Novel (Johor, Labuan, Sabah, Sarawak)
Sejambak Bakti karya Rejab F.I
Sinopsis Kedai koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan semakin berkembang maju
atas usaha gigih guru dan semua ahli lembaga pengarah koperasi. Razali selaku penolong setiausaha
koperasi dan ahli lembaga pengarah koperasi yang lain seperti Swee Lan, Harun, Ramlah dan
Saridevi menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya kecuali Munir, Leong dan Silvam yang bersikap
malas serta selalu datang lambat untuk menjalankan tugas mereka.
Munir iri hati terhadap kejayaan Razali yang dipilih sebagai penolong setiausaha koperasi.
Malahan, gadis idamannya, Ramlah juga rapat dengan Razali. Hal ini menambahkan rasa iri hati
Munir. Munir berusaha untuk mendekati Ramlah. Namun, Ramlah tidak menghiraukannya. Penolong
Pengarah Pembangunan Koperasi, Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah melawat ke kedai koperasi. Beliau
sungguh berpuas hati dengan kejayaan koperasi. Lawatan tersebut meninggalkan semangat dan
dorongan kepada mereka untuk meneruskan kegiatan memajukan koperasi.
Pada suatu hari, Munir dipanggil ke bilik kerjaya oleh Cikgu Muniam kerana guru-guru termasuk
Cikgu Zulkifli dan beberapa orang murid mengadu bahawa Munir selalu mengganggu murid-murid
yang lain, tidak membuat kerja rumah, gemar mengganggu murid-murid perempuan dan selalu
ponteng ketika menjalankan tugas di koperasi. Munir membuat pengakuan dan berjanji tidak akan
mengulangi perbuatan itu. Munir merasakan semua tuduhan itu dilaporkan oleh Razali. Dia ingin
membalas dendam.
Razali dipukul oleh Munir, Leong dan Silvam. Secara kebetulan, Ramlah, Rozita dan Saridevi lalu di
situ dan menolong Razali. Mereka ingin memberitahu perkara itu kepada Cikgu Zulkifli tetapi dilarang
oleh Razali. Pada keesokan harinya, Leong, Silvam dan Munir dirotan oleh pengetua kerana memukul
Razali. Mereka diberi amaran supaya jangan mengulangi perbuatan itu. Hal ini menambahkan rasa
dendam dalam hati Munir.
Razali dipilih menyertai kursus koperasi yang diadakan di Kuala Lumpur. Razali memperoleh
banyak pengetahuan melalui kursus itu. Setelah pulang dari Kuala Lumpur, Razali menyampaikan
laporan hasil kursus dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi sekolah. Dalam mesyuarat itu,
semua lembaga pengarah kedai koperasi bersetuju memasuki Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah
yang dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA).
Semasa mereka bekerjasama membuat persediaan pertandingan tersebut, Munir hanya berlegar-
legar di kedai koperasi. Ketika Munir berada di meja setiausaha, dia terlihat anak kunci terletak di
situ. Dia berpura-pura menyusun barang yang berdekatan di meja tersebut. Dalam hatinya sedang
merancang sesuatu.
Malam itu, kedai koperasi dicerobohi orang. Pada keesokan harinya, apabila pintu koperasi
dibuka, semua ahli lembaga pengarah yang bertugas pada hari itu termasuk Razali terperanjat melihat
keadaan koperasi. Semua barang telah dipunggah orang. Barang-barang bersepah di sana sini dan
tunggang-langgang. Perasaan kesal menyelubungi mereka kerana dua minggu lagi koperasi mereka
akan diadili.
Anggota polis membuat siasatan. Polis tidak menemui tempat yang rosak atau lubang yang boleh
dimasuki. Razali dan Cikgu Zulkifli ke balai polis untuk membantu siasatan. Razali disyaki sebagai
penceroboh kedai koperasi kerana dia merupakan pemegang kunci selain pengetua. Munir mengambil
kesempatan itu untuk memfitnah Razali sebagai penceroboh kedai koperasi. Namun begitu, semua
orang yakin akan Razali. Munir mengadukan hal tersebut kepada ayah tirinya, Pak Zakaria. Pak Zakaria
merasakan perbuatan Razali memalukan dirinya. Lantas, dia menghalau Razali keluar dari rumahnya.
Pagi itu, kedai koperasi diceroboh lagi. Cikgu Zulkifli sangat marah dan ingin merancang sesuatu
untuk menangkap pencuri kedai koperasi. Pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah. Munir
ditangkap kerana Cikgu Khalid menjumpai kunci dan wang sepuluh ringgit di dalam begnya. Cikgu
Zulkifli sengaja meletakkan wang yang ditandai huruf “k” sebagai umpan untuk menangkap pencuri
sebenar.
Munir dirotan sebanyak tiga kali di hadapan perhimpunan dan digantung persekolahannya selama
seminggu. Munir insaf akan kesalahannya. Dia meminta maaf daripada Razali. Kedai koperasi menjadi
johan dalam Pertandingan Koperasi. Akhirnya, Razali menemui ayah kandungnya, Pak Ramli yang turut
datang ke sekolah untuk melawat kedai koperasi.
1
BM Tingkatan 1 Novel
Tema Kegigihan murid dan guru memajukan koperasi sekolah. Novel ini mengisahkan usaha murid dan
Persoalan guru koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dalam membangunkan koperasi
sekolah. Usaha gigih mereka akhirnya membuahkan hasil apabila kedai koperasi menjadi johan dalam
Watak dan Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah yang dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia
Perwatakan (ANGKASA).
• Bertanggungjawab menjalankan tugas. Contohnya, murid-murid iaitu Razali, Ramlah, Swee Lan,
Harun dan Saridevi yang menjadi ahli lembaga pengarah koperasi menjalankan tugas mereka
dengan penuh bertanggungjawab.
• Kasih ibu yang tiada batasnya. Contohnya, Mak Sopiah begitu menyayangi anak tunggalnya, Razali.
Begitu juga, Razali amat menyayangi ibunya.
• Pentingnya persediaan yang rapi untuk memastikan kejayaan. Contohnya, empat orang guru dan
ahli lembaga pengarah koperasi membuat pelbagai persediaan menjelang pertandingan koperasi.
• Setia kawan dalam menjalani kehidupan remaja. Contohnya, Ramlah tetap menyokong dan
memberikan semangat ketika Razali menghadapi dugaan seperti dituduh menceroboh kedai
koperasi.
• Perasaan dendam menyebabkan hilang pertimbangan akal. Contohnya, Munir yang mendendami
Razali gara-gara tidak dapat menjalinkan hubungan dengan Ramlah sehinggakan sanggup memukul
dan memfitnah Razali menceroboh koperasi sekolah.
• Kebenaran akan mengatasi kebatilan. Contohnya, Razali difitnah sebagai penceroboh kedai
koperasi sekolah kerana dia selaku penolong setiausaha koperasi turut memegang kunci kedai
koperasi. Razali gagal membela dirinya. Namun begitu, kebenaran tetap terbukti apabila Cikgu
Zulkifli membuat perancangan untuk menangkap pencuri sebenar dan Munir telah ditangkap
dalam pemeriksaan mengejut yang dijalankan.
Razali
• Anak tunggal Mak Sopiah.
• Anak tiri Pak Zakaria.
• Berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan SPM.
• Merupakan ahli lembaga pengarah koperasi yang rajin menjalankan tugasnya.
• Menyayangi ibunya – Razali tetap bersabar apabila dimarahi dan dihalau oleh ayah tirinya kerana
sayang akan ibunya.
• Murid yang bijak – Rozita, Ramlah dan Saridevi meminta Razali memberikan tunjuk ajar tentang
pelajaran Perdagangan.
• Pemaaf – dia tetap memaafkan Munir dan menolongnya mengulang kaji pelajaran walaupun Munir
pernah memukul dan memfitnahnya.
• Seorang pelajar yang belajar dengan bersungguh-sungguh kerana dia percaya bahawa pelajaran
dapat mengubah nasibnya.
Munir
• Merupakan ahli lembaga pengarah koperasi tetapi culas dalam menjalankan tanggungjawabnya.
• Seorang yang pendendam – dia mendendami dan memukul Razali kerana Ramlah, gadis idamannya
berkawan rapat dengan Razali.
• Seorang yang tidak begitu menghiraukan pelajarannya dan hidup serba mewah.
• Tidak amanah – menceroboh kedai koperasi sebanyak dua kali dan mencuri wang koperasi.
Ramlah
• Merupakan ahli lembaga pengarah koperasi yang rajin menjalankan tanggungjawabnya.
• Adik kepada Razali.
• Gadis idaman Munir.
Mak Sopiah
• Ibu Razali.
• Berkahwin dengan Pak Zakaria setelah bercerai dengan suaminya, Pak Ramli.
