The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amalina Morshidi, 2021-09-08 20:53:21

KOMSAS BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

NOTA GRAFIK PENERBITAN CEMERLANG

Keywords: KOMSAS

KOMSAS

Antologi Kuingin Berterima Kasih

A Puisi Tradisional

Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Rangkap 1 Perbuatan dan tindakan yang dilakukan oleh seseorang berkait rapat dengan sifatnya.
Rangkap 2 Orang yang suka bermalas-malasan akan rugi dan ketinggalan.
Rangkap 3 Setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri.
Rangkap 4 Seseorang yang malas berusaha tidak akan memperoleh kejayaan.
Rangkap 5 Amalan kerjasama mesti diamalkan dalam melakukan sesuatu aktiviti.

Tema Bertemakan pelbagai nasihat yang membina dalam kehidupan manusia.
Persoalan
• Kepentingan hubungan persahabatan dan persaudaraan dalam kehidupan seseorang.
Bentuk • Keperibadian mulia merupakan satu sifat yang sangat penting dalam kehidupan.
• Sikap malas membawa kegagalan.
Gaya Bahasa • Amalan kerjasama membolehkan tugasan yang berat menjadi ringan.

Nilai/ • Bentuk terikat.
Pengajaran • Terdiri daripada lima rangkap.
• Dua baris satu rangkap.
• Tiga hingga lima patah perkataan satu baris.
• Lapan hingga sebelas suku kata setiap baris.
• Rima akhir: a, a

• Asonansi vokal a: emas, perak, tembaga, suasa (R4; B1)

• Aliterasi konsonan m: satu memegang satu memikul (R5; B2)

• Kata ganda: hitam-hitam (R3; B1)

• Imej alam: semut (R2; B1); emas; perak; tembaga; suasa (R4; B1)

• Responsi: Berapa jauh wujud dengan sifat (R1; B1),

Sejauh lutut dengan pelipat. (R1; B2)

• Repetisi: Buah sintang buah senikul (R5; B1)

• Kesedaran
Kita haruslah menghindari sikap malas kerana perbuatan tersebut akan membawa kerugian.
• Keakraban dalam hubungan
Kita hendaklah menjalin hubungan yang erat tanpa timbul rasa curiga.
• Kecekalan
Kita harus memiliki daya usaha yang tinggi untuk menghadapi cabaran agar mencapai matlamat.
• Kerjasama
Kita perlulah hidup saling bergantungan antara satu sama lain.

Aktiviti Melafazkan Pantun
PAK-21

1 Beberapa orang pelajar dipilih untuk melafazkan pantun.
2 Pelajar melafazkan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai.

1

BM Tingkatan 1 KOMSAS

Syair Pohon Buluh

Rangkap 1 Sikap bersatu padu dalam kalangan masyarakat perlu diamalkan demi mewujudkan keharmonian
Rangkap 2 dalam negara di bawah naungan undang-undang.
Rangkap 3
Hidup bersatu padu dan bersaudara sangat diperlukan demi melahirkan bangsa yang berjaya.
Rangkap 4
Setiap anggota masyarakat tanpa mengira tua atau muda berganding bahu untuk memperkukuh
perpaduan yang telah dicapai dalam kalangan masyarakat.

Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab menjaga imej dan keamanan negara daripada ancaman
pihak luar.

Tema Kepentingan hidup bersatu padu kepada masyarakat dan negara.
Persoalan
• Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-
Bentuk sama oleh semua pihak.

Gaya Bahasa • Perpaduan merupakan batu asas dalam pembentukan sebuah bangsa Malaysia.
• Anggota masyarakat menempuh cabaran dan dugaan bersama-sama tanpa mengira pangkat.
Nilai/ • Setiap anggota masyarakat tanpa mengira tua atau muda bertanggungjawab menjaga nama baik
Pengajaran
negara.

• Bentuk terikat.
• Terdiri daripada empat rangkap.
• Empat baris satu rangkap.
• Empat hingga lima patah perkataan sebaris.
• Sembilan hingga dua belas suku kata sebaris.
• Rima akhir: a, a, a, a

• Asonansi vokal a: yang ada sedia panji-panji bendera (R2; B1)
• Aliterasi konsonan n: menara tinggi banyak bertingkat (R1; B1)
• Kata ganda: mata-mata (R1; B4); panji-panji (R2; B1)
• Sinkope: tak (R4; B3)
• Imej alam: air, kolam (R4; B3)
• Simile: Gelapnya di dalam seperti malam (R4; B2)

• Bersatu padu
Kita haruslah hidup bersatu padu untuk membentuk keharmonian hidup bermasyarakat.
• Bekerjasama
Kita perlu berganding bahu untuk memperkukuh perpaduan yang telah lama terjalin dalam

kalangan masyarakat.
• Bermuafakat
Kita perlu mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara demi membina perpaduan kaum.
• Bertanggungjawab
Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab menjaga nama baik negara.

Aktiviti Melagukan Syair
PAK-21

1 Pelajar membaca teks syair untuk memahami dan menghayati maksud syair.
2 Guru memilih lagu yang sesuai dengan tema syair. Contohnya, menggunakan melodi Dandan Setia.
3 Beberapa orang pelajar dipilih untuk melagukan syair.
4 Pelajar melagukan syair dengan suara dan sebutan yang sesuai.

2

BM Tingkatan 1 KOMSAS

B Puisi Moden

Kita Umpama Sehelai Daun (SMahadzir)

Rangkap 1 Manusia ibarat sehelai daun yang memberikan manfaat kepada orang lain yang memerlukan
Rangkap 2 bantuan.
Rangkap 3
Rangkap 4 Manusia janganlah kikir atau kedekut untuk memberikan bakti, perlindungan dan naungan kepada
orang lain.

Manusia ibarat sehelai daun yang akan kering apabila sampai waktunya. Oleh itu, manusia yang
memiliki kebolehan tidak harus bersikap angkuh dan mengabaikan tanggungjawab kepada orang lain
yang memerlukan bantuan.

Manusia diseru agar menjadi seperti daun hijau yang tumbuh dengan suburnya untuk berbakti kepada
masyarakat dan negara.

Tema Mengamalkan perbuatan yang baik dalam kehidupan.
Persoalan
• Kelebihan yang dimiliki digunakan untuk membantu golongan yang lemah.
Bentuk • Menginsafi diri akan kebolehan diri yang bersifat sementara.
• Menjauhi sikap sombong dan bongkak.
Nada • Menabur jasa dan bakti sepanjang hayat.
Gaya Bahasa
• Berbentuk bebas.
Nilai/ • Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.
Pengajaran • Terdiri daripada empat rangkap.
• Tiga hingga lima baris satu rangkap.
• Tiga hingga lima patah perkataan sebaris.
• Lapan hingga sebelas suku kata sebaris.
• Rima akhir:
Rangkap 1: a, b, a, b, c
Rangkap 2: a, b, c, d
Rangkap 3: a, b, c, b, d
Rangkap 4: a, b, b

Romantis

• Asonansi vokal a: andai kikir jasa dan bakti (R2; B1)
• Aliterasi konsonan h: usahlah angkuh keupayaan diri (R3; B3)
• Bahasa Arab: duafa (R3; B4); kudrat (R2; B4)
• Imej alam: unggas (R1; B4); daun (R1; B1)
• Repetisi: kita umpama sehelai daun (R1; B1), (R3; B1)
• Simile: kita umpama sehelai daun

• Baik hati
Kita haruslah menghulurkan bantuan kepada golongan yang lemah.
• Kesederhanaan
Kita hendaklah rendah diri dan tidak sombong dengan keupayaan dan kebolehan yang dimiliki.
• Rasional
Kita hendaklah mengamalkan amalan yang baik dalam kehidupan dengan memberikan manfaat

kepada orang lain.
• Keinsafan
Kita harus sedar bahawa hidup kita di bumi hanyalah bersifat sementara.

