The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahirahumairah51, 2021-11-26 01:30:19

E-Book Kumpulan 3

ebook koko

MPU24011
PERMAINAN TRADISIONAL

TAJUK : BATU SEREMBAN

GROUP 3

NAMA NO.MATRIK

NUR SYAHIRAH UMAIRAH HUSNA BINTI ZOL 23DBS20F2016
BAHAR
23DBS20F2024
NUR FARHANA BINTI MOHD SUHAIMI 23DBS20F2012
NUR HALESSA BINTI HASNI 23DRM20F2030
DEVINA A/P AMARAN 23DRM20F2038
DIVAASINI A/P BALOO

ISI KANDUNGAN

1) PENGENALAN ................................................................................................................3
2) LANGKAH-LANGKAH MEMANAS DAN MENYEJUKKAN BADAN..................4

2.1) LANGKAH MEMANASKAN BADAN ......................................................................4
2.2) MENYEJUKKAN BADAN .............................................................................................5

2.3) TEKNIK MEMBUAT REGANGAN ..........................................................................5
3) LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN KECEDERAAN SEMASA
BERMAIN PERMAINAN TRADISONAL (BATU SEREMBAN) ....................................8
4) LATAR BELAKANG SUKAN TRADISIONAL ..........................................................9

A) SEJARAH SUKAN TRADISIONAL ..........................................................................9
B) CARA BERMAIN.......................................................................................................10
C) SUSUNAN PERMAINAN:.........................................................................................10
D) TEKNIK BERMAIN BATU SEREMBAN ...............................................................12
E) KESIMPULAN ...........................................................................................................13

1) PENGENALAN

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara
bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang
bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar,dan
televisyen diberikan kepada sukan. Sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.
Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum
istilah tersebut. Sukan ialah aktiviti yang mengandungi: Latihan kemahiran berguna secara
rekreasi. Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan. Kecemerlangan yang
dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu,
catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya. Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada
sukan ialah: Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk
melindungi empayar Rom. Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai
pengangkutan dan sebagainya. Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu,
dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya

2) LANGKAH-LANGKAH MEMANAS DAN MENYEJUKKAN BADAN

TUJUAN: Pemanasan badan secara beransur-ansur meningkatkan sistem kardiovaskular
dengan meningkatkan suhu badan dan meningkatkan aliran darah ke otot. Memanaskan
badan juga boleh membantu mengurangkan kesakitan otot dan mengurangkan risiko
kecederaan.

2.1) LANGKAH MEMANASKAN BADAN

I. Bahagian kepala
-Menunduk kepala ke bawahdan letakkan tangan dibelakang kepala.
- Tahan selama 8 hingga 10saat.
- Berulang dengan mendongak kepala ke atas.
- Mmbuat pergerakan yang sapa tetapi kepala ke sisi pula kali ini

II. Bahagian siku
- Angkat tangan separa bahu.
- Tolak siku ke belakang dengan tangan sebelah lagi.
- Posture ini menahan 8hingga 10 saat dan ulang pada tangan yang seterusnya.
III. Bahu
- Pusingkan bahu ke hadapan membuat 5 pusingan
- Ulang pada arah berlawanan
IV. Pinggang
- Gerakkan pinggang mengikut pusingan jam sebanyak 5 kali
- Ulang pada arah berlawanan

V. Pergelangan kaki
- Angkat kaki dan pusingkan pada pergelangan kaki 5-10kali
- Ulang pada arah berlawanan
- Ulangkan pada kaki sebelah

2.2) MENYEJUKKAN BADAN

Menyejukkan badan selepas bersenam membolehkan pemulihan beransur-ansur degupan
jantung sebelum bersenam dan tekanan darah. Salah satu teknik untuk menyejukkkan badan
adalah teknik regangan statik perlahan.

2.3) TEKNIK MEMBUAT REGANGAN

I. BAHAGIAN KEPALA DAN LEHER
Tolak kepala kekiri dan ke kanan.
Regangan berlaku pada bahagian leher.
Dongak ke atas dan tunduk ke bawah.
Lakukan secara berkala dalam kiraan 8

I. BAHU
Tujukan tangan kanan ke arah kiri secara lurus.
Tangan kiri tolak siku tangan kanan tadi ke belakang.
Regangan berlaku pada bahagian bahu.
Lakukan langkah yang sama pada tangan sebaliknya

II. DADA
Depakan kedua belah tangan pada dinding atau pintu
Biarkan kedua belah tangan berada selari di bahagian dada ke depan
Tolak badan ke depan secara perlahan-lahan
Regangan berlaku pada bahagian dada anda

III. BISEP
Ke belakangkan tangan kanan anda secara lurus selari dengan paras dada.
Ulang langkah yang sama pada bahagian tangan yang sebaliknya.
Regangan berlaku pada bahagian otot biceps.
Lakukan secara berkala dalam kiraan 8.