• Amat menyayangi anak tunggalnya. Sanggup mempertahankan anaknya apabila suaminya
memarahi Razali.
Pak Zakaria
• Ayah tiri Razali.
• Berkahwin dengan Mak Sopiah setelah Mak Sopiah bercerai dengan suaminya.
• Bengis dan selalu mencemuhi Razali.
• Tidak suka akan anak tirinya, Razali.
Cikgu Zulkifli
• Setiausaha kedai koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.
• Seorang yang bertanggungjawab – berusaha mencari pencuri sebenar yang mencerobohi koperasi.
2
BM Tingkatan 1 Novel
Latar Latar Masa
Plot • Waktu pagi – murid berduyun-duyun ke sekolah.
• Lima tahun yang lalu – kedai koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan ditubuhkan.
• Waktu petang – Mesyuarat Lembaga Pengarah kali pertama diadakan setelah diadakan mesyuarat
agung seminggu yang lalu.
• Pukul 3:30 petang – Mesyuarat Lembaga Pengarah kali pertama diadakan.
• Pukul 5:30 petang – Mesyuarat Lembaga Pengarah kali pertama ditangguhkan.
• Waktu maghrib – Mak Sopiah dan Razali sembahyang bersama-sama.
• Waktu malam – kedai koperasi sekolah diceroboh orang.
Latar Tempat
• Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.
• Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.
• Bilik mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan – empat orang guru iaitu Cikgu
Zulkifli, Cikgu Robeah, Cikgu Hassan, Cikgu Khalid dan pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin bersama
dengan sebelas orang ahli lembaga pengarah koperasi mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah
kali pertama.
• Di bawah pokok ru – Munir, Silvam dan Leong berehat di situ.
• Kedai ayah Swee Lan – Cikgu Zulkifli bersama-sama Razali dan Ramlah datang ke situ untuk membeli
barang-barang yang ingin dijual di koperasi sekolah.
• Kedai Buku Indera Store – kedai buku yang terbesar di bandar Kangar.
• Bangsal ternakan ayam – diusahakan oleh kedai koperasi untuk menambahkan pendapatan
koperasi.
• Bilik bacaan – ditubuhkan oleh kedai koperasi untuk kemudahan murid-murid.
Latar Masyarakat
• Masyarakat yang berdendam – Munir amat mendendami Razali kerana beranggapan bahawa dia
dirotan oleh Cikgu Syamsudin kerana Razali yang mengadukan hal salah laku dirinya kepada Cikgu
Muniam. Tambahan pula, gadis idamannya, Ramlah berkawan rapat dengan Razali.
• Masyarakat yang bersikap terburu-buru – Pak Zakaria bertindak menghalau Razali keluar dari
rumah setelah Munir memberitahunya bahawa Razali menceroboh kedai koperasi di sekolah tanpa
menyiasat terlebih dahulu.
• Masyarakat yang mengamalkan kasih sayang – Mak Sopiah begitu menyayangi anak tunggalnya,
Razali dan sanggup mempertahankan anaknya itu daripada cemuhan suaminya biar apa-apa pun
yang akan berlaku.
• Masyarakat yang bertanggungjawab – Razali, Ramlah, Swee Lan dan ahli lembaga pengarah
koperasi yang lain menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab.
• Masyarakat yang pemaaf – Razali memaafkan Munir yang memukulnya dan memfitnahnya sebagai
penceroboh kedai koperasi.
• Permulaan
Munir iri hati terhadap Razali yang berjaya menjadi penolong setiausaha koperasi dan dipilih
menghadiri kursus koperasi. Tambahan pula, Ramlah, gadis idamannya rapat dengan Razali. Hal ini
menimbulkan rasa dendam dalam hati Munir.
• Perkembangan
Kedai koperasi menyertai Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah yang dianjurkan oleh Angkatan
Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Semua ahli lembaga pengarah koperasi bekerjasama
membuat persediaan. Sementara itu, Razali dipukul oleh Munir kerana ingin membalas dendam.
• Perumitan
Kedai koperasi diceroboh. Namun begitu, kedai koperasi tidak ada kesan dikopak orang kerana
pintu, tingkap, dinding dan atap kedai koperasi tidak pecah. Razali difitnah sebagai penceroboh
kedai koperasi kerana dia pemegang kunci koperasi.
• Puncak
Munir, pencuri sebenar kedai koperasi ditangkap. Munir dirotan di hadapan perhimpunan sebanyak
tiga kali dan digantung persekolahannya selama seminggu.
• Peleraian
Munir insaf akan kesalahannya. Kedai koperasi menjadi johan dalam pertandingan koperasi.
Akhirnya, Razali menemui ayah kandungnya.
3
BM Tingkatan 1 Novel
Teknik Plot • Pemerian
Gaya Bahasa Pengarang memerihalkan keadaan di kampung sebelum dan selepas negara menikmati
kemerdekaan. Contohnya,
Jika sebelum ini, jalan itu hanya sebuah denai yang becak dan berlumpur. Di setengah-setengah
tempat pula sesiapa yang melalui jalan seperti itu kakinya pasti akan tenggelam separas lutut.
Apa tidaknya, jalan itu juga dilalui oleh lembu dan kerbau untuk membajak sawah. Akan tetapi,
kini segala-galanya telah berubah. Jalan tar bukan sahaja wujud di bandar, di kampung-kampung,
malah jalan tar juga dibina hingga tangga rumah. [hlm. 63]
• Dialog
Banyak terdapat dialog antara watak-watak. Contohnya, dialog antara Munir dengan Cikgu Muniam.
“Siapa yang cakap saya ganggu murid-murid perempuan tu, cikgu?” [hlm. 60]
• Monolog
Pak Zakaria menggerutu sendirian setelah mendengar fitnah daripada Munir.
“Akan kuajar budak tu cukup-cukup,” gerutu Pak Zakaria sambil mempercepat langkah menuju ke
rumahnya. [hlm. 121]
• Monolog dalaman
Razali berkata-kata dalam hati bahawa dia bernasib malang kerana dia difitnah sebagai penceroboh
kedai koperasi.
“Oh sungguh malang nasibku!” keluh Razali dalam hatinya. [hlm. 126]
• Kejutan
Kemunculan sesuatu peristiwa secara mengejut menjadikan cerita berkembang lancar dan menarik
perhatian pembaca. Antara peristiwa yang disampaikan dengan menggunakan teknik tersebut
termasuklah peristiwa Mak Sopiah menemui bekas suaminya, Pak Ramli di kedai koperasi sekolah.
Ketika ibu bapa sedang berlegar-legar di dalam kedai koperasi itu, tiba-tiba dua pasang mata
berpandangan. [hlm. 150]
• Saspens
Pembaca ingin tahu tentang reaksi Pak Zakaria setelah Munir memberitahunya bahawa Razali
menceroboh kedai koperasi. Pembaca tertanya-tanya perkara yang berlaku kepada Razali ketika
Pak Zakaria sampai di rumah. [hlm. 121]
Peribahasa
• kerana nila setitik menyebabkan rosak susu sebelanga [hlm. 3]
• ada udang di sebalik batu [hlm. 18]
• masakan tempua bersarang rendah [hlm. 18]
• seperti isi dengan kuku [hlm. 29]
• seperti aur dengan tebing [hlm. 29]
Sinkope
• tak tau, tu [hlm. 16], tapi [hlm. 23], ni [hlm. 25], dulu [hlm. 56]
Bahasa Arab
• wabillahitaufik, assalamualaikum [hlm. 46]
• waalaikumussalam [hlm. 54]
• insya-Allah [hlm. 86]
Hiperbola
• mentari petang membakar tubuh pemain bola sepak di padang itu [hlm. 38]
Personifikasi
• matahari menumpahkan cahayanya yang lembut [hlm. 53]
• awan hitam berarak memenuhi angkasa [hlm. 105]
Bahasa Inggeris
• Indera Store [hlm. 26], body guard [hlm. 66]
Simile
• Dia rasa dirinya seperti sehelai daun kering yang melayang-layang ke sana ke mari tanpa berharga
[hlm. 125]
4
BM Tingkatan 1 Novel
Nilai • Kasih sayang
Pengajaran Mak Sopiah sangat menyayangi Razali dan sanggup mempertahankan anaknya daripada dimarahi
dan dihalau oleh suaminya, Pak Zakaria.
• Kerjasama
Ahli lembaga pengarah koperasi bekerjasama mengemas koperasi sebelum diadili oleh hakim dari
ANGKASA.
• Tanggungjawab
Ahli lembaga pengarah koperasi seperti Razali, Ramlah dan Norlela menjalankan tugas dengan
sebaik-baiknya.
• Rasional
Pak Zakaria sepatutnya menyiasat kebenaran tuduhan yang disampaikan oleh Munir lantas
bertindak menghalau Razali keluar dari rumahnya.