3

BM Tingkatan 1 KOMSAS

Kuingin Berterima Kasih (Ihsan Noorzali)

Rangkap 1 Penyajak ingin berterima kasih atas nikmat Tuhan yang telah mencipta hujan. Hujan yang turun
Rangkap 2 menenangkan fikiran dan memadamkan kemarahan.
Rangkap 3
Rangkap 4 Penyajak ingin berbakti kepada tanah kurniaan Tuhan yang memberikan sumber pendapatan kepada
Rangkap 5 para petani.
Rangkap 6
Penyajak ingin berterima kasih kepada ikan yang memberikan rezeki kepada nelayan. Hasil tangkapan
dari lautan meringankan kesusahan hidup seseorang nelayan.

Penyajak berasa kagum terhadap pejuang negara yang rela bertumpah darah dan berjuang demi
membela tanah air kita.

Penyajak ingin menyebarkan mesej keamanan bagi mendamaikan kekalutan hidup dan peperangan.

Manusia sejagat harus merenung dan mengisi kekosongan hidup dengan aktiviti yang berfaedah agar
dapat menjadikan kehidupan lebih indah dan bahagia.

Tema Menghargai dan mensyukuri nikmat Tuhan.
Persoalan
• Mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan.
Bentuk • Kesedaran tentang kepentingan menjaga keamanan negara.
• Pengorbanan seorang pejuang negara demi mempertahankan negara.
Nada • Keperluan mengisi kekosongan hidup dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.
Gaya Bahasa
• Bentuk bebas.
Nilai/ • Terdiri daripada enam rangkap.
Pengajaran • Tiga hingga lima baris satu rangkap.
• Tiga hingga lima perkataan sebaris.
• Tujuh hingga empat belas suku kata sebaris.
• Rima akhir:
Rangkap 1: a, b, c, d
Rangkap 2: a, b, c, a
Rangkap 3: a, b, c, c, c
Rangkap 4: a, b, c, b, b
Rangkap 5: a, b, c, b, d
Rangkap 6: a, b, c

Melankolik

• Asonansi vokal a: darah kesetiaan seorang warga (R4; B4)
• Aliterasi konsonan k: sesekali kuingin kalungkan kagum (R4; B1)
• Hiperbola: api amarah pun terpadam (R1; B4)
• Kata ganda: ikan-ikan (R3; B2); taman-taman (R5; B3)
• Personifikasi: perutmu setia menghamilkan (R2; B3); keangkuhan perang (R5; B5)
• Simile: kepadamu hujan bagai tetamu (R1; B2)
• Metafora: belantara samudera (R3; B3); darah kesetiaan (R4; B4)
• Sinkope: ku (R1; B1); mu (R1; B2)

• Kesyukuran
Kita haruslah bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan.
• Keinsafan
Kita harus insaf akan kepentingan menjaga keamanan negara.
• Kerajinan
Kita perlu gigih berusaha untuk mencari rezeki.
• Patriotisme
Kita mestilah sanggup berkorban demi mempertahankan negara yang tercinta.

4

BM Tingkatan 1 KOMSAS

Aku (Rosli K. Matari)

Rangkap 1 Penyajak membayangkan hanya dia seorang sahaja yang berada di pantai ini.
Rangkap 2
Penyajak berjalan menyusuri pantai sambil membayangkan dialah manusia pertama yang dicipta oleh
Rangkap 3 Tuhan.

Rangkap 4 Penyajak juga membayangkan pada hari itulah dia diciptakan oleh Tuhan dan pertama kali dia melihat
Rangkap 5 laut, langit, dan pokok.
Rangkap 6
Rangkap 7 Penyajak mengatakan bahawa kelmarin dia belum dilahirkan dan belum pernah mendengar bunyi
ombak.

Penyajak juga tidak pernah merasai tiupan angin.

Penyajak juga tidak tahu akan kewujudan kulit kerang dan ru di pantai ini.

Penyajak mengakui kewujudan dan keesaan Tuhan sebagai pencipta alam.

Tema Kecintaan kepada Maha Pencipta.
Persoalan
• Manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan ialah Nabi Adam.
Bentuk • Manusia menyelami alam ciptaan Tuhan.
• Manusia menghayati keindahan bunyi ombak yang memukul pantai.
Nada • Pergerakan angin merupakan sebahagian daripada tanda kebesaran Tuhan.
Gaya Bahasa • Manusia mengakui kewujudan Tuhan.

Nilai/ • Bentuk bebas.
Pengajaran • Terdiri daripada tujuh rangkap.
• Tiga baris satu rangkap.
• Satu hingga empat patah perkataan sebaris.
• Dua hingga sepuluh suku kata sebaris.
• Rima akhir:
Rangkap 1: a, b, c
Rangkap 2: a, b, c
Rangkap 3: a, b, c
Rangkap 4: a, b, b
Rangkap 5: a, b, c
Rangkap 6: a, a, b
Rangkap 7: a, b, b

Romantis

• Asonansi vokal a: tidak ada manusia lain (R1; B1)
• Aliterasi konsonan s: kususur pasir panjang (R2; B1)
• Kata ganda: mana-mana (R5; B3)
• Sinkope: diriku (R1; B3); kususur (R2; B1)
• Imej alam: pantai (R1; B2); laut, langit, pohon (R3; B3)
• Inversi: Tidak ada manusia lain (R1; B1)

• Kesyukuran
Kita haruslah mensyukuri segala kurniaan dan ciptaan Tuhan.
• Kepercayaan kepada Tuhan
Kita harus meyakini kewujudan Tuhan sebagai pencipta alam.
• Keinsafan
Kita haruslah insaf akan keesaan Tuhan dan mengenang jasa Tuhan yang membolehkan kita

menikmati kehidupan di dunia.
• Sayang akan alam sekitar
Kita perlu memelihara dan memulihara alam sekitar.

5

BM Tingkatan 1 KOMSAS

Kunci Bahasa (Abdul Hadi Yusof)

Rangkap 1 Bahasa bermartabat tinggi dalam masyarakat.
Rangkap 2 Bahasa sentiasa berkembang.
Rangkap 3 Bahasa mencatat peristiwa sejarah dan tidak akan lenyap ditelan zaman.
Rangkap 4 Bahasa menjalinkan hubungan persaudaraan.
Rangkap 5 Bahasa sentiasa memainkan peranan penting kepada manusia.
Rangkap 6 Budi bahasa budaya kita.

Tema Peranan bahasa dan kepentingannya.
Persoalan
• Bahasa mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.
Bentuk • Bahasa sentiasa berkembang.
Nada • Bahasa merupakan alat komunikasi yang dapat menjalinkan hubungan persaudaraan.
Gaya Bahasa • Bahasa mempunyai keindahan yang tersendiri.

