 KOMSAS
D Cerpen
Legasi Tapai Ubi karya Ghazali Lateh
Sinopsis Parjo merupakan anak Wak Salikon yang terkenal dengan gelaran tapai ubi di kampungnya.
Setiap hari, Parjo akan membantu emak dan bapanya membuat tapai ubi. Dia juga menolong bapanya
Tema menghantar tapai ubi ke pasar, ke warung atau ke mana-mana sahaja jika ada tempahan. Parjo
Persoalan semakin jemu dengan tapai ubi semasa di sekolah menengah. Dia terpaksa menjinjit sebakul tapai ubi
Watak dan untuk diletakkan di kantin sekolah. Hal ini menyebabkan dia dipersenda oleh rakannya dengan gelaran
Perwatakan Parjo Tapai. Parjo mengagumi kegigihan ibu bapanya menghasilkan tapai ubi.
Sejak Parjo kecil, sudah menjadi rutin emak dan bapanya membuat tapai ubi setiap hari.
Bapanya akan ke kebun untuk mendapatkan ubi kayu. Apabila sampai di rumah, ubi kayu akan dikopek,
dipotong kecil-kecil, direbus, ditus dan dijadikan tapai. Mereka sering berpesan kepada Parjo bahawa
tapai ubi yang enak hanya dapat dihasilkan jika pantang larang penyediaannya dipatuhi. Malah tapai
ubi yang dihasilkan oleh ibu bapanya amat laris dan mengekalkan ciri-ciri tradisi. Hasil jualan tapai
itu menjadi punca pendapatan keluarga Parjo sehingga dia dan adik-beradiknya berjaya melanjutkan
pelajaran ke universiti.
Parjo yang kini belajar di fakulti perubatan merindui tapai ubi emaknya. Tanpa disangka, pada
suatu hari Profesor Haidar memaklumkan Parjo mengenai projek tapai ubi. Tapai ubi dikatakan
dapat membantu mengurangkan serangan kanser. Setelah beberapa kajian dijalankan, akhirnya
Parjo mendapati bahawa penapaian ubi akan menghasilkan bakteriosin. Kini, Parjo berazam mahu
memanfaatkan hasil kajiannya untuk merawat kanser terutamanya kanser payudara yang menjadi
pembunuh nombor satu wanita di Malaysia.
Dalam menjayakan hasratnya, dia banyak melakukan penyelidikan, pembacaan dan
penyiasatan. Melalui hasil kajian, Parjo dan rakan-rakannya berjaya mengasingkan bakteriosin UL4
yang berkemampuan menghalang atau merencatkan pertumbuhan beberapa patogen. Akhirnya,
penemuan Parjo mendapat pengiktirafan. Banyak pihak yang ingin meneruskan dan memajukan kajian
tersebut.
Parjo telah tamat pengajian kedoktoran dengan jayanya dan tesisnya yang bertajuk “Tapai Ubi
Sebagai Agen Penghalang Kanser: Satu Kajian” dipandang tinggi oleh pihak universiti. Semasa majlis
konvokesyennya, Parjo mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada emak dan
bapanya yang menjadi sumber inspirasi atas kejayaannya. Kini, permintaan terhadap tapai ubi sudah
meningkat secara mendadak dan telah menjadi makanan kesihatan pencegahan kanser. Di kampung,
perniagaan Wak Salikon semakin berkembang dan bapanya telah menjadi seorang pengusaha tapai ubi
yang berjaya, manakala Parjo yang merupakan seorang pensyarah perubatan masih aktif meneruskan
kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada pelbagai jenis penyakit.
Kesungguhan seorang anak dalam membuktikan potensi makanan tradisi.
• Usaha yang berterusan akan membuahkan hasil.
• Kasih sayang sesama anggota keluarga.
• Makanan tradisi mempunyai pelbagai khasiat.
• Jasa dan pengorbanan ibu bapa.
Parjo/ Dr. Parjo
• Anak Wak Salikon.
• Seorang yang bijak – berjaya memperoleh ijazah kedoktoran di universiti.
• Seorang yang gigih – tidak berputus asa dalam menjalankan kajiannya.
• Seorang yang berwawasan – mahu mencari penawar penyakit kanser dan membantu masyarakat
dunia.
• Seorang yang rajin membantu ibu bapanya membuat tapai.
Wak Salikon
• Bapa Parjo.
• Seorang yang rajin – setiap pagi ke kebun untuk mencabut ubi.
• Mementingkan kualiti – tidak mahu menggunakan plastik kerana keaslian tapai akan hilang.
• Seorang yang tabah – berjaya membesarkan anak-anak dengan hasil jualan tapai ubi.
10
BM Tingkatan 3 KOMSAS
Latar Emak
• Ibu Parjo seorang yang gigih mengusahakan perniagaan tapai untuk mencari rezeki.
Plot • Seorang yang percaya akan pantang larang – amat percaya akan pantang larang membuat tapai.
Teknik Plot • Seorang yang taat kepada perintah agama – sentiasa menunaikan solat.
Gaya Bahasa Profesor Haidar
• Pensyarah di fakulti perubatan.
• Berkeyakinan tinggi – yakin bahawa tapai ubi mampu mengurangkan serangan kanser.