IV. TRISEP
Angkat tangan kanan ke atas dan arahkan pergelangan tangan ke belakang bahu
Tangan kiri anda tolak siku tangan kanan ke arah ke bawah
Ulang langkah ini pada tangan di sebaliknya dalam kiraan berkala 8
Regangan berlaku pada bahagian otot tricep

V. GLUTES
Baringkan badan mendatar di atas lantai.
Angkat kaki kiri silangkan di atas lutot kaki kanan
Pastikan pergelangan kaki kiri barada di depan lutot kaki kanan
Angkat badan sedikit untuk memegang kaki kiri tersebut
Regangan berlaku pada bahagian otot punggung

VI. PEHA LUAR
Duduk 90 dajah dengan kaki lunjur kedepan dengan lurus badan menghadap ke depan
Kaki kanan dibiarrkann lurus, kaki kiri dibiarkan bersilang
Pastikan tangan kanan menyentuh lantai dengan bersilang dengan kaki yang bersilang tadi
Regangan berlaku pada bahagian otot peha luar

VII. HAMSTRING
Baring melentang di atas lantai dengan badan menghadap ke atas
Angkat kaki kanan ke arah atas dengan lurus
Angkat badan anda sedikit untuk memeggang kaki kanan anda tadi
Ulang langkah yang sama pada bahagian kaki yang sebaliknya.

VIII. QUADRICEPS
Berdiri dalam keadaan lurus
Bengkok kan kaki kiri anda ke belakang
Pastikan tangan kiri anda memegang kaki kiri yang dibengkokkan tadi
Imbangi badan anda dengan baik dari terjatuh

IX. BAHAGIAN ATAS PUNGGUNG
Pegang pada mana-mana tiang atau bongkokkan badan anda kedepan
Pastikan badan anda dalam keadaan 90 darjah dan kaki dalam keadaan lurus
Regangan berlaku pada bahagian belakang badan

X. BAHAGIAN BAWAH PUNGGUNG
Baring di atas lantai dengan badan menghadap ke atas
Angkat kedua belah kaki mendekati bahagian dada
Pegang kaki tersebut dari terjatuh
Pastikan bahagian badan belakang anda mendatar secara lurus di atas lantai

3) LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN KECEDERAAN
SEMASA BERMAIN PERMAINAN TRADISONAL (BATU SEREMBAN)

• Pastikan batu Seremban dalam keadaan yang selamat agar biji yang tajam didalam
batu Seremban tersebut tidak membahayakan tangan pemain.

• Semasa bermain permainan batu Seremban ini pemain mesti bermain di atas
permukaan yang rata.

• Pemain juga hendaklah memilih batu yang tidak tajam.

• Kain yang dijahit bersama batu Seremban itu juga hendaklah kain jenis kapas atau
lebih dikenli dengan panggilan kain “cotton” untuk memudahkan perjalanan ketika
permainan dijalankan kerana kain jenis ini lembut dan jika menggunakan jenis kain
yang lain pula hendkalah memilih jenis kain yang sesuai seperti kain chiffon,kain
satin dan lain-lain lagi.Tetapi kebiasaannya orang menjahit dengan kain cotton.

• Jika anda bermain permainan ini ketika badan terasa letih juga,cara anda bermain atau
jika anda hendak mennjukkan cara bermain batu Seremban mungkin sedikit terkesan
dan sedikit susah kerana otak anda tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya dan juga
anda akan hilang focus ketika permainan berlangsung.

