SKOP TUGAS/TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA TASKA 1 PENGERUSI TASKA 2 SETIAUSAHA TASKA 3 BENDAHARI TASKA 4 PEMERIKSA KIRA-KIRA 1&2 5 PENDIDIK MASYARAKAT 6 PEMBANTU PENGURUSAN MURID SUKARELA (PPMS) Dipilih di kalangan ibu bapa, penjaga atau pemimpin masyarakat melalui persetujuan dalam mesyuarat Agong. 1. Mengaturkan jadual mesyuarat dengan setiausaha mengikut ketetapan yang dikenakan iaitu sekurang-kurangnya 4 kali setahun. 2. Mengadakan dan mempengerusikan mesyuarat bulanan dan mesyuarat Agong tahunan. 3. Menyemak dan mengesahkan minit mesyuarat, laporan aktiviti dan laporan atau penyata kewangan bulanan dan tahunan. 4. Menyemak dan menandatangani dokumen keluaran wang yang disediakan oleh bendahari serta yang berkaitan seperti yang terkandung dalam Garis Panduan Pengendalian Akaun Taska KEMAS. 5. Mendapatkan maklum balas daripada Pendidik Masyarakat tentang perkembangan kemajuan kanak-kanak. 6. Memastikan ahli Jawatankuasa mematuhi peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan. 7. Menggunakan budi bicara dengan bijaksana dan adil dalam menimbangkan sesuatu perkara yang bersangkutan dengan fungsi jawatankuasa Taska. 1. Bekerjasama dengan pendidik masyarakat menjaga keharmonian taska. 2. Mematuhi arahan bertugas dari semasa ke semasa oleh Pejabat Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Daerah Bahagian 3. Memaklumkan kepada ketua pendidik tentang ketidakhadiran atau cuti kecemasan yang perlu diambil. 4. Mengemas dan menjaga kebersihan dapur, tandas serta ruang dalam dan luar taska 5. Membantu menyediakan makanan tambahan kanak-kanak taska. 6. Membantu menjaga keselamatan, mengasuh dan menguruskan kanak-kanak taska. 7. Bekerjasama dengan jawatankuasa aktiviti Taska dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh KEMAS. 8. Membantu melaksanakan program rasmi di peringkat Daerah/ Bahagian/ Negeri 9. Membantu melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan komuniti setempat. PPMS dan pendidik masyarakat Taska Permata Kemas Kpg. Pinggan Jaya bekerjasama menjayakan Perarakan Maulidur Rasul di Kampung Pinggan Jaya bersama penduduk Kampung Pinggan Jaya. PPMS bersama dengan pendidik masyarakat serta kanak-kanak Taska Permata Kemas Kpg.Pinggan jaya menyertai Hari Sukan Negara TASKA peringkat Parlimen. PPMS TASKA bekerjasama dalam menjayakan Program Pembangunan Sosial yang dianjurkan di Taska Permata Kemas Kpg. Pinggan Jaya. a. Menukarkan lampin/lampin pakai buang dan membersihkan kanak-kanak. b. Membantu Pendidik Masyarakat mengawasi tingkah laku kanak-kanak semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan rutin harian. c. Membantu mengasah pensil/pensil warna kanak-kanak taska. d. Membersihkan tempat makan/tempat tidur /tempat belajar kanak-kanak apabila kanak-kanak muntah/terkencing/membuang air besar. a. Menyediakan dan memasak makanan tambahan yang seimbang dan berkhasiat. b. Menggunakan bahan makanan segar dan memasaknya dengan cara yang betul. c. Menyedia dan menghidang makanan tambahan kepada kanak-kanak dengan cara yang betul. d. Memastikan penyediaan makanan tambahan sebelum dan selepas dalam keadaan yang bersih dan tersusun rapi. e. Membantu Pendidik Masyarakat mengurus peralatan dapur dan stor makanan kering. f. Membantu Pendidik Masyarakat membuat pengeluaran stok makanan kering dan mengemaskini kad petak KEW PS 4. g. Penyediaan makanan di TASKA mengikut menu TASKA PERMATA KEMAS Zon Borneo. a. Sentiasa memastikan setiap ruangan dalam dan luar taska berkeadaan bersih, kemas dan selamat. b. Pinggan mangkuk yang kotor perlu disusun dalam bekas dan dikendali dengan baik. c. Mengemas taska dan persekitaran taska sebelum dan selepas waktu pengoperasian taska. d. Membantu kanak-kanak ke tandas sekiranya perlu dan membantu memastikan kanak-kanak sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bersih. e. Memastikan dapur, tandas, ruang dalam dan ruang luar sentiasa bersih dan kering. f. Membantu Pendidik Masyarakat membersih dan memastikan ruang dalam ruang pembelajaran dan pengajaran sentiasa bersih dan tersusun rapi. * Gambar menunjukkan keadaan bilik darjah/ruang pembelajaran di Taska Permata Kemas Kpg. Pinggan Jaya berada dalam keadaan kemas dan bersih. * Gambar keadaan dapur di Taska Permata Kemas Kpg. Pinggan Jaya sentiasa dibersihkan serta disusun kemas selepas digunakan. * Gambar menunjukkan keadaan bilik air dan tandas di Taska Permata Kemas Kpg. Pinggan Jaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kering. Dilantik dari Pendidik Masyarakat dari salah seorang pendidik Masyarakat Taska yang bertugas di Taska. 