Latar Masa
• Pada setiap hari – Wak Salikon ke kebun untuk mencabut ubi pada setiap pagi.
• Tahun 2000 – kes kanser payudara semakin meruncing di seluruh dunia.
• Enam puluh hari – bahan kajian Parjo dapat bertahan selama enam puluh hari.
Latar Tempat
• Kebun – Wak Salikon ke kebun untuk mencabut ubi pada setiap pagi.
• Makmal – Kajian tapai ubi dijalankan di dalam makmal.
• Universiti – Parjo berkhidmat sebagai seorang pensyarah perubatan di sebuah universiti.
Latar Masyarakat
• Masyarakat yang gigih berusaha.
• Masyarakat yang penyayang.
• Masyarakat yang bijak dalam pelajaran.
• Masyarakat yang berwawasan.
Permulaan
Parjo dibesarkan dengan hasil jualan tapai ibu bapanya. Tapai ubi mereka amat terkenal di seluruh
kampung.
Perkembangan
Parjo sering membantu ibu bapanya menjual tapai ubi walaupun sering diejek oleh rakannya. Dia
dan adik-beradiknya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Profesor Haidar memberitahu Parjo
tentang projek tapai ubi dan meminta Parjo melakukan kajian tentang khasiat tapai ubi yang dapat
mencegah penyakit kanser.
Perumitan
Parjo gigih melakukan kajian tentang kebaikan tapai ubi. Dia menyedari bahawa ramai wanita yang
menderita ekoran penyakit kanser payudara. Hasil kajian Parjo dan rakan-rakan sekuliahnya telah
membuktikan bahawa tapai ubi mampu mencegah penyakit kanser.
Puncak
Penemuan Parjo dalam peranan tapai ubi mencegah kanser diiktiraf. Hasil kajian itu dibawa ke
peringkat antarabangsa untuk diperakui keberkesanannya.
Peleraian
Parjo tamat pengajian kedoktorannya. Perniagaan Wak Salikon bertambah maju. Dr. Parjo masih aktif
dalam menjalankan kajian terhadap tapai ubi.
• Imbas muka: Parjo membayangkan bapanya sedang mencabut ubi ketika ini dan emaknya sedang
melumatkan ragi pagi ini. (m.s. 35)
• Pemerian: Kanser seperti kanser payudara merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada
tindakan sel yang bermula pada bahagian payudara. (m.s. 36)
• Monolog dalaman: “Wah, ini menarik…!” bisik hati kecilku sendirian. (m.s. 39)
• Dialog: “Maksud Dr.?” tanya mereka. (m.s. 41)
• Sinkope: tak; dah; hatiku
• Kata ganda: ucapan-ucapan, lebih-lebih, pagi-pagi, tisu-tisu
• Metafora: dunia tapai; skrin ingatan
• Istilah sains: Bakteriosin UL4, Baccilus aureus
• Peribahasa: alah bisa tegal biasa
11
BM Tingkatan 3 KOMSAS
Nilai • Kebijaksanaan
Pengajaran Parjo seorang yang bijak. Dia berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
• Gigih
Emak dan bapa Parjo gigih membuat tapai ubi untuk mencari rezeki.
• Kerajinan
Parjo rajin membantu emaknya membuat tapai ubi dan memasarkan tapai ubi.
• Mengenang jasa
Parjo mengenang jasa dan pengorbanan ibu bapanya. Berkat hasil jualan tapai ubi membolehkan
dia dan adik-beradiknya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
• Kita mesti patuh kepada kata-kata ibu bapa
Parjo mematuhi cakap emaknya tentang pantang larang membuat tapai ubi.
• Kita hendaklah gigih berusaha untuk berjaya
Ibu dan bapa Parjo gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi mereka hingga perusahaan tapai ubi
mereka berkembang dan akhirnya berjaya mendirikan sebuah kilang.
• Kita harus mengenang jasa dan pengorbanan ibu bapa
Parjo mengenang jasa ibu bapanya yang menjadi inspirasi kejayaan kajian tapai ubinya.
Sekeping Tanah karya A. Rahman C.M.
Sinopsis Hisyam dan abangnya, Harun membincangkan cara menguruskan tanah pusaka peninggalan
Tema bapa mereka. Harun yang merupakan anak sulung tidak bersetuju dengan cadangan adiknya,
Hisyam agar membangunkan tanah tersebut dengan membina sebuah kondo. Harun berkeras mahu
menjual tanah tersebut dan wang yang diperoleh dibahagikan tiga mengikut hukum faraid. Harun
berpandangan bahawa jika tanah pusaka dijual lebih mudah dan tiada isu berbangkit kelak. Hisyam
berusaha meyakinkan abangnya agar memajukan tanah tersebut, malah isu pengurusan boleh
diuruskan oleh kakaknya, Halimah yang merupakan pengurus bank. Harun yang masih tegas dengan
pendiriannya melontarkan kata-kata yang menggores perasaan Hisyam yang tidak berkelulusan
tinggi. Dia juga tidak yakin akan kemampuan Halimah dalam menguruskan projek yang dicadangkan
itu.
