KESAN Mac 7, 2024/EDUP 3143 S T R A T I F I K A S I S O S I A L KESAN-KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN: Institusi sosial Sekolah Keluarga Masyarakat Pendidikan: Pendidikan adalah proses formal dan informal di mana individu memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai, dan pemahaman untuk memperluas potensi diri mereka dan menyumbang kepada masyarakat. Ia melibatkan interaksi antara guru dan pelajar dalam persekitaran pembelajaran yang struktur, tetapi juga melibatkan pembelajaran sepanjang hayat dalam pelbagai konteks. Komuniti sekolah merujuk kepada rangkaian dan interaksi antara pelbagai pihak yang terlibat dalam persekitaran pendidikan di sekolah. Ia melibatkan guru, pelajar, kakitangan sokongan, ibu bapa, masyarakat tempatan, dan pihak berkepentingan lain yang mempunyai kepentingan dalam pembangunan dan pengurusan sekolah. Komuniti sekolah:
1.INSTITUSI SOSIALKESAN STRATIFIKASI SOSIALTERHADAP KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN E D U P 314 3 K E S A N - K E S A N S T R A TIFIK A SI S O SIA L APAKAH INSTITUSI SOSIAL? Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam institusi sosial dan mempunyai kepentingan dalam setiap institusi seperti politik, ekonomi, pentadbiran, agama dan sebagainya. Oleh itu, semakin tinggi prestasi akademik, semaik besar peluang untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang pentadbiran. Masyarakat juga menganggap orang yang berpendidikan tinggi sebagai golongan pemikir, cendekiawan dan perlu dihormat. Oleh itu, mereka selalu menjadi penasihat dalam masyarakat dan institusi tertentu. Institusi sosial merupakan suatu sistem yang menunjukkan peranan sosial dan norma sosial saling berkait dan telah disusun untuk memuaskan sesuatu kehendak atau fungsi sosial. Merujuk kepada sesuatu yan telah terasas dalam masyarakat, contohnya, institusi agama, institusi perkahwinan dan kekeluargaan, institusi ekonomi, institusi politik dan lain-lain. Nickerson (2022) menyatakan institusi sosial merupakan polapola tingkah laku kelompok seebuah masyarakat yang telah dipersetujui seperti undaangundang. Meyer (1977) menyatakan institusi sosial sebagai satu cara yang standard diwujudkan, khususnya untuk mengatasi pelbagai masalah masyarakat seperti menguruskna kematian, pengagihan makanan, kuasa dan sebagainya. Sumber gambar dan video: Google Chrome dan Youtube INSTITUSI SOSIAL:
JURANG STATUS PELEBARAN KESAN STRATIFIKASI SOSIAL PELEBARAN JURANG STATUS: JURANG STATUS DARI ASPEK: Stratifikasi sosial dalam institusi sosial akan mendorong kepada pelebaran jurang status antara masyarakat. Jurang status dalam institusi sosial pendidikan merujuk kepada perbezaan dalam status sosial dan ekonomi antara individu atau kumpulan dalam konteks pendidikan. Ini boleh meliputi perbezaan dalam akses, peluang, dan pencapaian pendidikan antara golongan-golongan yang berbeza dalam masyarakat. Akses dan peluang pendidikan Fasiliti dan sumber pendidikan Pencapaian akademik Peluang melanjutkan pelajaran
Akses dan peluang pendidikan: Individu atau kumpulan yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi cenderung memiliki lebih banyak akses dan peluang untuk pendidikan berkualiti tinggi. Contohnya, golongan orang kaya mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah swasta atau sekolahsekolah elit yang menawarkan pendidikan yang berkualiti tinggi, moden dan lebih baik. Fasiliti dan sumber pendidikan: Golongan yang berada berpeluang untuk mengakses fasiliti dan sumber pendidikan yang lebih baik dan moden seperti perpustakaan yang lengkap, makmal sains yang moden, atau guru-guru yang berkualiti tinggi. Sebaliknya, golongan yang kurang berkemampuan ekonomi/ murid sekolah luar bandar terhad dalam akses kepada fasiliti dan sumbersumber tersebut. PELEBARAN JURANG STATUS:
Peluang menyambung pelajaran: Individu atau kumpulan yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi mungkin lebih mudah untuk melanjutkan pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi seperti universiti atau institusi pengajian tinggi, sementara golongan yang kurang berkemampuan ekonomi mungkin terhad dalam peluang ini disebabkan oleh faktor kewangan. Pencapaian akademik: Jurang status juga dapat dilihat dalam pencapaian akademik di mana pelajar dari lapisan sosioekonomi yang lebih tinggi cenderung mencapai prestasi yang lebih tinggi dalam peperiksaan dan akademik secara keseluruhan. Ini boleh disebabkan oleh akses yang lebih baik kepada sokongan akademik, sumber-sumber tambahan, dan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif. Contohnya, pencapaian akademik murid-murid sekolah elit lebih baik dan cemerlang berbanding sekolah biasa/sekolah luar bandar disebabkan oleh kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan moden yang disediakan. PELEBARAN JURANG STATUS:
2. SEKOLAHKESAN STRATIFIKASI SOSIALTERHADAP KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN E D U P 314 3 K E S A N - K E S A N S T R A TIFIK A SI S O SIA L APA ITU SEKOLAH? Stratifikasi sosial telah mewujudkan pengkelasan sekolah yang mempunyai matlamat dan tujuan yang berbeza dalam aspek penubuhannya. Ini dapat dilihat terhdap penubuhan pelbagai jenis sekolah khususnya dalam negara kita yang mempunyai fungsi berbeza. Sekolah-sekolah tersebut seperti Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil), Sekolah Wawasan, Sekolah Kluster, Sekolah Primier, Sekolah Agama Islam dan sebagainya. Stratifikasi sosial telah mewujudkan pengkelasan sekolah yang mempunyai matlamat dan tujuan yang berbeza dalam aspek penubuhannya. Pengkelasan kelas terbagagi kepada 3 iaitu: 1.Sekolah Elit 2.Sekolah Kluster Sekolah harian (Sekolah luar bandar /Sekolah bandar) 3. Sekolah merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan pendidikan kepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang belajar disitu. Menurut Emirbayer (1996) fungsi sekolah sebagai institusi sosial ialah sekolah merupakan sebuah institusi yang dapat ditakrifkan sebagai sebuah unit sosial yang berusaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan bagi organasi tersebut. Organisasi ini terdiri daripada bebebrapa kumpulan manusia iaitu pelajar, guru, pentadbir dan kakitangan bukan guru yang lain yang berperanan bersama-sama bagi mencapai matlamat organisasi. Setiap kumpulan di sekolah sama ada pelajar, guru, pentadbir dan kakitangan bukan guru mempunyai peranan dan nilai yang berbeza-beza antara satu sama lain dalam usaha mencapai matlamat organisasi sekolah. Sumber gambar dan video: Google Chrome dan Youtube KESAN STRATIFIKASI SOSIAL:
PENGKELASAN SEKOLAH KEWUJUDAN KESAN STRATIFIKASI SOSIAL KEWUJUDAN PENGKELASAN SEKOLAH: Stratifikasi sosial telah mewujudkanpengkelasan sekolah yang mempunyaimatlamat dan tujuan yang berbezadalam aspek penubuhannya. Pengkelasan kelas terbagagi kepada 3iaitu: 1.Sekolah Elit 2.Sekolah Kluster Sekolah harian (Sekolah luar bandar/Sekolah bandar) 3.