Nilai/ • Bentuk terikat.
Pengajaran • Terdapat enam rangkap.
• Dua baris setiap rangkap.
• Dua hingga lima patah perkataan satu baris.
• Enam hingga sebelas suku kata setiap baris.
• Rima akhir: a, a

Patriotik

• Asonansi vokal a: tidak habis berbahasa bermadah (R6; B2)
• Aliterasi konsonan b: tidak berbilur bahasa di lidah (R1; B2)
• Metafora: jambatan ukhuwah (R4; B2)
• Pemilihan kata atau diksinya indah: tidak luput bahasa bertingkah (R3; B2)
• Penggunaan bahasa Arab: ukhuwah; ummah; berwasilah
• Inversi: Bahasa berbudi sudah (R5; B1)

• Bertanggungjawab
Kita bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kita.
• Berbudi bahasa
Kita hendaklah berkomunikasi dengan sopan tanpa mengira kaum, bangsa atau agama supaya

dapat mewujudkan masyarakat yang berbudi bahasa.
• Menghargai
Kita haruslah menghargai dan mempertahankan kedudukan dan fungsi bahasa supaya dapat

digunakan dengan baik.

Aktiviti Sumbang Saran (Brainstorming)
PAK-21

1 Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Seorang ketua dilantik dalam setiap kumpulan.
2 Guru mengagihkan sehelai kertas mahjung kepada setiap kumpulan.
3 Guru mengarahkan setiap kumpulan membincangkan ‘Usaha-usaha Memartabatkan Bahasa Melayu’.
4 Setiap ahli kumpulan dikehendaki memberikan idea-idea mereka.
5 Setelah tamat masa perbincangan, setiap kumpulan mempersembahkan idea mereka.

6

BM Tingkatan 1 KOMSAS

C Prosa Tradisional

Asal Padi

Sinopsis Si Sulung dan Si Bongsu menjadi anak yatim piatu setelah ibu bapa mereka meninggal dunia. Ibu
bapa mereka kaya tetapi semua harta peninggalan ibu bapa mereka telah diambil oleh orang jahat.
Tema Harta yang masih ada pada mereka ialah sebuah kolam ikan. Si Sulung cacat di kakinya. Pada suatu
Persoalan hari, Si Bongsu melihat kolam ikannya. Dia ternampak tujuh orang wanita baru selesai mandi di kolam
Watak dan ikannya dan bersiap-siap untuk pulang ke kayangan. Dia memohon untuk mengikuti mereka pulang
Perwatakan ke kayangan. Tujuh orang wanita mengizinkan Si Bongsu mengikut mereka. Mereka naik ke kayangan
dengan menggunakan pelangi sebagai tangga. Setelah tujuh hari tujuh malam, mereka pun tiba di
kayangan. Sebaik sahaja sampai, wanita-wanita itu tiada lagi. Si Bongsu ternampak benda kuning yang
berkilauan dijemur di tengah-tengah dusun. Si Bongsu menyangka benda itu selonggok emas.
Si Bongsu bertanya kepada empunya emas tersebut tetapi dia menjelaskan bahawa longgokan
kuning yang berkilau itu ialah padi dan sangat enak dimakan. Si Bongsu meminta kebenaran daripada
pemilik padi untuk membawa sedikit padi untuk ditanam di bumi tetapi permintaannya ditolak oleh
empunya padi. Empunya padi hanya membenarkannya makan nasi di kayangan sahaja.
Si Bongsu mencari jalan untuk membawa pulang padi ke bumi. Dia memasukkan segenggam padi
ke dalam mulutnya lalu melarikan diri. Malangnya, empunya padi yang menyedari tindakan Si Bongsu
segera mengejarnya. Si Bongsu berjaya ditangkap. Empunya padi menghempas Si Bongsu pada tangga
pelangi dan memaksa Si Bongsu mengembalikan setiap butir padi yang dicurinya. Tumit Si Bongsu
tercedera. Si Bongsu meminta belas kasihan empunya padi supaya membenarkannya menetap di
kayangan sehingga lukanya sembuh.
Si Bongsu hanya dibenarkan mengawasi padi yang dijemur. Setelah luka pada tumitnya sembuh,
Si Bongsu mula mencari akal untuk membawa padi ke bumi. Dia menyembunyikan beberapa butir
padi ke dalam luka di tumitnya dan meminta kebenaran daripada empunya padi untuk pulang ke
bumi. Empunya padi mahu memeriksa badan Si Bongsu kerana khuatir dia membawa padi ke bumi.
Kerelaan Si Bongsu membenarkan empunya padi memeriksa badannya telah meyakinkan empunya
padi bahawa Si Bongsu tidak mencuri padinya. Si Bongsu dibenarkan pulang ke bumi.
Setelah sampai di bumi, Si Bongsu segera menanam padi di ladangnya. Padi tersebut tumbuh
dengan subur dan berbuah lebat manakala padi di kayangan pula tidak menjadi. Empunya padi telah
mengutuskan Si Burung Pipit ke bumi untuk melakukan penyiasatan. Si Burung Pipit makan padi yang
berbuah lebat dan kembali ke kayangan. Si Burung Pipit menyatakan bahawa tiada padi di bumi.
Empunya padi tidak mempercayai kata-kata Si Burung Pipit kerana terdapat padi pada paruhnya.
Empunya padi mengutuskan Si Tekuri turun ke bumi bersama Si Burung Pipit untuk menyiasat
perkara yang sebenarnya. Empunya padi memberitahu kedua-dua ekor burung itu bahawa jika
Si Burung Pipit didapati berbohong, Si Tekuri diarahkan untuk membunuhnya. Jika maklumat yang
disampaikan oleh Si Burung Pipit benar, Si Tekuri akan dibunuh oleh Si Burung Pipit. Setelah mereka
sampai ke bumi, Si Tekuri mendapati Si Burung Pipit berbohong lalu mereka bertengkar dan berlaga.
Akhirnya, Si Burung Pipit kalah. Kerongkongnya disepit keras oleh Si Tekuri, hanya temboloknya yang
berputar ke arah tengkuknya. Begitulah asal usul tumbuhnya padi di bumi.

Kebijaksanaan dalam penyelesaian masalah.

• Usaha yang berterusan akan membuahkan hasil.
• Ketabahan dan keberanian dalam menghadapi cabaran hidup.
• Sikap bercakap bohong akan menyusahkan diri sendiri.
• Penganiayaan terhadap anak-anak yatim piatu.

Si Bongsu
• Seorang yatim piatu.
• Seorang yang berani – tidak takut dihukum oleh empunya padi.
• Seorang yang tabah – tidak berputus asa untuk membawa padi ke bumi.
• Seorang yang bijaksana – mampu memikirkan cara untuk membawa padi ke bumi.
Empunya Padi
• Orang kayangan, pemilik padi.
• Seorang yang tegas – berkeras tidak membenarkan Si Bongsu membawa padi ke bumi.
• Bertimbang rasa – membenarkan Si Bongsu menetap di kayangan kerana tumitnya luka.
• Baik hati – mengizinkan Si Bongsu mengikutnya pulang ke kayangan semula walaupun Si Bongsu

mencuri padinya.