• Ketabahan
Razali tabah menghadapi dugaan hidupnya walaupun difitnah sebagai penceroboh koperasi dan
dihalau oleh bapa tirinya.
• Kita mestilah mengakui kesilapan yang dilakukan dan memohon maaf atas kesilapan tersebut.
Contohnya, Munir mengakui segala kesilapannya iaitu memukul dan memfitnah Razali kerana ingin
membalas dendam dengan memohon maaf daripada Razali.
• Kita perlu bijak menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, Cikgu Zulkifli sengaja menulis huruf
“K” pada wang kertas RM10.00 dan disimpan di dalam laci meja koperasi untuk dijadikan umpan
bagi menangkap orang yang menceroboh kedai koperasi.
• Kita mesti bersikap pemaaf. Contohnya, Razali telah memaafkan Munir yang telah memfitnahnya
menceroboh kedai koperasi.
• Kita mesti insaf akan kesilapan diri. Contohnya, Munir yang insaf akan kesilapannya bersahabat
baik dengan Razali.
Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini (Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Putrajaya)
Sinopsis Datuk telah mencabar Firdaus, Azlina dan Johari untuk berbasikal ke Pantai Morib. Azlina dan
Johari menerima cabaran itu. Firdaus turut tercabar apabila Azlina yang merupakan adik perempuannya
menyahut cabaran datuk. Dia ingin membuktikan bahawa dia juga mampu melakukannya. Namun,
Firdaus menyesal sepanjang perjalanan. Bagi dirinya, berbasikal ke Pantai Morib merupakan idea gila
dan membuang masa. Firdaus mengajak Johari dan Azlina membatalkan rancangan itu. Namun, Johari
yang bertindak selaku ketua telah melakukan undian. Hasil undian tidak berpihak kepada Firdaus.
Mahu tidak mahu, Firdaus terpaksa meneruskan rancangan tersebut walaupun hatinya terdetik
perasaan menyesal.
Pelbagai halangan terpaksa dihadapi oleh Firdaus. Sepanjang perjalanan, Firdaus merungut.
Hatinya membengkak apabila basikal yang dinaikinya pancit. Malahan, dia turut terluka apabila
basikal yang ditunggangnya tercampak ke atas tanah merah. Tambahan lagi, Azlina selalu menaikkan
kemarahannya dengan sindiran-sindiran tajam. Johari pula dilihatnya selalu memilih kasih kerana
selalu berpihak kepada adik perempuannya itu.
Terbit rasa bangga dalam hati Firdaus apabila berjaya sampai di Pantai Morib. Dia terkejut apabila
disambut oleh rakan-rakan sekelasnya. Firdaus tidak menduga Sazali, Moksin, Salim, Mokhtar, Erma,
Zarina dan Mazlinda benar-benar menantinya di Pantai Morib. Kebanggaannya mencacak tinggi
apabila dapat membuktikan dia hebat. Firdaus juga tidak ragu-ragu mengaku dirinya tahu berenang di
hadapan orang yang diminatinya dalam diam, iaitu Mazlinda.
Rakan-rakan sekelasnya dapat menghidu pembohongan Firdaus. Oleh itu, mereka telah
memasang perangkap untuk menguji Firdaus. Mazlinda berpura-pura lemas ketika dipukul ombak.
Jeritan Moksin supaya menyelamatkan Mazlinda telah mencabar dirinya. Firdaus mengagahi dirinya
untuk menyelamatkan Mazlinda bagi membuktikan dia tahu berenang. Firdaus malu apabila segala
penipuannya terungkai. Dia gagal menyelamatkan Mazlinda sebaliknya Mazlinda yang menyelamatkan
dirinya. Firdaus menyesal dengan kesilapan yang telah dilakukan terhadap Johari, Azlina dan rakan-
rakannya.
5
BM Tingkatan 1 Novel
Tema Masalah dan konflik seseorang yang menghadapi cabaran dalam hidup.
Persoalan
• Keberanian menyahut cabaran hidup. Contohnya, Johari dan Azlina sanggup menyahut cabaran
Watak dan datuknya.
Perwatakan
• Kasih sayang adik terhadap abang. Contohnya, Azlina sayang akan Firdaus. Hal ini dapat dilihat
melalui tindakannya mengajak Firdaus berjoging untuk membina stamina.
• Ibu bapa yang terlalu memanjakan anak. Contohnya, Firdaus terlalu dimanjai oleh ibu bapanya
kerana dia merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga.
• Penggunaan bahasa Melayu yang betul. Contohnya, Azlina mengambil gambar papan tanda yang
mempunyai kesalahan penggunaan bahasa Melayu.
• Kepentingan membaca untuk memperluas ilmu pengetahuan. Contohnya, Johari banyak membaca
untuk menambah ilmu pengetahuan.
• Kepentingan sikap rasional dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah. Contohnya, Johari
bertindak rasional apabila mengambil keputusan majoriti berkaitan permintaan Firdaus yang ingin
pulang dan tidak mahu meneruskan perjalanan berbasikal.
• Keikhlasan berubah selepas melakukan kesilapan. Contohnya, Firdaus insaf akan kesilapan diri
sendiri selepas dinasihati oleh Johari.
• Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain. Contohnya Johari sentiasa membantu
sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada
Firdaus dan Azlina ketika jatuh daripada basikal.
Johari
• Sepupu Firdaus dan Azlina.
• Pelajar Universiti Putra Malaysia.
• Rajin membaca.
• Berwawasan.
• Bertanggungjawab.
• Optimis.
• Berjiwa patriotik.
• Adil.
Firdaus Mahmud
• Abang kepada Azlina dan sepupu Johari.
• Anak kesayangan kerana dia ialah anak lelaki tunggal daripada enam adik-beradik.
• Tinggi lampai, berambut keriting halus, berhidung mancung, berkulit putih, bersifat keperempuanan.
• Angkuh.
• Penipu – dia menuduh adiknya, Azlina yang menyebabkan perjalanan mereka ke Pantai Morib
mengambil masa yang lama kerana adiknya sering berhenti rehat. Sebaliknya, dia yang banyak
berehat.
• Berfikiran negatif.
• Insaf setelah menyedari kesilapannya.
Azlina Mahmud
• Adik kepada Firdaus dan sepupu Johari.
• Murid tingkatan empat Sekolah Menengah Kapar.
• Olahragawati Sekolah Menengah Kapar.
• Periang dan cergas.
• Pandai berjenaka.
• Merendah diri.
• Penyayang.
• Peka terhadap keadaan sekeliling.
• Kritis.
• Berfikiran positif.
6
BM Tingkatan 1 Novel
Latar Latar Tempat (Negeri Selangor)
Plot • Sekolah Menengah Kapar – Firdaus memberitahu cabaran datuknya kepada rakan-rakan sekelasnya.
• Kampung Bukit Kapar – kampung Firdaus, Azlina dan Johari.
• Meru – laluan berbasikal ke Pantai Morib.
• Klang – laluan berbasikal ke Pantai Morib.
• Masjid Sultan Sulaiman – laluan berbasikal ke Pantai Morib.
• Kampung Jawa – laluan berbasikal ke Pantai Morib.
• Jalan Kampung Johan Setia – laluan berbasikal ke Pantai Morib.
• Jalan Klang Banting – laluan berbasikal ke Pantai Morib.
• Pantai Morib Baru – Johari dan rakan-rakan, Firdaus dan rakan-rakan serta Azlina berkhemah di
Pantai Morib Baru.
Latar Masa
• Hari Sabtu – Firdaus, Azlina dan Johari bertolak dari kampung mereka ke Pantai Morib.
• Hari Ahad – Firdaus lemas ketika cuba menyelamatkan Mazlinda.
• 7:00 pagi – Firdaus, Johari dan Azlina meninggalkan Kampung Bukit Kapar dan berbasikal ke Pantai
Morib.
• 10:00 pagi – matahari menebarkan cahayanya yang semakin panas.
• 2:30 petang – Firdaus, Johari dan Azlina sedang menghampiri selekoh di Sungai Manggis.
• 7:00 petang – Azlina dan Kasmadiana bersembang di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam.
• 9:45 pagi Ahad – Johari menyuruh Azlina berkemas barang untuk pulang ke rumah.
Latar Masyarakat
• Masyarakat yang ceria dan cergas – Azlina sentiasa cergas dan ceria sepanjang perjalanan walaupun
Firdaus sering merungut penat.
• Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran – Azlina tidak goyah dengan cabaran yang terpaksa
dihadapinya sepanjang berbasikal ke Pantai Morib.
• Masyarakat yang bertanggungjawab – Johari mengambil berat terhadap Azlina yang terjatuh dari
basikal.