PENGKELASA N SEKOLAH CIRI-CIRI SEKOLAH CONTOH 1 . SEKOLAH ELIT Reputasi sekolah tinggi dan standard pendidikan berkualiti Mempunyai kriteria kemasukan yang ketat dan memerlukan pencapaian akademik yang tinggi daripada pelajar yang memohon Infrastruktur sekolah seperti kemudahan pembelajaran yang disediakan canggih. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Mashoor (Kuantan, Pahang) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) (Ipoh, Perak) 2. SEKOLAH KLUSTER Sekolah yang diiktiraf atas prestasi akademik atau pencapaian tertentu dalam bidang tertentu seperti sains, seni atau sukan. Menwarkan program-program khas yang menonjolkan kecemerlangan dalam bidang yang ditetapkan Memberi penekanan yang tinggi kepada pencapaian akademik atau kecemerlangan dalam bidang tertentu. Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SBPI Rawang) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Sanusi (Kuching,Sarawak) 3. SEKOLAH HARIAN Sekolah biasa yang menyediakan pendidikan menengah rendah dan atas tanpa spesifikasi khusus dalam bidang tertentu Menerima pelajar daripada pelbagai latar belakang akademik dan sosioekonomi Kemasukan ke sekolah harian lebih mudah berbanding sekolah elit dan kluster. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hock Lam Sekolah Kebangsaan Methodist Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit KEWUJUDAN PENGKELASAN SEKOLAH KESAN STRATIFIKASI SOSIAL 1 PENGKELASAN SEKOLAH:
SEKOLAH ELIT: Sekolah elit merujuk kepada institusi pendidikan yang dianggap mempunyai standard yang tinggi dalam penyampaian pendidikan dan menawarkan peluang serta kelebihan tertentu kepada pelajar yang menghadiri sekolah tersebut. Istilah "elit" biasanya merujuk kepada prestij dan kualiti tinggi, serta sering kali disertai dengan bayaran yuran yang tinggi dan persaingan masuk yang ketat. Standard akademik tinggi Fasiliti berkualiti tinggi dan canggih Kelas kecil dan pengajaran secara personal Mempunyai pelbagai kurikulum dan ekstrakurikulum Bayaran yuran yang tinggi Pemilihan pelajar ketat dan persaingan masuk sengit KEWUJUDAN PENGKELASAN SEKOLAH CIRI-CIRI SEKOLAH ELIT: KESAN STRATIFIKASI SOSIAL 1 CEO - OLIVIA WILSON Sekolah Kebangsaan Seri EPSOM College, Malaysia Bintang Utara, KL
SEKOLAH KLUSTER: Sekolah Kluster, juga dikenali sebagai Cluster Schools, adalah sekolah-sekolah yang diberi status khas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kerana prestasi mereka yang cemerlang dalam pelbagai aspek, termasuk akademik, sukan, seni, dan kokurikulum. Status ini diberikan untuk mengiktiraf keunggulan sekolah tersebut serta memberikan sokongan tambahan dalam meningkatkan pencapaian mereka. Standard akademik tinggi Keutamaan dalam bidang tertentu seperti sains, sukan, seni, teknologi Fasiliti berkualiti tinggi Mempunyai sokongan daripada Kementerian Pendidikan Pemilihan pelajar ketat dan persaingan masuk sengit KEWUJUDAN PENGKELASAN SEKOLAH CIRI-CIRI SEKOLAH KLUSTER: KESAN STRATIFIKASI SOSIAL 1 SUMBERL GOOGLE CHROME SMK Aimanuddin Baki Sekolah Kebangsaan KLIA (Sekolah kluster kecemerlangan)
SEKOLAH HARIAN: Sekolah biasa yang menyediakan pendidikan menengah rendah dan atas tanpa spesifikasi khusus dalam bidang tertentu Menerima pelajar daripada pelbagai latar belakang akademik dan sosioekonomi Kemasukan ke sekolah harian lebih mudah berbanding sekolah elit dan kluster. Waktu operasi tetap (sesi pagi/sesi petang) Kelas berbilang tahap Kemasukan mudah Fasiliti bergantung kepada kemampuan dan kedudukan geografi sekolah KEWUJUDAN PENGKELASAN SEKOLAH CIRI-CIRI SEKOLAH HARIAN: KESAN STRATIFIKASI SOSIAL 1 SUMBERL GOOGLE CHROME SJK(C) HOCK LAM, KAPIT SMK KAPIT