7

BM Tingkatan 1 KOMSAS

Latar Si Burung Pipit
• Utusan empunya padi untuk memeriksa padi di bumi.
Plot • Tidak amanah – tidak menjalankan tugas yang diarahkan oleh empunya padi dengan amanah.
• Bercakap bohong – berbohong kepada empunya padi dengan mengatakan bahawa tiada padi yang
Teknik Plot
Gaya Bahasa tumbuh di bumi.
Si Sulung
Nilai/ • Abang Si Bongsu.
Pengajaran • Kakinya cacat – jari-jari kakinya tumbuh melekat seperti kaki itik.

Latar Masa
• Zaman dahulu – pada zaman dahulu hidup sepasang suami isteri yang sangat kaya.
• Pada suatu hari – Si Bongsu melihat tujuh wanita baru selesai mandi di kolam ikannya.
• Tujuh hari tujuh malam – perjalanan ke kayangan mengambil masa tujuh hari tujuh malam.
Latar Tempat
• Bumi – tempat tinggal Si Bongsu dan keluarganya. Padi kayangan itu berhasil dan dapat ditanam di

bumi.
• Kolam ikan – tempat tujuh wanita kayangan mandi.
• Pelangi – Si Bongsu menuju ke kayangan menggunakan pelangi sebagai tangga.
• Kampung halaman orang kayangan – Si Bongsu ditugaskan menjaga dan mengawasi padi yang

dijemur di kampung halaman orang kayangan.
Latar Masyarakat
• Masyarakat yang dizalimi apabila harta anak yatim piatu habis dicuri.
• Masyarakat kayangan yang penuh misteri.
• Masyarakat yang bijak menyelesaikan masalah.
• Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup.

• Permulaan
Si Sulung dan Si Bongsu menjadi yatim piatu setelah kematian ibu bapanya. Harta peninggalan ibu

bapa mereka telah diambil oleh orang jahat. Harta yang tinggal hanyal sebuah kolam.
• Perkembangan
Pada suatu hari, Si Bongsu melihat tujuh orang wanita bersiap-siap untuk pulang ke kayangan

setelah mandi di kolam ikannya. Si Bongsu mengikut tujuh orang wanita itu ke kayangan.
• Perumitan
Si Bongsu ternampak benda berwarna kuning keemasan. Si Bongsu ingin membawa benih padi

ke bumi setelah mengetahui bahawa benda itu ialah benih padi, tetapi empunya padi tidak
membenarkan.
• Puncak
Si Bongsu mencuri benih padi. Perbuatannya diketahui oleh empunya padi. Tumit Si Bongsu terluka
ekoran pergelutan bersama empunya padi di tangga pelangi.
• Peleraian
Si Bongsu berjaya membawa padi ke Bumi dengan menyembunyikan benih padi di dalam luka di
tumitnya. Padi tumbuh dengan subur di bumi. Daya hidup padi di kayangan lenyap.

• Monolog
Anak yatim piatu berkata kepada dirinya sendiri tentang cara yang perlu difikirnya untuk mencuri

padi daripada orang kayangan, empunya padi. Contohnya, Kemudian anak yatim itu berkata lagi
kepada dirinya sendiri, “Biarlah kucari akal yang sebaik-baiknya untuk membawa padi itu ke bumi... .”
• Dialog
Kata-kata orang kayangan menjawab pertanyaan Si Bongsu yang menganggap padi yang dijemurnya
ialah emas. Contohnya, “Apa? Saudara kira yang saya jemur ini emas?”
• Pemerian
Keadaan kecacatan Si Sulung dijelaskan dengan terperinci. Contohnya, Kakinya kerekot, jari-jari
kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua-dua tumitnya berlubang.

• Sinkope – kucari, kaukatakan
• Kata ganda – diam-diam, sekali-kali, bersiap-siap
• Bahasa Melayu klasik – hatta; maka; nescaya; hamba
• Simpulan bahasa – mencari akal
• Inversi – Yang kuning kemilau itu tentu selonggok emas.

• Kebijaksanaan
Kita harus bijaksana dalam menyelesaikan masalah.
• Keberanian
Kita hendaklah berani menghadapi cabaran hidup.
• Amanah
Kita mestilah amanah apabila melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.
• Kejujuran
Kita tidak boleh bercakap bohong kerana perbuatan ini akan merugikan diri sendiri.

8

BM Tingkatan 1 KOMSAS

D Cerpen

Oren (Saifullizan Yahaya)

Sinopsis Oren seekor kucing peliharaan yang dibawa pulang oleh ayah ‘Aku’. Namun begitu, sudah empat
hari ayah tidak nampak kelibat Oren. Kehilangan Oren menyebabkan ayah mengeluh dan bimbang.
Tema ‘Aku’ mengimbas kembali sewaktu ayah membawa Kelabu pulang ke rumah; seekor kucing berwarna
Persoalan kelabu dan kelihatan seperti kucing Siam. Kehadiran Kelabu menyebabkan Oren merajuk kerana
kurang mendapat perhatian daripada ayah. Malam itu, ayah tidak berselera makan. “Aku”, ibu,
Watak dan Azura dan Anis tidak berani memberikan pandangan kerana takut menyinggung dan menambahkan
Perwatakan kebimbangan ayah. Di dalam bilik, Azura mengadu kepada “Aku” dan menyalahkan Kelabu merupakan
punca kehilangan Oren. “Aku” akui kebenaran kata-kata adikku.
Ayah mula menyesal kerana menyisihkan Oren dan mengimbas kembali hari dia membawa
pulang Oren ke rumah setelah dia melanggar mati ibu Oren. Anak kucing itu dinamakan Oren sempena
bulunya yang berwarna oren. Oren dijadikan sebahagian daripada ahli keluarganya. Namun kehadiran
Kelabu menyebabkan Oren lebih suka menyendiri, semakin tersisih dan pasif. Oren sentiasa menjaga
kebersihan dan tidak membuang najis di dalam rumah. Perlakuannya tidak seperti Kelabu yang
membuang najis di merata-rata tempat dan perlu dilatih.
Tiba-tiba, ayah terdengar Oren mengiau, lalu dia membuka pintu dan melihat Oren yang berwajah
sayu. Oren dibawa ke dapur dan disuakan susu, tetapi Oren tidak mengendahkannya. Ayah mendukung
Oren lantas mencium pipi Oren dan membelai-belainya dengan manja.
‘Aku’ melihat ayah menuju ke ruang tamu sambil bertanya tentang Oren. ‘Aku’ memberitahunya
Oren masih tidak kelihatan. Ayah tersedar dan bercerita mengenai mimpinya sewaktu kami bersarapan.
Tiba-tiba, Anis muncul mendukung Oren yang sudah tidak bernyawa. Anis menjumpai Oren di celah
pokok tua yang tumbang semalam di taman permainan. Mata ayah mula berkaca ekoran perasaan
sedih atas kematian Oren.

Kasih sayang terhadap haiwan.

• Sikap prihatin terhadap haiwan peliharaan.
• Ketidakadilan dalam memberikan kasih sayang.
• Tekanan emosi apabila kehilangan haiwan peliharaan.
• Sikap bertanggungjawab untuk menebus kesilapan.
• Keinsafan diri selepas berlakunya sesuatu kehilangan.
• Kebijaksanaan menarik perhatian.