• Masyarakat yang bekerjasama – rakan-rakan Johari mendirikan khemah bersama-sama.
• Masyarakat yang cepat berputus asa – Firdaus tidak ingin meneruskan perjalanan ke Pantai Morib
kerana penat.
• Masyarakat yang berprasangka – Firdaus berprasangka terhadap hubungan Johari dan Azlina.
• Permulaan
Firdaus, Johari, dan Azlina menyahut cabaran datuk untuk berbasikal ke Morib bagi membuktikan
mereka remaja yang mempunyai jati diri. Firdaus yang berasa letih mengajak Johari dan Azlina
membatalkan rancangan berbasikal ke Morib kerana menganggap cabaran yang disahut oleh
mereka bagi membuktikan mereka remaja yang mempunyai jati diri hanya usaha sia-sia.
• Perkembangan
Firdaus terpaksa memilih untuk meneruskan cabaran itu walaupun hatinya berat. Hal ini demikian
kerana hasil undian yang dilakukan berpihak kepada Johari dan Azlina. Firdaus menghadapi
pelbagai halangan sepanjang berbasikal bermula dari sikap adiknya yang terus-terusan menyindir,
tayar basikal pancit, terjatuh daripada basikal dan emosinya yang sentiasa berperang. Johari tidak
menghadapi masalah kerana dia memang suka akan aktiviti yang mencabar. Azlina riang dan ceria
sepanjang perjalanan kerana aktiviti itu begitu menyeronokkan.
• Perumitan
Firdaus menyertai rakan-rakannya selepas sampai di Pantai Morib Baru. Dia mengambil keputusan
untuk pulang sendirian walaupun sudah dipujuk oleh Johari. Johari membenarkan sahaja Firdaus
membuat keputusan sendiri walaupun perasaan bimbang akan keselamatan sepupunya tertanam
di hatinya.
• Puncak
Firdaus hampir-hampir lemas di Pulau Morib. Penipuan yang dilakukannya menjerat diri sendiri.
Mazlinda menguji kemampuan Firdaus apabila dia berpura-pura tidak pandai berenang ketika
dilambung ombak.
• Peleraian
Bibit-bibit keinsafan mula terbit dalam hati Firdaus. Dia mengakui kesilapan yang telah dilakukannya.
7
BM Tingkatan 1 Novel
Teknik Plot • Dialog
Gaya Bahasa Dialog antara Johari dengan Azlina tentang keputusan untuk meneruskan aktiviti berbasikal atau
tidak kerana Firdaus tidak mahu meneruskan perjalanan tersebut.
“Kau mahu balik. Abang mahu kita teruskan perjalanan. Sekarang Lina menjadi undi penentu.”
Aku memandang Azlina. “Kaupilih balik atau teruskan?”
“Perjalanan ini sungguh menyeronokkan, tak mungkin aku memilih untuk balik!” [hlm. 2]
• Imbas kembali
Azlina teringat akan kata-kata peniaga wanita yang berjaya ketika diwawancara oleh pemberita
akhbar.
“Kalau orang perempuan mahu melakukan pekerjaan yang selalu dimonopoli oleh lelaki, dia mesti
melakukannya dua kali lebih baik daripada lelaki; barulah kemampuannya diiktiraf.” Aku teringat
akan kata-kata seorang peniaga wanita yang berjaya ketika diwawancara oleh pemberita akhbar.
[hlm. 15]
• Monolog dalaman
Monolog dalaman oleh Johari tentang hasil berbudi kepada tanah bagi orang yang bijak bertani
secara canggih.
“Di tangan orang yang bijak bertani secara canggih, tentu sahaja tanah seluas ini akan
mengeluarkan wang sehingga ribuan ringgit,” fikirku. [hlm. 2]
Johari bermonolog tentang kepenatan mereka berbasikal ke Morib.
“Peluh menitik sepanjang jalan,” fikirku sambil tersenyum sendirian. [hlm. 24]
• Kejutan
Kemunculan rakan-rakan sekelas Firdaus di Pantai Morib, iaitu Moksin, Sazali, Salim, Mokhtar,
Erma, Zarina dan Mazlinda.
“Hei, dia dah sampai! Dia dah sampai!” Aku terkejut. Suara siapakah itu? Aku seperti pernah
mendengar suara itu.
“Dia dah sampai!”
Tiba-tiba sahaja dari satu arah aku melihat Moksin, Sazali, Salim dan Mokhtar berlari kencang ke
arahku. [hlm. 48]
• Saspens
Peristiwa Firdaus lemas kerana ingin menyelamatkan Mazlinda. Pembaca tertanya-tanya sama
ada Firdaus akan diselamatkan atau tidak akibat daripada sikapnya yang ingin menunjuk berani.
[hlm. 86]
• Imbas muka
Firdaus menggambarkan majlis sambutan hari lahir Mazlinda yang tidak dapat dihadirinya.
Kawan-kawan datang dengan pakaian menarik di samping hadiah yang istimewa. Mazlinda yang
sememangnya jelita itu pasti bertambah jelita apabila berpakaian baharu dan istimewa. Dia yang
peramah dan murah dengan senyuman pasti akan melayani setiap tetamunya dengan mesra.
[hlm. 35]
Sinkope
• “Kita balik, bang.” Suara Firdaus begitu lirih seolah-olah untuk bersuara pun dia telah kehabisan
tenaga. [hlm. 1]
• “Nak ambil gambar apa?” Aku segera bertanya. [hlm. 4]
• “Diamlah kau!” balas Firdaus. [hlm. 7]
Repetisi
• Kita perlu berani, perlu tabah, perlu sabar menghadapi semuanya itu. [hlm. 7]
• “Orang muda sekarang memang lemah. Lemah badan, lemah semangat. Tak lasak, tak tahan
menghadapi dugaan. Atuk dah lihat banyak orang lelaki berlagak macam perempuan... .” [hlm. 10]
Simile
• Dendam itu laksana api besar yang dapat menghanguskan sesiapa sahaja [hlm. 43]
• Debar di dadaku bagaikan hempasan ombak di pantai sana [hlm. 51]
• Angin kencang yang menampar-nampar muka bagaikan menyuntikkan kesegaran ke seluruh tubuh
[hlm. 71]
• Aku berasa bangga bagaikan setitik minyak jatuh ke permukaan air, mengembang seluas-luasnya
dalam hatiku [hlm. 84]
• Aku berasa kata-kata itu tak ubah seperti satu pukulan kuat yang hinggap ke mukaku [hlm. 87]
8
BM Tingkatan 1 Novel
Nilai Personifikasi
Pengajaran • Keletihan sudah mula menggayuti seluruh [hlm. 9]
• Matahari yang semakin tegak tidak menunjukkan simpati langsung, memancarkan kepanasan
membakar kulit [hlm. 9]
• Matahari pukul 2:30 petang terus menumpahkan kepanasan [hlm. 24]
• Angin kencang yang menampar-nampar [hlm. 71]
• Malam semakin tua [hlm. 77]
Hiperbola
• Malah, sendi-sendi lututku bagaikan mahu tercabut [hlm. 34]
• Sebahagian daripada kepenatan yang tadi menggayuti tubuhku seakan-akan luruh [hlm. 48]
• Aku berasa terlambung ke udara oleh kata-kata itu [hlm. 73]
Peribahasa
• kacang lupakan kulit [hlm. 74]
• air muka [hlm. 79]
Paradoks
• “Eloklah kauambil gambar bunga lalang lambang kekayaan orang di sini ... .” [hlm. 1]
Metafora
• rimba kehidupan [hlm. 24]
• kamar hati [hlm. 46]
• gunung kebanggaan [hlm. 48]
• gigi air [hlm. 83]
• kuntum keinsafan [hlm. 88]
Bahasa Inggeris
• no problem [hlm. 55]
• camping [hlm. 58]
Bahasa Arab
• qadak, qadar [hlm. 25]
• khemah [hlm. 58]
• Kasih sayang
Ibu bapa Firdaus dan adik perempuannya, iaitu Azlina sangat menyayangi Firdaus.
• Patuh
Azlina patuh kepada arahan sepupunya, Johari yang membuat keputusan untuk pulang ke rumah
tanpa Firdaus walaupun hatinya dipagut perasaan bimbang akan keselamatan abangnya.
• Saling menasihati
Johari sentiasa menasihati Azlina dan Firdaus.
• Bekerjasama
Rakan-rakan Johari bekerjasama sepanjang berada di Pantai Morib.
• Keadilan
Johari membuat undian apabila Firdaus tidak mahu meneruskan perjalanan ke Pantai Morib.
• Bertanggungjawab
Johari menuntun basikal Firdaus yang pancit sehingga menemui bengkel basikal.
• Kerajinan
Johari rajin membaca buku berbanding dengan menonton televisyen apabila ada masa lapang.