Setelah berfikir panjang, Hisyam menemui kakaknya, Halimah untuk memberitahu bahawa
abang mereka, Harun masih berkeras mahu menjual tanah pusaka tersebut. Hisyam mengambil
keputusan untuk menubuhkan syarikat keluarga tanpa melibatkan abangnya, Harun. Halimah bersetuju
dengan cadangan Hisyam. Tanah pusaka tersebut dibeli oleh Halimah dan Hisyam tanpa pengetahuan
Harun. Tanah pusaka dijual dengan harga RM6 625 000. Harun memperoleh RM2 650 000 daripada
hasil jualan tanah tersebut. Bahagian Hisyam juga RM2 650 000. Sementara Halimah menerima
RM1 325 000. Rumah pusaka mereka pula didermakan kepada satu keluarga di Sungai Pencala.
Projek pembinaan kondominium yang diuruskan oleh Hisyam dan kakaknya, Halimah berjalan
lancar dan telah siap didirikan dalam tempoh tiga tahun setengah. Harun terperanjat dan sedih apabila
mengetahui bahawa Halimah dan Hisyam merupakan pemaju projek tersebut. Pada malam itu, dia
menghubungi Hisyam dan melahirkan perasaan tidak puas hatinya.
Halimah terkejut apabila mengetahui berita Musa, anak Harun terlibat dalam kes pembunuhan.
Mereka berasa kesal terhadap sikap Musa yang dituduh membunuh dalam keghairahannya merempit.
Halimah memberikan kata-kata semangat kepada Hisyam dan memintanya agar terus berusaha
mengejar kejayaan. Hisyam menyerahkan jawatan pengurus syarikat kepada Halimah. Hisyam ingin
memandu teksi semula kerana dia sudah sebati dengan kehidupannya sebagai pemandu teksi. Dia
sangat mempercayai kemampuan dan keputusan kakaknya yang berpelajaran tinggi serta cukup
berpengalaman itu. Kini, mereka hanya mahu syarikat itu terus berkembang.
Hubungan kekeluargaan yang diuji dengan harta pusaka.
12
BM Tingkatan 3 KOMSAS
Persoalan • Pandangan sinis masyarakat terhadap kemampuan golongan wanita.
Watak dan • Kebejatan sosial dalam kalangan remaja.
Perwatakan • Keazaman dalam mencapai kejayaan.
• Tanggapan stereotaip masyarakat terhadap golongan kurang berpendidikan.
Latar
Hisyam
Plot • Adik bongsu.
• Tidak berpendidikan tinggi dan bekerja sebagai pemandu teksi.
• Sangat menghormati pandangan abang dan kakaknya.
• Mempunyai tiga orang anak yang berjaya. Anak sulungnya, Zaki berada di luar negara dan bercita-
cita mahu menjadi pakar jantung. Anak keduanya, Linda merupakan pensyarah fizik di universiti
dan anak bongsunya merupakan siswi tahun akhir di universiti.
• Seorang yang bercita-cita tinggi.
Halimah
• Kakak Hisyam.
• Seorang yang berpendidikan tinggi.
• Meletakkan jawatan di bank untuk menguruskan syarikat keluarga.
• Sentiasa berpandangan positif dan membina.
• Sangat menyayangi adiknya, Hisyam.
Harun
• Abang Halimah dan Hisyam.
• Seorang yang tegas dalam keputusannya.
• Mempunyai dua orang anak yang bermasalah.
• Seorang yang sangat beremosi.
Latar Masa
• Waktu malam – Hisyam menemui kakaknya, Halimah pada waktu malam untuk memberitahu
keputusannya tentang penubuhan syarikat tanpa melibatkan abang mereka, Harun.
• Sebulan kemudian – Harun, Hisyam dan Halimah menjual tanah pusaka mereka.
• Tiga tahun setengah – Kondo Jaya berjaya didirikan selepas tiga tahun setengah.
• Tengah hari – Hisyam dan Halimah makan tengah hari di Jalan Daud.
Latar Tempat
• Jalan Daud – Hisyam dan Halimah makan tengah hari di Jalan Daud.
• Kondo Jaya – Orang ramai ke Kondo Jaya untuk mendapatkan kunci.
• Sungai Pencala – Rumah pusaka Hisyam terletak di Sungai Pencala.
• Rumah Harun – Hisyam berbincang dengan abangnya, Harun tentang tanah pusaka keluarga.
Hisyam bercadang hendak mengusahakan kondo di atas tanah pusaka keluarga. Namun, cadangan
itu ditolak oleh abangnya.
• Jalan di hadapan tanah pusaka keluarga – Harun melihat nama adiknya, Hisyam tercatat pada
papan kenyataan tapak kondo itu.
Latar Masyarakat
• Masyarakat anak yang mahu menjual harta pusaka bapa.
• Golongan remaja yang terjebak dalam masalah sosial.
• Masyarakat yang berazam tinggi.
• Masyarakat yang memandang rendah terhadap kemampuan orang lain.
Permulaan
Harun tidak bersetuju dengan pandangan adiknya, Hisyam untuk membangunkan tanah pusaka
peninggalan arwah bapa mereka.
Perkembangan
Hisyam berusaha memujuk abangnya tetapi tidak berjaya. Harun memandang rendah terhadap
adiknya, Hisyam yang tidak berkelulusan tinggi. Dia juga tidak mempercayai kebolehan adik
perempuannya, Halimah dalam menguruskan projek tersebut dan mengeluarkan kata-kata yang
menyinggung perasaan Hisyam. Akhirnya, tanah pusaka dijual.
