BEKAS BERUS & UBAT
GIGI (BOTOL PLASTIK)
VRT3013
TEKNOLOGI BAHAN
PROFESOR MADYA DR. MOHAMED
NOR AZHARI BIN AZMAN
AHLI KUMPULAN 1
Khairul Aiman Bin Mahadi Noreffa Idayu Binti Sibaruddin
D20181082692 D20181082710
Farah Diana Binti Ahmad Kemchi Nurul Khadijah Binti Zamri
D20181082718 D20181082697
AHLI KUMPULAN 1
Rosliyani Izzatie Binti Itira Miandal
Roslan Abd Ghani D20181082695
D20181084879
Siti Nurhidayah Binti Che Abdul Rahim
D20181082703
01 PENGENALAN ISI KANDUNGAN
02 BAHAN DAN PERALATAN 06 CARA MENINGKATKAN KESEDARAN
AMALAN KITAR SEMULA
03 LANGKAH-LANGKAH 07 PRODUK LAIN YANG BOLEH
DIHASILKAN DENGAN BOTOL PLASTIK
04 KENAPA KAMI MENGGUNAKAN 08 PRODUK AHLI KUMPLAN
BOTOL PLASTIK?
05 KESAN BOTOL PLASTIK KEPADA 09 KESIMPULAN
PERSEKITARAN DAN EKONOMI
1. PENGENALAN
Plastik merupakan satu bahan yang mempunyai tempoh bertahan
yang agak lama. Namun disebalik kebaikan ini, ada juga kesan
buruk yang berlaku hasil dari plastik ini. Para pengguna yang tidak
bertanggungjawab mampu menyebabkan pencemaran alam
sekitar berlaku akibat dari penggunaan plastik.
Jadi salah satu cara untuk mengurangkan pembuangan plastik ini,
satu produk kitar semula telah dibangunkan oleh kumpulan kami
dengan mengitar semula botol plastik minuman dan dijadikan
satu produk untuk meletak berus gigi dan juga ubat gigi. Maka
dengan projek ini, kita dapat memastikan bahawa sesetengah
botol plastik minuman boleh menjadi bahan kitar semula yang
bagus dan juga boleh mengurangkan pembuangan plastik yang
boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku.
02 BAHAN DAN
PERALATAN YANG
DIGUNAKAN
Botol plastik Berus
Gunting
Pisau Pen
penanda
Gam gajah
Warna air
03
LANGKAH -
LANGKAH
PENYEDIAAN
12
Tandakan bahagian botol yang akan dipotong. Potong botol pada bahagian yang sudah ditanda
menggunakan pisau.
34
Sediakan saiz muncung botol yang berbeza iaitu 3 Tandakan beberapa lubang pada botol mengikut
bersaiz sederhana dan 1 bersaiz besar. saiz muncung botol yang sudah disediakan.
56
Potong setiap lubang yang ditanda menggunakan Seterusnya, lekatkan muncung botol pada
pisau dengan berhati-hati. lubang yang sesuai pada botol menggunakan
gam gajah.
78
Selepas itu, buat beberapa lubang kecil pada tapak Cantumkan bahagian atas dan bawah botol
botol bagi memudahkan pergerakan air keluar menggunakan gam gajah.
(mengelakkan air bertakung).
9
Akhir sekali, warnakan dan hias produk
mengikut kreativiti masing-masing.
04
KENAPA KAMI
MENGGUNAKAN
BOTOL PLASTIK?
KAMI MENGGUNAKAN BOTOL PLASTIK KERANA….
MUDAH DIDAPATI KOS RENDAH
01 Botol plastik yang digunakan 02 • Menggunakan barang terpakai untuk
mudah untuk didapati dan menghasilkan produk ini.
sering digunakan oleh semua
orang • Tidak melibatkan kos pertukangan
untuk menghasilkan produk
MENGAMALKAN AMALAN MUDAH DIHASILKAN
03 KITAR SEMULA 04 Botol plastik yang digunakan
Dapat menghasilkan produk mudah dipotong dan direka bentuk
yang baru daripada produk mengikut reka bentuk yang diingini
terpakai
KESAN PENGGUNAAN BOTOL
PLASTIK KEPADA PERSEKITARAN
DAN EKONOMI
05
242,000,000
tan plastik telah dihasilkan pada tahun 2016
KESAN PENGGUNAAN BOTOL PLASTIK TERHADAP PERSEKITARAN
01 PENINGKATAN JUMLAH SAMPAH
Satu plastik mengambil masa 400 hingga 1,000 tahun untuk terurai.
Kebanyakkan botol plastik dihasilkan boleh digunakan sekali sahaja
terutamanya botol yang mempunyai label nombor 1 yang tertera di
bawah botol tersebut. Jumlah sampah yang terhasil daripada botol
plastik akan terkumpul di tapak pelupusan sampah sekiranya semua
orang menggunakan botol plastik dalam kehidupan seharian mereka.
Keadaan ini bertambah buruk memandangkan kadar kitar semula
plastik di Malaysia masih rendah dan botol plastik tidak dapat
dibiodegradasi.