Aku
• Berasa bimbang kerana kehilangan Oren.
• Seorang anak yang prihatin terhadap ayahnya.
• Taat – mematuhi pesanan ibunya agar tidak menyinggung perasaan ayah.
Oren
• Kucing peliharaan ayah yang dibawa pulang ke rumah setelah kematian ibu kucing.
• Telah menghilangkan diri selama empat hari.
• Sering menyendiri dan pasif setelah kehadiran Kelabu.
• Mati dihempap pokok tua yang tumbang.
Ayah
• Ayah kandung ‘Aku’.
• Memelihara dua ekor kucing iaitu Oren dan Kelabu.
• Sangat menyayangi Oren dan Kelabu.
• Mengalami tekanan emosi kerana kehilangan Oren.
• Menyesali sikapnya yang tidak adil dan prihatin terhadap Oren.

Aktiviti Main Peranan (Role Play)
PAK-21

1 Guru memilih beberapa orang pelajar untuk melakonkan watak-watak yang terdapat dalam cerpen Oren.
2 Pelajar diberikan masa untuk membuat persediaan.
3 Pelajar tersebut membuat persembahan mengikut kreativiti masing-masing.
4 Guru memberikan penilaian kepada pelajar.

9

BM Tingkatan 1 KOMSAS

Latar Latar Masa
• Waktu pagi ketika bersarapan.
Plot • Waktu malam ketika makan malam.
• Suatu petang sewaktu ayah pulang daripada kerja.
Teknik Plot • Bulan Disember.
Latar Tempat
Gaya Bahasa • Rumah ‘Aku’.
Nilai/ • Longkang.
• Taman permainan.
Pengajaran Latar Masyarakat
• Masyarakat yang suka membela kucing sebagai haiwan peliharaan.
• Masyarakat anak yang taat kepada ibu.
• Masyarakat yang menyesali kesalahan diri.

• Permulaan
Oren sudah empat hari tidak pulang ke rumah walaupun telah dicari di merata-rata tempat.
• Perkembangan
Ayah semakin bimbang dan tidak lalu makan ekoran kehilangan Oren. Hal ini menyebabkan seluruh

ahli keluarga turut bimbang.
• Perumitan
Oren masih tidak pulang ke rumah. Ayah menyalahkan diri kerana mengabaikan Oren. Oren sering

menyendiri dan menyisihkan diri setelah kehadiran Kelabu.
• Puncak
Ayah bermimpi Oren kembali ke rumah. Ayah membawa Oren ke dapur lalu memberikan Oren

susu. Ayah mendukung Oren lantas mencium Oren.
• Peleraian
Anis menjumpai Oren mati di celah-celah pokok tua yang tumbang semalam. Ayah berasa sedih

kerana kematian Oren lalu menitiskan air mata.

• Imbas kembali
‘Aku’ teringat akan peristiwa ayah membawa pulang Oren. Contohnya, ‘Aku’ terimbas kembali

tentang kucing itu yang dipungut sewaktu ayah pulang dari tempat kerja.
• Imbas muka
Ayah bermimpi Oren pulang ke rumah. Contohnya, Di hadapannya kelihatan Oren dengan raut

wajah yang sayu.
• Dialog
Ayah mengeluh dan menanyakan pelbagai soalan apabila kucingnya hilang sejak dua hari yang lalu.

Contohnya, “Ke manakah Oren pergi?”
• Pemerian
Pengarang menggambarkan keadaan ayah apabila dia berjaya menemui kucingnya. Contohnya,

Kemudian, dia membawa Oren ke dapur. Dia mengambil susu dari peti sejuk dan disuanya kepada
Oren.
• Saspens
Pembaca tertanya-tanya tentang nasib kucing yang telah menghilangkan diri. Contohnya, Tiba-tiba
dia terdengar Oren mengiau-ngiau di luar pintu rumah.

• Sinkope – adikku, bagiku
• Kata ganda – anak-anaknya, kedua-duanya
• Pengulangan kata – kucing, Oren
• Simpulan bahasa – iri hati; pilih kasih
• Repetisi – … mungkin ayah juga tahu sebab kucing sulungnya itu merajuk. Mungkin ayah telah

sedar …

• Kasih sayang
Kita harus menyayangi semua makhluk ciptaan Tuhan.
• Ketaatan
Kita hendaklah patuh dan taat kepada arahan ibu bapa.
• Keadilan
Kita haruslah bersikap adil dalam memberikan kasih sayang kepada haiwan peliharaan.

10

BM Tingkatan 1 KOMSAS

Hadiah ( ... atas kejayaan para guru menghasilkan Aku) (Tie Camar)

Sinopsis Rakan-rakan Azizah seperti Rahimah, Zaiton, Hamidah, Marina, Rashid, Hashim, Aliza, dan Azira
sibuk berbincang mengenai sambutan Hari Guru yang bakal tiba. Masing-masing hendak memberikan
Tema hadiah yang istimewa kepada guru kesayangan mereka. Hanya Azizah yang masih buntu memikirkan
Persoalan nasib dirinya yang miskin dan tiada wang untuk membeli hadiah untuk guru kesayangannya, Cikgu
Zaleha. Pada petang itu, Azizah meminta wang daripada ibunya tetapi ibunya tidak mempunyai wang.
Watak dan Wang simpanannya adalah untuk membayar yuran pengajian abangnya di UiTM. Hal ini membuatkan
Perwatakan Azizah semakin runsing.
Pada suatu hari, Azizah menanyakan Cikgu Zaleha mengenai hadiah yang dihajati oleh beliau.
Latar Cikgu Zaleha menolaknya dengan tenang dan lembut kerana dia hanya ingin akan kejayaan Azizah
dalam peperiksaan UPSR nanti. Hal ini menyebabkan Azizah berjanji akan membelikan hadiah yang
menarik buat guru kesayangannya itu. Azizah membuka tabung arnabnya tetapi hampa kerana wang
simpanannya tidak cukup. Hadiah Hari Guru daripada rakan-rakannya menyebabkan Azizah tidak lena
tidur dan malu ke sekolah kerana takut diejek oleh rakan-rakan yang lain.
Pada suatu pagi ketika bersarapan, Azizah meminta wang daripada ayahnya untuk membeli
hadiah. Ayahnya menyatakan bahawa dia tidak mempunyai wang dan meminta Azizah membatalkan
niatnya untuk membeli hadiah sempena Hari Guru. Ibu Azizah yang mendengar perbualan mereka
memujuk Azizah dengan mencadangkannya agar menganyam raga, bakul atau tudung saji sebagai
hadiah. Pada petang itu, Azizah mula menganyam enam tudung saji yang cantik untuk dihadiahkan
kepada Cikgu Zaleha.
Pada Hari Guru, semasa Azizah menyerahkan hadiahnya, Cikgu Zaleha meminta hadiah yang
lebih besar daripadanya dan menyerahkan Borang Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah dengan
harapan Azizah akan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Dalam tempoh masa lapan
minggu sahaja, Azizah telah berjaya menghasilkan Tudung Saji 20 Beradik yang cantik, berwarna-
warni, dan unik. Tudung Saji 20 Beradik ciptaannya telah merangkul johan peringkat daerah, naib
johan peringkat negeri, dan memenangi Kategori Karya Inovatif peringkat kebangsaan. Cikgu Zaleha
pula memenangi Kategori Guru Inovatif pada Hari Guru Peringkat Daerah. Kegigihan dan kerajinan
Azizah menyahut cabaran merupakan hadiah terbesar bagi Cikgu Zaleha.