1. Menyediakan anggaran perbelanjaan setiap 3 bulan untuk dibentang dan mendapatkan kelulusan Jawatankuasa dalam mesyuarat Jawatankuasa. 2. Menyelenggara rekod dan semua dokumen dan rekod yang berkaitan dengan kewangan seperti yang terkandung dalam Garis Panduan Pengendalian Akaun Taska KEMAS. 3. Menyelenggara daftar inventori, rekod harta modal dan stok serta menguruskan keselamatan harta. 4. Memegang amanah supaya semua perbelanjaan yang dilakukan hendaklah dibuat secara berhemah dan memberi pulangan yang terbaik kepada kumpulan sasaran iaitu kanak-kanak dan ibu/bapa dan penjaga. 5. Membantu menyelenggara rekod dan mengemaskini semua dokumen untuk pemeriksaan kira-kira atau Pegawai jabatan seperti yang terkandung dalam Garis Panduan Pengendalian Akaun Taska KEMAS. 6. Menyediakan anggaran perbelanjaan bulanan/ tahunan bagi semua aktiviti diperingkat kelas dan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa bulanan atau dalam mesyuarat Agong untuk mendapat kelulusan ahli mesyuarat. 7. Merujuk dan mendapat kelulusan Pengarah atau Pegawai KEMAS Daerah atau Pegawai yang diberi kuasa sekiranya perlu membuat lain-lain kutipan wang selain daripada arahan yang dikeluarkan. 1. Mengurus operasi taska mengikut peraturan dan pekeliling yang ditetapkan. 2. Menyediakan Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA). 3. Memberi perkhidmatan asuhan dan didikan awal kanak-kanak berasaskan kaedah yang ditetapkan dalam Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA Negara. 4. Mewujudkan suasana ceria dan selamat bagi memupuk miinat dan kebolehan kanak-kanak untuk belajar dapat dikembangankan. 5. Merancang dan melaksanakan aktiviti yang mampu memupuk budaya pembelajaran ke arah pembentukan kanak-kanak yang berdikari, berdaya kreatif, berkeyakinan, bersemangat dan berjaya. 6. Merancang dan melaksanakan aktiviti asuhan dan diidkan awal yang boleh meransang kanak-kanak untuk meningkatkan keceriaan dan pencapaian mereka. 7. Memantau perkembangan fizikal, emosi dan kebolehan intelek setiap anak yang menyertai program Taska PERMATA KEMAS dan membuat penilaian ke atas perkembangan tersebut. 8. Mencadang penambahbaikan kaedah asuhan dan didikan yang dilaksanakan (jika perlu) berasaskan pemantauan dan penilaian berterusan yang dijalankan. 9. Merekod perkembangan setiap kanak-kanak dan berkongsi hasil pentaksiran dan perkembangan dengan ibu bapa kanak-kanak bagi memastikan mereka mengetahui dan turut membantu dalam proses perkembangan anak mereka. 10. Mengisi buku log kanak-kanak 11. Merancang dan melaksanakan aktiviti dan program yang boleh melibatkan sumbangan dan penyertaan ibu bapa dan ahli masyarakat setempat. Dilantik dari AJK yang dilantik dalam mesyuarat Agong terdiri dari ibu atau bapa atau penjaga yang sebaiknya mempunyai kemahiran minima atas akaun. 1. Memeriksa penyata harian, bulanan dan tahuan serta mengesahkan penyata yang disediakan oleh bendahari. 2. Menyemak dan memeriksa semua dokumen yang menyokong terimaan dan perbelanjaan juga pembayaran yang dikenakan seperti yang terkandung dalam Garis Panduan Pengendalian Akaun Taska KEMAS. 3. Memeriksa penyata bank atau buku simpanan adalah sah di atas nama Jawatankuasa. Sambutan Hari Keluarga Program Pembangunan Sosial yang dianjurkan KEMAS di Taska Permata Kemas Kpg. Pinggan Jaya. Sumber: Pendidik Masyarakat Taska Permata Kemas Kpg. Pinggan Jaya Sumber: Pendidik Masyarakat Taska Permata Kemas Kampung Pinggan Jaya Dipilih di kalangan ibu bapa, penjaga, atau pemimpin masyarakat melalui persetujuan dalam mesyuarat Agong 1. Menyediakan semua urusan surat menyurat yang berkaitan dengan urusan rasmi Taska dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada Pengerusi. 2. Menyelenggara fail dan rekod-rekod pentadbiran am Jawatankuasa. 3. Menyediakan minit mesyuarat bulanan dan minit mesyuarat Agong, mendapatkan pengesahan minit dari Pengerusi, membuat edaran kepada ahli Jawatankuasa dan Pegawai Jabatan. 4. Menyediakan laporan aktiviti setiap bulan untuk dilaporkan dalam mesyuarat yang dijadualkan termasuk mesyuarat Agong Tahunan. 5. Membuat susulan kepada ahli jawatankuasa yang dilantik ke atas tindakan yang perlu diambil sebagaimana keputusan mesyuarat semasa. 6. Mengemaskini rekod daftar ahli jawatankuasa untuk rujukan. 7. Menyemak dan menandatangani dokumen pengeluaran wang dari bank yang disediakan oleh bendahari seperti yang terkandung dalam Garis Panduan Pengendalian Akaun Taska KEMAS.