Perumitan
Harun melihat papan tanda yang mengatakan tanah itu akan dibina kondominium dan nama
pengurusnya ialah adiknya, Hisyam.
13
BM Tingkatan 3 KOMSAS
Teknik Plot Puncak
Gaya Bahasa Kondominium 25 tingkat siap dibina dan Halimah menjadi pengurus projek tersebut. Harun terkejut
apabila mengetahui pemilik kondominium tersebut.
Nilai Peleraian
Harun menghubungi Hisyam untuk melahirkan perasaan tidak puas hatinya. Halimah dilantik sebagai
Pengajaran pengurus tetap syarikat dan Hisyam kembali sebagai seorang pemandu teksi.
• Imbas muka: Lalu di mata batinnya muncul wajah dua orang anak lelakinya, Saleh dan Musa.
(m.s. 46)
• Dialog: “Itu keputusan aku.” (m.s. 47)
• Pemerian: Tingkat bawah lot kedai. Tingkat satu, dua dan tiga tempat letak kereta pemilik kondo,
sementara tingkat empat hingga tingkat dua puluh lima, kondo dengan enam unit setiap tingkat.
(m.s. 49)
• Sinkope: nak; dah; tak; tu
• Kata ganda: anak-anaknya; dalam-dalam; susah-susah; berjuta-juta
• Ayat pendek: Hisyam diam. Sangat mulia. Sangat manis.
• Simpulan bahasa: memendam rasa; lepas tangan
• Berpandangan jauh
Hisyam yang berpandangan jauh hendak mengusahakan tanah pusaka keluarga.
• Tanggungjawab
Hisyam bertanggungjawab menguruskan syarikat keluarga yang ditubuhkan bersama kakaknya,
Halimah. Hisyam kemudiannya menyerahkan jawatan pengurus syarikat kepada kakaknya.
• Bekerjasama
Hisyam dan kakaknya, Halimah bekerjasama untuk menguruskan syarikat Binajaya Sdn. Bhd.
• Ketabahan
Hisyam tabah apabila hasrat untuk membangunkan tanah pusaka keluarga ditentang oleh
abangnya, Harun.
• Keyakinan
Hisyam menaruh kepercayaan kepada kakaknya untuk menguruskan syarikat mereka.
• Kita tidak boleh memandang rendah terhadap kemampuan orang
Harun memandang rendah terhadap kemampuan adik-adiknya, Halimah dan Hisyam.
• Kita hendaklah bekerjasama demi mencapai kejayaan
Hisyam dan Halimah bekerjasama untuk mengusahakan syarikat keluarga mereka.
• Kita mestilah berpandangan jauh
Hisyam yang berpandangan jauh tidak mahu menjual tanah pusaka keluarga, sebaliknya hendak
mengusahakan kondo di atas tanah tersebut.
• Ibu bapa hendaklah menjalankan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak
Harun yang mengabaikan tanggungjawabnya menyebabkan anak-anaknya, Musa dan Saleh
terjebak dalam masalah sosial.
Aktiviti
PAK-21 Meja Bulat (Round Table)
1 Guru membahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan.
2 Guru meminta pelajar-pelajar duduk dalam kumpulan masing-masing.
3 Guru meminta setiap kumpulan membincangkan topik “Cara-cara membangunkan tanah pusaka yang
terbiar”.
4 Setiap pelajar perlu mencatatkan satu idea secara bergilir-gilir pada kertas yang sama.
5 Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
14
BM Tingkatan 3 KOMSAS
Bawod karya Janathan Kandok
Sinopsis Hujan lebat menyebabkan air Sungai Layong melimpah. Keadaan ini menyebabkan Beluntung
berasa risau kerana Bawod dan Tuyog tidak kelihatan. Dia mengambil keputusan untuk mencari kedua-
Tema dua ekor haiwan peliharaannya tetapi ditegah oleh ibunya. Pada keesokan pagi setelah banjir surut,
Persoalan Beluntung keluar mencari Bawod dan Tuyog. Dalam usaha mencari Bawod dan Tuyog, Beluntung
Watak dan terserempak dengan seekor ular hitam. Dia melangkah cepat meninggalkan tempat itu lalu menuju ke
Perwatakan sungai untuk membasuh kakinya yang berlumpur. Akhirnya, Beluntung berjaya menemui Tuyog dan
Bawod yang kesejukan di sebalik pohon nangka.
Beluntung menunggang Tuyog ke sekolah kerana terpaksa melintasi enam batang sungai. Bawod
juga akan turut serta dan kedua-dua ekor haiwan peliharaannya itu akan ditambat di luar kawasan
sekolah. Beluntung tidak mengendahkan ejekan rakan sekelasnya yang mengatakan dia menunggang
kerbau ke sekolah. Dia diam sahaja. Tanpa Tuyog dia tidak dapat ke sekolah. Hal ini menyemarakkan
semangat Beluntung untuk berjaya dalam pelajaran.