Kegigihan dan kecekalan akan membuahkan kejayaan.

• Penghargaan terhadap jasa guru.
• Kemiskinan hidup masyarakat kampung.
• Kepentingan amalan menabung.
• Tanggungjawab guru dalam mengembangkan potensi diri pelajar.
• Kemiskinan bukan penghalang kejayaan.
• Kepentingan dorongan dan bimbingan dalam mencapai kejayaan.

Azizah
• Seorang murid yang miskin.
• Memiliki kemahiran menganyam tudung saji.
• Sangat menyayangi gurunya, Cikgu Zaleha.
• Seorang yang rajin dan cekal – berjaya menghasilkan Tudung Saji 20 Beradik dalam masa lapan

minggu sahaja.
Cikgu Zaleha
• Guru yang menjadi kegemaran ramai pelajar di sekolah.
• Seorang guru yang prihatin dan sering memuji Azizah.
• Bertanggungjawab dalam mencungkil bakat dan mengembangkan potensi Azizah dalam

penghasilan kraf tangan.
• Memenangi Kategori Guru Inovatif pada Hari Guru Peringkat Daerah.
Ibu
• Ibu kandung Azizah.
• Cacat sebelah kaki.
• Sangat pandai menganyam dan mengambil upah menganyam tikar.
• Prihatin terhadap masalah Azizah dan memberikan cadangan yang relevan.

Latar Masa
• Waktu pagi ketika bersarapan.
• Suatu petang – Azizah meminta wang daripada ibunya.
• Semasa sambutan hari guru peringkat sekolah.
• Lapan minggu – Azizah menghasilkan Tudung Saji 20 Beradik dalam masa lapan minggu.

11

BM Tingkatan 1 KOMSAS

Latar Tempat
• Rumah Azizah – Azizah menganyam tudung saji di rumah.
• Bilik guru – Azizah bertanya kepada Cikgu Zaleha mengenai hadiah yang dihajatinya.
• Tapak perhimpunan – Azizah menyerahkan hadiahnya di tapak perhimpunan.
Latar Masyarakat
• Masyarakat pelajar yang menghargai jasa guru.
• Masyarakat yang berkemahiran menghasilkan barangan kraf tangan.
• Masyarakat guru yang prihatin terhadap potensi murid.

• Permulaan

Rakan-rakan Azizah sibuk berbincang mengenai hadiah masing-masing sempena sambutan Hari

Guru.

• Perkembangan

Azizah meminta wang daripada ibunya tetapi gagal. Wang simpanannya tidak mencukupi. Bapanya

juga tidak mempunyai wang.

• Perumitan

Plot Emak Azizah mencadangkan agar Azizah menganyam kraf tangan untuk gurunya. Azizah gigih
menghasilkan beberapa biji tudung saji kecil sebagai hadiah kepada gurunya.

• Puncak

Cikgu Zaleha menyerahkan Borang Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah dengan harapan

Azizah akan mengambil bahagian.

• Peleraian

Azizah mendapat johan pada peringkat daerah, naib johan pada peringkat negeri dan memenangi

Kategori Karya Inovatif peringkat kebangsaan. Cikgu Zaleha memenangi Kategori Guru Inovatif

pada Hari Guru Peringkat Daerah.

Teknik Plot • Imbas muka
Rashid membayangkan model masjid yang dibuat oleh Abang Rahim. Contohnya, Pada matanya

terbayang sebuah model masjid yang cantik dan berkilat.
• Dialog
Perbualan antara Azizah dengan emaknya. Contohnya, “Mak… mak ada duit tak?”
• Monolog dalaman
Azizah berfikir tentang hadiah yang hendak dibeli. Contohnya, “Nak beli apa ya?” fikir Azizah.
• Saspens
Peristiwa yang menimbulkan tanda tanya kepada pembaca. Contohnya, Dalam tangan Cikgu Zaleha

terdapat sekeping borang yang sangat besar kaitannya dengan Azizah. Pembaca ingin tahu tentang
kegunaan borang tersebut.

Gaya Bahasa • Sinkope – ku, nak, tak apa
• Metafora – mata tajam, jemari seni
• Ayat pendek – Geleng, Fikirannya buntu
• Simpulan bahasa – tarik diri

Nilai/ • Kerajinan
Pengajaran Kita harus rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.
• Menghargai jasa
Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan guru.
• Berjimat cermat
Kita mestilah berjimat cermat dan menabung sejak kecil.

Aktiviti Meja Bulat (Round Table)
PAK-21

1 Guru membahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan.
2 Guru meminta setiap kumpulan membincangkan topik “Cara-cara Menghargai Jasa Guru”.
3 Setiap pelajar perlu mencatatkan satu idea secara bergilir-gilir menggunakan kertas dan pen yang sama.
4 Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.

12

BM Tingkatan 1 KOMSAS

Kuih Bakul Limau Mandarin (Mohd. Helmi Ahmad)

Sinopsis Dengan perasaan gembira Sim Pau memberitahu Lim Pooi bahawa anak perempuan mereka,
Lim Meng akan pulang menyambut Tahun Baharu Cina, tetapi Lim Pooi berkeras membantah
Tema kepulangan anaknya itu. Hal ini menyebabkan Sim Pau berasa sedih. Sim Pau mengingatkan suaminya
Persoalan bahawa Lim Meng masih merupakan anak mereka. Namun begitu, dengan perasaan marah Lim Pooi
Watak dan menidakkannya. Lim Pooi mengatakan bahawa sejak kelahiran Lim Meng dia bernasib malang kerana
Perwatakan perniagaannya lingkup, berlaku banyak kecurian dan hidupnya tidak tenang, malah Lim Foong juga
meninggal dunia.
Sim Pau yang mendiamkan diri bersuara dan menentang kata-kata suaminya. Dia menafikan
kematian Lim Foong disebabkan oleh Lim Meng dengan nada suara yang lantang. Lim Meng terpaksa
keluar dari rumah disebabkan oleh sikap ego ayahnya itu. Lim Pooi tidak mahu mengalah dan bertegas
menyatakan Lim Foong meninggal dunia kerana mahu menyelamatkan Lim Meng. Lim Pooi masih
berpendirian bahawa Lim Meng harus bertanggungjawab atas kematian Lim Foong dan menghalaunya
keluar dari rumah.
Tiba-tiba, Sim Pau menyalahkan Lim Pooi atas kematian Lim Foong. Sim Pau mengimbas kembali
peristiwa lampau sebelum kematian Lim Foong. Lim Meng pernah mengadu kepada bapanya bahawa
Lim Foong mencuri duit dari kedai untuk berjudi tetapi bapanya tidak mempercayai kata-kata Lim
Meng, sebaliknya dia naik angin dan merotan Lim Meng kerana berbohong. Dia juga tidak pernah
menyelidik tindak-tanduk dan tingkah laku Lim Foong. Lim Meng juga pernah mengadu kepada ibunya
bahawa penduduk kampung tidak berpuas hati dengan sikap Lim Pooi yang menaikkan harga barangan
dan tidak berhati perut. Hal ini merupakan punca utama perniagaannya lingkup.
Sim Pau turut menjelaskan kematian Lim Foong bukan disebabkan lemas ketika mahu
menyelamatkan Lim Meng sebaliknya lemas kerana menyembunyikan diri daripada penuntut hutang.
Sebenarnya Lim Menglah yang berusaha untuk menyelamatkan abangnya itu, tetapi dia turut lemas
dan diselamatkan oleh Sudin. Malangnya, Lim Foong tidak sempat diselamatkan. Sim Pau turut
menjelaskan kebakaran di kedainya sebenarnya dilakukan oleh penuntut hutang yang tidak berpuas
hati terhadap anak lelaki mereka itu. Sim Pau juga sudah lama mengetahui hal ini tetapi dia sengaja
tidak memberitahu suaminya.
Lim Pooi yang sedar akan kesalahannya meminta maaf dan menyesal atas kesalahannya terhadap
Lim Meng. Dalam masa menanti kepulangan Lim Meng, Lim Pooi jatuh sakit kerana merindui anaknya
itu tetapi tidak mahu berjumpa doktor. Semasa Sim Pau sedang menyiapkan sup di dapur, tiba-tiba
pintu diketuk. Lim Meng pulang ke rumah dan berpelukan dengan ibunya. Namun, sejurus Lim Meng
melihat bapanya, dia mahu beredar kerana berasa takut. Lim Pooi meminta maaf daripada anaknya,
Lim Meng. Lim Meng menahan sebak dan menangis sambil berlari-lari anak memeluk bapanya. Lim
Pooi dan Sim Pau turut menangis. Lim Meng bertanya kepada ibunya sama ada sudah menyiapkan
kuih bakul dan mencadangkan untuk membuat kuih bakul bersama-sama. Bapanya pula menunggang
motosikal ke bandar untuk membeli limau mandarin, air kotak dan kacang goreng untuk dihidangkan
kepada jiran yang akan bertandang. Lim Meng juga ingin menjemput keluarga Sudin datang ke rumah.