KUALITI PENDIDIKAN PERBEZAAN KESAN STRATIFIKASI SOSIAL PERBEZAAN KUALITI PENDIDIKAN: HURAIAN: CONTOH PERBEZAAN KUALITI PENDIDIKAN: Kewujudan pengkelasan sekolah akan mendorong kepada perbezaan kualiti pendidikan. Hal ini kerana kualiti setiap sekolah adalah berbeza. Contohnya, institusi pendidikan atau sekolah yang disasarkan kepada golongan atasan seperti golongan elit mempunyai kualiti dan kemudahan yang jauh lebih baik, disokong oleh sumber yang banyak. Sementara itu, institusi pendidikan khas untuk kelas menengah ke bawah biasanya kurang dari segi kemudahan dan tenaga pengajar. Stratifikasi sosial boleh memberi kesan kepada kualiti pendidikan, dan perbezaan dalam kualiti pendidikan antara lapisan sosial boleh memberi impak yang signifikan terhadap pembangunan individu dan masyarakat secara keseluruhannya Akses dan peluang pendidikan Fasiliti pendidikan Kualiti pengajaran
PENGKELASAN SEKOLAH AKSES PELUANG PENDIDIKAN 1 . SEKOLAH ELIT Akses ke sekolah elit terhad kepada pelajar yang mempunyai kecemerlangan akademik atau bakat istimewa dalam bidang tertentu. Biasanya, terdapat proses pemilihan dan persaingan masuk yang ketat untuk mendapatkan tempat di sekolah-sekolah elit. Sekolah elit menawarkan peluang yang sangat baik untuk pendidikan yang berkualiti tinggi dalam persekitaran pembelajaran yang terfokus. Pelajar di sini biasanya dapat menikmati fasiliti yang lengkap, guru-guru yang berkelayakan tinggi, dan program-program kokurikulum yang cemerlang. Mereka juga mungkin mendapat akses kepada rangkaian alumni yang kuat dan peluang lanjutan pendidikan di institusi-institusi pendidikan terkemuka. 2. SEKOLAH KLUSTER Sekolah kluster adalah institusi pendidikan yang dikenali oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kerana kecemerlangan mereka dalam pelbagai bidang. Biasanya, pelajar memerlukan pencapaian akademik yang baik untuk diterima masuk ke sekolah kluster, tetapi proses pemilihan mungkin tidak seketat sekolah elit. Sekolah kluster menawarkan peluang-peluang yang baik untuk pendidikan yang berkualiti tinggi dalam persekitaran pembelajaran yang terfokus. Pelajar di sini mungkin mempunyai akses kepada fasiliti yang baik, program-program akademik dan kokurikulum yang berkualiti tinggi, serta sokongan tambahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. 3. SEKOLAH HARIAN Sekolah harian biasanya terbuka untuk semua pelajar tanpa syarat khusus, kecuali untuk sekolah-sekolah tertentu yang mungkin mempunyai kawasan kawalan khas. Akses ke sekolah harian lebih meluas dan tidak memerlukan proses pemilihan yang ketat seperti sekolah elit atau kluster. Sekolah harian menawarkan peluang-peluang pendidikan yang baik dalam persekitaran pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Walaupun mungkin tidak mempunyai fasiliti sebaik sekolah elit atau kluster, sekolah harian biasanya menyediakan kurikulum yang lengkap dan program kokurikulum yang beragam untuk memenuhi keperluan pelajar. PELUANG DAN AKSES PENDIDIKAN KESAN STRATIFIKASI SOSIAL 1