Pada suatu pagi, Bawod memasuki kelas Beluntung dan menimbulkan kemarahannya. Beluntung
ke tempat Tuyog dan Bawod ditambat pagi tadi. Beluntung kembali ke kelas. Dia terdengar Tuyog
menguak lemah dan disusuli oleh suara Bawod.
Beluntung mempercepat langkahnya menuju ke tempat tambatan Tuyog dan Bawod. Dia
mendapati leher Tuyog terjerut hampir tidak dapat bernafas. Rupa-rupanya, Bawod masuk ke kelas
kerana ingin memberitahu peristiwa Tuyog sukar bernafas kerana tali telah melilit leher Tuyog.
Beluntung berasa kesal kerana memarahi Bawod. Apabila dia kembali ke kelas, dia mendapati bukunya
berselerak akibat perbuatan Basil. Dia hampir bergaduh dengan Basil, namun dileraikan oleh Cikgu
Rambuyat. Dia teringat kembali pesanan ibunya yang menyuruhnya agar bersaing dalam pelajaran dan
tidak bergaduh di sekolah. Beluntung bertekad untuk cemerlang dalam pelajaran.
Pada suatu hari, Beluntung menyertai pertandingan lumba kerbau di Kampung Layong.
Beluntung yang menunggang Tuyog menang dalam pertandingan tersebut. Dia mahu menggunakan
wang kemenangannya itu untuk membeli seekor kambing sebagai peneman Bawod yang belakangan
ini hanya ditambat pada pohon nangka. Beluntung berasa ayahnya pasti gembira atas kemenangannya
dalam pertandingan tersebut. Dia juga teringat akan peristiwa pada minggu lepas. Ayahnya
berasa girang kerana dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan darjah enam.
Beluntung mendapati ramai orang kampung berada di hadapan rumahnya. Beluntung yang
risau akan ibunya yang sakit turun dari belakang Tuyog lalu berlari ke rumahnya. Dia berasa lega
kerana ibunya sedang memasak di dapur. Beluntung berdiri kehairanan di hadapan tetamu-tetamu
di rumahnya. Dia mencari-cari bapanya untuk mendapatkan kepastian. Akhirnya, persoalan itu
terjawab apabila bapanya memberitahu bahawa kenduri kesyukuran diadakan kerana Beluntung lulus
dalam peperiksaan. Apabila mendengar bunyi Bawod menjerit, Beluntung berlari mendapatkannya.
Beluntung terjatuh lalu tidak sedarkan diri. Setelah sedar, Beluntung dimaklumkan bahawa Bawod
telah disembelih untuk kenduri tersebut. Beluntung melutut di hadapan Bawod dan menangis-nangis
sekuat-kuatnya. Tetamu yang hadir berasa hairan melihat perlakuan Beluntung itu. Dalam kesedihan,
dia memberitahu tetamu dan bapanya bahawa Bawod seperti manusia, dia merupakan sahabatnya.
Orang ramai memujuk Beluntung dan bapanya menghampirinya dan memeluknya.
Persahabatan antara manusia dengan haiwan.
• Kesengsaraan selepas dilanda banjir.
• Kecekalan dalam mencapai kejayaan.
• Kasih sayang antara manusia dengan haiwan.
• Ketabahan menghadapi dugaan.
Beluntung
• Prihatin – bimbang akan keselamatan Bawod dan Tuyog semasa banjir.
• Seorang anak yang taat akan pesanan ibu bapa.
• Cekal – cekal menuntut ilmu walaupun terpaksa mengharungi enam batang sungai ke sekolah.
• Sayang akan haiwan – menganggap Bawod dan Tuyog sebagai sahabat sejati.
• Bijak – mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan darjah enam.
15
BM Tingkatan 3 KOMSAS
Latar Bawod
Plot • Kambing peliharaan Beluntung yang takut akan air.
Teknik Plot • Gigih menyeberangi sungai walaupun takut akan air.
• Suka berlari mengejar kanak-kanak.
• Dikorbankan untuk kenduri kesyukuran.
Tuyog
• Kerbau peliharaan Beluntung.
• Menjadi pengangkutan Beluntung ke sekolah.
• Menjadi johan dalam pertandingan lumba kerbau.
• Taat akan perintah tuan.
Latar Masa
• Awal pagi – Beluntung keluar mencari Bawod dan Tuyog.
• Dua bulan – dalam dua bulan lagi peperiksaan darjah enam akan diadakan.
• Pada waktu rehat – Beluntung segera berlari mendapatkan Tuyog pada waktu rehat.
• Seminggu yang lalu – bapa Beluntung berasa girang kerana Beluntung mendapat markah 98
peratus dalam peperiksaan darjah enam.
Latar Tempat
• Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir – Beluntung belajar di Sekolah Rendah Kerajaan Timbang
Pasir.
• Kampung Layong – pertandingan lumba kerbau diadakan di Kampung Layong.
• Hadapan rumah – ramai penduduk kampung berkumpul di hadapan rumah Beluntung.
• Sungai Layong – ibu-ibu separuh umur sedang mencuci pinggan mangkuk dan anak-anak muda
pula sibuk mengangkat air di Sungai Layong.
Latar Masyarakat
• Masyarakat yang menyayangi haiwan peliharaan.
• Masyarakat pelajar yang suka membuli.
• Masyarakat yang gigih berusaha.
• Masyarakat yang bertanggungjawab.
• Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan.
• Masyarakat yang bersyukur.
Permulaan
Beluntung risau akan nasib Bawod dan Tuyog semasa banjir. Dia keluar mencari haiwan peliharaannya.
Perkembangan
Beluntung pergi ke sekolah dengan menunggang Tuyod. Perasaan takut akan air yang wujud dalam
diri Bawod telah hilang.
Perumitan
Beluntung sering diejek oleh rakan di kelasnya kerana menunggang kerbau ke sekolah. Pada suatu
hari, Bawod memasuki kelas Beluntung dan menimbulkan kemarahannya.
Puncak
Beluntung berasa hairan kerana ramai orang berada di hadapan rumahnya. Beluntung mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Bawod disembelih untuk kenduri kesyukuran. Beluntung
terjatuh lalu tidak sedarkan diri.
Peleraian
Beluntung meratapi kematian Bawod. Bapa dan orang kampung menenangkan Beluntung.
• Monolog dalaman: Bawod dan Tuyog tentu sudah mati lemas, fikirnya. (m.s. 53)
• Dialog: “Siapa membuang buku aku?” (m.s. 59)
• Imbas muka: Mengingatkan anjing, dia terbayangkan gigi taring yang tajam membaham paha
Tuyog. (m.s. 59)
• Imbas kembali: Dia teringat pesan ibunya. Jika menang pun tidak berguna. Jika ingin bersaing,
bersainglah dalam pelajaran. (m.s. 60)
• Pemerian: Orang ramai bersesak-sesak, bertolak-tolakan untuk mara ke depan, terutamanya yang
berbadan pendek. (m.s. 60)
• Saspens: Apa yang terjadi? Mengapa tiba-tiba sahaja orang kampung berada di halaman
rumahnya? (m.s. 61)
16
BM Tingkatan 3 KOMSAS
Gaya Bahasa • Hiperbola: Angin yang sebentar tadi agak perlahan tiupannya kini mula menerbangkan air hujan
Nilai dan menggoyangkan pohon-pohon pisang di halaman rumahnya.
Pengajaran • Simpulan bahasa: curi pandang
• Kata ganda: semut-semut, bergerak-gerak, kedua-dua
• Simile: Dia memandang kecewa ke halaman rumah yang sudah kelihatan seperti tasik kecil.
• Kasih sayang
Beluntung sangat sayang akan dua ekor haiwan peliharaannya, iaitu Tuyog dan Bawod.
• Ketabahan
Beluntung tabah apabila diejek dan diketawakan oleh kawan-kawannya kerana menunggang
kerbau ke sekolah.
• Kegigihan
Beluntung gigih berusaha demi mencapai kejayaan dalam pelajaran meskipun dia perlu melalui
enam batang sungai untuk pergi ke sekolah.
• Kesyukuran
Ayah Beluntung mengadakan kenduri kesyukuran untuk meraikan kejayaan Beluntung yang lulus
dalam peperiksaan darjah enam.
• Kita harus menyayangi semua makhluk ciptaan Tuhan
Beluntung sangat sayang akan dua ekor haiwan peliharaannya. Dia meraung kesedihan apabila
Bawod telah disembelih untuk majlis kenduri kesyukurannya.
• Kita hendaklah patuh kepada pesanan ibu bapa
Beluntung patuh kepada nasihat emaknya supaya bersaing dengan kawan-kawannya dalam
pelajaran dan bukannya dalam pergaduhan.
• Kita haruslah gigih mencari ilmu
Beluntung tetap mahu pergi ke sekolah meskipun perlu melalui enam batang sungai.
• Kita hendaklah bersyukur atas kenikmatan yang diperoleh
Ayah Beluntung mengadakan kenduri kesyukuran untuk meraikan kejayaan Beluntung yang lulus
dalam peperiksaan darjah enam.
Aktiviti
PAK-21 Kerusi Panas (Hot Seat)
1 Sebelum memulakan aktiviti, guru meminta semua pelajar membaca dan memahami keseluruhan teks prosa
moden Bawod.
2 Guru memilih seorang pelajar untuk tampil ke hadapan kelas.
3 Pelajar yang dipilih akan duduk di atas kerusi yang disediakan dan menjadi “pakar” atau “watak”.
4 “Pakar” atau “watak” akan menjawab segala soalan yang dilontarkan oleh pelajar lain.
Contoh soalan yang akan ditanya kepada “pakar” atau “watak”
(i) Di manakah Beluntung menemukan Bawod dan Tuyog?
(ii) Bagaimanakah Beluntung ke sekolah?
(iii) Mengapakah rakan-rakan sekelas tidak suka akan Beluntung?
(iv) Mengapakah Beluntung terkejut apabila mendapati ramai orang berkumpul di rumahnya?
(v) Mengapakah bapa Beluntung mengadakan kenduri kesyukuran?
17
BM Tingkatan 3 KOMSAS
E Drama
Tenang-tenang Air di Tasik karya Norhashimah Hashim
Sinopsis Muzafar yang bertugas sebagai jurulatih dan pengiring rombongan kayak memaklumkan
ibunya bahawa dia akan melatih dan mengiringi kumpulan peserta ekspedisi yang cacat penglihatan
dalam aktiviti berkayak di Tasik Permai. Hasratnya ditentang oleh ibunya kerana bimbang akan
keselamatannya. Setelah Muzafar menerangkan matlamatnya, ibunya mengalah dan membenarkan
Muzafar mengiringi dan menjadi jurulatih ekspedisi tersebut.