• Kita hendaklah rajin membaca demi mendapatkan ilmu pengetahuan. Contohnya, Johari banyak
membaca supaya tidak akan ketinggalan.
• Kita hendaklah bertolak ansur dalam sesuatu hubungan. Contohnya, Johari bertolak ansur dengan
Firdaus apabila dia sanggup menuntun basikal Firdaus yang rosak supaya mereka dapat meneruskan
perjalanan.
• Kita hendaklah berusaha berubah ke arah yang lebih baik demi kemajuan hidup. Contohnya, Firdaus
menyesal dengan tindakannya dan berjanji akan berubah ke arah yang lebih baik.
• Kita hendaklah saling bekerjasama dalam sesuatu program. Contohnya, rakan-rakan Johari
bekerjasama mendirikan khemah ketika berada di Pantai Morib.
• Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap saudara. Contohnya, Azlina bertanggungjawab
mempertahankan maruah abangnya, Firdaus yang dipersendakan oleh rakan-rakan sekelas.
• Kita hendaklah menjaga kesihatan diri. Contohnya, Azlina berjoging bagi mengekalkan stamina.
9
BM Tingkatan 1 Novel
Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak)
Sinopsis Kamarul, seorang murid yang terkenal di seluruh negara kerana kecemerlangannya dalam sukan
olahraga. Dia mulai berasa besar kepala dan angkuh atas kejayaannya setelah berjaya mewakili negara
Tema ke Sukan SEA di Brunei. Setelah dia terkenal dan wajahnya selalu terpampang dalam akhbar dan
Persoalan dalam kaca televisyen, dia berubah daripada seorang yang ramah dan mesra menjadi keras kepala.
Kamarul mula menjauhkan diri daripada kawan-kawan sekolahnya. Ketika diajak menyertai sukan
Watak dan tahunan sekolah, dia enggan. Padanya, sukan tahunan sekolah tidak layak bagi seorang ahli sukan
Perwatakan negara seperti dirinya. Malah, Kamarul mulai lupa daratan. Dia lupa akan jasa Cikgu Zainal yang mula
mengesan bakatnya dalam bidang olahraga dan mengetengahkannya sebagai pelari pecut. Dia juga
lupa akan jasa jurulatihnya, Encik Kadir yang bertungkus lumus melatihnya menjadi pelari yang berjaya.
Dia memperlekehkan jurulatihnya dan bersikap seolah-olah tidak memerlukan tunjuk ajar daripada
Encik Kadir. Dia sering ponteng dan culas dalam menjalani latihan.
Pada suatu hari, Kamarul terlibat dalam kemalangan jalan raya. Mujur dia hanya mengalami
luka dan bengkak urat sahaja. Rakan-rakannya termasuklah Encik Kadir datang ke hospital untuk
menjenguknya. Lawatan kawan-kawannya dan kemesraan yang ditunjukkan oleh Cikgu Zainal memberi
semangat baharu. Akhirnya, Kamarul insaf akan kesalahannya. Dia berasa bersalah dan meminta maaf
daripada Encik Kadir. Kamarul berjanji akan berdisiplin dan berlatih dengan bersungguh-sungguh
selepas keluar dari hospital. Namun, kesan psikologi masih bersarang dalam diri Kamarul. Dia tidak
yakin akan kebolehannya. Encik Kadir dan Sures memberikan semangat kepadanya.
Kamarul akhirnya memperbaharui rekod lamanya dan berjaya mengatasi rekod yang dibuat oleh
De Wega seterusnya berjaya mencipta rekod baharu Sukan SEA dan negara dalam acara 100 meter
pecut. Dia merangkul dua pingat emas dalam Sukan SEA di Bangkok.
Keangkuhan pelari muda selepas menjadi pelari terkenal. Contohnya, Kamarul bersikap angkuh
dan tidak berdisiplin sejak menjadi pelari terkenal. Dia kerap tidak datang menjalani latihan kerana
merasakan dirinya sudah handal dan tidak perlu lagi menjalani latihan di bawah kelolaan jurulatihnya,
Encik Kadir.
• Sikap angkuh selepas berjaya. Contohnya, Kamarul bersikap angkuh terhadap jurulatihnya dan
kawan-kawannya setelah berjaya dalam Sukan SEA di Brunei.
• Tanggungjawab seorang jurulatih terhadap pelatihnya. Contohnya, Encik Kadir tetap bersabar dan
memberikan nasihat kepada Kamarul walaupun Kamarul tidak menerima nasihatnya.
• Yakin akan kebolehan yang ada pada diri. Contohnya, Kamarul yakin bahawa dia dapat berlatih
sendiri tanpa bimbingan jurulatih.
• Kesedaran dan keinsafan atas kesilapan yang telah dilakukan. Contohnya, Kamarul insaf akan
kesalahannya yang terlalu bersikap angkuh selepas terkenal.
• Persahabatan dua orang rakan yang akrab. Contohnya, Saridah bersahabat baik dengan Juriah dan
sering mencurah rasa yang dihadapi olehnya. Juriah dianggap sebagai seorang teman baik yang
boleh menghiburkan hati Saridah ketika tersadung duka.
• Disiplin penentu kejayaan. Contohnya, Encik Kadir dan atlet Filipina, De Wega menasihati Kamarul
tentang pentingnya disiplin jika ingin menjadi atlet yang berjaya.
• Hubungan dua jiwa remaja yang ada pasang surut. Contohnya, Kamarul berkawan rapat dengan
rakan sekolahnya, Saridah dan Saridah pula amat menyayanginya, namun sikap Kamarul yang
angkuh setelah terkenal menyebabkan hubungan mereka menjadi renggang.
Kamarul
• Anak lelaki tunggal Mak Jah.
• Pelari muda dan mencipta rekod cemerlang dalam acara pecut 100 meter dan 400 meter.
• Berjaya mewakili Malaysia ke Sukan SEA di Brunei dan di Bangkok.
• Seorang yang angkuh – dia tidak mahu menyertai sukan tahunan yang dianjurkan oleh sekolah
kerana dia merasakan sukan tahunan tidak layak bagi seorang ahli sukan negara. Dia menganggap
dirinya boleh berlatih sendiri tanpa tunjuk ajar sesiapa pun.
• Lupa daratan – lupa akan jasa Cikgu Zainal yang mencungkil bakatnya dalam olahraga dan usaha
jurulatihnya yang bertungkus lumus melatihnya menjadi olahraga yang berjaya.
• Rapat dengan Saridah – mereka bersama-sama ke kantin, ke perpustakaan atau ke mana-mana sahaja.
• Insaf akan perbuatannya – selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, dia insaf akan sikap
sombongnya selama ini.
• Biadab – bersikap kasar terhadap jurulatihnya, Encik Kadir.
• Tidak berdisiplin – tidak mematuhi jadual latihan yang ditetapkan dan sering ponteng berlatih tanpa
memberikan sebarang sebab.
10
Latar BM Tingkatan 1 Novel
Plot
Saridah
• Anak bongsu dalam keluarga.
• Murid tingkatan 5B.
• Bakal menduduki peperiksaan SPM.
• Tidak dapat merasakan kasih sayang daripada ibu bapanya yang selalu sibuk dengan pekerjaan
masing-masing.
• Tinggal dengan neneknya sehingga neneknya meninggal dunia ketika dia berusia 16 tahun.
• Menyertai Sukan MSSM.
• Jatuh cinta pada Kamarul.
Encik Kadir
• Jurulatih Kamarul.
• Penyabar – walaupun Kamarul bersikap kasar, dia masih bersabar.
• Bertanggungjawab – dia menjalankan tugasnya sebagai jurulatih untuk membimbing atlet olahraga
yang bakal menyertai Sukan SEA ke-14 di Bangkok.
Sures
• Pelari harapan negara yang baharu dalam acara 100 meter acara pecut.
• Menjalani latihan bersungguh-sungguh demi meningkatkan prestasi lariannya.
• Murid tingkatan 5B.
• Ingin menewaskan Kamarul.
Latar Masa
• Setiap pagi – Kamarul membaca akhbar dan meneiliti berita perkembangan sukan tanah air dan luar
negara.
• Pukul 3:00 petang – Saridah ke padang sekolah untuk berlatih sambil menunggu Kamarul.
• Pukul 4:30 petang – Kamarul masih belum datang berlatih di Pusat Sukan Kampung Pandan.
• Pukul 11:00 pagi – pesawat MAS berlepas ke Bangkok.
Latar Tempat
• Tingkatan 5B – kelas Saridah. Kamarul ke kelas Tingkatan 5B untuk mencari Saridah.
• Pusat Sukan Kampung Pandan – Sures menunggu Kamarul yang masih belum sampai.
• Di halaman rumah Sures – Saridah ke rumah Sures untuk bertanya mengenai Kamarul.