KESAN PENGGUNAAN BOTOL PLASTIK TERHADAP PERSEKITARAN
02 PEMBAZIRAN AIR 03 PENGURANGAN SUMBER YANG
TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI
Proses penulenan air yang kompleks
dan agak lama menyebabkan Penghasilan botol plastik menggunakan
bahan daripada petroleum, iaitu sumber
kehilangan air akibat penyejatan
(evaporation loss) yang berlaku yang tidak boleh diperbaharui.
semasa pengilangan air dalam botol. Dianggarkan 17 juta tong minyak
Ini kerana ia memerlukan 3 kali jumlah digunakan setiap tahun di Amerika
air mentah untuk menghasilkan satu Syarikat untuk menghasilkan botol air
botol air yang terproses. plastik sahaja.
Di samping itu, agen pencuci yang Sumber ini semakin berkurangan
digunakan untuk memprosesan botol dengan bertambahnya penghasilan
ini juga boleh mencemarkan sumber
botol plastik bagi menampung
air seperti sungai dan tasik. permintaan pasaran yang terus
meningkat.
KESAN PENGGUNAAN BOTOL PLASTIK TERHADAP PERSEKITARAN
04 RISIKO KESIHATAN
Menurut kajian pada September 2008 oleh Journal of American Medical
Associations, botol plastik menggunakan Bisphenol A (BPA) boleh
membawa risiko kesihatan terutamanya kepada kesihatan kanak-kanak.
BPA memberikan kesan yang sama seperti hormon estrogen.
Pengumpulannya dalam badan manusia boleh menjejaskan pertumbuhan
otak, sistem kesuburan dan fungsi lain di dalam badan.
Pendedahan botol plastik kepada persekitaran yang panas, mencuci
botol plastik dengan pencuci yang kuat atau mengisi air yang panas ke
dalam botol plastik boleh mengakibatkan dan mempercepatkan bahan
kimia ini dapat mencemari air di dalam botol.
CARA PENYELESAIAN
● Apa yang boleh kita lakukan ialah menghantar botol
plastik yang telah digunakan ke pusat kitar semula. Ini
dapat mengurangkan kuantiti botol plastik yang
dibuang di pusat pelupusan sampah.
● Pastikan botol yang digunakan tidak mengandungi
BPA. Botol plastik yang mempunyai BPA selalunya
mempunyai nombor 7 tertera di bawah botol tersebut.
Namun ini tidak bermakna semua botol plastik yang
mempunyai no 7 mengandungi BPA, kerana no 7 juga
bermakna lain-lain jenis plastik.
● Sebagai pilihan lain kepada botol plastik, gunakan
botol kaca atau botol yang diperbuat daripada besi
yang tahan karat.
KESAN PENGGUNAAN BOTOL PLASTIK TERHADAP EKONOMI
01 PLASTIK BOTOL DIUBAH MENJADI FABRIK BAHARU
02
Botol plastik boleh ditukar menjadi pakaian baru dan produk baru. Contohnya,
jenama pakaian sukan Adidas menukar botol plastik yang diperoleh semula
dari lautan kepada kasut, menggunakan kira-kira 11 botol sepasang dan
berjaya mengalihkan ratusan juta botol plastik dari lautan.
MENINGKATKAN PRESTASI KENDERAAN
Plastik meningkatkan prestasi kenderaan dan ianya lebih mesra alam iaitu
dengan menukar bahagian kereta logam atau kaca dengan plastik berprestasi
tinggi dan membolehkan pembuat kereta mengurangkan berat keseluruhan
kenderaan, meningkatkan kecekapan bahan api dan mengurangkan
pelepasan gas.
KESAN PENGGUNAAN BOTOL PLASTIK TERHADAP EKONOMI
03 MENYOKONG PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA
Pada 2 November 2021, peningkatan semula jualan plastik buatan kilang
membuktikan kepentingan industri itu dalam menyokong sektor ekonomi
penting semasa pandemik COVID-19. Pada 19hb, menurut Datuk Lim
Guowen, pengerusi Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA),
memetik data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, jualan dalam lapan
bulan pertama 2021, meningkat kepada RM38.68 bilion.
04 MENJADI BAHAN ALTERNATIF YANG BAIK
Plastik mengurangkan penggunaan alternatif yang lebih berbahaya
kepada alam sekitar. Plastik ialah pengganti yang baik untuk produk
terbitan kayu, seperti kertas dan kayu yang dihasilkan dengan menebang
pokok. Plastik kitar semula digunakan untuk membuat papan kayu plastik
berprestasi tinggi yang estetik dan boleh digunakan dalam pelbagai
produk pembinaan.
ADAKAH PRODUK KAMI DAPAT
MEMBANTU PERSEKITARAN
DAN EKONOMI?
Ya, kerana selain dapat mengurangkan jumlah
botol plastik yang dibuang, produk ini juga
boleh dijual di pasaran jika dibuat dengan cantik
dan kreatif dengan kadar harga yang rendah
dan berpatutan. Hal ini sekaligus dapat
mendidik orang ramai untuk mengamalkan
amalan kitar semula dan mengurangkan
pembelian produk yang boleh dibina semula
dengan menggunakan botol plastik.
