1.5 Keperluan asas (perseorangan)
i. Service cloth – diperlukan semasa mengendalikan serta mengangkat
pinggan panas. Ia haruslah sentiasa kering sepanjang tempoh seseorang itu
bekerja.
ii. Mancis – ianya sentiasa dibawa atau diletakkan diside station untuk
kegunaan penyalaan lilin atau rokok dan curut jika diperlukan.
iii. Corkscrew – tujuan untuk membuka botol (gabus). Pisau kecil juga
diperlukan untuk membuka fail pada botol wine.
iv. Pen dan buku nota / captain order – ia adalah peralatan yng paling penting
yang harus ada pada pramusaji untuk mencatit pesanan pelanggan.
1.6 Definisi inventori peralatan
i. Inventori melibatkan semua jenis peralatan, perkakasan dan pembersihan
peralatan yang terdapat di restoran. Inventori perlu dikira sekurang-
kurangnya sebulan sekali.
ii. Tujuan mengadakan inventori peralatan ialah untuk mengawal kegunaan
dan pengeluaran peralatan yang berada di dalam bilik stor
iii. Sebelum memulakan tugas, adalah penting bagi seseorang pramusaji atau
kapten untuk memeriksa dan mengira peralatan yang telah digunakan.
Senarai semak berfungsi sebagai peringatan, persediaan dan keadaan
peralatan berfungsi dengan baik atau sebaliknya.
iv. Senarai semak ini wujud dalam pelbagai format dan bentuk (helaian dan
kad).
Restoran Langkawi
Malaysia
Department : Food and Beverage Tarikh: No. 12345
Pemeriksa: Tandatangan :
Bil. Perkara Jumlah stok Jumlah
diperlukan
Rajah 7 : Contoh senarai semak inventori bulanan