• Perpustakaan – Saridah menunggu Kamarul di perpustakaan.
• Hospital – Kamarul dirawat di hospital kerana dilanggar kereta.
• Ruang berlepas di lapangan terbang – Kamarul dan kawan-kawannya menunggu di sini untuk
berlepas ke kota Bangkok.
• Kota Bangkok – tempat Sukan SEA ke-14 diadakan.
• Hotel Narai – tempat penginapan kontinjen Malaysia.
Latar Masyarakat
• Masyarakat yang berbakat dalam bidang olahraga – Kamarul dan Sures berbakat dalam olahraga.
• Masyarakat yang mudah lupa daratan apabila memperoleh kejayaan – Kamarul mengetepikan
jurulatihnya dan tidak mahu menjalani latihan bersama-sama jurulatihnya.
• Masyarakat yang prihatin – Mak Jah mengetahui anaknya, Kamarul menghadapi masalah melalui
perubahan perlakuan anaknya.
• Masyarakat yang insaf – Kamarul meminta maaf daripada Encik Kadir dan insaf akan kesalahannya
yang terlalu bersikap angkuh selepas terkenal.
• Masyarakat yang tegas dalam menjalankan tugas – Adibah tegas dalam menjalankan tugasnya
sebagai ketua tingkatan dengan menghalang Kamarul daripada berjumpa dengan Cikgu Zainal
sebelum masa rehat bermula.
• Masyarakat yang gigih berusaha – Sures dan Kamarul berlatih dengan bersungguh-sungguh sebelum
bertanding dalam Sukan SEA di Bangkok.
• Permulaan
Kamarul menjadi terkenal sejak memperoleh kejayaan dalam Sukan SEA di Brunei. Sejak terkenal,
dia bersikap angkuh dan lupa daratan. Dia mengetepikan jurulatihnya dan menjauhi rakan-rakannya
di sekolah.
• Perkembangan
Kamarul tidak mematuhi jadual latihan yang ditetapkan malah kerap kali ponteng latihan tanpa
memberikan sebarang sebab. Dia berasa tidak perlu lagi menjalani latihan di bawah kelolaan Encik
Kadir. Dia boleh berlatih bersendirian. Jurulatihnya, Encik Kadir berasa kecewa akan perubahan
sikapnya.
11
BM Tingkatan 1 Novel
Teknik Plot • Perumitan
Kamarul jarang-jarang datang berlatih. Prestasi Kamarul semakin merosot. Encik Kamarul berasa
bimbang. Tanpa kecergasan sudah tentu Kamarul tidak dapat mencapai kejayaan dalam Sukan SEA
ke-14 di Bangkok. Sures telah mengalahkannya.
• Puncak
Kamarul terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia hanya luka dan bengkak urat sahaja. Doktor
meyakinkan Kamarul bahawa kecederaan yang dialaminya itu tidak membimbangkan dan dia masih
boleh menyertai acara sukan. Namun, hatinya resah kerana beberapa hari lagi dia akan berlepas ke
Bangkok untuk menyertai pertandingan.
• Peleraian
Kamarul insaf akan kesilapannya. Dia meminta maaf daripada Encik Kadir dan kembali berlatih.
Semasa menjalani latihan bersendirian di bawah bimbingan Encik Kadir di Bangkok, dia berjaya
meyakinkan Encik Kadir tentang kemampuannya. Selepas mendapat nasihat daripada De
Wega, pelari dari Filipina yang diminatinya, dia bersemangat untuk memenangi pertandingan
yang disertainya. Kamarul akhirnya berjaya merangkul dua pingat emas dalam Sukan SEA. Dia
memperbaharui rekod lamanya dan berjaya mengatasi rekod yang dibuat oleh De Wega seterusnya
berjaya mencipta rekod baharu Sukan SEA dan negara dalam acara 100 meter pecut.
Dialog
• Dialog antara Kamarul dengan emaknya, Mak Jah. Mak Jah ingin mengetahui masalah yang dihadapi
oleh anaknya. Contohnya:
“Muram saja pagi ni. Selalunya kau tak begitu”.
“Apa yang dah terjadi?” tanya Mak Jah. [hlm. 3]
• Dialog antara Encik Kadir dengan Sures. Encik Kadir menanyakan Kamarul yang masih belum datang
berlatih. Contohnya:
Encik Kadir mengangkat cermin mata hitamnya ke dahi sambil bertanya, “Kamarul belum datang
lagi?”
“Belum,” jawab Sures memandang Encik Kadir. [hlm. 10]
Pemerian
• Pengarang menggambarkan keadaan perpustakaan. Contohnya:
Bilik perpustakaan di tingkat dua itu seperti lazimnya dipenuhi oleh para murid. Ada yang membaca
akhbar dan majalah murid. Ada yang memilih buku yang hendak dipinjam. [hlm. 17]
Monolog dalaman
• Kamarul bertanya dalam hatinya sama ada dia memang lupa daratan selepas menjadi pelari
terkenal.
‘Apakah aku telah lupa daratan?’ fikir Kamarul. [hlm. 5]
• Sures bertanya dalam hatinya sebab muka Saridah berubah apabila dia bertanya sama ada kawannya
itu bergaduh dengan Kamarul.
‘Mengapa mereka bergaduh?’ tanya Sures dalam hati. [hlm. 14]
Imbas kembali
• Kamarul terbayangkan Cikgu Zainal. Contohnya:
Guru sukan itulah yang mula mengesan bakatnya dalam bidang olahraga dan mengetengahkannya
sebagai pelari pecut. [hlm. 5]
Konflik
• Konflik berlaku antara Kamarul dengan Saridah. Konflik ini timbul apabila Saridah berasa tidak
senang hati dengan keangkuhan Kamarul sejak menjadi pelari terkenal.
“Kau tak boleh ego dengan kejayaan kau, Kamarul,” balas Saridah dengan berani. Dadanya berasa
lapang dapat meluahkan kata-kata itu kepada Kamarul.
“Kau jangan menghina aku, Saridah,” kata Kamarul, melenting. “Aku dah terkenal. Namaku sudah
masuk surat khabar. Gambar aku keluar dalam televisyen. Itu hak aku. Orang lain tak perlu ambil
peduli dengan aku.” [hlm. 4 dan 5]
12
BM Tingkatan 1 Novel
Gaya Bahasa Simpulan bahasa
• Lupa diri, besar kepala, lupa daratan [hlm. 5]
Sinkope
• Hatiku, kaubaca, suratku [hlm. 31]; Saja, tapi, tu [hlm. 50]; Ni [hlm. 53]
Bahasa Inggeris
• Sorry [hlm. 7]; Score board [hlm. 28]; Just friend [hlm. 35]; Okey [hlm. 51]; Sporting [hlm. 91]
Simile
• Pecutannya bagaikan seekor kuda liar [hlm. 28]
• Terapung-apung bagaikan layang-layang di udara [hlm. 28]
• Memecut bagaikan seekor kuda liar yang dipacu [hlm. 67]
Personifikasi
• Bola matanya menjamah pada gambar [hlm. 88]
• Mata Kamarul merayapi wajah Encik Kadir [hlm. 112]
Hiperbola
• Kemarahannya mula membakar hatinya [hlm. 69]
• Semakin sendat kotak kepalanya diserang pertanyaan [hlm. 72]
• Bertanggungjawab
Encik Kadir menjalankan tugasnya sebagai jurulatih untuk melatih olahragawan yang dipilih mewakili
negara ke Sukan SEA di Bangkok.
• Menghargai
Saridah sangat menghargai hubungan persahabatannya dengan Kamarul.
Nilai • Prihatin
Mak Jah menyedari anaknya, Kamarul menghadapi masalah melalui perubahan perlakuannya.
• Kerajinan
Pelari seperti Sures, Mahat, Suradi dan Rajip rajin menjalani latihan di bawah bimbingan Encik Kadir.
• Berhemah tinggi
Kamarul meminta maaf daripada jurulatihnya, Encik Kadir setelah menyedari kesilapannya yang
terlalu bersikap angkuh selepas terkenal.
Pengajaran • Kita perlu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan. Contohnya, Sures menjalani latihan dengan
bersungguh-sungguh sebelum berangkat ke Bangkok untuk menyertai Sukan SEA.
• Kita tidak boleh bersikap angkuh selepas memperoleh kejayaan. Contohnya, Kamarul bersikap
angkuh sejak dipilih mewakili negara untuk menyertai Sukan SEA di Brunei.
• Kita tidak harus melupakan jasa baik orang lain. Contohnya, Kamarul lupa daratan dan tidak
mengenang jasa Encik Kadir yang menjadikannya pelari terkenal.