Azizi yang mendapat tahu tentang reaksi ibu Muzafar berasa terkejut kerana ibunya seorang
pegawai bersara yang berfikiran terbuka dan berpandangan jauh, namun dalam hal ini sikapnya agak
kolot. Hal ini turut menimbulkan perasaan hairan dan ragu-ragu dalam diri Muzafar.
Kunjungan kumpulan peserta yang terdiri daripada 36 orang itu disambut mesra oleh Azizi
dan Muzafar. Enam daripada peserta tersebut berpenglihatan normal dan menawarkan diri sebagai
jurumudi. Pada keesokan harinya, Muzafar dan Azizi memberikan penerangan kepada ahli kumpulan
tersebut dan membawa mereka berkayak di Tasik Permai. Muzafar menyatakan perasaan kesalnya
kerana Suri dan Aidil tidak dibenarkan mendayung. Dia berpendapat bahawa mereka seharusnya
diberikan peluang yang sama. Peserta ekspedisi juga turut didedahkan dengan latihan rafting.
Pada waktu malam, Muzamir tidak dapat tidur dan berbual-bual dengan Azizi di beranda.
Muzamir mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Azizi dan Muzafar yang
menerima kunjungan mereka. Daripada hasil perbualan, Azizi mendapat tahu bahawa ahli kumpulan
Muzamir amat menggemari aktiviti rekreasi dan mereka menghayati keindahan alam melalui sentuhan.
Sebelum meninggalkan Tasik Permai, Nurul mengucapkan terima kasih kepada Azizi yang
sudi menerima kumpulan cacat penglihatan. Azizi juga mengucapkan terima kasih kepada Nurul
yang banyak meringankan beban tugas mereka di samping memberikan beberapa pengajaran yang
berguna. Keinginan Muzafar untuk mengetahui latar belakang Muzamir yang cacat penglihatan
semakin menebal kerana mereka memiliki ketinggian, susuk badan dan perwatakan yang hampir
sama. Dia mula mengesyaki mereka merupakan adik-beradik.
Setelah rombongan tersebut pulang, Muzafar kembali ke rumah. Ibunya menyambut mesra
kepulangan Muzafar dan bersyukur kerana anak tunggalnya tidak ditimpa sebarang bencana. Pada
keesokan harinya, Muzafar membawa ibunya ke tempat dia bekerja untuk menonton rakaman
video ekspedisi berkayak kumpulan cacat penglihatan. Semasa menonton rakaman tersebut, ibunya
terperanjat apabila mendapati Muzamir menyerupai Muzafar. Dia seolah-olah mahu melarikan diri.
Hal ini menimbulkan lebih banyak persoalan dalam fikiran Muzafar. Dia pasti ibunya mempunyai
jawapan untuk persoalan tersebut.
Pemikiran Hubungan istimewa antara adik kembar.
Persoalan
• Ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup.
Watak dan • Kasih sayang seorang ibu kepada anak.
Perwatakan • Pandangan negatif masyarakat terhadap golongan Orang Kurang Upaya.
• Semangat setia kawan dan saling membantu.
• Kepentingan menghargai ilmu yang diperoleh.
• Semangat kerjasama.
Muzafar
• Anak tunggal yang bekerja sebagai jurulatih dan pengiring di Tasik Permai.
• Seorang yang sangat menyayangi ibunya.
• Sangat komited dalam menjalankan tugas.
• Mengesyaki ibunya menyimpan rahsia.
Muzamir
• Remaja buta yang mengikuti kursus berkayak.
• Dipelihara oleh keluarga angkat setelah ditinggalkan oleh keluarga kandung.
• Sangat cekal dan tabah walaupun cacat penglihatan.
• Seorang yang peramah.
18
BM Tingkatan 3 KOMSAS
Latar Ibu
Plot • Ibu Muzafar.
Teknik Plot • Sangat menyayangi anaknya.
• Tidak membenarkan Muzafar membimbing kumpulan kayak yang cacat penglihatan.
• Seorang yang berpendidikan dan ternama.
• Menyimpan suatu rahsia daripada Muzafar.
Azizi
• Jurulatih dan pengiring di Tasik Permai.
• Seorang yang bertanggungjawab – menjaga peserta ekspedisi dengan baik dan mengutamakan
keselamatan.
• Seorang yang bijak – menukar beberapa pasangan demi melancarkan ekspedisi.
• Rasional – memberikan pandangan secara rasional.
Latar Masa
• Empat hari – Muzafar bersama kumpulan Muzamir berlatih kayak selama empat hari.
• Waktu pagi – Ibu Muzafar kelihatan sayu semasa dia berangkat pagi tadi.
• Waktu malam – Muzamir dan Azizi berbual di beranda pada waktu malam.
Latar Tempat
• Beranda Chalet – Muzamir dan Azizi berbual di beranda pada waktu malam.
• Tasik Permai – Muzafar menjadi jurulatih kayak di Tasik Permai.
