The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

3.1 Pengenalan Kepada Side Board / Side Station

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azroyahmad70, 2020-05-16 11:55:35

3. MENYEDIAKAN SEKSYEN HENTIAN PENYAJIAN

3.1 Pengenalan Kepada Side Board / Side Station

3. PENGENALAN KEPADA SIDE BOARD / SIDE STATION
3.1 Side board merupakan sebuah almari ataupun kabinet kecil. Ia merupakan

tempat meletakkan peralatan penyajian seperti glassware, chinaware, flatware
dan juga hollowware. Side board atau side station mempunyai banyak ruang dan
laci untuk meletakkan peralatan mengikut jenisnya. Terdapat ruang
penyimpanan yang agak besar di bahagian bawah untuk menyimpan barang
yang bersaiz besar seperti linen dan pinggan mangkuk.

Rajah 8: Contoh-contoh side board / side station

3.2 Penyediaan peralatan side station
i. Antara peralatan yang disimpan di side station/ board adalah seperti:
bawah:

Flatware Glassware

Napkin Service cloth

Wiping cloth Mancis

Ashtray Service gear

Toothpick holder Service tray

Peranggu meja Hot plate

[ Alatan untuk menyaji makanan
seperti pinggan mangkuk, gelas,

sudu, garfu, no meja, bunga
meja dan lain-lain ]

Rajah 9: alatan yang diletak di dalam side board / side station

ii. Antara kegunaan side board ialah :
a. Ia diletakkan di sudut tepi bahagian ruang makan restoran
b. Memudahkan pramusaji mengambil peralatan untuk kegunaan tetamu
c. Mempercepatkan kerja pramusaji kerana peralatan yang ada telah
dibersihkan terlebih dahulu.
d. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk meletakkan linen dan juga
peranggu meja.
e. Bagi side board yang tahan haba, ia boleh juga digunakan untuk
meletakkan hot plates bersama coffee decanter.
f. Side board juga boleh digunakan sebagai perhiasan di dalam ruang
makan oleh kerana rupa bentuknya yang menarik dan eksklusif.

iii. Terdapat pelbagai jenis side board yang sering digunakan di restoran pada
masa kini. Antaranya ialah :
a. Side board tetap ( Permanent sideboard )
Side board ini adalah tetap kedudukannya dan tidak boleh dialihkan.
Selalunya ia terdapat di ruang makan yang kedudukan kerusi dan
mejanya tidak berubah.

Rajah 10 a: side board tetap
b. Side board mudah alih ( Beroda )

Side board jenis ini mempunyai roda dan boleh dialihkan mengikut
kesesuaian jamuan. Selalunya digunakan dalam dewan banquet.

Rajah 10 b: Side board mudah alih (beroda)
c. Side board mudah alih ( Boleh dilipat )

Side board jenis ini adalah boleh dilipat. Ia boleh disimpan jika tidak
digunakan. Selalunya digunakan di kedai makanan segera.

Rajah 10 c: Side board mudah alih ( boleh lipat )
iv. Pemilihan penggunaan jenis side board bergantung kepada konsep

restoran dan organisasi. Antara sebab yang mempengaruhi pemilihan jenis
side board ialah :
a. Jenis menu dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh restoran.
b. Jumlah pekerja yang bertugas dalam satu – satu masa.
c. Jumlah meja dan pelanggan yang boleh dimuatkan di dalam sesebuah

restoran.
d. Jumlah peralatan yang ingin dimuatkan di dalam side board atau pun

jumlah par stock barangan tersebut.

3.3 Kaedah penggunaan side board :
i. Memastikan saiznya tidak terlalu besar kerana saiz yang terlalu besar akan
menggunakan ruang yang besar di dalam restoran.
ii. Memastikan side board dan peralatan yang ada di dalamnya berkeadaan
rapi dan bersih.
iii. Penggunaan peralatan yang berada di dalam side board adalah pada tahap
maksimum.

3.4 Antara prosedur penjagaan side board restoran ialah :
i. Pastikan side board sentiasa bersih.
ii. Kedudukan side board yang teratur dan tidak menghalang laluan pekerja
mahupun pelanggan.
iii. Peralatan yang berada di dalamnya sentiasa bersih.
iv. Jumlah peralatan yang sentiasa mencukupi dan menetapi kadar par stock
yang telah ditetapkan.
v. Peralatan yang disusun rapi dan mengikut jenisnya.
vi. Side board mestilah jenis yang tahan haba jika ingin digunakan untuk
meletakkan hot plates dan coffee decanter.

3.5 Antara langkah – langkah menyusun peralatan di dalam side board ialah :
i. Pastikan peralatan yang diperlukan sahaja berada di dalamnya.
ii. Pastikan ruang side board di label.
iii. Pastikan semua peralatan dan linen adalah bersih.
iv. Peralatan seperti flatware diletakkan bersama pasangannya.
v. Flatware disusun secara menyondong dan pemegangnya dihalakan di
sebelah luar laci.
vi. Peralatan yang bersaiz besar seperti glassware, chinaware dan linen
disusun di ruang penyimpanan besar.

vii. Pastikan susunan di dalam laci meja adalah berdasarkan susunan
peralatan yang berada di atas meja.

3.6 Prosedur menambah peralatan di dalam side board :
i. Bersihkan side board terlebih dahulu menggunakan kain lembap.
ii. Kenalpasti peralatan yang perlu ditambah.
iii. Kira jumlah peralatan yang ingin ditambah.
iv. Pastikan peralatan yang ingin diletakkan di dalam side board adalah bersih.
v. Gunakan tray atau troli bagi memastikan peralatan adalah bersih.
vi. Kira semula peralatan yang telah ditambah supaya ia menepati par stock.

vii. Catat semua jumlah peralatan yang terdapat di dalam borang yang
sepatutnya bagi memudahkan proses pengiraan barang yang keluar dari
stor

Rajah 11 : Contoh susunan peralatan di dalam side station


Click to View FlipBook Version