• Kita perlu memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada rakan yang menghadapi masalah. Contohnya,
Juriah menasihati Saridah supaya melupakan Kamarul dan memberikan tumpuan pada pelajaran
kerana peperiksaan SPM akan menjelang tiba.
• Kita perlu memohon maaf jika melakukan kesilapan. Contohnya, Kamarul meminta maaf daripada
jurulatihnya, Encik Kadir setelah menyedari kesilapannya yang terlalu angkuh dan sombong.
Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman (Terengganu, Melaka, Kelantan, Pahang)
Sinopsis Amir dan Usamah yang merupakan penuntut tahun akhir Diploma Kejuruteraan Am di Politeknik
Kuching, Sarawak. Mereka merancang untuk mengubah suai fungsi mesin rumput terpakai bagi
membantu nenek dan petani melakukan kerja menanam padi semasa menghabiskan cuti semester di
rumah nenek di Kampung Warisan, Papar, Sabah. Mereka berpandukan Formula Dua Hukum Popular
Termodinamik untuk mengubah suai mesin itu. Mesin itu dinamakan 2 dalam 1 kerana dapat beroperasi
dalam dua keadaan, iaitu memotong dan mencangkul tanah.
Aswan tidak senang hati apabila mengetahui rancangan Amir dan Usamah. Dia tidak sanggup
membiarkan mereka menempa nama di Kampung Warisan, Papar. Dia bertekad mencipta mesin
menanam padi yang lebih canggih, iaitu mempunyai dua tangan robot yang beroperasi secara
automatik. Dia dibantu oleh Majibon dan Fikri. Demi membolehkan cita-citanya menjadi kenyataan,
Aswan bertindak mencuri storan data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik semasa mengunjungi
rumah Amir bersama dua orang rakannya, Majibon dan Fikri.
13
BM Tingkatan 1 Novel
Tema Kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik merunsingkan Amir. Tambahan pula, storan
Persoalan data Syarikat Bahagia milik ayahnya turut dicuri oleh penjenayah siber. Usamah berjaya menyekat data
tersebut daripada mengalir keluar dengan mencipta kod baharu bagi Adang Keselamatan Rahsia.
Musim menanam padi telah bermula. Mesin 2 dalam 1 hasil ciptaan mereka berjaya membantu
nenek membajak tanah. Orang-orang kampung menolong menanam padi di sawah nenek. Tiba-
tiba, suasana menjadi hingar bingar. Nenek jatuh terjelepok ke dalam paya. Amir menggunakan
kepakarannya sewaktu dalam kumpulan pengakap untuk menyelamatkan nenek yang pengsan. Nenek
dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan pada buku lalinya. Amir dan Usamah sebak melihat
nenek yang pucat dan lemah.
Amir mendapati storan data Syarikat Bahagia milik ayahnya diceroboh lagi. Rupa-rupanya,
penjenayah siber itu ialah Aswan. Dia telah berjaya menembusi data tersebut. Aswan ingin
memindahkan aset-aset syarikat bapa Amir ke akaunnya, tetapi dihalang keras oleh Fikri.
Amir dan rakan-rakannya telah berjaya menangkap penjenayah yang mencuri barang-barang
kampung di sebuah pondok melalui strategi yang dirancang oleh mereka. Mereka turut menjumpai
pemacu pena dan pelbagai alat cetak rompak kaset di sana. Amir memikirkan pemacu pena yang
ditemukan oleh mereka. Dalam fikirannya, pemacu pena itu ada kaitan dengan kehilangan storan data
Formula Termodinamik tempoh hari. Amir menerima e-mel daripada seseorang yang meminta maaf
daripadanya. Pada masa yang sama, Amir mendapat berita bahawa Asma akan berkahwin. Amir kesal
kerana tidak meluahkan perasaannya kepada Asma.
Tiada diduga, ribut taufan melanda disertai hujan lebat yang mencurah-curah di Kampung
Warisan, Papar. Kampung telah dinaiki air setinggi satu meter dan penduduk kampung berpindah ke
balai raya. Usamah, Amir dan rakan-rakannya bersama-sama penyelamat lain sedang mencari Aswan
dan dua orang rakannya yang hilang dengan menaiki bot. Mereka berjaya diselamatkan. Aswan sedar
akan kesilapannya lalu meminta maaf daripada Amir. Amir memaafkan Aswan.
Amir dan Usamah mendapat biasiswa kerana kejayaan mencipta mesin 2 dalam 1 sekali gus
memenangi Anugerah Saintis Muda. Mereka berangkat pulang ke Sarawak kerana semester baharu
akan bermula. Asma datang ke lapangan terbang dengan membawa dua jambak bunga. Amir akhirnya
sedar bahawa cintanya terhadap Asma bukan bertepuk sebelah tangan kerana Asma juga menaruh
perasaan kepadanya. Namun, segalanya telah terlambat.
Kegigihan remaja dalam usaha mengubah suai mesin terpakai yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk
kampung. Amir dan Usamah mencipta mesin yang dinamakan 2 dalam 1 untuk membantu nenek dan
penduduk kampung membajak sawah.
• Pelajar yang kreatif dan inovatif. Contohnya, Amir dan Usamah mempraktikkan teori yang dipelajari
oleh mereka tentang kejuruteraan am untuk mencipta mesin 2 dalam 1 yang dapat beroperasi
dalam dua keadaan, iaitu memotong dan mencangkul tanah.
• Sikap iri hati menyebabkan seseorang melakukan sesuatu secara membabi buta. Contohnya, Aswan
tidak senang hati apabila mengetahui rancangan Amir dan Usamah untuk mengubah suai mesin
rumput yang terpakai. Dia telah mencuri pemacu pena yang mengandungi Formula Dua Hukum
Popular Termodinamik demi mencapai cita-citanya.
• Kecekalan menghadapi halangan dan cabaran dalam kehidupan. Contohnya, Amir cekal menghadapi
masalah kehilangan pemacu penanya yang mengandungi Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.
• Kasih sayang terhadap ahli keluarga. Contohnya, Amir begitu menyayangi neneknya. Dia sebak
melihat nenek yang pucat lesi dan lemah selepas menjalani pembedahan buku lalinya.
• Menginsafi kesalahan dengan memohon maaf. Contohnya, Aswan meminta maaf daripada Amir
kerana mencuri pemacu pena yang mengandungi Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan
nyaris memindahkan aset syarikat ayah Amir ke akaun bapanya.
• Sikap iri hati terhadap kebolehan orang lain. Contohnya, Aswan berasa tergugat apabila mendapat
tahu Amir dan Usamah boleh mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin mencangkul
tanah. Dia juga yakin mampu mencipta mesin yang boleh berfungsi menanam padi, lalu mencuri
Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.
• Pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan diri. Contohnya, Fikri dan Majibon berakhlak mulia,
tetapi sanggup bersekongkol melakukan perbuatan yang negatif hasil persahabatannya dengan
Aswan.
14
BM Tingkatan 1 Novel
Watak dan Amir
Perwatakan • Berkawan baik dengan Asma dan Usamah sejak kecil.
• Tinggal di Putatan.
Latar • Penuntut tahun akhir Diploma Kejuruteraan Am di Politeknik Kuching.
• Kreatif dan inovatif – mengubah suai fungsi mesin rumput yang terpakai menjadi mesin 2 dalam 1.
• Menaruh perasaan terhadap Asma.
• Pemaaf – sanggup memaafkan Aswan yang mencuri storan data Formula Dua Hukum Popular
Termodinamiknya.
• Penyayang – Amir amat menyayangi neneknya dan begitu risau ketika neneknya menjalani
pembedahan.
Asma
• Berkawan baik dengan Amir dan Usamah sejak kecil.
• Anak jati Kampung Warisan, Papar.
• Gadis berdarah kacukan Dusun dan Brunei.
• Berkulit putih dan sederhana tinggi.
• Raut wajahnya lembut lagi menawan.
• Belajar di maktab perguruan.
• Dua pupu dengan Amir dan Usamah.
• Ditunangkan dengan abang Aswan, iaitu Asman sejak kecil.
Usamah
• Berkawan baik dengan Amir dan Asma sejak kecil.
• Penuntut tahun akhir Diploma Kejuruteraan Am di Politeknik Kuching.
• Anak jati Kampung Warisan, Papar. Kini tinggal di Perak.
• Mencipta mesin 2 dalam 1 bersama dengan Amir.
• Kreatif dan inovatif – mengubah suai fungsi mesin rumput yang terpakai.
Aswan
• Berasal dari keluarga berada.
• Berkulit cerah, agak gempal.
• Sombong dan ego.
• Pantang dibantah pendapatnya.
• Iri hati dengan kejayaan Amir dan Usamah yang berjaya mencipta mesin 2 dalam 1.
• Suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.
• Berkawan baik dengan Fikri dan Majibon.
• Belajar di politeknik yang sama dengan Amir dan Usamah tetapi digantung pengajiannya.
