The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azroyahmad70, 2020-12-17 14:23:27

TERAPI MEMANAH PPKI TEJASS 2020 a

TERAPI MEMANAH PPKI TEJASS 2020 a

TERAPI MEMANAH
PPKI TEJASS
TAHUN 2020

• Memanah merupakan sukan tertua didunia.

• Bermula sejak zaman batu lagi, iaitu (20,000 sm). Manusia pertama
yang menggunakan panah dan anak panah ialah Orang Purba Mesir,
dipercayai menggunakannya sekurang-kurangnya 5000 tahun lalu
untuk tujuan memburu dan peperangan.

• Tahun 1200 sm, Kaum Hittities menggunakan panah yang ringan,
dengan tunggangan kuda yang pantas membolehkan mereka
menjadi musuh yang digeruni semasa peperangan di Timur Tengah.

• Kaum Assyria membuat panah dari pelbagai bahan iaitu dari
tendon, tanduk dan kayu.

• Di China, memanah bermula pada zaman Dinasti Shang (1766-1027
sm).

• Pada zaman Dinasti Zhou (1027-256 sm), kejohanan memanah
diringi muzik sehinggalah ke hari ini iringan muzik masih lagi
dikekalkan ketika kejohanan

• Di Jepun, memanah bermula pada kurun ke-16 dan dipengaruhi
oleh etik dan teknik.

• Seni mempertahankan diri di Jepun dikenali sebagai Kyujutsu (seni
panah)dan juga Kyudo (seni petua memanah).

• Kyudo masih lagi digunapakai hingga kini dan sasarannya
berdiameter 36cm pada jarak 28 meter. Panahnya berukuran 2.21
meter panjang dan dibuat dari buluh dan kayu.

• Pada zaman Roman Greko, panah digunakan untuk memburu atau
kegunaa sendiri dan bukan untuk peperangan.

• Kejohanan memanah pertama yang diiktiraf telah diadakan di
Finsbury,England pada tahun 1583 dan disertai oleh 3000
pemanah.







LIMB STRING / TALI

HANDLE / BUSUR

ARROW REST

LONG SHORT CLICKER
STABILIZER STABILIZER

PLUGGER BUTTON

SIGHT NOCK

ARROW SHAFT

FLETCHER’S POINT / BULLET
SPIN WING VANES

FINGER TAB ARM GUARD QUIVER CHEST GUARD

FINGER SLING TARGET FACES

STRINGER

METAL SERVING JIG TARGET BUTTRESS
NOCKING POINT T-RULER

FLETCHING JIG

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Inner
10

1) Busur mestilah tidak diletakkan anak panah, kecuali
berada di garisan memanah dan isyarat untuk
memanah telah diberi

2) Busur yang telah diletakkan anak panah mestilah
disasarkan ke sasaran yang telah ditetapkan

3) Setelah pemanah selesai memanah, mereka harus
berdiri di belakang garisan memanah dan tunggu
sehingga kesemua pemanah selesai

4) Setelah kesemua pemanah selesai, barulah isyarat
untuk mengambil anak panah diberi

5) Sekiranya ada anak panah yang jatuh melepasi garisan
memanah, ia boleh diambil setelah kesemua pemanah
selesai

6) Pastikan berjalan memandang ke bawah bagi mengelak
tersepak anak panah yang tidak sampai ke sasaran

7) Hanya seorang pemanah dibenarkan mencabut anak
panah pada matu masa bagi mengelakkan kemalangan

8) Pastikan tiada pemanah lain di hadapan sasaran ketika
mencabut anak panah

9) Sentiasa berdiri di sisi sasaran bagi mengelakkan
terlanggar anak panah

10) Semua pemanah harus mencari semula anak panah yang
tidak terkena di sasaran

11) Semasa membawa anak panah, sentiasa pegang di sisi dan
jangan berlari

12) Setelah kembali dari mengambil anak panah di sasaran,
pemanah mesti berdiri di belakang garisan menunggu dan
padang memanah hendaklah diperiksa untuk memastikan
tiada pemanah yang masih berdiri di belakang sasaran

13) Hentikan memanah sekiranya terdapat haiwan atau orang
yang berjalan dan berada di belakang sasaran

14) Setiap pemanah yang gagal mengikut arahan akan
diarahkan meninggalkan padang serta merta. Kaunseling
akan diberikan kepada pemanah tersebut.

15) Tidak dibenarkan sama sekali menghalakan busur ke
orang lain

16) Tidak dibenarkan menyasarkan busur dan membuat
panahan ke udara

17) Sentiasa pastikan busur dan peralatan memanah
sentiasa dalam keadaan baik

18) Dilarang memakai sandal, selipar atau berkaki ayam
semasa memanah

19) Pakaian seharusnya tidak terlalu longgar di bahagian
dada bagi mengelak tali busur tersangkut semasa
dilepaskan

20) Barang kemas seperti subang dan gelang yang panjang
atau besar perlu ditanggalkan untuk tujuan keselamatan

21) Rambut yang panjang hendaklah diikat ke belakang
dengan kemas semasa memanah

22) Meminum apa jenis minuman beralkohol dan
memabukkan sebelum dan semasa memanah TIDAK
DIBENARKAN sama sekali

1 tiupan wisel Mulakan panahan
2 tiupan wisel
Bergerak dari garisan menunggu
3 tiupan wisel ke garisan memanah

Tamat waktu memanah dan
bergerak mengambil anak panah

di sasaran.Berhenti memanah
(jika kecemasan).







BEGINNER’S BOW

ADVANCED BOW

COMPOUND BOW

ARROW (ANAK PANAH)



























1. STANCE
2. SET UP
3. DRAWING
4. ANCHORING
5. HOLDING
6. AIMING
7. BACK TENSION
8. RELEASE
9. FOLLOW THROUGH


Click to View FlipBook Version