PENGKELASAN SEKOLAH AKSES 1 . SEKOLAH ELIT Fasiliti Bangunan: Sekolah elit sering dilengkapi dengan bangunan dan kemudahan yang mewah dan moden. Ini termasuk bangunan sekolah yang berkualiti tinggi, ruang kelas yang luas dan selesa, serta kemudahan-kemudahan tambahan seperti auditorium, dewan makan, dan pusat kecemerlangan. Fasiliti Teknologi: Sekolah elit biasanya dilengkapi dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang terkini. Ini termasuk akses kepada komputer, rangkaian WiFi, dan peralatan multimedia yang canggih untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran. Fasiliti Kokurikulum: Sekolah elit sering menawarkan pelbagai fasiliti untuk aktiviti kokurikulum seperti padang permainan yang luas, kolam renang, padang golf, dan padang tenis. Ini memberikan peluang kepada pelajar untuk menyertai pelbagai aktiviti sukan dan seni. 2. SEKOLAH KLUSTER Fasiliti Pembelajaran: Sekolah kluster biasanya dilengkapi dengan fasiliti pembelajaran yang lengkap termasuk makmal sains, bilik komputer, dan perpustakaan yang berkualiti. Ini membantu meningkatkan pembelajaran pelajar dalam bidang-bidang tertentu. Fasiliti Kokurikulum: Sekolah kluster menawarkan pelbagai fasiliti untuk aktiviti kokurikulum seperti padang sukan, dewan serbaguna, dan kemudahan seni. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat dan minat mereka di luar bilik darjah. Fasiliti Sokongan: Sekolah kluster mungkin mempunyai kemudahan sokongan tambahan seperti pusat pembangunan pelajar, pusat kaunseling, dan kemudahan kesihatan untuk menyokong pembangunan holistik pelajar. 3. SEKOLAH HARIAN Fasiliti Asas: Sekolah harian biasanya dilengkapi dengan fasiliti asas seperti bilik darjah, perpustakaan, dan dewan makan. Walaupun mungkin tidak sehebat sekolah elit atau kluster, fasiliti-fasiliti ini mencukupi untuk keperluan pendidikan harian. Fasiliti Kokurikulum: Sekolah harian juga menawarkan pelbagai aktiviti kokurikulum tetapi mungkin dalam skala yang lebih kecil berbanding sekolah elit atau kluster. Ini termasuk padang permainan, bilik seni, dan kelab-kelab pelajar. Sokongan Tambahan: Walaupun mungkin tidak sebanyak sekolah elit atau kluster, sekolah harian boleh mempunyai kemudahan sokongan tambahan seperti perpustakaan awam, pusat pembelajaran komuniti, atau program bimbingan pelajar FASILITI PENDIDIKAN KESAN STRATIFIKASI SOSIAL 1
PENGASINGAN DISKRIMINASI DAN KESAN STRATIFIKASI SOSIAL DISKRIMINASI DAN PENGASINGAN: CONTOH DISKRIMINASI: Diskriminasi dan pengasingan dalam konteks pendidikan boleh timbul dari beberapa faktor, termasuk perbezaan status sosioekonomi, perbezaan dalam akses kepada pendidikan berkualiti, dan persepsi masyarakat terhadap nilai dan prestij sekolah. Diskriminasi dalam akses Pengasingan sosial dan budaya Perbezaan prestij dan peluang
DISKRIMINASI DALAM AKSES: Sekolah elit dan sekolah kluster mungkin mempunyai proses pemilihan yang ketat dan kriteria masuk yang tinggi, yang boleh menghalang pelajar dari lapisan sosioekonomi yang rendah atau latar belakang yang kurang berkemampuan daripada mendapatkan akses ke pendidikan berkualiti. Ini boleh menyebabkan diskriminasi terhadap pelajar-pelajar dari kumpulan yang kurang berkemampuan ekonomi. Walaupun sekolah harian adalah lebih terbuka dan lebih mudah diakses oleh pelbagai lapisan masyarakat, tetapi pelajar yang berasal dari latar belakang sosioekonomi yang rendah mungkin masih menghadapi cabaran dalam memperoleh sumber dan sokongan yang mencukupi untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka. PENGASINGAN