06
CARA MENINGKATKAN
KESEDARAN AMALAN
KITAR SEMULA
Kepentingan Kitar Semula Penghasilan plastik daripada
minyak mentah memerlukan 62
1. Kepentingan Terhadap Alam Sekitar hingga 108 MJ/Kg tenaga. Jumlah
ini lebih tinggi daripada tenaga
Sisa buangan memberikan kesan negatif yang besar
kepada alam sekitar semula jadi. yang digunakan untuk
menghasilkan bahan mentah yang
• Kitar semula mengurangkan pencemaran disebabkan oleh
sisa pepejal yang menghasilkan air larut resap (leachate) lain seperti besi (daripada bijih
dan pelepasan gas metana (methane) yang terurai di tapak besi, memerlukan 20-25 MJ/Kg
pelupusan. tenaga), kaca (daripada pasir, 18-35
MJ/Kg), keluli (daripada besi, 20-
• Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan 50 MJ/Kg) dan kertas (daripada
daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat
mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu balak, 25-50 MJ/Kg
sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan
dikekalkan.
• Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk
daripada bahan mentah. Kitar semula memerlukan sedikit
tenaga dimana dapat membantu dalam mengekalkan
pemuliharaan dan pemeliharaan alam semula jadi.
Kepentingan Kitar Semula
2. Kepentingan Terhadap Manusia
Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia
dan manusia yang hidup di dalamnya.
• Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Kebanyakkan
kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk
membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar
meliputi kawasan tadahan air.
• Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan
produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya
berbanding dihasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
• Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan
datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan
mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding
pemprosesan bahan dari sumber asli.
Meningkatkan Kesedaran Masyarakat terhadap
Amalan Kitar Semula
Pusat Belian Semula Alam Flora Sdn Bhd membuka Pusat Belian Semula dalam usaha menggalakkan
( Buy Back Centre ) orang ramai mengenai kesedaran pengurusan sisa.
Manfaat Pusat Belian Semula kepada masyarakat adalah:
1. Masyarakat boleh menjual barangan kitar semula mereka untuk
mendapatkan wang tunai dan mata Petronas Mesra.
2. Masyarakat boleh memainkan peranan aktif dalam membantu memelihara
alam sekitar dengan mengitar semula.
Proses Aliran Pusat Belian Semula
1. Pelanggan menyusun, 2. Pelanggan 3. Kakitangan AFES 4. Kakitangan AFES 5. Resit jualan akan
membersihkan dan membawa membantu pelanggan mengira jumlah kitar dijana dan diberikan
mengumpul serta barangan kitar kepada pelanggan
semula mereka ke menimbang barang semula sebagai
mengasingkan barang mengikut kategori pertukaran wang tunai sebagai rekod
kitar semula mereka BBC dan mata Petronas Mesra
masing-masing
Meningkatkan Kesedaran Masyarakat terhadap
Amalan Kitar Semula
Merperbanyak Tong Kitar Memperbanyak Recycling Reverse
Semula di Tempat Awam Vending Machine (RRVM)
Tong kitar semula perlu diletakkan secara • Mesin RRVM menawarkan ganjaran lima sen bagi
strategik seperti di kawasan perumahan, setiap barangan kitar semula dibuang ke dalam
taman, tempat letak kereta dan sebagainya. mesin automatik tersebut.
• Botol plastik, kertas dan tin aluminium
Meningkatkan Kesedaran Masyarakat terhadap
Amalan Kitar Semula
Pendidikan Ekonomi Kitar Semula di Institusi Pendidikan
Program seperti ‘Promosi Kitar Semula’ boleh dijalankan oleh pihak berkaitan di mana-mana
institusi pendidikan. Aktiviti yang dapat dilaksanakan:
• Jualan produk berasaskan seperti botol plastik dan juga bahan kitar semula yang lain.
• Pertandingan mencipta produk berasaskan bahan kitar semula.
CONTOH PRODUK LAIN YANG BOLEH
07 DIHASILKAN DENGAN MENGGUNAKAN
BOTOL PLASTIK
‘BOTTLE TOP BAG SEAL’ ‘BIRD FEEDER’ BEKAS TANAMAN/PASU BUNGA
BEKAS SERBA GUNA KOTAK PENSIL LAMPU
08
GAMBAR HASIL
PRODUK AHLI
KUMPULAN
9. KESIMPULAN
Penggunaan plastik sebagai bahan kitar semula untuk kegunaan
di dalam bilik atau tandas adalah satu idea yang sangat baik. Hal
ini kerana plastik adalah salah satu bahan yang tidak berbahaya
kepada pengguna secara fizikalnya. Ianya tidak pecah, tidak
berkarat, ringan dan juga mempunyai tahap ketahanan yang
tinggi.
Selain itu, penggunaan plastik sebagai bahan kitar semula bukan
sahaja dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar berlaku,
bahkan ianya juga dapat membantu kita berfikiran lebih kreatif
dalam menghasilkan sesuatu produk baru.
TAMAT
CREDITS: This presentation template was created
by Slidesgo, and includes icons by Flaticon, and
infographics & images by Freepik