PdPR Bahasa Melayu
assalamualaikum
selamat Pagi
Apakah golongan kata perkataan berikut?
apa yang kita akan
pelajari hari ini?
Jenis Kata Ganda
Penggunaan Kata Ganda dalam
konteks ayat yang tepat
kata ganda penuh
Gandakan kata dasar dalam kurungan
berdasarkan konteks ayat
Banyak kanak-kanak bermain
________ (layang) di sawah
sewaktu musim menuai.
Jawapan : layang-layang
layang - terbang,
layang-layang - permainan yang diterbangkan, kayu
yang diikat dengan benang dan disaluti kertas
Banyak kanak-kanak bermain
________ (layang) di sawah
sewaktu musim menuai.
kata ganda separa
Gandakan kata dasar dalam kurungan
berdasarkan konteks ayat
Tukang rumah itu
menggunakan _____(siku)
untuk mengukur sudut tepat.
Jawapan : sesiku,
siku - persendian antara lengan
sesiku - sudut yang tepat, 90 darjah
Tukang rumah itu
menggunakan _____(siku) untuk
mengukur sudut tepat.
kata ganda berentak
Gandakan kata dasar dalam kurungan
berdasarkan konteks ayat
Beberapa orang kanak-kanak
______(mandi) di kawasan air
terjun itu.
Jawapan : mandi-manda,
mandi - mencuci tubuh badan
mandi-manda - pelbagai upacara mandi
Beberapa orang kanak-kanak
______(mandi) di kawasan air
terjun itu.
kata ganda majmuk
Gandakan kata dasar dalam kurungan
berdasarkan konteks ayat
_______ (Guru besar) dikehendaki
menghadiri mesyuarat yang akan
diadakan di Pejabat Pelajaran
Daerah pada petang ini.
Jawapan : guru-guru besar
Guru besar - seorang
Guru-guru besar - lebih daripada seorang
_______ (Guru besar) dikehendaki
menghadiri mesyuarat yang akan
diadakan di Pejabat Pelajaran
Daerah pada petang ini.
kata ganda berimbuhan
Gandakan kata dasar dalam kurungan
berdasarkan konteks ayat
Setelah ______ (tawar),
barulah emak membeli
bakul rotan itu.
Jawapan : tawar-menawar
tawar - tiada rasa
tawar-menawar - saling meminta untuk
kurangkan harga
Setelah ______ (tawar),
barulah emak membeli
bakul rotan itu.
TUGASAN ANDA !
Jawab soalan menerusi Quiziz
Terdapat 2 bahagian
1.Mengenalpasti jenis kata ganda
2.Mengenalpasti kata ganda yang sesuai digunakan
berdasarkan konteks ayat
Pastikan anda betul melebihi 10 soalan daripada
20 soalan
jumpa anda lagi
sekian,
terima kasih