SOSIAL DAN BUDAYA: Sekolah elit dan sekolah kluster mungkin cenderung menjadi tempat di mana pelajar-pelajar dari lapisan sosioekonomi yang lebih tinggi berkumpul, sementara sekolah harian mungkin mencakup pelbagai lapisan masyarakat. Ini boleh menyebabkan pengasingan sosial dan budaya di antara pelajar-pelajar dari latar belakang yang berbeza. Pelajar dari sekolah elit dan sekolah kluster mungkin merasa terasing atau kurang dihargai apabila berinteraksi dengan pelajar dari sekolah harian, atau sebaliknya, terutama jika terdapat persepsi stereotaip atau prasangka terhadap asal-usul sosial atau budaya mereka. DISKRIMINASI DAN PENGASINGAN:
PERBEZAAN PRESTIJ DAN PELUANG Sekolah elit dan sekolah kluster mungkin menikmati lebih banyak sumber dan sokongan, serta memiliki reputasi yang lebih tinggi dalam masyarakat. Ini boleh mencipta kesenjangan prestij dan peluang di mana pelajar dari sekolah elit dan kluster mungkin lebih mudah mendapatkan sokongan tambahan, peluang lanjutan pendidikan, atau peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding pelajar dari sekolah harian. DISKRIMINASI DAN PENGASINGAN:
3. KELUARGAKESAN STRATIFIKASI SOSIALTERHADAP KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN E D U P 314 3 K E S A N - K E S A N S T R A TIFIK A SI S O SIA L APA ITU KELUARGA? Stratifikasi sosial keluarga merujuk kepada pengkategoriannya ke dalam kumpulan berdasarkan faktor sosioekonomi seperti kekayaan, pendapata, bangsa, pendidikan, etnik, jantina, pekerjaa, status sosial, atau kuasa yang diperolehi (sosial dan politik). Stratifikasi sosial keluarga juga melibatkan pembahagian masyarakat kepada kategori, pangkat, atau kelas. Pembahagian ini membawa kepda ketidaksamaan sosial, perkongsian sumber dan ganjaran sosial yang tidak sama rata. Ia mengakibatkan kepada peluang kehidupan, gaya hidup dan prestij keluarga. Keluarga adalah salah satu kelompok atau kumpulan manusia yang hidup bersama sebagai satu kesatuan atau unit masyarakat terkecil dan biasanya ada hubungan darah, ikatan perkahwinan atau ikatan lainnya, tinggal bersama dalam satu rumah yang dipimpin oleh seorang ketua keluarga. Sumber gambar dan video: Google Chrome dan Youtube STRATIFIKASI SOSIAL (KELUARGA)
Ketidaksamaan akses peluang pendidikan: Keluarga yang tinggal di kawasan bandar raya atau bandar akan mempunyai akses pendidikan yang lebih banyak, pilihan sekolah dan institusi pendidikan berbanding murid yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman yang mengalami kekurangan akses pendidikan dalam pelbagai aspek. Ketidaksamaan sosioekonomi: Keluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi mampu menyediakan kemudahan pembelajaran yang mencukupi dan berkualiti untuk anak-anak. Contohnya, keluarga yang berada mempunyai kemampuan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah swasta atau sekolah-sekolah elit yang menawarkan pendidikan yang lebih baik. Ketidaksamaan tahap pendidikan ibu bapa: Tahap pendidikan ibu bapa juga akan mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak mereka. Hal ini kerana ibu bapa perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang terkini dan mencukupi dalam membimbing anak-anka membuat kerja sekolah. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi berupaya untuk membimbing anakanak dalam pendidikan serta menyediakan sokongan yang secukupnya seperti kemudahan belajar, motivasi dan sebagainya. KESAN STRATIFIKASI SOSIAL (KELUARGA)