• Sanggup mengkhianati persahabatan yang terjalin sejak kecil kerana tidak mahu orang lain lebih
hebat daripadanya.
Latar Masa
• Waktu pagi – Amir, Usamah, Asma dan rakan-rakan berjoging di tepi sawah.
• Pukul 12:00 tengah malam – Amir dan Usamah tiba di pejabat persendirian Damit, ayah Amir.
• Pukul tiga pagi – ibu Amir, Intan menegur Amir yang berada di pejabat ayahnya.
• Hampir dua jam – nenek menjalani pembedahan pada buku lalinya di bilik pembedahan.
Latar Tempat
• Politeknik Kuching, Sarawak – Aswan, Amir dan Usamah menuntut di politeknik ini.
• Di luar bilik pembedahan – semua ahli keluarga cemas menunggu kerana nenek menjalani
pembedahan hampir dua jam di bilik pembedahan.
Latar Masyarakat
• Masyarakat Kampung Warisan, Papar yang mengamalkan semangat gotong-royong – orang-orang
kampung datang menolong menanam padi di sawah nenek Amir.
• Masyarakat yang bekerja sebagai pesawah – penduduk Kampung Warisan bekerja sebagai petani
termasuklah nenek Amir dan Usamah.
• Masyarakat yang bijak mengaplikasikan ilmu yang dipelajari oleh mereka – Amir dan Usamah
mempraktikkan teori yang dipelajari dalam jurusan kejuruteraan am untuk mengubah suai mesin
yang dinamakan 2 dalam 1.
• Masyarakat yang suka mengambil kesempatan – Aswan suka mengambil kesempatan daripada
orang lain.
• Masyarakat yang tidak senang dengan kejayaan orang lain – Aswan tidak senang hati apabila
mengetahui rancangan Amir dan Usamah untuk mengubah suai mesin rumput yang terpakai.
• Masyarakat yang mahir dalam teknologi maklumat – Usamah dapat menyekat penceroboh yang
cuba memindahkan storan data dan wang Syarikat Bahagia, milik ayah Amir.
15
BM Tingkatan 1 Novel
Plot • Permulaan
Amir dan Usamah merancang untuk mengubah suai fungsi mesin rumput yang terpakai bagi
Teknik Plot
Gaya Bahasa membantu nenek dan petani melakukan kerja menanam padi semasa mereka menghabiskan cuti
semester di rumah nenek yang terletak di Kampung Warisan, Papar, Sabah.
• Perkembangan
Aswan tidak senang hati apabila mengetahui rancangan Amir dan Usamah. Dia berhasrat mencipta
model yang lebih baik dan canggih daripada mereka. Sejak hari itu, dia melakukan pelbagai usaha
bersama dengan dua orang rakannya, Majibon dan Fikri untuk menjayakan rancangannya.
• Perumitan
Pemacu pena yang menyimpan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan storan data Syarikat
Bahagia milik ayah Amir hilang. Amir semakin gusar. Dia tidak mahu menghampakan neneknya
kerana dia telah berjanji menyiapkan tapak semaian nenek sebaik sahaja mesin 2 dalam 1 siap.
Pada masa yang sama, storan data Syarikat Bahagia turut dibolosi oleh penjenayah siber. Usamah
berjaya menyekat pengaliran keluar data tersebut dengan mencipta kod Adang Keselamatan Rahsia
yang baharu.
• Puncak
Storan data syarikat ayah Amir berjaya diceroboh oleh penjenayah siber. Rupa-rupanya, Aswan
telah berjaya menembusi storan data tersebut. Aswan tidak berminat lagi untuk menyiapkan
model ciptaannya. Aswan lebih berminat dengan aset syarikat ayah Amir yang bernilai RM1.3 juta
itu. Dia bercadang memindahkan RM10 000 sebagai modal untuk memulakan projek mereka.
Niatnya dihalang keras oleh Fikri. Amir kecewa kerana Asma akan berkahwin. Dia kesal kerana tidak
meluahkan perasaannya kepada Asma. Kampung Warisan dilanda banjir. Aswan dan dua orang
rakannya dilaporkan hilang.
• Peleraian
Aswan dan rakan-rakannya berjaya diselamatkan oleh Amir bersama-sama penyelamat. Dia insaf
akan kesilapannya yang mencuri storan data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan storan
data ayah Amir. Amir memaafkan Aswan. Amir dan Usamah mendapat biasiswa kerana kejayaan
mencipta mesin 2 dalam 1 sekali gus memenangi Anugerah Saintis Muda. Mereka berangkat pulang
ke Sarawak kerana semester baharu akan bermula. Amir menyedari bahawa Asma juga menaruh
perasaan terhadapnya namun sudah terlambat.
• Pemerian
Pengarang menggambarkan pemandangan di sekeliling sawah.
Di celah-celah kabus pagi yang kian tipis, kelihatan bukit dan lurah yang berlekuk-lekuk. Di tengah
sawah, bangunan sekolah rendah berdiri kukuh tetapi lengang dan sepi. Di sebelah jalan besar pula
masjid terpacak megah. [hlm. 3]
• Dialog
Dialog antara Usamah, Amir dan Asma yang berbincang tentang perangai Aswan.
“Orang seperti Aswan memerlukan bimbingan. Jangan jadikan dia musuh. Kita mesti berkawan
dengannya, berbuat baik. Lama-kelamaan dia akan insaf,” saran Usamah.
“Sikap Aswan rosak kerana dia terlalu dimanjakan,” sampuk Asma. [hlm. 29]
• Saspens
Pembaca ingin tahu tentang nasib Aswan, Majibon dan Fikri yang rebah dihanyutkan oleh arus.
Personifikasi
• Di ufuk timur mentari mengorak senyum [hlm. 1]
• Embun pagi nan yang jernih perlahan-lahan melurut jatuh, lalu daun-daun bergetar. [hlm. 1]
• Tompok-tompok awan kelabu berarak perlahan-lahan [hlm. 32]
• Malam mula merangkak [hlm. 76]
Sinkope
• Kau, ni [hlm. 2]; Tapi [hlm. 3]; mu [hlm. 4]; dulu [hlm. 21]; tu [hlm. 28]
Simile
• Pada raut wajahnya bagaikan ada lorekan [hlm. 4]
• Dia bagaikan jejaka dilamun cinta [hlm. 9]
• Matanya merah bagaikan biji saga [hlm. 13]
• Sinarnya bagaikan benang berselirat [hlm. 52]
Bahasa Arab
• Assalamualaikum, waalaikumussalam, alhamdulillah [hlm. 5]
• Insya-Allah [hlm. 7]
16
BM Tingkatan 1 Novel
Nilai Peribahasa
Pengajaran • Seperti cendawan tumbuh selepas hujan [hlm. 36]
• Bawa diri [hlm. 100]
• Bertepuk sebelah tangan [hlm. 103]
Hiperbola
• Perasaan marah membuak-buak [hlm. 25]
Metafora
• Cerminan kepintaran [hlm. 52]
• Kasih sayang
Amir sangat menyayangi neneknya. Buktinya, Amir mundar-mandir di luar bilik pembedahan kerana
bimbang akan keadaan nenek.
• Tanggungjawab
Ibu Amir, Intan sentiasa mengambil berat akan keadaan Amir. Intan risau akan keselamatan Amir
dan Usamah yang belum pulang ke rumah sejak keluar dari pagi tadi.
• Menghormati
Usamah menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Dia bersalam dengan ibu Amir yang
merupakan Mak Longnya.
• Bekerjasama
Pada musim menanam padi, orang-orang kampung datang menolong menanam padi di sawah
nenek Amir.
• Baik hati
Amir sanggup memaafkan kesalahan Aswan yang mencuri storan data Formula Dua Hukum Popular
Termodinamiknya.
• Keinsafan
Aswan insaf akan kesilapannya yang mengkhianati persahabatan yang terjalin sejak kecil.
• Kita hendaklah sentiasa menyayangi ahli keluarga. Contohnya, Amir dan Usamah sebak melihat
keadaan nenek mereka selepas menjalani pembedahan pada buku lalinya.
• Kita perlu tabah menghadapi dugaan dalam hidup. Contohnya, Amir tabah menghadapi masalah
kehilangan pemacu penanya yang menyimpan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan
storan data Syarikat Bahagia milik ayahnya.
• Kita mestilah mengakui kesilapan yang dilakukan dan memohon maaf. Contohnya, Aswan meminta
maaf daripada Amir kerana mencuri pemacu penanya.
• Kita dilarang mengambil hak orang lain. Contohnya, Aswan yang berjaya menembusi data syarikat ayah
Amir berniat untuk memindahkan RM10 000 ke akaunnya tetapi niatnya ditentang keras oleh Fikri.
17