4) LATAR BELAKANG SUKAN TRADISIONAL

a) SEJARAH SUKAN TRADISIONAL

Batu seremban juga dikenali sebagai Selambut atau Serembat. Ia adalah salah satu permainan
tradisional yang amat dikenali dan juga dimainkan di Malaysia. Sebutan di sebelah utara dan
pantai timur Semenanjung adalah Selambut. Manakala, Seremban pula adalah sebutannya di
pantai barat semenanjung

Batu seremban hanya memerlukan beberapa biji buah, guli kaca, biji getah, anak batu kerikil
atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat sebanyak 5 biji. Karung kain yang dijahit
biasanya diisi dengan biji saga, pasir dan lain-lain. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak
perempuan

Permainan tradisional ini biasanya dimainkan pada waktu lapang, di rumah , di mana-mana
sahaja asalkan permukaannya rata dan bersih. Biasanya pemain akan duduk di lantai dan
bermain mengikut giliran. Batu seremban juga mempunyai nama lain di negara lain

Antara nama-nama di negara lain :
Turki - Asiks
Protugal - Five Mary's
China- Zhua shizir
India - Kallangal/Achangal
Singapore - Five stone

b) CARA BERMAIN

Menentukan giliran pemain :

1. Seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah untuk
mendapatkan mata sebagai penentuan kepada permainan yang pertama, kedua, ketiga
dan seterusnya.
2. Cara penimbangan: meletakkan semua buah di atas tapak tangan dan
melambungkan ke udara dan disambut ke belakang tapak tangan.
3. Kira pungutan mata yang berjaya dipungut oleh semua pemain.

c) SUSUNAN PERMAINAN:

Buah 1 - kesemua buah diselerakkan, semua buah tidak menyentuh satu satu sama lain.
- satu buah (ibu) di lambung ke udara.
- dalam masa yang sama, satu buah di atas lantai harus dikutip
- proses itu berterusan sehingga semua buah yang berada di atas lantai dikutip

Buah 2 - cara buah 2 sama dengan buah 1
- akan tetapi, buah dikutip dengan dua biji serentak, yang bermakna hanya dua

kali lambungan kali kedua.

Buah 3 - buah yang ketiag agak berbeza
- kutip satu buah dahulu, lambung sehingga dua kali dan pemain kena kutip tiga

biji buah serentak

Buah 4 - kutip empat biji buah di atas lantai dan pada masa yang sama, pemain
hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambung

Buah 5 - urutan permainan dari buah 4, sementara dalam tangan tergenggamnya lima biji
buah, satu buah dilambung, empat biji baki buah di atas lantai dan disambut buah ibu sahaja.

Buah 6 - ada perbezaanya, dinamakan buah tukar kerana dua biji buah dijadikan buah ibu
- ini berlaku apabila satu buah dilambung ke udara maka satu lagi ibu ditukar dengan

buah lain yang ada di atas lantai sehingga selesai

Buah 7 - mengikut urutan peringkat permainan buah enam
- dua biji buah yang masih berada di tangan dilambung serentak
- sementara itu, sebiji buah yang lain dikutip
- buah ibu disambut dengan kedua-dua belah tangan, sebiji sebelah kanan sebiji

sebelah kiri pada yang terakhir dilambungkan dan disambut

d) TEKNIK BERMAIN BATU SEREMBAN
Teknik 1:

1. Pemain mengumpulkan semua batu-batu itu di dalam genggaman yang kemas

2. Batu-batu diserakkan ke lantai.

3. Pemain memilih sebiji batu untuk dilambung

4. Sebaik sahaja batu dilambung, sebelum batu-batu itu jatuh, pemain akan memungut batu
yang lain dan dilmabung batu-batu dengan pantas 5 Pemain akan meletakkan ke tepi batu
yang telah dipungut dan meneruskan permainan mengutip sebiji demi sebiji batu yang tinggal
tiga biji seperti cara yang sama pada awal permainan.

Teknik 2
1. Cara permainan ini hampir sama dengan teknik 1.

2. Perbezaanya apabila pemain memungut dua biji batu sekali gus.

Teknik 3:
1. Pemain akan mengutip sebiji batu lalu melambung batu-batu itu. 2. Pada masa yang sama
pemain akan mengutip tiga biji batu yang berbaki

sewaktu melambung kali kedua

Teknik 4:
Pemain dikehendaki mengutip keempat-empat biji batu sekali gus.

Teknik 5:
1. Pemain dikehendaki mengambil tiga biji batu dalam satu genggaman dan
dua biji batu dalam genggaman yang sebelah lagi 2 Pada tangan yang menggenggam tiga biji
batu, pemainan.

e) KESIMPULAN
Kesimpulannya, batu seremban ini adalah salah satu permainan tradisional yang digemari ,
menarik , mempunyai pelbagai cara untuk dimain. Kita sebagai generasi muda harus
mengekalkan dan mengetahui tentang tradisi permainan ini supaya tidak pupus dan cara
mainnya akan diingat sampai bila-bila masa serta sampai generasi yang akan datang.


Click to View FlipBook Version