4. MASYARAKATKESAN STRATIFIKASI SOSIALTERHADAP KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN E D U P 314 3 K E S A N - K E S A N S T R A TIFIK A SI S O SIA L APA ITU MASYARAKAT? Stratifikasi sosial atau susun lapis masyarakat tidak dapat dielakkan daripada wujud dalam sebuah masyarakat kerana anggota masyarakat mempunyai perbezaan dari segi keupayaan masingmasing. Stratifikasi sosial dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, kelas yang berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan, kedua, status ditentukan oleh peranan individu dalam masyarakat dan ketiga, kasta yang keahliannya hanya ditentukan mellaui kelahiran. Dalam masyarakat Melayu tradisional, stratifikasi sosial dibahagikan kepada golongan pemerintah (golongan diraja dan bangsawan) dan golognan yang diperintah (rakyat dan hamba). Dalam masyarakat moden pula, kelas sosial terdiri daripada golongan atasan, golongan pertengahan dan golongan bawahan. ·Menurut definisi Kamus Dewan (2005), masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan peraturan dan cara tertentu. Secara umumnya masyarakat boleh didefinisikan sebagai sekumpulan manusia hidup bersama, saling berhubugnan dan bekerjasama, mempunyai kesatuan sosial, serta sentiasa membina kebudayaa, Sumber gambar dan video: Google Chrome dan Youtube STRATIFIKASI SOSIAL(MASYARAKAT)
KELAS SOSIAL CIRI-CIRI KELAS SOSIAL CONTOH 1 . Golongan atasan Golongan kaya, kerabat diraja, korporat CEO syarikat, Menteri, Pemimpin politik, selebriti 2. Golongan Pertengahan Atasan Berpendidikan tinggi dan profesional, memegang jawatan yang tinggi Pengarah hospital, Ketua Jabatan, Pengarah Jabatan Kementerian 3. Golongan Pertengahan Bawah Lulusan universiti, Pemegang Diploma Jururawat, Guru, Bomba, Polis 4. Golongan Kelas Pekerja kolar biru yang berkemahiran Pekerja tukang, pekerja kilang. pekerja pembinaan jalan raya 5. Golongan bawahan/Pekerja/ Hamba Berpendidikan rendah, miskin dan berpendapatan tidak tetap Penjual nasi lemak, tukang kebersihan bangunan KELAS SOSIAL:
Kesan dari aspek pendidikan: Pendidikan membentuk dimensi yang unik dalam kehidupan sosial masyarakat. Perkara ini kerana masyarakat berpendidkan biasanya dilihat sebagai golongan yang berfikir, cendekiawan dan berpotensi tinggi. Oleh itu, mereka berfungsi sebagai penasihat dalam kalangan masyarakat dan peranan ini membawa prestij dan penghormatan kepada mereka (Mirowsky &Ross, 2003). Pendidikan mempengaruhi masyarakat dalam kehidupan sosialnya (Ottaway, 2001), Masyarakat yang berpendidikan dan berilmu akan disanjung oleh masyarakat lain dan dijadikan contoh bagi sesebuah negara yang berhasrat untuk mencapai kemajuan dalam bidang pendidikan. Di samping itu, negara-negara tersebut akan menjadi tempat rujukan dan orang ramai datang untuk belajar dalam negara aau masyarakat tersebut serta mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, New Jersey Minority Educational Development (NJMED), telah menjalankan kajian tentang negara yang mempunyai sistem pendidkan terbaik di dunia pada tahun 2022 dan telah menerbitkannya dalam Global Education Report. 10 negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia 2022 ialah India, Amerika Syarikat, Britain, Australia, Brazil, Rusia, Singapura, Kanada, Belgium dan Ireland. KESAN STRATIFIKASI SOSIAL (MASYARAKAT)