• Studio – Muzafar membawa ibunya menonton video rakaman ekspedisi berkayak yang disertai
oleh 36 orang peserta.
Latar Masyarakat
• Masyarakat kelainan upaya yang tabah.
• Masyarakat ibu yang menyayangi anaknya.
• Masyarakat yang memandang rendah terhadap kebolehan golongan kelainan upaya.
• Masyarakat yang komited dalam menjalankan tugas.
Permulaan
Muzafar memaklumkan ibunya mengenai rombongan kumpulan cacat penglihatan. Ibunya tidak
membenarkan Muzafar melatih dan mengiringi orang-orang yang cacat penglihatan berkayak
merentasi Tasik Permai.
Perkembangan
Muzafar memberitahu bantahan ibunya kepada Azizi. Azizi terkejut dan berasa aneh kerana ibu
Muzafar merupakan pemimpin wanita yang berfikiran terbuka dan berpandangan jauh. Rombongan
seramai 36 orang peserta tiba di Tasik Permai dan dibantu oleh Nurul. Latihan berkayak berjalan lancar.
Perumitan
Muzafar berkenalan dengan Muzamir dan mendapat tahu latar belakangnya melalui Nurul. Muzafar
merasakan suatu hubungan istimewa antara dirinya dengan Muzamir memandangkan mereka
memiliki banyak persamaan.
Puncak
Muzafar meragui bahawa dia bukan anak tunggal dalam keluarganya. Muzafar yakin ibunya
mempunyai jawapan kepada persoalan itu.
Peleraian
Ibu Muzafar hairan apabila melihat Muzamir seakan-akan anaknya, Muzafar sewaktu menonton
video rakaman ekspedisi berkayak tersebut. Dia resah dan berlalu dari situ. Muzafar yakin bahawa dia
dengan Muzamir ada ikatan kekeluargaan.
• Monolog: Muzamir berdiri di tepi tasik sambil bermonolog sendiri. (m.s. 66)
• Dialog:
MUZAFAR: Mungkin juga bang.
AZIZI: Tapi, sekali fikir, abang rasa anehlah, Zafar. (m.s. 68)
• Pemerian: MUZAFAR dan AZIZI berdiri di hadapan Tasik Permai. Bersama-sama mereka ialah
HARIS, NURUL, LIDIA dan peserta-peserta ekspedisi yang cacat penglihatan. Kelihatan mereka
sudah lengkap dengan pakaian dan peralatan berkayak. (m.s.70)
19
BM Tingkatan 3 KOMSAS
Gaya Bahasa • Sinkope: ni, tapi, tak, saja
Nilai • Peribahasa: tidak ada beban batu digalas
• Metafora: pandangan sayu, lautan mimpi
Pengajaran • Kata ganda: calang-calang, entah-entah, apa-apa
• Bahasa Inggeris: rafting, commando rescue, water confidence
• Kasih sayang
Ibu Muzafar tidak membenarkan Muzafar mengiringi kumpulan orang kelainan upaya berkayak di
Tasik Permai kerana sangat menyayanginya.
• Dedikasi
Muzafar dan Azizi berdedikasi dalam menjalankan tugasnya sebagai jurulatih dan pengiring kepada
kumpulan peserta ekspedisi berkayak yang cacat penglihatan.
• Ketabahan
Walaupun cacat penglihatan, Muzamir tabah dalam menerima ketentuan Tuhan.
• Tolong-menolong
Nurul, Haris, Chee Keong dan rakan-rakan yang lain telah membantu Muzafar dan Azizi
menjayakan ekspedisi berkayak.
• Kita harus menyayangi ahli keluarga
Ibu Muzafar sangat menyayangi Muzafar dan bimbang akan keselamatan anaknya apabila Muzafar
memberitahu bahawa dia akan melatih dan mengiringi kumpulan peserta ekspedisi yang cacat
penglihatan dalam aktiviti berkayak di Tasik Permai.
• Kita hendaklah menghargai jasa orang lain
Muzamir mengucapkan terima kasih kepada Muzafar dan Azizi yang telah melatih dan
memberikan bimbingan kepadanya dan kumpulannya.
• Kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan
Muzafar dan Azizi menjalankan tugas mereka sebagai jurulatih dan juruiring dengan penuh
tanggungjawab.
• Kita hendaklah saling membantu demi mencapai kejayaan
Nurul, Haris, Chee Keong dan rakan-rakan yang lain telah membantu Muzafar dan Azizi menunjukkan
bahagian-bahagian kayak dan cara-cara mendayung kepada peserta-peserta ekspedisi berkayak.
Aktiviti
PAK-21 Fikir-Pasang-Kongsi (Think-Pair-Share)
1 Guru memberikan topik “Apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk membantu golongan OKU?”
kepada pelajar.
2 Pelajar diberikan masa untuk berfikir sendiri dalam jangka masa 5 minit.
3 Pelajar boleh menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea.
4 Masa tamat, guru mengarahkan pelajar berbincang dan berkongsi idea dengan rakan sebelah.
5 Apabila masa yang diberikan tamat, pelajar diminta berkongsi idea dengan keseluruhan kelas.
6 Guru menganalis dan menilai hasil yang telah dibincangkan oleh pelajar.
Contoh peta pemikiran – Peta buih
Usaha
Membantu
OKU
20