1.4 Definisi Napkin Folding
Kertas tisu serviette , sapu tangan atau tuala kain kapas digunakan tetamu untuk
mengelap tangan dan mulut. untuk tetamu mengelap tangan dan mulut selepas
membasuhnya sudah tidak digemari lagi. Selain penggunaan kertas tisu, serviette.
Kebanyakkannya sudah diganti dengan napkin, samada ianya diperbuat daripada
kertas yang bermutu atau kain tebal yang berwarna-warni. Idea penggunaan napkin
ini dipercayai di bawa dari negara barat dan mendapat pengaruh dari negara Jepun,
Kanada dan Australia. Di mana, inilah antara negara yang mementingkan etiket di
meja makan. Pada awalnya, napkin juga hanyalah sehelai kain tanpa corak dan
dilipat begitu sahaja sekadar menghiasi meja makan. Namun kini ianya digunakan
secara meluas sebagai item hiasan yang akan menerbitkan kecantikkan dalam
susun atur meja hidangan secara keseluruhannya. Tidak hairanlah, jika anda boleh
mendapatkannya dalam aneka corak, saiz, warna 2 ply atau 3 ply dan tema kerana
ianya telah didatangkan pelbagai bagi memenuhi konsep yang bermutu diutarakan
bagi sesuatu acara / majlis. Juga dengan meletakan Logo syarikat, ini membantu
dalam aspek pemasaran.
i. Kegunaan lipatan napkin ialah :
Lipatan napkin digunakan untuk diletakkan di atas meja pelanggan.
Lipatan napkin digunakan oleh pelanggan untuk mengelap mulut dan
tangan pelanggan selepas makan.
Lipatan napkin diletakkan di atas meja makan pelanggan supaya meja
pelanggan serta seluruh suasana ruang makan akan kelihatan lebih
menarik dan cantik.
Lipatan napkin ini juga digunakan untuk menggambarkan jenis
perniagaan dan juga jenis perkhidmatan yang disediakan oleh
sesebuah restoran itu.
ii. Peraturan asas melipat napkin :
Tangan seseorang pramusaji serta tempat / ruang untuk melipat napkin
hendaklah bersih.
Napkin yang hendak digunakan hendaklah bebas daripada sebarang
kekotoran.
Napkin yang telah dibasuh hendaklah dikanji dengan kemas terlebih
dahulu
Napkin tersebut hendaklah digosok dengan licin.
iii. Kelebihan lipatan napkin yang ringkas :
Napkin tersebut kurang dipegang.
Lipatan napkin yang ringkas dapat mengurangkan kesan garisan, kesan
lipatan dan kesan renyuk pada napkin tersebut.
Lipatan napkin yang ringkas ini lebih mudah dan tidak mengambil masa
yang lama untuk melipat napkin tersebut.
Peringatan :
Sekiranya napkin yang telah siap dikanji dan siap digosok licin hendak
disimpan, napkin tersebut perlulah digulung supaya tidak ada kesan
lipatan pada napkin.
Antara contoh lipatan napkin ialah :
Rajah 23 a : Rajah 23 b : Rajah 23 c :
Lipatan Goblet Fan Lipatan Candle Fan Lipatan Flame
Rajah 23 d : Rajah 23 e :
Lipatan Bird’s of Paradise Lipatan Standing Fan