Ikatan kasih sayang sesama ahli keluarga.

• Kepercayaan anak perempuan sebagai pembawa malang.
• Padah sikap berjudi.
• Ketidakjujuran dalam menjalankan perniagaan.
• Sikap bantu-membantu tanpa mengira kaum.

Lim Meng
• Anak perempuan Lim Pooi dan Sim Pau.
• Dipersalahkan oleh ayahnya sebagai pembawa malang.
• Dihalau keluar dari rumah kerana menyebabkan kematian abangnya.
• Sangat menyayangi ibu dan bapanya.
• Seorang yang mengenang jasa.
Lim Pooi
• Bapa Lim Meng dan Lim Foong.
• Seorang yang panas baran dan memiliki ego yang tinggi.
• Sangat menyayangi anak lelakinya, Lim Foong.
• Seorang peniaga yang tidak jujur.

13

BM Tingkatan 1 KOMSAS

Latar Sim Pau
Plot • Ibu kepada Lim Meng dan Lim Foong.
Teknik Plot • Membela anak perempuannya daripada dituduh oleh suaminya.
• Amat menyayangi suami dan anaknya.
Lim Foong
• Anak lelaki Lim Pooi dan Sim Pau.
• Sering mencuri duit dari kedai bapanya.
• Suka berjudi dan mati lemas ketika melarikan diri daripada penuntut hutang.

Latar Masa
• Beberapa hari sebelum Tahun Baharu Cina – Lim Pooi dan Sim Pau bertengkar.
• Sehari sebelum Tahun Baharu Cina – Lim Meng pulang semula ke rumahnya.
• Selama tiga hari – Lim Pooi tidak makan selama tiga hari kerana sakit.
Latar Tempat
• Rumah Lim Pooi – Lim Pooi dan Sim Pau bertengkar mengenai kepulangan Lim Meng ke rumah.
• Kedai Lim Pooi – Lim Meng ternampak Lim Foong mencuri duit dari kedai.
• Dapur – Sim Pau sedang menyediakan sup di dapur ketika pintu rumahnya diketuk.
Latar Masyarakat
• Masyarakat yang mempunyai ego tinggi – Lim Pooi tidak mahu menerima hakikat bahawa anak

kesayangan, Lim Foong mati lemas sebaliknya menyalahkan Lim Meng.
• Masyarakat peniaga yang tamak – Lim Pooi menaikkan harga barang di kedainya sesuka hati.
• Masyarakat yang berjudi dan berhutang keliling pinggang – Lim Foong berjudi sehingga hutang

keliling pinggang.
• Masyarakat yang menegakkan kebenaran – Sim Pau mempertahankan anak perempuannya dan

menyedarkan suaminya tentang kesilapan yang dilakukan oleh suaminya.
• Masyarakat yang menginsafi diri – akhirnya Lim Pooi sedar dan mengakui kesilapannya.

• Permulaan
Sim Pau dengan perasaan gembira menyampaikan berita kepulangan Lim Meng tetapi dibantah

keras oleh suaminya, Lim Pooi.
• Perkembangan
Lim Pooi menyalahkan Lim Meng atas nasib malang yang menimpanya. Sim Pau berani bersuara

dan menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku.
• Perumitan
Sim Pau mengingatkan Lim Pooi tentang Lim Meng yang mengadu bahawa Lim Foong mencuri duit

di kedai. Lim Pooi terpukul dengan kata-kata Sim Pau. Dia mula sedar akan keburukan sikapnya.
• Puncak
Lim Pooi jatuh sakit semasa menunggu kepulangan Lim Meng. Lim Meng pulang semula ke rumah

sehari sebelum Tahun Baharu Cina.
• Peleraian
Lim Meng terus mahu beredar apabila ternampak bapanya. Lim Pooi meminta maaf daripada Lim

Meng dan menginsafi kesalahannya. Mereka menyediakan limau mandarin, air kotak, dan kacang
goreng untuk dihidangkan kepada tetamu.

• Pemerian
Pengarang memerihalkan reaksi Lim Pooi selepas mendengar kata-kata Sim Pau. Contohnya, Lim

Pooi tampak tidak keruan. Dia mula bangun dari kerusi malas dan menuju ke arah jendela nako
yang terbuka luas. Malam itu tenang. Cahaya bulan samar di langit.
• Dialog
Percakapan antara Lim Pooi dengan Lim Meng. Contohnya, “Maafkan papa.”
• Monolog dalaman
Lim Pooi berkata-kata dalam hati. Contohnya, Tak mungkin Lim Foong berjudi. Tak Mungkin.
Batinnya menjerit.
• Saspens
Pembaca ingin tahu tentang perkara yang akan berlaku seterusnya. Contohnya, Pintu rumah
diketuk. Sim Pau berada di dapur yang ketika itu sedang menyiapkan sup untuk Lim Pooi.
• Imbas kembali
Sim Pau mengungkap kembali kisah sebelum Lim Meng dihalau oleh Lim Pooi.

14

BM Tingkatan 1 KOMSAS

Gaya Bahasa • Sinkope – kau, nak, tak, dah
• Peribahasa – menegakkan benang yang basah; naik angin
Nilai/ • Metafora – kandang kemarahan
Pengajaran • Simile – kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira
• Personifikasi – ladang-ladang bunga gembira
• Hiperbola – hidangan air mata yang melimpah ruah

• Kasih sayang
Kita harus menyayangi ahli keluarga.
• Kemaafan
Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain dan tidak berdendam.
• Kejujuran
Kita mestilah bersikap jujur dalam menjalankan perniagaan dan tidak tamak.
• Tolong-menolong
Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa mengira kaum.
• Keberanian
Kita harus berani menentang kesalahan supaya dapat bersikap adil.

E Drama

Hadiah (Aripin Said)

Sinopsis Fauziah membaca surat Hayati iaitu anaknya yang menuntut di sekolah berasrama penuh di Melaka.
Hayati memaklumkan dalam suratnya bahawa dia akan pulang ke kampung buat sementara waktu
Pemikiran ekoran daripada masalah tunggakan bayaran asrama setelah kematian ayahnya. Hal ini menyebabkan
Persoalan Fauziah menangis. Bapa Fauziah iaitu Pak Mail berusaha menenangkan perasaan Fauziah dan berjanji
akan mencari ikhtiar untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kepulangan Hayati disambut oleh Pak
Watak dan Mail dan Fauziah. Pak Mail menasihati anaknya, Fauziah agar tidak bersedih kerana ramai lagi yang
Perwatakan lebih malang nasibnya daripada mereka. Walaupun kematian Akhbar memberikan impak yang besar
tetapi mereka harus berbangga kerana kematiannya itu sebagai seorang pahlawan.
Encik Musa diiringi oleh Datuk Penghulu bertandang ke rumah Fauziah untuk menyampaikan
penghargaan negara berupa cek bernilai sepuluh ribu ringgit kepada keluarga Pak Mail atas kematian
Sarjan Akhbar semasa bertempur di sempadan negara. Pak Mail mengucapkan terima kasih kepada
Encik Musa atas penghargaan tersebut kerana mereka memang mengalami masalah kewangan dan
Pak Mail terpaksa mencari kerja untuk menyara kos persekolahan Hayati. Datuk Penghulu berjanji akan
berikhtiar untuk mengatasi masalah tersebut.
Encik Musa menyampaikan cek bernilai sepuluh ribu ringgit kepada Fauziah. Fauziah menerimanya
sambil menangis. Sekali lagi Pak Mail mengucapkan terima kasih. Encik Musa berharap agar wang
tersebut dapat membantu persekolahan anak-anak Allahyarham Akhbar. Pak Mail dan Encik Musa
berpesan kepada Hayati agar belajar dengan bersungguh-sungguh.

Kesempitan hidup setelah kematian ketua keluarga.

• Penderitaan seorang isteri setelah kematian suami.
• Pengorbanan seorang anggota tentera untuk mempertahankan negara.
• Penghargaan terhadap jasa pahlawan negara.
• Sikap berdikari golongan yang sudah berpencen.

Hayati
• Anak perempuan Fauziah dan Allahyarham Akhbar.
• Pulang ke kampung sementara kerana masalah kewangan keluarga.
• Sangat merindui dan teringat akan arwah ayahnya.
• Berasa gembira kerana boleh meneruskan pengajian.
Fauziah
• Ibu Hayati dan balu Akhbar.
• Sentiasa bersedih mengenangkan nasib dirinya setelah kematian suami.
• Tidak tabah menghadapi dugaan hidup.

15

BM Tingkatan 1 KOMSAS

Latar Pak Mail
• Bapa Fauziah dan merupakan datuk Hayati.
Plot • Telah bersara dan hidup mengharapkan pencen.
• Bertanggungjawab menyara kehidupan anaknya, Fauziah sekeluarga setelah kematian menantunya,
Teknik Plot
Gaya Bahasa Akhbar.
• Mempunyai sikap berdikari dan mahu mencari kerja kerana wang pencen tidak mencukupi.
Nilai/ • Tabah menghadapi kematian menantunya.
Pengajaran Datuk Penghulu
• Bertanggungjawab.
• Prihatin terhadap anak buahnya – berikhtiar mengatasi masalah yang dihadapi oleh Pak Mail

dengan mencari satu punca tetap.
Encik Musa
• Seorang yang amanah.
• Bertanggungjawab.
• Menghargai pengorbanan orang lain.
Latar Masa
• Waktu pagi – Pak Mail menceritakan masalahnya kepada Datuk Penghulu pada waktu pagi.
• Waktu petang – Hayati tiba di rumahnya pada waktu petang.
• Tiga bulan – menjelang bulan Jun sudah genap tiga bulan Akhbar meninggal dunia.
Latar Tempat
• Ruang tamu – Fauziah menghayun buaian anaknya di ruang tamu.
• Sekolah Menengah Seri Setia – Hayati menuntut ilmu di Sekolah Menengah Seri Setia.
• Sempadan negara – Sarjan Akhbar terkorban semasa bertempur di sempadan negara.
Latar Masyarakat
• Masyarakat yang kehilangan bapa – Hayati dan Farid kehilangan bapa mereka yang terkorban

semasa bertempur di sempadan negara.
• Masyarakat yang meneruskan hidup setelah kematian suami – Fauziah meneruskan kehidupan

dengan menjaga kedua-dua orang anaknya bersama-sama bapanya.
• Masyarakat tentera yang sanggup berkorban untuk negara – Akhbar terkorban semasa bertempur

di sempadan negara.
• Masyarakat yang prihatin terhadap anak buahnya – Datuk Penghulu berikhtiar mengatasi masalah

yang dihadapi oleh Pak Mail dengan mencari satu punca tetap.
• Permulaan
Fauziah mengayunkan buaian anaknya lalu membaca surat kiriman Hayati di ruang tamu. Hayati

mengambil keputusan untuk keluar sementara dari asrama dan pulang ke rumah.
• Perkembangan
Hayati yang baru pulang ke rumah menjelaskan bahawa dia telah menceritakan masalahnya kepada

guru asrama dan Guru Besar sekolahnya.
• Perumitan
Kematian Akhbar menyebabkan Fauziah kesempitan wang. Hayati berhutang dengan pihak sekolah

sebanyak RM40.
• Puncak
Fauziah mendapat kunjungan Encik Musa dan Datuk Penghulu. Encik Musa menyampaikan

penghargaan negara terhadap jasa Akhbar sebanyak RM10 ribu.
• Peleraian
Pak Mail dan Fauziah amat berterima kasih atas bantuan yang diterima. Hayati gembira kerana

boleh meneruskan pelajarannya kembali.
• Pemerian
Pengarang menjelaskan perasaan sedih Fauziah semasa membaca surat yang dikirimi oleh anaknya.

Contohnya, Fauziah menangis teresak-esak. Sekali-sekala kelihatan bahunya tergoncang. Dia
melipat surat tersebut serta mengesat air mata dengan lengan bajunya.
• Dialog
Fauziah memberitahu ayahnya bahawa ada tetamu yang bertandang ke rumah mereka. Contohnya,
“Ayah, ada orang datang.”
• Sinkope – mak, tuk, dah
• Kata ganda – moga-moga, banyak-banyak, rajin-rajin
• Bahasa Arab – Assalamualaikum, Waalaikumussalam
• Simpulan bahasa – minta diri
• Kasih sayang
Kita harus menyayangi ahli keluarga.
• Patriotisme
Kita hendaklah mencintai dan sanggup berkorban demi negara.
• Tabah
Kita mestilah tabah menghadapi dugaan hidup.
• Mengenang jasa
Kita hendaklah mengenang jasa pahlawan yang berkorban untuk negara.

16


Click to View FlipBook Version